hud-seroja-esa-budi bahasa-akhlak-ikhlas-raja segala unsur-imam mahdi-panji hitam-bani tamim-sirah

puzzles

hud-seroja-esa-budi bahasa-akhlak-ikhlas-raja segala unsur-imam mahdi-panji hitam-bani tamim-sirah nabi saw dan pengulangannya di akhir zaman-rahsia no 1 dan 9-kaitan imam mahdi dan helang-misteri tabut dan persoalan2 berkaitannya-melayu dan kekuatannya-nabi Nuh as-Raja Ahmad-teori relatif-penciptaan manusia-rahsia bismillah-philosophy of lotus in buddhism-mawar sbg lambang kesufian-matrix dari kacamata sufi-nursyahadah-teknologi pembangkitan memori dari al Quran-Rasulullah saw sbg manusia fitrah-nurunnur-formula sabar-formula ikhlas-makna,puji dan taat-lirik2 best-riba' dan kaitannya dgn dajjal-riba' sebagai penghapus ikhlas-titik kebangkitan akhir zaman,strategi kebangkitan~~~~~~

Saturday 17 September 2011

Mereka kata...aku kata...siri 1...


Mereka kata...
Tuhan itu berbilangan...
ada yang kata Tuhan itu satu,dua,tiga...
dan lebih menyedihkan lebih daripada itu...

Aku kata...
tidak,Tuhan itu tiada dalam nombor...
Tuhan itu esa...tunggal...satu-satunya...
kerana,kalau aku kata Tuhan itu satu,
mereka akan berkata.."Tuhan itu dua,tiga,empat,dan seterusnya..."
kerana satu pasti diikuti dengan dua dan seterusnya...
ada juga yang berkata.."tak mengapala,kawan...
tuhan kamu yang pertama,tuhan kami kedua,dan tuhan dia yang ketiga..."

Tapi,
kalau aku kata...
Tuhan itu esa???
apa lagi yang bakal mereka hujjahkan untuk menutup kebenaran?

KATAKANLAH ALLAH ITU ESA...
lupakah kalian akan ayat ini???
masihkah lagi berdegil dengan menyatakan Tuhan itu berbilangan?
Satu,dua,malah tiga?
Maha Suci Allah daripada apa yang mereka semua selisihkan...

maka...
wahai seluruh saudara sesyahadahku,
katakanlah bahawa Allah itu esa...
Laungkanlah ia dengan sepenuh hatimu...
oh dunia dan seluruh isinya...katakanlah!laungkanlah!


Dia,menurutku...

Dia...
Tiada selain Dia,
Tiada yang wujud selain Dia,
Tiada yang mampu melawan Dia,
Bahkan hancur berkecai sebelum sempat berkata mampu,

Dia...
Secantik namaNya,
Sengeri kegelapan milikNya...

Kita semua,
Hidup setiap hari,
Tanpa menyedari akan kewujudanNya,keberadaanNya,
di sisi kita selalu...

Dia sentiasa memberi petunjuk kepada kita,
melalui kalamNya yang misteri...

Tapi kini,
kita sering bertanya,
pada hati dan pada tingkahlaku kita,
Dia manakah Dia di sebalik semua ini?

Tetapi,
hakikatnya sebenarnya kita takkan pernah tahu dan faham,
betapa Maha Pengasih dan Penyayangnya Dia,
betapa penyabarnya Dia,
untuk membiarkan hamba ciptaanNya menderita,
Hanya untuk kita semua sedar,
siapa kita dan siapa Dia...
Yang sebenarnya...

untuk kita fahami betapa kita ini makhluk,
dan Dia itu Tuhan...
Itulah di antara makna syahadah bagiku...

inilah Dia menurut pengenalanku...

Friday 16 September 2011

" tak nak tawakal?..."

Terasa meresap dalam diri..

Sebelum itu, hati ini risau sebelum memulakan perjalanan. Risau apa yang ada di perjalanan nanti. Risau apa yang akan terjadi. Risau siapa dan apa yang akan terkesan nanti.

Di saat hati risau, seseorang yang akan menyertai perjalananku bertanya kepadaku, "..awak tak nak tawakal?''...

Seperti ruh yang ditiup dalam diri. Lalu ku terbangkan pengharapanku dan berserah kepadaNya. Mudah-mudahan taqdir buruk yang sepatutnya turun ditapis dengan pengkabulan doa dan rasa kasihan dan sayangNya lalu bertukar menjadi taqdir yang baik.

"..tak nak tawakal?..."

Awalludin Ma'rifatullah...siri 1..



Bacalah dengan nama Allah yang menciptakan.
Apapun tanggapan manusia terhadap Tuhan mengikut kepercayaan masing-masing, lupakan semua dan kosongkan fikiran.
Lalu buka lembaran baru.
Membaca hari yang baru dengan nama Allah yang menciptakan.
Membaca buku apa pun, membaca penunjuk jalan, membaca meter kelajuan kereta, membaca menu makanan, membaca idealogi barat, membaca kitab Mahabrata, membaca kitab Hamzah Fansuri, membaca buku Sejarah tingkatan 2, membaca penulisan bloggers...atau apapun.

Bacalah dengan nama Allah yang maha Menciptakan.

Thursday 15 September 2011

OOOhhh....sang Algojo...nanti dulu...lirik2 best-siri 1
































Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan


Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh


Ooh… Sang Algojo
Ooh… nanti dulu


Lihat dunia dari mata burung
Atau dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih

Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri 

Di sini...


Ooh… Sang Algojo
Ooh… nanti dulu


Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini

Lai lai la lai la lai

 

“Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerana dia yang terbangkan aku ke mari”

apa yang bakal muncul???

 email kami: nursyahadah9111@gmail.com


salam semua,


segalanya yang ada  di bawah bakal menemui anda... insyaAllah...


bacalah...
bacalah dengan nama Tuhan Yang Menciptakan...












.........


................................


.............................................






  • 'ilm dan ma'rifah,apa bezanya?

  • hud

  • seroja sebagai lambang esa?

  • ikhlas dan esa,berkaitkah?
  • budi bahasa?apa yang tersembunyi di dalamnya?

  • akhlak
  • raja segala unsur ada di dalam hadis?


  • imam mahdi 

  • misteri burung helang dan kaitannya dengan imam mahdi

  • panji hitam dari timur

  • rahsia melayu

  • Nabi Nuh as

  • teori relatif dan hujjahnya

  • rahsia basmalah



  • riba' dan kaitannya dengan dajjal

  • mawar sebagai lambang kesufian

  • nurunnur,apa maksudnya?

  • buddhism?dimana titik kebenaran dan kesesatannya?

  • segala macam formula kehidupan di dalam al Quran

  • perkongsian makna2 kehidupan melalui laman puisi
  • dan juga lirik2 lagu yang mistik dan penuh erti




akan kami simpulkan segala penulisan kami dengan dua kalimah warisan...
iaitu syahadah.... insyaAllah...

pembukaan segala?

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Salam perkenalan buat semua,

kami mulakan penulisan dengan sebuah surah yang paling mistik di dalam al Quran menurut kami...

sedikit demi sedikit akan kami kupas rahsia surah ini melalui posting kami nanti...

insyaAllah...


inilah...Surah al- Ikhlas...







SURAH AL-IKHLAS


Surah (112) - Makkiyah - 4 ayat
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


1. Katakanlah (wahai Muhammad) Allah itu Maha Esa.
2. Allah itu selama-lamanya Tumpuan seluruh makhluk.
3. Tiada pernah beranak dan tiada pula pernah diperanakkan.
4. Dan tiada siapa pun yang setanding dengan-Nya. 

1. Hadis riwayat Anas bin Malik, menyatakan bahwa Rasulullah Saw bersabda : “Barangsiapa membaca Surat Al-Ikhlas satu kali, seolah-olah dia membaca sepertiga Quran. Barangsiapa membacanya dua kali, seolah-olah dia membaca dua pertiga Quran. Barangsiapa membacanya tiga kali, seolah-olah dia membaca Quran seluruhnya. Dan barangsiapa membacanya sepuluh kali, dibina Allah untuknya sebuah rumah dalam surga terbikin dari permata ya’kut yang berwarna merah.”


apakah rahsia di sebalik surah ini sehingga nabi saw bersabda sedemikian???

Dengan izin Allah,nanti akan kami kupas surah ni sedikit demi sedikit dan akan kami kaitkan ia dengan segala kajian kami...