hud-seroja-esa-budi bahasa-akhlak-ikhlas-raja segala unsur-imam mahdi-panji hitam-bani tamim-sirah

puzzles

hud-seroja-esa-budi bahasa-akhlak-ikhlas-raja segala unsur-imam mahdi-panji hitam-bani tamim-sirah nabi saw dan pengulangannya di akhir zaman-rahsia no 1 dan 9-kaitan imam mahdi dan helang-misteri tabut dan persoalan2 berkaitannya-melayu dan kekuatannya-nabi Nuh as-Raja Ahmad-teori relatif-penciptaan manusia-rahsia bismillah-philosophy of lotus in buddhism-mawar sbg lambang kesufian-matrix dari kacamata sufi-nursyahadah-teknologi pembangkitan memori dari al Quran-Rasulullah saw sbg manusia fitrah-nurunnur-formula sabar-formula ikhlas-makna,puji dan taat-lirik2 best-riba' dan kaitannya dgn dajjal-riba' sebagai penghapus ikhlas-titik kebangkitan akhir zaman,strategi kebangkitan~~~~~~

Friday, 24 February 2012

................

54 comments:

Abubakar Sidiq said...

Peta hidupmu memeningkan kepala. Alam rahim cuma sekadar "wayang" aja. Sekadar untuk memulakan Ujian untuk manusia.

Sudahku kunyatakan bukan dari situ kita bermula... kamu berdegil tidak mahu percaya.

Apakah lagi yang kamu ada... jika sekadar percaya tapi Imannya dimana?.....sudah ku nytakan semuanya di Dataran tak bertuan semuanya disana kita bermula.

Jangan percaya cerita arnab dan kura-kura. Cerita pendusta bodoh kalau percaya. Hidup di Dunia Cuma Allah yang aku ada. Dikala tertidur dikejutNYA aku aku dari lena.

Jom kemedan jaya kita meraikan kemenangan ini seaadaNYA.

Nurun Nur 9111 said...

salam semua,

saudara kami da kembali...:)

benarlah,yang paling penting adalah kehidupan di dunia ini...kerana ia menentukan kehidupan seterusnya kelak...

segala puji bagi Allah wahai Abu Bakar...:)

salams sejahtera buat kamu dan sahabatmu Ali Osman...

-Annur-

Abubakar Sidiq said...

Selamat sejahtera Annur,

Ibuku telah lama meninggalkan aku. Telah kuberikan segala yang aku ada semasa hidupnya.

Izinkan aku bicara.... tanpa suara aku dikira sudah mati.

Aku serah urusan jenazah ibuku kepada keluargaku. Aku tidak mahu berbalah. Aku tahu sesuatu yang akan memalukan aku. Saudaraku akan memalukan aku. Benarlah. Aku bersyukur Allah tidak mahu aku dimalukan mereka.

Seminggu selepas dikebumikan pada hari Khamis. Waktunya 1 pagi anak dan isteriku telah tidur waktu itu.

Aku merasai ibuku berdiri dihadapan ku. Aku cuba tidak peduli. Ahh ia pasti halusinasi. Kubiar tapi bayangan itu tidak mahu pergi... aku mula bertanya "mak ada urusan apa disini" ibuku berkata aku dengar dari hatiku " mak nak pergi.... kita dah tak jumpa selepas ini... terima kasih selama kita hidup bersama.... Alil anak emak yang paling baik" Tiba2 isteriku dan anak terjaga dari tidur. Isteriku menyapa aku .... "mak datang ke?" kenapa aku tanya isteriku... "rasa macam mak ada dalam bilik dengan kita"... benar aku kata.... selepas itu mereka berdua menangis semaunya... Mereka berdua tidak dengar dialog aku dengan ibuku. Kami berdialog melaui hati aje. ada panjang lagi dialog ku... nantilah kita bercerita. Cukup dulu.

Selepas ibuku berlalu pergi.... kupujuk ibuku dan anakku supaya hentikan tangisan mereka.

Selepas insiden ini berlalu aku berkata pada Allah Tuhan ku melalui hatiku.. "jika ini benar Ibuku.... bukan Ibliss yang menyamar diri. Aku mahu lihat saat Ruh ibuku dipulang ke langit".

Empat hari berlalu tanpa sebarang berita. Pada waktu 3 pagi. Saya tengah duduk disamping isteri saya yang sedang tidur. Terasa saya ditarik kelangit tinggi. Saya lihat satu cahaya biru malap yang tersusun cantik melengkung dari bumi terus kelangit tinggi.

Saya berada ditengah cahaya tersebut dalam keadaan takjub. saya bangun dari katil dan terus pergi mandi. Mimpi ke gila ni.

Kemudian saya pergi duduk dikatil semula. Berlaku lagi perkara sama. Sampai 5 pagi baru saya pulang semula seperti biasa.

Berada disamping isteri. Saya tahu permintaan saya telah dikabulkan Allah. Saya kenali rupa Ruh sejak umur saya 3 tahun lagi. Saya seorang yang susah tidur dari kecil lagi. Ruh yang bentuknya bulat lonjong akan setiap hari akan menghiburkan saya sampai saya terlelap. bila saya darjah satu semua itu hilang tidak datang lagi.

Cukup lah untuk kali ini nanti saya akan bercerita lagi. Satu ketika saya dijemput ke masjid bunian.

Salam sejahtera Annur.

Nurun Nur 9111 said...

Teruskanlah bercerita Abu BAkar...

Ibuku juga mengalami peristiwa bertemu dengan ruh. Saya percaya, namun mmg perkara ini sangat halus.

D. Hada

Nurun Nur 9111 said...

Subhanallah...

Sesungguhnya Allah itu Maha Benar.. Alam Gaib juga benar..

D.Hada

Nurun Nur 9111 said...

Mengapa Alam Rahim tu wayang?

Tak faham..

D.H

Nurun Nur 9111 said...

Benarkah Saudara dipinggirkan keluarga dan juga sahabat?

Tapi...walaupun sedih, cukuplah Allah buat peneman. Syukur saudara ada isteri dan sahabat yang memahami..

D.H

Nurun Nur 9111 said...

Namun mmg benar, adakalanya pengembaraan ruh boleh dipermainkan syaitan dan Iblis.

Ibu Mertua saya mengalami banyak pengalaman pengembaraan ruh. Saya sendiri tak pernah mengalami, hanya mendengar cerita.

Saya tak seistimewa mereka yang mengalami perkara2 sedemikian. Apatah lagi apabila ujianNya datang saya tak seteguh yang sepatutnya. Selalunya perkara seperti ini datang bersama ujian yang sangat berat dan Allah sayang maka Dia menguji. Mungkin juga mencuci dosa dan membawa mereka dekat denganNya.

D.H

Abubakar Sidiq said...

Salam sejahtera semua,

Kenali Allah Tuhanmu. Jangan marah kalau aku katakan bahwa kamu masih belum kenal lagi Allah.

Setiap doa pasti Allah kabulkan. Ramai yang berdoa tapi kenapa tidak dikabulkan. Kenapa? Surat salah alamat bagaimana mahu sampai tujuan. Betulkan dulu alamatnya. Bagaimana?

Sering kita dengar siAlim bercerita..... Ibu bapa jangan sebut yang tidak baik pada anak2...sebut yang baik2 aja... kerana apa? kata-kata ibubapa dikiranya doa juga dibimbangi kalau Allah kabulkan doa itu. Gila apa manusia ini.

Kamu telah melakukan satu kesalahan besar pada Allah Tuhanmu. Kamu telah merendahkan Allah Tuhanmu. Bertaubatlah mana-mana manusia yang menyangka Allah sebegitu bangsat sehingga tidak mengetahui yang mana doa yang mana amarah dari manusia. Allah pasti tahu.

Maka jika itulah Tuhan kamu yang berada di minda pastinya dia tidak mampu tunaikan apa-apa pun permintaan kamu.

Allah itu Maha mengerti apa yang ada dihati kamu. Pasti.

Mari kita mengembara lebih jauh. Dalam satu perjalanan yang begitu memenatkan kamu bertemu seseorang yang hampir mati. Ditanganmu ada air yang boleh menyelamat manusia itu dari mati. Apa yang akan kamu lakukan?

Pastinya kamu kasihan dan terus memberi minum manusia itu. Kamu tahu dia pasti haus dengan melihat aja. Apakah perlu jadi Tuhan untuk mengetahui perkara tersebut. Tidakkan. Ilmu akan menjadikan kita lebih bijak. Pasti.

Soalannya ramai manusia dirundung malang kenapa Allah tidak mahu membantu. Apakah Allah tidak tahu?

Pasti Allah Tahu. Allah Maha Mengetahui.

Semasa hidup dengan gembira. Kamu ketawa girang sampai melompat-lompat. Seronoknya hidup Dunia. Pada ketika itu siapakah Tuhan kamu? Tuhan yang sama juga akan membantu kamu jika dirundung malang.

Kenali dulu Allah Tuhan mu. sudah kenal barulah kamu mohon sesuatu.... bukan apa nanti kamu pohon pada Ibliss Tuhan kamu. Gila kamu dibuatnya.

Cukup dahulu. Sedikit aje tapi belajar sampai pandai. Maha Suci Allah

Salam D. hada

Abubakar Sidiq said...

Salam sejahtera semua,

Sudah hampir empat tahun ibuku meninggal dunia. Selama itu aku tiada hubungan dgn manusia. Aku berurusan dgn manusia bila perlu sahaja. Masa hidupku kuhabiskan dgn Isteri serta anakku. Selama itu aku telah lenyap dari dunia dan manusia... jika dikira semua 8 tahun aku menghindari manusia.

2011 aku muncul semula... itu pun cuma dialam Siber. 2012 ini telah dizinkan Allah Tuhan ku untuk aku hidup bersama manusia.

Aku berbicara dgn Allah hampir setiap masa. Allah juga berbicara dgnku tetapi cuma sekali sekala. Aku dan Allah Tuhan berbicara bahasa Tuhan.

Sukar untuk dimengerti apatah lagi untuk dipercayai. Apakah itu "bahasa tuhan". Ada ketika nanti akan aku ceritakan apakah itu "bahasa Tuhan"

Ada satu ketika seleps Isyak aku sedang bermain-main dengan anakku. Aku terasa ditarik kealam samar dan kesamaran.... aku kata "arif ayah nak gi kerja kawan ayah panggil" anakku dah biasa situasi begini... Aku pegang tangan anakku... tiba aku berada disatu tempat yang aku biasa lalu.. .. aku nampak sekumpulan lelaki bunian menuruni bukit seolah-olah nak ke Masjid.

Aduh kacau kataku... aku tak mahu terserempak dengan mereka nanti panjang cerita. Aku pintas mereka melalui semak samun. Tibatiba aku lihat masjid yang seakan baru dibina.

Aku kata dgn pelahan... "bila pulak ada masjid kat sini..." ... terus ada suara menyahut... "memang baru bina masjid ni"... Oh iya ke kata ku... Aku pun terus berniat mengambil wuduk... untuk solat sunat dimasjid baru. Sekali lagi bunian dalam masjid bersuara lagi... "hari ni kita nak rasmi... tengah tunggu Pak dari atas bukit".... Aku kata.. "patutla aku nampak orang ramai tadi... rupanya nak kesini"...

Terus aku batalkan niat nak solat sunat... Aku kata "balik dulu lah" .. "eh kenapa tak tunggu" katanya. Aku sibuk la ada banyak kerja... Dia kata lagi " senang2 datang la". Mana ada senang aku hari-hari sibuk.... kata ku.

Aku tak mahu berkawan dgn makhluk Jin kerana tak ada perlunya.. Aku bergegas pulang. Anak setia menanti sejak dari tadi. ... mula marah sebab tak benarkan ikut....

Moral ceritanya janganla buat hubungan dengan mereka sebab Jin tak berapa cerdik. Bila kita mulakan..... nanti sampai mati menyusahkan kita dan keluarga.


Maha Suci Allah

Nurun Nur 9111 said...

Macam mana nak kenal Allah wahai Abu Bakar?

Saya nak sangat mengenaliNya...

D.HAda

Nurun Nur 9111 said...

Mesti seronok hidup jauh dari hiruk pikuk manusia kan?

D.H

Abubakar Sidiq said...

Sebelum aku teruskan bicara... satu soalan yang wajib dijawap. Jawapan tersebut akan menentukan apakah hubungan ini mahu diteruskan atau tidak.


Apa pendapat kamu tentang ILMU NUR MUHAMMAD?

Nurun Nur 9111 said...

salam semua,

panjang benar perbicaraan kamu dgn kakakku D.Hada...

tentang pertanyaanmu itu wahai Abu Bakar,terus terang aku katakan aku percayakan Nur Muhammad itu...

jgn kau tanya kenapa wahai Abu Bakar...kerana itu adalah kepercayaanku...dan mungkin kakakku punya pendapatnya sendiri...mungkin nanti akan dia perjelaskan...

maafkan aku jika kita berbeza kepercayaan tentang ini wahai Abu Bakar...

kami tidak mencari perbezaan untuk bersatu,kami pentingkan kesamaan wahai Abu Bakar...

jika aku sudah tidak dikira sahabat bagimu hanya kerana aku mempercayai Nur Muhammad itu,apa dayaku untuk berbalah dengan manusia penuh ilmu sepertimu wahai sahabatku...

harap kamu faham,dan hormati kepercayaanku...

-Annur-

Abubakar Sidiq said...

Cukup sampai disini kerana Tuhan ku tidak sama dengan Tuhan kamu...

Berbeza Tuhan kita rupanya.

Nurun Nur 9111 said...

salam semua,

Jika itulah caranya Rasulullah saw menyampaikan kebenaran Tuhan itu,nescaya kebenaran hanya bermain2 disekitar Mekah dan Madinah sahaja...

jika cara menyampaikan kebenaran adalah dengan bersendiri nescaya kita semua masih menyembah patung dewa dewi di kuil2...

jika dahulu semua yang datang berbeza pendapat ditolak mentah2 oleh Rasulullah saw,nescaya Islam hanya sejarah yang ditelan zaman,bahkan tidak dikenali manusia zaman kini...

setiap manusia berbeza cara fikir,bila berbeza pendapat bukan bermakna ada salah dan ada benar...
kenapa berbalah pada perkara yang cabang sedangkan kita masih punya akar kepercayaan yang sama...

bertukar2 pendapat sambil hormat menghormati itukan lebih baik?

bukankah cahaya Tuhan itu cahaya diatas cahaya wahai saudaraku Abu Bakar?

jawab pertanyaan saudaramu ini atau adalah lebih baik kita selesaikan secara bersendiri...

ini email kami...

nursyahadah9111@gmail.com

-Annur-

Nurun Nur 9111 said...

maafkanlah sahabatmu ini wahai Abu Bakar kerana berbeza pendapat...

maafkanlah si Annur yang jahil ini wahai Abu Bakar...

maafkanlah...

sepuluh jari Annur hulur padamu wahai sahabatku...

-Annur-

Nurun Nur 9111 said...

As-Salamuaalaikum,

Wahai Abu BAkar...
Ingatkah olehmu di kala Allah menciptakan manusia Para Malaikat berbalah membangkang? Dan Allah memberitahu bahawasanya Dia Maha Tahu?

Walaupun pengalamanmu bersama Allah sgt eksklusif dan bermakna maka adakah benar pengalaman kami,ilmu kami dibuang ke tong sampah.

Saya D.Hada, bersedia mendengar hujahmu tentang NurMuhammad.

Aku akui, ilmuku bagaikan tiada. Namun beri aku peluang untuk mendalami ilmuku agar aku dapat mengenal Tuhanku Allah. Aku tidak menolak Ilmu NurMuhammad, tidak pula menerima buta-buta. Aku tidak punya dalil setakat ini untuk aku gigit dengan gigi gerahamku.

Maka kamu,bersikaplah matang berhadapan dengan kami. Sedangkan Allah marah pada Nabi Yunus kerana meninggalkan umatnya. Maka dia ditelan Ikan dan setelah bertaubat, Allah mengampunkannya.

Adakah kau marah terhadap kami lalu meninggalkan kami itu satu tindakan yang mulia?

Berhentilah bersikap pelik. Kamu juga manusia seperti kami kan? Kami percaya pada Allah dan Muhammad pesuruhnya. Maka kami saudara kamu. Apakah hak kamu menganggap kami tak seTuhan denganmu?

Adakah perhubungan kami dan Tuhan kami kamu dapat akses sepenuhnya sehingga Tuhan mengarahkan kamu bertindak sedemikian?

Fikirkanlah..dan kembali berdiskusi bersama kami. Janganlah seperti kanak-kanak.

D.Hada

Nurun Nur 9111 said...

Janganlah seperti Yahudi yang mengatakan Tuhan milik mereka.

Walaupun kami hina,ke manalah kami nak pergi melainkan hidup dalam alam ciptaan Tuhan yang sama, menghirup udara yang sama. Ke manalah nak dicampakkan kami.. Allah itu tak zalim menolak kami. Kamulah yang menolak kami.

Tak mengapalah Abu, semoga Allah merahmatimu, ibumu, sahabatmu, dan juga anak isterimu.

D.Hada

Abubakar Sidiq said...

Salam sejahtera,

Aku mahu kamu titipkan Ilmu Nur muhhammad kepada aku. Apakah hujah yang paling kuat untuk menyatakan Ilmu Nur Muhhamad sahih kebenarannya...

Kenapa Allah yang sangat2 hebat perlu kepada Nur Muhamad.... demi nak mencipta makhluk yng namanya manusia serta seluruh Alam ini?

Jawap soalan ini dulu.

Nurun Nur 9111 said...

Abu Bakar...

Aku tak tahu...

D.Hada

Abubakar Sidiq said...

Salam sahabatku,

Tak mampu aku nak melupa kamu. Demi Allah. Aku telah meletakkan kamu sebahagian dari hidupku. Maafkan aku kerana ketelanjuran tulisan ku tempoh hari.
Aku sayang semuanya kamu.
Maaafkan aku.

Setiap sesuatu itu ditetapkan di Luh Mahfuz namanya. ..semua perkara dalam dunia ini telah Allah letak Hukum.....Sunnatullah namanya.

Seluruh Alam Maya Allah jadikan dalam 6 masa.. kenapa 6 tidak 7.

6 satu kecacatan. Pastinya.

Tempoh masa satu Ilmu.. Fahamkan. Sedetik pun satu kelemahan pada Allah. Sebab itu Allah jadikan Seluruh Alam dgn 6 masa. Kerana apa? Kerana 6 masa adalah makhluk dalam peringkat kejadian langit dan Bumi.
Ilmu apa-apapun tahu apakah yang sempurna? 1.... 2..... 3.... 4.... 5..... 7..... 9...... Cuma ini sahaja peringkat hidup yang dihukumkan kepada semua makhluk.

Dlam kejadian langit dan bumi cuma 6 masa.... pelik sebab ia adalah kecacatan. Sepatut 7 ataupun 9. Faham kan.

Satu dikira semasa Allah menyemai benih yang akan bercambah mengikut hukum di Luth Mahfuz.
Allah menyemai benih ini ditapak yang kita Tawaf semasa Umrah atau Haji.

Disitu tapak semaiannya. Dari situ akan tumbuh 6 peringkat kejadian Bumi dan seluruh Alam ini. Alam ini tumbuh dengan sendirinya penuh berseni.

Setiap satu peringkat pertumbuhan masanya ditentukan oleh makhluk itu sendiri.

Contoh kita tanam satu biji benih... kita lihat percambahannya.

Kita cuma semaikan benihnya aja... selebihnya tunas, batang dan pucuk akan tumbuh sendiri seperti yang dihukumkan diLuh Mahfuz.

Fahamkan anak-anak ku. Begitu juga kejadian Langit dan Bumi sama aja.

Dimanakah mahu aku letakkan " nur Muhaammad" yang pastinya menjadi kelemahan bagi Allah Tuhan KU.

Nurun Nur 9111 said...

Abu BAkar..

Apakah ciptaan Allah yang pertama?
Dikala hanya Dia bersendiri, kemudian Dia berkehendak maka 'Kun'...'fakuun'...

Ku tahu di tapak itulah setentang dengan Baitul Makmur, juga setentang dengan Arasy Allah.

Maka ku kira ia tunjang alam ini. Betulkah perkiraanku?

D.HAda

Nurun Nur 9111 said...

Abu Bakar,

Ku pernah dengar bahawa nur Muhammad itu adalah kasih sayang Allah. Iaitu perdempakkan Sifat Jalal dan Jamal Allah. Bukankah ada Hadith mengatakan Nabi Adam itu Bapa segala manusia dan Muhammad itu Bapa segala ruh. Apa pula asal ruh? Bukankah ruh itu dari Allah?

Harap jangan mudah tersinggung. Aku ini mahu tahu. Bukan mahu bergaduh. Aku mahu tahu kerana setelah tahu maka terasa kebesaranNya. Maka semakin pula tunduknya aku. Kerana jika aku tahu, maka aku akan lebih mengerti hakikat diri yang kerdil ini dan agungnya Dia.

Kongsilah dengan kami, jika kamu punya ilmu. Kami punya cinta pada Allah, namun kami jahil. MencintaiNya dalam keadaan jahil yang mana kadangkala kami berkelakuan yang tidak sepatutnya walaupun jauh di sudut hati kami punya cinta padaNya.

Aku berpegang pada Kalimah Lailahaillah Muhammadurrasulullah.
Selebihnya aku belum menggali habis maka apakah aku layak berbahas tentang NurMuhammad?

Aku tak layak kerana aku tak tahu. Jika aku tahu dan yakin ia sememangnya benar yang mana ia sebenar-benarnya Benar, maka tentu aku akan berdebat denganmu. Namun aku tidak mengetahui, boleh jadi engkau benar.

D.Hada

Abubakar Sidiq said...

Ciptaan Allah yang pertama adalah JIWA...

JIWA ini dicipta tidak satu-satu. JIWA semuanya Allah ciptakan sekaligus.... merangkumi semua urusan layak hidup pada ketika itu. Pada tika itu "masa" belum lagi Ilmu.

Dalam penciptaan JIWA semua sama aja tak mungkin ada beza.Semua JIWA sama harga juga sama upaya.. Allah Maha Adil pada ketika itu. Yang lebih dikurangkan.... kurang ditambah. Pasti semua sama dan serupa. Itulah JIWA.

Bagaimana rupa asal-asal jiwa.. Rupanya Allah telah tunjukkan siapa?... rupa Jibril ketika berjumpa Nabi itulah rupa asal JIWA.
Dimana Jiwa dihantar untuk diuji... ia merupai Hukum diBumi itu. Sunnahtullah. Ada banyak lagi medan ujian untuk JIWA. Bukan hanya diBUMI. Pasti.

Allah itu Maha Esa. Satu tak ada yang serupa. Tak ada makhluk yang boleh diganding bersama.

Tidak ada satu makhluk pun menjadi punca penciptaan Langit dan Bumi. Jika ada Allah Tuhanku dikira lemah pada ketika itu.

Satu soalan apakah perlu sampai 40 000 tahun untuk Allah dalam penciptaan manusia.

Sedetik pun satu kelemahan bagi Allah jadi bagaimana 40 000 tahun.

Allah cuma ada Satu..... iaitu keesaannya..

Tiada yang dinamakan makhluk yang pertama.... Cuma ALLAH yang SATU.

Benarlah katamu Kaabah itu tunjang seluruh apa yang ada dilangit dan bumi. Cuma untuk satu GALAKSI.

Ada banyak lagi galaksi lain medan ujian yang Allah persiapkan semata-mata untuk JIWA yang mahu diuji.

Dalam penciptaan GALAKSI KunFaya Kun berjalan tapi tidak dalam penciptaan JIWA.

Jiwa satu ciptaaan eksklusif. Kerana apa... Buat apa.... Bilamana.. Untuk apa... berapa lama....... tidak ku tahu kerana aku juga manusia sama macam kamu.

Aku berusaha untuk menerangkan apa yang benar-benar aje.

Satu lagi... benih yang kamu semai tumbuh baik dan besar.

Benih yang disemai tumbuh dengan cantik penuh berseni. Indah pokok ini. Duduk lama-lama bawah pohon ini. Redup dan sejuk.

Pokok disifatkan makhluk yang tidak punya jangka hayat. Jika cukup semuanya apa ia perlu ia akan hidup selamanya.

Apa akan terjadi jika akarnya dimusnahkan.. Kita hentikan penjagaan pada pokok ini. Pastinya ia akan mati secara perlahan-lahan. Mula menguning daunnya.... Ranting2 jadi kering. Jatuh gugur bersama daun-daun kering. Lama kelamaan batang dan banir akan terkesan. Akan matilah pokok itu. Terhukum ikut hukum Alam. Layu dan mereput semuanya.

Islam diturunkan untuk umat manusia demi untuk merahmati umat manusia semuanya. Tidak sampai rahmatnya wahai Rasullulah. Terhenti angkara Ibliss jua.

Kaabah itu tapak semaian Galaksi ini. Kaabah telah disembah bagai Tuhan. Sesiapa ada impian pergi kemekah berdoalah... pasti terkabul.. kenapa miskinnya kamu bila melibatkan hal ketuhanan. Berdoalah dimana-mana pun pasti Allah tunaikan.

Mereka semasa tawaf tak henti-henti memmohon doa seperti mendesak Allah Tuhan ku. Kenapa begini jadinya. Ikhlasnya dimana?

Kaabah tiada " power kaabah" seperti disifat mereka. Kaabah cuma titik semaian. Kaabah telah menjadi Tuhan.

Mana-mana ugama yang menyembah selain dari Allah akan aku musnahkan. Islam yang berkiblatkan Kaabah tanpa sedar telah sujud pada makhluk. Islam yang ada kini akan aku cuci bersih.
Aku akan ratakan Kaabah menyembah Bumi. Itu arahan dari Allah Tuhan ku. Cuma masa dan saat menjadi pemisah antara satu takdir dengan takdir yang lain.

Setelah itu kamu dan seluruh umat manusia sudah boleh mengira bila Galaksi yang kamu tinggal akan musnah. perlahan-lahan. 40 ---- 60 tahun aje lagi selepas kaaabah dirobohkan ... Kiamat kubra akan berlaku.. Maha Suci Allah

Nurun Nur 9111 said...

=''''( subhanallah...
Tiada kata melainkan puji padaNya

D.Hada

Nurun Nur 9111 said...

Susunan takdir di dalam jalinan masa. Silsilah. Apa nak jadi akan terjadi...

Satu dua tiga Do Re Mi...

D.Hada

Abubakar Sidiq said...

Wahai anak-anak ku,

Telah kucerita pada kamu cukup semua.
Ada awal ada akhirnya. Tidak ia berhenti dimana-mana.

Penciptaan JIWA dan seluruh alam telah kuceritakan pada kamu. Semuanya aku ceritakan mengikut apa yang terhukum dengan hukum. Sunnatullah

Tiada keraguan untuk Iblis menyelinap pada perjalanan hidup ini. Siapakah yaang mampu mencerita semua cerita ini. Tak ada yang tersekat.

Maha Suci Tuhan

Nurun Nur 9111 said...

Benarkah setelah semua selesai maka 'masa' akan dibunuh di tengah-tengah syurga dan neraka maka setelah itu akan terjadilah 'selama-lamanya' atau 'abadi'?

D.H

Nurun Nur 9111 said...

Dataran tak Bertuan...
"Alastu birabbikum?"
Qaaluu...Bala..Shahidna...

Itulah Syahadah...yang akan kembali tertegaknya pada akhir zaman ini...

Wa La Haula wa La Quwwata illa billah...

D.HADA

Abubakar Sidiq said...

Salam..... sejahtera untuk semua anak-anak ku,

Telah ku cerita apa mau mu.... kamu mendesak aku. Ku kira nanti bila smpai waktu baru aku ceritakan..

Apa yang aku sampaikan benar-benar dari Allah Tuhanku. Demi Allah aku tidak berdusta.. aku cagar semua yang aku ada pada Allah Tuhan ku.

Ya Allah. jika aku berdusta Aku dan Isteriku.. anakku.. Ali Osman sahabat aku. akan terpanggang selamanya diBumi juga diAkhirat. Maha Suci Allah

purba said...

Sejahtera pd sahabat2 ku..yg bijaksana dianugerahkan tuhan dgn kata2 yg menjurus kearah ke'abdi'an pd sang pencinta...maaf krn kata2 sy..tp 'dia' berhak pertahankan dirinya..tak begitu bro abu bakar?..kebetulan mlm tu sy kesuatu tmpt yg tiada kmudhan intrnt..jauh dr peradaban manusia..bru smp pg td... Allah amat permurah lg maha mengetahui krn itu diberi segalanya..kecUali rahsia nur nya..yakni nur muhamad bayangan diri anda..yg sgt sulit difahami..akan tetapi hnya anugerah nya melalui jiwa yg sgt bersih ibarat cermin yg bisa memantul diri anda sendiri..maaf tuan abu bakar klu silap sila tegur..jika ada persamaan sy teruskan...:tembakulmu.

tembakul said...

'Usahlah kau bersedih..dihadapan mu aku hadir..memadam resah dan curiga dari hatimu'..:relaku pujuk.

Nurun Nur 9111 said...

Alhamdulillah...

Hola betty...
Everybody in the house....

D.Hada

Nurun Nur 9111 said...

Biarku selami apa yang ada dulu...
Maafkan aku kerana terburu...

Time will let things grow by itself...

kukakukakukaku...
Tembakul..encik sihat?

Dah sarapan?

D.Hada

Abubakar Sidiq said...

Salam semuanya,

Tembakul terutamanya aku benar-benar sayang dari yang lain. Kenapa dengan aku yang tidak tahu berdusta?.

Aku cerita apa mau mu. Aku bersalah pada Allah Tuhan.... apakan daya itu yang kamu mahu.

Aku rasa Blog aku sedang diganggu sesuatu.... besar dan marah sedang meluru kearahku.

Makhluk apa tidak ku tahu... tapi dari rasaku ia semakin menghampiri aku...

Biarkan lah dia datang aku memang sedang menunggu.... tunggu!.... semuanya aku tahu dari Allah Tuhanku.

Aku mungkin akan sedikit lambat dalam menulis kerana aku kini sedang diperhati dan ganggu.

Tunggu aku..... pasti aku ketemu semua kamu anak-anakku.

MAHA SUCI ALLAH

Anonymous said...

Tulisan sebegini di pantau oleh sang al gojo...akhir zaman sudah hampir..pastikn tidak terlalu terang tulisan..seumur hidup sy diperhati dan disekat untk keluar..tp mereka lupa siapa dajjal sebenarnya..siapa mahadi selayaknya..nantikn semboyan al haqq bg para2 pencinta..yg ujud pastinya allah..untk abang ku abu bakar..betapa indahnya cahaya yg bisa berkata2 itu..

Nurun Nur 9111 said...

Sahabat-sahabatku,

Yakinlah bahawa Allah itu sahaja Pelindung kita dan yakinlah, berpegang teguhlah bahawasanya apa yang akan terjadi akan terjadi.

Satu dua tiga do re mi
Apa nak jadi Alif Ba Ta
A, B, C
Apa nak jadi akan terjadi
Hujan pasti berhenti

Dan...barangsiapa menolong Agama Allah, maka PASTI pertolongan Allah bersama kita. Dan jika Allah menolong dan melindungi kita, maka siapa yang dapat mengapa-apakan kita?

Jangan gentar akan langkahmu para sahabatku pendukung agama Allah..

Hasbi Allahu Rabbuna...

D.HADA

Nurun Nur 9111 said...

Demi Allah...kami memohon..
Bersihkan unsur syirik di dalam diri kami. Yang nyata atau yang berselindung dan jadikanlah kami pembela agamaMu Ya Allah....

Amin..

D.Hada

Nurun Nur 9111 said...

Apokalips...

D.HAda

Nurun Nur 9111 said...

salam semua,

d.Hada,

mana ada everybody in da house?

Annur belum bersuara lagi ni...peace!

Annur sekarang sibuk sangat,banyak keje...nak online payah sikit...

rindu kat sahabat2 semua...:D

-Annur-

Nurun Nur 9111 said...

salam semua,

da lama saya simpan soalan ini,kepada yang tahu,silakan menjawab...saya benar2 ingin tahu...

kenapa perantaraan dalam penciptaan dikira sebagai kelemahan bagi Tuhan?

bermakna,malaikat yang tercipta adalah kelemahan tuhan juga?adakah itu bermakna tuhan lemah dalam menjalankan tugas?

nabi dan rasul juga adalah kelemahan tuhan untuk menerangkan kebenaran bagi manusia?

tidak bukan?

perantaraan bukan kelemahan Tuhan,tapi ia adalah kelemahan makhluk...

jika penciptaan segalanya memerlukan perantaraan bermakna ia bukan kelemahan Tuhan,tapi kelemahan makhluk itu sendiri...

Tuhan tidak lemah sama sekali,yang lemah adalah makhluk...dan segalanya selain Tuhan adalah makhluk...

-Annur-

Nurun Nur 9111 said...

perantaraan cuma sebagai satu perjalanan penciptaan...bukan kelemahan...

kenapa ia dianggap kelemahan?

tuhan itu tidak lemah jika menciptakan malaikat untuk melakukan tugas2...

tuhan itu tidak lemah jika menciptakan rasul untuk menyampaikan kebenaran kepada semua manusia...

maka,perantaraan adalah sebagai satu keperluan bagi makhluk yang serba lemah ini...janganlah ia dianggap satu kelemahan bagi tuhan kita...

tuhan kita benar2 tidak lemah,malah Dia Maha Gagah...

-Annur-

naman Ali Osman said...

Salam kepada Nurun nur dan sahabat2 yang lain.. Kusampaikan berita sedih KEMATIAN SAHABATKU YANG KUKASIHI ABU BAKAR SIDIQ.. Dari Allah kita datang, kepada Allah kita dikembalikan. Al Fatihah.

purba said...

Jika benar bgai kata takziah bg keluarga beliau..selamat jalan sahabat,.
Impian bg sang pencinta pulang kepangkuan pemiliknya...aduu ku rindu saat itu...tp byk yg harus ku laku kn..memikul amanah seperti beban..

Nurun Nur 9111 said...

Benarkah wahai Ali Osman?

.......
.....
.......
Innalillahi wa inna ilaihi Rajiuun...
Al-Fatihah

D.hada

Nurun Nur 9111 said...

salam semua,

Inalillahi wainna ilaihi roji'un...

tak sempat kita semua menagih ilmu lagi daripada arwah...semoga ditempatkan ditempat orang2 beriman hendaknya...

wahai Ali Osman,temanilah kami disini,teruskan perjuangan sahabat setiamu itu...hulurkan ilmu yang telah arwah sampaikan padamu wahai sahabat...

sayup benar rasanya kami semua di sini...

-Annur-

Nurun Nur 9111 said...

ptg semalam tiba2 saya merasa sedih tanpa sebab...mungkin ini halnya...

dan hari ini hujan...suasana murung sahaja...

semoga Rahmat Allah bersamanya...
Tunggu kami sahabatku...kami akan menyusul..sebentar sahaja pertemuan ini...

D.Hada

tembak said...

Patah tumbuh hilang brganti,mengertilah walaupun berbeza zahirnya..terima laa... Pencapaian tertinggi oleh jiwa..bersatu dgn jasadnya...jiwa itu kukuh tp rapuh krn hiasan warna dunia..terbentuk jiwa di suatu tmpt jasad pun membaluti bersama 7warna asas pelangi..maka terselindung la jiwa yg punyai cahaya y. Sgt halus dan mulus..tiada jernih sinar dialam ini..yg di pgl nur muhamad.. Ianya bkn lemah ciptaan tuhan atau error tp diberi kebebasan mutlak tnpa batasan di alam maya ini...cuma pencarian bermula pabila kejadian lengkap itu tidak menampkkan imej nya sendiri..bagaimana? Wajib dikenali setiap inci dlm diri...boleh jmp? Mustahil...tp melalui jiwa yg trpecah pelbagai warna itu..sifat warna..ada menyebut aura..kenali dan fahami 7 asas sifat warna kebaikkn dn keburukkn..pasti brjmp 2warna last..hitam dan putih..bru kenal disisi dunia 9wajah dlm diri..oops tu sifat jer,jauh lg...nk gi kdai kopi jap minum..haus..nanti sambung..

Nurun Nur 9111 said...

tEMBAKUL..

Tak faham..

D.H

tembakul.. said...

Oleh itu cik nurrun yg kiut..anda jgn fikirkan sesuatu secara logik..pasti tiada jwpn....setiap suatu mercu tanda dimulakan dgn asas dahulu...peh sdap pulak kopi peng ni..erkkk...telepati eh? Pheeewitt.dei aparaa tembak...tembakul kacak...untk sahabat arwah abu bakar mari la bersama kita kibar panji cinta yg dibawa beliau....

Nurun Nur 9111 said...

KU yang kiut ke adik?
huhuu
Tak pose minum kopi

D.H

Nurun Nur 9111 said...

Sy tak percaya Abu Bakar meninggal..

D.H

Nurun Nur 9111 said...

salam semua,

semuanya bagaikan mimpi dalam mimpi...
wahai D.hada...

wahai dato seri,anak buah saya kiut miut semuanya...dorang sume ibarat bayang2 ibunya...kami zahir tak kiut,tapi cukupla kami rasa kami kiut,keyakinan tu penting bak kata kawan saya..hmm...

ps:hujan sepanjang harini ibarat menangisi pemergian sahabatku...

-Annur-