hud-seroja-esa-budi bahasa-akhlak-ikhlas-raja segala unsur-imam mahdi-panji hitam-bani tamim-sirah

puzzles

hud-seroja-esa-budi bahasa-akhlak-ikhlas-raja segala unsur-imam mahdi-panji hitam-bani tamim-sirah nabi saw dan pengulangannya di akhir zaman-rahsia no 1 dan 9-kaitan imam mahdi dan helang-misteri tabut dan persoalan2 berkaitannya-melayu dan kekuatannya-nabi Nuh as-Raja Ahmad-teori relatif-penciptaan manusia-rahsia bismillah-philosophy of lotus in buddhism-mawar sbg lambang kesufian-matrix dari kacamata sufi-nursyahadah-teknologi pembangkitan memori dari al Quran-Rasulullah saw sbg manusia fitrah-nurunnur-formula sabar-formula ikhlas-makna,puji dan taat-lirik2 best-riba' dan kaitannya dgn dajjal-riba' sebagai penghapus ikhlas-titik kebangkitan akhir zaman,strategi kebangkitan~~~~~~

Friday 11 May 2012

Misteri firasat~~~semangat yang hilang...






Salam sejahtera buat semua pembaca,semoga semuanya gembira dan ceria2 belaka...post kali ni kita akan bincangkan tentang firasat, mata ketiga, deria keenam, ilmu ladunni,atau sebutan mudahnya mata hati...kita cuba bincangkan dengan lebih dalam tentang ini dan sama2 kita kongsikan pengetahuan dan pengalaman buat tatapan dan rujukan para pencari diluar sana...ok?

Seperti biasa,saya akan berikan anda beberapa persoalan yang berkaitan sebagai satu panduan dan permulaan kepada perbincangan kita...
  •  Mengapa bila kita bakal menerima berita buruk,hati kita seolah berdebar2,semacamnya kita tahu apa yang bakal terjadi nanti?atau orang tua2 kata ‘tak sedap hati’...apa penerangannya?
  • Kenapa kita mampu mengenal tingkah manusia hanya dengan melihat wajahnya?penilaian apakah yang kita sedang gunakan?adakah ini boleh dikira sebagai pandangan mata hati?
  •  Sejauh manakah kebenaran ilmu firasat ini?siapakah yang layak dan berhak keatas ilmu ini?ya,ini adalah pemberian tuhan,tetapi bukankah tindakan bersebab itu tanda bijaksana?maka,apakah ciri2 manusia yang memiliki ilmu sebegini?
  •  Adakah ilmu ini dapat dipelajari atau ia sememangnya bakat terpendam yang ada di dalam diri kita dan menunggu untuk kita gilapkan?
  • Dengar kata orang melayu hebat berfirasat...apakah buktinya?masih wujudkah ilmu itu pada generasi sekarang?
  •  Ilmu ini ada diterangkan di dalam al Quran,iaitu kisah diantara Nabi Musa as dan Khidir,apakah yang tersirat didalam kisah ini?
  • Kenapa terlalu banyak ayat di dalam Quran yang menggesa kita mengingat peristiwa lama?apa makna tersirat?
  • Adakah ilmu ini sekadar pemberian dari tuhan,atau ia boleh diterangkan mengikut logik akal? Jika ia boleh difikirkan dengan akal,mungkinkah ilmu ini boleh menjadi satu teknologi yang bisa dikomersialkan?Jika boleh dikomersialkan dan disebarkan pada semua orang melayu, mungkinkah ini diantara pemangkin kegemilangan orang melayu semula?
  • Orang melayu dulu penuh dengan sakti,adakah sakti ini suatu ujian buat nenek moyang kita,atau mungkin ada sebab kenapa sakti ini diberikan pada kita?
  •  Daulat,apa yang dimaksudkan dengan daulat?apa kaitannya dengan perbincangan kita kali ini?
  • Apakah kaitan ilmu ladunni dengan abracadabra?bole sesiapa cuba rungkaikan misterinya?
  •  Ada yang berkata ilmu ini bisa membawa kita menerokai masa lepas,masa sekarang dan masa hadapan...persoalannya,bagaimanakah rupa bentuk masa jika ia mampu diterokai?adakah masa akan sentiasa bergerak kehadapan,atau masa adalah abadi dan kita mampu bergerak kehadapan atau kebelakang jika kena pada caranya,atau mungkin saja kita dan mereka dimasa lepas wujud di dalam bumi yang sama,masa yang sama  tetapi pada dimensi yang berbeza? Pernyataan yang manakah benar?atau ketiga2 benar,atau ketiga2 salah dan ada penjelasan yang lebih jelas tentang ini?ada sesiapa mampu terangkan?


Mungkin ada diantara anda yang tergelak membaca semua persoalan yang telah saya kemukakan,dan mungkin ada saja yang berkata ini semua mengarut...


tetapi salahkah kita berfikir sejenak dan cuba keluar dari kotak pemikiran manusia biasa?dan...siapa tahu,mungkin persoalan2 ini bakal membuka satu lagi alter terahsia anda???

Berfikirlah...kerana dengan berfikir kita mampu menghilangkan kebosanan hidup...itu sahaja dari saya buat masa ini...berjumpa diruangan komen!


kepada semua pembaca,saya link kan lagu malam dan suatu masa dari M.Nasir...keduanya membawa makna yang sangat mendalam...apapun layannnn...


"bagaimanakan kumula...
dan apakah kata2 yang indah untuk diabadikan...
tiap wajah berkisah...
tiap madah bererti manakah ilhamku..."-Suatu Masa,M.Nasir-





ps: 
bagi sesiapa yang masih berminat meneruskan perbincangan tentang kepercayaan dan menjawab soalan2 orang lama di dalam blog ini,silakan...perbincangan masih dibuka...

45 comments:

Nurun Nur 9111 said...

pengumuman kat semua,blog mistisfiles da dibuka balik,jom tengok!

Anonymous said...

yeke blog mistisfiles da bley bukak?
alhamdulillah... yea2.. he2..
=)

AbdElHmyd said...

Salam.

Awak ni mmg suka lagu2 M. Nasir ek?
Same le kite.
Lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Jamal Abdillah, Damasutra & Ekamatra pun best gak.

Hehehe...

Bergetar bila dengar lagu-lagu diorang, kan?

Siapa yang karuniakan ilham tu?
Haaa.. Jawabbb.. Jawabb...

('',)



Hm, ilmu firasat/laduni/matahati atau apa-apa saja namanya.

Pada pendapat saya, setiap insan di dunia ni, tidak kira apa bangsa & agama, ada bakat yg terpendam.

Cuma perlu di'switch-on'kan je.

Kalau dah di'switched-on'kan, barulah mereka tahu, faham & rasa siapa itu Zat Setunggal Alam, Yang Maha Berkuasaaa...

Kalau nak mohon dikurniakan dengan ilmu sedemikian, seolah-olah kita mengenepikan Dia kerana seperti kita lebih mengetahui bahawa ilmu itulah yang terbaik untuk kita.

Sedangkan Dia Yang Maha Mengetahui.

Bagi saya, doa seperti ini merupakan doa yang masih ada kehendak-diri-sendiri & bernafsu. Aku mahu itu, aku mahu ini!

Bagi pendapat peribadi saya, cukuplah sekadar berdoa apa-apa yang terbaik untuk diri sendiri.

Apa yang terbaik untuk diri ni, saya sendiri pun tidak tahu. Serah kembali kepadaNya. Terima saja segala karuniaanNya, & bersyukur.

Hm, ok...

Kita wajib bersyukur kerana dizahirkan dalam jasad Malayu+Islam ni.

Bak kata pepatah, 'Sudah gaharu, cendanalah pula. Sudah Malayu, Islamlah pula'. Bersyukur, kan?

Hm, secara tak langsung, 'rasa keberdekatan' tu dah ada dah. Cuma perlu di'switch-on' je.



Orang-orang Malayu dahulukala memang sakti. Kerana mereka yaqin yang Haqqul Yaqin dengan Dia. Mereka sudah me'rasa'. Bukan sekadar mendengar perkhabaran/Ilmul Yaqqin mengenai Dia. Mereka kenal lagilah cinta.

Sebab itu 'barang diminta, barang menjadi'. Mulut masin, bak kata orang.

Untung mereka kerana hidup dizaman yang kurang kerosakan/kelalaian. Batin & Zahir mereka masih terpelihara.

Sekarang ni, bangun tidur je, dah terdedah dengan hal-hal yang merosakkan/melalaikan Batin & Zahir. Kiri, kanan, atas, bawah, depan, belakang, semua melekakan kita dengan Dia.

Sigh... Dok kat hutan belantara/gua lagi best. Dapat dekat dengan alam & Penciptanya.



Kalau nak berbincang dengan lebih mendalam, dinasihatkan di ruang yang lebih sesuai.

Dikhuatiri hal-hal seperti ni akan diperlekehkan & dituduh sesat.

Almaklumlahhh..
Tiada ijazah, tiada tauliah.
Semuanya nak Arab belaka.
Macamlah Malayu ni tiada apa!
Huhh...

Hm, kalau tiada guru, berGurulah dengan Dia. Dan bersabarlah.

Mudah-mudahan Dia datang berlari & peluk-peluk KesayanganNya.

Nurun Nur 9111 said...

salam,
ek eh...saudara A.Hmyd da bersuarala...lama tak dgr cerita?hehe...pekaba saudara?

aah,sy minat lagu2 m.nasir...1st lagu yg saya minat ialah nama blog ni,hehe...

aahla,ilmu ni dtg dpd mana ek?hehe...yg bertanya tentulah lebih handal berbanding yg ditanya...

doa?alahai...setiap manusia sentiasa berada dalam permintaan...cukup sekadar teringin...itu sudah dikira sbg permintaan...kita manusia biasa,xlari dari meminta walaupun tanpa menadah tangan kelangit...

adakala mmg rasa tertekan didunia skrg,tapi mesti ada sebabnya kan?jadi relakan jela,janji dia puas,ye tak?

sakti?aduhai...sakti berbagai sakti...sakti tertinggi itulah kasih dan sayang...tanpa dia aku tiada...tanpa aku dia sepi...

cerita pasal mulut masin,mcm ada kaitan dgn kun fayakun ek?

sesat?aku kata mereka sesat,mereka kata aku sesat...maka,apakah makna sesat?jika aku kata hakikat itu segala,mereka kata makrifat itu segala...ada juga yang kata syariat itu segala pula...aduhai...ukur baju di badan sendiri,aku punya jalanku,kamu punya jalanmu,mereka juga punya jalan mereka sendiri...kenapa gunakan sebab ini utk berpecah?kita semua kawan...


-Annur

Kurosaki said...

firasat, saye suke topik ni. tapi ntah lah, susah nak dijelaskan dengan kata2, hanya dapat merasa :)

sang wulan purnama

Anonymous said...

Assalamualaikum,

`Sigh... Dok kat hutan belantara/gua lagi best. Dapat dekat dengan alam & Penciptanya.'

Aduhai... bagaikan pungguk rindukan bulan... bahagia nya ya bagi mereka yang merasa dan tetap merasa..

Nurrun Nur,

Saya tak anggap coretan atau soalan-soalan di atas sebagai sesuatu yang lucu.

Saya pasti ada diluar sana yang sedia maklum bahawa ia sesuatu yang memang dipunyai oleh sebilangan orang. Yang tak saya pasti samaada ianya bakat terpendam di dalam semua orang atau hanya yang diberi oleh allah kepada orang tertentu kerana kasih dan rahmatnya, dengan keizinannya jua.

Saya pernah berpeluang berjumpa dengan orang -orang yang mempunyai bakat firasat ini. Nak di katakan setiap orang dapat 'level' yang sama pun tidak. Ada yang seperti Nurrun Nur, tulis, dapat mengetahui perwatakan orang melalui pandangan, ada yang boleh menengok jauh kehadapan (seolah olah menyaksikan perlawanan bola dan lebih dahulu tahu dimana bola itu akan bergolek), ada juga yang boleh membaca niat hati orang (lain ungkapan di mulut, lain pula lah bisik dihati), ada juga yang boleh merasakan getaran-getaran dari orang lain, ada jua yang boleh meramalkan apa yang akan terjadi, semuanya dengan keizinannya Yang Esa jua.

Bagi Abd Eihmyd,

Tulisan-tulisan Abd Eihmyd, membayangkan bahawa Abd Eihmyd ini seorang yang banyak ilmu nya.. saya ada persoalan... Saya selalu dengar ungkapan ini `kalau nak mencari ilmu, maka bergurulah..'

Tulisan Abd Eihmyd `Hm, kalau tiada guru, berGurulah dengan Dia. Dan bersabarlah.'

Boleh Abd Eihmyd rungkaikan lagi, boleh kah begitu, tak akan tersesat ke??

Harap pencerahan..

Assalamualaikum. terima kasih.

Nurun Nur 9111 said...

Setiap orang punya jalannya sendiri. Bila kita melalui liku jalanan kita sendiri,setiap apa yang kita pandang di dalam kehidupan bergantung kepada sejarah hidup kita. Dan konflik diri berlaku apabila pendapat dan pandangan kita berbeza dengan manusia lain. Dan, secara psikologinya , kita pasti menegakkan ego dan pendapat kita jika ianya berbeza dengan manusia lain.
“Aku kata aku betul, kau kata kau betul, mereka kata mereka betul”
Lalu,dimanakah akhirnya hubungan sesama manusia ini?
Ya...Berpecah...
Kecuali...
Ada sifat hormat menghormati,faham memahami,dan sayang menyayangi serta saling bertolak ansur...
Ini adalah nilai kemanusiaan yang paling asas untuk bermasyarakat...jika nilai ini runtuh,maka runtuhlah masyarakat itu sedikit demi sedikit...
Apa musuh kepada kehidupan bermasyarakat?
Iaitulah hasad dengki,dendam,benci,prasangka,dan ego...
Inilah penyakit hati di dalam kehidupan bermasyarakat...virus yang memakan hati setiap unit masyarakat dan memecah belahkan mereka dari dalam...Negara yang hebat ekonominya,gah teknologinya,cantik pemandangannya...pasti...pasti akan hancur jika penyakit ini semakin merebak ke dalam hati setiap masyarakatnya...Dan...inilah penyakit kita wahai semua umat melayu...Kita pernah membina negara kota yang hebat dan megah dipersada dunia,kita pernah menjajah dunia dan menjadi raja kepada umat manusia,kita pernah menjadi satu umat yang ditakuti dan dicemburui kerana ketamadunan kita,kita dahulu adalah bangsa yang hebat...tetapi...kita pernah hancur...kerana apa?ya, kerana penyakit hati ini...kemegahan,kemewahan,kesenangan telah menghancurleburkan kesucian hati golongan pentadbir istana, maka cukupla ini sebagai penyebab terbesar hancurnya kegemilangan dan kedamaian nusantara dahulunya...kerana segala urusan negara terletak dibahu pihak pemerintah,dan rakyat adalah pengikut setia golongan atasan...walaupun rakyat lebih ramai bilangannya,tetapi golongan atasan lebih berkuasa menentukan landskap sesebuah negara itu.Cukupla sejarah pahit ini buat kita,cukupla dengan penyakit hati ini semua,cukupla kita semua pewaris nusantara menanggung beban siksa diatas segala kesilapan terdahulunya...hentikanlah segala kezaliman dunia ini....dan semuanya bermula dari kita...perubahan negara bermula dari kita...perubahan dunia bermula dari kita...

Nurun Nur 9111 said...

Alangkah indah jika semua umat manusia berkasih sayang...sakti inilah yang hilang pada umat melayu...tanpa sakti kasih sayang,tidak akan wujud sakti2 yang lain...manusia mampu diikat antara satu sama lain,dengan sakti kasih dan sayang...permulaan kasih sayang lelaki dan perempuan,wujud pula kasih sayang suami dan isteri,berterusan kepada kasih sayang ibu dan anak,ayah dan anak...terwujud pula kasih sayang antara adik beradik...kasih sayang sesama jiran,kasih sayang sesama manusia lain,kasih sayang sesama pemerintah dan rakyat,kasih sayang sesama umat manusia di dalam dunia...inilah ikatan kita sesama manusia...semuanya digabungkan dengan sakti kasih sayang...inilah apa yang kita semua selalu mohonkan di dalam basmalah... dalam begitu banyak sifat tuhan,sifat inilah yang paling sakti...mulanya kita dengan kasih,perginya kita nanti kerana kasih juga...Saktinya lelaki ada pada perempuan,kekuatan seseorang perempuan adalah pada seorang lelaki...inilah permulaan manusia...apa yang kita semua sebut sebagai tuhan yang maha pencipta,bermula dari kisah logik inilah...inilah bukti nyata bahawa tuhan itu pencipta manusia...inilah fakta penemu diantara realiti dan khayalan...“sakti beribu sakti,hanya satu yang sejati dan abadi,itulah kasih dan sayang...”
“Laskar cinta,ajarkanlah ilmu tentang cinta,kerana cinta adalah hakikat,dan jalan yang terang bagi semua umat manusia...” -Dewa 19,Laskar Cinta-“Wahai manusia,apa yang kau cari di dalam dunia ini jika telah kau buangkan sakti ini di dalam dirimu...percayalah...kau takkan temui ketenangan selagi sakti ini tidak kau semai di dalam hatimu...”Bukanlah asal nama cinta itu setakat cinta lelaki dan perempuan sahaja,bahkan lebih dari itu...itulah cinta sesama umat manusia...kerana sakti inilah,rasul dan nabi sangat mencemburui setiap askar2 cinta...barangsiapa punya sakti ini,dialah yang mampu hidup di syurga abadi...sebuah negara cinta umat melayu,namanya itulah kayangan...indahnya dalam bayangan,manisnya dalam khayalan,nyatanya dalam perasaan... Kasih dan sayang,sakti sebenar umat melayu...temukanlah sakti ini dahulu,nescaya sakti lain akan berlari mengejar...cukupla setiap puisi,pantun,gurindam dan lagu2 dendangan melayu menerangkan bahawa melayu adalah umat yang pengasih dan penyayang...pemegang sakti agung didunia... tanpa sakti ini dalam hati,semua amal kita adalah sia-sia dan paling layak terhapus jika tiba masanya nafas kita yang terakhir...
Dan
Cukupla ini menjawab kenapa...
kenapa yang mampu masuk kesyurga abadi adalah manusia suci...

Nurun Nur 9111 said...

salam sejahtera buat semua,annur pepagi ni rasa nak jadi mak nenek,jadi korang layankan jela ek...haha...apela kan si annur sewel ni,da tulis pepanjang pastu baru bg salam,adoi...perangai mcm shin chan...

-Annur-

Anonymous said...

pada firasat hamba... hmmm..

nazra said...

salam semua mgkn firasat ni suatu 'alert' bukti kewujudan dia kot...setiap manusia diberi tnpa mengira siapa pun..cuma kita 'aware' tak dgn isyarat tu... Trlalu komplek tp simple jika kaji ttg diri ni...ini just andaian jer,jika ada kwn2 dpt share knowledge..tq sesgt....

Nurun Nur 9111 said...

pada firasat hamba...ya?teruskan...teringin benar hamba mendengarnya...pasti menarik...bunyi suspen je...jgn marah ye,saja annur bertanya...sbb ayat tu mcm tak cukup sifatnya,hehe

saudari nazra,apa khbr,sihat ke?"alert" bukti kewujudan dia...kewujudan dia memerlukan alert ke,xfahamla...dia mcm chips more ke,kejap ada kejap takda...percaya ada,tak percaya takda?saya pun rasa mcm tu,setiap manusia dikurnia benda ni,cuma peka atau tidak,tapi jika peka sekalipun,jika namanya takdir,bukankah ia tetap akan terjadi?mungkin saudari nazra dapat jawab soalan saya...?maaf,annur suka bertanya...takda maksud papapun...

saudara sang wulan purnama,sedap nama ni...aahla kan...firasat ni mcm tak nyata,cuma boleh dirasa je...slalu yg dapat adalah orang yg ada hubungan rapat,contoh mak ngan anak...orang dulu2 suka tgok keadaan sekeliling,segala benda nyata yg ada,ditafsir lalu membentuk ilmu firasat...tapi bila smpai pada zaman skrang dikatanya khurafat...mestikah segala yg misteri itu khurafat dan sesat?saya tak rasa gitu...kita tak kaji,sebab tu kita kata gitu...takda angin takkan pokok bergoyang,tak banyak sikit pun kadang2 ada benarnya...cuma tak bole obses sgt je rasanya...

-Annur-

Nurun Nur 9111 said...

kadang saya rasa ilmu firasat ni mcm ilmu tafsiran...maklumat yg ada dalam minda dicampur dengan pengalaman lepas,beberapa bisikan halus dari dalam diri,maka lahirlah apa yg kita sebut sbg firasat...kadang kita diberitahu,kadang kita tahu dan yakin,kadang kita ragu2 sbb maklumat dalam minda dan hati bersimpang siur,jika ilmu firasat sekadar ini,maka apa yg misterinya?pasti ia boleh dirungkai...kadang2 kita suka memandai pun kita rasa itu firasat...pelik sbnrnya firasat ni...jiwa2 yg terhubung mcm jalinan saraf2,jika 1 sakit,yg lain pasti terasa sakit juga...mungkin ini yg saudari nazra kata sbg 'alert'?

-Annur-

Nurun Nur 9111 said...

maaf berceloteh lagi,hamba pelayar rasa...kadng sy rasa ilmu nafas orang lama blog ni ajar byk gunanya...nafas...kita sedut udara luar...angin yg kita sedut itu mungkinkah bertindak sbg penyampai berita org jauh?kalau gitu,ilmu nafas ni boleh bantu dalam berfirasatla ek?harap2 saudara purba ada terbaca soalan sy ni,dapatla kiranya beliau menjawab...itupun jika sudi...

Anonymous said...

Assalamualaikum,

ni dok cakap pasal firasat n nafas nafas ni...

sudilah sekiranya ada yang boleh tolong kongsikan.. nasihatkan apa apa lagi yang perlu tentang mimpi melihat ular kuning keemasan... ini mimpi albino ke??

Saya maklum, kita tak leh nak percaya sangat mimpi-mimpi nih.. cuma kadang kala roh kita berjalan kan atau merewang masa kita tido...

Lagipun, saya kadang kala dengan keizinan Allah yang maha Esa jua, `di beri peluang' melihat makhluk-makhluk halus dalam erti wajah mereka sebenarnya - ada jua semasa mimpi..

jadi pada firasat tuan hamba yang lain...bagaimana yeh... tak cukup amalan ke nih... kena up kan lagi effort kot... tak leh nak fikir pasai kerja je n deadline sok mo... dah slack lah nih yek..

konfus -

miss laila~ said...

salam sejahtera saudara,
mimpi ye,setahu saya yg jahil ni mimpi ular maksudnya nafsu kita tu yg sama dgn perangai ular tu yg dtg mengejar kita...ada yg kata kalau kita mimpi terus2an,kena selak2 diri,pastu tunggu smpai mimpi kita bunuh ular yg sama,baru masalah tu selesai...tp namanya nafsu,selagi belum mati kita ni pun,manala dia nak asing,kecuali kita cuma bole tundukkan...pendapat saja ya...

Anonymous said...

Ha! Ha! Ha!! terimakasih mis laila,

nanti saya selak2 kan...

Salam ceria

Assalamualaikum

miss laila~ said...

waalaikumsalam.merewang tu bukanke maksud lain?rasanya sepatutnya menerawang...hehe

Nurun Nur 9111 said...

Ini pada pendapat saya la.
Topik ni sungguh halus dan ada kecenderungan untuk salah. Ahli sufi juga banyak berkisar tentang perkara ini.

Ini pendapat dan juga minat saya. Semalam baru tengok cerita Back to the Future. Garis masa fikiran normal adalah bergerak secara linear dan ke depan. Tapi bagi saya masa juga adalah Matrix. Maka kita boleh berada di luar dan di dalam matrix. JIWA, RUH, JASAD, HATI, NAFSU, AKAL.

Saya ada membaca, dan memang sesungguhnya pengetahuan tentang Ruh itu sangatla sedikit. Namun dari hasil bacaan dan fikiran saya, (ps: no full authority on this) RUH dan JIWA adalah berbeza. Ruh ialah lapisan yang paling dalam dan memiliki sifat ketuhanan dan berkecenderungan memilih dan mengarah kepada yang baik-baik. Dan ruh juga adalah daripada Allah. Jiwa pula berkecenderungan untuk salah dan Jiwa yang memiliki kebebasan membuat keputusan dan jiwa yang akan dipertimbangkan nanti bukan ruh. Bila kita tidur, ruh kita dipegang Allah dan jiwa itulah yang berkeliaran. Kadang-kadang rasa macam dah bangun tapi tak boleh bangun, kenapa? sebab Ruh tidak melekatkan jiwa dan jasad.

Berkenaan dengan Taqdir, atau sesuatu yang tertulis, ia berada dalam garismasa di mana peristiwa ini telah ditulis kemas oleh PENA. JIkamana jiwa kita mendapat tahu perkara yang akan datang dengan pengetahuan yang benar, boleh jadi Allah memberi suatu kebolehan aneh yang membolehkan jiwa kita bergerak keluar mengembara ke matrix yang lain ataupun berjalan dengan kelajuan yang tidak normal di atas garis masa lalu melihat peristiwa seperti Nabi Khidir.

Namun, ini sangat halus. Memang berkecenderungan untuk silap. Lagi-lagi kalau kita tak tahu membezakan suara hati. Apatah lagi kalau memandai-mandai.

(Please don't try this at home huhu)

Apapun, bagi saya kefahaman tentang ini adalah untuk saya lebih mengerti dan memahami. Dan setakat ini semua ilmu belum final buat saya dan ia boleh bila-bila masa membatalkan hipotesis yang dulu jika ia tidak valid.

D.Hada

Nurun Nur 9111 said...

ko tu mmg nak bang kakaknya aje.
Tak kata pun tak boleh. Cuma berhati-hati.

Memang ia ada kecenderungan untuk salah pun kan? Cuma yang ahli dan diberi petunjuk sahaja. Yang lain ada banyak keje sket.

Dhada.

Nurun Nur 9111 said...

salam semua,dhada,mmg ilmu ni ada kecenderungan utk salah,tapi jika takut mengkaji kerana kecenderungan salah,sampai bila kita nak maju kan?bagi sayala kan,ilmu firasat ni selain gerak hati,ia juga boleh dipelajari...sbb sy ada kenal org yg mcm ni,ajar saya mcmana cara nak kenal orang...cara nak tafsir keadaan sekeliling,cara nak tafsir apa yg bakal terjadi,cara nak tgok apa tindakan seterusnya seseorang...cara nak tafsir manusia...benda ni mmg boleh dipelajari,kerana setiap apa yg berlaku pasti pernah berlaku,kerana sejarah pasti ada patennya yg boleh dikaji dan dipelajari,kadang2 ilmu firasat ni pun ilmu psiko jugak...ini sekadar pengalaman sy saja...saya takda banyak ilmu,cuma ada sedikit pengalaman tuhan bagi...

dan cara nak blaja semua ni ialah -diam dan melihat
-peka dan bijak
-pandai membaca petunjuk sekeliling
-bertenang
-yakin dgn petunjuk diberi...

kerana setiap apa yg berlaku pasti ada sebab,bukan sesaja benda tu terjadi...

-Annur-

Nurun Nur 9111 said...

Hari tu bila bercakap tentan petunjuk annur suruh dhada berhati-hati. rasanya kalau bermain dengan firasat lagi perlu double hati-hati kot.

cuma tak dapat dinafikan ada sesetengah gerakhati mmg sangat kuat, terutama antara ibu dan anak.

Apapun, ia ada banyak kategori. Bukan semuanya sama.

Dhada

Nurun Nur 9111 said...

haha,benda firasat ni mmg pelik dan klakar pada masa tu,tapi bila ia terjadi,baru orang akan percaya,jika sekali,kita rasa dia tipu,dua kali kita tau itu kebetulan,tiga kali kita rasa tak mungkinla,kuasa tuhan...bila da berkali2 dan hampir setiap kali menjadi pulak firasatnya...benda ni bukan memain...manusia selalu akan bertindak dengan psikologi yang biasa seorang manusia itu sendiri...saya ambil contoh,anda lapar,anda mesti akan cari makanan,anda ngantuk,anda mesti cari cara nak tdo...ini psikologi biasa...tapi bukan semua manusia terperangkap dengan psikologi biasa seorang manusia...orang2 mcm ni 'unpredictable'...sukar dijangka tindakan seterusnya...inilah yang dimiliki oleh orang2 pilihan,yang mempunyai hati yang suci,gerak hati yang benar,dan selalu mengikut gerak hati kerana dia yakin itu petunjuk dari tuhan...

-Annur-

Nurun Nur 9111 said...

kalau kita tak kaji dan tau setting sesuatu perkara,dengan mudah kita akan tafsir sesuatu itu magic,ajaib,padahal setiap yang berlaku pasti ada cara...cube tgok orang buat magic,bila tgok semua org kata wahhh...tapi sebenarnya ahli silap mata cuma putar sana belit sini je...kita je yang xtau...firasat pun gni jugak kadang2,ia boleh dipelajari...setiap yg berlaku ada settingnya yg tersendiri...dapat tau rahsia setting,kita akan menang dalam setiap peristiwa...saya ni pun masih blaja...kadang2 kalah dengan peristiwa...sori celoteh panjang2,mesti korang bosan kan.hehe..

-Annur-

Anonymous said...

salam sejahtera semua,

bila aku berjalan melihat dunia,perasaan bertukar2 mengikut situasi didepan mata,masalah dihati,tetapi bila rasa sayup datang,aku terfikir...melihat manusia saling menyalahkan antara satu sama lain aku sedih...aku terduduk sambil bertanya kenapa begini...aku tak layak berkata ttg sesiapapun sbnrnya,aku hanya layak berkata ttg diriku kerana aku menjadi salah satu penyebab kerosakan dunia biarpun tanpa aku sedari...aku mengikuti sistem yang telah pun aku muktamadkan ia salah..salah siapa lagi untuk aku cari jika bukan salahku sendiri?segala situasi yang aku tahu dan benar2 tahu adalah situasi diriku sendiri,maka aku layak mengadili diriku sendiri...tidaklah aku layak menghukum setiap pesalah dunia dengan kata2ku dan kutukanku kerana aku tiada di dalam kehidupan mereka...aku benar2 tidak tahu apa yang mereka alami,apa tekanan disekeliling mereka pun aku tidak tahu...jika aku mencerca mereka ternyata yang paling tercerca adalah diriku sendiri...jika tuhan letakkan aku di dalam keadaan mereka yang aku cerca dan hina,aku juga pasti aku akan lakukan perkara yang sama,lakonan yang sama,skrip yang sama...kerana semuanya telah tertulis...kita cuma pelakon yang ditugaskan memahami mengapa semua ini terjadi dengan gerak dan langkah yang diarahkan...tugas aku cumalah aku mahu persembahkan hati yang sangat sejahtera kepadaNya...selagi itu belum tertunai,aku hanyalah salah seorang perosak di dunia ini...

Anonymous said...

aku berada disini,disalah satu sudut dunia,aku pandang sekeliling,aku salahkan semua,kereta yang lalu lalang,manusia yang berjalan,burung yang berkicauan,aku salahkan ibu ayahku..

aku terbang keatas lagi...

aku mula salahkan guru2ku,salahkan pemimpin tempatku,aku salahkan manusia2 perosak...

aku terbang ke atas lagi untuk melihat...

aku salahkan negaraku,aku salahkan penjajahku,aku salahkan para pemimpin politik,aku salahkan semua orang dalam negara aku sendiri,mereka yang sebangsa denganku menjadi mangsa cacianku...

aku sayup sekali lagi,aku cuba terbang lebih tinggi...

oh,rupanya yang salah ialah bush sana,obama sini,militan sana,polis2 dunia,semua persatuan2 rahsia yg punya rancangan jahat...semua yang punya rancangan besar yg keji aku telah persalahkan dengan segala kemarahanku...

bila aku letih menyalahkan...aku terbang lagi...keatas dan terus keatas...

oh,tuhan itu salah,dialah penyebab semua ini terjadi,confirm!

aku terbang lagi dengan keletihan dalam caci maki yang bodoh...

ya...semua ini salahku...akulah pesalah sebenar yang asik memandang sana memandang sini dan menyalahkan semuanya...tanpa aku sedari akulah salah satu penyebab semua ini terjadi...

inilah ceritanya aku dan dunia...

Anonymous said...

Yes, it is easy to find fault or criticise. It is another to be part of a solution...

Do we have what it takes?? are we willing to go the extra mile, make sacrifices??? Can we be strong enough to take the criticism thrown at us when we make our own mistakes during our journey... R we willing to take a back seat and not go for it for personal glory or wordly rewards.. but for only and nothing else ... kerana Allah Ta'ala.

maaf ya admin.. dah terlari plak dah dari topik firasat nih..

he..he.. saja nak masuk bakul skali..

yeah!!

Assalamualaikum...

Nurun Nur 9111 said...

W'salam,

ewah,hepy nampak,siap yeah! lagi...jeles pulak i...anon2 semua,apa yg anda semua tuliskan,tak lari pun dari tajuk ni...firasat luas skopnya...jadi jgn risau,merepek je papa kat cni,admin blog ni mesti layan punyer...don worry,cewah,terer pulak aku skiping miping ni...

-Annur-

Anonymous said...

Assalamualaikum Annur,

Yes, hepy sangat semalam, sebab nampak wajah orang tua ni at the petrol station... sedih, hiba tengok (jika dibandingkan dengan diri sendiri)... bibirnya mengukir senyuman, tampak puas, tenang dan cukup bahagia,..matanya turut bersenyum walaupun kebendaan tak seberapa... kalaulah saya boleh dapat kebahagiaan yang nampak di raut wajahnya.. alangkah indahnya... ini mesti senyuman yang tercetus dari hati yang hanya penuh dengan ingatan-ingatan kepada Dia yang Haq.

Bersemangat kembali rasanya untuk menambahkan ibadah yang lama tertinggal, ...berharap sangat dapat merasai kebahagiaan itu..insyaalah, moga-moga kita semua dapat..

Nurun Nur 9111 said...

wsalam saudara,bagusla gitu,mmg susah nak terangkan mcmana kebahagiaan sejati ni...kebendaan jika dicari terlalu,sgt meletihkan malah menyakitkan.ada orang cari kaya dengan niat dapat bahagia,tapi bila kaya raya,baru sedar bahagia bukan disitu.dimana2 saja kita bole bahagia walaupun kita duduk ditempat yg tak sepatutnya.asal hati suci dari hasad dengki,dendam,benci,dan mcm2 penyakit hati...bgusla tenang gni suasana,sy tak suka dunia yg serabut gaduh sana gaduh sini semata2 nak tegakkan ego...berkawan gni kan best...anggap jela admin blog ni mcm kawan2 korang semua,tak perlu formal sgt...kami terbuka utk sesiapapun...nak borak ke,nak cerita papa ke,terpulang...kadang ilmu yg terbentang bukan dipeduli pun,yg penting getaran setiap percakapan yg terluah...

-Annur-

Nurun Nur 9111 said...

kita semua adalah manusia2 yang hilang ingatan...siapa kita?sebelum ini kita dimana?apa yg kita minat,apa yang kita suka,apa yang kita lakukan..itulah diri kita...aduhai...kita semua hilang ingatan kenapa wujud kita dalam memori...memori lama seolah ada di dalam diri...dejavu lagi dan lagi...kita suka itu..pernahkah kita tanya kenapa?kenapa kita suka perkara itu?kenapa kita selesa dengan sesuatu?pernahkah kita bertanya dengan diri kita sendiri dengan jujur..pernahkah dulu kita disini juga?dibumi yg sama juga?aduhai...masihkah ku ingat...asal usul diriku sendiri...teknologi pembangkitan memori,siapa pencetusnya?
aku lahir bukan dalam kosong...aku lahir sebagai manusia yang hilang ingatan...ketika dilahirkan,bukan kosong memori kita..bukan...semua memori cuma menanti untuk dibangkitkan...sedikit demi sedikit...semua manusia ungu adalah manusia hilang ingatan...jiwa mereka jiwa lama...memori mereka tidur dalam lena...mereka lihat dunia seolah pernah berpijak disini disatu masa dahulu...cumanya kenapa...ya...bangunan berubah...dunia berubah...hutan hijau diganti dengan hutan batu...aduhai,kenapa dunia sebegini rupanya...

-Annur-

Anonymous said...

;D

Seolah-olah jasad kita berada di dalam alam yang sama dengan dunia sekarang ini, tapi sebenarnya our perception/diri kita di dalam terowong lutsinar kita sendiri...

dunia...permainan wayang di depan mata kita sendiri

you are not alone

Nurun Nur 9111 said...

dalam nyata,kita melihat permainan manusia,dalam mimpi kita melihat permainan kita sendiri...pelik kan?

yes,we are not alone...hopefully...

-Annur-

Nurun Nur 9111 said...

cuba teliti lirik ini,dan selami maksud tersiratnya...nmpak mcm biasa,kisah cinta...tapi ada kaitannya dgn perbincangan kita...kalau ada sesiapa dapat selesaikan puzzle ni,saya blanje gula2..:)

"Masihkah kau ingat
Pada waktu itu sekuntum bunga mekar
Kuselit ke rambutmu

Masihkah kau ingat
Ia menjadi mimpi dan menjadi rindu
Masihkah kau ingat..."

-Annur-

Anonymous said...

"I can hear the sounds of violins
Long before it begins"

Nurun Nur 9111 said...

salam,sy masih mencari siapa gerangan yg dapat buka misteri ayat2 yg saya katakan,itu lirik lagu kopratasa,tetapi jika diamati,dalam maknanya...melibatkn penerokaan minda jauh membatasi masa yang kita sedia fahami sekarang...tetapi saya takkan buka sebarang,saya akan beri pada yang meminta...tapi nampaknya,kita semua masih suka disuap mulutnya...aduhai bangsaku melayu...aduhai...sedih rasa hati...

-Annur-

Anonymous said...

Dear Annur,

Saya pasti ada yang faham, tapi munkin tak pasti berapa banyak yang nak di kongsi...

Tak semua kecuali yang telah melaluinya akan mengerti... memahami atau percaya

Di zaman sains ini, dimana kita di ajar berfikir dan berhujah berlandaskan 'proof' and 'facts'

What do we say?? I saw.... when it is now the year of 2012?

Adakah keupayaan ini satu tanggungjawab yang diberi oleh Illahi?

Jika ia, apa kah itu?? Adakah kita berupaya untuk memilih bila kita ingin kembara...

Maka, saya masih mencari..dan binggung...

Anonymous said...

salam sdr,annur skarang bz,jika segala urusan dia selesai,dia akan jelaskan jika kamu mahu tahu...sama2 kita harap dia cepat pulih dari kegilaannya itu...

DHada

kngenta said...

wow.. i never thought you could be this crazy~

bahana kalau ilmu tanpa berguru
jadi gila

mukhaz90 said...

bahagia dulu kini menjadi kenangan yang diigaukan..

lacasabiru said...

Rajalawakdewasa.blogspot.com

Anonymous said...

salam.. hi Annur.. nak tnye ade ke teknologi pembangkitan memori dari al-quran. kalo bole di share..

Magical of landscape said...

Salam pengarang,
ilmu firasat lebih tepat lg ilmu laduni yang diberi terus oleh Allah perlu ada mursyid yang memimpin....mursyid adalah org2 tuhan yang boleh mengupas secara detai mengenai ilmu ini ............akhir zaman ..ilmu ini adalah ilmu yang mampu ditakuti oleh musuh orang islam....

Magical of landscape said...

Salam pengarang,
ilmu firasat lebih tepat lg ilmu laduni yang diberi terus oleh Allah perlu ada mursyid yang memimpin....mursyid adalah org2 tuhan yang boleh mengupas secara detai mengenai ilmu ini ............akhir zaman ..ilmu ini adalah ilmu yang mampu ditakuti oleh musuh orang islam....

Magical of landscape said...

Salam pengarang,
ilmu firasat lebih tepat lg ilmu laduni yang diberi terus oleh Allah perlu ada mursyid yang memimpin....mursyid adalah org2 tuhan yang boleh mengupas secara detai mengenai ilmu ini ............akhir zaman ..ilmu ini adalah ilmu yang mampu ditakuti oleh musuh orang islam....