hud-seroja-esa-budi bahasa-akhlak-ikhlas-raja segala unsur-imam mahdi-panji hitam-bani tamim-sirah

puzzles

hud-seroja-esa-budi bahasa-akhlak-ikhlas-raja segala unsur-imam mahdi-panji hitam-bani tamim-sirah nabi saw dan pengulangannya di akhir zaman-rahsia no 1 dan 9-kaitan imam mahdi dan helang-misteri tabut dan persoalan2 berkaitannya-melayu dan kekuatannya-nabi Nuh as-Raja Ahmad-teori relatif-penciptaan manusia-rahsia bismillah-philosophy of lotus in buddhism-mawar sbg lambang kesufian-matrix dari kacamata sufi-nursyahadah-teknologi pembangkitan memori dari al Quran-Rasulullah saw sbg manusia fitrah-nurunnur-formula sabar-formula ikhlas-makna,puji dan taat-lirik2 best-riba' dan kaitannya dgn dajjal-riba' sebagai penghapus ikhlas-titik kebangkitan akhir zaman,strategi kebangkitan~~~~~~

Wednesday 29 February 2012

Tanya Sama Itu Hud-hud


Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan

Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu

Lihat dunia dari mata burung
Atau dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu

Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai

"Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerna dia yang terbangkan ku ke mari"











Monday 27 February 2012

Lagu-lagu tradisional? jom kongsi...!~~mari kita sambung getaran yang mereka takuti itu...

salam semua...

selawat dan salam buat Rasulullah saw serta sesiapa yang sejalan dengan baginda saw...


post kali ni tiada apa2 pun cuma rasa nak menyampaikan link2 video lagu2 tradisional...sambungan post sebelum ini masih dalam pembikinan,insyaAllah,doakan saya dipermudah...

sama2 kita kutip getaran2 yang ada di dalam lagu2 tradisional yang saya link kan...serap dalam2...darah kita adalah darah Melayu,jadi segala yang ada kaitan dengan Melayu,pasti terkesan ke dalam diri kita,insyaAllah...Kita sebenarnya letih mendengar lagu2 yang kosong...yang mendendangkan kesedihan dan kehampaan hidup zaman kini..kita mahukan rasa lama,jiwa lama,yang lebih teguh jiwanya,kuat syahadahnya,padat makrifahnya,harmoni rasa jiwanya...

banyak getaran2 orang lama yang hampir pupus dimasa kini,sama2 kita dengari dan hayati...semoga getaran yang baik itu bersambung kepada waris yang berhak...mudah-mudahan...

Bagi sesiapa yang ada cadangan lagu2 lama dan tradisional untuk kita semua dengar dan hayati,silakan berkongsi...kita sama2 cipta kesatuan rasa...setiap satu lagu yang saya berikan itu ada getaran2 yang berbeza...

Searah menyusun gerak (Hai gerak)
Gerak tari gerak sejambak (Gerak tari bergerak)
Sungguh indah seni pusaka
Bagai wajah penyeri rupa
Tersurat bicara rahsia
-lirik lagu Dondang Dendang,S.Nurhaliza ft Noraniza Idris-

ps: Orang Melayu ni kalau naik syeikh lain macam sikit...:)

-Annur-




Monday 20 February 2012

Terimalah hakikat itu...kerana kita hanyalah manusia biasa...


Salam buat semua pembaca...
Selawat dan salam buat Rasul junjungan,mudah2an sentiasa dalam rahmat Tuhan,tak dilupakan pada mereka yang sejalan dengan baginda saw.

Post kali ini sekadar renungan buat diri saya dan anda semua. Apa yang bakal saya tuliskan adalah satu pengakuan dari seorang manusia biasa.
Di dalam kehidupan kita seharian,kita akan selalu mengeluh,kerana kita benci dengan apa yang sedang berlaku. Bagi kita,ia tak sepatutnya berlaku di waktu dan ketika ini. Bila kita mengeluh,dan tak mampu berbuat apa-apa,kita akan terdiam,duduk termenung mengenang nasib diri. Soalan kenapa kerap kali menujah fikiran yang buntu mencari jawapan. Dan bila kebuntuan menyesakkan hati,segala yang terwujud di waktu itu,adalah sesuatu yang salah di mata kita.
Contoh: Bila seorang ayah letih bekerja,anak yang datang duduk ditepi dan bertanya bakal dilayan seperti seorang musuh. Padahal si anak hanya bertanya,dan mungkin dia bertanya kerana dia mahu dibimbing dan disayangi oleh ayah kesayangannya itu.
Betapa pentingnya kita sentiasa bersikap tenang di dalam apa jua keadaan. Jika tidak,akan datanglah banyak masalah pada kemudian hari. Dan sungguh,kitaran hidup adalah balasan awal bagi seorang manusia,ia dipanggil hukum karma. Kesalahan anda pada hari ini,bakal dibalas di dalam hidup anda kemudiannya. Samada esok,lusa atau kelak. Tapi tetap akan punya balasan. Itu pasti.

Dan balasan awal hanyalah sebagai alat penyedar bagi mereka yang baik,dan alat penghukum bagi mereka yang jahat. Jika orang jahat masih terus-terusan diberi nikmat kurniaanNya,itu dipanggil istidraj. Yang bertujuan menambah kesesatan pelakunya. Dan anda tahu apa hukuman yang paling berat buat seorang pendosa?jawapannya ialah,rasa untuk mengulang kesilapan yang sama berulang-ulang kali. Rasa yang wujud itulah hukuman paling berat buat pendosa. Dan benarlah kata bidalan, buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali. Kerana sekali buat,akan rasa nak buat lagi dan lagi. Jika tiada kesedaran yang membawa kepada hidayah Tuhan,si pendosa akan berada di dalam neraka awal ciptaannya sendiri.

Rasa resah,sedih,takut,iri hati,dengki,tamak dan banyak lagi makhluk Tuhan yang bernama mazmumah akan hinggap dan memakan diri tuannya sedikit demi sedikit. Dan jika sistem kepercayaan manusia itu rapuh,dia akan mula membenci dirinya sendiri,membenci persekitarannya,membenci segala apa yang datang padanya. Dan yang paling menyedihkan,dia mula membenci Tuhannya,yang sememangnya tidak layak untuk sebarang kebencian. Maha suci Allah dari semua yang kita sangkakan.

Apa yang wujud di dalam diri pendosa,adalah kebencian. Ubat kepada kebencian adalah penerimaan hakikat. Dalam bahasa yang kasar,terimalah hakikat. Terimalah hakikat bahawa anda seorang manusia,bukan malaikat yang tiada dosa. Seorang manusia pasti bersalah. Terimalah hakikat kesayangan anda itu sudah tiada,sudah pergi. Dia sudah pergi dari hidup anda. Terimalah hakikat itu. Anda tiada pilihan.
“ Barangsiapa yang tidak mahu menerima takdir Tuhan dengan rela,silalah dengan hormatnya keluar dari alam ciptaan Tuhan dan binalah alam anda sendiri jika anda mampu”
Jika tidak mampu,dan tentunya tidak. Maka terimalah hakikat...tunduklah pada Dia,dan terimalah hakikat itu...

Segala perasaan negatif yang melampau,adalah datang dari sifat manusia yang tidak mahu menerima hakikat bahawa dia adalah seorang manusia biasa. Seorang manusia biasa,pasti melakukan kesilapan,pasti bersedih,pasti kecewa,pasti marah,itu semua pasti bagi seorang manusia biasa. Kenapa masih berdegil menerima hakikat itu?
Kenapa masih mahu berlagak menjadi Tuhan yang berkuasa, masih mahu berlagak menjadi malaikat yang tiada dosa?

Terimalah hakikat kita ini manusia,bukannya Tuhan,malaikat mahupun Nabi. Bahkan Nabi juga manusia biasa,perbezaannya ialah Nabi itu maksum. Itu saja. Selebihnya baginda adalah manusia biasa. Punya rasa marah,punya rasa benci,punya rasa letih,punya rasa hampa jika ditolak.
Segala rasa pasti pernah hinggap di hati seorang manusia biasa.
“Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan,beruntung bagi yang mensucikannya,merugi bagi yang mengotorinya”
Dan perkataan yang paling mujarab buat manusia yang sudah hilang pedoman ialah...
“Terimalah hakikat...”
Apa jua hakikat seorang manusia biasa,terimalah dengan hati yang terbuka.
“Barangsiapa redha akan takdir Tuhan padanya,maka Tuhan juga redha padanya,dan begitu jugalah sebaliknya”

Terimalah dan ucapkanlah Tiada Tuhan selain Allah,dan Nabi Muhammad saw adalah pesuruh Allah.


Wahai Tuhan kami,bantulah kami untuk belajar menerima hakikat,kerana selama ini kami banyak menidakkan hakikat-hakikat kehidupan. Kami sangka kami hebat,kami sangka kami kuat,dan bila Kau tunjukkan kuasaMu, ternyata hakikatnya bahawa kami ini lemah,kami ini si hina yang tidak sedarkan diri,malah tak tahu dek untung...terimalah kami ya Allah...ajari dan bimbinglah kami menjadi manusia yang rela menerima hakikatMu...amin ya rabbal alamin...

manusia memarahi dan membenci manusia lainnya kerana mereka sesama sendiri enggan untuk memahami...kenapa mesti membuatkan manusia yang ditegur langsung berjauh hati?itukah yang Nabi saw anjurkan?sama-samala kita fikirkan...

Sekadar renungan buat diri saya...kerana apa yang saya tuliskan sebenarnya adalah untuk diri saya sendiri,dan bonus bagi saya jika ia mengena pada yang membaca...

Wallahualam.









Friday 17 February 2012

pengulangan post sebelum ini...sekadar renungan buat diri dan semua...

Kita sudah kesuntukan masa...hanya 3 hari...???

salam buat semua pembaca...salam rindu dari saya...


selama beberapa hari ni banyak yang berlaku dalam hidup saya,adakala saya duduk diam berfikir,untuk apa semua tu terjadi,terutama kenapa semua cerita itu sampai ke telinga saya...atas sebab apa Tuhan takdirkan itu semua untuk saya tahu...dan juga saya kaitkan dengan apa yang saya tengah dok fikir beberapa bulan kebelakangan ni...dan saya simpulkan ia dengan satu perkataan..."penyatuan"...hakikat esa untuk manusia itu tahu ialah penyatuan...segala yang bersatu akan menang digelanggang kehidupan...contohnya?anda boleh nampak sendiri...


maaf kalau anda yang membaca cukup2 bosan mendengar cerita penyatuan ni...kerana kerap kali ia diketengahkan oleh kebanyakan bloggers...dan saya di sini juga cuba membawakan satu cerita yang sama,cuma mungkin dari sudut yang lain pula...kerana hidup di akhir zaman,mahu ataupun tidak isu penyatuan ummah harus,perlu,dan wajib untuk kita ambil tahu kerana ia ada kaitan dengan kita...penyatuan melibatkan semua unit yang ada...semua...anda yang membaca,mereka di luar sana,saya dan juga sesiapa saja yang setuju dengan syahadah harus menyatu sebelum kita dikunyah2,dimamah-mamah oleh para musuh diluar sana...

yang sememangnya ingin melihat kita semua jatuh dan terus jatuh dek kerana perangkap mereka...tapi kita yang dianugerahi rasa dan kekuatan,perlu menentang perpecahan ini...kerana ia membelakangi esa...padahal kita percaya Tuhan itu esa...


surah Al-Baqarah 213: 


Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut agama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan syurga), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab neraka) dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu kitab-kitab suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan. Dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka kitab-kitab suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, - mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan pertunjuk kepada orang-orang y ang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinNya. Dan Allah sentiasa memberi pertunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang di kehendakiNya ke jalan yang betul-lurus (menurut undang-undang peraturanNya).





maka benarlah jika saya katakan hasad dengki sememangnya satu penyakit yang membawa perpecahan,dan ubatnya ialah bersatu,menyatu dengan apa sahaja yang anda dengkikan,saya faham,ia memang satu rasa yang sakit kerana anda akan rasa anda benar,dan dia salah,mengapa mesti anda yang kembali menyambung tali sitarurrahim itu,padahal dialah yang seharusnya tunduk pada anda...betulkan wujud rasa ini dalam diri anda???

tetapi...

wahai saudaraku yang tersepit dengan penyakit ini,satu sahaja jalan untuk anda keluar dari kesempitan hati dek kerana penyakit hasad dengki ini,iaitu bersilaturrahimlah,maafkanlah mereka sekalipun anda berhak untuk tidak memberi maaf...disaat mereka bersalah dengan anda,mungkin kerana mengguris hati anda,Allah telah letakkan kuasa di tangan anda...kerana anda seorang yang telah dizalimi...tetapi anda adalah seorang yang hebat jika memaafkan dan  melupakan perselisihan itu dan terus menyatu dengan mereka...kembali bersilaturrahim...


Asy-Syura : 40

"...sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah(atas tanggungan Allah dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim"


ingat satu,sesiapa yang tunduk dahulu,pasti dia akan menerima tunduk daripada mereka semula...sekalipun bukan tunduk pada zahir,tetapi percayalah hati mereka cukup tunduk dengan anda...tunduk hormat walaupun mereka malu untuk mengakuinya...

maafkan mereka sebelum segala api hasad dengki membakar hangus amal2 anda....


anda tiada masa...hanya tiga hari diberi...ya,tiga hari untuk anda melayan ego anda,tiga hari untuk anda menstabilkan perasaan anda...tiga hari untuk anda bertafakur tentang kesilapan anda sendiri...

Tidak halal bagi seorang Islam itu tidak menegur sapa saudaranya lebih daripada tiga hari, berjumpa keduanya maka berpaling seorang ke tempat lain dan seorang lagi ketempat lain. Yang lebih baik daripada dua orang ini ialah siapa yang memulakan salam.
di dunia ini,saya,anda,dan juga mereka...serta seluruh manusia di alam ini punya salah masing2...punya silap masing2...punya kelemahan masing2....kerana apa?kerana kita manusia...ya,kerana kita semua adalah manusia...semua manusia adalah manusia biasa...pangkat,harta,kedudukan yang memisahkan dan membeza2kan kita adalah satu fatamorgana kehidupan sahaja...hakikatnya kita semua sama...seorang nabi adalah manusia biasa...seorang pemimpin negara pun adalah manusia biasa...seorang penyapu sampah dijalanan adalah juga manusia biasa...berbezakah darah mereka?semuanya merah juga...jika dipukul pun sama2 akan rasa sakit...jika jatuh tersadung pun semuanya akan mengaduh...maka anda semua beritahu saya,berbezakah mereka?

jika mereka bersalah pada anda,anda beritahu saya...adakah anda pernah terlepas dari berbuat salah dengan manusia lain???sehingga kemaafan itu begitu susah untuk anda berikan???mahalnya harga diri anda adalah pada kemaafan yang anda berikan...ingat,

"yang lebih baik daripada dua orang ini ialah siapa yang memulakan salam"


jika anda begitu susah memaafkan orang lain,dan mengomel akan kesalahan2 orang itu,anda tunggulah sehingga ke satu masa,Tuhan takdirkan anda melakukan satu kesalahan berat pada orang lain...dan di masa itu,anda akan rasakan apa yang mereka rasa....jangan pernah menyalahkan Tuhan di atas takdir anda,kerana takdir anda sebenarnya adalah disebabkan tangan2 anda sendiri....

memang saya sudah bercerita melalut tentang ini...tetapi perjalanan takdir yang melibatkan penyakit hasad dengki ini adalah lebih mengarut dan lebih panjang daripada apa yang saya ceritakan...masakan tidak,semua yang anda lihat sekarang adalah akibat hasad dengki iblis lakanatullah...dan permulaan ceritanya adalah disyurga dahulu...

dan saya cukup panas jika mereka yang melaungkan islam sana,islam sini,tetapi dalam masa yang sama menggalakkan perpecahan,menanam rasa benci terhadap manusia lain,memisahkan manusia2...tahukah mereka akan makna syahadah mereka?fahamkah mereka akan makna Tuhan itu esa?esa itu maknanya tidak berbilangan...satu2nya...

jangan mudah menjual nama Islam...nama Melayu...jika belum faham makna syahadah sebenarnya...
besederhanalah hatta dalam berdakwah...kerana kebenaran itu untuk mereka yang ber"haq"...dan jika mereka itu ber"haq",mereka tetap akan mendapatkan kebenaran itu walaupun mereka di dalam kegelapan...kerana Cahaya Tuhan itu terang benderang...cahaya kebenaran itu pun satu rezeki...jika anda ditakdirkan dapat,anda tetap akan dapat sekalipun seluruh manusia bergabung untuk menghalang....

Nabi Muhammad saw hanyalah penyampai,dan kebenaran itu hak milik mutlak Tuhan...kita manusia,bukan Tuhan...kita ini lemah,dan Tuhan itu Maha Kuat...kita ini banyak kelemahan,dan Tuhan itu Maha Sempurna...kita ini hina dan Tuhan itu Maha mulia...kita ini jahil dan Tuhan itu Maha Tahu...

syahadah itu bukan kata2 biasa untuk kita pandang enteng...tetapi di dalamnya terkandung kod2 penyatuan..kod2 perbezaan Tuhan dan Makhluk...kod2 kehidupan...

jadi sekarang,saya dan anda fikir2kan...renung2kan...dengan siapa sekarang ini anda bermusuh...anda berdengki...anda benci...siapapun dia...apapun salah dia...nikmat apapun Tuhan berikan pada dia sehingga anda rasa geram...menyampah...letak semua rasa tu satu tempat di sudut hati anda...dan BUANG...lupuskan di tempat pelupusan sampah dalam diri anda...itu semua virus pemakan amal...

dan langkah seterusnya...maafkan mereka...kembali kasihkan mereka sebagai saudara sesyahadah anda...dan bertegur sapa dengan mereka...terutama yang ada di depan mata...kerana itu peluang anda...

saya cukup tertarik dengan kata2 rakan saya..."maaf tak semestinya perlu disebut dengan lidah,adakala melalui perbuatan juga,maaf itu terlafaz..."

wallahualam...semoga ada manfaatnya buat anda semua di luar sana,dan tentu2 semoga lebih bermanfaat buat diri saya sendiri...

saya minta maaf kalau artikel ini ada salah silapnya...saya sayangkan anda semua...

berjumpa lagi di artikel yang seterusnya...

Monday 13 February 2012

Siapa tahu makna tersirat lirik ini?Jom kita kongsi!


salam semua pembaca,

selawat dan salam buat Rasulullah saw serta mereka yang sejalan dengan baginda sehingga hari kiamat.insyaAllah.

sebelum saya hidangkan anda semua dgn menu utama kita di blog ini,mari kita sama-sama perah otak, sama-sama fikir, apa maksud tersirat lagu ni...

Bagi sesiapa yang bijak pandai, cerdik akalnya, cerah pemikirannya, silakan berkongsi...

kita sama-sama beri pendapat kita tentang apa yang dimaksudkan oleh lagu ni...

kita gabung pendapat kita buat rujukan bagi para pencari di luar sana.ok?


kalau blurr,mungkin boleh rujuk post kami sebelum ini...(sila klik)

selamat berusaha!


"kembanglah kau...kembanglah kau...tera...belum sampai...Dia dekat...tapi jauh...jauh...tapi dekat...teratai bunga indah..."

Cayalah papa rock! satu-satunya papa rock Malaysia...jangan lupa layan youtube di bawah tu...besttt...

Teratai

Artist: Sweet Charity








    Oh teratai bunga indah
Engkaulah pujaan hatiku
Telah lama aku rindukan
Wahai teratai bunga indah...

Sungguh cantik paras wajahmu
Sinar matamu bagaikan suria pagi
Setiap insan selalu terpikat
Memandangmu teratai bunga indah...

Ku tak menyangka wahai teratai ku sayang
Badai taufan datang menghembus dirimu
Engkaupun terkulai dan merunduklah
Layu tak berseri lagi...

Oh tuhan tolong lindungilah dia
Agarku dapat bersamanya lagi
Ku inginkan teratai ku sayang..
Berseri seperti semula...

Friday 10 February 2012

Kemana diri yang lama itu pergi?

salam semua pembaca...selawat dan salam kepada Baginda saw dan yang mengikuti sehingga hari kiamat.



Post kali ni bukan sambungan apa2 post sebelum ni.Ini cuma satu selingan sebelum post2 yang lebih berat dikeluarkan.Hari ini saya marah.Minggu ni saja da beberapa kali saya marah.dan saya kesal dengan diri sendiri.Selalunya saya akan diam bila saya marah.Tapi rasa marah yang dicampuri rasa letih dan lapar,itu membuatkan saya bereaksi melebihi diam apabila saya marah.Dan saya kalah bila unsur api gagal saya kawal dengan baik.Aura saya seolah-olah menyeramkan orang sekeliling mungkin sebab saya bukan dikenali sebagai seorang yang pemarah.Saya periang dan akan diam bila saya marah.Dan semenjak beberapa bulan yang lepas,marah saya semakin menakutkan diri saya sendiri.Saya marah beserta dengan menggigil dan meremang.

Dan saya tahu,dahulu saya bukan macam tu.Dulu,bila saya marah,saya akan gelakkan diri saya sendiri,duduk diam2,berjauhan dengan manusia lain,tak lama lepas tu,saya akan ok.Dan marah saya dahulu cuma marah yang dipendam2.Ia cuma dilihat pada riak muka saya.Dan dahulu,kawan saya suka gelakkan saya semasa saya marah,kerana dia tahu saya akan gelak juga akhirnya.Tapi itu semua cerita dulu,kenapa dengan saya sekarang ni.

Apa yang merasuk dalam diri,mungkin syaitan yang direjam.wallahualam.Dan saya gagal untuk keluarkan post baru kerana saya masih kesal dengan apa yang berlaku pada diri saya.Sepatutnya semakin bertambah usia,saya jadi makin baik,tetapi seolah2 jadi makin jahat.Saya adalah unsur air.Oleh sebab itu saya cukup mudah mengawal marah dahulu.Tapi sekarang adakah saya da bertukar menjadi unsur api pula?Dimana diri saya dahulu...

I'm totally change...

Sahabat,come and help me..I'm lost myself...

"ternyata marah dulu yang dipendam meminta jawapannya sekarang.
Marah dulu bertukar menjadi barah."

-Annur-



Sunday 5 February 2012

..... Siapakah kita?.....

...........................

.......................



Berpura-purakah kita?

D.Hada

Berpura-purakah kita?

Salam sejahtera buat semua pembaca.Apa khabar anda semua ya?
selawat dan salam sejahtera Buat Rasulullah saw,serta pengikut baginda sehingga hari kiamat.

Selamat menyambut Maulidur rasul.Sempena hari yang diraikan,saya ada sebuah puisi khas.Ringkas.Tapi mudah2an maknanya dalam.Semoga ada yang memahami maksud saya.InsyaAllah.Jika kurang faham pun,mudah-mudahan janganlah sampai salah faham hendaknya.


Muhammad.
Muhammad ada di dalam diri Nabi Muhammad saw.
Ia adalah diri seorang manusia biasa yang dipandang hina kerana tak punya apa.
Muhammad adalah seorang manusia biasa yang rindukan kebenaran dan bencikan kezaliman.
Apabila jiwanya benar-benar terlorong dan suci untuk sebuah tugas,
maka,
menjadilah Muhammad itu Nabi Muhammad saw.
dan itulah yang kita kenali sekarang,yang sebegitu masyhur di dalam dada manusia beriman.
tetapi,siapakah yang ambil peduli tentang Muhammad?
hanyalah Jauhari mengenal Manikam...

Ps: Jika kita hidup di zaman itu,adakah kita hanya mendekati baginda saw hanya apabila baginda disahkan menjadi Rasul?Sama-sama kita renung dan tanya diri kita semula.Berpura-purakah kita dalam mencintai Baginda saw?

AL-ISRA : 93 "kATAKANLAH (wahai Muhammad),"Mahasuci Tuhanku,bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi rasul?"


Wallahualam.


Friday 3 February 2012

Oh Rasulullah...

Dikala semua berbicara tentang hal tipikal yang menyesakkan fikiran, kontroversi, gossip, politik dan yang seangkatan dengannya, pernahkah anda terasa ingin lari dari semua topic tersebut dan menghirup udara segar di luar sana?

Harta…Pangkat dan Wanita. Bikin orang gila.

Hati kecil menginginkan kehidupan yang aman damai. Kehidupan yang serba ringkas seadanya namun bahagia.

Oh Imam Mahadi… kami menyeru kedatanganmu. Wahai Isa a.s... kami juga mencintaimu. Oh Kekasih kami Muhammad s.a.w… kami menangis kerana terlalu merinduimu dan menginginkan suasana yang kau pamerkan di setiap perilakumu…

Himpunan segala Selawat untukmu….

Thursday 2 February 2012

Apa itu kekuatan yang tak terkalahkan???Gabungan siri2 sebelum ini...

salam sejahtera semua...


Segala Puji tetaplah buat Tuhan Yang Maha Agung,Maha Suci.Dialah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...dengan permohonan kepada Maha Pengasih dan Maha Penyayangnya Tuhan itu,saya nukilkan post kali ini...semoga saya benar dalam kata2 saya...

selawat dan salam cinta sama2 kita sampaikan buat Baginda saw,seorang manusia biasa,yang tugasnya hanyalah mengajak semua manusia kembali kepada fitrah diri mereka sendiri.Salam bahagia kepada arwah2 sahabat yang telah menggadaikan dunia demi menegakkan sebuah kepercayaan,bahawa Tuhan itu Maha Esa.Salam rindu kepada para ahlul bait yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia,kepada yang masih hidup,semoga dengan adanya sisa2 darah baginda saw di zaman kini,dapatlah menegakkan keadilan buat seluruh manusia.Semoga yang diwarisi bukanlah setakat darah merah semata2,tapi lebih kepada cahaya Baginda saw,yang benar2 mampu menerangi kegelapan dunia dan jiwa2 di dalamnya.Salam bahagia juga moga2 tersampai kepada para pendukung kebenaran yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia,kepada yang masih hidup,dimanapun anda sekarang,semoga dipermudah hendaknya.

apa khabar anda semua?sihat mudah-mudahan.

Sebelum saya terus ke tajuk utama,saya ingin memohon maaf kepada anda semua kerana kerendahan budi bahasa saya di post2 yang sebelum ini. Jika ada bicara yang meninggi diri,bicara yang menunjuk pandai,bicara apapun yang tidak sedap dipandangan mata anda semua.Saya budak baru belajar,kalau ada yang salah silalah tunjukkan.Kepada sahabat Mistisfiles,ribuan terima kasih buat kalian semua...saya sayang anda semua.Bila agaknya blog kalian dapat dibuka,kami disini sentiasa menanti artikel segar dari anda semua.

Ok,

Siri ini adalah gabungan siri2 sebelum ini iaitu Matrix,Budi Bahasa, Raja segala unsur dan getaran,semuanya akan saya simpulkan di dalam syahadah.Tapi anda semua jangan risau,ini bukan pengakhiran kepada siri2 itu.Pertama sekali saya ingin memohon maaf jika apa yang bakal saya nukilkan akan menimbulkan pelbagai pertanyaan kepada anda semua,saya akan cuba menerangkan dengan flow yang senang dan mudah dicerap oleh anda semua.insyaAllah,doakan saya.Post kali ini bagi saya berat kerana saya cuba menggabungkan keempat2 siri sebelum ini,dan cuba menggabungkan ia di dalam syahadah.Saya cuba dengan izin dariNya jua untuk tidak mengusutkan anda semua dengan apa yang bakal saya tuliskan.InsyaAllah...

Getaran.Bermacam2 jenis getaran ada di sekitar kita.Saya cuba beri anda satu soalan.Kenapa bila kita membaca,terkadang ilmu yang terbentang bukan dipeduli pun,tapi apa yang penting adalah getaran rasa penulis itu?Maafkan saya jika ia berlainan dengan pendapat anda semua.Tapi itulah yang saya rasakan.Maka dari itu,saya mula berfikir.Mungkin sebenarnya yang tersampai pada kita bukan ilmu,tetapi getaran.itulah yang menggerakkan kepada perubahan diri.Lalu,saya mula berfikir,bagaimana semua getaran2 yang wujud,dapat disamakan dan disekatakan?


Contoh:

getaran A,getaran B,getaran C.Apa caranya untuk mencantumkan kesemuanya?adakah ianya sesuatu yang mustahil?tapi,wujudkah sesuatu yang mustahil bagi Tuhan?tidak.Tiada yang mustahil bagi Tuhan.


Maka,setiap 1 getaran di atas,pasti punyai persamaan,barulah ia dapat disatukan.dapat digabungkan.Seluruh getaran di dalam dunia ini pasti dapat disatukan!

Mari kita sama2 fikirkan. Saya akan ambil apa2pun disekitar saya sekarang.

Meja.Komputer.Buku.Beg.Manusia.Motor.Kereta.Jalan raya.Kedai makan.lampu2 jalanan.Makanan.Angin.Awan.Malam.Bulan.Pokok.Longkang.Kucing.


apa persamaan semua ini?
saya ambil 3 daripada atas untuk penjelasan mudah: Kucing.Manusia.Pokok.

Kucing.ada kucing siam.ada kucing hutan.kucing bandar.kucing kampung.dll
Manusia.ada pelbagai kaum.ada orang Melayu,Cina,India.Omputih.dll
Pokok.ada macam2 pokok di dunia ini.Pokok bunga,pokok Hutan.Rumput.Lalang.macam2 lagi.

 saya masuk ke flow atas lagi.

Kucing.Manusia.Pokok.Buku.beg.Komputer.Kereta.Awan.Bulan.Malam.

apa persamaan semua ini?persamaannya ialah,semuanya adalah makhluk Tuhan.tiada satupun di dalam langit dan bumi serta seisinya yang bukan makhluk Tuhan.Setuju?

Makhluk tuhan ada berbagai jenis.Yang hidup,yang mati,yang berjasad,tidak berjasad,macam2 kategori ada.

Tiada sesuatu pun selain Tuhan akan lari daripada gelaran Makhluk.
Inilah persamaannya.Kita semua adalah makhluk Tuhan.
Jika kita punya persamaan,mungkinkah kita dibina dari sesuatu yang sama secara asasnya?
secara detailnya,apa persamaan kita yang sebenarnya selain dari kita semua adalah makhluk Tuhan?

 Apa bahan binaan yang serupa bagi setiap makhluk Tuhan ini?

Nur.Cahaya.makhluk Tuhan wujud jika ada cahaya.

saya petik petikan artikel sahabat mistisfiles :

 “It’s unbelievable. Trin… Light everywhere, like the whole thing was built with light. I wish you could see what I see”
(Neo -Matrix Revolution)

Nur apa?itulah Nur Muhammad.Nur yang terbaik.Nur yang terpuji.
Ya,kita semua dicipta dengan Nur yang terbaik.

Kita semua berbeza jasad dan roh kerana getaran kita semua berbeza.Tetapi jika diperhalusi,ternyata kita semua adalah sama.Makhluk Tuhan yang terbina dari bahan binaan paling asas.iaitu Nur.Cahaya.Nur Muhammad.Nur yang terpuji.

Itulah kita, wahai semua manusia,wahai awan,wahai bulan.wahai Jasad,wahai roh.wahai semua makhluk Tuhan,kita dicipta dengan bahan binaan yang sama,oleh sebab itu kita sebenarnya dahulunya satu.Masih wujudkah ingatan ini pada kalian semua,wahai makhluk2 Tuhan?

dan apa itu Nur Muhammad?Nur yang terpuji?

itulah pertembungan dua sifat Tuhan yang bertentangan.Positif dan negatif bercantum dan bercampur baur menjadi sebati.menjadi satu kekuatan yang tak terkalahkan.Ibarat lambang Yin dan Yang.
ya,bumi dicipta dengan sistem keseimbangan.


Kenapa pernah dikatakan jika ditimbang kalimah Lailahaillallah pasti lebih berat timbangannya daripada bumi dan seluruh isinya?

kerana,bumi dan seisinya adalah makhluk Tuhan.Ia telah hilang kewujudan di dalam kewujudan Tuhan.Formula matematik mudah.

+1 + (-1) = 0,jika disamakan

1 = 1,seimbang bukan?

jika ditambah pasti membawa kepada 0.

saya ulang: + dan - bercantum dan bercampur baur menjadi sebati.menjadi satu kekuatan yang tak terkalahkan.kekuatan apa yang tak terkalahkan?

itulah kekuatan Tuhan.Kekuatan Allah azza wajalla.

positif dan negatif jika ditambah pasti jawapannya adalah kosong,tiada wujud.Makhluk tiada wujud kerana telah ditelan dengan kewujudan Tuhan.

+ dan - adalah sifat makhluk Tuhan. Ia cukup menunjukkan bahawa segala makhluk dicipta tiada sempurna. Kita adalah Nur Muhammad yang telah berpecah2.kita semua perlu bersatu untuk membentuk Nur Muhammad,Nur yang terpuji itu.

Jangan saya bangga,kerana saya punya kelemahan,walaupun saya punya kelebihan.
Jangan anda bangga jika anda punya kelebihan  kerana sebenarnya ada juga punya kelemahan.

maka,jangan kita semua bangga.Kita ini tiada apa.Tidak wujud pun pada hakikatnya.Persoalannya bagaimana kita boleh bergerak cergas jika kita tak wujud pada hakikatnya?kerana yang hanya wujud adalah Tuhan.dan Tuhan itu Maha Kuat,Maha Perkasa.

jika + dan - bercantum lalu membentuk 0,maka apa yang tinggal?
yang tinggal adalah Tuhan Yang Maha Mewarisi.Sebenarnya hanya Dia yang wujud.
kosongnya kita adalah sebenarnya Wujudnya Dia.

kewujudan kita sebenarnya tidak sejati.Maka ia tidak kuat.Jika kuat pun,maka ia tidak sejati,tidak abadi.

Pasti luluh didalam kekuatan Tuhan.Kewujudan kita hanyalah untuk menunjukkan kekuatan Dia.

Nur Muhammad adalah gabungan 2 cahaya.Cahaya + dan cahaya -

Oleh sebab itulah,jika di dalam kegelapan pun,kita masih boleh berjalan.kerana kegelapan adalah cahaya -
dan sungguh Allah itu lebih tahu tentang ini.

Anda semua nak tahu tak apa kekuatan yang tak terkalahkan itu?
Itulah kekuatan Tuhan.

jika kita sampai kepada  tahap kekosongan,disitulah terletaknya kekuatan yang tak terkalahkan.Kerana kekuatan kita telah 0,yang tinggal adalah kekuatan Tuhan.

dan Tuhan itu tidak terkalahkan.

 maka siapa diantara manusia yang memiliki kekuatan itu?

Ia adalah manusia yang tunduk setunduknya,tiada ego,tiada keakuan,sehingga kekuatan yang ada dan tak sejati itu lenyap didalam kekuatan Tuhan yang sejati dan abadi





Ingat,adab mengingati Tuhan(solat) adalah tunduk.Anda akan terjatuh jika anda rukuk memandang langit. Anda akan payah bersujud dengan memandang ke langit.Anda akan goyang jika berdiri dan terus2an memandang langit.

jika masih dibuat,ia bukan sahaja pelik,malah menyakitkan.Cubalah jika anda mahu tahu rasanya.

maka,jika kita mengingati Tuhan dalam keadaan kita memandang kelangit,saya bimbang siapa sebenarnya yang kita ingat?kita sembah Yang? Yang apa?

sama2 kita fikirkan dan jawab dengan tulus pada diri sendiri...

Alhamdulillah.,sekarang tahulah kita semua kenapa ia mesti dinamakan Nur Muhammad.kenapa bukan Nur Isa,Nur Nuh dll...ini jawapan saya,kerana Nabi Muhammad saw adalah satu2nya makhluk yang sangat2 tunduk pada Tuhan.tunduknya Nabi saw, tiada siapa mampu lawan.hatta Nabi2 dan Rasul2 yang lain.wallahualam...

selawat dan salam buat baginda saw...semoga sejahtera hendaknya di alam sana...amin...



Bersambung...

Wallahualam.Yang baik semua daripada Tuhan,yang buruk datang dari diri saya sendiri.
Saya manusia yang Maha jahil,dan Tuhan itu Maha Tahu,maka tanyalah Dia,akan Dia terangkan pada anda jika benar anda ikhlas mencari.

Masih banyak yang belum dikupas,malah saya masih belum menyimpulkan semua di dalam syahadah,berjumpa di post seterusnya,kerana masa yang tidak mengizinkan saya berterusan menaip. Dan saya juga takut anda semua shot jika saya menerangkan kesemuanya dalam satu post sahaja.Sambungannya nanti akan lebih mencabar minda kita,insyaAllah.doakan saya dipermudah untuk semua ini.

Segala Puji hanyalah untuk Tuhan seluruh alam.

 sekadar ole2 untuk anda semua...layannn...