"Kami menolak kepada kata2 kekaguman kehebatan si dajjal itu,
tetapi,
kami mengajak kepada kata2 pujian tentang Yang Maha Esa...
Kami tidak hiraukan siapa si mata satu itu dan fitnahnya,
kerana kami berpaut kepada Yang Maha Sempurna...
Tiada kami kisahkan segala simbol mata satu itu,
tidak kami kisah berkeliarannya simbol itu dimana-mana,
Tiada kami gusarkan godaannya jika kami tak mampu membunuhnya,
kerana kami yakin.tentang satu
bahawa jika Dia sudah di hati,segala yang terlihat hanyalah Dia...
Kami lupakan kesengsaraan hidup dalam fitnahnya,
dengan cara mengingatiNya dan terus mengingatiNya tatkala kami terlupa...
Kami tinggalkan ketakutan tak bersebab terhadap semua sihirnya,
kerana kami yakin Tuhan itu Maha Melindungi bagi sesiapa yang meminta perlindunganNya...
Kami tinggalkan seribu satu cerita tentang durjana itu,
kerana ia tidak mampu menandingi sejuta satu cerita keesaanNya...
Kami berhenti menceritakan panasnya hidup di bumi zaman ini,
kerana...
Kami mahu memulakan perjalanan ke bumi damai sana...
tetapi...
Kami bakal gagal,
tanpa anda semua...
kerana kami benar-benar yakin,
tiada penyatuan dalam yang lain selain syahadah...
itulah fokus kami...
menggabungkan "semua" dalam syahadah...
semua makna,semua ummah,semua semangat
dalam syahadah...
No comments:
Post a Comment