hud-seroja-esa-budi bahasa-akhlak-ikhlas-raja segala unsur-imam mahdi-panji hitam-bani tamim-sirah

puzzles

hud-seroja-esa-budi bahasa-akhlak-ikhlas-raja segala unsur-imam mahdi-panji hitam-bani tamim-sirah nabi saw dan pengulangannya di akhir zaman-rahsia no 1 dan 9-kaitan imam mahdi dan helang-misteri tabut dan persoalan2 berkaitannya-melayu dan kekuatannya-nabi Nuh as-Raja Ahmad-teori relatif-penciptaan manusia-rahsia bismillah-philosophy of lotus in buddhism-mawar sbg lambang kesufian-matrix dari kacamata sufi-nursyahadah-teknologi pembangkitan memori dari al Quran-Rasulullah saw sbg manusia fitrah-nurunnur-formula sabar-formula ikhlas-makna,puji dan taat-lirik2 best-riba' dan kaitannya dgn dajjal-riba' sebagai penghapus ikhlas-titik kebangkitan akhir zaman,strategi kebangkitan~~~~~~

Sunday 30 October 2011

Bangunlah wahai semangat yang benar,kami menyeru...

Assalamualaikum,
Ke hadapan semua Bloggers,
entah kenapa terasa-rasa dalam diri kami saban hari aura kebangkitan umat Islam akhir zaman...

Kami juga yakin, ada dikalangan Bloggers dan juga sahabat di luar sana merasakan yang sama.merasakan aura yang sama setiap hari...yang mana makin hari makin membangkitkan rasa...

Institusi Dajal mulai dibongkar, rahsia rapuhnya mulai diketahui, Strategi yang direncanakan Iblis diakui ada yang berjaya menyusur ke dalam hati anak-anak Adam, namun Rencana Allah turut berjalan serentak.

Lihatlah susunan turunnya Ayat-ayat Al-Qur'an yang awalnya dimulai ayat Makiyyah yang terkandung Aqidah dan diikuti dengan yang lain.

Di sini, kami ingin menekankan isu berkaitan Aqidah.Strategi Kebangkitan Akhir Zaman yang pertama ialah perbaharui dan perbetulkan Aqidah kita. Perlu jelas dan terang. Sejelas kristal, semampat berlian yang padu.

Ini bukan isu mudah yang dianggap enteng oleh segelintir pihak. Walaupun nampak mudah, namun jika tak betul-betul kental dalam hati dalam tak sedar ada unsur-unsur syirik dan juga kelemahan yang abnormal, paranoid pada perkara yang tak sepatutnya.

Oleh itu, sebelum kita ke langkah yang seterusnya, ada baiknya kita renung dalam diri kita. Siapa Allah pada pandangan kita? Adakah kena dengan Siapa Dia yang Dia kenalkan Dirinya pada kita sebagaimana Al-Qur'an dan Hadith nyatakan? Adakah melalui pengalaman kita mengenal Allah dan tanggapan kita padaNya itu benar? Sejauh mana rapatnya hubungan kita denganNya? Pernah ke kita berbual denganNya? Atau kita mencariNya di kala kita susah dan terdesak? Ataupun Dia langsung tak pernah jadi perkara penting dalam hidup kita?

Siapakah Dia di hati kita? Penyibukkah Dia pada anggapan kita? yang menyusahkan dan asyik beri kita masalah. Selalu bebankan kita dengan Takdir yang sampai ke hari ini kita masih tak boleh terima? Adakah Dia benar-benar merimaskan kita dan mengongkong hidup kita dengan undang-undang yang membuatkan kita rasa terikat?

Benar, ini serius. Bukan bual-bual kosong. Bukan percakapan yang kehabisan modal. Kalau kita tak mula fikirkan perkara ini dengan sebenar-benar fikir, masaklah kita nanti. Benar, diakhirat itu, urusan Tuhan. Tapi kalau dari dunia kita tak berminat nak ambil tahu pasal Dia, agaknya berminat ke Dia pada kita di akhirat sana?

Kami akan buat yang terbaik mengikut apa yang kami tahu untuk menyusun Gambaran supaya aqidah kita dapat diperjelas. Mudah-mudahan Allah sentiasa membantu kita dan menerangkan hati kita supaya usaha kita ini adalah jalan-jalan yang menuju ke arah Kebangkitan Akhir Zaman. Mungkin bukan tahun ini, bukan juga tahun depan, mungkin zaman anak cucu kita nanti. Namun, jika kita mengambil langkah perubahan hari ini, kami yakin ia akan memberi kesan dan sumbangan pada hari esok. Oleh itu, sedarkan minda bawah sedar anda supaya ia selari conscious and unconscious. Gambaran yang sebenar yang Allah beritakan di dalam Al-Qur'an sedang berlaku, telah berlaku dan akan berlaku. Jika anda masih tidur-tidur lagi, hantukkan kepala anda di dinding biar sedar. Musuh Islam sibuk mengkaji Al-Qur'an dan menjalankan strategi mereka, membina tembok bagi menyelamatkan diri dari ancaman Allah, kita pula yang lahir-lahir dah Islam tak tahu betapa berharganya nikmat yang Allah kurniakan dan kita khayal dan tenggelam. Jangan sampai jika kita ditanya mengapa kita Islam jawapannya kerana ikut mak ayah.

Ambil masa dan tanya diri kita. Siapa kita? Dari mana asal kita? Di manakah kita? Ke manakah kita akan pergi? Siapa mereka?

Tak semestinya perlu sekolah tinggi untuk tahu jawapan persoalan di atas. Dan ini bukan seperti waktu persekolahan boleh tiru jawapan. Bukan juga seperti kita mencopy-paste karya orang lain. Setiap kita perlu memikirkan soalan ini dengan kritis.

Oleh itu, bagi yang belum mulakan Journey In Myself, setelah baca saranan ini, mulakanlah. Sebelum nyawa di kerongkongan. Sebelum hijab dibuka setelah nyawa berpisah dari jasad.

1 comment:

blog juga said...

kita seperti bata-bata untuk disusun menjadi sebuah rumah atau umpama 'puzzle'.. tiap-tiap seorang membawa sekurang-kurangnya sekeping yang berlainan... apabila dikumpulkan, menjadilah ia satu objek yang lengkap...