hud-seroja-esa-budi bahasa-akhlak-ikhlas-raja segala unsur-imam mahdi-panji hitam-bani tamim-sirah

puzzles

hud-seroja-esa-budi bahasa-akhlak-ikhlas-raja segala unsur-imam mahdi-panji hitam-bani tamim-sirah nabi saw dan pengulangannya di akhir zaman-rahsia no 1 dan 9-kaitan imam mahdi dan helang-misteri tabut dan persoalan2 berkaitannya-melayu dan kekuatannya-nabi Nuh as-Raja Ahmad-teori relatif-penciptaan manusia-rahsia bismillah-philosophy of lotus in buddhism-mawar sbg lambang kesufian-matrix dari kacamata sufi-nursyahadah-teknologi pembangkitan memori dari al Quran-Rasulullah saw sbg manusia fitrah-nurunnur-formula sabar-formula ikhlas-makna,puji dan taat-lirik2 best-riba' dan kaitannya dgn dajjal-riba' sebagai penghapus ikhlas-titik kebangkitan akhir zaman,strategi kebangkitan~~~~~~

Monday 31 October 2011

Berhentilah sebentar dan dengarkan kami bercerita...


"Kami menolak kepada kata2 kekaguman kehebatan si dajjal itu,
tetapi,
kami mengajak kepada kata2 pujian tentang Yang Maha Esa... 

Kami tidak hiraukan siapa si mata satu itu dan fitnahnya,
kerana kami berpaut kepada Yang Maha Sempurna...

Tiada kami kisahkan segala simbol mata satu itu,
tidak kami kisah berkeliarannya simbol itu dimana-mana,
Tiada kami gusarkan godaannya jika kami tak mampu membunuhnya,
kerana kami yakin.tentang satu
bahawa jika Dia sudah di hati,segala yang terlihat hanyalah Dia...

Kami lupakan kesengsaraan hidup dalam fitnahnya,
dengan cara mengingatiNya dan terus mengingatiNya tatkala kami terlupa...
Kami tinggalkan ketakutan tak bersebab terhadap semua sihirnya,
kerana kami yakin Tuhan itu Maha Melindungi bagi sesiapa yang meminta perlindunganNya...

Kami tinggalkan seribu satu cerita tentang durjana itu,
kerana ia tidak mampu menandingi sejuta satu cerita keesaanNya...

Kami berhenti menceritakan panasnya hidup di bumi zaman ini,
kerana...
Kami mahu memulakan perjalanan ke bumi damai sana...

tetapi...
Kami bakal gagal,

tanpa anda semua...

kerana kami benar-benar yakin,
tiada penyatuan dalam yang lain selain syahadah...
itulah fokus kami...
menggabungkan "semua" dalam syahadah...

semua makna,semua ummah,semua semangat
dalam syahadah...

Sunday 30 October 2011

Bangunlah wahai semangat yang benar,kami menyeru...

Assalamualaikum,
Ke hadapan semua Bloggers,
entah kenapa terasa-rasa dalam diri kami saban hari aura kebangkitan umat Islam akhir zaman...

Kami juga yakin, ada dikalangan Bloggers dan juga sahabat di luar sana merasakan yang sama.merasakan aura yang sama setiap hari...yang mana makin hari makin membangkitkan rasa...

Institusi Dajal mulai dibongkar, rahsia rapuhnya mulai diketahui, Strategi yang direncanakan Iblis diakui ada yang berjaya menyusur ke dalam hati anak-anak Adam, namun Rencana Allah turut berjalan serentak.

Lihatlah susunan turunnya Ayat-ayat Al-Qur'an yang awalnya dimulai ayat Makiyyah yang terkandung Aqidah dan diikuti dengan yang lain.

Di sini, kami ingin menekankan isu berkaitan Aqidah.Strategi Kebangkitan Akhir Zaman yang pertama ialah perbaharui dan perbetulkan Aqidah kita. Perlu jelas dan terang. Sejelas kristal, semampat berlian yang padu.

Ini bukan isu mudah yang dianggap enteng oleh segelintir pihak. Walaupun nampak mudah, namun jika tak betul-betul kental dalam hati dalam tak sedar ada unsur-unsur syirik dan juga kelemahan yang abnormal, paranoid pada perkara yang tak sepatutnya.

Oleh itu, sebelum kita ke langkah yang seterusnya, ada baiknya kita renung dalam diri kita. Siapa Allah pada pandangan kita? Adakah kena dengan Siapa Dia yang Dia kenalkan Dirinya pada kita sebagaimana Al-Qur'an dan Hadith nyatakan? Adakah melalui pengalaman kita mengenal Allah dan tanggapan kita padaNya itu benar? Sejauh mana rapatnya hubungan kita denganNya? Pernah ke kita berbual denganNya? Atau kita mencariNya di kala kita susah dan terdesak? Ataupun Dia langsung tak pernah jadi perkara penting dalam hidup kita?

Siapakah Dia di hati kita? Penyibukkah Dia pada anggapan kita? yang menyusahkan dan asyik beri kita masalah. Selalu bebankan kita dengan Takdir yang sampai ke hari ini kita masih tak boleh terima? Adakah Dia benar-benar merimaskan kita dan mengongkong hidup kita dengan undang-undang yang membuatkan kita rasa terikat?

Benar, ini serius. Bukan bual-bual kosong. Bukan percakapan yang kehabisan modal. Kalau kita tak mula fikirkan perkara ini dengan sebenar-benar fikir, masaklah kita nanti. Benar, diakhirat itu, urusan Tuhan. Tapi kalau dari dunia kita tak berminat nak ambil tahu pasal Dia, agaknya berminat ke Dia pada kita di akhirat sana?

Kami akan buat yang terbaik mengikut apa yang kami tahu untuk menyusun Gambaran supaya aqidah kita dapat diperjelas. Mudah-mudahan Allah sentiasa membantu kita dan menerangkan hati kita supaya usaha kita ini adalah jalan-jalan yang menuju ke arah Kebangkitan Akhir Zaman. Mungkin bukan tahun ini, bukan juga tahun depan, mungkin zaman anak cucu kita nanti. Namun, jika kita mengambil langkah perubahan hari ini, kami yakin ia akan memberi kesan dan sumbangan pada hari esok. Oleh itu, sedarkan minda bawah sedar anda supaya ia selari conscious and unconscious. Gambaran yang sebenar yang Allah beritakan di dalam Al-Qur'an sedang berlaku, telah berlaku dan akan berlaku. Jika anda masih tidur-tidur lagi, hantukkan kepala anda di dinding biar sedar. Musuh Islam sibuk mengkaji Al-Qur'an dan menjalankan strategi mereka, membina tembok bagi menyelamatkan diri dari ancaman Allah, kita pula yang lahir-lahir dah Islam tak tahu betapa berharganya nikmat yang Allah kurniakan dan kita khayal dan tenggelam. Jangan sampai jika kita ditanya mengapa kita Islam jawapannya kerana ikut mak ayah.

Ambil masa dan tanya diri kita. Siapa kita? Dari mana asal kita? Di manakah kita? Ke manakah kita akan pergi? Siapa mereka?

Tak semestinya perlu sekolah tinggi untuk tahu jawapan persoalan di atas. Dan ini bukan seperti waktu persekolahan boleh tiru jawapan. Bukan juga seperti kita mencopy-paste karya orang lain. Setiap kita perlu memikirkan soalan ini dengan kritis.

Oleh itu, bagi yang belum mulakan Journey In Myself, setelah baca saranan ini, mulakanlah. Sebelum nyawa di kerongkongan. Sebelum hijab dibuka setelah nyawa berpisah dari jasad.

Friday 28 October 2011

Strategi kebangkitan akhir zaman...

Salam sejahtera buat semua pembaca...

kali ini saya akan bawakan anda sebuah strategi kebangkitan akhir zaman...



yang mana ia takkan pernah rugi jika disebarkan...takkan tergugah dengan perancangan musuh2Nya,insyaAllah...
kerana saya faham,akan ada suara2 yang berkata,ia adalah strategi,kenapa mesti diberitahu kepada umum?

makanya,ingin saya memberitahu kepada anda yang bertanya itu...bahawa...strategi yang bakal saya kemukakan ini adalah rahsia dalam rahsia...rahsia yang berlapis2...ada penjaga di setiap pintunya...

sebelum saya mulakan,ingin saya bertanya kepada anda semua...
adakah anda semua sedar kenapa kita menulis dan membaca di ruangan maya ini?untuk apa?apa kesannya?
anda jangan tergelak jika saya katakan ia akan memberi kesan kepada takdir anda nanti...cuma tunggu,bersedia dan lihat...

kita semua menulis untuk membentuk  gelombang2 kebangkitan...yang mana akan disatukan oleh Sang Imam nantinya,insyaAllah...cubaan untuk membentuk pancaran2 cahaya yang menembus ke langit...Cahaya kebangkitan sang khalifah...

sumber gambar: fenomenamisteri.blogspot.com

Apa yang kita nukilkan di alam maya ini tak lain tak bukan hanyalah untuk memberi pengisian teori kepada hati,memberi relatif2 yang bakal anda gunakan untuk praktikalnya yang mana akan diberikan melalui takdirNya...

sesuai dengan keikhlasan anda menegakkan kebenaran...

kita berusaha memberi relatif2 yang benar supaya bilamana anda membuat keputusan diperjalanan takdir anda semua nanti,kami berharap anda adalah orang yang menang...

kebenaran memerlukan sang pemenang2 ini untuk berkongsi rasa dengan yang lain...supaya sama2 dapat bangkit...itulah kebangkitan akhir zaman yang dimaksudkan...



kami memberi,anda merasa...
begitu juga kami,anda memberi,kami merasa...
merasa apa?
merasa kepahitan dan jerih payah hidup di dalam realiti takdirNya...
supaya bila takdir itu tamat,anda mampu berkongsi hikmah dugaan itu bersama kami...
tak lain tak bukan untuk memberi kami semua semangat untuk bangkit dan terus bangkit...

inilah strategi gelombang kebangkitan akhir zaman...
Teori...dan Praktikal...
mudah bukan?
dapatkah sang dajjal mengganggu strategi ini?
tidak..itulah jawapannya...
kerana ia melibatkan kebangkitan semangat sang khalifah,
ia melibatkan takdirNya...

semakin sang dajjal membakar kita dengan fitnahnya,semakin hebat kita akan jadi...
semakin tinggi dan hebat tekanan pada batu,lama2 ia akan membentuk berlian...


itulah perancanganNya...
yang dinukilkan dalam surah At-Taariq untuk memberi penangguhan buat mereka yang cuba berbuat perancangan jahat...

formula yang tersembunyi dalam surah At-Taariq ini mudah...iaitu:
mereka buat,buat dan buat,
kita akan jadi,jadi dan jadi...


sang dajjal dan pengikutnya benar2 tidak tahu yang mereka sendiri adalah alat Tuhan untuk membentuk berlian2 berharga...
mereka mungkin terlupa kita adalah senjata terhebat ciptaan mereka...lebih hebat daripada nuklear kebanggaan mereka itu...

dalam strategi ini juga,Tuhan itu bakal menunjukkan kepada anda,bahawa,segala apa yang anda "baca" sebelum ini adalah benar,bukan satu cerita dongeng orang2 dahulukala...dan sungguh Al-Quran itu bukanlah satu cerita dongeng orang2 dahulukala... bukan sekadar cakap2 kosong tanpa titik...setiap bait kata2Nya dalam kitab suci adalah benar,anda mampu berkata semua itu benar bila anda sudah merasai sendiri melalui takdirNya...segala ayatNya sudah meresap menjadi darah dan daging anda...setiap darah yang mengalir,setiap nafas yang terhembus,setiap langkah yang terbentuk,semuanya menceritakan keesaanNya...

hayatilah keesaanNya di dalam setiap babak takdir anda...
redhakan ia kerana ia adalah tunjuk ajar dari Yang Maha Bijaksana...
redhakanlah takdir itu walau seburuk manapun ia, ...kerana semua itu datang dari kesilapan kita yang silam...datangnya ia sebagai satu penyucian buat kita,dan benar Allah telah memaafkan sebahagian besar dari dosa2 kita yang dahulu...


biarkanlah takdir itu datang dan pergi membawa kekeruhan dosa2 silam kita...


strategi ini benar sangat hebat bilamana anda merasainya sendiri dengan takdirNya nanti...insyaAllah...
berhubunglah dengan kami jika anda benar2 sudah merasai kehebatannya...ketahuilah anda bukan keseorangan dalam strategi ini...kerana...kita semua satu...



anda belajar daripada takdir anda,
saya juga sedang belajar...
mereka juga sedang belajar...

bila masanya hikmah itu datang,kita berkongsilah...
tapi jangan lupa,bacalah takdir itu dengan nama Tuhanmu Yang Maha Menciptakan...

selamat berjaya dari kami...


Thursday 27 October 2011

Bertafakurlah selayaknya seorang budak kecil...

Salam buat semua bloggers...


Tak kisahlah anda seorang pembaca blog, penulis blog, pengcopy paste blog atau siapa saja di luar sana. Apapun style penulisan, tujuan penulisan samada berbentuk diary oriented, hiburan, ilmiah, resipi, perniagaan, harus diakui kita semua berada dalam medan ledakan luahan rasa hidup, impian, idealogi masing-masing.

Di sini kami juga turut berenang dalam lautan blogs. Namun, apa beza semua ni?
Kita punya akal untuk menapis. Lebih baik jika kita cari dan punya ilmu, punya iman yang sentiasa merendah diri dan bersedia untuk diperbaiki lalu ledakan maklumat di internet, atau apa2 media pun, kita mampu menapis dengan baik.

Yang sebenarnya, ada terkesan dan tertinggal berbaki dalam diri kita.
Kami mengikuti karya blog Mistisfiles, penggalian Usul Melayu, Persamaan manusia, Pergerakan gelombang keadaan, Pemberitahuan tentang masa depan melalui wahyu, apa yang berlaku sekarang, apa langkah dan shield atau pelindung yang kita ada untuk menyelamatkan diri dalam hiruk pikuk aura gelombang persekitaran yang tak kelihatan tapi dirasai.

Di sini, kami ingin membuat penyatuan, pengharmonian dalam pertembungan karektor manusia, pendirian, idealogi, cara dan apa yang tersenarai. Kita perlu melihat gambaran yang jelas. Yang sebenar-benarnya. Mari kita susun batu-batu besar dalm balang bersama, di mana pasir dan batuan kecil pasti akan ada tempatnya nanti. Mari kita kukuhkan akar tujang yang tak akan tercabut walau badai besar datang.

Itulah dia Ilmu Tauhid. Yang mana kalau ditimbang langit, bumi dan seisinya pasti akan lebih berat kalimah La ilaha illallah..

Mohon doa dari yang lain. Biar gelombang doa yang terkumpul itu akan dibawa naik ke atas menjadi satu bola aura hebat yang tak terkalahkan. Demi menegakkan kebenaran dan keselamatan umat sejagat.

Sesungguhnya La ikraha fiddiin...Qadtabayyana Rusydu minal-Ghay...
Tiada paksaan dalam beragama. Telah Jelas kebenaran itu dari kepalsuan.
Maka bukalah mata hati kita.

D. Hada.

Yakinlah kita kuat...


Assalamualaikum wbt...


kadang2 kita akan rasa lemah...tapi tak mengapa kerana Tuhan itu ada...bila kita sedih,kita akan sebut nama Dia...sangat menenangkan...
dalam keadaan kita yang masing2 ada dugaan tersendiri...betul2 kita kena yakinkan diri kita yang kita kuat...
kita tak macam orang lain,sebab kita kuat...sesiapa yang perlukan Dia untuk kita kenalkan,kita akan cuba,insyaAllah...biarkan mereka berdiri atas bahu kita dan kita tahan untuk berada di bawah...kita kena tahan,sebab Tuhan anugerahkan kekuatan untuk kita...yang tidak Dia beri pada orang yang memijak kita untuk mengenaliNya...

kita kuat,ulang ayat tu banyak kali...kita kuat,kita memang kuat,dan kita kena kuat...kalau kita lemah,siapa lagi yang kita harapkan untuk kebenaran itu berpijak naik???
jadi kita kena kuat...kita kena tahan,supaya bila hikmah dugaan tu datang,kita akan dapat perkenalkan kepada manusia yang mencarinya di dalam kesenangan tapi tidak ketemu...

untuk perkenalkan Dia,kita kena kuat...
telan dugaan yang ada sampai hati kita pecah....pecah berderai supaya dapat hati baru yang lebih baik...terus pecah dan pecah sehingga sampai kepada suci...
menangislah jika itu satu keperluan untuk kita terus kuat...ingat,kita perlu kuat untuk Dia...perlu...jangan pernah harapkan orang lain,tapi pilihlah diri sendiri sebagai yang terkorban...biar sekalipun kita mati,kita perlu pegang panji tu jangan sampai jatuh...passing panji tu pada orang lain sebelum mati supaya kebenaran itu sentiasa wujud untuk menerangi alam dan seisinya...

Wednesday 26 October 2011

Buat semua 'bloggers' di alam maya...

salam buat semua,
semoganya sentiasa dalam rahmatNya...


pada mulanya saya agak berat untuk berkata2 tentang soal ini...kerana berasa lebih selesa jadi pemerhati jauh sahaja...sambil duduk berfikir dan bertafakur...tapi bila seputar saya lihatkan fenomena blog2 kini saya jadi benar2 serabut...semuanya benar2 buat saya rasa perlu bangun dan bercakap tentang ini...perlu untuk saya tarik dan kumpulkan kalian semua dalam satu...ruang komen yang diperuntukkan buat para bloggers adakalanya menambahkan perpecahan...semua pun jadi keliru dalam memilih tempat untuk berdiri...solat tidak akan dapat dimulakan jika kita semua belum benar2 berdiri dengan sempurna...

saya hormati anda semua,kerana kita satu...
saya punya sesuatu,anda punya sesuatu,mereka juga punya sesuatu...
kenapa tidak satukan semua kemampuan itu dan membentuk satu saf yang berdiri kerana syahadah...

pernahkah anda terfikir...
kenapa anda solat,kenapa mereka solat,kenapa saya solat???


tak lain dan tak bukan adalah kerana KITA SEMUA punya Tuhan yang sama,Rasulullah saw yang sama...yang terkandung padat dalam syahadah...


anda cerita A,mereka cerita B...izinkan saya bertanya,dimanakah titik kesatuannya???
sekalipun sejuta cerita kita persembahkan buat pembaca...semuanya hanya ada satu kesimpulan iaitu syahadah...tiada lain...

sekalipun sebuah cerita pembunuhan bersiri,sekalipun cerita kemusnahan alam semesta...sekalipun cerita perang saudara di sana sini,sekalipun cerita islamik yang mengasyikkan,sekalipun cerita puteri kayangan dan dewa dewi...sekalipun cerita paling hangat masa kini,sekalipun cerita artis sini situ sana sini...sekalipun cerita burung2 berkicauan...sekalipun cerita kesesakan jalan raya...sekalipun cerita pengembaraan ghaib ke langit tujuh anda persembahkan,

yakinlah...
semua punya satu kesimpulan,iaitu syahadah...




Monday 24 October 2011

Raja segala unsur ada di dalam hadis??? siri 1...




salam buat semua...
silakan membaca dan harap ada manfaatnya untuk anda semua...
siri ini boleh juga saya katakan agak panjang serta berkait dengan semua siri saya sebelum ini...


seperti yang saya telah katakan,akan saya simpulkan kelak semua siri saya dengan 2 kalimah syahadah...insyaAllah...


selamat membaca...

salinan hadis dicopy dari : http://unikorndragon.blogspot.com/2010/08/kehebatan-sedekah.html


KEKUATAN SEDEKAH
Diceritakan dalam sebuah hadist yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad, seperti berikut :
Tatkala Allah Ta ' ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumipun terdiam.
Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung ?"
Allah menjawab, " Ada , iaitu besi"
Para malaikat bertanya lagi "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi ?"
Allah yang Maha Suci menjawab, " Ada , iaitu api"
Para malaikat kembali bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api ?"
Allah yang Maha Agung menjawab, " Ada , iaitu air"

Para malaikatpun bertanya kembali "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?"
Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, " Ada , iaitu angin"
Akhirnya para malaikatpun bertanya lagi "Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua ?"
Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, " Ada , iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya ".
 



itulah sedeqah yang ikhlas...

sekarang mari kita mulakan kajian tentang hadis di atas...

saya akan cuba berkongsi ilmu dengan cara yang paling mudah untuk kita semua faham...silakan membaca...

(perhatian: penerangan di bawah adalah setakat yang saya ketahui dan saya meminta jasa baik anda untuk bertukar2 pendapat dengan saya dan bersama kita mengembangkan ilmu yang ada...insyaAllah..)


berdasarkan hadis di atas, ada terdapat 7 unsur yang disusun menurut kadar kekuatannya,iaitu...



  1. bumi
  2. gunung
  3. besi
  4. api
  5. air
  6. angin
  7. sedeqah yang ikhlas...
maka,kita dapat lihat...sedeqah yang ikhlas itu adalah unsur yang terhebat yang pernah Allah ciptakan...maka saya berpendapat tidaklah salah jika saya mengatakan bahawa sedeqah yang ikhlas itu mampu menggoncang bumi,melebur besi,memadam api,mengalahkan air dan menghentikan angin...setuju?

jika secara imbas kita fikirkan...macam ajaib pun ada...sebab apa?

takkan dengan sedeqah senyuman yang kita bagi kepada si masam mampu menghentikan angin???

fikir2kan betapa peliknya hadis ini...kita sebagai muslim sudah tentu2nya kena percaya dengan percakapan nabi saw...tapi apa logiknya hadis ni?

oleh itu, 
izinkan saya membawa anda untuk mengkagumi betapa hebatnya hadis nabi saw ini dengan satu pemikiran yang mudah dan logik dek akal...kerana Islam itu mudah dan akan kalahlah mereka yang memberat2kannya...

ok,

pernah tak anda semua terdengar bahawa badan kita ni terdiri daripada semua unsur yang disebutkan di atas?
kita adalah alam...ya...kita ini alam...diri kita adalah rajanya...setuju?

dengan pemikiran yang mudah...

kita semua mewarisi unsur tanah daripada Nabi Adam a.s....

kita punya unsur besi di dalam darah kita...(ops,sila kaji sendiri...saya tidak berkehendak bercerita panjang tentang ini,kerana tiada kepakaran dalam bidang tersebut,maaf ya)

kita juga punya api sendiri...haba...buktinya,anda akan terasa "kepanasannya" tatkala anda sedang marah...

dan kita ada air di dalam badan kita yang sentiasa mengalir mengikut angin kita pada waktu tu...setuju?

kita juga punya perasaan...atau sesetengah orang kata..."angin"..."angin aku tak berapa baikla harini", pernah terdengar ayat ni?

emmm...


kenapa saya katakan setengah???


kerana...sedeqah adalah satu cerita...dan...sedeqah yang ikhlas adalah satu cerita yang lain...setuju?


contoh mudah...


cerita 1-
Amirah belanja kawan baiknya sebungkus nasi lemak...tak lama lepas tu,mereka bergaduh...dan si Amirah tu mengungkit sebungkus nasi lemak yang dibelanjanya tadi...


cerita 2-
Amirah belanja kawan baiknya sebungkus nasi lemak...dan sampai kiamat,tidak pernah ia ungkitkan walaupun bila bergaduh,tak pernah pun dia ceritakan pada orang lain,mahupun terfikir2 akan kebaikannya itu...


sekarang,adakah anda nampak  perbezaan dan persamaan kedua cerita di atas...?


kedua2nya adalah perbuatan sedeqah...tapi cerita ke-2 ada special sikit...sebab menepati ayat "amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya"


bersambung...






gambar ni kata ; six,six,six...


saya kata,ops..nabi saw kata;  seven,seven,seven....

Friday 21 October 2011

Sang mawar hitam...

salam buat semua...


silakan membaca...


sebelum itu,ingin saya beritahu bahawa memang sengaja saya memberi tajuk sang mawar hitam dan mengaitkan dengan sufi kerana falsafahnya yang bagi saya sangat mendalam...jika diizinkan Tuhan kelak akan saya terangkan mengapa...

artikel ini saya copy paste dari sumber : http://jalansufi.com/Sirrul-Asrar/kerohanian-islam-dan-ahli-sufi

gambar  : http://www.fotocommunity.com/pc/pc/display/17991104








07. Kerohanian Islam dan ahli Sufi
Sufi adalah perkataan Arab - saf, yang bererti tulen. Alam batin sufi dipersucikan, menjadi tulen dan diterangi oleh cahaya makrifat, penyatuan dan keesaan.


Istilah sufi dikaitkan juga dengan bidang kerohanian mereka yang sentiasa berhubung dengan sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w yang dikenali sebagai ‘puak yang memakai baju bulu'.  Saf, pakaian bulu yang kasar menggambarkan keadaan mereka yang miskin lagi hina. Kehidupan dunia di dalam kesempatan. Mereka berjimat cermat di dalam makanan, minuman dan lain-lain. Dalam buku ‘al-Majm' ada dikatakan, "Apa yang terjadi kepada ahli suluk yang suci ialah pakaian dan kehidupan mereka sangat sederhana dan hina". 



Walaupun mereka kelihatan tidak menarik secara keduniaan tetapi hikmah kebijaksanaan (makrifat) mereka ternyata pada sifat mereka yang lemah lembut dan halus, yang menjadikan mereka menarik kepada sesiapa yang mengenali mereka. 

Mereka menjadi contoh kepada alam manusia. Mereka berpandukan ilmu Ilahi. Pada pandangan Tuhan mereka berada pada martabat pertama kemanusiaan. Dalam pandangan mereka yang mencari Tuhan puak sufi ini kelihatan cantik walaupun pada zahirnya buruk. Mereka mesti dikenali dan berupaya mengenali, dan mereka dengan mesti dengan cara itu iaitu satu dan semua, kerana mereka semua berada pada makam keesaan dan mesti nyata sebagai satu.

Dalam bahasa Arab perkataan tasawwuf, kerohanian Islam, terdiri daripada empat huruf - ‘ta', ‘sin', ‘wau' dan ‘pa' (t,s,w,f). Huruf pertama, t, bermaksud taubat. Ini adalah langkah pertama perlu diambil pada jalan ini. Ia adalah seolah-olah dua langkah, satu zahir dan satu batin. Taubat zahir dalam perkataan, perbuatan dan perasaan, menjaga kehidupan agar bebas daripada dosa dan kesalahan dan cenderung untuk berbuat kebaikan dan ketaatan; meninggalkan keingkaran dan penentangan, mencari kesejahteraan dan kedamaian. Taubat batin dilakukan oleh hati. Penyucian hati daripada hawa nafsu duniawi yang huru hara dan hati bulat berazam mahu mencapai alam ketuhanan. Taubat - mengawasi kesalahan dan meninggalkannya, menyedari kebenaran dan berjuang ke arahnya - membawa seseorang kepada langkah kedua.

Langkah kedua ialah keadaan aman dan sejahtera, safa. Huruf ‘s' adalah simbolnya. Dalam peringkat ini juga ada dua langkah perlu diambil. Pertama ialah ke arah kesucian di dalam hati dan kedua pula ke arah pusat hati. Hati yang tenang datang daripada hati yang bebas daripada kesusahan, keresahan yang disebabkan oleh masalah semua kebendaan ini, masalah makan, minum, tidur, perkataan yang sia-sia. Dunia ini seumpama tenaga tarikan bumi, menarik hati ke bawah, dan untuk membebaskan hati daripada masalah tersebut menyebabkan berlaku tekanan kepada hati. Di sana ada pula ikatan-ikatan - hawa nafsu dan kehendak, pemilikan, kasihkan keluarga dan anak-anak - yang mengikat hati seni kepada bumi dan menghalangnya terbang tinggi.

Cara membebaskan hati, bagi menyucikannya, adalah dengan mengingati Allah.

 



Pada permulaan ingatan ini berlaku secara luaran, dengan mengulangi nama-nama Tuhan, menyebutnya kuat-kuat sehingga kamu dan orang lain boleh mendengarnya. 

Apabila ingatan kepada-Nya sudah berterusan ingatan tersebut masuk ke dalam hati dan berlaku di dalam senyap


Allah berfirman:
"Sesungguhnya orang mukmin itu ialah mereka yang apabila disebut (nama) Allah, takutlah hati-hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat Allah menambahkan lagi keimanan mereka, dan kepada Tuhan merekalah mereka kembali". (Surah Anfaal, ayat 2).

Takutkan Allah dalam ayat tersebut bermaksud takut dan harap, hormat dan kasihkan Allah. Dengan ingatan dan ucapan nama-nama Allah hati menjadi jaga dari ketiduran dan kelalaian, menjadi suci bersih dan bersinar. Kemudian bentuk dan rupa dari alam ghaib menyata di dalam hati. Nabi s.a.w bersabda, "Ahli ilmu zahir mendatangi dan menerkam sesuatu dengan akal fikirannya sementara ahli ilmu batin sibuk membersihkan dan menggilap hati mereka".

Kesejahteraan pada pusat rahsia bagi hati diperolehi dengan membersihkan hati daripada segala sesuatu dan menyediakannya untuk menerima Zat Allah semata-mata yang memenuhi ruang hati apabila hati sudah diperindahkan dengan kecintaan Allah. Alat pembersihannya ialah berterusan mengingati dan menyebut di dalam hati, dengan lidah rahsia akan kalimah tauhid "La ilaha illa Llah". Bila hati dan pusat hati berada dalam suasana tenang dan damai maka peringkat kedua yang disimbolkan sebagai huruf ‘s' selesai.

Huruf ketiga ‘w' bermaksud wilayah, suasana kesucian dan keaslian pencinta-pencinta Allah dan sahabat-sahabat-Nya. Keadaan ini bergantung kepada kesucian batin. Allah menggambarkan sahabat-sahabat-Nya dengan firman-Nya:
"Ketahuilah, sesungguhnya pembantu-pembantu Allah tidak ada ketakutan atas mereka dan tidak mereka berdukacita. Bagi merekalah kegembiraan di penghidupan dunia dan akhirat...". (Surah Yunus, ayat 62 - 64).

Seseorang yang di dalam kesucian menyedari sepenuhnya tentang Allah, mencintai-Nya fan berhubungan dengan-Nya. Hasilnya dia diperelokkan dengan peribadi, akhlak dan perangai yang terbaik. Ini merupakan hadiah suci yang dikurniakan kepada mereka. 

Nabi s.a.w bersabda, 

"Perhatikanlah akhlak yang mulia dan berbuatlah sesuai dengannya". Dalam peringkat ini orang yang di dalam kesedaran tersebut meninggalkan sifat-sifat keduniaannya yang sementara dan kelihatanlah dia diliputi oleh sifat-sifat Ilahi yang suci. Dalam hadis 

Qudsi Allah berfirman:
"Bila Aku kasihkan hamba-Ku, Aku menjadi pendengarannya, penglihatannya, percakapannya, pemegangnya dan perjalanannya".

Keluarkan segala-galanya dari hati kamu dan biarkan Allah sahaja yang berada di sana.
"Dan katakanlah telah datang kebenaran dan telah lenyap kepalsuan kerana sesungguhnya kepalsuan itu akan lenyap".

Bila kebenaran telah datang dan kepalsuan telah lenyap maka selesailah peringkat wilayah.

Huruf keempat ‘f' bermakna fana, lenyap diri sendiri ke dalam ketiadaan. Diri yang palsu akan hancur dan hilang apabila sifat-sifat yang suci memasuki seseorang, dan apabila sifat-sifat serta keperibadian yang banyak menghalang tempatnya akan diganti oleh satu sahaja sifat keesaan.

Dalam kenyataan hakikat sentiasa hadir. Ia tidak hilang dan tidak juga berkurangan. Apa yang berlaku adalah orang yang beriman menyedari dan menjadi satu dengan yang menciptakannya. Dalam suasana berada dengan-Nya orang yang beriman memperolehi kurniaan-Nya; manusia yang sementara menemui kewujudan yang sebenar dengan menyedari rahsia abadi.
"Semua akan binasa kecuali Wajah-Nya". (Surah Qasas, ayat 88).

Cara untuk menyedari hakikat ini ialah melalui anugerah-Nya, dengan kehendak-Nya. Bila kamu berbuat kebaikan semata-mata kerana-Nya dan bersesuaian dengan kehendak-Nya kamu akan menjadi hampir dengan hakikat-Nya, Zat-Nya. Kemudian semua akan lenyap kecuali Yang Esa yang meredai dan yang Dia diredai, bersatu. Perbuatan baik adalah ibu yang melahirkan bayi kebenaran; kehidupan dalam kesedaran bagi manusia yang sebenar-benarnya.
"Perkataan yang baik dan perbuatan yang baik naik kepada Allah". (Surah Fatir, ayat 10).
Jika seseorang berbuat sesuatu dan jika kewujudannya bukan untuk Allah sahaja maka dia mengadakan sekutu bagi Allah, dia meletakkan yang lain pada tempat Allah - dosa yang tidak diampunkan yang akan memusnahkannya, lambat atau cepat. Tetapi bila diri dan kepentingan diri fana seseorang itu mencapai peringkat bersatu dengan Allah. Allah menggambarkan makam tersebut:
"Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (adalah) dalam kebun-kebun dan (dekat) sungai-sungai. Di tempat duduk kebenaran, di sisi Raja Agung yang sangat berkuasa". (Surah Qamar, ayat 54 & 55).

Tempat itu ialah tempat bagi hakikat yang penting, hakikat kepada hakikat-hakikat, tempat penyatuan dan keesaan. Ia adalah tempat yang disediakan untuk nabi-nabi, untuk mereka yang dikasihi oleh Allah, untuk para sahabat-Nya. Allah beserta orang-orang yang benar. Bila kewujudan bersatu dengan wujud yang abadi ia tidak boleh dipandang sebagai kewujudan yang terpisah. Bila semua ikatan keduniaan ditanggalkan dan seseorang itu dalam suasana kesatuan dengan Allah, dengan kebenaran (hakikat) Ilahi, dia menerima kesucian yang abadi, tidak akan tercemar lagi, dan masuk ke dalam golongan:
"Mereka itu ahli syurga yang kekal di dalamnya". (Surah A'raaf, ayat 42).

Mereka adalah:
"Orang-orang yang beriman dan beramal salih". (Surah A'raaf, ayat 42).

Bagaimanapun:
"Kami tidak memberatkan satu diri melainkan sekadar kuasanya". (Surah A'raaf, ayat 42).
Tetapi seseorang memerlukan kesabaran yang kuat:
"Dan Allah beserta orang yang sabar". (Surah Anfaal, ayat 66)




Thursday 20 October 2011

budi bahasa,apa rahsia disebaliknya?~~~siri 1


salam buat semua...
kali ini saya akan bawakan anda semua tentang rahsia di sebalik budi dan bahasa...yang mana adakalanya ia jarang ditekankan oleh sesetengah pengkaji warisan melayu...dan nantinya juga,insyaAllah akan saya kaitkan ia dengan kajian saya yang lain...






Melayu itu tinggi ladunninya
firasatnya tiada siapa mampu percaya
kerana jauh melangkaui masa
gerak hatinya sukar diterjemah
hanya yang ahli dapat membaca

Melayu itu misteri untuk difahami
kerana mulanya bukan baru
hadirnya saja membawa persoalan

perjalanan yang jauh dahulukala
terlalu mematangkan jiwa Melayu itu
yang kemudiannya diwariskan dan dihias 
zaman berzaman

sehinggalah ke satu masa
warisnya kabur melihat diri sendiri
harta kekayaan yang diwarisi telah disembunyikan
telah dikaburkan kewujudannya
ada yang sangka ianya tanah pusaka
ada yang sangka ianya emas berharga
ada yang sangka ianya perhiasan segala

tetapi yang sebenarnya
ia adalah budi dan bahasa

andai Melayu hilang emasnya
andai Melayu hilang tanahnya
andai Melayu hilang kaya buminya
Melayu itu tetap hidup...


kerana adanya budi dan bahasa
harta pusaka tinggalan ayahanda Ibrahim dan bonda Keturah









Allah berfirman: "Sesungguhnya Ibrahim itu benar-benar seorang yang penyantun lagi penghiba dan suka kembali kepada Allah" (Huud: 75)







sebelum saya pergi lebih jauh tentang rahsia dan keajaiban budi dan bahasa,

ada baiknya kita layan 2 videoklip ni...

ada kata kunci di sebalik 2 lagu ni yang berkait dengan budi dan bahasa...serta kaitannya dengan orang Melayu...apapun,layannn....



Saturday 15 October 2011

Kalaulah aku dapat...

Kalau aku dapat dipertontonkan sejarahnya Melayu itu,
pasti penuh penderitaan dan kesedihan yang dipendam-pendam...
entah bila akan terluah...
mungkin sehingga takdirnya Tuhan itu sampai...

Tetapi,
di bumi ini Melayu lena tidurnya...
didodoi dan dinyanyikan lagu damai...
seolah tiada dunia selain di bumi ini...
di bumi bertuah ini...

Di sini...
tiada yang mengganggu tidur sang naga...
biarkan dia terus terlena...
bilakah saatnya akan terjaga...
hanyalah Tuhan yang Tahu...

Masa berehat dari perjalanan yang panjang
telah lama tamat...
masa mengindang-ngindang padi
telah lama mati...
dan
yang tinggal hanyalah masanya memulakan tarian semula...
bersama gendang genderang yang menggerunkan...

Sang penarinya
hanyalah yang paling mampu
mengikut rentak dan irama
bersama gerak tari yang indah
memukau segenap makhluk yang menyaksikan
dan meraikan
kebangkitan semangat...
yang disebut Melayu itu...
insyaAllah...

Oh,tetamuku...at-taariq!





Tetamu malam mendatangiku...
Aku lalu terhibur dan gembira...
tersenyum kerana dia sudi mengunjungiku..
Biarpun malam telah larut...

Aku katakan padanya..
Kerana takdir kita bertemu...
kerana kasihNya kita berjumpa...

dan...
tetamu itu...
mengajakku kesana...
katanya..."Tinggalkan segala...dan ikutilah aku!..."
"mari segera dan turutilah jalanku...akan aku letakkan kau 
ditempat yang sepatutnya pabila siang menjelang nanti..."

aku katakan padanya...
"tunggu! akan aku turutimu pabila siang menjelma..."
"tidak! harus sekarang!" jawabnya...
"siang tidak akan muncul sebelum malam belum kau jalani sepenuhnya..."
"turutilah aku,akan aku tunjukkan kau cara yang sebenar menangani sang malam...
semoganya nanti kau akan mampu tersenyum menjemput siang.."




Oh,tetamuku..at-taariq!
  

sebahagian daripada petikan surah At-taariq 

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang



  • Demi langit dan yang datang pada malam hari, (QS. 86:1)

  • tahukah kamu apa yang datang pada malam hari itu? (QS. 86:2)

  • (yaitu) bintang yang cahayanya menembus, (QS. 86:3)

  • tidak ada suatu jiwapun (diri) melainkan ada penjaganya. (QS. 86:4)

  • Dalam satu perjuangan...




    Menanti satu panggilan...
    Diri celaru begitu juga dengan fikiran...
    Mencari cara menjawab seruan...
    Sebagai satu kepastian...
    bahawa diri tetap di dalam barisan...
    yang paling terkehadapan,
    dalam satu perjuangan..
    memperjuangkan sebuah kalimah warisan...

    Tuesday 11 October 2011

    Oh Tuhan,tolong lindungilah ia...lirik2 best,siri 4...


    Teratai

    Artist: Sweet Charity








        Oh teratai bunga indah
    Engkaulah pujaan hatiku
    Telah lama aku rindukan
    Wahai teratai bunga indah...


    Sungguh cantik paras wajahmu
    Sinar matamu bagaikan suria pagi
    Setiap insan selalu terpikat
    Memandangmu teratai bunga indah...


    Ku tak menyangka wahai teratai ku sayang
    Badai taufan datang menghembus dirimu
    Engkaupun terkulai dan merunduklah
    Layu tak berseri lagi...


    Oh tuhan tolong lindungilah dia
    Agarku dapat bersamanya lagi
    Ku inginkan teratai ku sayang
    Berseri seperti semula...

    Mari kita lihat beberapa pendapat tentang teratai...


    http://asalusulorangmelayu.wordpress.com/2010/06/13/bunga-teratai-melayu/ Bunga Teratai (Nymphaea famili Nymphaeaceae) sering dikelirukan dengan bunga Seroja.Seroja memiliki tangkai bunga tegak dan bunganya tidak mengapung di permukaan air, sebagaimana pada teratai.Pada zaman dulu, orang memang sering mencampuradukkan antara tanaman ‘genus Nelumbo’ seperti seroja dengan ‘genus Nymphaea’ (teratai). Pada bunga jenis Nelumbo, bunga terdapat di atas permukaan air (tidak mengapung), kelopak berwarna merah (teratai berwarna putih hingga kuning), daun berbentuk lingkaran penuh dan rimpangnya biasa digunakan.Jika Seroja amat rapat dalam menerangkan pencerahan dan kebijaksanaan dalam agama Buddha,apabila umat Melayu menerima Islam,bunga Teratai menjadi ganti menerangkan falsafah yang kompleks.



    Bunga Teratai menjadi perlambangan kepada ajaran Islam dan konsep ketuhanan sebagaimana kajian seorang pengkaji, Abdullah Bin Mohemed (lahir 1931) tentang konsep bunga Teratai di Alam Melayu:

    Bagi tingkat ketuhanan tangkai adalah adalah lambang Zat Allah yang kuat berpegang kepada sekuntum bunga. Zat Allah yang dimaksudkan ialah Zat Allah yang berada pada “Tingkat al-Ahadiyah”. Bila terjadi perdampaan di antara dua sifat Jamal dan Jalal maka lahirlah seketul “kudup” bunga teratai, Ketika ini tangkai itu menjadi ghaib dan wujudnya bersama kudup.

    Kudup adalah melambangkan “Hakikat Muhammadiyah” yang mula-mula lahir dalam alam hakikat, sebelum lahirnya hakikat-hakikat segala sesuatu. Sebagaimana pada diri Hakikat Muhammdiyah terhimpun hakikat-hakikat segala sesuatu, begitu juga pada kudup yang kuncup itu terhimpun segala kelopak, stamen, rahim bunga, stigma dan lain-lain.Selepas segala kelopak berkembang, segala stamen terbuka dan segala-galanya wujud beberapa banyak, menjadi sekuntum bunga yang berkembang. Bunga yang berkembang dari hakikat-hakikat segala sesuatu yang terkeluar dari diri Hakikat Muhammadiyah.

    Bagi lambang kejadian alam dalam tingkat kealaman, menurut Abdullah, zat Tuhan kepada tangkai adalah sifat alam kejadian, apabila berlakunya kejadian maka lahirlah kudup bunga teratai. Ketika itu tangkai akan ghaib dan wujud bersama kudup. Kudup adalah melambangkan manusia atau alam kecil yang mula kelahiran sebelum lahirnya alam besar. Bagi tingkat kealaman ini Kudup bunga adalah sebagi lambang ‘Nur Muhammad’. Sementara sekuntum bunga teratai yang berkembang adalah sebagai lambang alam besar. Setiap kelopak bunga itu adalah melambangkan tiap-tiap peribadi makhluk.

    Abdullah juga dalam kajian falsafah Teratai menyatakan bahawa bunga teratai adalah lambang kejadian alam dan lambang bentuknya adalah suatu amalan tradisi yang lama dalam masyarakat Melayu. Penggunaan motif atau bunga teratai digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi. Menurut beliau sejak zaman raja Ahmad bentuk bunga teratai digunakan dalam upacara tradisi dan mempunyai makna-makna tertentu.



    mungkin berkaitan...


    sumber: http://ar-ar.facebook.com/note.php?note_id=199762963371801



    Bunga telah lama menjadi tradisi bangsa Melayu.Amalan menabur bunga di perkuburan bukanlah ikut-ikutan budaya orang lain malah ini adalah budaya Melayu kuno zaman-berzaman.Amalan mandi bunga juga adalah salah satu rahsia perubatan orang Melayu lama sebelum terapi bunga-bungaan ditemui oleh orang Barat.Mandi Bunga memang merupakan ritual orang Melayu tradisonal yang mempunyai unsur-unsur yang sudah bercampur-aduk antara kepercayaan Dinamisme, Hinduisme dan ‘Popular Islam’. Dinamisme ialah kepercayaan adanya ‘tenaga tak berperibadi’ dalam diri manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, benda-benda hidup, perkataan yang diucap atau ditulis, tanda-tanda yang dirakamkan dan sebagainya.Dalam bidang antropologi, tenaga ini juga biasa disebut sebagai ‘mana’, dengan meminjam istilah rumpun suku Polynesia. Ia dikenali sebagai ‘sahala’ oleh orang Batak dan ‘kesakten’ oleh orang Jawa.

    Di kalangan orang Melayu tradisional, ‘mana’ dikenali sebagai ‘semangat’ seperti yang difahami oleh mereka dalam insiden ‘lemah semangat’, ‘kus semangat’ dan sebagainya. ‘Mana’ bagi golongan tertentu mempunyai gelaran yang khusus. ‘Mana’ bagi raja-raja dikenali sebagai ‘daulat’ dan ‘tulah’. Sedangkan ‘mana’ bagi para ahli agama baik golongan pawang dan dukun pada zaman Dinamisme, sami dan pendita pada zaman Hinduisme-Buddhisme, mahupun alim-ulama’ pada zaman Islam, dipanggil sebagai ‘berkat’ dan ‘keramat’.

    sila baca artikel penuh di blog Mistisfiles : Alter terahsia bangsa melayu V

    bersambung...
    insyaAllah saya akan berkongsi pendapat tentang kaitan seroja dan esa pada artikel yang lain...
    apapun,silakan berhibur dengan video teratai dari sweet charity...layannn....


    lirik2 best,siri 3...


    Kekal
    Spider

    Tidak percaya
    Dan pernah aku menduga
    Kasih terpisah
    Dalam sekelip mata
    Turunlah kamu! Sebahagian kamu menjadi musuh bagi yang lain, dan bagi kamu ada tempat kediaman di bumi, dan kesenangan hidup sampai waktu yang ditentukan. (Al-Baqarah 2:36)
    Sukar untuk dimengerti
    Berat untuk difahami
    Mengapa mawarku berduri

    "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. " (QS Al-Ankabut:2-3).
    Kau pelangi mengiringi gerimisku
    Kau.. kau di dalam hatiku
    Kau dalam ingatan
    Kau sebagai kasihku
    Kekal sepanjang zaman
    Kira kau dan aku
    Satu hari nanti
    Akan bersatu
    Biar terbakar jiwa di perjalanan
    Aku bersumpah
    pulang ke pangkuan
    “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan dari sulbi (tulang belakang) anak cucu Adam keturunan mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap ruh mereka (dengan berfirman kepada mereka): ‘Bukankah Aku ini Tuhanmu?’. Mereka menjawab: ‘Betul, (Engkaulah Tuhan kami), kami bersaksi’. (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan; ‘Sesungguhnya Kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini’”. (al-A’raf: 172)

    Kau cahaya menyinari duniaku
    Kau kekal di dalam hatiku
    Kau dalam ingatan
    Kau sebagai kasihku
    Kekal sepanjang zaman
    Kira kau dan aku
    Satu hari nanti
    Akan bersatu
    "Wahai jiwa yang tenang . Kembalilah kepada Tuhanmu dengan rasa puas, dengan segala nikmat yang diberikan, lagi diredhaiNya. Masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu. Masuklah ke syurgaKu...."