hud-seroja-esa-budi bahasa-akhlak-ikhlas-raja segala unsur-imam mahdi-panji hitam-bani tamim-sirah

puzzles

hud-seroja-esa-budi bahasa-akhlak-ikhlas-raja segala unsur-imam mahdi-panji hitam-bani tamim-sirah nabi saw dan pengulangannya di akhir zaman-rahsia no 1 dan 9-kaitan imam mahdi dan helang-misteri tabut dan persoalan2 berkaitannya-melayu dan kekuatannya-nabi Nuh as-Raja Ahmad-teori relatif-penciptaan manusia-rahsia bismillah-philosophy of lotus in buddhism-mawar sbg lambang kesufian-matrix dari kacamata sufi-nursyahadah-teknologi pembangkitan memori dari al Quran-Rasulullah saw sbg manusia fitrah-nurunnur-formula sabar-formula ikhlas-makna,puji dan taat-lirik2 best-riba' dan kaitannya dgn dajjal-riba' sebagai penghapus ikhlas-titik kebangkitan akhir zaman,strategi kebangkitan~~~~~~

Wednesday 28 December 2011

Kita sebenarnya manusia,robot atau manusia robot???

salam sejahtera buat semua pembaca...



lama rasanya tak mengeluarkan post baru...tiada rasa untuk gerak...dan kali ni rasa itu naik kembali...untuk membakar semangat diri dan kepada sesiapa yang ditakdirkan baca post ini...panas rasanya bila lihat post terbaru dari blog sahabat "Insan-Insan pendakwah",sila lihat Cita2 DAP dan orang kafir Malaysia, panas kepala naik sampai sakit kepala...

...bila kita hidup seperti biasa...pergi kerja...membangunkan perniagaan mereka...dengan sedaya upaya kita...dan berletihan memikirkan kejayaan perniagaan mereka...kadang rasa selesa...kerja seperti biasa...hidup seperti biasa...ya,macam orang lain...yang mana bila sampai masa taraf hidup naik...apa nak?semua beli...tapi bila fikir diperbodoh,semangat bekerja luntur semula...rasa bengang mula naik...untuk apa semua ni???

terus2an menjadi makhluk perosak yang terus merosakkan dunia dengan menjadi tenaga kerja demi sebuah sistem yang zalim???


langkah ada peraturan,
peraturan cipta kekalutan,
di mana pula kau berdiri,
di sini...

haha...memangla kita sedang diperbodoh...kepada sesiapa yang serasa dengan saya,sila berkongsi rasa di sini...kita sama2 bangunkan semangat melayu2 robot diluar sana...yang mana minda mereka telah diset untuk melakukan rutin hidup seorang banduan penjara dunia dajjal...rutin apa??

KERJA2,MAKAN,TIDUR...ESOK MULA LAGI RUTIN YANG SAMA...

bangun pagi sarapan...terus bekerja...tengahari keluar beli makanan...petang dalam pkul 5 baru balik..itu ok lagi...tapi kadang2 kita OT untuk membangunkan perniagaan mereka...memastikan keuntungan mereka ditahap yang maksimum...balik bergelak2 dengan kawan2 pergi makan malam...dan adakala pergi berhibur...mana taknya?tension kerja...tension bila kena jadi transformer...kita hanya menjadi manusia biasa bila kita di dalam waktu sedar...dan bila kita kerja,kita seolah menjadi satu transformer...dari manusia kepada robot...robot sekarang canggih,boleh bercakap,boleh bergerak macammana manusia...tapi bezanya dengan manusia ialah,robot boleh diset pemikirannya...dan itulah kita...


lihat dunia dari mata burung atau lihat dari dalam tempurung...
yang mana satu engkau pilih...
             -lirik lagu Tanya sama itu Hud-Hud,nyanyian M.Nasir-


bila balik,tidur...dan esok???ya terus lagi bertukar menjadi robot...kitalah transformer kepunyaan tokey2 di luar sana...dengan menggunakan konsep transformer ini,taraf manusia dibeza2...bermula dari apa?ya...bermula dari zaman persekolahan...di alam persekolahan,wujud perbezaan2 kelas...manusia2 robot ini,diasingkan berdasarkan minda mereka...mereka diasingkan dengan keupayaan minda mereka menerima sistem dajjal...sejauh mana keupayaan mereka untuk menjadi transformer yang berjaya...yang mana nanti akan dibeli oleh tokey kaya diluar sana...mereka sedaya upaya belajar sistem dajjal ini...


siapa yang melawan???pasti akan punya masa depan yang gelap...bak kata orang tua...KONPEM ROSAK...majoriti diajar supaya jangan lawan...terus belajar dan diam...jangan banyak mulut...jangan bertanya kenapa,betulkah,mengapa...itu soalan yang tiada jawapan...kerana kita semua telah disetkan bahawa mengikut...kita di peringkat bawah sistem dajjal ini...tugas kita adalah PATUH  tanpa banyak soal...

lepas habis belajar...kepada sesiapa yang berkeupayaan menerima sistem ini,mereka akan ditawarkan memilih bidang yang elegan,bidang yang gah...tetapi tetap berada di dalam sistem dajjal...itu sudah mesti...
asalkan kita terus menggerakkan sistem dajjal ini dengan sepenuh hati,ada ganjaran lumayan menanti...bekerjalah tanpa banyak soal,tanpa banyak cerita,pasti taraf hidup anda meningkat...


kepada yang melawan,undang2 menanti...pandangan hina manusia menanti anda...kebencian manusia menanti anda...berani masuk neraka dunia ciptaan dajjal?silakan...seluruh manusia robot akan menjadi musuh anda...


di dalam sistem dajjal,
syurga itu neraka,neraka itu syurga.

barangsiapa yang mati selain di bawah sistem khalifah,ia mati dalam keadaan jahiliyyah...selagi kita semua bekerja untuk menggerakkan sistem yang zalim ini,kita adalah makhluk perosak dunia...sekeras mana usaha kita untuk menaiktarafkan kehidupan keluarga kita,asalkan kita masih lagi penggerak sistem riba' kebanggaan dajjal,kita masih hidup dalam jahiliyyah,tidak mengetahui makna hidup yang sebenar...

dan apa itu makna hidup yang sebenar?ia ada ditayangkan 1400++ tahun yang lepas...dan kini masih wujud cerita2 itu...cuma kita yang perlu mencari dan menghayatinya...dan semoga makin ramai yang sedar untuk menghidupkan semula cerita 1400++ yang lepas...

semoga makin ramai pelakon2 yang mula mengambil tempat menjiwai watak2 1400++ tahun yang lepas...semoga makin ramai yang terjaga dari tidur yang selesa di dalam penjara riba' ini...semoga makin ramai yang bangun,jatuh,dan terus lagi bangun sampai benar2 terjaga dan bergerak...semoga makin ramai yang bergerak memacakkan panji syahadah di mana2 di seluruh pelusuk dunia...semoga makin ramai yang sedar akan peranan diri sendiri dan mengembangkan ia untuk manfaat ummah...semoga makin cepat pembangunan jiwa2 pencetus2 akhir zaman...semoga makin cepat pembangun2 Islam akhir zaman yang sedar dan terus bangkit membangkitkan yang lain...

Ya Allah ya Tuhan kami,Wahai Tuhan Yang Maha Kuasa,Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,
kami mohon ya Allah...
keluarkanlah kami semua dari sistem dajjal yang zalim ini dengan cara lembut mahupun paksa,agar kami bukan dari golongan mereka yang  merosakkan dunia dan seisinya tanpa sedar..walhal khalifah inilah yang dulunya dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan mentadbir bumi ini dengan sejahtera... 
kabulkanlah doa kami ini Wahai Tuhan yang Maha mengabulkan...
kabulkanlah...

semoganya...
semoga....
sila aminkan doa ini jika anda benar2 bersetuju dengan isinya dan benar2 berharap kebangkitan Islam akhir zaman berlaku secepat mungkin...

...aminnn....











Monday 19 December 2011

katakan wahai setiap hati yang membaca..."wahai Nabi saw,kami rindu padamu..."

salam kepada semua pembaca...
selawat dan salam rindu buat Rasulullah saw,para ahlul bait,para sahabat dan semua yang sejalan dengan mereka sehingga hari kiamat...

sekali lagi saya cuba mengajak anda supaya turut sama merindukan nabi saw...kerana baginda saw memang layak untuk dirindui,meskipun kita semua tak pernah bersua muka dengan baginda saw...

di saat ruang maya sedang panas dengan berita2 terhangat negara masa kini,saya sering tergerak untuk menulis post yang berkaitan dengan nabi saw...pun saya tak tahu kenapa...cuma ikut gerak hati...dan rasa hati...

lama sudah baginda saw meninggalkan kita...dan selama itu,banyak peristiwa2 besar berlaku...dan semuanya hampir membawa irama yang sama...irama melupakan baginda saw...ya,mereka cuba membuatkan kita lupa siapa nabi kita...bagaimana indahnya nabi saw...mereka cuba sedaya upaya...atas sebab apa...saya pun tak tahu...serangan yang dilakukan samaada dari pihak kafiruun mahupun pihak kita sendiri...apa yang mereka dapat dengan melakukan ini semua,saya pun tak pasti...memisahkan kita dengan fitrah kita sendiri,puaskah hati mereka bila berbuat begitu...mereka ada jawapan...tanyalah mereka...

apa fitrah kita?

fitrah mencintai kebaikan...setiap orang sukakan kebaikan,hatta orang paling jahat dalam dunia...dan nabi saw adalah himpunan semua kebaikan yang ada...bukti keesaan Tuhan...dan bila mereka berusaha sedaya upaya membuatkan kita lupakan nabi saw,bermakna mereka telah menjauhkan kita dari fitrah diri kita sendiri...setiap yang lari dari fitrah,pasti sakit...setiap yang lari dari fitrah,pasti derita...setiap yang lari dari fitrah,pasti kecewa...

mereka cuba membina suasana melupakan nabi saw...mereka melakukan segala yang mungkin,dengan syarat,kita mesti jauh daripada mengingati nabi saw...

mereka melakukan dengan sistemnya,mereka melakukan dengan undang2nya...mereka melakukan dengan kawalan medianya...mereka melakukan dengan fitnah yang berterusan...mereka melakukan dengan tulisan2 menghina...mereka melakukan dengan halusnya melalui segala yang dapat dicerap oleh pancaindera kita...

dan kini,mereka seolah hampir berjaya...ummat2 nabi saw,tidak kenal nabinya sendiri...tidak kenal penyelamatnya sendiri...mereka tidak kenal dengan satu2nya manusia yang paling sayangkan diri mereka sendiri...setiap sunnah baginda saw,hanya dikenali secara tersurat,jarang benar dikaji secara tersirat...mereka tidak minat dengan ini semua...benarlah kata2 "tak kenal,maka tak cinta"...

saya menyeru semua bloggers,mari kita bergabung untuk wujudkan suasana mencintai Rasulullah saw...suasana rindukan nabi saw...suasana yang mana,selawat yang diucapkan,benar2 bererti...bukan satu kata pura2...selawat pura2...kita semua,wahai para blogger,perlu membina satu jalan supaya mereka semua dan kita juga benar2 dekat dengan nabi saw...benar2 rindu2,benar2 cinta,benar2 sayang....sepertimana baginda saw pernah rindukan kita 1400++ tahun yang lepas...


biar sayang yang ada,rindu yang ada,cinta yang ada,mampu menggetarkan seluruh jiwa kita tatkala nama baginda saw disebut...biar kasih yang ada mampu memanaskan darah kita tatkala maruah baginda dicarik2 oleh mereka2 yang dengki...biar cinta yang ada,mampu menggerakkan seluruh urat tubuh kita untuk bergerak meneruskan perjuangan baginda saw...

biarkan...biarkan rasa itu wujud,bercambah menjadi satu kekuatan yang tak terkalahkan...

 saya seru...benar2 seru...maka jawablah seruan saya dengan mewujudkan suasana mencintai nabi saw di dalam blog2 kalian...

rinduilah baginda saw,sebagaimana baginda saw merindui kita,ummatnya...

sekali lagi selawat dan salam cinta buat baginda saw dan pengikut2nya sehingga hari kiamat...

katakan wahai setiap hati yang membaca..."wahai Nabi saw,kami rindu padamu..."


wallahualam...

Friday 16 December 2011

Jangan sedih jika anda susah...bersyukurlah...

salam kepada semua...
selawat dan salam kita semua tujukan buat Nabi Muhammad saw...para ahlul bait,para sahabat,serta mereka yang sejalan dengannya...semoga makin ramai yang rindukan baginda saw sebagaimana baginda saw rindukan kita semua pada 1400++ tahun yang lalu..lama da baginda saw tinggalkan kita...hmm...
apa khabar anda semua...harap2 semua pun sentiasa dalam bimbinganNya...insyaAllah..



Satu ketika, saya berjalan ditepi jalan...banyak kereta2 dan kenderaan lalu lalang...walaupun bising keadaannya,tapi saya rasa sunyi...hanya saya dan diri saya sahaja saya rasakan di waktu tu...kemudian saya lihat di tepi jalan...banyak lalang2...banyak bunga2 kecil...dan rumput2 menghijau...walaupun tak teratur kedudukannya tetapi semua tu sangat indah...dan saya terus terfikir...ada bagusnya saya jadi pejalan kaki...dapat saya lihat semua ni...dan saya juga sempat terfikir...kadang2 tekanan yang direka oleh dajjal dan iblis untuk manusia ada bagusnya juga...

terutama untuk kita,bangsa yang bagi saya agak kebawah di dalam negara ni...terutama dalam soal ekonomi...kebanyakan orang kita menjadi kuli2 bawahan...kerja makan gaji...harga barang makin naik,tapi gaji tak naik2 pun...makin lama makin tertekan...nak makan pun fikir2 bajet yang ada....tengok sen dalam poket,cukup ke tidak...kadang2 sampai kira sen2 yang ada dalam poket...inilah realitinya....dan di satu kehidupan yang lain,duit seolah satu permainan nombor...naik turun...tiap2 hari duit masuk mencecah 4 angka...sekali pandang bahagianya...tapi timbul rasa bersyukur bila tengok kebanyakan mereka2 yang begini,kurang budi bahasanya...duit dicampak2...orang takda duit terus je pandang hina..."sambil fikir,takkan itupun takda duit???"...nilainya manusia itu bagi mereka ditimbang dengan kedudukan dan wangnya...saya cuma diam sambil kesal dan benci melihat semua drama ni...drama gelak tawa orang2 kaya...memang memualkan...


dan berbalik kepada tadi...ada bagusnya berada di bawah...merasa kesusahan dan realiti hidup di bumi Malaysia ni...bila kita susah,kita akan hargai rasa senang...bagi mereka yang pernah dahaga,pasti tahu menghargai nikmatnya setitik air...sebab itu selalunya Tuhan akan beri kita nikmat...dan tarik balik bila kita da tak hargai nikmat tu...dan Dia akan bagi semula bila kita sedar dan tahu menghargai setiap apa yang Dia kurniakan...psikologi mudah...beri,tarik dan beri semula...

bagi mereka yang hidupnya diselubungi masalah,derita,kesusahan,banyak2kan bersabar sambil bersyukur dengan apa yang ada...jika anda belum ada rezeki punya kenderaan sendiri,anda harus bersyukur di Malaysia masih ada bas untuk anda kemana2...jika anda belum ada rezeki untuk merasa makanan yang enak,anda harus bersyukur kerana masih punya makanan untuk dimakan...anda harus bersyukur masih punya kudrat untuk bekerja dan tidak perlu memegang gelas di tepi2 jalan mengharapkan belas kasihan orang...


anda tahu harganya sebiji nasi?and takkan tahu jika anda belum rasa lapar tapi tiada benda untuk dimakan...macam dalam gambar ni...baru kita tahu mahal harganya sebiji nasi Tuhan beri pada kita...



anda tahu harganya segayung air?anda takkan tahu selagi anda belum rasa ketiadaan air di tempat2 anda...saya ingat lagi dulu,masa terdesak,air takda...dengan segayung air,macam2 boleh dibuat...boleh mandi,boleh gosok gigi,macam2...tapi bila ada air banyak,sebaldi pun macam tak cukup2...jangan mengeluh jika Allah tarik nikmat dari anda...sebenarnya Dia ingin anda menjadi seorang yang tahu menghargai harga setiap nikmat yang Dia berikan...Dia sayangkan anda,dan Dia tahu jika dia beri,beri dan terus beri,nanti anda akan kufur nikmat...lebih baik begini; beri,tarik dan beri semula...

saya suka tunggu bas,lihat gelagat manusia2...inilah hidup golongan pertengahan...hidupnya cukup2 je...cukup2 makan orang kata...dan dulu saya pernah jadi golongan yang lebih rendah daripada pertengahan...kira golongan bawahan...takda duit nak makan...takda sen nak beli baju untuk bekerja...takde kedrat nak mulakan hidup...tapi rahmat Allah memang besar...dapat jugak saya hidup sampai sekarang...Alhamdulillah...

dulu,saya ada segala macam alat yang moden...laptop,hp canggih2...tapi masa tu saya adalah seorang yang pandang remeh dengan semua ni...sebab senang dapat...tapi bila ditarik semuanya saya jadi tahu mana lantai saya pijak,saya jadi tahu mana langit yang saya junjung...saya jadi nampak dengan bunga2 di tepi jalan,saya baru nampak dengan rumput yang menghijau ciptaan Tuhan...saya jadi tahu rasa bersyukur dengan segala yang sedikit...bak lagu Jamal Abdillah,mati hidup semula...memang benar,dulu saya hidup...tapi sebenarnya mati secara hakikat...tapi sekarang,Tuhan kembali menghidupkan saya...saya bersyukur walaupun hidup tak sesenang rakan2 lain...

saya tahu dengan cara ni,banyak pengajaran Tuhan beri pada saya...sekarang semut yang angkat makanan kat tepi kaki saya pun saya kesian...dulu,jangan cakapla...rasa nak pijak je semut2 tu semua...

apa yang saya beritahu bukanlah untuk menjaja kisah hidup saya pada anda semua...tapi ambillah pengajaran di sebalik cerita saya ni...

jangan sedih jika hidup anda susah...sebab dari situ banyak pengajaran Tuhan beri pada anda daripada hidup orang2 kaya yang penuh pura2 dan banyak lalainya...duit banyak,tapi budi bahasa macam da tak penting lagi da,sopan santun macam sampah tepi jalan je dibuatnya...tapi tak semua macam tu...itu saya akui...anda yang tak buat macam tu,tentu2 bukan mereka yang saya maksudkan...harap janganla ada sesiapa yang salah sangka dengan artikel ni...ini cuma pandangan umum...

wallahualam...itu sahaja buat kali ni...sekadar perkongsian rasa...harap ada manfaatnya...insyaAllah...

papapun layann lagu abang Jamal kita ni ye...

Tuesday 13 December 2011

rindu rasanya...anda pula bagaimana???

Salam buat semua pembaca...apa khabar anda semua ya...


selawat dan salam sayang buat Rasulullah saw,para ahlul bait,para sahabat,dan mereka yang sejalan dengan mereka sehingga hari kiamat...

rindu rasanya pada baginda saw...tak tahu nak cakap macammana...sebenarnya post kali ni saya berhajat menarik rasa anda semua untuk turut sama merindukan baginda saw...mengenangkan baginda...jerih payah baginda kerana telah menyampaikan kebenaran kepada kita semua...

sebenarnya wahai semua sahabat saya sekalian...bukanlah mudah menjadi penyampai...berat...apatah lagi penyampai wahyu Tuhan seperti Nabi Muhammad saw yang kita sayangi...kerana setiap kata yang terlafaz,setiap sumpah yang terukir...ada harganya yang perlu dibayar oleh sang penyampainya...setiap satunya yang tersampai akan dipertanggungjawabkan pertama-tama sekali kepada yang menyampainya...benarkah apa yang dilafazkan...sungguhkah apa yang dikatakan...atau sekadar mainan bibir sahaja...dan jika penyampai itu ikhlas,nescaya Tuhan akan bantu dalam pelaksanaan ikrar sang penyampai tadi...tetapi sebelum bantuan Allah itu sampai,kulit yang ada pasti terluka,hati yang ada pasti terguris,jiwa yang ada pasti akan merintih...selepas semua itu ada,barulah bantuan Allah itu sampai...jadi,dapatkah kita semua bayangkan betapa beratnya dugaan nabi saw kesayangan kita?hanyalah Tuhan dapat membalasnya...

jika kita yang hanya menyampai sekerat2 dari segala sabda baginda saw,dari segala firmannya Tuhan itu,merasa sakit jika diuji...bayangkanlah bagaimana pula rasa yang ditanggung oleh baginda saw...yang sudah tentunya penyampai Al-Quran kepada kita semua...pasti baginda saw lebih sakit dari kita...pasti lebih perih menanggung pedih daripada kita...Ya Allah,sekalipun semua peristiwa ujian yang baginda saw terima telah 1400++ berlalu,masih terasa aura kesedihan,kepedihannya pada kita di akhir zaman ini...kita masih dapat berasa betapa sakitnya nabi saw kesayangan kita dibaling batu oleh penduduk Thaif...aduhai...bagaimanalah rasanya wahai saudaraku sekalian...letakkan rasa itu pada kita...dan seharusnya kita berasa malu untuk mengaduh sakit jika hanya diuji perasaan ketika menyebarkan kebenaranNya...cukuplah airmata sebagai tanda sakit berada dalam takdirNya...

makanya wahai semua saudaraku sekalian...kepada mereka yang sedang menyampaikan kebenaran...kepada semua yang sedang diuji...bersabarlah,kerana Tuhan itu ada,Maha Melihat keadaan anda semua...teruslah sampaikan kebenaran sekalipun bertimpa2 kesusahan Tuhan berikan pada anda...teruskan melangkah wahai saudaraku sekalian...sekalipun terjatuh,panji yang ada jangan terus dihamparkan ke tanah...angkatlah ia setinggi mana yang anda mampu...Sungguh wahai sahabatku sekalian,Allah berhajat memenangkan kebenaran sekalipun semua kafiruun membencinya...

jika anda sakit,teruskan melangkah..teruskan dengan penyampaian kebenaran...jangan pernah berhenti...sakit itu akan pergi sepertimana ia datang pada mulanya...biarkan rasa sakit itu menghadap Tuhan,dan menjadi saksi bahawa segala yang anda ikrarkan itu benar...bukan mainan kata atau pura-pura...biarkan rasa sakit itu menjadi saksi bahawa anda telah menegakkan kebenaran walaupun hanya pada diri anda sendiri...

sekali lagi selawat dan salam rindu buatmu Rasulullah saw...dari kami ummatmu akhir zaman...semoga kami terpilih menjadi diantara ikhwanmu...amin....




Monday 12 December 2011

Kita sudah kesuntukan masa...hanya 3 hari...???

salam buat semua pembaca...salam rindu dari saya...


selama beberapa hari ni banyak yang berlaku dalam hidup saya,adakala saya duduk diam berfikir,untuk apa semua tu terjadi,terutama kenapa semua cerita itu sampai ke telinga saya...atas sebab apa Tuhan takdirkan itu semua untuk saya tahu...dan juga saya kaitkan dengan apa yang saya tengah dok fikir beberapa bulan kebelakangan ni...dan saya simpulkan ia dengan satu perkataan..."penyatuan"...hakikat esa untuk manusia itu tahu ialah penyatuan...segala yang bersatu akan menang digelanggang kehidupan...contohnya?anda boleh nampak sendiri...


maaf kalau anda yang membaca cukup2 bosan mendengar cerita penyatuan ni...kerana kerap kali ia diketengahkan oleh kebanyakan bloggers...dan saya di sini juga cuba membawakan satu cerita yang sama,cuma mungkin dari sudut yang lain pula...kerana hidup di akhir zaman,mahu ataupun tidak isu penyatuan ummah harus,perlu,dan wajib untuk kita ambil tahu kerana ia ada kaitan dengan kita...penyatuan melibatkan semua unit yang ada...semua...anda yang membaca,mereka di luar sana,saya dan juga sesiapa saja yang setuju dengan syahadah harus menyatu sebelum kita dikunyah2,dimamah-mamah oleh para musuh diluar sana...

yang sememangnya ingin melihat kita semua jatuh dan terus jatuh dek kerana perangkap mereka...tapi kita yang dianugerahi rasa dan kekuatan,perlu menentang perpecahan ini...kerana ia membelakangi esa...padahal kita percaya Tuhan itu esa...


surah Al-Baqarah 213: 


Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut agama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan syurga), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab neraka) dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu kitab-kitab suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan. Dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka kitab-kitab suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, - mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan pertunjuk kepada orang-orang y ang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinNya. Dan Allah sentiasa memberi pertunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang di kehendakiNya ke jalan yang betul-lurus (menurut undang-undang peraturanNya).





maka benarlah jika saya katakan hasad dengki sememangnya satu penyakit yang membawa perpecahan,dan ubatnya ialah bersatu,menyatu dengan apa sahaja yang anda dengkikan,saya faham,ia memang satu rasa yang sakit kerana anda akan rasa anda benar,dan dia salah,mengapa mesti anda yang kembali menyambung tali sitarurrahim itu,padahal dialah yang seharusnya tunduk pada anda...betulkan wujud rasa ini dalam diri anda???

tetapi...

wahai saudaraku yang tersepit dengan penyakit ini,satu sahaja jalan untuk anda keluar dari kesempitan hati dek kerana penyakit hasad dengki ini,iaitu bersilaturrahimlah,maafkanlah mereka sekalipun anda berhak untuk tidak memberi maaf...disaat mereka bersalah dengan anda,mungkin kerana mengguris hati anda,Allah telah letakkan kuasa di tangan anda...kerana anda seorang yang telah dizalimi...tetapi anda adalah seorang yang hebat jika memaafkan dan  melupakan perselisihan itu dan terus menyatu dengan mereka...kembali bersilaturrahim...


Asy-Syura : 40

"...sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah(atas tanggungan Allah dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim"


ingat satu,sesiapa yang tunduk dahulu,pasti dia akan menerima tunduk daripada mereka semula...sekalipun bukan tunduk pada zahir,tetapi percayalah hati mereka cukup tunduk dengan anda...tunduk hormat walaupun mereka malu untuk mengakuinya...

maafkan mereka sebelum segala api hasad dengki membakar hangus amal2 anda....


anda tiada masa...hanya tiga hari diberi...ya,tiga hari untuk anda melayan ego anda,tiga hari untuk anda menstabilkan perasaan anda...tiga hari untuk anda bertafakur tentang kesilapan anda sendiri...

Tidak halal bagi seorang Islam itu tidak menegur sapa saudaranya lebih daripada tiga hari, berjumpa keduanya maka berpaling seorang ke tempat lain dan seorang lagi ketempat lain. Yang lebih baik daripada dua orang ini ialah siapa yang memulakan salam.

di dunia ini,saya,anda,dan juga mereka...serta seluruh manusia di alam ini punya salah masing2...punya silap masing2...punya kelemahan masing2....kerana apa?kerana kita manusia...ya,kerana kita semua adalah manusia...semua manusia adalah manusia biasa...pangkat,harta,kedudukan yang memisahkan dan membeza2kan kita adalah satu fatamorgana kehidupan sahaja...hakikatnya kita semua sama...seorang nabi adalah manusia biasa...seorang pemimpin negara pun adalah manusia biasa...seorang penyapu sampah dijalanan adalah juga manusia biasa...berbezakah darah mereka?semuanya merah juga...jika dipukul pun sama2 akan rasa sakit...jika jatuh tersadung pun semuanya akan mengaduh...maka anda semua beritahu saya,berbezakah mereka?

jika mereka bersalah pada anda,anda beritahu saya...adakah anda pernah terlepas dari berbuat salah dengan manusia lain???sehingga kemaafan itu begitu susah untuk anda berikan???mahalnya harga diri anda adalah pada kemaafan yang anda berikan...ingat,

"yang lebih baik daripada dua orang ini ialah siapa yang memulakan salam"


jika anda begitu susah memaafkan orang lain,dan mengomel akan kesalahan2 orang itu,anda tunggulah sehingga ke satu masa,Tuhan takdirkan anda melakukan satu kesalahan berat pada orang lain...dan di masa itu,anda akan rasakan apa yang mereka rasa....jangan pernah menyalahkan Tuhan di atas takdir anda,kerana takdir anda sebenarnya adalah disebabkan tangan2 anda sendiri....

memang saya sudah bercerita melalut tentang ini...tetapi perjalanan takdir yang melibatkan penyakit hasad dengki ini adalah lebih mengarut dan lebih panjang daripada apa yang saya ceritakan...masakan tidak,semua yang anda lihat sekarang adalah akibat hasad dengki iblis lakanatullah...dan permulaan ceritanya adalah disyurga dahulu...

dan saya cukup panas jika mereka yang melaungkan islam sana,islam sini,tetapi dalam masa yang sama menggalakkan perpecahan,menanam rasa benci terhadap manusia lain,memisahkan manusia2...tahukah mereka akan makna syahadah mereka?fahamkah mereka akan makna Tuhan itu esa?esa itu maknanya tidak berbilangan...satu2nya...

jangan mudah menjual nama Islam...nama Melayu...jika belum faham makna syahadah sebenarnya...
besederhanalah hatta dalam berdakwah...kerana kebenaran itu untuk mereka yang ber"haq"...dan jika mereka itu ber"haq",mereka tetap akan mendapatkan kebenaran itu walaupun mereka di dalam kegelapan...kerana Cahaya Tuhan itu terang benderang...cahaya kebenaran itu pun satu rezeki...jika anda ditakdirkan dapat,anda tetap akan dapat sekalipun seluruh manusia bergabung untuk menghalang....

Nabi Muhammad saw hanyalah penyampai,dan kebenaran itu hak milik mutlak Tuhan...kita manusia,bukan Tuhan...kita ini lemah,dan Tuhan itu Maha Kuat...kita ini banyak kelemahan,dan Tuhan itu Maha Sempurna...kita ini hina dan Tuhan itu Maha mulia...kita ini jahil dan Tuhan itu Maha Tahu...

syahadah itu bukan kata2 biasa untuk kita pandang enteng...tetapi di dalamnya terkandung kod2 penyatuan..kod2 perbezaan Tuhan dan Makhluk...kod2 kehidupan...

jadi sekarang,saya dan anda fikir2kan...renung2kan...dengan siapa sekarang ini anda bermusuh...anda berdengki...anda benci...siapapun dia...apapun salah dia...nikmat apapun Tuhan berikan pada dia sehingga anda rasa geram...menyampah...letak semua rasa tu satu tempat di sudut hati anda...dan BUANG...lupuskan di tempat pelupusan sampah dalam diri anda...itu semua virus pemakan amal...

dan langkah seterusnya...maafkan mereka...kembali kasihkan mereka sebagai saudara sesyahadah anda...dan bertegur sapa dengan mereka...terutama yang ada di depan mata...kerana itu peluang anda...

saya cukup tertarik dengan kata2 rakan saya..."maaf tak semestinya perlu disebut dengan lidah,adakala melalui perbuatan juga,maaf itu terlafaz..."

wallahualam...semoga ada manfaatnya buat anda semua di luar sana,dan tentu2 semoga lebih bermanfaat buat diri saya sendiri...

saya minta maaf kalau artikel ini ada salah silapnya...saya sayangkan anda semua...

berjumpa lagi di artikel yang seterusnya...

Thursday 8 December 2011

Penguat langkah...

Salam sejahtera buat semua pembaca,apa khabar anda semua agak2nya ya...lama rasanya tak update blog...



sebab saya rasa lebih baik saya diam jika saya tiada apa2 yang baik untuk diperkatakan apatah lagi untuk disebarkan...

banyak yang berlaku setiap hari samada dalam hidup saya mahupun anda semua..itu pasti...macam2 yang Tuhan sediakan untuk kita fikir2kan setiap hari...sama ada kita sendiri mahu atau tidak mengambil pelajaran...

seorang mukmin itu sentiasa hidup dalam kebaikan...segala baginya adalah kebaikan...buruk atau baik yang Tuhan takdirkan untuknya adalah merupakan satu kebaikan baginya...kerana sang mukmin adalah sejenis manusia yang paling mampu menyerap setiap jenis kebaikan disekelilingnya...walaupun kebaikan itu Tuhan letakkan di tengah2 kejahatan...ibarat lambang yin dan yang...

"berlumpur intan seri masih bertandang,bagai bulan dipagar bintang" -lirik lagu Nian di Hati nyanyian Siti Nurhaliza-

dalam baik ada buruk,dalam buruk ada baik...mereka yang dapat mencari kebaikan di sebalik kejahatan adalah ibarat seorang penyelam yang menyelam untuk mencari sebuah mutiara berharga...sanggup meredah kesusahan demi untuk mendapatkan yang sesuatu yang berharga...ketika dalam perjalanan dia tidak hiraukan pandangan orang terhadapnya...buruk baik kata orang dia telan...tapi bila masanya dia telah mendapatkan mutiara itu,dialah orang2 yang beruntung...

di dunia ini ada 2 jenis orang...ibarat lambang yin dan yang...ada yang sentiasa berpada2 dalam kehidupan demi untuk menjaga nama baik di hadapan manusia2 lain...tapi jauh di sudut hati mereka ada satu penyakit...mereka lebih tahu tentang ini...sila rujuk artikel saya tentang penyakit ini(hasad dengki)
ada sejenis lagi manusia lainnya...yang sanggup dikatakan buruk demi kebenaran...dia adalah jenis pencari2 mutiara...sanggup mengambil risiko demi untuk sesuatu yang berharga...dalam masa pemergiannya ramai orang yang berkata...biasala manusia...dia sanggup memperjudikan hidupnya,nyawanya,masanya demi untuk mendapatkan yang berharga itu...apa yang dia tahu,dia hanyalah menurut kata hatinya....


"Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi (hukum dan ketetapan) Allah, ialah orang-orang yang pekak lagi bisu, yang tidak mahu memahami sesuatupun (dengan akal fikirannya)" -Surah an-Anfaal : 22-


"sang pencinta,hanya dia merasa semangat sebuah pengorbanan..."
-lirik lagu Sang Pencinta nyanyian M.Nasir-

fahamilah segala di sekeliling anda,kerana setiap petunjuk Tuhan ada di situ...kerana Tuhan itu Maha Kalam...setiap satu yang terjadi itulah pena2 KalamNya..untuk memberitahu anda apa yang perlu anda lakukan seterusnya...terutama dalam meniti kehidupan...ikutlah petunjuk yang ada di waktu itu,dan nantinya Dia akan beritahu anda petunjuk yang lain pula...biarkan kata orang2 sekeliling...setiap satu yang terjadi adalah satu pengajaran daripada Tuhan...dan jika difikir2kan,sebenarnya Dialah yang menggerakkan mereka semua sebagai satu ujian buat anda...tunduklah padaNya...dan belajarlah...nescaya akan Dia bimbing langkah anda...untuk melihat Dia,anda perlu tunduk...itulah adabnya...

wallahualam...

sekadar perkongsian rasa dari saya buat masa ini...semoga apa yang saya luahkan adalah satu penguat langkah untuk saya dan juga anda semua di luar sana... 

papapun layannn...






Thursday 1 December 2011

lagu Zaman???...lirik2 best,siri 5...

salam kepada semua pembaca...

kali ini kami bawakan lagi satu lirik best...sekadar selingan dari kami...

lagu ni adalah tentang Lagu zaman...apa dia agak2 anda Lagu zaman itu????








(sumber gambar:http://riwayatmelayu.blogspot.com/2010/08/alter-terahsia-bangsa-melayu-ix.html)

Lagu Zaman
Jamal Abdillah & S M Salim 

Bagai sireh pulang dalam gagang, seri cemerlang
Bukanlah sebarang siapa jua boleh menyanyikan

Hamba pun menumpang sama menyanyikan
Lagu zaman yang berzaman
Lagu lama dengan rasa
Cara kita orang timur

Tak mengapa asal suka budaya kita

Maafkanlah hamba andai ada terkurang adatnya
Begini suara hasrat hati ingin bersama
Hamba mengerti hasrat yang murni
Kayakan lagi adat sendiri



mungkin masing2 ada tafsiran sendiri tentang apa yang dimaksudkan dengan lagu zaman ini...tapi bagi kami,lagu zaman yang dimaksudkan adalah lagu irama keesaanNya... kerana semenjak dari dahulu...para Nabi dan Rasul membawa satu kebenaran untuk disebarkan,bahawa Tuhan itu Esa...setiap daripada mereka membawakan kebenaran itu sesuai dengan zaman mereka...maka,bersuaralah mereka di zaman2 yang ditakdirkan untuk mereka semua pergi...dengan suara2 keesaan...mengajak manusia sekeliling mereka menyanyikan irama yang sama...yang juga dialunkan oleh seluruh semesta...

itulah irama lagu Zaman...
Irama lagu keesaanNya...

dan di sini,di blog ini,kami berusaha menyanyikan lagu zaman itu,lagu lama itu,dengan rasa,cara kami orang timur...

semoga ianya berjaya membangkitkan semangat2 Melayu di luar sana untuk bangkit bersama2 kami...

insyaAllah...

hmm...
papepun layannn...