hud-seroja-esa-budi bahasa-akhlak-ikhlas-raja segala unsur-imam mahdi-panji hitam-bani tamim-sirah

puzzles

hud-seroja-esa-budi bahasa-akhlak-ikhlas-raja segala unsur-imam mahdi-panji hitam-bani tamim-sirah nabi saw dan pengulangannya di akhir zaman-rahsia no 1 dan 9-kaitan imam mahdi dan helang-misteri tabut dan persoalan2 berkaitannya-melayu dan kekuatannya-nabi Nuh as-Raja Ahmad-teori relatif-penciptaan manusia-rahsia bismillah-philosophy of lotus in buddhism-mawar sbg lambang kesufian-matrix dari kacamata sufi-nursyahadah-teknologi pembangkitan memori dari al Quran-Rasulullah saw sbg manusia fitrah-nurunnur-formula sabar-formula ikhlas-makna,puji dan taat-lirik2 best-riba' dan kaitannya dgn dajjal-riba' sebagai penghapus ikhlas-titik kebangkitan akhir zaman,strategi kebangkitan~~~~~~

Saturday 31 March 2012

ku pandang kiri,kanan jua dekat dihati...


Cintaku pada diri
Cintaku pada sendiri
Ku kalam kata dalam kiri
Kanan jua pujaan hati
Kusayang diri
Kusayang sendiri
Kutoleh kiri sepenuh hati
Rupanya kanan cerminan diri
Kukasih diri
Kukasih sendiri
Puas ku korban kejalan kiri
Tiada kusangka kanan jualah yang sejati
Kupandang diri
Kupandang sendiri
Kupetik bintang barat nan kiri
Rupanya timur jualah penunjuk diri
Aku termenung mencari diri
Mencari diri dalam sendiri
Niat dihati kekiri mencurah bakti
Rupanya kanan jua selalu dihati
Aku dustakan diri
Dusta dalam gelapnya sendiri
Kusangka kiri jalan sejati
Rupanya kanan lebih hakiki
Jauh kesana kubawa diri
Jauh mencari diri sendiri
Aku berjalan di lembah kiri
Rupanya kanan asal diberi




Friday 23 March 2012

Tazkirah bagi yang mahu petunjuk...


Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak percaya), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri peringatan kepadanya atau engkau tidak beri  peringatan  , mereka tidak akan percaya.
(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah menutup atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.
Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.
Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.
Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman". Mereka menjawab: "Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?" Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan manakala mereka kembali kepada sahabat syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula: " Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)".
Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu).
Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah.
Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka, dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun).
Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran).
Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama dengan gelap-gelita, dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jarinya ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang yang kafir itu.
Kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka; tiap-tiap kali kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan dalam cahayanya. Dan apabila gelap menyelubungi mereka, berhentilah mereka (menunggu dengan bingungnya). Dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Saturday 17 March 2012

Jangan kau gentar pada bayang-bayang sendiri,disebalik pahit getir kemenangan menanti...


salam sejahtera buat semua pembaca...

segala puji bagi tuhan yang maha pemurah..yang memberi tanpa dipinta...
selawat dan salam buat Rasulullah saw serta sesiapa jua yang sejalan dgn baginda saw..





Kandungan
1.      Kekuatan tak terkalahkan
2.      Kod-kod suci
3.      Ilmu ikhlas
4.      Amalan bermula dari niat
5.      Hukum karma,hakikat kun fayakun serta tipudaya iblis dan dajjal
6.      Getaran
·         Rantaian esa
·         Matahati/firasat/ilmu ladunni/deria keenam/mata ketiga
·         Nur Muhammad/Cahaya yang terpuji
·         Keilmuan nenek moyang Melayu
·         Berlapar sebagai formula hebat getaran
·         Resonans

1.      Kekuatan tak terkalahkan
Kali ini saya akan cuba sambung post kekuatan yang tak terkalahkan...iaitulah kekuatan Tuhan,Allah azza wajalla. Hanya manusia yang kosong,yang suci akan menjadi medium mengalirkan kekuatan Tuhan seluruh alam...sekali lagi,manusia hanya medium,yakni perantara,bukan sebagai pemilik kekuatan tak terkalahkan itu.Jika manusia yang dipinjamkan kekuatan tak terkalahkan itu sombong,bongkak dan tak sedar diri,kekuatan itu akan menjadi kekuatan yang dapat dikalahkan...
saya ulang:
kekuatan yang tak terkalahkan boleh menjadi kekuatan yang dapat dikalahkan dengan sekelip mata. Cukuplah Tuhan itu hanya berkata Kun Fayakun maka terjadilah apa yang dikehendakiNya. 
Kerana rasa2 sombong,bongkak,tak sedar diri itu adalah kotoran2 yang berduduk diam di dalam hati dan memberatkan hati tuannya...menyekat laluan kod2 suci untuk lalu dan membentuk empunya diri. Maka,yang penting adalah membersihkan tempat laluan kod2 suci ini (hati). Betapa penting untuk kita tahu apa penyakit2 hati dan cara perubatannya. Sila rujuk pada yang lebih tahu tentang ini,saya cuma sentuh sedikit tentang apa yang saya tahu.

"bunga kembang bertali hati
bunga kembang dikemuncak aqli"
- lirik lagu Cinta Melankolik,Ann -
1.      Kod2 suci
apa itu kod2 suci? itulah kod2 keesaan Tuhan.
kod2 yang jika tersusun dengan baik maka terlahirlah sesuatu yang indah dipandangan mata. Ibarat teratai yang indah dipandangan mata,sakit bagi sang pohon. Kesakitan yang disimpan,dinyorokkan,disembunyikan, dan yang terlahir hanya satu keindahan...itulah Nabi Muhammad saw...yang ternampak dipandangan mata umat hanya keindahan akhlaknya, kesusahan baginda,kesakitan baginda,kesedihan baginda,hanyalah Tuhan yang sebenar2 tahu...maka yang layak membalas,hanyalah Tuhan yang Maha Pengasih...selawat dan salam rindu sama2 kita sampaikan buat baginda saw...
Dan...
setiap manusia dilahirkan untuk merasai pahit manis kehidupan yang membawa kepada pengenalan Tuhan,pencipta diri manusia dan seluruh alam.
Kesedihan,kesakitan,kehampaan,kegembiraan,ketenangan,dan pelbagai bentuk2 perasaan yang kita alami setiap hari adalah kod2 keesaan Tuhan.
Kita harus bijak dan benar dalam membaca kod2 itu semua,jika silap,meranalah diri kerana bertindak melawan fitrahnya iaitu fitrah ketuhanan. kita adalah cahaya2 Tuhan yang ingin mencarinya. Tiada satupun manusia yang benar2 mengetahui siapa Tuhan itu hatta Nabi Muhammad saw, dan bila manusia itu mengaku,ternyata lorong2 kod2 suci itu masih belum benar2 kosong. Yang ada hanyalah manusia yang paling faham dan paling kenal diantara semua manusia,tapi bukan benar2 mengenali Tuhan itu, kita perlu jelas tentang ini.

"Engkaulah yang kini mekar dalam diriku yang melankolia
akulah simpang tersasar karam janjiku yang melankolia..."
-lirik lagu Cinta Melankolia,Ann-

2.      Ilmu ikhlas
jika kita berhajat melakukan amal setinggi gunung dengan tujuan hendak kesyurga,berhati2lah di dalam amalan ditakuti rasa sombong itu hadir dan membiak,maka sekelip mata,Tuhan itu mampu memadamkan amalan2 yang telah dilakukan selama berpuluh-puluh tahun itu. Hati2lah kamu wahai ahli ibadah...ingatlah kita semua kesyurga disebabkan rahmat Allah bukannya disebabkan amal2 berpuluh2 tahun kita itu. Kita beribadat untuk meraih rahmat Tuhan Yang Maha Penyayang...jika dia terima,terimalah...jika tidak terima,apa yang boleh kita buat?kerana Dia adalah Tuhan Pemilik segala jadi...dan ibadat yang kita buat,yang kita persembahkan pada Dia adalah datang dari seorang pendosa...akuilah hakikat itu...kita kena terima hakikat,kita bukannya malaikat...kita semua adalah manusia yang berdosa...sentiasa berbuat amalan dan cuma berharap ianya diterima...jika ditolak,apalah daya seorang pendosa seperti kita untuk mempersoalkan...

"jangan sang Arnab bangga meninggalkan si kura-kura jauh dibelakang,hingga kesatu masa,ternyata si kura-kura yang menang..."

tetaplah segala puji buat Yang Maha Suci,yang tidak menerima melainkan yang suci juga...dan manusia suci adalah manusia ikhlas...selain dari ikhlas,tidak suci...dan Tuhan akan sentiasa melindungi manusia2 suci ini daripada tipudaya iblis laknatullah...mintalah pada Tuhan agar diajari ilmu ikhlas...insyaAllah Dia akan membimbing kita disetiap pencarian ikhlas kita kepadaNya..

1.      Amalan bermula dari niat

dan setiap amalan bermula dari niat...besar sungguh kiasan didalam kata2 ini...amalan terbentuk dari kehidupan setiap hari...apa yang kita buat,apa yang kita fikir,apa yang kita mahukan,itulah amalan kita...setiap saat kita di dalam amalan samalah  dengan makna setiap saat kita di dalam kehidupan...sama seperti yang telah saya katakan sebelum ini,takdir kita begitu dekat dengan kepercayaan kita. Besar ruang matrix besar jugalah kod2 suci mampu dimasukkan. 

Takdir anda hari ini disebabkan oleh kepercayaan anda dimasa lalu
kepercayaan membentuk amalan,amalan membentuk takdir.
kepercayaan bakal mengubah takdir bilamana hukum karma telah terlaksana. Tapi takdir sedang berubah bilamana kepercayaan sedang berubah,dan hukum karma berada di dalam proses itu
Apa itu amalan?itulah tindakan kita,yang baik sejak dari hati ia dikira,yang jahat,hanya dikira setelah berbuat...
Maka,untuk mengubah takdir,perlu mengubah kepercayaan.
Untuk ubah takdir sesebuah negara,perlu ubah kepercayaan rakyatnya.
Kepercayaan itulah penggerak...dan kepercayaan kepada yang esa adalah penggerak yang paling sejati...apa itu kepercayaan dalam terma islamik?ya,itulah keimanan...



Maka,untuk mengubah takdir,perlu mengubah kepercayaan.
Untuk ubah takdir sesebuah negara,perlu ubah kepercay
..apa itu kepercayaan dalam terma islamik?ya,itulah keimanan...aan rakyatnya.
Dan secara psikologinya,manusia akan bertindak mengikut kepercayaannya di masa itu. Kesedihan hari ini disebabkan oleh kesilapan anda di waktu yang lepas. Ia banyak berkaitan dengan hukum karma.Manusia adalah sejenis makhluk yang pelik. Bila dia berniat,automatik setiap perlakuan dia selepas itu akan ada kaitan dengan niatnya itu. Biarpun dia tak sedar,tapi ia sedang berlaku. Kita terikat dengan niat kita. Jangan kita sangka setiap doa kita,permintaan kita,perlakuan kita terlepas dari pengetahuan Tuhan. Padahal kita masih dan tetap di dalam kekabulan doa kita itu.Cuma kita sahaja yang tidak sedar. Ya benar,manusia memang satu makhluk Tuhan yang pelik,ia tidak dapat dinilai hanya dengan satu pandangan sahaja. Menilai manusia perlukan pemahaman yang menyeluruh...dan manusia secara lahiriah hanya dikurniakan dua mata dihadapan,tidak akan mampu menilai dengan pelbagai pandangan menyeluruh,ini membuktikan,setiap satu manusia tidak mampu menilai dengan benar manusia lainnya.

tiba2 langkahku terhenti
sejuta tangan telah menahanku
inginku maki,mereka berkata
tak perlu kau berlari mengejar mimpi yang tak pasti
hari ini juga mimpi,
maka biarkan ia datang,dihatimu...dihatimu...
-Kamelia,Sweet Charity-

Hidup ini macam lakonan,babak kepada babak, dan itulah yang menjalankan sesebuah cerita. Dan sungguh Tuhan itu Maha Tahu disaat dan minit bila perlu diberhentikan lakonan setiap manusia itu. Adakah manusia itu berjaya mencari kesimpulan akhir kepada seluruh kehidupannya? jika dapat,bersyahadahlah manusia itu di akhir hidupnya...mudah2an dapatlah kita mengucap di nafas akhir kita nanti...amin...


4.      Hukum karma,hakikat kun fayakun serta tipudaya iblis dan dajjal
segala tipudaya iblis dan dajjal termasuk di dalam hukum ini,sebagai contoh.mereka melakukan tipudaya,sehingga manusia salah dalam berbuat keputusan,ataupun keputusan itu menentang sistem manusia,dan membuat orang sekeliling sakit bahkan diri sendiri,dan tuhan itu maha adil,setiap perbuatan ada balasannya.iblis dan dajjal tahu hakikat ini,jadi mereka sedaya upaya menggoda manusia melakukan kejahatan sebanyak yang boleh sehingga hidup manusia tak mampu lagi menanggung hukum karma di dunia,dan akhirnya akan ke neraka untuk pembalasan yang lebih setimpal.

Hukum karma-buat baik dibalas baik,buat jahat dibalas jahat.aka
setimpal.

Lahir-akil baligh-dosa/pahala- hukum karma
                                                  dosa/pahala   - hukum karma
                                                                            dosa/pahala proses ini akan berulang sehingga...
                                                                                                    -mati-----syurga/neraka

Peta ringkas kehidupan manusia












cuba anda teka dimana letaknya hakikat kun fayakun di dalam peta di atas?

Hakikat inilah sebenarnya rahsia kepada kehidupan manusia. Yang mana hakikat ini banyak dilupakan bilamana manusia sudah goyang dalam mencari tempat berdiri. Hakikat kun fayakun pula besar kaitan dengan rahsia basmalah...bacaan yang menyeru sifat pemurah dan penyayangnya Tuhan itu...bacaan hanya ibarat angin lalu jika ia tidak disertakan dengan kepercayaan. Mengapakah di dalam 99 nama Allah,hanya 2 sifat ini yang paling digalakkan kepada kita untuk diseru?
Hakikat kun fayakun banyak bermain dengan sifat tuhan yang maha berkuasa. Jika Dia berkehendakkan sesuatu itu,cukuplah dengan hanya Dia berkata Kun Fayakun,maka jadilah ia sepertimana yang dikehendakiNya. Sungguh agungnya Tuhan itu,kehendakNya tiada tara,ditanganNyalah terletak segala macam kuasa. Wahai manusia, buatlah apa yang kamu rasakan benar menurut hatimu dan kepercayaanmu,tetapi ingat...tuhan itulah pemilik kun fayakun...segala jiwa dan kalimah tidak akan mampu berhujjah dengan pemilik kun fayakun ini.

Kita lihat contoh yang lebih mudah. Ditangan tuhan terletaknya segala kuasa dan kun fayakun adalah kuasa veto yang paling hebat serta mampu mengalahkan kuasa2 lain. Tiada undang2 di dalam wilayah kun fayakun.  Jika ada undang2 bermakna tuhan itu lemah dan memerlukan undang2 untuk menasihatkan kehendakNya. Mustahil tuhan itu lemah. Benar,tuhan itu tidak mengingkari janjiNya. Tapi sedikitkah janji Tuhan itu?tidak bukan?malah banyak. Tiada istilah pengingkaran janji pada qada’ dan qadar jika manusia itu benar2 faham akan tindakan Tuhan dengan sebenar2 faham. Dan sungguh tidak mungkin manusia dapat sebenar2 memahami akan tuhan itu,maka boleh dikatakan disini manusia tidak layak mempersoalkan tuhan,kerana manusia penuh dengan kejahilan. Kedudukan tuhan sebagai yang maha tinggi tidak pernah tergugah pun jika manusia mempersoalkan tuhan,sebaliknya manusia itu sendiri akan menerima akibatnya kerana gagal menggunakan dengan sempurna akal dan hati yang dikurniakan.

Di dalam peta diatas,terdapat satu perkara penting,iaitu...walaupun hukum karma berlaku disebabkan silap2 dan dosa manusia,didikan daripada tuhan tetap berlaku walaupun manusia di dalam dosa...dalam buruk ada baik,dalam baik ada buruk...kekuatan jiwa yang fitrah akan teruji ketika proses ini berlaku,sejauh mana tarikan jiwa itu terhadap fitrahnya. Jika kuat,kepercayaan akan berubah. Jika kepercayaan berubah,takdir akan berubah sedikit demi sedikit ketika hukum karma terlaksana,tetapi manusia itu harus menahan sakitnya hukum karma tuhan itu sebagai bukti tuhan itu maha adil kepada setiap makhluknya.sebagai contoh,pernah suatu ketika anda berbuat salah dengan manusia lain,dan selepas kejadian itu,anda insaf dan bertaubat,tetapi anda jangan lupa,kesilapan anda pada dia,tetap pernah berlaku,ia tidak boleh dinafikan kewujudannya walaupun taubat telah dinyatakan. Suatu ketika nanti pasti tuhan akan membalas dengan kejadian yang hampir serupa,jiwa anda pada masa itu dididik untuk mengenali hakikat kewujudan Dia. Sudah tentu itu suatu pertolongan Tuhan terhadap manusia di atas godaan dan tipudaya iblis dan dajjal. Tuhan itu tetap pemenang di dalam keadaan apapun,tak kisahla bagaimana disesatkan pun hidup anda itu,Tuhan itu mampu membantu. Dia tidak lemah,bahkan Dialah yang maha gagah. Telah dinyatakan,mereka melakukan tipudaya dengan sebenar2 tipudaya,dan Allah membalas tipudaya mereka. Tak mungkin Tuhan mencipta manusia untuk menyeksa mereka dineraka. Tak mungkin. Ia sungguh melanggari sifat tuhan yang maha bijaksana. Dia tidak bodoh dalam berbuat sesuatu. Tak kisahla bagaimana dipusingkan pun hidup anda itu,Dia maha berkuasa menarik anda kearahNya semula. Kemahuan Dia  mampu menundukkan segalanya. Oleh sebab itulah,sabar dan syukur adalah penyelesaian di atas pelaksanaan hukum karma. Pertolongan Tuhan pula menanti anda dikemuncak redha. Yakinlah.

(perhatian: perkara ini jika salah pemahaman mungkin akan menyebabkan fitnah bagi mereka yang tak faham dan terus menentang, mudah-mudahan tiadala ia berlaku. jika susah untuk anda faham,adalah lebih baik berpegang dengan pemahaman biasa dan asas.)

Maka,niatkanlah untuk yang baik,maka yang baik jugalah kita akan dapat kemudiannya..insyaAllah.

5.      Getaran
Getaran.Manusia itu ibarat satu gedung getaran. Manusia setiap masa bermain2 dengan perasaannya. Setiap perasaan ada getarannya yang tersendiri. Jika saya bersedih, pasti ada di kalangan anda yang dapat merasakan kesedihan saya di dalam setiap kata2 saya. Maka,kuncinya disini ialah getaran itu mengalir.
dan yang menjadi persoalan,dari mana getaran ini datang dan kemana getaran ini akan pergi mengalir?ia perlu ada sumber,perantara dan penerima akhir...telah dikatakan bahawa kita semua datang dari Allah dan akan kembali kepada Allah jua...Innalillahi wainna ilaihi roji'un...sesuatu yang selain Tuhan akan lenyap dan binasa. itulah dia makhluk. makhluk akan lenyap dan binasa di akhirnya nanti. 

·         Rantaian esa

formula ringkas : Tuhan-manusia-Tuhan (rantaian esa)

dan kehidupan manusia berada di tengah2 formula itu. Jika formula ini tergantung, manusia itu akan mula resah gelisah...seolah ada yang tidak kena di dalam kehidupannya. Biar seluruh penghuni bumi di bawah kekuasaannya,jika formula ini tiada di dalam dirinya,ia ibarat layang2 yang terputus talinya,melayang2 tanpa hala tuju...sehingga ke satu masa,game over,dia terkejut dengan kebenaran yang satu ini,iaitu hakikat keesaan Tuhan. Dia akan menyesal kerana sekian lama melalaikan diri dari mempelajari dan mengakui kebenaran ini.kebenaran apa?kebenaran kalimah syahadah...ini jugalah yang sedang diusahakan pihak yang membenci jalan selamat ini,mencuba memadamkan rantaian esa didalam silibus2 pendidikan zaman kini. Ilmu yang wujud seolah tergantung,minda mereka yang fitrah cukup susah menerima,dan jangan pelik,ramai pelajar2 akan bertambah bosan dengan apa yang mereka belajar. Ilmu yang diajari seolah tidak berpangkal dan tidak berpenghujung...fikiran mereka dibawa menerawang entah ke mana,maka yang lahir adalah para pelajar yang tergantung mindanya. Mereka belajar,tetapi mereka tidak tahu apa yang mereka sedang belajar. Mereka boleh mendapat A dalam semua subjek,tetapi jika ditanya,mereka seolah menerawang. Kerana apa? kerana rantaian esa yang mengikat mereka pada asalnya telah dipecahkan secara halus tanpa mereka sedari. Segala jenis ilmu,kalau kuat rantaian esanya nescaya manusia akan makin maju rohani dan jasmaninya. Lagi yang menyedihkan ialah mereka tidak dibenarkan membuat keputusan untuk diri mereka sendiri secara batinnya. Mereka dikawal oleh senjata psikologi. Hanya jiwa2 mereka yang kuat berpegang kepada fitrah sahaja yang boleh menangkap tipudaya dajjal ini. Ingatlah, manusia boleh dikawal hanya dengan psikologi. Dengan psikologi manusia mampu dikawal dari jauh tanpa perlu disuruh berkali-kali. Psikologi ibarat satu remote control buat sang dajjal kepada umat akhir zaman. Betapa psikologi adalah senjata ampuh mereka...


·         Matahati/firasat/ilmu ladunni/deria keenam/mata ketiga

Kita melihat kerana adanya cahaya. Jika tiada cahaya,kita seolah seorang buta,ada mata tapi tak mampu untuk melihat...tapi ada sesuatu yang lebih misteri daripada itu,si buta dapat berjalan di dalam gelap. Dengan mata yang tertutup kita masih mampu mengelak anak panah yang sedang mengarah kepada kita seolah kita dapat melihat...tapi bukan dengan mata zahir...ya,mata hati...kita dapat melihat benda2 yang ghaib pada mata zahir kita dengan menggunakan mata hati. dapat tak kita melihat kesedihan manusia?apatah lagi jika seorang manusia itu tidak menangis,tidak bereaksi sedih..bagaimana kita dapat tahu dia sedih?ya...melalui mata hati...inilah deria keenam kita...mata hati...gerak hati atau nama lainnya firasat...orang Melayu memang hebat bab ni...sebab itu kita mampu belayar tanpa sebarang kompas atau penunjuk arah. Kerana kewujudan mata hati ini. Kerana apa orang Melayu hebat berfirasat? salah satu sebabnya adalah orang Melayu banyak berahsia. 
Orang yang banyak berahsia adalah seorang yang misteri. Jika orang Melayu berterus terang,akan hancur seluruh alam ini kerana ketidakmampuan bumi mendengar luahan hati seorang Melayu sejati. Dan sebab itu jugalah orang Melayu suka akan kiasan.Setiap pantun,gurindam,seloka,syair dan pelbagai bentuk puisi Melayu sungguh tinggi kiasannya. Hanya yang ahli dapat memahaminya. Dan seorang Melayu sejati berpegang dengan hukum berkata2.Iaitu berkata2 baik atau diam. Kiasnya seorang Melayu sejati adalah penyeimbang kepada bumi dan seluruhnya...senyuman seorang Melayu sejati penuh dengan makna.Kata2nya saja penuh hikmah,kerana apa?kerana ia datang dari seorang yang pendiam dan misteri. Pahlawan yang berentap jika lihat senyuman seorang pendekar Melayu sejati pun boleh gerun...sebab apa? sebabnya penuh misteri dan tenang...

Berapa banyak bintang di langit
Engkau hafali ya Sahibul Kahfi
Tak akan sama bintang yang satu ini
Yang kau kenali di dalam hati

Terang walaupun dia tersembunyi
Cemburukan matahari
Cahaya berseri-seri
Jika engkau kenali 
-lirik lagu Sahabat Gua,M.Nasir-


Mungkin ada yang tidak senang bilamana saya seolah terlalu mengagungkan Melayu,seolah menolak Islam itu untuk semua. Maaf jika saya katakan,inilah cara saya,jika bukan saya sendiri,orang Melayu yang membela kaum sendiri,takkan kita nak harapkan kaum lain? Kerana saya cukup sedih melihat orang Melayu malu akan diri mereka sendiri, seolah segala kelemahan Tuhan letakkan di dalam diri Melayu,dan segala kelebihan adalah pada kaum dan bangsa lain. Kebanyakan kata2 saya berbaur psikologi,semoga ada di kalangan anda yang memahami saya dan penulisan saya yang tak seberapa ini hendaknya)





·         Nur Muhammad/Cahaya yang terpuji
Mari kita sambung lagi pasal tadi...getaran dan kekuatan tak terkalahkan...dan tentang cahaya...telah saya katakan di post sebelum ini, cahaya yang terpuji terbahagi kepada dua,positif dan negatif. Kegelapan adalah cahaya negatif. Ia adalah pertembungan dua sifat Tuhan yang bertentangan. contoh:

·         Yang Maha Pengasih vs Yang Maha Menghukum
·         Yang Maha Awal vs Yang Maha Akhir
·         Yang Maha Agung vs Yang Maha Pengampun

bagi Nur Muhammad,pertembungan positif dan negatif itu perlu sekata dan seimbang. Ia adalah bukti kepada sifat makhluk.Bukti kelemahan makhluk yang memerlukan keseimbangan untuk kehidupannya. Tetapi bagi Allah,pertembungan dua sifat yang bertentangan tidak memerlukan keseimbangan. Maha Suci Allah daripada terikat dengan makhluk ciptaanNya sendiri.Tuhan tidak perlukan keseimbangan untuk berdiri dengan sempurna. Dia itu berdiri dengan sendiri. Segala yang berlaku,adalah mengikut kesukaanNya, mengikut kehendakNya. Keadilan Tuhan tidak memerlukan keseimbangan,berbeza dengan makhluk ciptaanNya.Dan bila Dia mahukan sesuatu itu terjadi,cukup dengan hanya Dia berkata Kun Fayakun,maka terjadilah ia...Maka, disini tiada undang2 di dalam hakikat Kun Fayakun.

"Dia tidak berhak ditanya tentang apa yang Dia perbuat,bahkan merekalah kelak yang akan ditanya..."

Segalanya mungkin bagi Allah.Tiada yang mustahil bagi Dia. Tuhan tidak terikat dengan hukum sebab dan akibat kerana segala kekuasaan berada di dalam tanganNya. Tapi makhluk biasa dengan pemahaman biasa terikat dengan hukum sebab dan akibat. Apatah lagi sifatnya makhluk itu lemah,satu ilmu diberi,seribu kelemahan mendekati. Jadi seharusnya makhluk itu sedar akan dirinya. Ilmunya manusia itu ibarat satu celupan jari di lautan luas,dan ilmu Tuhan adalah ibarat laut yang luas itu. Jika ada yang berkata saya banyak berkhayal dan tiada dalil yang dikemukakan,saya hanya tersenyum. Kerana bagi mereka yang faham, akan dapat lihat telah saya serapkan dalil2 itu semua didalam kata2 saya,kerana bagi saya dalil itu semua fitrah kebenaran. Tidak perlu dipisahkan dengan penerangan saya,cuma bila saya berbuat,saya ada sebab tersendiri.

·         Keilmuan nenek moyang Melayu

Dato nenek kita dahulu cukup menyayangi waris mereka, mereka mencari cara yang senang buat cucu mereka faham akan hakikat ketuhanan itu,mereka mencari dan kita menerima. Mereka telah menebas pokok2 yang ada di laluan kita,apa yang perlu kita buat adalah lalu dan hayati. Bagi mereka yang tidak memahami dan terus berkata tanpa faham,akan dengan mudah mengutuk dan mencerca mereka. Mengatakan mereka sesat bagai,tidak berpegang pada Quran dan sunnah. Kalaulah mereka benar2 mengaji keilmuan nenek moyang kita dahulunya,nescaya mereka akan tertunduk malu kerana mengangkat bangsa lain dan memijak budaya bangsa sendiri hanya kerana alasan keagamaan. Betapa mereka tidak tahu bahawa bangsa kita sudah terlalu terkehadapan dalam mengaji hakikat ketuhanan dan hakikat kemanusiaan itu sendiri. Apakah itu erti keagamaan jika maknanya saja sudah sama dengan kepercayaan pada yang esa?pada istilahkah kita semua terkeliru?kerana istilahkah kita semua berpecah?sama-sama kita fikirkan dan renungkan...

jangan kau gentar pada bayang-bayang sendiri
disebalik pahit getir kemenangan menanti
bagaikan burung pheonix bangkit dari abu
bangkit membina satu keindahan baru
pheonix bangkit
lirik lagu M.Nasir,Pheonix bangkit

Ok,jika sifatnya getaran itu mengalir,maka sudah tentu ia tertakhluk kepada hukum aliran. Segala benda yang mengalir pasti boleh tersekat dan juga boleh lancar.Tersekatnya mungkin kerana dosa manusia itu sendiri atau kerana kekotoran hatinya,atau mungkin kerana perut yang kenyang,atau mungkin kerana tidak ikhlas...banyak sebab yang boleh menyekat getaran...dan lancarnya getaran itu mungkin kerana ikhlasnya manusia itu,laparnya,suasana yang tenang,persekitaran yang lancar dan kurang penghadang kepada aliran getaran itu.

·         Berlapar sebagai formula hebat getaran
Mari saya beritahu anda satu formula yang cukup hebat iaitu berlapar atau lapar. Berlapar bermakna kita sengaja tidak makan dan minum kerana sesuatu sebab contoh berpuasa,tetapi lapar adalah kita tidak makan dan minum kerana ketiadaan benda untuk dimakan atau ketiadaan air untuk kita minum,kita kena tahu bezanya. Berlapar ada pada orang biasa,tetapi lapar ada pada fakir miskin. Dengan berlapar,kesemua deria anda akan jadi lebih cekap berbanding biasa. Jangan pelik jika saya kata anda boleh mendengar dengan lebih cekap dalam keadaan anda berlapar. Ini cerita benar,sebab ia berlaku dalam diri saya sendiri. Saya adalah seorang yang bermasalah pendengaran, saya tidak malu untuk mengaku,kerana saya sedar diri saya,tapi yang peliknya,saya dapat mendengar dengan baik bilamana saya berlapar atau lapar. Bagi saya ia adalah ajaib. Deria pendengaran saya jadi cekap dan peka bila perut saya berkeroncong. Kalau orang berbisik pun saya mampu dengar. Pelik bukan? Jadi jangan main2 dengan orang lapar,sebab segala deria mereka cukup cekap dan padu berbanding anda. Sekali pukulan anda,sepuluh kali balas pukulan akan terkena pada anda. Mereka yang kenyang adalah mereka yang lemah. Lemah dari segala aspek. Contoh orang yang kenyang jika diperlihatkan sesuatu yang sedih,dia tidak akan mampu merasakan getaran kesedihan itu. Jiwa mereka lemah diwaktu kenyang. Mungkin sebab itu jugalah Nabi saw sangat2 suka berlapar atau lapar. Selawat dan salam buat pemilik jiwa suci itu serta mereka yang berusaha menuju kepada kesucian jiwa sepertinya.

·         Resonans

Kita kembali semula berkenaan getaran. Pernahkah anda mendengar tentang resonans? Saya akan cuba bawa anda memahami konsep ini dengan sudut pemahaman manusia biasa iaitu tidak terlalu saintifik. Resonans ialah pertembungan getaran yang identikal dan akhirnya getaran bersatu serta disekatakan bergantung kepada getaran mana yang dominan dan fitrah. Setiap pertembungan yang mengarah kepada penyatuan,perlukan tolak ansur dan pengorbanan dari salah satu unit atau mungkin kedua2nya. Saya ambil contoh, jika seorang lelaki dan seorang perempuan menyatu di dalam pernikahan,untuk memastikan penyatuan mereka berjaya dari sudut rohani dan jasmaninya,salah seorang dari mereka dan mungkin juga kedua2nya perlu bertolak ansur dan berkorban. Mereka tidak boleh terlalu keras dalam berasimilasi. Ia melanggar hukum penyatuan. Mereka perlu tunduk kepada getaran yang fitrah,barulah keduanya mampu bersatu dengan baik,apa itu getaran yang fitrah di dalam sudut pandangan hubungan manusia?ya,cinta...kasih...sayang...setiap unit perlu menanggung risiko untuk kehilangan sesuatu,mungkin kepercayaan,mungkin rasa keakuan,mungkin rasa ego. Nampak tak? Jika segala ilmu sains mengikut rantaian esa,pasti ia lebih memberi impak kepada jiwa2 manusia. Ia takkan lagi dilihat sebagai ilmu dunia sahaja,malah ia terus tersambung dengan ilmu kejiwaan,ilmu kerohanian. Kenapa segalanya harus dipisahkan? Salah menyalahkan antara satu sama lain tanpa rasa sedar bahawa semuanya datang dari tuhan. Manusia itu bukti kepada keesaan tuhan seperti yang dinyatakan didalam syahadah. Manusia itu bukti kebenaran,tuhan itu pemilik kebenaran. Manusia adalah lorong kebenaran,dan tuhan itu penyalurnya..


Wallahualam...

Bersambung...

Oleh kerana post kali ni terlalu panjang,ada baiknya saya sambung cerita seterusnya di post akan datang...

Salam sayang dari saya buat semua pembaca setia blog ini...:)




Dengarkan lagu Rajawali Terbang Tinggi dari M.Nasir...layannnn...





lagu seniman menangis,Jamal Abdillah...syokkk..saja selingan,jgn serius sgt...;)

Saturday 10 March 2012

peganglah syahadah seeratnya,jangan lepaskan...


salam kepada semua pembaca,

apa yang bakal saya post ini adalah satu kata2 bagi mereka yang sedang sedih,sedang takut,sedang resah kerana kepercayaan mereka diuji...apatah lagi dalam dunia yang begini...zaman dimana umat islam diserang dari semua arah...berpegang kepada yang benar ibarat menggenggam bara api,dan sudah tentu ia amat sukar untuk dilakukan...kecuali dengan niat yang ikhlas,kerana Tuhan pasti akan membantu sesiapa yang ikhlas...benarlah penyucian hati bermula dari air mata dan jerih payah...

ketika anda diuji dengan dugaan yang maha hebat,ingatlah satu perkara...iaitu syahadah...ingat Allah,ingat Nabi...itulah yang sangat2 penting...jalani dugaan itu dengan kekuatan ingatan kepada syahadah...pegang erat2 dan berjalanlah dengan tenang di dalam kegelapan takdir tuhan itu...kerana di dalam pembangunan jiwa,anda ibarat terbang ke langit tinggi,dengan kelajuan yang anda takkan pernah sangkakan,jadi bersedialah untuk kehilangan segalanya...lepaskan semua dengan rela,bekalan anda di masa itu,cukuplah dengan syahadah...kosongkanlah hati anda,dan isilah dengan syahadah...anda jangan risau,selagi anda ikhlas,di dalam kegelapan,at taariq pasti muncul dan membimbing jalan anda...ya,at taariq,itulah tetamu malam...gunakanlah mata hati anda untuk menilai sesuatu...di dalam kegelapan,pasti ada cahaya...tuhan itu maha wujud,segelap manapun sesuatu jalan itu,tuhan itu wujud dan memandang,maka bertenanglah wahai semua saudaraku...bertenanglah...hadapi semuanya dengan ketenangan...insyaAllah...

ingat syahadah banyak2 dalam hati...buangkan segala macam ilmu yang menyerabutkan kepala,dan mulakan balik segalanya dengan syahadah...

kita mungkin tak banyak ilmu seperti mereka...
kita mungkin tak mengembara seluruh dunia seperti mereka untuk melihat realiti...
kita mungkin tak berpengaruh seperti mereka...
kita mungkin tak berada seperti mereka...
dan kita mungkin tak sepetah mereka dalam berhujjah...

mereka mampu putar belit segalanya pasal amal2 agama kita...sampai kita pun tak mampu nak jawab...

tapi kita ada syahadah...
orang tanya kita macam2 pasal amalan islam,pun kita tak tahu jawab,tapi kita ada syahadah...
kita ada syahadah...

orang nak murtadkan kita dengan hujjah yang pelik2,tapi kita takkan terpesong dengan izinNya kerana kita masih punya syahadah...

sekalipun musuh buang dan tebang pokok agama kita...kutip biji benihnya dan tanamlah di tempat yang lebih baik...
sekalipun pokoknya runtuh ditelan ribut...cari biji benihnya dan simpan baik2,wariskan pada generasi kemudian...

sebab biji benih tu lah pemegang segala macam gen2 pokok...pemegang segala rahsia pertumbuhan pokok....

tak mampu selamatkan pokok,selamatkanlah biji benihnya...nescaya...pokok tu takkan pupus....
wariskan pada anak2 kita biji benih yang berkualiti...insyaAllah,selamatlah mereka nanti...
syahadahla benteng terakhir kita,benteng kita yang paling kukuh...yakinlah...




wallahualam...