salam buat semua,
semoganya sentiasa dalam rahmatNya...
pada mulanya saya agak berat untuk berkata2 tentang soal ini...kerana berasa lebih selesa jadi pemerhati jauh sahaja...sambil duduk berfikir dan bertafakur...tapi bila seputar saya lihatkan fenomena blog2 kini saya jadi benar2 serabut...semuanya benar2 buat saya rasa perlu bangun dan bercakap tentang ini...perlu untuk saya tarik dan kumpulkan kalian semua dalam satu...ruang komen yang diperuntukkan buat para bloggers adakalanya menambahkan perpecahan...semua pun jadi keliru dalam memilih tempat untuk berdiri...solat tidak akan dapat dimulakan jika kita semua belum benar2 berdiri dengan sempurna...
saya hormati anda semua,kerana kita satu...
saya punya sesuatu,anda punya sesuatu,mereka juga punya sesuatu...
kenapa tidak satukan semua kemampuan itu dan membentuk satu saf yang berdiri kerana syahadah...
pernahkah anda terfikir...
pernahkah anda terfikir...
kenapa anda solat,kenapa mereka solat,kenapa saya solat???
tak lain dan tak bukan adalah kerana KITA SEMUA punya Tuhan yang sama,Rasulullah saw yang sama...yang terkandung padat dalam syahadah...
tak lain dan tak bukan adalah kerana KITA SEMUA punya Tuhan yang sama,Rasulullah saw yang sama...yang terkandung padat dalam syahadah...
anda cerita A,mereka cerita B...izinkan saya bertanya,dimanakah titik kesatuannya???
sekalipun sejuta cerita kita persembahkan buat pembaca...semuanya hanya ada satu kesimpulan iaitu syahadah...tiada lain...
sekalipun sebuah cerita pembunuhan bersiri,sekalipun cerita kemusnahan alam semesta...sekalipun cerita perang saudara di sana sini,sekalipun cerita islamik yang mengasyikkan,sekalipun cerita puteri kayangan dan dewa dewi...sekalipun cerita paling hangat masa kini,sekalipun cerita artis sini situ sana sini...sekalipun cerita burung2 berkicauan...sekalipun cerita kesesakan jalan raya...sekalipun cerita pengembaraan ghaib ke langit tujuh anda persembahkan,
yakinlah...
semua punya satu kesimpulan,iaitu syahadah...
2 comments:
teringat surah 61
dan salah satu petikannya ialah..
".. Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (ugama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: “Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?” Mereka menjawab: “Kamilah pembela-pembela (ugama) Allah!” (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang..."
salam,terima kasih...:)
salam perkenalan...
-Annur aka admin-
Post a Comment