hud-seroja-esa-budi bahasa-akhlak-ikhlas-raja segala unsur-imam mahdi-panji hitam-bani tamim-sirah

puzzles

hud-seroja-esa-budi bahasa-akhlak-ikhlas-raja segala unsur-imam mahdi-panji hitam-bani tamim-sirah nabi saw dan pengulangannya di akhir zaman-rahsia no 1 dan 9-kaitan imam mahdi dan helang-misteri tabut dan persoalan2 berkaitannya-melayu dan kekuatannya-nabi Nuh as-Raja Ahmad-teori relatif-penciptaan manusia-rahsia bismillah-philosophy of lotus in buddhism-mawar sbg lambang kesufian-matrix dari kacamata sufi-nursyahadah-teknologi pembangkitan memori dari al Quran-Rasulullah saw sbg manusia fitrah-nurunnur-formula sabar-formula ikhlas-makna,puji dan taat-lirik2 best-riba' dan kaitannya dgn dajjal-riba' sebagai penghapus ikhlas-titik kebangkitan akhir zaman,strategi kebangkitan~~~~~~

Thursday 2 February 2012

Apa itu kekuatan yang tak terkalahkan???Gabungan siri2 sebelum ini...

salam sejahtera semua...


Segala Puji tetaplah buat Tuhan Yang Maha Agung,Maha Suci.Dialah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...dengan permohonan kepada Maha Pengasih dan Maha Penyayangnya Tuhan itu,saya nukilkan post kali ini...semoga saya benar dalam kata2 saya...

selawat dan salam cinta sama2 kita sampaikan buat Baginda saw,seorang manusia biasa,yang tugasnya hanyalah mengajak semua manusia kembali kepada fitrah diri mereka sendiri.Salam bahagia kepada arwah2 sahabat yang telah menggadaikan dunia demi menegakkan sebuah kepercayaan,bahawa Tuhan itu Maha Esa.Salam rindu kepada para ahlul bait yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia,kepada yang masih hidup,semoga dengan adanya sisa2 darah baginda saw di zaman kini,dapatlah menegakkan keadilan buat seluruh manusia.Semoga yang diwarisi bukanlah setakat darah merah semata2,tapi lebih kepada cahaya Baginda saw,yang benar2 mampu menerangi kegelapan dunia dan jiwa2 di dalamnya.Salam bahagia juga moga2 tersampai kepada para pendukung kebenaran yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia,kepada yang masih hidup,dimanapun anda sekarang,semoga dipermudah hendaknya.

apa khabar anda semua?sihat mudah-mudahan.

Sebelum saya terus ke tajuk utama,saya ingin memohon maaf kepada anda semua kerana kerendahan budi bahasa saya di post2 yang sebelum ini. Jika ada bicara yang meninggi diri,bicara yang menunjuk pandai,bicara apapun yang tidak sedap dipandangan mata anda semua.Saya budak baru belajar,kalau ada yang salah silalah tunjukkan.Kepada sahabat Mistisfiles,ribuan terima kasih buat kalian semua...saya sayang anda semua.Bila agaknya blog kalian dapat dibuka,kami disini sentiasa menanti artikel segar dari anda semua.

Ok,

Siri ini adalah gabungan siri2 sebelum ini iaitu Matrix,Budi Bahasa, Raja segala unsur dan getaran,semuanya akan saya simpulkan di dalam syahadah.Tapi anda semua jangan risau,ini bukan pengakhiran kepada siri2 itu.Pertama sekali saya ingin memohon maaf jika apa yang bakal saya nukilkan akan menimbulkan pelbagai pertanyaan kepada anda semua,saya akan cuba menerangkan dengan flow yang senang dan mudah dicerap oleh anda semua.insyaAllah,doakan saya.Post kali ini bagi saya berat kerana saya cuba menggabungkan keempat2 siri sebelum ini,dan cuba menggabungkan ia di dalam syahadah.Saya cuba dengan izin dariNya jua untuk tidak mengusutkan anda semua dengan apa yang bakal saya tuliskan.InsyaAllah...

Getaran.Bermacam2 jenis getaran ada di sekitar kita.Saya cuba beri anda satu soalan.Kenapa bila kita membaca,terkadang ilmu yang terbentang bukan dipeduli pun,tapi apa yang penting adalah getaran rasa penulis itu?Maafkan saya jika ia berlainan dengan pendapat anda semua.Tapi itulah yang saya rasakan.Maka dari itu,saya mula berfikir.Mungkin sebenarnya yang tersampai pada kita bukan ilmu,tetapi getaran.itulah yang menggerakkan kepada perubahan diri.Lalu,saya mula berfikir,bagaimana semua getaran2 yang wujud,dapat disamakan dan disekatakan?


Contoh:

getaran A,getaran B,getaran C.Apa caranya untuk mencantumkan kesemuanya?adakah ianya sesuatu yang mustahil?tapi,wujudkah sesuatu yang mustahil bagi Tuhan?tidak.Tiada yang mustahil bagi Tuhan.


Maka,setiap 1 getaran di atas,pasti punyai persamaan,barulah ia dapat disatukan.dapat digabungkan.Seluruh getaran di dalam dunia ini pasti dapat disatukan!

Mari kita sama2 fikirkan. Saya akan ambil apa2pun disekitar saya sekarang.

Meja.Komputer.Buku.Beg.Manusia.Motor.Kereta.Jalan raya.Kedai makan.lampu2 jalanan.Makanan.Angin.Awan.Malam.Bulan.Pokok.Longkang.Kucing.


apa persamaan semua ini?
saya ambil 3 daripada atas untuk penjelasan mudah: Kucing.Manusia.Pokok.

Kucing.ada kucing siam.ada kucing hutan.kucing bandar.kucing kampung.dll
Manusia.ada pelbagai kaum.ada orang Melayu,Cina,India.Omputih.dll
Pokok.ada macam2 pokok di dunia ini.Pokok bunga,pokok Hutan.Rumput.Lalang.macam2 lagi.

 saya masuk ke flow atas lagi.

Kucing.Manusia.Pokok.Buku.beg.Komputer.Kereta.Awan.Bulan.Malam.

apa persamaan semua ini?persamaannya ialah,semuanya adalah makhluk Tuhan.tiada satupun di dalam langit dan bumi serta seisinya yang bukan makhluk Tuhan.Setuju?

Makhluk tuhan ada berbagai jenis.Yang hidup,yang mati,yang berjasad,tidak berjasad,macam2 kategori ada.

Tiada sesuatu pun selain Tuhan akan lari daripada gelaran Makhluk.
Inilah persamaannya.Kita semua adalah makhluk Tuhan.
Jika kita punya persamaan,mungkinkah kita dibina dari sesuatu yang sama secara asasnya?
secara detailnya,apa persamaan kita yang sebenarnya selain dari kita semua adalah makhluk Tuhan?

 Apa bahan binaan yang serupa bagi setiap makhluk Tuhan ini?

Nur.Cahaya.makhluk Tuhan wujud jika ada cahaya.

saya petik petikan artikel sahabat mistisfiles :

 “It’s unbelievable. Trin… Light everywhere, like the whole thing was built with light. I wish you could see what I see”
(Neo -Matrix Revolution)

Nur apa?itulah Nur Muhammad.Nur yang terbaik.Nur yang terpuji.
Ya,kita semua dicipta dengan Nur yang terbaik.

Kita semua berbeza jasad dan roh kerana getaran kita semua berbeza.Tetapi jika diperhalusi,ternyata kita semua adalah sama.Makhluk Tuhan yang terbina dari bahan binaan paling asas.iaitu Nur.Cahaya.Nur Muhammad.Nur yang terpuji.

Itulah kita, wahai semua manusia,wahai awan,wahai bulan.wahai Jasad,wahai roh.wahai semua makhluk Tuhan,kita dicipta dengan bahan binaan yang sama,oleh sebab itu kita sebenarnya dahulunya satu.Masih wujudkah ingatan ini pada kalian semua,wahai makhluk2 Tuhan?

dan apa itu Nur Muhammad?Nur yang terpuji?

itulah pertembungan dua sifat Tuhan yang bertentangan.Positif dan negatif bercantum dan bercampur baur menjadi sebati.menjadi satu kekuatan yang tak terkalahkan.Ibarat lambang Yin dan Yang.
ya,bumi dicipta dengan sistem keseimbangan.


Kenapa pernah dikatakan jika ditimbang kalimah Lailahaillallah pasti lebih berat timbangannya daripada bumi dan seluruh isinya?

kerana,bumi dan seisinya adalah makhluk Tuhan.Ia telah hilang kewujudan di dalam kewujudan Tuhan.Formula matematik mudah.

+1 + (-1) = 0,jika disamakan

1 = 1,seimbang bukan?

jika ditambah pasti membawa kepada 0.

saya ulang: + dan - bercantum dan bercampur baur menjadi sebati.menjadi satu kekuatan yang tak terkalahkan.kekuatan apa yang tak terkalahkan?

itulah kekuatan Tuhan.Kekuatan Allah azza wajalla.

positif dan negatif jika ditambah pasti jawapannya adalah kosong,tiada wujud.Makhluk tiada wujud kerana telah ditelan dengan kewujudan Tuhan.

+ dan - adalah sifat makhluk Tuhan. Ia cukup menunjukkan bahawa segala makhluk dicipta tiada sempurna. Kita adalah Nur Muhammad yang telah berpecah2.kita semua perlu bersatu untuk membentuk Nur Muhammad,Nur yang terpuji itu.

Jangan saya bangga,kerana saya punya kelemahan,walaupun saya punya kelebihan.
Jangan anda bangga jika anda punya kelebihan  kerana sebenarnya ada juga punya kelemahan.

maka,jangan kita semua bangga.Kita ini tiada apa.Tidak wujud pun pada hakikatnya.Persoalannya bagaimana kita boleh bergerak cergas jika kita tak wujud pada hakikatnya?kerana yang hanya wujud adalah Tuhan.dan Tuhan itu Maha Kuat,Maha Perkasa.

jika + dan - bercantum lalu membentuk 0,maka apa yang tinggal?
yang tinggal adalah Tuhan Yang Maha Mewarisi.Sebenarnya hanya Dia yang wujud.
kosongnya kita adalah sebenarnya Wujudnya Dia.

kewujudan kita sebenarnya tidak sejati.Maka ia tidak kuat.Jika kuat pun,maka ia tidak sejati,tidak abadi.

Pasti luluh didalam kekuatan Tuhan.Kewujudan kita hanyalah untuk menunjukkan kekuatan Dia.

Nur Muhammad adalah gabungan 2 cahaya.Cahaya + dan cahaya -

Oleh sebab itulah,jika di dalam kegelapan pun,kita masih boleh berjalan.kerana kegelapan adalah cahaya -
dan sungguh Allah itu lebih tahu tentang ini.

Anda semua nak tahu tak apa kekuatan yang tak terkalahkan itu?
Itulah kekuatan Tuhan.

jika kita sampai kepada  tahap kekosongan,disitulah terletaknya kekuatan yang tak terkalahkan.Kerana kekuatan kita telah 0,yang tinggal adalah kekuatan Tuhan.

dan Tuhan itu tidak terkalahkan.

 maka siapa diantara manusia yang memiliki kekuatan itu?

Ia adalah manusia yang tunduk setunduknya,tiada ego,tiada keakuan,sehingga kekuatan yang ada dan tak sejati itu lenyap didalam kekuatan Tuhan yang sejati dan abadi





Ingat,adab mengingati Tuhan(solat) adalah tunduk.Anda akan terjatuh jika anda rukuk memandang langit. Anda akan payah bersujud dengan memandang ke langit.Anda akan goyang jika berdiri dan terus2an memandang langit.

jika masih dibuat,ia bukan sahaja pelik,malah menyakitkan.Cubalah jika anda mahu tahu rasanya.

maka,jika kita mengingati Tuhan dalam keadaan kita memandang kelangit,saya bimbang siapa sebenarnya yang kita ingat?kita sembah Yang? Yang apa?

sama2 kita fikirkan dan jawab dengan tulus pada diri sendiri...

Alhamdulillah.,sekarang tahulah kita semua kenapa ia mesti dinamakan Nur Muhammad.kenapa bukan Nur Isa,Nur Nuh dll...ini jawapan saya,kerana Nabi Muhammad saw adalah satu2nya makhluk yang sangat2 tunduk pada Tuhan.tunduknya Nabi saw, tiada siapa mampu lawan.hatta Nabi2 dan Rasul2 yang lain.wallahualam...

selawat dan salam buat baginda saw...semoga sejahtera hendaknya di alam sana...amin...



Bersambung...

Wallahualam.Yang baik semua daripada Tuhan,yang buruk datang dari diri saya sendiri.
Saya manusia yang Maha jahil,dan Tuhan itu Maha Tahu,maka tanyalah Dia,akan Dia terangkan pada anda jika benar anda ikhlas mencari.

Masih banyak yang belum dikupas,malah saya masih belum menyimpulkan semua di dalam syahadah,berjumpa di post seterusnya,kerana masa yang tidak mengizinkan saya berterusan menaip. Dan saya juga takut anda semua shot jika saya menerangkan kesemuanya dalam satu post sahaja.Sambungannya nanti akan lebih mencabar minda kita,insyaAllah.doakan saya dipermudah untuk semua ini.

Segala Puji hanyalah untuk Tuhan seluruh alam.

 sekadar ole2 untuk anda semua...layannn...






























































































30 comments:

Anonymous said...

Hek eleh tembakul..! Apa brg..! Jerung ke naga ke dasat ckit...yes! Gmbr yin n yang..logo peveret... Tp gmbr kucing adoi...dei gmbr lain ar pulak..tenuk ke cipan..ramai org kck ati gmbr tu.. 1:nyata. 2:kau dan aku. 3:aku kau dan dia. 4:air,api,angin dan tanah. 5:rukun islam.. 6:rukun iman. 7:titian siratulmustakim. 8:lapang. 9:wajah. 0:kembali ke asak. Tq makcik2 brdua...maaf sy takda kwn ramai..xda org nk kwn..org gila...ehem..

Anonymous said...

Sori m.cik2 yg o td kembali ke asal..jgn mare..dh msuk smula dlm bakul...meowwww..! Setiap penulisan jgn cpt sgt upload..smpn dlu.. Tgu huraian dr teman2 di luar..jgn risau xlama lg rmai komen..opps brckp pulak..toing lompat msuk kandang blk...

Nurun Nur 9111 said...

Dia ni pukul curi, langgar lari punya orang.

1.2.3.4.5.6.7.8.9....0

Hmm.....

Mencari hakikat diri?

Bismillah..

Makcik Hada

Anonymous said...

Pupu....rba..

Anonymous said...

'makin puja makin cinta menusuk kalbuku..dlm naik trun nafas menjunjung namamu..makin asik makin jauh di hanyut kn rindu tiap saat kudamba cintamu..lalalala.. KASIH LATIFAH.SPIDER

Nurun Nur 9111 said...

1:nyata. 2:kau dan aku. 3:aku kau dan dia. 4:air,api,angin dan tanah. 5:rukun islam.. 6:rukun iman. 7:titian siratulmustakim. 8:lapang. 9:wajah. 0:kembali ke asak.

apa tu en Tembakul?terangla sikit kat makcik2 ni.en.purba kan genius.hehe.

jgn jadi genius yang misteri.berterus terangla.

lagi 1,mana ada tembakul yang bunyi meoww...ini tembakul jadian kott...

Nurun Nur 9111 said...

-Annur-

org kg... said...

hye,izinkn hmba yg jahil lg tahil ni menumpangkn laluanya..psoalanya apakah pengertian syahadah bg akak n auntie?..dn dr mna dtgnya getaran itu dn kemana perginya?dn chaya tu tbentuk dr apa dn d mana aslny?..mohon akak n auntie ptunjukn dn mnerangkan dgn jelas,kukuh lg mdah d fhmi bserta bukti yg nyata..maaf kn hmba yg hulu pdlman..xfhm bhasa modern,arab dn inggeris.hmba org mlayu..

Nurun Nur 9111 said...

salam sejahtera Org Kg,

post ini belum habis,apa yang anda tanyakan itu,sudah saya plan untuk diletakkan di siri yang kedua.insyaAllah.

tentang pengertian syahadah,kalau orang straight tanya,terus terang kata,saya memang blur.apa yang saya tahu hanya mengucap...

sebab soalan anda berat.sangat berat.

atau mungkin pengertian yang ada pada saya,tidak berhuruf.Tuhan lebih tahu tentang itu.

tapi terkadang,saya rasa dapat makna syahadah,maka saya kongsikan di dalam post.

orang yang anda tanyakan ini Maha jahil.maka,tanya pada yang Maha Mengetahui,pasti akan terjawab di dalam diri anda,kerana Tuhan itu Maha Kalam.

tetapi niatkan untuk mencari kebenaran,bukan untuk yang lain.InsyaAllah.

-Annur-

Nurun Nur 9111 said...

ini saya copy dari post2 saya yang lepas,

"dan itulah diantara makna tersirat syahadah,pergandingan makhluk dan Tuhan...satu pergandingan yang menunjukkan manusia itu seharusnya sedar dirinya itu bukan siapa2,bukan apa2 untuk dibanggakan...melainkan segala puji hanya untukNya...dan kenapa nama Nabi Muhammad saw yang terpilih untuk bergandingan dengan namaNya?kerana Nabi saw adalah makhluk yang paling sedar diri...paling tahu diri itu siapa...paling malu pada Tuhannya...dan bila manusia tahu diri itu siapa,kedudukannya lebih tinggi daripada malaikat...walaupun kita punya nafsu,kita punya syaitan yakni unsur jahat yang mendampingi..."

Neutronboy said...

Salam Tuan,

Pernah kah tuan mendengar pelantikan

Alif Lam Lam Ha sebagai Rabb sebelum kewujudan alam ini?

Kalau ada... bolekah tuan berkongc pengetahuan bersama-sama kami?

Nurun Nur 9111 said...

salam saudara Islamic Neutron,

apa benda tu?saya minta maaf,saya tak tahu.ini baru pertama kali tau wujud benda macam tu.

kami bukan guru tarikat,atau pengikut tarikat wahai saudara.ini ilmu langit ke tujuh ni,saya ni langit pertama pun tak lepas lagi.

saya tak tahu,mungkin ada baiknya kita mohon sahabat lain yang tahu beri pencerahan.

maaf mengecewakan anda.mohon pencerahan dari sahabat lain yang tahu...boleh sama2 kita blajar.:)

ps: cantik topi? ;)

Nurun Nur 9111 said...

penulis blog ni Maha Jahil.segala yang ditulis hanyalah menunjukkan kejahilannya.

Bila makna yang ada tak mampu diurai,itu adalah kelemahan makhluk.Ia masih belum suci untuk mengurai Yang Maha Suci dengan sebenar2 pengertian.

Hinalah makhluk itu bila ia merasa cukup di dalam pencariannya mencari Tuhan.Perasaan cukup itu adalah hijab untuk dia terus mencari dan mengenali Tuhan.Perasaan sedar diri dan sentiasa berharap dapat mengenaliNya adalah satu ketenangan bagi makhluk.Bahkan jiwa dan jasad akan sentiasa tergerak kearahNya.

Apa yang perlu dibanggakan pada diri manusia jika tempat kemuliaannya adalah tempat yang dipijak2 orang setiap hari???

Fenomena Zaman said...

Alhamdullilah

Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah.

Pencerahan yang amat bermakna.

Sebelum kamu terbitkan artikel ini saya ada buat sedikit uji kaji untuk menerangkan konsep sedekah berdasarkan hukum matematik dan kaitannya bagaimana ia boleh menyembuhkan penyakit.

Seperti benar bagai didakwa, ada punya getaran gerak yang sama.

Tapi kerja tu terbengkalai. Entah mengapa, tiba-tiba rasa macam bingung pula dengan hasil kerja sendiri, padahal pada awalnya saya hampir mampu menjelaskannya.

Mungkin ilham belum sampai kot.

Nurun Nur 9111 said...

salam saudara,

pada pendapat saya yang jahil ini,

ada sesuatu yang merunsingkan fikiran anda...anda perlu lepaskan kerunsingan itu dan kembali kepada tahap 0.tahap redha,tahap sabar.tahap syukur.

tundukkan jiwa anda setunduk-tunduknya pada Tuhan.

saudara,
jangan sekali-kali kau rasa kau hidup atas usahamu sendiri,
kau berilmu atas usahamu sendiri,
kau tahu kerana usaha pencarian kau sendiri.

jangan...

wahai saudara,usaha adalah asbab,sedangkan pada hakikatnya semuanya berlaku dengan kehendakNya.

Dan bila Dia kehendaki,cukupla hanya dengan berkata Kun Fayakun,maka jadilah...

dan bila kita masih berpegang dgn "asbab adalah hakikat sesuatu itu terjadi",kita sebenarnya belum benar2 tunduk pada Dia...

mungkin itulah penyebabnya...
cari apa yang kurang,jika masih juga belum ketemu,mohon ditunjukkan Tuhan.kerana Dialah sebaik2 Pemberi tunjuk ajar...Laisalaha mindunillahi kasyifah...

jgn risau,ini perkara biasa,kita adalah manusia biasa,saya juga selalu begitu...

sekadar pandangan sahabat buat sahabat.:)

-Annur-

Nurun Nur 9111 said...

saudara,

bila saya menulis dengan rasa yang saya tahu,tiba-tiba saya blurrr...

tahulah saya Tuhan sekat sebab saya da ada rasa ilmu itu datang dari kepandaian saya sendiri.Sedarlah saya Tuhan sedang tegur saya bila dia sekat apa yang Dia kurniakan.

tapi bila saya rasa tiada di dalam penulisan saya,yang ada hanya Tuhan,Yang wujud hanyalah Tuhan,yang bergerak hanyalah Tuhan,saya dapati penulisan saya jadi lancar dan tersusun.Segala Puji Bagi Allah...

dan nama lain bagi rasa 0 itu adalah khusyuk,fokus,tumpu.

wallahualam...

Neutronboy said...

Saya dengar sekolah pondok aman 60an ada mengajar ilmu ini...

Saya memang peminat tegar jimmy neutron... Topi lama.. dah hilang...

Saya pernah juga dengar kuantum sedekah ini....

Tuan Fenomena Zaman, adakah tuan telah menerbitkan rencana tersebut?

Fenomena Zaman said...

Terima kasih atas pencerahan.

Benar kata kamu, kita perlu kembali kepada keadaan zero state. Tidak punya apa-apa. Barulah akan datang apa yang ditunjukkan.

Mungkin saya perlu kuatkan rasa berharap pada Allah. Barulah akan dibukakan jalan.

Alhamdullilah..

Allah dah tunjukkan jalan melalui Adik kita Islamic Neutron.

Nampaknya saya kena fahamkan dahulu teori Kuantum Fizik.

Dan mungkin blog syurga dunia boleh bagi klu skit.

Terima kasih sekali lagi Buat Annur dan Adik Islamic Neutron

Nurun Nur 9111 said...

Jika dapat ditelah dengan mata kasar tentang gelombang / getaran / kuasa tarikan @ penolakan a.k.a cas +ve @ -ve / kuasa elektromagnetik / graviti / aura = metafizik
maka tentu orang biasa boleh jadi gila. Itu mungkin sebab mengapa Allah meletakkan Hijab yang berlapis-lapis-lapis-lapis-lapis.........

Ilmu ini bermula dari Allah yang Maha Wujud dan sendiri dalam KewujudanNya. Berperingkat-peringkat. Berkehendak dan Maha Mengetahui. Kuasa perintah "KUN"... maka keberadaan yang bergantung pun wujud dengan kewujudan dari tiada menjadi ada. "Fa......YAKUUN......"

Tarikan juga sebagai pengikat. Cinta juga ilmu metafizik. Benci, marah, dan yang lain-lain berputar-putar mengelilingi mendekati atau menjauhi pusat semesta. Dimana Jumlah total Galaksi turut berputar-putar tawaf pada satu tunjang....

Gr.....Ya Allah berilah kami kefahaman dan jadikan ia ilmu bermanfaat yang mendekatkan kami denganMu Ya Allah...

Namun, ketahuilah getaran keikhlasan itu mampu menembusi zarah2 yang dpandang mata kasar dan halus. Malah punya kuasa menggetarkan orang di sekitar mahupun pihak yang dituju. Juga dapat merubah keadaan.

Takdir juga turun dalam bentuk getaran. Turun melalui langit yang berlapis-lapis. Sebelum ia turun dan mengenai sasaran takdir dan yang terkesan kerananya, ketahuilah ia mampu diubah (dengan izin Allah) melalui doa. Sudah tentu doa yang Ikhlas. Belum masuk lagi Hakikat Sedekah yang Ikhlas.

Subhanallah...

D. Hada

Anonymous said...

Rasanya kena kembali pd yg asas je semula...rahsia istinjak...rahsia wudhu...rahsia mengucap...pandangan jer ni...jgn marah har..ampun tuan tnah...hehe.~tembakul.

Neutronboy said...

Betul tuan Anon 3/feb/12 00:07,

Kembali kepada basic, kemudian buah2 hikmah tuh akan diperoleh dengan izinNya ^^

Kerana kalau asasnya terjaga, 'getaran' yg terjana akan membuatkan adanya 'effective collision' between 2 element -getaran dan sasaran takdir- maka tatkala tuh, reaction ataupun perubahan dapat berlaku di sekitar mahupun pada diri kita sendiri....

Namun, apabila saya berbicara tentang hal ini kepada orng yang saya kira mampu memahaminya, saya silap.. lantas makin ditolak ataupun dipersoalkan..

Mungkin juga kerana saya berharap kebenaran tu milik saya sedangkan Allah yang Maha Benar, berkuaa untuk meletakkan kebenaran kepada saya.. Iktikad salah, habes usaha kita..

Allahu a'lam..

Nurun Nur 9111 said...

Sokong...Adik Jimmy Neutron. Nama akak Proton. Huhu.
Pertama sekali, apa yang kita perlu buat ialah menjaga asas. KITA. bukan hanya kamu tapi juga termasuk SAYA. Harus konsisten dan cuba yang terbaik untuk dapatkan Gred A (semampunya). Mngikut standart Al-Qur'an dan Hadith. Ikut jalan Nabi. buat yang termampu. Baru ada graf menaik.
Kedua, tanggungjawab yang tersenarai dan wajib kita lakukan haruslah diselesaikan. Spt hutang, tgjwb pd ibu bapa, suami/isteri, anak2, jiran dll.
Kadang mungkin ilmu tak banyak, sekolah pun tak tinggi, takde blogging pun, namun amalan ikhlas dan konsisten, tak berprasangka, tak berdengki, sabar, redha dan bersyukur.

Org spt ini darjatnya istimewa disisi Allah. Dan mendapat 'buah2 hikmah' tanpa meminta tapi sebagai hadiah daripada Allah.
Bagi kita yang kehausan ilmu tahap gaban ni, asik nak tau itu ini, tapi dalam masa yang sama perlu melalui hari-hari dan tanggungjawab di bahu.
Blogging, surfing internet, mencari buku atau apa madah sekali pun, jangan kita lupa pada yang asas. Kadangkala, kita tiba-tiba blur dan hilang arah, jadi apa yang kita perlu buat teruskan yang asas (terutama solat) dan menghubungi Allah. Istighfar banyak2.

Ilmu Allah ni sangat mendalam. Ada level-level. Namun, setiap orang tidak semestinya akan ikut step. Cara Allah memperkenalkan DiriNya berbeza..Ada orang a-b-c-d-e-...ada orang g-h-o-p-f-...ada orang totally terbalik.
Kita biasanya akan mudah berinteraksi dengan orang yang senada dengan kita. Mungkin itu sbb Rasulullah s.a.w bersabda dengan ayat yang sangat ringkas dan mudah difahami oleh setiap level umur, pangkat, darjat, kefahaman dll. Untung skrg ada internet. Boleh cari kawan yang sekepala. Samala mcm akak. Bukan semua sama frekuensi. Hampir semua orang disekeliling tak faham. Tapi kalau kita cari, kita akan jumpa.

Adik masih muda, alhamdulillah pemikiran lagi cepat dari usia maka ada umur yang panjang lagi insyaAllah yang boleh digunakan untuk kebangkitan akhir Zaman ni. Adik boleh buat pelan untuk hidup adik. Boleh rancang, fikir yang terbaik, laksanakan dan tawakal.

Tapi atas pengalaman, mengenali Allah ni sangat menyeronokkan. tu sbb akak dan adik akak buat blog ni. Yang petik suiz ada hamba Allah ni yang memperkecilkan Allah dan Rasul. Hm... opss...terlebih cakap.

Apapun sama-samalah kita saling melengkapi Puzzle Gambar Besar kita!

D.Hada

Nurun Nur 9111 said...

salam semua,

wooowww...tinggi2 ilmu pengkomen2 blog ni...bagus2...sila2 tambah nasi...jangan malu,jangan segan...ada lauk ikan tembakul lagi...

ps: kepada adik Jimm,tak payah ber anon2 dgn saudara Purba tu,panggil dia tembakul jer,dia suka.
dia genius macam adik jugak,boleh jadi adik abang.kami kat sini macam keluarga.:)

tapi jgn panggil kami makcik.nanti akak Proton marah.dia pandai jurus angin tuuu...tak caya cuba tanya mimpi dia aritu.(D.Hada jgn marah haa..nanti cpt kerepot...)

-Annur-

Nurun Nur 9111 said...

saudara F.Z,

cuba try belek2 blog bro Bradokapak,tak silap saya ada crita tentang Quantum ikhlas,

mungkin boleh jadi rujukan yang baik buat anda.:)

wallahualam.

-Annur-

Nurun Nur 9111 said...

lagi satu,saudara F.Z,

kalau awak ada buat rujukan Inggeris,mungkin awak boleh bagi sikit rumusan tntg rujukan tu.mungkin tak payah translate satu2,tapi cuma amik point penting,

saya ni macam orang Kg,cpt tegeliat lidah baca omputih ni.lagipun tak berapa faham.memangla saya ni jahil.

sekadar permintaan merepek dari saya...:)

ps: D.Hada mesti marah saya malas baca omputih ni.;)

-Annur-

tembakul said...

getaran dan energy di beri pd setiap umat yg memahami rahsia diri....kekuatan getaran ni mengikut volume amalan seseorg....semakin jernih amalan semakin getaran menampak warna dan cahaya..-poyo ye makcik? Kerepot eh? Makcikkkkkkk...,yahuu....

Nurun Nur 9111 said...

salam semua,

en Tembakul,alter terahsia bangsa melayu awak da nak terkeluar tu,simpan elok2...;)

jangan fire makcik2 kat sini...kami tak bersalah...

-Annur-

Neutronboy said...

Ouh nama gelarannya purba kew? huhu... yg tu pangkatnya abang ke?

Dalam dalam artikel bradokapak mmg ada pasa l Quantum Ikhlas ni... hehe... terasa seronok baca...

Saya terlalu teringat 2 ayat dalam quran dan hadis..

1) Kalau kita ingat Allah bebanyak, pintu hijab antara kita ngan Dia akan dibuka untuk kita.

2) Kalau kita amalkan apa yg kita tahu, Allah ajarkan apa yg kita x tahu...

kat fb, nama kak tu Serikandi Melur, katanya, kalau hati bersih, cahaya di bawah (hati) akan memantulkan cahaya dari atas (sisiNya), lantas buah hikmah itu mampu dilihat dan difahami... ^^

Biasanya juga, kalau orang yg nak pecaya kebenaran base on ilmu semata2... tingkatnya x lebih dari ilmu yakin sahaja....

Kene upgrade lagi.. ngan kita2 skali... hehe...

Nurun Nur 9111 said...

salam semua,

adik Neutron,purba tu bukan pangkat abang,tapi pakcik daaa...

dia da merajuk nyorok dalam pasir...nanti dia kuarla tu...

ps:maaf,akak ni memang main2 orangnya...jarang serius..

-Annur-

Fenomena Zaman said...

Assalamualaikum Warahmatullah

Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah

Cuba lihat artikel yang dikeluarkan oleh blog Syurga Dunia mengenai Fizik Dosa & Pahala.

Apa yang saya faham ialah, pada asalnya sejak kita dilahirkan kita ini ibarat kain putih atau suatu keadaan yang dipanggilkan dalam keadaan neutral.

Keadaan neutral itu adalah sama seperti -1+1 = 0

Allah dan Rasulullah memerintahkan kepada manusia agar membuat kebaikan. Kalau kita kaitan dengan hukum fizik cas negatif dan positif, kita disuruh agar mengeluarkan cas positif iaitu dengan membuat kebaikan dan dalam masa yang sama kita disuruh menahan diri dari melakukan kejahatan.

Apabila kita melakukan kebaikan dengan mengeluarkan cas positif dan dalam masa yang sama menahan diri dari melakukan kejahatan dengan menyimpan cas negatif di dalam diri kita, maka ini bermakna kita menyediakan diri kita dalam keadaan bersedia untuk menarik dan menerima cas positif iaitu unsur-unsur kebaikan agar datang kepada diri kita.

Begitulah juga keadaan sebaliknya jika kita mengeluarkan cas negatif (melakukan kejahatan,) maka kita menyediakan diri kita dalam keadaan bersedia untuk menarik dan menerima cas negatif iaitu unsur-unsur kejahatan dan keburukan agar datang kepada diri kita.

sila rujuk sini untuk penerangan lanjut
http://syurgadidunia.blogspot.com/2009/06/fizik-dosa-dan-pahala.html

kredit buat bloger Syurga Dunia.