hud-seroja-esa-budi bahasa-akhlak-ikhlas-raja segala unsur-imam mahdi-panji hitam-bani tamim-sirah

puzzles

hud-seroja-esa-budi bahasa-akhlak-ikhlas-raja segala unsur-imam mahdi-panji hitam-bani tamim-sirah nabi saw dan pengulangannya di akhir zaman-rahsia no 1 dan 9-kaitan imam mahdi dan helang-misteri tabut dan persoalan2 berkaitannya-melayu dan kekuatannya-nabi Nuh as-Raja Ahmad-teori relatif-penciptaan manusia-rahsia bismillah-philosophy of lotus in buddhism-mawar sbg lambang kesufian-matrix dari kacamata sufi-nursyahadah-teknologi pembangkitan memori dari al Quran-Rasulullah saw sbg manusia fitrah-nurunnur-formula sabar-formula ikhlas-makna,puji dan taat-lirik2 best-riba' dan kaitannya dgn dajjal-riba' sebagai penghapus ikhlas-titik kebangkitan akhir zaman,strategi kebangkitan~~~~~~

Thursday 24 May 2012

Aduhai dunia...makin hari makin gila aku jadinya!


"aku cuma manusia biasa,aku lahir dalam fitrah cahaya,menaik tinggi ke tingkat usia,aku cuma mahu gembira,tapi lama nanti hidup aku jalani aku sedar rupanya itu cuma ilusi saja,fikiran budak yang suci dari kotoran dunia,maka aku lalui hidup seadanya mengikut arus masyarakat yang biasa,aku lihat hidup dewasa penuh kotoran yang dibungkus senyuman keji dan nista,aku lalu duduk terfikir inikah dunia,kenapa terasa asing sekali dari jiwa yang aku jaga dari kecil usia,tidakku faham kenapa dewasa suka berdengki dan musnahkan sesama mereka,apa maunya,tegakkan kebenaran katanya,aku jadi pening sendiri fikirkan kisah fana,kenapa fitrah suci cahaya manusia jadi terusik dengan ini semua,jika sudah terusik kenapa tidak dibersihkan saja,kenapa lalu jalan yang tinggi padahal semua hanya di depan mata menunggu setiap masa?mencari tuhan untuk disembah dalam liuk lentok harian dunia,padahal semuanya cuma permainan si dia,mencari pemilik kunci kuning debu yang berkilau memukau dalam gelap cincin suria,untuk dianugerah hidup abadi kerana dia,aduhai manusia,kenapa ditutup pintu yang luas dan sibuk lalu dipintu sempit yang penuh tipu daya,aduhai...mengeluh aku lagi rupanya setelah berletihan melalui dunia dan kesibukannya,melalui dunia dan putaran gilanya...aduhai dunia... "

dunia dan lakonannya...
dunia dan tipu dayanya...
dunia dan permainannya...
dunia dan arus gilanya...
dunia dan kebodohannya...
dunia dan penghuni sesatnya...
aduhai dunia...

tetapi...................

permainan mesti diteruskan demi mencari yang sejati...mencari jiwa yang abadi...dan menyeksa jiwa si keji...

sekali lagi gambar itu mengeluh...riang dalam duka,lawak dalam kata,sembunyi perasaan dalam ketawa...

aduhai dunia....

mari semua,aku beri kamu satu permainan mudah...

ingat!hanya 1...nescaya kamu selamat... 


lama dahulu....
disatu sudut dunia ini,
berkata-kata seorang manusia ilusi...
yang mengajak kamu ke alam fantasinya...
dengarkan suara hatinya...



kamu serius aku takut,aku serius kamu takut...hahaha...bila si gila berbicara,semua lari jerit2...katanya cari yang itu,bila aku beri kamu lari sana sini...manusia2...kamu sedih setiap hari...aku tunjukkan jalan mudah untuk gembira begini,kamu masih pening2 mencari...aku beri kamu sejuta lakonan,kerana aku suka lihat kamu dalam kebodohan mencari aku digunung misteri yang tinggi...takkan aku biarkan si bodoh keji menghidu nikmat wangianku ini...kerana aku ini rahsia...bukan kamu tak tahu...takkan kamu jumpa kalau mata kamu melilau kesana kemari...si bodoh yang namanya manusia...ah ha...


"aku mencari teman yang bisa menghiburku digunung yang tinggi,disana sejuk dan dingin adalah selimut tebal diriku yang panas sehari-hari..."


"hai manusia,kamu semua ingat 1 perkara...
kalau tidak kerana kasihan,takkan aku turun kesini...
kamu selalu melihat...kamu lihat aku atau kamu lihat bayangku?


aku lihat kamu,kamu lihat aku,samakah kita?


jangan kamu terpedaya dengan rupaku kerana aku boleh menjelma kepada apapun demi menguji kamu...


ketahuilah...


aku sayangkan kamu...jangan kamu tanya kenapa...percayalah...sesungguhnya inilah ayat yang selalu terucap dari hatiku pabila aku ingatkan kamu...simpan segala kataku ini bila rindu datang menemui kamu,wahai manusia...benar aku sayangkan semua,tapi aku paling sayangkan kamu wahai manusia...kamu selalu ada bersamaku..."



 



         "telah aku taburkan sejuta pecahan kata misteri,cantumkan jika kamu manusia bererti..."                  

632 comments:

1 – 200 of 632   Newer›   Newest»
Nurun Nur 9111 said...

aku mahu kukuhkan langkahku!

DH

Nurun Nur 9111 said...

aku bulatkan dan jegilkan mataku...

lagi dan lagi..

aku jerit padanya sekuat hati...

jangan ganggu dan rosakkan mood aku hari-hari...

aku benci kau... tapi aku akan bertahan... terus... berada di sisi.

biar mata terbelalak...
biar aku memekak sampai kau rimas...

kerana kau ajarku jadi begini tanpa kau sedar.

mengajar aku jadi kasar..
menangis sampai kejang urat..
kecewa sampai tiada rasa...

akan aku kejar apa mahuku..
maafkan aku..

DHada

Nurun Nur 9111 said...

ANnur kau di dalam duniamu...

begitu juga aku...

mari kita sama-sama jadi gila..

Dhada

Anonymous said...

Melangkah didunia ini perlu dikukuhkan ilmu
Ilmu perlu dituntut..
Dituntut melalui guru yang betul...
Agar langkah tidak sumbang...

Peace..

Nurun Nur 9111 said...

aku sembunyi dalam kata,mencari mereka yang rahsia,untuk diberi kunci segala,malangnya mereka berdiam saja,lalu aku disini tetap dalam sedih mengenangkan kamu semua,yang masih diikat tali buatan kamu jua...aduhai manusia...aduhai dunia...

-Annur-

Anonymous said...

Melangkah didunia ini perlu dikukuhkan dengan ilmu
Ilmu perlu dituntut..
Dituntut melalui guru yang betul...
Agar langkah tidak sumbang...

Peace..

Anonymous said...

salam... =) curi2 baca yer... boleh kan? he2.. =)

Nurun Nur 9111 said...

wslm,alahai,kesian...sorok2 watpe...kitorang tak makan orangla..haha

-Annur-

Nurun Nur 9111 said...

salam,kepada pembaca setia blog ni,cuba teliti dan amati v/klip ulek mayang yg saya da link kan...fahami dan amati betul2,kena pada masanya nnt,sy akan cuba buka misterinya dari pandangan sy sendiri...khas untuk anda semua...peace...

-Annur-

Anonymous said...

Mr Peace,

macam mana nak cari guru yang betul??

ada firasat juga yang memberitahu ke???

peace to all ...

Nurun Nur 9111 said...

sorang mr peace,sorang mr peace to all,bagus2...haha

ps:itule,len kali letak nama,baru sng org panggil...hehe

-Annur-

Nurun Nur 9111 said...

Malam dan sunyinya,mengingatkan aku pada pencipta kasih,sejuk tenang membuai jiwa yang dalam kerinduan,menghirup manisnya berada dalam dakapan sang pencipta mimpi,raja sebuah ilusi yang menarikku rebah dipelukan kasihnya,mengucupku ramah sebagai kekasih yang setia,memujaku walaupun tiada aku selalu direalitinya,cintanya padaku ibarat malam yang menyelimuti panas siang,pabila aku letih menjadi siang yang terang,dia gelapkan aku dalam kelam malamnya,membuatku tertidur lena dalam mimpi dakapan rindu...aduhai kekasih,aku rela dalam cintamu...ciptakan beribu lagi mimpi supaya aku dapat melepaskan penat lelahku menjalani haru biru hidup ini...jemputku selalu dalam mimpi yang menjadi pengubat luka duniaku...aduhai kekasih...

Nurun Nur 9111 said...

siapa pulak yg karang puisi jiwang karat neh...ni mesti keje dhada,dhada mana ada org nak dgr puisi karut dizmn millenium ni,lgpun ini blog org normal,amek gula2 ni,pi men jauh2...ini puisi org mabuk cinta...gila!

-Annur-

nazra sophia said...

salam,sumpah jadi keramat kata menjadi azimat...akan brtemu diruang firasat...yang haq akan mendapat si batil jgn brmimpi sangat...atas kertas itu panduan bkn hanya satu ikutan...jgn tiru jd kn pedoman krn pegalaman suatu bisa insaf kan manusia yg penuh dgn khilafan...jadi boneka buat tontonan untk sesiapa dpt membedakan dimana tulen dimana kepalsuan...ibarat si pelawak menyiksa badan demi si bangang untk hiburan...ketawa sakan memerhatikan pelawak cuba menghiburkan walau tanpa kerelaan...terbahak laa si penonton..ingt diri terasa untung tak seperti sang pelakon...menangis sendirian tanpa disanjung...sang penonton gembira,sang pelawak brduka...seraya brtanya...'bukan ku mau begini sudahnya jd tontonan smua manusia,pernahkah mereka brsuara..bagaimana aku ditempat mereka??

Nurun Nur 9111 said...

salam sejahtera semua,
hai nazra...suke sgt dgr ayat kamu...tq dear...

-Annur-

Jaya Negara said...

Lama aku tidak kesini... aku baru pulang dari perjalanan yang panjang.

Jasad ku telah kubawa kemasjid Nabawi.
Solat sunat di situ. Aku ada kerja untuk dilaksanakan.... tapi aku gagal.

kerna apa? Kerana aku terlalu sayangkan anak dan isteriku.

Aku pulang tanpa mengunjungi Kaabah

Nurun Nur 9111 said...

salam saudara,errr...lama tidak kesini???ini kawan lama kita ke dhada???mr.abu tak???

yeyeh...apa khabar?

ps:lama tak dgr khabar,kitorang kat sini,slalu sebut2 nama...:)

-Annur-

Jaya Negara said...

Ya saya kamu memang kenal saya. Susah sekarang ni nak perkenalkan diri sebab ada orang yg kerjanya memusnahkan Facebook dan blog yg tidak mereka gemari. Mereka ni ada gaji kot.

Semua tulisan saya di tapak-tapak hampir dibuangnya... cuma satu di Gila apa manusia yg terselamat.

Haritu saya dah ke Mekah tapi tak dapat tunai Umrah kerana ada hal lebih penting kena balik dulu.. nak pergi lagi tunggu ada rezeki.

Salam sayang dari kenalan lama.

Nurun Nur 9111 said...

ABuuuuuu!!!!

Saya yang kenal kamu dulu.. bukan annur..

Saya peminat kamu..
Walaupun kamu suka marah-marah..haha

Macamana keadaan di Madinah? Ada jenguk kubur Rasulullah? Bestnya..

Apa pun semoga kamu berbahagia..

Dhada

Nurun Nur 9111 said...

Lain kali ke sana tak jenguk kaabah nanti saya sebat kamu..huhu

DH

Jaya Negara said...

Dunia sekadar pentas ujian aje. Jika lulus berbahagialah kamu. Gagal cuba lagi sampai berjaya. Soalannya apakah yang diuji oleh Allah kepada kita manusia?

Benar kamu pasti merasakan kenapa begini jadinya hidup. Manusia semakin gila. Dari Madinah ke Jeddah 4jam naik teksi berapa kamu kena bayar. Rm 170. Dari Airport Jeddah ke Hotel yg 10 minit dgn teksi pun RM 170. Soalannya tak pa aku punya wang. Kepada yg tak punya wang mahu kemana diBumi asing ini.

Manusia tidak mahu pahala. Manusia lebih pentingkan duit aje. Iya benarlah jika ada yang berkata bukan semuanya begitu. Pasti ada yang baik hati sudi menghantar kemana pun tanpa bayar apa-apa. Soalannya memeras duit orang sudah jadi biasa disana.

Apa yang Allah uji sebenarnya adalah kemanusiaan kita... Manusia dibeza dgn makluk lain krn kemanusiaan juga. Mana2 mahluk selain manusia jika mahu jadi manusia dianggap melangggar fitrah dan dihukum mati... tapi manusia Allah izinkan jadi binatang tanpa redha Allah.

Manusia jadi buas sesama manusia. Manusia bangga dengan sifat ganas. Siapalah kita untuk menghadapi semua ini jika tanpa Allah.

Aku bersama-sama Allah Tuhan ku kemana-mana pun. Sekian salam sayang dari kenalan lama.

Nurun Nur 9111 said...

memang pentas ujian. annur asik duk kata permainan je..

ujian is ujian ya annur...

dhada

Nurun Nur 9111 said...

tapi memang terkadang dunia membuatkan kita menangis lagi-lagi pabila kita kalah kerana miskin, kerana tak mampu, kerana tak tahu, kerana hodoh, kerana bodoh.

ada yang kerja penat-penat tapi tak pernah berkesudahan asik duk kena buli je..

dunia..dan seisinya lagi busuk dari bangkai kambing...

dhada

Nurun Nur 9111 said...

ada lagi yang kutuk depan-depan sengaja bagi orang dengar... mentang-mentang kononnya kuat sembahyang, asik pegi surau.. tau-tau tiap hari duk mengumpat orang...

gila apa manusia...

rasa nak flying laju-laju dari jauh menuju tepat ke muka...

dhada

. said...

.

Selagi berzikir,jalan masih kabur.
Selagi bersuara,makam belum bercahaya.
Selagi merasa,cahaya masih malap.
Mencari 'Aku' dalam cahaya,pasti buta mata hatinya.
Mencari 'Aku' dalam gelap,pasti buta mata nuraninya.

'Aku' tak perlu dicari,makin dicari makin tersembunyi.
'Aku' suka untuk dikenal,maka kenalilah akan daku.
Dekat tak bersentuh,jauh tak bersempadan.

'Aku' adalah pebendaharaan yang ghaib..tapi 'Aku' amat nyata..jauh lebih nyata dari dirimu sendiri..

Sempurna 'Aku' pada segala kelemahan.
Sempurna 'Aku' juga pada segala kemuliaan.

Apabila retaknya cermin..maka terbukalah akan hijab...
Dan pabila cermin itu pecah..maka terbongkarlah segala rahsia....

Kerana rahmat,kasih dan sayang ku...maka 'Aku' jadikan alam ini.

Annur said...

wahai manusia,aku suka dikenali,tapi bila aku kamu kenali,aku akan lari,kerana aku takut bila didekati,diriku takkan mampu kamu fahami,sebab itu kadangkala aku sedih terkenang diri,mahu apa sebenarnya aku ini,mahu dikenali,bila didekati aku lari,aku sembunyi dalam bayang kamu kerana aku malu jika dikenali,diriku tidak seperti yang kami sering puja puji,kerana aku indah khabar dari rupa jika kamu mengerti...aduhai manusia...

Annur said...

oleh sebab itu aku suka permainan hidup ini,aku namakan ia..."hide and seek game"...yang mencari tak ketemu,yang tiada mahu akan aku seru...untuk si bodoh,aku benar2 terhibur dengan kamu,kamu adalah bahan gelak tawaku...untuk itu aku beri kamu rupa yang indah nanti secomel kucing yang mengiau...aduhai manusia...kamu takkan tahu betapa aku mahu dikenali,tapi aku malu jika kamu tahu rupaku yang sebenar...aduhai manusia...fahamilah aku...itu saja pintaku...baru kamu layak mendampingiku...

Annur said...

aku duduk di istana kemegahanku,membelek2 diri yang kamu puja indah...oh,aku bangga kerana aku indah kata kamu...tapi bila aku lihat kamu,aku malu lagi...indah apa jika begitu...rupaku sejelek apa yang kamu sering hina...terduduk sedih aku...tapi bila aku dengar lagi puja puji setengah kalian,aku mula bangga diri lagi...tapi hatiku terusik melihat manusia itu,membenci aku kerjanya selalu...katanya aku ini jahat...penyebab pergaduhan sesama kamu...aku tertarik dengannya...dia aku dekati...aku pandang dia dari segala sudut diri...dia ini indah...dalam aku dipuja puji,dia berani membenciku...manusia ini unik...aku suka dengannya,akan aku beritahu rahsiaku padanya...aku seru dirinya,aku katakan yang aku ini hebat,aku ini indah...tidak kamu mahu berdampingan denganku?kenapa sombong?dia aku teliti lagi...akan aku seksa dia...smpai dia sayang padaku...akan aku jadikan dia boneka terhebatku dikalangan manusia...untuk si bodoh semua,tirulah manusia ini...aku suka padanya...wahai sekalian dewa dewi...cintailah dia...kerana aku cintakan dia...wahai seluruh ciptaanku,jangan kamu usik dia,dia kesayanganku...mata dia pandanganku,lidah dia sebutanku...hati dia rahsiaku...

Annur said...

wahai pemuja pemujiku,kamu cari aku?cuba kamu pandang kiri...itulah aku...cuba kamu pandang kanan pula...itu juga aku...kemana arahpun kamu pandang...itulah aku...masih berani puja puji diriku?hmm?kamu jangan risau,aku ini kadangkala suka dipuja dipuji...maka nanti,aku akan anugerahkan jasad comel untuk kamu...wahai manusia,aku ini penonton lakonanmu...tidakkah kamu mengerti?kamu pandang,aku juga pandang...lalu apa???ingat...selagi kamu tidak ikhlas memahamiku...selagi itu kamu aku seksa dalam penjara jasad...kamu hanya akan aku bebaskan setelah sejati kamu temui...bila sejati kamu temui,jasad akan aku jadikan permainan terindah buat kamu...aduhai manusia...aku sayang padamu...

Jaya Negara said...

Haus..... keletihan.

Berada didataran tandus tanpa air. Air satu nikmat pernah aku nikmati. Itu dulu.

Haus.... keletihan.

Segala apa dikiri kananku tak punya apa. Penat... benar-benar aku ini penat.

Haus....... keletihan.

Tak mampu untuk kugali perigi yg dalam. tapi... aku perlu minum. Aku penat..... dimana air untukku?

Haus.... keletihan.

Sangat jauh perjalanan yang semua kita lalui. Aku.... kamu... Annur... D hada..... semuanya kita sangat-sangat penat. Pasti!

Ada satu hentian saja lagi teruskanlah jangan putus asa.

Aku setia menanti walau siapapun kamu..

Allah sayang Jiwa pejuang. Bumi ini bangga dilanyak dan dipijak oleh kaki2 gagah Jiwa yang berani. Bumi akan jadi saksi siapa kamu.

Salam sayang dari kenalan lama.

Annur said...

jika kamu ikhlas memahami aku,aku sanggup lepaskan kamu manusia...walaupun besar salah kamu itu melebihi langit dan bumi,percayalah...aku ini pemaaf orangnya...asal saja sejati diriku kamu fahami...aduhai manusia...terkadangkala aku duduk sedih kesepian...kamu saja yang tak mahu tahu...aduhai manusia...fahamilah aku sebelum aku tutup pentas ini buat kamu...mengertilah aku...

Jaya Negara said...

Penatnya.... Allah Tuhanku kami semuanya penat. Aku mengadu penatnya aku Ya Allah.

Jaya Negara said...

Apakah pelajaran? Apakah pengalaman? Belajar dan alami sendiri. Belajar sikit-sikit... Belajar sampai pandai.

Dari satu titik ke titik yg lain adalah satu tempoh masa..... kita namakan perjalanan. Nak kemana kita?

Soalan biasa nak kemana kita? Jutaan tahun sudah ujud Bumi ini. Bumi yang kita duduki ini...... sedang dipenghujungnya..... Kunfaya Kun.... Awera Cadawera.... sama tapi tidak serupa. Ia bukan satu ketetapan.

Hukum diLuh Mahfuz tak datang sebaris dengan Kun FayaKun. Berjalanan semuanya bagai semut hitam.... yang berbaris panjang.

Dulu yang dulu.... satu-satu. Manusia semuanya telah lupa sumpah dihadapan Allah..... di dataran tak bertuan. Pasti!

Pelajaran dari pengalaman berlalu laju. Lupa pengalaman... Lupa pelajaran.

Salam Sayang dari kenalan lama

Jaya Negara said...

Demi Allah.... ajari aku bagaimana nak buat Blog.

Aku telah lupa semuanya. Kenapa?

Anonymous said...

sabarla abu....

dhada/annur

(buatla blog baru, kami pasti membaca dan mengunjunginya selalu)

Jaya Negara said...

Sudah buat blog baru tapi tak boleh nak'post' apa2 cerita.

Aku nak tulis diblog sendiri pun aku tak mampu.

Eh! Aku sudah terlupa semuanya.

Anonymous said...

saya rsa mungkin kamu kna rehat skejap,letih mungkin selepas perjalanan yg panjang...selamat kembali...:)

DH

Anonymous said...

ANNUR PENGECUT!!!!

PENAKUT HADAP REALITI HIDUP. HIDUP DALAM DUNIA BAYANG-BAYANG. HIDUP DALAM DUNIA ILUSI YANG TAK BERKESUDAHAN.

PENGECUT! PENGECUT! PENGECUT!

BLOG NI KINI TAK DAPAT DIAKSES KAMI BERDUA. DAN BIARLAH IA TERGANTUNG DI AWANGAN SEADANYA.

DHADA

Annur said...

kepada semua,dhada ada sedikit tekanan hidup yg menjadikan beliau sebegitu rupa,maafkan ketelanjuran kata2 beliau ya...haha

ps:ape ko merepek ni dhada...hmm?emosinyerrrr...hehe

-Annur-

Annur said...

kepada semua,mari kita sama2 kesiankan dhada...kesian dhada...jerit2 tak tentu pasal...nak lawan depan2la,jgn guna blog lepas geram,haha

ya,annur pengecut...so what dear?

Anonymous said...

aku lawan dpn2...dia yg menyorok bawah selimut. nak orang jerit2 baru nk bersuara.

annur said...

hahahaha...biarla...bawah selimut lagi best dari layan dunia gila ni...tiba masa aku kuar gak...cari makan...pastu tdo balik...best ape...nikmat...

annur said...

dhada,masa saya kecik2 ustazah kata orang gila masuk syurga,betulke?kalau gitu,saya pilih jadi gila leh tak?shortcut masuk syurga...heheh.xyah susah2 buat pahala...mari ramai2 kita jadi gila...kita buat rombongan mak minah ke syurga...haha

Anonymous said...

i am happy for annur..
congrats...semoga cepat sembuh dari kegilaanmu itu..

dh

. said...

Kalau kita berhajatkan sesuatu, kehendak namanya.
Kalau kita inginkan sesuatu,nafsu namanya.
Kalau kita idamkan sesuatu,angan-angan namanya.

Itulah diri..diri terdiri..diri terperi..diri sebenar-benar diri masih lagi berdosa..masih syirik..

Hanya satu sahaja diri yang Esa..
Diri tajalli,kerana tidak bercerainya Nur Muhammad padanya.. apabila tajallinya nur maka binasa diri.

Tiada lagi yang wujud sebenar-benar wujud haq melainkan Allah..Azzawajalla..

Aku benar.segalanya benar..
Maha Benar Aku..
Segalanya kehendakku...
Segalanya gerakku.

Jaya Negara said...

akhirnya aku dah berjaya buat Blog yng baru... sudi2kan diri kesana. Jaya negara

Anonymous said...

AAAAAAAAAAAAAAA..........

DHADA

Anonymous said...

jom bermain dengan dunia ilusi...tutup mata...buka semula...ada semua...tiada semua...oh,dunia ini ciptaanku!bil ku cipta,aku bukakan mataku...bila aku hapus,aku tutup mataku...mungkinkah ini logik bahawa tuhan itu maha pencipta?haha...semuanya hanya ada dalam hati...kalau gitu,jarak dan masa bukan lagi masalah...cahaya serakkan semua...kegelapan sembunyikan semua...ada mentari,jelaslah segala...hilang mentari,sembunyilah segalanya...dunia adalah kitab rahsianya...yang mencari tak ketemu,tiada mencari diberi pula...oh dunia,aku makin gila hari ke hari...

Anonymous said...

salam semua,kepada yg bertanya,sy jawab ye...tapi skdar pandangan budak jahil je...apa itu keinginan tuhan,keinginan manusia,takdir...keinginan tuhan?itu kena tanya sama tuhan...hehe...sy cuma bole cakap,tuhan suka apa yg dia suka...sukatila dia nak suka apapun...sebab semua milik dia...semuanya dia...takda sapa leh cakap apapun...dia maha berkuasa dan maha berkehendak...dia bole sayang sesiapapun,dan boleh benci sesiapapun...xda undang2 dalam kun fayakun...dia akan berbuat sesuka hatinya...hehe...anda dan saya,tak leh cakap apapun...dia pegang segalanya...dia kontrol semua..

kehendak manusia?manusia ada banyak kehendak...nak yg mana satu?duit,harta,pangkat,nama,keluarga,makan,hepy...macam2 kehendak makhluk yg bernama manusia ni...setiap satu kehendak,ada harga yg perlu dibayar...banyak kehendak,banyak susahnya...sikit kehendak,banyak senangnya...kehendak ibarat tali,yang akan mengikat kita sampai kita mati kecuali kita lepaskan semua ikatan dengan hati yang rela...sesiapa yg inginkan hati yang tenang,kurangkan kehendak...

pasal takdir...kita sambung lain kali...peace...:)

Anonymous said...

penchinta...

kamu berjaya memecahkan satu menjadi dua..terbaik..susah nk buat tue..nk bahagikan pemikiran kepada 2 dan dilapisi dari satu dinding..


erm tertunggu-tunggu artikel terbaru..wahh..

jaya negara suda kembali..tp cik nurrunnur pula yg senyap..ishk..
semoga dpt share2 bersama kita..i like kamu berdua..huhu

Anonymous said...

AKU HENSEM

RELAX...

Anonymous said...

salam semua,sama2la kita doa nurunnur sembuh dari kegilaannya itu..setiap apa yang dia tulis mmg akan merasuk dalam diri dia,haha.post kali ni betul2 menyentap jiwa dia.susah jugak nak kembali jadi normal.pilihan cuma dua,sebab wayar da shot.satu dia jadi gila sampai bila2,haha.kedua dia akan bertukar jadi yang lain.emm.sama2 kita tunggu...:)mcm2 benda da bercampur baur dalam diri dia,jadi kena setup balik,tu yg kena amik masa...janji korang semua sentiasa iring dia dgn doa...:) peace...

order of the garter said...

Salam,jika benar,maka dikhabarkan bahawa Jaya Negara @ ariff @ Abu bakar telah pun pergi menghadap Ilahi,rujuk serangan di JPM siang tadi

Anonymous said...

Salam,

Untuk Dhada/Annur,
Tasawwuf itu permata yang ada pada AhliNya.. Syarat menjadi AhliNya adalah mereka yang jelas hidupnya mengikut Quran dan Sunnah, serta silsilah keilmuan yang jelas sampai kepada Baginda RasuluLlah.

Perkataan yang terawangan, berbelit2 dan eksotik bukan syarat yang menunjuk ahlinya. Jangan tertarik kepada perkataan dan konsep-konsep eksotik yang pastinya merantai serta menghijab kamu daripada Allah.

Jika desakan jiwa masih bergelodak, sila pelajari asas Tauhid secara Sifat 20 hingga sefaham mungkin. Jika masih bergelodak.. maka mengadaplah mursyid-mursyid tasawwuf yang masih ada, contohnya Prof Dr Jahid Sidek, atau mantan Mufti Negeri Sembilan. Atau ikutlah jalan yang ditunjukki oleh Al Habib Umar Bin Hafiz. Semua tokoh ini sah jalan Tariqahnya, syariatnya..

Usahlah mengambil Tasawwuf itu dari mereka yang sendiri hanyut serta lemas.. mereka tidak dapat membantu kamu.. bahkan menarik kamu kelemasan sekali.

Dengarlah ikhlas pesanku..

Hamba Allah

Anonymous said...

penchinta

tapak2 hampir,dhada annur..aku paham maksud penulisan kamu semua..cuma sekarang,tinggalah aku keseorangan mencari2 manikam,diharap kita ketemu lg,di ruangan realiti..perjuangan penulisan kamu tidak akan terhenti,aku pasti,aku menunggu..sehingga ketemu lagi...
jika benar abu telah pergi kali 'kedua'..biarla ia pergi dengan tenang,urusan jiwanya dgn tuhan telah bermula...hanya pada ALLAH yg akan menentukan..salam takziah..

GILA APA MANUSIA

silent
penchinta

Tertanya said...

Salam,

AL fatihah pada yang dah pergi. Cuma satu pertanyaan aku.. Apa yang difikirkan/menyebabkan sehingga tindakan yang begitu drastik dilakukan mereka berdua.

Anonymous said...

salam sejahtera buat penchinta,

terima kasih utk sokongannya...sila iring kami disini dengan doa2 kalian semua...sesiapa yg rindukan suasana ceria di dalam blog comot ni,ketahuilah kami juga sangat merindui kalian semua,gelak tawa dan kemesraan yg tercipta sentiasa menjadi kekuatan utk kami melalui hari2 yg makin mencabar...kita mungkin tiada jumpa pada realiti,tapi kita sentiasa bertemu diruang firasat...bila kalian merasai kami,kami juga merasai rindu kalian...kita seperti sebuah keluarga,sakit kalian,sakit kami...kami harap begitu juga sebaliknya...doakan kami...terima kasih semua...

-Annur-

Anonymous said...

salam buat yg tertanya,kita sebagai manusia pasti tersilap,sama2 kita doakan kesejahteraan buat yg telah pergi dan yg masih hidup...setiap jiwa selalu berkembang mengikut takdir yg tertulis...hentikanlah hasad dengki dan prasangka,sama2 kita doakan mereka...kesilapan mereka,kesedihan kami...kesedihan kami,kami harapkan kesedihan buat semua juga...

-Annur-

Anonymous said...

kepada para barisan pemimpin,rasailah kepedihan dan kesakitan kami sebagai rakyat marhaen...tiada apa yg kami minta melainkan sebuah kasihan dari kalian semua wahai pemimpin yg berhati...

-Annur-

Anonymous said...

sokongan ku buat kamu

mudan said...

bagaimana kakak kamu? mahu tahu juga mengapa berdua menyerang ramai, bersenjatakan pedang masuk ke medan senjata api...

Anonymous said...

Kesian melihatkan jiwa2 mereka. Carilah di alam nyata bukan di alam maya. Gila Apa Manusia

Pada yg pergi..Al-Fatihah

Anonymous said...

Assalamualaikum..
Korang semua ni banyak mengalami tekanan..dhada lah,annur lah..adui..ni nasihat aku..pertama,tidur mengikut kadar yang sesuai dan tetap..kedua sentiasa cuba belajar mendekati masyarakat di luar sana..ketiga jangan tinggalkan solat..keempat jgn tidur sewaktu asar..kelima jangan terlalu lama termenung,lakukan sesuatu..dan last tu banyak melakukan amal dan sunah dari Rasulullah..zikir dan sbgainya..susunan nombor si atas tidak menunjukkan kepentingan nasihat yg aku sampaikan..

lagi satu,ayat aku tidak sepelik korang semua..tapi percayalah,aku pernah terperangkap di dalam dunia khayalan aku sendiri..terperangkap di dalam jiwa sendiri..ketakutan utk melihat dunia luar,menyendiri,menangis seorang diri..tapi itu semuanya dulu..aku nekad berubah dan berusaha mendekati Allah..berpandukan Al-Quran,As-Sunnah,berguru..alhamdulillah,aku telah menemui cahaya iman Islam yang sebenar..bukan rekaan..semuanya itu membuatkan korang boleh jadi gila..melalui tekanan perasaan,jiwa dan kesedihan yang menyelebungi kalian..aku telah menghadapinya..dan aku berjaya..aku doakan kalian keluar dari segala kekusutan itu..kembali kepada masyarakat seperti aku..aku memahami ianya sangat sukar dan memerlukan azam yang sangat2 kuat disamping bersama org tersayang dan mengadu kepada Allah..bayangkan aku terkandas di dalam dunia cipataan aku sendiri more than 3 years..mungkin agak singkat bagi korang tapi bagi aku cukup lama kerana setiap detik dan saat aku manfaatkan aku untk kembali ke jalan yang benar dan diredhai Allah..Allahuyarobbi..

Kumbang Jingga said...

Kembali lah ke ajaran islam yg sebenar..aminnnn..

6803man sarawak said...

al-fatihah buat jaya negara.semoga roh muu kembali ke jalan yg benar

Anonymous said...

Dhada, nurun nur....kamu ini telah sesat dgn mainan kata pujangga jayanegara....kembalilah ke jln yg benar....ingatlah pada Allah...bersihkan jiwa dan minda dpd kegelapan dan kekusutan puitis pujangga kata2 yg kamu semua cipta....semoga kamu semua mendapat kesedaran dpd apa yg telah berlaku dan mendapat hidaysh Allah swt.

Anonymous said...

aslmkum sdr anon 2312...:)

terima kasih doakan kami mendapat hidaysh Allah...kami doakan hidaysh utk kamu juga...:)

salam perkenalan...apa khabar anda...sihat?

ps:apa makna hidaysh ye?annur kurang mengerti...jgn marah har,nnt cepat tua,annur mmg suka mengusik...mengusik kerja sambilan saya...;)

-Annur-

Anonymous said...

AKU HENSEM

TERIMA KASIH KERANA SERANG PUTRAJAYA

KAMI HARGAI TINDAKAN BODOH ANDA YANG MEMALUKAN ITU

Anonymous said...

salam sdr,jangan mudah berkata...

apapun,salam perkenalan...peace...:)


-Annur-

Anonymous said...

Insaflah wahai manusia!!na'zubillahi min zaalik

Anonymous said...

Nurun nur ini kelihatannya suka bermain-main dan tidak serius apabila org memberi nasihat yg baik...arahnya jelas sama seperti dhada kakaknya dan masih menyokong jayanegara...

Gaya tulisan berkhayal, berilusi sendiri dgn menyelitkan unsur agama....mcm tidak berguru atau berguru dgn org yg sesat...gila isim nanti..

Satu hari tak mustahil ada lg yg bertindak bodoh seperti jayanegara..dan mempunyai pengikut juga yg ntah apa bekal ilmunya cetek benar...

Ayah, ibu annur tentu terkejut jika baca tulisan annur ini dan kakaknya dhada...suami dhada juga pasti tidak menyangka dpd penulisan puitis gila ini membawa kpd ketaksuban melampau kpd jayanegara yg kurang jelas arah tujunya serta bongkak menyatakan dirinya seperti hebat...seperti penyelamat umat sehingga akhirnya tindakan yg jelas tidak diterima akal diambil bersama isteri orang...

Annur...sedarlah dpd khayal...bantulah kakakmu...nanti ada pula org lain yg taksub dgn tulisanmu ikut sesat..

Kalau nk berpuitis sgt baik cipta lagu jadi penulis lirik mesti karyamu hebat coz sasteramu tggi...

Anonymous said...

salam..
tulisan annur, dhada dan arwah jaya negara mengandungi maksud yang tersirat dan kadangkala terlalu mendalam.amat sukar difahami jika dibaca sepintas lalu..menjurus kepada pemahaman yang berbeza mengikut penilaian para pembaca..penuhkan ilmu didada barulah sesuai menilai dan mengkritik orang lain.


-xie-

Anonymous said...

aku mencari manusia yg punya erti,bukan hanya mereka yg sibuk berkata ttg manusia lain tanpa henti,malang sekali hanya segelintir yang aku temui,kasihan manusia yang suka berselisih hati,jika masih terusan bersikap begini,aku takuti lama nanti bangsaku jadi pucat lesi,kalah dari segala segi...

-Annur-

Anonymous said...

cari manusia yg punya erti tu camne?? cube bgtau detail skitt... manusia yg mcm jaya negara tu punya erti ke?? manusia yg dok bagi nasihat mcm2 kat awk, awk xnak amek serius....ada je manusia2 yg sanggup nak pimpin awk kembali ke jalan yg benar kan?? sy bkn nak berkhutbah kat sini.. moga2 dijadikan pengajaran utk umat islam.... mungkin ilmu awk dah cukup tinggi dan penuh sehingga nasihat dn teguran dari manusia lain dianggap kosong.

Anonymous said...

bukan itu yg perlu kau takuti... cube pikir... annunnur....... perbuatan dan kesilapan dhada/jaya negara tak membuatkan bangsa pucat lesi n kalah dr segala segi?? + memalukan bangsa dan agama.... seharusnya kamu kembali ke jalan yg benar... dan meminta maaf bagi pihak dhada & kwn kamu atas ketelanjuran perbuatan mereka terhadap rakyat malaysia...

Anonymous said...

sila marah lagi,dan teruskan dgn kemarahan...sy sudi mendengar...:)

-Annur-

feez said...

Cubalah usah berteka teki an nur...
Siapa pn yg baca tulisan awk dgn gambar2 joker tu pastinya akn sedih dan kecewa kerana ianya ditulis oleh perempuan tp nadanya ada sedikit sakit dan kecewa...putus asa...berontak...
Sama juga seperti jayanegara....habis semua dicacinya serta dlm masa sama menunjukkan dirinya hebat....

Mana org tak berselisih hati seperti kata anda coz siapa pn pasti terkejut jika anak,adik perempuannya yg ceria rupanya meluahkan perasaan menulis seperti awk yg jelas seperti kurg ksh syg dan agak sakit mentalnya...

Annur ckp pula takut bangsaku pucat lesi,kalah dari segala segi...ya kami masyarakat takut jika ada 10 org jayanegara, 10 org lg annur dan dhada yg sakit dan berontak mentalnya bahaya kpd masyarakat, negara dan org yg tidak berdosa di luar sana...jgn lh ada yg jadi mangsa amukan dan sia-sia mati dihujung pedang org gila..

Nyata ayah kamu juga kecewa dgn dhada dgn mengatakn sy kecewa dia belajar tggi tp jadi seperti ini...tidak nmpak perubahan diluar tp rupanya hati kamu penuh berontak,kecewa...

Iblis amat suka org yg amarah dan ikut nafsu seperti jayanegara...bila kewarasan sudah hilang maka iblis akn mggoda....bukankah molek ikut contoh perjuangan nabi dan rasul yg penuh sabar dlm perjuangan mereka walau dicaci dan diluka tetap sabar...

Kami menolak sama sekali skali cara berkhayal begini, anti masyarakat, sakit mental,jiwa berontak dan amarah kerana iblis mudah mggoda....iblis amat suka org begini.

Anonymous said...

kalau boleh lepaskan semua kemarahan disini,tak mengapa...saya faham kemarahan rakyat malaysia...dhada kakak sy,kakak yg saya kenal sejak kecil,sy tau siapa dia...jika tindakan dia menyakiti jasad anda,saya mohon maafkan dhada dan keluarga kami...benar,ini salah kami semua...

-Annur-

Anonymous said...

bersyukur lah sekiranya mepunyai hati dan jiwa yang tenang. dengan keluarga dan taulan yang sentiasa berada disi memberi sokongan tanpa henti..tetapi diluar sana masih ada mereka yang kurang bernasib baik hidup dalam kesamaran masih mencari penawar jiwa.lupakan apa yamg telah mereka lakukan dan maafkan sekiranya mereka bersalah.bersyukur lah tidak berada di tempat mereka..

-xie-

Anonymous said...

sy tak menyokong tindakan mereka...apa yg saya cuma tekankan sy sayangkan mereka,dhada kakak saya...siapapun yg sakit jiwa diluar sana ada diatas bahu saya...mereka tanggungjawab saya...kamu masyarakat,yang keluarkan org macam kami...kamu hisap madu kami,kamu buang sepah kami...saya takkan biarkan mereka yg sakit kat luar tu rendah diri dgr kata2 orang mcm kamu...biarpun kami sakit,tuhan tau siapa kami.

-Annur-
-Annur-

Anonymous said...

keluarkan semua firman hadis kamu untuk menghukum orang yg sakit mcm kami,silakan...biarpun sy sorang yg hadap org2 mcm kamu,sy takkan kisah...biar satu dunia buang saya,tuhan selalu ada bersama saya...

-Annur-

Anonymous said...

annur jangan salahkan masyarakat tetapi bersihkalah masyarakat

-xie-

Anonymous said...

nurunnur.... komen di atas td bukanlah komen marah... think positif... jgn sempitkan minda anda...sila jelaskan apakah maksud manusia yg punya erti bg kamu??? sy terlalu dhaif utk memahaminya... sy tidak pandai berkata2 puitis seperti kamu... tidak juga pandai menggunakan hadis spt kamu.. takut2 terpesong jadinya......

-insan biasa

Anonymous said...

tiada sesiapa yg pernah membuang kamu nurunnur..... jiwa kamu penuh dgn kesedihan... jiwa kamu hanya di blog bersama ilusi sendiri... bergurulah...berkawanlah dgn manusia yg boleh membimbingmu......satu yg kamu perlu ingat.... kamu sendiri yg membuatkan dirimu tertekan... ingatlah keluarga, mak dan ayah kamu....dan bersihkan jiwa kamu seblom bersihkan masyarakat.... xie, bantulah kwn kamu nurunnur ini...jgn terpesong dr ajarannya

Anonymous said...

salam..boleh kamu jelaskan maksud kamu di sini?? apa yg kamu maksudkan dgn

"kamu hisap madu kami,kamu buang sepah kami" ?????

sy menanti jawapan kamu nurunnur

Anonymous said...

kepada xie,maafkan saya,kamu bukan masyarakat seperti itu...kamu dan kata2 kamu melambangkan pemikiran kamu yg benar...tapi ada sesetengah orang yg dengan mudah berkata,menghukum,meletakkan kami dalam neraka kata2...orang mcm ni yg sy maksudkan...org mcm ni selalunya hanya membaca post saya yg ini saja...saja datang sini,mengusik,mewakili masyakarat kononnya...saya selalu datang pada mulanya hulur salam persahabatan...tapi malangya disambut dgn cara sebegini...maafkan sy sdr xie,benar kata anda...bukan semua masyrakat yg begitu,cuma sesetengah saja...tidak membantu,tapi menghinjak...

-Annur-

Anonymous said...

maksud manusia yg punya erti pun nurunnur xjwb lg........

Anonymous said...

manusia yg punya erti?mana2 manusia selain mcm kamu...fikir2kan...;)

-Annur-

Anonymous said...

annur saya tidak sebijak anda dan mereka diluar sana. tetapi kata2 saya melalui pengalaman yang pahit bagi saya.belajar dari kesilapan jatuh dan bangun.god bless u all

-xie-

Anonymous said...

selamat sejahtera buat kamu wahai xie...kamu dan kata2 kamu benar dan ia melambangkan siapa kamu...

salam perkenalan...:)

-Annur-

Anonymous said...

salam buat kamu annur
aku masih cuba memahami jiwa kamu melalui penulisan kamu
maaf jika mungkin tersalah tafsiran dariku.ilmu ku mungkin belom cukup utk memahami semua nya

-xie-

Anonymous said...

wahai sdr xie,jika dunia dipenuhi orang seperti kamu,alangkah indahnya...teruskan membaca dan memahami...ini bukan blog ilmu,tapi ini blog rasa...kami alirkan rasa...ilmu kami sangat cetek kiranya...:)

-Annur-

Anonymous said...

salam sejahtera..menangis...menangis..dan menangis...orang gila hanya faham orang gila..

Anonymous said...

panggilan orang gila itu satu pujian untuk orang2 mcm kami...:)

-Annur-

Anonymous said...

annur rasa yang kamu alirkan terkunci di dalam rahsia...
sehingga kite bertemu lagi

-xie-

Anonymous said...

bersyukurlah anda tidak gila

-xie-

Anonymous said...

buat sdr xie,semoga sejahtera selalu hendaknya...:)

-Annur-

Anonymous said...

terbakar terbakar hangus mengalir deras,..aku tenggelam dalam dakapan mu,, kemana aku pergi ku sebutkan namamuu..pada pantai pada laut pada sungai dan telaga..aku tanyakan namu mu.. semua kata aku gila..apa agamamu ? cinta..apa kitabmu? cinta ? cinta adalah segaala-galanya padaku..

Tahniah kerana mendahului aku dalam segala-galanya Kalianlah JALALUDDIN

-ilga

Anonymous said...

wah...ada sorang lagi...siapa ni?kata2 gni saya suka...sgt puitis...

salam perkenalan dari annur buat sdr ilga...:)

-Annur-

feez said...

Sy berharap pihak berkuasa yg sedang membuat siasatan kes amuk ini perlu memanggil annur utk membantu siasatan polis...

Ini utk membantu kakaknya secara tidak langsung dan memberi pencerahan....

Bukan terus bebas gila luahkan rasa jiwa yg sakit, mental dan kurang kasih syg sebegini tanpa mempedulikan nasihat org ramai.

Jiwa yg tak tenang begini, penuh amarah, berontak, kecewa dgn hidup jika dibiarkan itulah jadinya...berkhayal dgn rasa sendiri umpama hdup seorang di dunia ini.

Mari bantu annur. Jiwa dan mindanya sedang sakit.
Sy tak nk adik beradik, sahabat saudara mara sy jd begini atau menjadi mangsa orang gila amuk satu hari nanti...

Jadi annur, ramai yg sudi membantu bukan utk merendahkanmu.

Jiwa kamu kosong dan sakit. Kesian kamu.

Anonymous said...

annur , xie dan ilga adalah org yg sama....

annur... bangun la dr tdo.... ruginya kamu annur mensia-siakan masa melayan ilusi kamu..
sy juga berharap pihak berkuasa menyiasat blog annur termasuk annur sendiri dan semua yg menyokongnya....

Anonymous said...

bila nak jwb ni??? xkan pandai type je... btau la maksud kamu ape wahai annur....

"kamu hisap madu kami,kamu buang sepah kami" ?????

Anonymous said...

annur.. xmungkin dunia akn dipenuhi org seperti kamu... hiduplah di alam realiti... kami ada untuk membantu kamu.... xie xwujud pun.... annur dan xie adalah org yg sama....

Anonymous said...

annur..dhada.. ketahuilah....

yang singkat itu WAKTU
yang menipu itu DUNIA
yang dekat itu KEMATIAN
yang besar itu HAWA NAFSU
yang berat itu AMANAH
yang sulit itu IKHLAS
yang mudah itu BERBUAT DOSA
yang susah itu SABAR
yang sering lupa itu BERSYUKUR
yang membakar amal itu MENGUMPAT
yang mendorong ke neraka itu LIDAH
yang berharga itu IMAN
yang mententeramkan hati itu AYAT2 SUCI AL QURAN
DAN......
YANG DITUNGGU ALLAH SWT ITU TAUBAT

-insan kerdil

Anonymous said...

saya kasihan melihat manusia yg tenggelam dlm prasangka...teruskan pemikiran begitu...tuhan tau jiwa siapa yg sebenarnya sakit...

ya,masyrakat mcm kamu yg suka menghukum,kami berjalan seperti kamu...menghadapi dunia seperti kamu,tetapi kami cuma mahu menjalani dunia seperti fitrah kami,tapi kamu masyarakat menghukum kami...kamu kata kami gila...kamu kata kami mental...kamu perlekehkan kami...inilah sepah kami yg kamu buang...jika kami berjasa pada kamu,kamu katakan wah...terima kasih...hati kamu sungguh baik...tapi bila kami berbuat salah,kamu masukkan kami dalam neraka buatan kamu...tanpa pernah terfikir jasa kami sebelumnya...inilah madu kami yg kamu hisap...maka,tercipta satu hijab antara kamu dan kami...

mana2 fitnah yg terkena pada saya,akan saya tuntut nanti disana...

-Annur-

Anonymous said...

annur.....jgn salahkan org lain, kamu tdk menerima teguran, dan kamu yg memperlekehkan nasihat masyarakat yg bersedia membantu kamu ke jln yg benar...itu mungkin membuatkan segelintir pembaca menganggap kamu tidak waras... buktikan pada kami kamu mengikut sunnahNYA.. buktikan kamu berada di jalan yg benar annur...

jika nasihat dan teguran utk kamu kembali sujud dan bertaubat pada NYA dikatakan masyarakat menghukum kamu... pemikiran kamu sungguh sempit... jika teguran dn nasihat kami juga dikatakan
'sepah kami yg kamu buang"

buktikan mana "madu kami yg kamu hisap" ... mana jasa2 kamu? apa yg kamu lakukan sebagai seorang rakyat malaysia?? menentang pentadbiran secara melulu tanpa berfikar????? tiada madu dari kamu dan rakan2 sepejuanganmu annur... yg kami pinta cuma utk kamu kembali bertaubat....

kamu yg menghukum diri sendiri...kamu juga yg mengasingkan diri kamu dari realiti sebenar... kamu yg meletakkan sempadan diantara kita sesama manusia dan hanya bersetuju dgn org yg sependapat dgn kamu.... kamu yg hanya ingin menjalani dunia seperti fitrah kamu sendiri annur.... apa agaknya perasaan kedua org tuamu jika mereka membaca blog serta komen2 kamu???

feez said...

Apa jasa kamu?

Kamu bercakap mbuat jasa dgn idea gila dan psycho kamu ini sehingga mengelirukan pemikiran, berontak, amarah, dalaman yg sakit ini?

Cukuplah annur bermain madah...jelas kamu masih menyokong tindakan jayanegara dan kakakmu yg salah dan berontak itu...tidak ada unsur sedih dan penyesalan dlm diri kamu ttg apa yg telah berlaku malah kamu gembira....kamu gembira bila ada komentar yg menyokong kamu...yg sama otaknya kurang sihat..

Sy ingin sekali dengar kamu berkata bantulah saya...berilah sy kasih syg....bersihkanlah minda dan jiwa sy...

Ramai diluar ingin mbantu bukan terus melayan ilusi psychomu dgn bangga kamu seolah merestui perbuatan jnegara dan kakakmu.

feez said...

Saya tertanya tanya apakah annur ada sejarah hitam dlm hdup?
Adakah kurang mendapat kasih syg keluarga?
Adakah kakaknya dhada tidak bahagia dgn kehidupan bersama suami dan ank2nya?
Seolah mereka ini kecewa dgn hidup...
Khayal dan ilusi, psycho adalah mainan mereka...
Anggap masyarakat luar sana semua salah hanya golongan seperti mereka saja yg btl...

Jiwa mereka berontak cara halus...
Frustrated...rebel...psycho..

Ibu,ayah,suami dan rakan2 annur serta dhada pasti tak percaya rupanya ank mereka jiwanya berontak begini wlupun luaran nampak happy..

Annur, bangunlah sedarlah kamu dari khayal ilusimu.. Apa nasihat org semua di ruangan ini utk kebaikan kamu.

Anonymous said...

" Sy ingin sekali dengar kamu berkata bantulah saya...berilah sy kasih syg....bersihkanlah minda dan jiwa sy.."

~ jgn tunggu orang meminta dari kamu...
~ teruskan memberi tanpa perlu menunggu orang meminta dari kamu..
~ bukankah rahsia kebahagiaan sebenar kehidupan itu ialah dalam memberi kepada orang lain
~ sekurang2nya berikanlah doa setulus hati kepada ramai orang yg amat memerlukan
~ orang putih cakap..lend your ears..luangkan masa utk dengar..dengar..dengar...
~ dengar luahan rasa hati manusia lain...
~ orang putih pesan...listen coz we are given 2 ears but with just one mouth
~ jangan tamak utk mendengar luahan rasa hati dan fikiran orang lain
~ bermurah hatilah utk mendengar dan kemudian memahami rasa hati dan fikiran orang lain
~ bersyukurlah byk2 jika anda rasa anda okay dan anda rasa anda tidak "gila" seperti orang lain

feez said...

Saya tertanya tanya apakah annur ada sejarah hitam dlm hdup?Adakah kurang mendapat kasih syg keluarga?Adakah kakaknya dhada tidak bahagia dgn kehidupan bersama suami dan ank2nya?Seolah mereka ini kecewa dgn hidup...Khayal dan ilusi, psycho adalah mainan mereka...Anggap masyarakat luar sana semua salah hanya golongan seperti mereka saja yg btl...Jiwa mereka berontak cara halus...Frustrated...rebel...psycho..Ibu,ayah,suami dan rakan2 annur serta dhada pasti tak percaya rupanya ank mereka jiwanya berontak begini wlupun luaran nampak happy..Annur, bangunlah sedarlah kamu dari khayal ilusimu.. Apa nasihat org semua di ruangan ini utk kebaikan kamu.

Anonymous said...

annur... kamu tersangat ego... nasihat yg diberikan oleh feez tdk diguna pakai, malah dibalas dgn kata2 puitis pula....

" Sy ingin sekali dengar kamu berkata bantulah saya...berilah sy kasih syg....bersihkanlah minda dan jiwa sy.."

~ jgn tunggu orang meminta dari kamu...
~ teruskan memberi tanpa perlu menunggu orang meminta dari kamu...

annur sahabatku....
manusia ibarat gelas yg kosong.... dan ilmu ibarat air yg akan ada dlm gelas tersebut..... sebagai manusia, kita kena pastikan gelas tersebut sentiasa mempunyai ruang utk diisi air... jika kamu terus
memenuhkan gelas tersebut tanpa sedikit ruang....air yg dituang akan melimpah keluar.... samalah seperti kamu yg menganggap ilmu kamu sdh cukup sehingga tdk menerima pandangan dan pendapat rakan2 disini yg ikhlas ingin membantumu....

buanglah egomu sahabatku....

Anonymous said...

feez,

baguslah kerana anda mula bertanya-tanya dan tertanya2 ttg perkara2 yg anda nukilkan itu

semoga ianya menjadi pencetus kepada pencarian anda untuk melihat dunia orang lain selain drpd rutin bahagia harian yg anda, keluarga anda, isteri anda, rakan2 anda nikmati sekarang ini

tapi percayalah dan jgn terkejut utk menerima hakikat bhw terlalu byk dunia2 yg amat berlainan drpd rutin harian dunia kehidupan kita

saya tidak berfalsafah dan saya bercakap merujuk kepada dunia sebenar yg dilalui oleh orang2 yg saya kenali

kita tidak pernah belajar dan tdak pernah diajar ilmu psikologi - kecuali ianya hanyalah subjek yg diambil oleh budak2 sastera

ilmu psikologi adalah ilmu "membaca" manusia - ilmu yg sgt dikuasai oleh orang barat tapi asing utk kebanyakan kita

belajarlah "mengenali & membaca" manusia

bermulalah dgn "membaca" orang2 yg dekat dgn kita
"baca" ibu kita - apa kebimbangan mereka...
"baca" bapa kita - apa kehendak mereka...
"baca" isteri / suami kita...apa kata hati mereka
"baca" anak2 kita - apa harapan mereka...
"baca" dan "baca" dan teruskan "membaca"....

maka nantinya kita akan "merasa" betapa bersyukurnya menjadi seperti apa yang kita miliki sekarang ini

sesungguhnya pengalaman setiap manusia itu amat unik dan ia selalunya berlainan daripada diri kita

Anonymous said...

jangan menekan tetapi berilah ruang..
menyelami dan memahami penderitaan orang lain akan menguatkan diri

-xie-

Anonymous said...

"puisi" jgn tunggu orang meminta itu bukan dari Annur

Annur akan sentiasa guna nick Annur

Annur tidak pernah klaim bhw dia sudah cukup

blog ini adalah luahan rasanya..ia bukan pula blog ilmu

marilah "berkongsi" rasa

jika kita "rasa" Annur tersalah atau bila kita "rasa" Annur sudah tersalah...cepat2lah kita semua doakan kebaikan untuknya, juga utk kita semua

saya hanya menyeru supaya kita semua lebih prihatin utk memerhati perlakuan manusia, cuba memahami, cuba menyelami rasa hati mereka semoga usaha kerdil kita dpt melegakan apa2 keresahan di dalam hati sanubari mereka

kita sendiri bila resah-gelisah, atau sudah terbuat salah, atau apa2 yg merunsingkan kita...pertama ialah....kita nak luahkan dan nak cari orang yg sudi mendengar luahan hati kita

kita tak mahu dengar orang terus menyalahkan kita, mengejek kita, mencaci kita atau terus menerakakan kita...kita sentiasa mahu diberikan peluang kedua..ketiga...utk sentiasa boleh memperbaiki diri

" kau yg tak rajin, tu sebab gaji tak naik"
"orang dah cakap, tak nak dengar, now padan muka'
"tengok aku, ok je sebab aku berdisiplin, kau ni macam apa je"

perkataan2 sebegitu, jika ditujukan kepada pokok bunga...lama2 pokok bunga tu pun akan cekeding, layu dan mati....

kalau setakat berada di alam maya...sampaikan kata2 yg membina kerana ia merupakan sebuah doa yg sgt indah utk dibaca

Anonymous said...

lihatlah diri kamu annur... soalan feez tdk dijawab malah dijadikan perbalahan... pada kamu... pertanyaan feez dinukilkan sendiri oleh feez.. bkn hanya feez setiap org yg baca blog ni pun nak tau apa sebenarnye masalah kamu.... ada sejarah silam ke??? blog ni tersangat menakutkan... kata2 puitis yg tersgt mendalam dgn emosi yg xstabil diluahkan menerusi penulisan kamu annur...
bile org tanya, maksudnye, org tu ikhlas nak bantu kamu...so xde la org nak exaggerates life story kamu.... sy sendiri nak tau apa yg kamu pendamkan annur... ... apa yg kamu benci sgt dengan kehidupan yg kononnya diluar fitrahmu itu??

annur... pls Learn to admit your mistakes, before someone exaggerates the story.

insan kerdil

feez said...

Xie,
Kita tidak menekan, kita ingin betulkan...menyelami penderitaannya ya sekarang kita ingin bantu annur keluar dari sisi gelap khayalnya lah...

Apa yg dideritakan? Apa masalahnya?

Sebagai masyarakat btgjwb sy tak ingin lg lihat ada 'psychotic disorder' yg keliru dgn diri sendiri seperti jayanegara berlaku lagi....apatah lagi melibatkan nyawa org ramai diluar sana yg akn menjadi mangsa....sudahlah salah, bawa pula pengikut yg taksub sehinggakan lupa diri, ibu bapa,suami dan ank2....

Jgn tggu sehingga lahir jayanegara kedua wahai teman2....atau melihat mangsa korban kerakusan nafsu amarah sebegitu...baru kita nak terngadah lagi.

Buat annur, carilah penawar dan penenang jiwa..ramai org yg sygkn anda bukan anda hdup dlm khayalan seorang diri. Keluarlah dari teori2 semua ni, ilmu psikologi yg blh membawa kemurungan dan kemudaratan.

Anonymous said...

annur..jgn sesekali menafikan puisimu... hanya pembaca blog yg baru tdk kenal hasil nukilanmu sahabatku.....

Anonymous said...

annur... aku sahabatmu... aku pernah terjebak dgn dunia ilusi ni... kita sama saja annur... bezanya, aku tlh kembali ke jalan yg lurus dn bertaubat dan terus bertaubat moga aku diampunkan dosa2 yg lepas semasa jiwaku hitam diselubungi dunia yg direka sendiri dan disokong kawan2 di lam maya yg turut sama tersesat.... kembalilah sahabatku....

feez said...

Ya sy amat bersetuju dgn komen insan kerdil,

Blog ini sebenarnya luahan rasa dgn emosi yg tidak stabil oleh annur...jelas sekali kekecewaan dan marah dgn dunia sama seperti membaca blog jayanegara...kduanya menulis dgn puitis serta ada unsur ketuhanan dan keagamaan wlupun dikatakan ini bukanlah blog ilmu tp luahan rasa. Luahan rasa yg emosinya gelap, kabur, marah, kecewa dan berontak...
Amat tidak stabil emosinya....
carilah penenang jiwa...bacalah al quran...

Jika sekalipun kecewa benar dgn dunia ini,
Ingin melihat daulah bangkit,
Ingin kembalikan kegemilangan islam,
Ingin melihat imam mahadi dtg menyelamatkan umat akhir zaman,

Bukan tugas kita sebagai manusia kerdil diatas muka bumi ini menghukum manusia lain dgn amuk..bukan.
Bukan tugas kita utk lepaskan amarah dgn tindakan gila....bukan.
Bukan tugas kita utk mbuat percaturan,merubah sistem dan berontak mbuta tuli....bukan.

Semua itu akn tiba...daulah islam akan bangkit dan imam mahadi pasti akn muncul juga.

Tugas kita beribadah, dekatkan diri dgn Allah swt dan hdup rukun dan damai sesama manusia. Sucikan hati dan tenangkan jiwa.

Tulisan kamu annur menakutkan...kamu murung...sisi kamu gelap dan emosi kamu tidak stabil..
Tidak lgsg mggambarkan keceriaan dan kebahagiaan.

Tp bila diberi nasihat,teguran oleh kawan2 disini kamu mula ketawa, bangga diri dan seolah mperlekehkan kesedaran masyarakat yg simpati thadap kamu..kamu ketawa dgn joke2 kamu yg seolah hilang berontak kamu, hilang amarah kamu, cerianya kamu.....lari dan tidak lg seperti an nur yg menulis dgn sisi gelap dan penuh kecewa...psycho.

Emosi kamu tidak stabil annur...

Anonymous said...

Salam.

Siapa kamu semua yang masuk ke teratak orang dan berkata bagai2 kepada mereka? Ya mungkin benar mereka salah, atau mungkin saja mereka benar, itu bukan jalan untuk kamu2 masuk ke sini dan bersikap biadap. Mahu tegur, ya baik itu tapi tegur dengan hikmah bukan mudah saja bicara orang ini sesat orang it salah orang sana gila orang sini sakit.

Manusia seperti kamu2 ini lah yang buat rosak dalam masyarakat, manusia seperti kamu2 ini lah yang konon nya mahu bertanggungjawab sesama bangsa atau agama atau apa saja label yang bisa kamu berikan, tapi sebenarnya manusia2 seperti kamu lah yang buat manusia2 seperti mereka semakin menjauh dengan kita, dan buat manusia2 seperti aku jelik dan lelah.

Buat pemilik teratak, ketahuilah aku suka tulisan kamu, dan maaf ya dari aku, kerna baru jumpa teratak ini setelah ceritanya menjadi meluas sebegini. sungguh aku harap aku dapat ketemu teratak ini lebih awal dan nikmati setiap patah tulisan yang penuh rasa ini.

Aku harap kamu terus menulis, dan moga2 sepanjang penulisan kamu nanti kamu akan ketemu diri kamu, dan membawa terus kepada Tuhan mu, insyaAllah. =)

-R1-

Anonymous said...

salam sdr R1...terima kasih buat kunjungan...sesungguhnya ketahuilah..didalam blog ini terlalu banyak persahabatan yg terjalin...kami mesra seperti sebuah keluarga...biarpun selalu selisih pendapat,terutama sy dan kakak...tapi air dicindang takkan putus...kenalilah kami...

salam perkenalan annur hulurkan...:)

-Annur-

Anonymous said...

Salam Annur,

Pertamanya, bersabarlah.. dan teruskan kesabaran.. Ramai yang tidak mengerti gelodak jiwa dalam mencari Allah.. namun ramai juga memahami.. cuma segelintir sahaja yang melalui jalan Salik menujuNya, yang lain sekadar berbicara bahasa tinggi tanpa berkeinginan mencebur diri...

Sekadar pesan seorang faqir, jalan menujuNya penuh duri-duri tajam, ranjau-ranjau bisa, bunga-bunga segar, buah-buah nikmat, warna-warni keindahan, puisi-puisi syair.. Sesetengahnya menyakitkan.. sesetengahnya mengasyikkan.. Tetapi semua itu masih merupakan hijab yang menghalang jalan kepadaNya.

Hanya dengan menyerahkan kepercayaan kepada ArifbiLlah sahaja dapat membantu kita melalui ujian-ujian dan hijab-hijab. Kerana pada ArifbiLlah itu tergenggam Pertalian Suci (Isnad)yang sah sehingga kepada Haa Miiim lagi Yaa Siiin (yakni RasuluLlah SAW). Rantaian isnad mencerahkan suluhan yang kelam, meredupkan silauan yang terang. Ramai terkandas dengan duri-duri, tetapi lebih ramai yang kandas dengan buah-buahan nikmat, sangka mereka itulah nikmat yang dianugerahkan, rupanya nimat itu adalah ujian yang melekakan dari maksud asal, iaitu "Allahu Ma'sudi warehoka matlubi"..

Mungkin sesetengahnya beralasan dengan puisi-puisi dari Syaikh Jalaluddin Rumi, atau kalam-kalam Syaikh Ibnu Arabi atau anekdot-anekdot Syaikh Ibrahim Adham atau kisah-kisah Rabiatul Adawiyyah.. Seolah-olah kita adalah pakar dalam mengurai bicara sufi.. sedangkan langkah pertama kearahNya belumpun dihulur.. Keteguhan Tauhid dan Usuluddin masih dilingkungan Taklid.. Kesahihan Sah batal hukum masih diragu-ragu.. Kemurnian akhlaq masih dicemari mazmumah.. adakah dengan ini kita layak berbicara bahasa kesufian?

Maka pesan faqir ini hanya menganjur perkara yang asas.. Kerana tanpa asas Tauhid yang haqqul yaqin, tanpa syariat yang sohih dan tanpa akhlaq yang muhsin, dan tanpa Guru yang ArifbiLlah lagi sempurna isnad, maka batallah (tidak sah)sangkaan diri bahawa kita berjalan menujuNya melainkan bagi mereka yang Majzub.

Sekadar pesan Faqir kepada saudari Annur dan mereka yang beroleh manfaat darinya..

Allahu Al Alimul A'lam
Alfaqir HambaAllah
www.bicarasufi.com

feez said...

Baca pesanan bicarasufi tu annur,

Ttg keseriusan ayat yg disampaikan oleh beliau dgn penuh lembut ibarat menarik rambut dlm tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak dlm menjaga hati semya pihak...jln mencari Allah antaranya berguru dengan guru yg arif bukan yg kabur seperti jayanegara@abu yg anda dan dhada sanjungi itu...

Ayat nasihat sy mungkin agak kasar, namun ketahuilah annur, sy serta kwn2 lain disini sygkan anda..

Anonymous said...

feez


"Buat annur, carilah penawar dan penenang jiwa..ramai org yg sygkn anda bukan anda hdup dlm khayalan seorang diri."

meluahkan rasa merupakan satu cara utk menenangkan diri supaya apa yg terbuku diminda dan hati dpt dilontarkan keluar serta tidak berulang2 menyerabuti diri
blog ini adalah luahan rasa
berapa ramai orang yg sanggup dan mahu utk mendengar celoteh, rintihan dan omelan dari seseorang yg lain....lebih baik tengok bola fifa 2012 kan....bising saja...
sanggupkan kita lepak dan join dgn mertua kita yg asyik bercerita benda yg sama setiap hari dan masa, cerita yg lansung tak berkaitan dgn kita, cerita2 masa dulu yg kita belum pun wujud di waktu itu
cerita itu dan cerita ini
jika anda sanggup...anda adalah seorang yg hebat...
tapi akhirnya..si ibu mertua itu ditinggalkan sendirian, mengomel sendiri, berkata2 sendiri...asalkan dia dpt ringankan bebanan perasaan yg selama ini menyelubungi dirinya

feez, anda dikelilingi oleh org2 yg sgt sayangakan anda, anda tidak pernah keseorangan dan sentiasa ada org yg mahu mendengar luahan rasa anda..tetapi adakah semua orang menikmati apa yg anda ada sekarang? tidak bukan...?

baguslah bila anda rasa anda kuat, emosi anda stabil, duit anda banyak, makan selalu kenyang, kereta anda besar dan segala seribu nikmat yg dipinjamkan kepada anda. tetapi adakah semua orang begitu? tidak bukan...?

"Keluarlah dari teori2 semua ni, ilmu psikologi yg blh membawa kemurungan dan kemudaratan."

feez, manusia yg bernyawa didunia ini mempunyai rasa, dan ia bukan teori. anda rasa Annur tidak stabil emosinya. itulah kenyataan sebenar dari hati anda...bukan teori kerana anda telah mengucapkannya.
ilmu psikologi adalah utk faham tabiat dan kelakuan manusia supaya kita boleh lebih prihatin kepada manusia lain
Annur tidak pernah mengajar ilmu psikologi
ini adalah blog luahan rasa

rasa itulah realiti kehidupan sebenar..ingat ia bukan teori ya...

apakah rasa perasaan anda sekarang feez?

Anonymous said...

"annur..jgn sesekali menafikan puisimu... hanya pembaca blog yg baru tdk kenal hasil nukilanmu sahabatku....."


"puisi" jgn tunggu orang meminta itu bukan tulisan Annur

ia adalah dari saya

gaya tulisan Annur berbeza..dia lebih kepada luahan rasa yg lebih melebar serta lebih mendalam

ia adalah dari saya...bukan dari Annur

Annur juga bukan saya

okay?

Anonymous said...

feez

"Ayat nasihat sy mungkin agak kasar"

rasa hati manusia itu sgt lembut
byk juga lenggok serta selok beloknya

kata2 walaupun agak kasar, namun ia menjadikan keadaan lebih berserabut

andalah orang pertama yg akan dihindari oleh pencari kedamaian hati sebelum mereka habis membaca nasihat serta teguran anda

sebab itulah orang2 tua dahulu suka berkias2, cakap berlapik2 semasa memberi teguran supaya org yg diberi teguran itu tidak terasa hati, tidak terus merasa dinerakakan, tidak rasa terpinggir

supaya org yg diberi teguran itu berfikir..kenapa mak aku cakap aku ni pekak badak...aku cakap tak kuat ke..mak aku yg tak dengar ke...

feez, kalau diikutkan, dah bosan dengan kata2 dan teguran yg agak kasar ni

hari2 dan setiap masa kita tengok dan dengar melalui media2 serta dari pengalaman sendiri

disebabkan tak setuju sikit je dgn pandangan dia.....dah kena pelangkung...kata kita ni sokong orang ni, sokong orang tu

tiada ruang lansung utk saling mendengar dan bertukar2 idea, pengalaman, cerita...

kita kena asyik dengar dan setuju dgn kata2, pendapat dan cerita dia saja....

feez, anda sangat bertuah dan terlalu bertuah kerana akan ada org yg sentiasa mendengar luahan rasa anda, sentiasa bersama anda memenuhi keinginan anda..tetapi adakah semua orang begitu? tidak bukan....?

utk dapat jawapan apa masalah manusia ...maka dengarlah luahan rasa mereka

Anonymous said...

feez,

saya jumpa komen anda seperti dibawah:

" Sekarang ini nmpaknya ada juga yg berpuitis gila seperti mereka dan menyokong...bukan memberi nasihat yg berguna utk annur kembali ke pangkal jln dan keluar dari kepompong sakit mentalnya berilusi sendiri dgn tulisan karya pujangganya..."

http://buasirotak.blogspot.com/2012/07/ketaksuban-yang-membawa-padah.html

anda kata saya berpuitis gila kerana saya pesankan supaya jgn tunggu org meminta baru kita hendak memberi?
saya hormat dan hargai pandangan anda itu

feez, alhamdulillah kerana anda dipinjamkan dengan segala kemewahan hidup, kemudahan, kekayaan dan apa2 saja yg anda inginkan
tetapi adakah semua orang begitu? tidak bukan?

"Semoga mereka diberi hidayah Allah swt."
terima kasih diatas doa anda

feez said...

Itulah sebab mengapa sy dan kwn2 lain ingin tahu seperti soalan sy sebelum ini,

Apakah masalah annur sebenarnya?
Berilah jwpn mungkin ada jln keluar...bukan kita asyik seperti sdr anon katakan kita harus dgr luahan rasanya....sampai bila mahu dgr...smpai bila kita harus mberi annur berilusi sendiri dgn dunia gelapnya..

Adakah annur kurang kasih syg keluarga, adakah dia mpunyainsejarah hitam dlm hdupnya sebelum ini...
Berilah jawapan mungkin ada pencerahan dpd kwn2..

Jika anonymous masih biarkan..biarkan dia berilusi..annur akn terus khayal dlm dunianya...tanpa kita dpt merungkai dan mbantunya...

Mahu tggu lahir lg jayanegara kedua?
Mahu lihat keselamatan diluar sana terancam dgn amukan gila lagi? Mahu ada lagi insan yg taksub dgn pemikiran yg sakit ini yg secara tak lgsung membawanya bersama dlm amukan semberono?

Sy tidak rela itu berlaku..sy juga ingin annur keluar dari sisi gelapnya...beritahu apa masalahnya....bukan terus berilusi sendiri.

Percaya ckp sy, jika amukan tempoh hari memakan mangsa dan korban org awam yg lain tentu pasti jayanegara dikecam hebat dan dianggap gila atau sesat. mujurlah tiada.... Jadi inikah idola annur,sanjungan annur dan dhada? Keluarlah annur dari luahan rasamu....luahkanlah apa permasalahanmu kpd yg arif bijaksana diluar sana yg ingin mbantu dpd kamu terus menyempitkan pemikiranmu sendiri..

Anonymous said...

salam semua,

annur...terlalu banyak pendapat, nasihat, teguran,emosi, dan ada juga kadangkala terselit kata2 sindiran, ejekan, kutukan, utk pemilik blog ni....

apa yg boleh sy katakan... maafkan lah mereka yg mencaci anda .. mereka mungkin sedikit kecewa dgn anda yg mentertawakan nasihat dn teguran rakan2 lain serta anda bersikap tdk serius bila bantuan mahu dihulurkan...

sepertimana yg sentiasa menasihat dn menegur serta yg menjalinkan persahabatan dgn anda menerima maaf yg kamu pinta bg pihak dhada & keluarga...

maaf juga dari sy bg pihak rakan2 yg mencaci kamu.

-sahabatdikalasunyi

Anonymous said...

hi semua... komen dibwh diambil dr blog buasirotak... sila pahamkan dgn teperinci....


--->
Hai buasir otak..this girl, ina@muhdalena ahmad used to be my very close friend until my age of twelve.we seperate and lost contact after i go to boarding school at perak.
to tell u the truth she is smart, kind, caring and lovely. me and a bunch of girls and also her were so close with each other and we believe to explore anything as long as we together. that is how i describe our friendship.
i am one in her fb friend so i just know when she suddenly obsess with something so called sejarah ketuanan melayu, and everything about that particularly. i once asked her personally where actually she knew these kind of information because it seem too discrete and underground for me.it is not usual for a commoner to know about it.
she replied with some links..that is the last time my communication with her.
i hope she found the truth and back to Allah because as one of her friend im really sad with whatever happen to her and her life right now.

feez said...

Entry ini saya petik dpd blog anginperubahan.blogspot.com yg ditulis semalam 13 julai 2012. adakah penulis blog yg diambil keterangan oleh polis adalah annur...wallahualam. Sila baca.

SHAH ALAM – Seorang lelaki dan seorang wanita ada hubungan rapat dengan Khalil Afandi Abd Hamid serta Muhdalina Ahmad, dipercayai individu yang menghantar pasangan itu ke Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya, Isnin lalu.Mereka dipercayai menghantar Khalil Afandi, 47, dan Muhdalina, 28, dengan sebuah kereta Proton Gen 2, warna emas, milik wanita terbabit dan kemudian mereka diarahkan pulang oleh Khalil sebelum berlaku kejadian amuk, kira-kira jam 2.30 petang.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, polis mengambil keterangan isteri Khalil Afandi dan suami Muhdalina bagi membantu siasatan.“Saya sahkan percakapan pasangan itu sudah direkodkan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.Difahamkan, kedua-dua mereka dibebaskan selepas keterangan mereka dirakamkan, kelmarin.Abdul Razak berkata, selain isteri Khalid dan suami Muhdalina, tiga lagi individu telah memberi keterangan kepada polis bagi membantu siasatan kes amuk tersebut.    Menurut Abdul Razak, seorang daripadanya adalah penulis blog.“Kita siasat segala kemungkinan terhadap semua individu yang dipercayai mempunyai maklumat bagi membantu siasatan."Setakat ini, hanya lima individu sudah dirakamkan percakapan,” katanya. Abdul Razak bagaimanapun enggan mengia atau mengesahkan sama ada penulis blog yang terbabit dengan siasatan kes itu adalah aktivis media maya yang terawal memuat naik laporan dan visual kejadian itu ke Youtube.Dalam kejadian Isnin lalu, Khalil Afandi dan Muhdalina, yang bersenjatakan pedang samurai, mengamuk di pekarangan JPM.Khalil Afandi juga mendakwa diri sebagai imam Mahadi dan melaungkan ‘Allahuakbar’ ketika kejadian amuk tersebut.Polis terpaksa melepaskan tembakan di  mana Khalil Afandi cedera di lengan kiri dan bahagian ari-ari, manakala Muhdalina ditembak di paha kanan.Khalil Afandi bagaimanapun disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya sementara Muhdalina dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di hospital sama.

Anonymous said...

salam,sejak bila arwah abu jadi idola saya?kasihan kamu wahai saudara feez...segala cerita telah ada di dalam blog ini,tinggal kamu teliti dan amati saja setiap kemesraan kami...sesiapa pembaca lama blog ini pasti tahu sy slalu tidak sependapat dgn dhada dan arwah abu...mereka mementingkan kepercayaan,sy mementingkan kasih sayang...bagi sy sesiapa saja yg sesyahadah adalah saudara saya...begitu juga kamu feez,kamu juga saudara saya...tapi malangnya,kelihatan kamu itu sungguh baik hati mencari kisah orang lain,mencari salah orang lain,menceritakan segala aib orang lain...sungguh kasihan kamu...kamu kata saya ego,pasti...setiap manusia pasti punya ego...kamu ada ego atau tidak?saya pun tak pasti...tapi kelihatan kamu sepertinya seorang manusia suci tanpa ego...sy kagum dgn kamu,kagum dengan sifat ingin tahu kamu ttg manusia lain...ingin sy bertanya satu soalan pada kamu...apa warna langsir jiran sebelah rumah anda?

salam perkenalan dari saya...

-Annur-

Anonymous said...

tentang kebenaran media,saya tak mahu mengulas lanjut,cukup dengan hanya satu ayat...sy minta semua fikirkan....

sedangkan nama kakak saya pun salah ejaannya,inikan pula cerita yg lain...utk pengetahuan semua,nama kakak sy muhdalena...bukan muhdalina...

blog ini sy buka utk bertukar2 pendapat,beramah mesra,saling mengenali tanpa prasangka buruk,ini bukan blog konspirasi,bukan pula blog politik,apatah lagi blog yg menceritakan aib orang lain...sedangkan setiap kata2 saya di dalam post ini masih belum sesiapa rungkaikan,masih mahu bercerita ttg isu hangat terkini...bahagia agaknya mendengar cerita aib manusia lain?

-Annur-

Anonymous said...

salam sejahtera pula saya ucapkan buat sdr sahabatdikalasunyi....saudara/i ketahuilah kami disini sgt terbuka hati utk sesiapapun...mereka yg datang dgn budi bahasa,akan kami sambut dgn budi bahasa...tapi jika sebaliknya,maaf jika saya terkasar bahasa...saya manusia biasa,pasti punya rasa marah...sedaya upaya saya cuba kawal rasa itu tanpa sebarang caci maki yg menghina sedangkan saya berhak berbuat sebegitu...

sy suka kelembutan hati anda...anda apa khabar?semoga sejahtera selalu hendaknya...:)


salam perkenalan saya hulurkan...saya budak baru belajar,kalau salah mohon sdr tunjukkan...kelembutan hati anda ibarat permata buat saya...kenali kami,kami bukan sesiapa,cuma manusia biasa yg mahu berkawan dan saling mengenali sesama manusia...:)

-Annur-

feez said...
This comment has been removed by the author.
feez said...

Masyarakat ingin tahu apa yg berlaku an nur..

Sy terbaca entry dlm sebuah blog suami muhdalena ahmad berkata isterinya terjerat dalam fantasi khalil afandi. Sehinggakan temubualnya bersama wartawan sinar itu mengatakan, muhdalena terlalu taksub wlupun berkenalan hanya di laman blog dan facebook dan mempercayainya imam mahadi sehingga sggup tggl di rumah khalil sehingga membawa episod ngeri itu.

Bahaya sungguh..bermula dari blog luahan rasa dgn diselitkan unsur ketuhanan lah maka sehingga ada yg taksub dgn fantasi ilusinya...

Anonymous said...

AKU HENSEM

Kecewa bercinta?

Relax. Sedangkn Irma Hasmie menemui cinta dengan org yg tk dikenali

Sooner or later u find ur true love

Anonymous said...

annur..dhada.. kamu telah berkenalan rapat dgn arwah bkn dlm ms singkat.... kamu kenal siapa sebenarnya abu, ariff affandi bin khalil affandi.. jaya negara dn sbagainya.... tp kamu menafikan apa yg dikatankan oleh feez.. ttng kamu menjadikan abu sbg idola... hmmm... ntah lah... lihat sendiri entry kamu di blog ni menenai "pemergian" ABU... (kononnya.. padahal.. cuma blog abu je yg dah padam)

---> hmm...hujan semalam benar2 seolah menangisi pemergian sahabat...
wahai sahabat,moga tenanglah dikau di alam sana...
segala pesanmu akan cuba kami semat dalam hati...
perkenalan denganmu ibarat mimpi dalam mimpi bagi kami...
biarpun hanya sebentar,Tuhan telah tetapkan cukupla itu bagi kami semua...
telah kau ajar kami bahawa ingat mengingati sesama sahabat ibarat doa yang tiada terputus...
biar mereka menghina keberadaanmu pada mulanya,tiadalah kami kisah kerana sesiapa saja yang bersyahadah adalah saudara kami jua...
setelah berkenalan,benar hatimu lembut wahai sahabat...
tiadalah siapa yang mampu membalas jasamu sebarkan ilmu pada kami melainkan Allah jua yang sanggup membalas segalanya...

cerah di pagi ini membuatkan kami tahu,perjuangan tetap perlu diteruskan,wahai sahabat...

semoga ditempatkan di tempat orang2 yang beriman...

Al Fatihah buat arwah Abu Bakar...salam takziah dari kami buat sahabat karib arwah,Ali Osman dan tidak lupa juga pada keluarga arwah...

ps: kepada semua,dunia ini hanya sebentar,bilakah titik akhir perjalanan kita,hanyalah Tuhan yang tahu...tapi selagi hayat dikandung badan,usaha perjuangan perlu diteruskan...

-Annur-


annur.... nampak x disini kamu bermain dgn ilusi dan emosi kamu sendiri... org yg tidak ujud dianngap tlh pergi.... padahal jasadnya msh ada.... kamu jgn lah cuba menegakkan benang yg sudah basah... kata2 feez ada btolnya..... jgnlah saling berbalah.... feez bukanlah menyibok hal kamu.. cuma mahu menolong kamu keluar dari dunia ilusi fantasi khayalan yg jelas2 dinyatakan dlm blog ni oleh kamu sendiri.... mmg kamu ada hak utk marah... tp kamu juga perlu bersikap jujur menceritakan yg benar.. bkn menafikan benda yg sah2 ada kat entry ni.... maaf dari sy andai kata komen ni membuat anda terasa hati.....

alin*

Anonymous said...

annur.. bg kamu isu nama dieja silap oleh pihak media sgt besar.. hingga suruh difikirkan pulaaa..... hmmmmmmmmm nampaknya mmg pemikiran kamu sempit... bila ramai yg bertanya mahukan kebenaran dr mulut kamu sendiri kamu balas dgn kata2 sindiran penuh amarah yg tersirat??? bagaimana masyarakat nak tahu perkara sebenar kalo kelakuan kamu begini???????

Anonymous said...

salam semua...

maafkan saya.. feez..
semua komen2 disini tlh sy baca dan sy sgt memahami niat suci kamu... baik sungguh hati kamu utk membantu annur... sy juga tidak keberatan utk sama2 membantu sesama insan.... masih ada lg insan baik disini... setiap manusia mempunyai ego dlm diri sendiri.... begitu juga saya, feez dan annur....

pendapat saya... mungkin annur tdk bersedia menyambut bantuan melalui blog, tidak percaya dgn rakan2 disini yg mungkin padanya hanya mahukan cerita disebalik peristiwa yg terjadi... semuanya personal.. tdk mahu membuka aib darah daging sendiri... sebagai manusia, kita juga kena hormat perasaan annur yg sudah banyak menderita dgn peristiwa hitam membabitkan kakak kesayangannya....
mungkin annur lebih sedia jika teman2 yg rpat, dan lebih mengenalinya secara peribadi dan berada di alam realiti..serta keluarga sendiri yg menghulurkan bantuan utk dirinya dan dhada...

sy pasti... bila masa yg sesuai tlh tiba... annur sendiri dgn rela hati mencatat entry di blog berkenaan peristiwa hitam ini dan meluahkan perasaan yg terpendam.. berilah annur masa utk mecari dan mengenali dirinya sendiri...

kami disini mendoakan yg terbaik utk kamu...

komen ni hanyalah pendapat sy....

sahabatdikalasunyi...

Anonymous said...

salam annur....
maafkan sy jika persolan yg ditanya ini dianggap menyibok pula... sy tertarik dgn entry anda/kakak anda yg ada tertulis

---->

Mungkin ada diantara anda yang tergelak membaca semua persoalan yang telah saya kemukakan,dan mungkin ada saja yang berkata ini semua mengarut...


tetapi salahkah kita berfikir sejenak dan cuba keluar dari kotak pemikiran manusia biasa?dan...siapa tahu,mungkin persoalan2 ini bakal membuka satu lagi alter terahsia anda???

Berfikirlah...kerana dengan berfikir kita mampu menghilangkan kebosanan hidup...itu sahaja dari saya buat masa ini...berjumpa diruangan komen!

annur... sy ingin tahu..

pertama... bagaimana cara kita nak berfikir dan keluar dari kotak pemikiran manusia biasa?? pada sy kita semua manusia biasa... xdpt nak bayangkan menjadi org/benda lain utk berfikir malampaui batasan pemikiran manusia biasa...

kita dijadikan oleh NYA sebagai manusia yg lemah..kerdil...dgn batas pemikiran yg tlh dihadkan sebagai seorg manusia... bagaimana hendak berfikir sbg bukan manusia biasa??


kedua... adakah manusia biasa bg anda adalah manusia yg normal??

ketiga.. spt kata2 anda...adakah anda yakin dgn berfikir melampaui batas sebagai manusia biasa btol2 dpt menghilangkan kebosanan hidup?? tidakkah ini mendorong utk kita berada di alam khayalan yg direka oleh ilusi sendiri melalui emosi yg diluar batasan???


sy ttp menunggu penjelasan anda kerana sy begitu berminat dgn entry anda yg sgt puitis

-manusia senyum

feez said...

Terima ksh kpd rakan2 yg menyokong saya,

Org yg selalu meluahkan rasa duka, sedih, kecewa dan marah dalam luahannya jelas sekali dalamannya menghadapi kemurungan....emosinya tidak stabil kerana sering cemas, murung dan marah kpd semua. Berilusi sendiri, merewang berkhayal dialam maya yg penuh misteri...

Itulah yg berlaku jika kita baca blog khalil afandi@jayanegara...berilusi,berkhayal dan melepaskan amarah pada dunia...menyelitkan unsur ketuhanan/keagamaan yg akhirnya dia terperangkap dalam fantasinya sendiri mula mengangkat dirinya hebat, penyelamat umat akhir zaman dalam menjayakan 'luahan emosi tidak stabilnya' dgn amukan. Malangnya ada juga pengikut/penyokong blognya yg tertewas dgn pemikiran sempit yg akhirnya menjebakkan dia sama menyertai luahan rasa emosi tidak stabil khalil tadi..

Annur cenderung kpd tulisan khalil serta merupakan penyokong/pengikutnya bersama kakak muhdalena. kekhuatiran kami adalah annur akan terperangkap dlm fantasi ilusi sendiri sama seperti khalil atau yg lebih bahaya ada insan yg menyokong pemikiran gelap kamu....

Keluarlah dari ilusi ini annur...kami semua simpati pada kamu...kamu sehingga kini seperti masih bersetuju dan menghalalkan apa yg telah dilakukan khalil bsama kakakmu...

Annur, kami rakan2 kamu....
Keluarlah dari dunia fantasimu...beritahulah atau jumpa org terdekat dgnmu yg blh membimbing kamu...bkn kamu sendiri di alam fantasi melayan masalah dan pemberontakan jiwa kamu....cukuplah satu khalil, kami tak mahu berulang lagi kerana rosak minda bdan binasa annur...

Jgn sia2kan masa mudamu annur...
Keluarlah dari ilusi dan fantasi gelap ini yg kamu katakan luahan rasa takut ia boleh membinasa.

Kami semua sayangkan kamu annur.

Anonymous said...

feez...kita syng rakan2, saudara sesama islam... nmun persoalannya... diorang ni syng ke diri diorng sendiri?? annur katanya sgt syngkan kakaknya dhada.. ada dicatatkan komen di buasirotak bahawa dia neutral.... neutral ke??? kalau die neutral... die leh bezakan realiti@ilusi... leh bezakan benar & salah... halal dan haram... kalo neutral... die mesti xbg akak die kwn ngn jayanegara tu... kalo neutral... mesti die dah btau kat famly die ttg kegiatan akak die tu... ni die tau, tp xde pun cube nak halang akak die dr tros2 percaya ngn jayanegara... die biar je walaupun kononnye tahu akak die nye perasaan dn luahan hati... die pun ade je komen2 ngn jayanegara tu.... tu kot yg neutral bg die.... tu kot yg kononnya berfikir diluar kotak pemikiran manusia.... nasihat dah bg... teguran pun dah.... kite xleh paksa dia... die cume leh kuar dr masalah die sendiri kalau die btol2 ikhlas nk kembali ke alam nyata....
kan annur yg neutral???

-akupunneutralgak...........

feez said...

Jika di laman fb muhdalena kita dpt lihat profile picnya adalah watak manusia yg mukanya diconteng seperti badut yg diambil dpd pementasan teater indonesia berjudul I La Galigo, di blog annur ini pula gambar joker serta gambar2 yg penuh suram ...kedua adik beradik perempuan yg arah pemikirannya seperti khalil afandi.

Joker itu ketawa diluar, tp dalamannya sakit...psycho..

Annur, keluarlah dari dunia fantasi ilusi suram dgn luahan rasa berontak kamu, bahaya dik...bahaya.

Kami semua rakan2 disini sygkan kamu,
Apatah lagi ibu,ayah,saudara mara serta kenalan terdekat kamu yg jelas tidak menyangka dan terkejut anak mereka dan isteri kpd abg ipar kamu blh berubah sekelip mata dan kabur sekali arah tujunya.
Jgn lah kejutkan dunia lagi sepertimana kakakmu annur....

Semua org sayangkan kamu.

Anonymous said...

tak sabar nak baca komen2 annur, mane annur ni... ishhhh kat blog buasirotak leh plak reply komen.. kat sini xreply pun pertnyan kawan2 kite tu.... tgh bukak buku sastera or tgh pikir diluar kotak pemikiran manusia utk jwb soalan2 kat atas tu annur???????

kawankamugakni

Anonymous said...

tertarik dengan komen seorang sahabat ...

khas utk annur/dhada dan semua umat islam termasuk sy..

semakin jauh jurang kita dan tuhan, semakin tinggi nilainya, semakin manusia merasa dirinya dekat dan mengenali tuhan, mereka akan bertambah ego dan berlumba-lumba untuk menjadi siapa yang paling dekat dengan khaliknya... sungguh manusia tak sedar diri...



-sy manusia biasa je....

feez said...

http://ahmadzikron-zikron.blogspot.com/2012/07/pengakuan-suami-muhdalina-ahmad-mohd.html

http://ahmadzikron-zikron.blogspot.com/2012/07/pengakuan-suami-muhdalina-ahmad-mohd_14.html

Kebenaran terbukti jua..baca bahagian pertama dan kedua pengakuan suami muhdalena melalui link diatas.

Pendapat saya:

1. Terbukti kegilaan internet dgn membaca blog tulisan khalil yg kabur dgn fantasi dan ilusi yg diselitkan unsur agama yg diambil bulat2 tanpa ditapis mendorong muhdalena sehingga menjalinkan hubungan tanpa pengetahuan suami sehinggakan mahu tinggal bersama lelaki tersebut.

2. Blog tulisan kononnya 'luahan rasa', 'pemikiran diluar kotak manusia biasa' yg pelik dan gila ditambah dgn unsur ketuhanan,keagamaan yg kabur tanpa bimbingan guru yg arif begini blh merosakkan akidah dan membawa kesesatan sehingga projection dpd hasil minda,emosi dan jiwa yg kosong serta kurang stabil ini membawa binasa kpd diri sendiri.

3. Sebelum bertemu khalil lagi muhdalena telah terpukau dan terpesona dgn mainan ilusi fantasi karut khalil melaui bacaan tulisannya..seperti annur inilah yg khayal dgn ilusi dan fantasi sendiri berpuitis pelik dan kabur.sepatutnya suami muhdalena tidak menurut kehendak muhdalena utk bertemu khalil di rumahnya (mungkin diberi mkn minum dan dipukau)
dan beliau perlu merujuk kpd ibu bapa atau sesiapa yg lbh arif tentang rasionalkah membawa isterinya tggl di rumah lelaki yg tidak dikenalinya yg akhirnya pecah juga tembelang si jahil yg bertopengkan syaitan yg sudah lupa pada agama dgn menurut nafsu sahaja.

4. Jelas khalil itu jiwanya sakit..psycho tak ubah seperti si joker dlm filem batman yg lucu, riang tetapi dalamannya psycho yg amat bahaya.

Buat annur,
Kasihan dhada,sampai lupa dirinya yg sebenar.
Kamu belum terlambat....berubahlah..keluarlah dari dunia mistik gelap fantasi ilusimu sebelum ianya membinasakan dirimu atau orang lain.

Anonymous said...

hmmm..dah bace pengakuan suami die kat blog tu... tp.... xleh percaya 100%.... sbb dgr seblah pihak.... arwah dah xde...so xde chance nk dgr kenyataan arwah.... kalo nak lepaskan diri...mmg la leh ckp kene pukau...tp cbe pikir.... pukul 1 diorang dah turunkan jayanegara ngn dhada kat dataran ptrjya n dikatakan pulak jayanegara soh diorang (suami dhada& istri jayanegara)blk....mase ni... jayanegara xde pun ngn diorng kan... dr dataran putrajaya nak gi balai polis ptrjya wat report, dekat je.. 10 min dah leh sampy n dah leh wat aduan utk pastikan keselamatan isteri die.... hmmmm tp ape tindakan yg suami die ambil?? xde pun kan?? tgu isteri cal je????? amaizing......

-saya pelik ngn kenyataan suami die........

Anonymous said...

Suami Muhdalina Ahmad mengakui menghantar isterinya dan Khalil Afandi Abd Hamid ke Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya sebelum kejadian amuk, Isnin lalu.

Mohd Irwan Mohd Foad, 28, yang sebelum itu bersama isterinya tinggal di rumah Khalil Afandi di Sri Kembangan selama empat hari turut mendedahkan diri sebenar lelaki yang mati selepas ditembak polis.

Mohd Irwan juga menceritakan kejadian sebenar sebelum berlakunya kejadian yang menggemparkan negara.-sinar

Sumber: http://ahmadzikron-zikron.blogspot.com Pengakuan suami Muhdalina Ahmad, Mohd Irwan Mohd Foad akui terlibat kejadian Amuk

Anonymous said...

KEJADIAN amuk yang berlaku di Kompleks B Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya Isnin lalu, menggemparkan negara apabila seorang individu menggelarkan dirinya imam Mahdi begitu berani merempuh masuk de ngan menggunakan pedang samurai. Individu itu, Khalil Afandi Abd Hamid, 47, dikatakan mempunyai masalah kecelaruan personaliti, menggunakan Internet sebagai medium untuk menyebarkan fahamannya. Ketika kejadian, Khalil Afandi bersama seorang wanita dikenali, Muhdalina Ahmad, 28. Ikuti temubual khas wartawan Sinar Harian, bersama suami Muhdalina, Mohd Irwan Mohd Foad, 29, merungkaikan di sebalik kejadian amuk tersebut.



Muhdalina seperti dipukau
Bagaimana pula dengan keadaan Muhdalina?

Saya lihat isteri saya bukan seperti insan yang saya kenali. Dia tidak sedar dengan apa yang dilakukannya. Diaseperti dipukau. Dia taksub dengan apa yang dilakukan Khalil Afandi. Apabila sampai ke tahap itu, saya sudah mula syak bahawa dia membawa
ajaran songsang dan berfikir untuk membuat laporan di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), tetapi tidak sempat.

Anonymous said...

Apa yang membuatkan saya pasti Khalil Afandi membawa ajaran sesat apabila dia berkata manusia tidak perlu solat, syurga neraka tidak ada, jangan ikut Nabi Muhammad SAW dan bertegas hanya dia seorang sahaja yang boleh masuk syurga.

Pada ketika itu, saya cuma boleh memikirkan keadaan isteri saya, saya amat risau keadaannya kerana isteri saya amat taksub kepada Khalil Afandi sehingga boleh disifatkan tidak normal.


Apa yang Mohd Irwan lakukan untuk menghalang tindakan isteri sebelum pergi lebih jauh?

Saya pernah mengajaknya untuk pulang dan menjelaskan keadaan yang sebenar tetapi tidak berjaya.
Muhdalina sekali lagi meminta saya supaya tidak menghalangnya untuk berjuang dan dia memaklumkan akan bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Saya tegah tetapi dia sekali lagi menuntut cerai. Saya pasrah demi keselamatan isteri.

Anonymous said...

Saya tegaskan di sini, saya tidak mampu untuk membiarkan isteri tinggal bersendirian dengan Khalil Afandi kerana risau akan keselamatannya. Memandangkan keadaan Khalil Afandi yang dilihat seperti orang tidak normal.

Khalil Afandi juga sering berkata kepada isterinya, “Aku akan bunuh kamu” sekiranya permintaannya tidak dituruti.


Langkah ke Putrajaya
Boleh ceritakan bagaimana peristiwa amuk di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) berlaku?

Saya mengaku, saya dan isteri Khalil Afandi yang menghantar mereka berdua ke Putrajaya.

Anonymous said...

Ketika di rumah, saya tersedar daripada tidur selepas mendengar jeritan Khalil Afandi kepada isterinya, kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Tanpa berlengah, saya terus bangun dan hanya sempat mencuci muka untuk bersama-sama mereka bertiga.

Saya lihat Khalil Afandi membawa dua bilah pedang yang dibalut kemas. Saya dan Muhdalina bersama seorang anak lelaki Khalil Afandi, berusia 9 tahun, duduk di belakang.

Khalil Afandi duduk di bahagian penumpang hadapan manakala isterinya memandu kereta jenis Proton Gen 2 berwarna emas.

Anonymous said...

Khalil Afandi memegang erat dua bilah pedang tersebut. Setibanya di Putrajaya, Khalil Afandi mengarahkan kenderaan berhenti di Dataran Putra, kira-kira jam 1 petang.

Khalil Afandi bersama Muhdalina turun dan kami diarahkan pulang, jika tidak kami akan dibunuh.

Selepas itu saya tidak mengetahui sebarang berita mengenai mereka berdua sehinggalah Muhdalina menghubungi isteri Khalil Afandi dan memberitahu suaminya ditembak polis.

Ketika itu saya tidak mengetahui Muhdalina turut terkena tembakan dalam kejadian tersebut.

Kira-kira jam 4 petang, saya bergegas ke Hospital Putrajaya selepas mengetahui Muhdalina turut tercedera terkena tembakan di paha kanan.

Bagaimanapun, saya tidak dapat bertemu dengannya kerana kawalan ketat polis dan saya diarahkan untuk berjumpa dengan Ketua Polis Daerah Putrajaya, AsistenKomisioner Abdul Razak Abdul Majid. Selepas itu, baru saya dibenarkan melawat Muhdalina yang masih mendapatkan rawatan di unit kecemasan. Muhdalina ketika itu sedar tetapi kelihatan seolah-olah masih belum berada di dunia nyata.

Di sebelah Muhdalina pula terdapat jenazah Khalil Afandi.

Anonymous said...

Muhdalina seperti tidak tahu terlibat dalam kejadian amuk
Bagaimana dengan keadaan Muhdalina ketika di Hospital Putrajaya?

Ketika dia sedar, dia memohon maaf kepada saya tetapi masih tidak mengetahui apa yang berlaku.

Apabila saya ceritakan kepadanya, dia seolah-olah terkejut dan tidak mengetahui bahawa dia terlibat dalam kejadian amuk tersebut. Saya tunjukkan laporan dan gambar pada sebuah akhbar sebagai bukti. Dia terdiam malah terus memejamkan mata.

“Abang, saya tidak tahu. Itu bukan saya...saya tidak buat semua itu.” Itulah kata-kata yang terpacul dari mulut Muhdalina selepas dia melihat laporan akhbar tersebut.

Anonymous said...

Kesihatan Muhdalina ketika ini stabil. Doktor memaklumkan peluru yang tertanam di pahanya tidak boleh dikeluarkan kerana mungkin boleh menyebabkan kecederaan lebih parah.


Bagaimana perasaan Mohd Irwan bila mengetahui isteri terlibat dalam kejadian tersebut?

Suami mana yang tidak terkejut dengan kejadian ini? Saya tidak percaya dengan apa yang berlaku.

Apa yang boleh saya katakan di sini, Muhdalina tidak sedar terhadap apa yang dilakukannya. Semuanya kerana kehendak Khalil Afandi.

Saya sedih melihat keadaan dirinya sewaktu ini. Saya beranggapan dia tidak salah sepenuhnya.

Ketika kejadian, dia tidak sedar. Malah, selepas kembali normal, dia sedikit pun tidak mempercayai perbuatannya itu.

Saya meminta orang ramai tidak terus menyalahkan Muhdalina, termasuk diri saya juga kerana membiarkan perkara ini berlaku.

Jika anda berada di tempat saya...anda akan tahu apa yang saya alami. Saya tidak mampu untuk bertindak kerana khuatir dengan keselamatan diri dan isteri.

Saya minta Muhdalina tidak dijadikan sebagai ‘kambing hitam’ dalam kejadian ini
memandangkan Khalil Afandi meninggal dunia akibat tembakan tersebut.

Saya juga bekerjasama dengan polis dan memberikan semua maklumat yang mereka inginkan. Saya juga mengharapkan Muhdalina dapat dijamin.-sinar

Sumber: http://ahmadzikron-zikron.blogspot.com Pengakuan suami Muhdalina Ahmad, Mohd Irwan Mohd Foad tentang kejadian Amuk bahagian II | zikron

Anonymous said...

die kate die xtau pun ape yg jadi... kene pukau.... tapi... mule2 sedar, die mintak maaf kat suami die kan???? kalo xtau ape jd... mintak maaf utk ape ek???

-ana pun fenin dgn ini cerita...... aiyoooo..... nak lepaskan diri & istri la tu.....

Anonymous said...

nape xkuar berita kol 8 td ek??? ke sy yg tertinggal??? huhu

Anonymous said...

komen dr anon kat blog zikron:

ye ke dia bgtau kejadian sebenarnya??? huh selama aku kenal la usop ni, dia sangat licik...en polis tolong siasat latar belakang dia dan apa yg dia buat untuk keewangannya...dia tak keje pun...



Sumber: http://ahmadzikron-zikron.blogspot.com Pengakuan suami Muhdalina Ahmad, Mohd Irwan Mohd Foad akui terlibat kejadian Amuk | zikron

feez said...

FORBLOGGER.NET
(lagi pengakuan dpd rakan baik muhdalena...sebelum baca ini baca dulu entry diatas berkenaan pengakuan suami muhdalena)

MUHDALENA MINTA PERCAYA KIAMAT SUDAH DEKAT

KLANG – Tiga hari sebelum Muhdalina Ahmad (28) mengamuk bersama seseorang lelaki di JPM Putrajaya, beliau didakwa memberitahu seorang kenalannya bahawakiamat akan berlaku dan imam Mahadi akan muncul dalam masa terdekat.Menurut kenalan wanita itu, mereka bertemu kali terakhir pada 6 Julai lalu ketika Muhdalina datang ke rumahnya di sini memberitahunya akan berpindah ke Balakong.“Berulang kali Ina cakap perkara itu (kiamat) kepada saya dan minta saya percaya. Riak wajah Muhdalina ketika itu juga sangat serius,” ujar rakannya yang meminta supaya namanya tidak disiarkan.Menurutnya lagi, Muhdalina juga memberitahu hasratnya dan keluarganya mahu berpindah ke Balakong kerana menurutnya ada perkara penting yang perlu diselesaikan di sana.“Dia juga memberitahu pertemuan kami malam itu adalah yang terakhir dan minta saya maafkan segala salah silapnya serta menghalalkan makan minumnya,” katanya.Rakan Muhdalina yang menjadi sumber berkata, dia ada bertanya kepada Muhdalina apakah urusan yang dia mahu lakukan setelah berpindah ke Balakong memandangkan rakannya itu baru sahaja berhenti kerja sebagai penolong pengurus sebuah syarikat tempatnya mencari rezeki sebelum ini.“Jawapan dia, tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan kerana tempat tinggal barunya itu percuma. Saya sendiri sebenarnya bimbang nasib kedua anak kecilnya yang berumur dua tahun dan setahun lebih itu setelah melihat tindak-tanduknya yang begitu tergesa-gesa,” katanya.Menurutnya, sebelum itu, Muhdalina tidak pernah menunjukkan sebarang perlakuan aneh demikian.“Setelah saya dapat tahu penglibatan Ina dalam kejadian menyerang JPM PutrajayaIsnin lalu, barulah saya faham ‘perkara penting’ yang dia sebut dalam pertemuan kami Jumaat lalu,” katanya.Menurut sumber itu lagi, Muhdalina sebelum itu juga selalu berpakaian hitam.

Anonymous said...

kene pukau @ gila?? tu je cara nak lepaskan diri.... sedih sgt.....

feez said...

Jadi sekarang, bantulah annur keluar dpd ilusi fantasinya ini kerana annur juga sama arah seperti dhada dan jayanegara...

Bangun annur, sedarlah dari alam khayalmu.

Anonymous said...

mmg le kiamat akan berlaku.... ade tande2 kiamat yg dinyatakan dlm al-quran... tp.... kita manusia biasa, xde sape pun tau bile tarikh kiamat akan terjadi.... kalo dhada ni rajin btau kat kawan die ttg benda2 mengarut ni.... kawan die mungkin xnak amek port bz body cerita hal ni kat keluarga dhada kan... tp... si husband dhada yg dah tau bini die sesat pun layankan aje ckp bini yg dah sah2 sesat... adoiiii......

kalo dhada leh cerita psl kiamat n benda sesat kat husband n kawan die......... dhada mesti ckp benda yg sama kat ANNUR kan??????? annur pun lebey kureng je ngn dhada ni..... ANNUR mesti tau kan psl kiamat yg dhada dok ckp ni??? kan kan kan??? ape tindakan annur ek???? kalo annur nuetral..... annur xkan berdiam diri biar dhada sesat.... annur pun same ja cume annur tak nak terlibat ngn konspirasi ni kan? sbb tu dhada pernah komen kat blog ni 'annur penakut'.....

dhada kene pukau????? no no no... xmungkin seorang yg kene pukau leh plak jumpe kwn btau psl kiamat n benda2 sesat.... dhada juz taksub n percaya jayanegara tu hebat... tp bile dah jd arwah... br la dhada tu sedar jayanegara tu manusia biasa....n takut ngn perbuatan die n tros buat2 xingat ape yg jadi... tp pelik... 1st bila sedar die mintak maaf kat husband die.... kate x ingat kan??? tu ingat je ade wat salah.....

ni pendapat sy je tau... pendapat annur camne lak ek?

Anonymous said...

hmmm..dah bace pengakuan suami die kat blog tu... tp.... xleh percaya 100%.... sbb dgr seblah pihak.... arwah dah xde...so xde chance nk dgr kenyataan arwah.... kalo nak lepaskan diri...mmg la leh ckp kene pukau...tp cbe pikir.... pukul 1 diorang dah turunkan jayanegara ngn dhada kat dataran ptrjya n dikatakan pulak jayanegara soh diorang (suami dhada& istri jayanegara)blk....mase ni... jayanegara xde pun ngn diorng kan... dr dataran putrajaya nak gi balai polis ptrjya wat report, dekat je.. 10 min dah leh sampy n dah leh wat aduan utk pastikan keselamatan isteri die.... hmmmm tp ape tindakan yg suami die ambil?? xde pun kan?? tgu isteri cal je????? amaizing......

-saya pelik ngn kenyataan suami die........

Anonymous said...

*senyum*

kadang lucu juga bila tiba2 dengan tidak semena, ada yang datang mendekati dan kata mahu membantu, tapi bantuan yang dihulurkan juga diselitkan dengan kata2 kasar, angkuh dan lagak seperti tahu semua dari atas ke bawah ke sisi.

ah, siapa aku mahu menilai kamu semua, kamu ilmuan, aku cuma mungkin si jahil yang bukan siapa2.

nanti...

kadang2 kita sendiri adalah jahil dalam ruangan yang lain. beda-nya cuma kita sedar atau tidak.

sudah lah. seperti bicara aku tadi, bukan aku untuk menilai, itu tugas kamu2 para ilmuan, itu tugas kamu para Tuhan Dunia.




Salam, Annur.

maaf ya aku datang dan bicara panajng2 begini. cumanya aku jelik dengan semua 'bijak pandai' yang ada. mereka seperti nya ahli nujum! haha. tahu pula menerka apa yang jadi tanpa cuba faham biar sedikit-dikit. ya sudah pasti aku sambut salam perkenalan dari kamu. Semoganya hari kamu baik2 saja. Ameen.

-R1-

feez said...

Sepatutnya langkah awal lagi patut diambil oleh suami dhada apabila dia mula berubah dan bercakap benda pelik2...

Suami dia boleh turutkan pulak bila dhada nak jumpa lelaki tu dan tggl serumah...rasionalkah begitu? Apa si suami ni buat tak bgtau mak ayah dhada ke...

Sampai di rumah lelaki gila tu confirm lah kalau dia nk buat jahat kenakan pukau ke ilmu hitam ke bg minum air ke..itu dah terlambat coz kenapa sggup tggl dirumah tu sepatutnya jumpa pun si suami tu jgn izinkan dhada...

Sehinggalah membawa ke putrajaya wlupun sedar membawa pedang dan senjata tajam begitu di khakayak sure kena tahan polis...si suami mcm restu je....lepas hantar tak report pun?

Dan yg plg penting mana annur sekarang...
Rugi je masa muda yg sia2 dgn alam khayal ilusi fantasi ni...lama2 blh sesat sendiri mcm jayanegara tu.

Bangun dan sedar lah annur.

feez said...

R1,

Kamu ini sengaja mahu menyokong annur supaya dia terus khayal berilusi fantasi di dunianya sendiri kan...mcm jayanegara lah wah memang lembut tulisannya tp rupanya memakan diri...

Kamu tak mahu bg sokongan supaya annur keluar dr dunianya kan...org mcm kamu ni lah yg mbuatkan seperti jayanegara, apabila ada penyokong,penyanjungnya dia mula semakin gelojoh dgn merasakan dirinyalah yg blh mengubah dunia. (padahal solat pun dikatakannya tidak wajib kpd suami annur). Nyata dia sesat jauh.

R1,
Bg sokongan utk annur berubah sebelum terlambat bukan kamu sokong dia dgn dunia gila fantasi ni. Rawat jiwa dia, bukan kamu galakkan lagi bila dia rasa ada penyokong lihatlah dia hanya ketawa dan tidak mahu terima nasihat ramai.

Anonymous said...

Annur, betol ke yg suami dhada ceritakan?so mg khalil n dhada tu sesat?atau ada cite disebaliknyer?

Anonymous said...

Motif org letak pic joker ni sesuatu kan?adik saya jugak suke pic joker2 ni tp die agak sesat dgn mengatakan tiada ALLAH dlm hidupnyer...mcm org tak beragama...

Anonymous said...

dihukum tanpa bicara..siapa sebenarnya yang perlu membantu dan siapa sebenarnya yang perlu dibantu...

-xie-

Anonymous said...

dhada...@ annur@ suami dhada @ istri jayanegara...

harap2 kalo ade lg backup plan yg korang penah buat ngn arwah jayanegara tu.. or kot2 la ade wasiat arwah... tlg la jadi pandai utk berfikir secara normal sebagai manusia normal.... bkn berfikir mcm yg annur ckp tu "berfikir di luar kotak pemikiran manusia!!!!

Anonymous said...

xie... welcome back... jap lg 5 min mesti annur pun komen.... sbb xie ngn annur org yg same!!

Anonymous said...

R1 ...

*SENYUM*

LG LUCU TGK ADE YG DOK BACKING JALAN IDUP ORG YG SESAT ...


R1 ORM MALAYSIA KE BUKAN EK???

Anonymous said...

aiyaaa masih ade olang yang sokong ini amoi ka? sgt hailan, yg salah mesti salah laa..kita sudah maaf maa... jgn ada lg yg sokong itu group highlander laaaa... xmau arrr... lu anur ka dada ka hudhud ka.. xmau wooo itu tak baguih oooo.... islam ka, cina ka..india ka..kita idup di bumi ini.. mau aman maaa... bukan mau lawan maaa.. amoi.. muka ada manis...blaja ada pandai.. tp talak jaga itu nama kamu punya keluaga sendiri ke> haiyaa... kita banyak kaum maaa 1 malaysia mau aman, banyak soli haaa..wa tamau ooo tgk itu pedang highlander lg.. scary wooooo amoi itu muka joker kasi buang aaaa..... soli aa amoi, wa kasian sama lu.. tp lu talak kasian sama diri sendili skalang mau ckp kena pukau ka? aiyaaa.. itu pukau manyak bagoih aaa sampy lu punya suami ikut ckp lu...... haiya amoi... banyak syg, masih mude maaaaa... bole fikir dulu sebelom betindak maaaaaa, sikalang nasi sudah menjadi bubur nasi.. sudah tak enak dimakan... kena buang semua nasi dan mula tanam padi yg baru utk masak nasik kemudian pastikan baja di itu padi baja yg betui... bkn baja yg sesat punye amoiii nanti 1 malaysia talak aman... banyak soli aaa amoi.. wa betui2 kesian sama lu.. tp kesian lg sama olang awam ooooo..

Anonymous said...

uihhh lepas komen camtuu tros annur x komen huhuhu nak buktikan annur ngn xie org lain la tu

Anonymous said...

fuyooooo... hebat ilmu pukau jayanegara (kalo btol dipukau laaa).. ye laa... kene pukau sejak bila?? elok je dhada tu dok komen2 kat blog jayanegara tu.... kalo time nak serang je kene pukau lg la x logik sbb dah sah2 kat blog banyak entry yg diorang dah plan n si dhada siap btau kat kwn die, konon pindah dok balakong ade keje nak kene setelkan..tu xkene pukau ke time btau kat kwn???? bnyk sgt yg xlogik... mentang2 dah arwah ketua diorang ... leh je nak ckp arwah pukau die..

Muhammad said...

Salamun 'alaiki Ya Nur (annur)

Rahmatan Allahu dan Kesejahteraan dari Allahu As Salam untuk orang yang dekat dengan Nya. Dan Nuur Allahu bagi sesiapa yang dikehendaki Nya.

Jika kamu sudah bersama Tuhanmu, janganlah kamu pedulikan yang lain. Tiada kesedihan, tiada dukacita. Sesungguhnya Dia Tahu apa yang ada di dalam isi hatimu dan Dia tidak akan membiarkan kamu.

"Yang Menciptakan aku maka Dia Yang Menunjuki aku"

"dan Dia lah memberi makan dan minum kepadaku"

"dan apabila aku sakit, Dia lah Yang Menyembuhkan aku"

"dan Yang Mematikan aku kemudian Menghidupkan"

"dan yang amat kuinginkan akan mengampuni bagi aku segala kesalahan-kesalahan aku pada hari Deen"


Jangan putus harap pada Nya dan Dia akan Melihat kamu dengan penuh kelembutan, walaupun semua makhluk berkumpul melihat kamu dengan penuh kebencian dan kesesatan. Dia Al Latiff Yang Melembutkan Jiwa-jiwa.. Semoga aku beroleh rahmat Allah sepertimana kamu memperolehinya..

As Salam untuk sesiapa yang mahu mengikuti petunjuk...

sue said...

salam. rezeki yg Allah bekalkan terlalu melimpah-ruah, tp
kena pilih yg HALAL.. ilmu yg Allah beri juga sgt2 meluas,
tp kena ambil yg HALAL juga.. bersederhanalah dlm
segala hal, selalunya bila berlebihan ia akan membawa
kemudaratan.. hv a nice day..

Anonymous said...

muhammad yg budiman...

sy ni kurang ilmu pengetahuan agama.. x mcm saudara muhammad, xjuga mcm saudari annur..... tp setidak-tidaknya, sy msh boleh membezakan yg salah dn yg benar...
halal dan haram...

saudara muhammad.. tlg jwb jap....

mengikut petunjuk yg bagaimana yg kamu maksudkan??
mengikut kata suami dhada tu.... jayanegara ckp, smayang mlm je pg ngn ptg xyah smayang... pastu neraka n syurga x wujud... n jayanegara sorng je leh msk syurga... + jayanegara ckp dah kenal dhada sejak dhada dlm kandungan ibue die lg... dah tu, jayanegara idup dah 1000thn....

tu ke petunjuk yg dhada n annur dpt ????? nak ikut petunjuk leh.. tp..jgn salah ikut petunjuk...


mane annur... terdiam seribu bahasa?? tgh karang ayat puitis ke? tak pun.... tgh pikir di luar kotak pemikiran manusia biasa???

Anonymous said...

hmmmm dlm pengakuan suami muhdalEna yg sy bace lah kan... nampak mcm suami die tu ikut je kate bini(yg konon kena pukau) mcm suami ni sgt tkt kat bini sendiri... tp.. ape yg aku bc kat blog jayanegara... komen yg dhada tulis.. nampak mcm suami dhada ni sgt garang n dhada sgtttt2 takut kat suami die..

ce tgk komen yg aku cedok kat blog jayanegara:

jayanegara
Aku ni manusia tanpa peraturan itulah tu. Pasti ramai yang menyampah kat aku. Susah nak ubah. Kamu belum tengok aku marah.

Aku ni penyabar. Anak aku dan isteriku aku tak pukul pun cuma dengan marah aku dia dah jatuh tak mampu nak berjalan. Itulah tu bini aku risaukan aku... semuanya berpunca aku yang suka marah-marah.

Aku dah berhenti kerja 8 tahun. Aku penat asik marah2 kat orang. Bila takdir itu sampai kita lihat apakah kemarahan aku dapat mengatasi kesombongan mereka.

Tunggu dan lihat cuma untuk kamu manusia.
Aku ini belum pernah ditewaskan dalam mana-mana perjuangan fizikal juga minda. Mampus lah kamu semua nanti dengan kerenah ku.

Repliesgila manusia3 July 2012 02:12
Suamiku pun macam Malaikat Maut juga jika naik angin..mungkin persediaan jumpa kemarahan kamu kot.huhu


Jaya Negara3 July 2012 02:22
Aku ni selalu sedih Dhada.... sama macam kamu. Aku ini punya penyayang boleh berkawan degan seekor semut selama 4 tahun. dah terbunuh... aku bengang sangat pasal cuai. Aku pasti dihukum bila bertemu Allah nanti.

Manusia belum ada yang lebih kuat marah dari aku.... bukan tak ada aku belum bertemu sebab dah lama bersembunyi.

Anonymous said...

ni lg satu komen dhada ttg suami die yg garang gile.. katenye tkt suami.... hmmmmm... tp suami tu mcm ikut ckp bini... mane yg btol pun xtau... kene siasat suami die btol2.....


gila manusia3 July 2012 19:49
Aku marah kerana baru disergah suamiku, aku dah terkebil-kebil. Bodohnya aku mahu jadi pembela agama. Rasa mahu tampar berkali-kali. Aku ini dah takde selera beberapa hari. Rasa berdarah tekak dan kerongkong.

Anonymous said...

muhammad, annur, dhada, xie, R1,
suami dhada, istri jayanegara, hambali, ali osman dll...

1)Di dalam islam, untuk mempelajari islam perlu berguru, jika tidak
berguru, syaitan pasti mencelah.

2)Jika berguru, carilah guru yang lebih dari satu

manusia biasa

Anonymous said...

hinalah pembesar yang bermewah-mewah itu sepuas hatimu, nescaya tiada sumpahan yang berkuasa memudaratkan kamu.. tetapi janganlah menghayun pedang pada yang bukan hak kamu untuk melukainya, nescaya frog die lah kamu

Anonymous said...

blog jayanegara dia rojakkkan pemahaman agama dia.. dia berfikir sendiri tentang agama. dia tak berguru.. pastuh dia yakin dengan pemahaman dia.. woo.. bahaya wooo.. ada yang betul dan ada yang sesat apa yang dia cakap. yg betul hanya kritikan kepada mereka2 yang dia tak suka.. tapi yang sesat semua perihal agama yang sesat.. dia hanya pilih yang dia fikir logik jer.. isk.. bahaya la.. bila korang tengok balik blog2 yang dia follow rupanya banyak juga umat yang beragama berlandaskan internet dan fikiran sendiri tanpa guru-guru. passtuh bila lam blog diorg fikir apa yang diorg tulis adalah benar sebenarnya. wehh.. bahaya.. leh sesat org seperti mana si dhada yang tengah mencari kebenaran leh sesat dengan hasil penulisan diorg nih.. erm.. dari mengutuk, apa kata kita sama-sama fikir, macam mana nak bendung perkara macam nih. dan macam mana nak menyedarkan diorg nih. kalau kita kutuk2 cerca, hina, tak kan setle perkara nih sampai bila2. membimbing lebih baik dari menghina kan... blog annur@ dhada?? pikir-pikir kanlahh....

Anonymous said...

hmm.. ni wasiat arwah jayanegara yg aku cedok kat blog die... harap2 xde la hambali ikut ye... annur, kamu neutral kan? tlg jaga kakak kamu elok ye... tkt lak die ikut wasiat jayanegara ni:-

Jaya Negara26 June 2012 19:32
Dhada yang budiman, sudahkah kamu menonton highlander.?

Aku mahu pulang tapi bukan sekarang kerana ada kerja terakhir yang mahu dibereskan. Selepas ketiadaan aku.... Ali Osman dan kamu pastinya wajib menggalas tugas. Solat tahajjud dan puasa sunat kena teruskan sampai BOSS kata berhenti atau kamu minta Boss untuk berhenti. Kamu telah penat. Aku cuma menyarankan... itu untuk kebaikan kamu. Selebih kamu dan Allah.

Ali Osman tidak mahu kerana sayangkan anak isteri. Kira2nya mamatni masih dicelah ketiak bini. Antara jiwa dan Allah tiada orang tengah. Direct..... maka siapa aku untuk memaksa. Disini aku tawakal aku juga hamba. Dia telah jaga aku selama orang menghina aku. Cukuplah pada aku. Terlalu banyak dia dah korbankan demi aku.

Hambali kuberi tugas lain nanti.

Dhada, aku tak dapat bersama kamu dan ajari kamu. Setelah selesai semuanya aku mahu pulang. Isteriku telah lama menanti. Bukankah sudah aku katakan tiada siapa diantara jiwa dan Allah.

Kamu tidak sendiri.... aku tinggalkan kamu bersama Allah Tuhanku.


Salam Jumpa lagi Bye

Anonymous said...

NASUHA=SUHANA=ANNUR

Anonymous said...

anonymous22 June 2012 01:14
Nasuha itu Annur. Nasuha a.k.a Suhana.
Daleane Hada a.k.a Muhdalena

dimana-mana itu Annur wahai Abu.
Dialah adikku yang dicaci maki di sana sini.
Namun aku kakaknya yang datang membela.

Ya, aku belum boleh mati. Aku tak mahu mati lagi.
beri aku tangguh ya Allah...
aku tak mahu mati lagi. kerja aku banyak ni.

dhada

feez said...

Sy setuju dgn pendapat rakan2 bahawa dhada, annur, suami dhada, isteri jayanegara dan beberapa org pengikut jaya negara seperti hambali idris dll perlu disiasat lebih terperinci.
Isteri jayanegara sendiri, sudah tentu tahu dan fhm apakah kesesatan suaminya dan ajaran yg diamalkan jika isterinya mahukan segala kesesatan ini berakhir atau masih tetap sama dgn fahaman suaminya.

Kegilaan ini amat2 merbahaya buat diri mereka sendiri dan nyawa org lain diluar sana.

Muhammad said...

Salamun 'alaikum..

Siapa yang benar, siapa yang salah lihatlah dalam Al Quran, Al-Quran tu lah petunjuk sebenar petunjuk, ibu segala kitab yang ada di dalam dunia ni, terkandung di dalamnya Taurat dan Injil. semua ada di dalamnya bagi orang-orang yang arif. Apa yang Allah firman, itulah ia, bukan yang selainnya.

Aku tak berani kata dan menghukum sama ataupun melebihi kata-kata Tuhan. Yang aku harapkan cuma kasih sayang Nya, itu urusan aku dengan Dia. Dan aku juga harapkan kasih sayang Nya untuk orang lain termasuk kamu semua. Dulu aku difahamkan dalam Al Quran Dia tak sebut semua perkara, tapi sekarang aku faham dalam Al Quran terkandung semua perkara.

Alif Laaaaaam Mim, apa maknanya? Apa makna alif? apa makna lam? apa makna mim? apa pula makna enam harkat pada lam? Di mana ayat-ayat Injil dalam Quran? Di mana pula ayat-ayat Taurat dalam Quran? Kenapa baris diatas? Kenapa Baris didepan? Kenapa baris di bawah? Selagi tak faham perkara-perkara sebegini, aku enggan menetapkan hukum pada sesiapa pun. Bersangka baik dalam perkara yang samar lebih baik.

Buat anon yang berkata kita perlu mempunyai guru, kalau tidak ada guru maka syaitanlah gurunya, maka aku berkata katamu tidak salah. Tapi tak mutlak dan tak semestinya selalu begitu. Syaitan juga di bawah tadbir kekuasaan Allahu, ada orang-orang yang dirahmati Allah yang telah menguasai syaitannya. Ikut suka DIA lah nak ajar sesiapa pun tanpa guru fizikal. Aku pernah berbual dengan seorang Arifbillah yang telah masyhur di Kedah. Katanya kalau nak berguru untuk belajar kitab sampai bila nak habis jadi dia mintak kepada Allahu sahaja untuk mendapat ilmu. dan dia mendapat ilmu yang langsung dari sisi Allah Yang Maha Berilmu.

Salam atas semua

feez said...

Muhammad ini juga samar2...
Mohon pihak polis yg buat siasatan dibantu dgn ilmuwan agama dan sedang memantau blog jayanegara juga pastinya tidak melepaskan blog annur ini. Lihatlah ada saja yg menyokong jayanegara, dhada dan annur ini...
Kata2 mereka ini bahaya dgn arah yg kurang jelas tp kita blh lihat betapa berontaknya jiwa dan mental mereka secara halus.

Anonymous said...

MUHAMMAD, AKU SUNGGUH CETEK ILMU AGAMA... BOLEH KAU JELASKAN APA MAKNA Alif Laaaaaam Mim, apa maknanya? Apa makna alif? apa makna lam? apa makna mim?

Anonymous said...

Salam.

Aku sebenarnya tidak pernah berminat mahu turut sama bicara dalam konversasi antara kalian. telah aku katakan, aku bukan siapa2. Aku cuma mahu duduk sini diam2 dan baca semua cerita kalian yang bijak pandai di sini.

*senyum*

orang macam aku? Ah, begitu2 saja kamu2 terus letak aku. dan kasihan pada aku, kamu2 letak aku jauh sasar dari ruangan yang paling haq. Tidak apa lah, adat dunia. manusia itu sering menjatuhkan hukum pada manusia yang lain. aku terima dengan rasa rendah diri.

Pernah kamu2 duduk di titi, bawahnya ada tasik? Ah asyik sekali ya? Kaki kamu2 tergantung dari atas titi. Mahu dibiar terus tergantung, terasa sayang pula jika tidak dirasa sedikit hujung2 kaki cecah ke air. tapi bila mahu dilajak, takut dingin air yang menggigit. Rumit kan permainannya? Sudahnya bingkas saja bangun, dan terus pulang. sayang itu tinggal, dingin air yang rasa mengggigit itu juga tinggal sama.

Sudah aku katakan, kamu2 kan para ilmuan, para Tuhan dunia, manakan bisa aku mahu tepis2 segala tunjuk yang kamu lemparkan.


Semoga kita semua dirahmati Dia, doa aku untuk kalian semua. Ameen


-R1-

Anonymous said...

feez,

lama-lama awak ni yg saiko sebab dok asyik canangkan annur ni gila, rosak mental sampaikan suggest pihak berkuasa pantau blog annur

awak dah tak de keja lain ke, asyik ngadap blog ni je?

jangan feez......nanti kamu pula yg terperangkap dgn ilusi sendiri, menjadi hero utk menyelematkan jiwa orang lain, tetapi penuh dgn kata2 kasar dan menjadi batu api segala....mengajak orang lain menuduh annur gila...dan tak pasal2 org yg cuba utk memahami annur pun awak tuduh gila, dan segala link dlm blog ni pun awak tuduh menyebarkan ajaran gila


feez, mana blog anda utk dikongsi supaya boleh annur dan orang lain dpt ilmu bermanfaat darinya

at least annur ada blog utk meredakan gelodak jiwanya, org lain termasuk awak boleh baca dan kutip2 apa yg boleh dipakai (tapi awak dah cop semua penulisam annur ni tak betul...what to do...}

"Kata2 mereka ini bahaya dgn arah yg kurang jelas tp kita blh lihat betapa berontaknya jiwa dan mental mereka secara halus"

feez, awak ni tak "human" lansung lah...awak ni orang senang la katakan....main tuduh2 je...tak de jiwa halus betul utk faham masalah orang

feez, awak ni dah okay sangat ke? jiwa awak tu tenang sangat ke?

orang kita ni..suka sgt memperleceh, memaki, mengusik, mempersenda seseorang yg lain terutama yg dah dicop gila...tindakan anda semakin mengeruhkan keadaan...

feez, harap awak tak saiko for keep promoting annur dah gila dan keep persuading annur utk cerita masalah dia disini...

feez, jgn sampai awak saiko ye..bahaya tu feez...

Anonymous said...

Maaf ya jika mencelah. aku fikir, apa yang Muhammad katakan tentang alif lam mim, selagi beliau tidak memahami maksudnya, selagi itu beliau tidak akan meletakkan hukum pada sesiapa.

*senyum*

Bukankah alif lam mim itu rahsia Allah swt. Dan selagi kita tidak memahami maksudnya, mana layak kiranya untuk kita meletakkan hukum pada manusia lain. cantik sekali kiasan yang digunakan Muhammad.

Dan sesungguhnya Dia adalah penyimpan rahsia yang Maha bijaksana.

MasyaAllah..


-R1-

Anonymous said...

kepada feez,

bila benar dan jujur anda mahu melihat annur kembali ke jalan yg benar, lapangkan dada mu,bukalah minda mu, jernihkan hatimu setulusnya.

disetiap doamu, mintalah dgn sesungguh hatimu supaya Allah menunjukkan jalan yg benar kepada annur

disetiap bacaaan Al Quran mu, hadiahkan AlFatihan serta ayat2 penerang hati, doa2 penenang hati kepad annur agar jiwanya kembali tenang

disetiap sedeqahmu, niatkan apa2 kebaikan kepada annur agar dia beroleh sama pahala & ganjaran yg diberikan oleh Allah

jadikan annur itu adik angkatmu, sayangi dia sebenarnya dan sejujurnya agar annur sendiri dpt merasakan bahawa dia benar2 selamat disirami kasih sayang oleh kawan2 seperti anda

doa sungguh2, minta sungguh2, kasihi dan sayangi sungguh2 annur dan orang2 yg senasib dgnnya agar Allah mempermudahkan usaha2 utk kembali kejalan yg benar

Anonymous said...

feez... ko jgn la jdkan annur tu adk angkat.... kakak sedarah dgng ngn die pun sesat.. ikut jayanegara, die wat bodo je walhal, die tau akak die ngn jayanegara tu.... kalo ko amek die jd adk angkat... xtau la ape lak yg jd kat ko nanti feez....

dah la feez... ko jgn layan org yg sombong n dah penuh ilmu n xterima nasihat org...

feez said...

Benar kawan, sy pun rasa malas dah nk mengadap org yg sombong dan tak blh terima nasihat org ni..bila kita cakap, diorang bahasakan kita balik dgn bahasa yg puitis dgn ilmu2 ketuhanan kononnya jiwa mereka ini lembut, padahal disebalik itu jiwa mereka berontak dgn ilusi dan fantasi mereka sendiri dan yg lagi parah seperti jayanegara sehingga mengalami masalah identiti dan menafsir jutaan ilmu Allah dgn logik akal sendiri tanpa berguru sehinggakan sggup mengambil tindakan yg semberono. Sayang, ada juga yg menjadi pengikutnya...

Cuma, kita sama2 berdoa supaya tidak lahir lagi jayanegara kedua yg mpunyai pengikut tersendiri.

Kita tggu sajalah laporan penuh dpd pihak berkuasa.. Satu hari nanti yg kebenaran akan terbukti jua.

Kepada yg masih belum sedar dan bangun dari mimpi, ilusi dan fantasi...bangunlah..sedarlah fikirlah baik buruk tindakan anda janganlah sehingga memakan korban nyawa sendiri atau org lain diluar sana.

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..doaku utk diriku dan kita semua, semoga kita sama2 dibawah lindungan rahmatNya. Amin.

Anonymous said...

untuk annur: jangan lah kita melampaui batas. atau kita tergolong dari org org yg melampaui batas.jangan merajuk dan terus membenci yg lain. jgn risau hamba pun pernah terasa begini tp hamba pulih dah.sifat akuan diri amat bahaya. tiada apa2 yg milik kita.akuan dri dlm kebendaan lg selamat dri dlm keagamaan. cth aku kaya aku berkuasa atau aku betul korang salah aku benar korang tertipu.mane lg bahaya? ternyata akuan dlm agama bahaya sama sekali ! syaitan hasut kat situ.kita hamba biasa.sedangkan khalifah tidak mengaku aku diri,oleh itu terhindar dri sifat ego bongkak dan selainnya.

untuk yg menentang dia: takan berhasil sekirenya nasihat yg deras diberi.sebab annur sudah jauh dlm ilmunya masakan mudah untuk berpatah balik.kalau boleh pun kene selami atau jawab dgn 'pemahaman' dia.jgn klaim die gila itu ini,ia tak membantu langsung,benar dan pecayelah. seeloknya tanye lah dia betul2 ape yg die 'perjuangkan sebenarnya' baru lah anda(bg yg betul2 alim dlm agama la) jawab satu2 persolan yg terbuku diminda nya baru adil.kalau dah klaim org 'gila' masakan anda mau nasihat 'normal'? xbole pakai.

-hamba-

feez said...

http://anginperubahan.blogspot.com/2012/07/amuk-jpm-temubual-khas-bersama-suami.html

http://anginperubahan.blogspot.com/2012/07/siapakah-khalil-afandi-penyerang-pedang.html

http://anginperubahan.blogspot.com/2012/07/siapa-jaya-negara-pengamuk-di-kompkes-b.html

Anonymous said...

aku tetap sokong annur dan dhaha
korug comel sebenarnya :)
isteri yg solehah mungkin :D untonglahhhh sape jd suami anda

«Oldest ‹Older   1 – 200 of 632   Newer› Newest»