hud-seroja-esa-budi bahasa-akhlak-ikhlas-raja segala unsur-imam mahdi-panji hitam-bani tamim-sirah

puzzles

hud-seroja-esa-budi bahasa-akhlak-ikhlas-raja segala unsur-imam mahdi-panji hitam-bani tamim-sirah nabi saw dan pengulangannya di akhir zaman-rahsia no 1 dan 9-kaitan imam mahdi dan helang-misteri tabut dan persoalan2 berkaitannya-melayu dan kekuatannya-nabi Nuh as-Raja Ahmad-teori relatif-penciptaan manusia-rahsia bismillah-philosophy of lotus in buddhism-mawar sbg lambang kesufian-matrix dari kacamata sufi-nursyahadah-teknologi pembangkitan memori dari al Quran-Rasulullah saw sbg manusia fitrah-nurunnur-formula sabar-formula ikhlas-makna,puji dan taat-lirik2 best-riba' dan kaitannya dgn dajjal-riba' sebagai penghapus ikhlas-titik kebangkitan akhir zaman,strategi kebangkitan~~~~~~

Monday, 24 October 2011

Raja segala unsur ada di dalam hadis??? siri 1...




salam buat semua...
silakan membaca dan harap ada manfaatnya untuk anda semua...
siri ini boleh juga saya katakan agak panjang serta berkait dengan semua siri saya sebelum ini...


seperti yang saya telah katakan,akan saya simpulkan kelak semua siri saya dengan 2 kalimah syahadah...insyaAllah...


selamat membaca...

salinan hadis dicopy dari : http://unikorndragon.blogspot.com/2010/08/kehebatan-sedekah.html


KEKUATAN SEDEKAH
Diceritakan dalam sebuah hadist yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad, seperti berikut :
Tatkala Allah Ta ' ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumipun terdiam.
Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung ?"
Allah menjawab, " Ada , iaitu besi"
Para malaikat bertanya lagi "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi ?"
Allah yang Maha Suci menjawab, " Ada , iaitu api"
Para malaikat kembali bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api ?"
Allah yang Maha Agung menjawab, " Ada , iaitu air"

Para malaikatpun bertanya kembali "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?"
Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, " Ada , iaitu angin"
Akhirnya para malaikatpun bertanya lagi "Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua ?"
Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, " Ada , iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya ".
 



itulah sedeqah yang ikhlas...

sekarang mari kita mulakan kajian tentang hadis di atas...

saya akan cuba berkongsi ilmu dengan cara yang paling mudah untuk kita semua faham...silakan membaca...

(perhatian: penerangan di bawah adalah setakat yang saya ketahui dan saya meminta jasa baik anda untuk bertukar2 pendapat dengan saya dan bersama kita mengembangkan ilmu yang ada...insyaAllah..)


berdasarkan hadis di atas, ada terdapat 7 unsur yang disusun menurut kadar kekuatannya,iaitu...



  1. bumi
  2. gunung
  3. besi
  4. api
  5. air
  6. angin
  7. sedeqah yang ikhlas...
maka,kita dapat lihat...sedeqah yang ikhlas itu adalah unsur yang terhebat yang pernah Allah ciptakan...maka saya berpendapat tidaklah salah jika saya mengatakan bahawa sedeqah yang ikhlas itu mampu menggoncang bumi,melebur besi,memadam api,mengalahkan air dan menghentikan angin...setuju?

jika secara imbas kita fikirkan...macam ajaib pun ada...sebab apa?

takkan dengan sedeqah senyuman yang kita bagi kepada si masam mampu menghentikan angin???

fikir2kan betapa peliknya hadis ini...kita sebagai muslim sudah tentu2nya kena percaya dengan percakapan nabi saw...tapi apa logiknya hadis ni?

oleh itu, 
izinkan saya membawa anda untuk mengkagumi betapa hebatnya hadis nabi saw ini dengan satu pemikiran yang mudah dan logik dek akal...kerana Islam itu mudah dan akan kalahlah mereka yang memberat2kannya...

ok,

pernah tak anda semua terdengar bahawa badan kita ni terdiri daripada semua unsur yang disebutkan di atas?
kita adalah alam...ya...kita ini alam...diri kita adalah rajanya...setuju?

dengan pemikiran yang mudah...

kita semua mewarisi unsur tanah daripada Nabi Adam a.s....

kita punya unsur besi di dalam darah kita...(ops,sila kaji sendiri...saya tidak berkehendak bercerita panjang tentang ini,kerana tiada kepakaran dalam bidang tersebut,maaf ya)

kita juga punya api sendiri...haba...buktinya,anda akan terasa "kepanasannya" tatkala anda sedang marah...

dan kita ada air di dalam badan kita yang sentiasa mengalir mengikut angin kita pada waktu tu...setuju?

kita juga punya perasaan...atau sesetengah orang kata..."angin"..."angin aku tak berapa baikla harini", pernah terdengar ayat ni?

emmm...


kenapa saya katakan setengah???


kerana...sedeqah adalah satu cerita...dan...sedeqah yang ikhlas adalah satu cerita yang lain...setuju?


contoh mudah...


cerita 1-
Amirah belanja kawan baiknya sebungkus nasi lemak...tak lama lepas tu,mereka bergaduh...dan si Amirah tu mengungkit sebungkus nasi lemak yang dibelanjanya tadi...


cerita 2-
Amirah belanja kawan baiknya sebungkus nasi lemak...dan sampai kiamat,tidak pernah ia ungkitkan walaupun bila bergaduh,tak pernah pun dia ceritakan pada orang lain,mahupun terfikir2 akan kebaikannya itu...


sekarang,adakah anda nampak  perbezaan dan persamaan kedua cerita di atas...?


kedua2nya adalah perbuatan sedeqah...tapi cerita ke-2 ada special sikit...sebab menepati ayat "amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya"


bersambung...






gambar ni kata ; six,six,six...


saya kata,ops..nabi saw kata;  seven,seven,seven....

3 comments:

Fenomena Zaman said...

Assalamualaikum Warahmatullah.

Memang ajaib bab sedekah ni. Dengan sedekah kita akan dilindungi dan dijauhkan daripada bahaya dan bencana.

Hal ini pernah terjadi kepada saya. Oleh kerana Allah telah mengilhamkan kepada saya supaya ikhlas kepada seorang hamba yang lain, saya telah diselamatkan daripada bencana kemalangan jalan raya. Jika saya marah dan menghamburkan kata-kata tidak sopan kepada Hamba Allah tersebut, maka mungkin saya tidak dapat meninggalkan komen di sini.

Bagus Saudara.Saya kini sedang mengkaji bab sedekah ini. Buat masa sekarang ditangan saya sedang menelaah buku Fadhilat Sedekah, karya Syaikhul Hadith Hadrat Maulana Muhammad Zakariya.

Saya amat gembira kerana terjumpa artikel saudara ini. Terima kasih

Nurun Nur 9111 said...

Waailaikumsalam warahmatullah...

terima kasih di atas komen saudara juga,
teruskan dengan kajian saudara,dan saya amat berharap kita dapat berkongsi ilmu nanti...

sebenarnya semua artikel yang kami keluarkan berkait antara satu sama lain...walaupun ia siri yang berbeza2...

kerana kelaknya akan kami simpulkan dengan syahadah...dan jangan terkejut jika saya katakan
raja segala unsur ini akan ada kaitan dengan esa...

jauh kaitannya jika tidak dikaji,tapi dengan izin dan pertolongan dariNya jua,akan kami cuba dekatkan...

supaya kelaknya nanti tiada siapa akan berani memisahkan syahadah dan amalan Islam yang lain...doakkan usaha kami berjaya...insyaAllah...

Anonymous said...

Sedekahkn harta memerdekakan para hamba, selagi kapitalis bermaharajalela.

Bebas drpd diperhamba,
menguatkn ummah.

Zuhud membenam jiwa ketagih dunia.
Berhutang umpama ditambat pedajjal.