hud-seroja-esa-budi bahasa-akhlak-ikhlas-raja segala unsur-imam mahdi-panji hitam-bani tamim-sirah

puzzles

hud-seroja-esa-budi bahasa-akhlak-ikhlas-raja segala unsur-imam mahdi-panji hitam-bani tamim-sirah nabi saw dan pengulangannya di akhir zaman-rahsia no 1 dan 9-kaitan imam mahdi dan helang-misteri tabut dan persoalan2 berkaitannya-melayu dan kekuatannya-nabi Nuh as-Raja Ahmad-teori relatif-penciptaan manusia-rahsia bismillah-philosophy of lotus in buddhism-mawar sbg lambang kesufian-matrix dari kacamata sufi-nursyahadah-teknologi pembangkitan memori dari al Quran-Rasulullah saw sbg manusia fitrah-nurunnur-formula sabar-formula ikhlas-makna,puji dan taat-lirik2 best-riba' dan kaitannya dgn dajjal-riba' sebagai penghapus ikhlas-titik kebangkitan akhir zaman,strategi kebangkitan~~~~~~

Saturday 21 April 2012

Apa itu kepercayaan bagi anda???jom berkongsi...

Salam sejahtera,lama rasanya saya tak keluarkan post terbaru yang serius. Kebanyakan post hanyalah luahan rasa saya sebagai seorang manusia biasa yang menjalani kehidupan yang biasa juga,sama seperti anda diluar sana. 




Bagi saya, penulisan sangat2 susah untuk dilakukan tanpa rasa yang mendalam terhadap sesuatu yang dibincangkan. Malah saya benci untuk menulis atas sebab jadual dan rutin penulisan yang sudah semestinya jauh dari diri saya yang sebenar yang sukakan kebebasan diatas apa jua. Termasuk cara berfikir,cara menulis dan apa saja. Jika ada dikalangan anda yang tidak berapa senang dengan cara penulisan saya serta pemikiran saya,maaf saya pinta,tetapi inilah saya. Saya berharap ada yang sudi menerima penulisan saya seadanya. Jika anda berkehendakkan ilmu dari penulisan saya,terus terang saya katakan,tiada ilmu yang saya suakan,melainkan semuanya cuma rasa kerana saya sungguh jahil dan tiada berilmu seperti kalian semua yang tentu lebih gah dalam pengetahuan. Saya di dalam blog ini hanya mengambil watak sebagai  penyampai rasa. Setiap penulisan saya banyak menggunakan rasa berbanding ilmu :)



Jadinya, untuk  post kali ini saya akan buka satu perbincangan tentang kepercayaan. Bila kita sebut tentang kepercayaan,ini adalah benda yang sangat peribadi dan sulit untuk diluahkan apatah lagi dibawa sebagai satu tajuk perbincangan. Ia mungkin membawa kepada perselisihan faham,sikap prejudis terhadap penentang kepercayaan, prasangka sesama sendiri, malah yang lebih mengharukan rasa benci antara satu sama lain. Oleh kerana kesan perbincangan ini terlalu besar,maka tidak ramai yang sanggup membuka perbincangan tentang kepercayaan. Tapi tidak bagi saya, perkara ini perlu diluahkan supaya pembaca dapat mencari kebenaran yang sebenar tanpa sedikitpun disekat pemikiran yang ada. Setiap manusia berhak untuk bertanya tentang kepercayaan yang dia sedang anuti. Kebenaran tetap kebenaran dan ia takkan pernah tergugah dihadapan kebatilan. Kebenaran bukan sesuatu yang lemah untuk ia takut dan bersembunyi dari perbincangan. Maka,saya dengan ini memberi anda semua satu ruang untuk kita semua berbincang dengan sopan dan penuh adab,tanpa kata2 menyakitkan hati. 

Tiada cemuhan atau kata2 maki jika benar anda seorang pemegang teguh dengan kepercayaan anda. Saya berharap semua blogger cukup profesional tentang ini,ok?

Disini saya akan berikan sedikit panduan tentang skop perbincangan kita:
  •  Apa itu kepercayaan bagi anda?
  • Kenapa anda berpegang dengan kepercayaan anda sekarang?
  •  Jika kepercayaan anda itu anda rasakan benar,sila berikan contoh yang nyata,supaya kita semua dapat bertukar2 pemikiran dan pendapat.
  •  Dimana batas kepercayaan anda?
  • Adakah batas kepercayaan anda itu cukup kukuh untuk menangkis setiap anasir luar dari mempengaruhi anda?
  •  Perlukah wujud tuduhan sesat dalam berkepercayaan?
  • Apa itu sesat dari sudut pemikiran anda?
  • Adakah setiap mereka yang berlainan kepercayaan dengan anda layak dituduh sesat?
  •  Dimana letaknya sikap hormat menghormati dalam kepercayaan?
  •  Jika hujah yang dikemukakan gagal mendapat tempat dihati manusia,adakah kepercayaan itu dikira salah?
  •  Dan jika ia menjadi satu kepercayaan yang popular,adakah itu boleh dikira sebagai benar?
  •  Adakah hujah mampu menjadi neraca terhebat untuk kebenaran?
Hmm...rasanya itu sahaja dari saya buat masa ini, saya berharap ada para bijaksana diluar sana yang dapat menjawab dengan baik segala persoalan yang saya telah kemukakan...tiada pergaduhan ok? berbincanglah dengan beradab jika benar anda seorang pemegang teguh dengan kepercayaan anda sekarang...


jadikan kepercayaan anda seperti bunga di atas yang berkembang setiap kali mata anda dikelipkan...dan bebas dengan gembira ibarat burung berterbangan lalu menjadi idaman si anak kecil yang suci jiwanya...





















Tuesday 17 April 2012

Dalam seni,kunikmati bahagia Malaysia...


Assalamualaikum buat semua pembaca,semoga semuanya gembira belaka...

Post kali ni saya akan bercerita tentang senyum...perkara kecil yang selalu dipandang enteng oleh kita. Apa kaitan senyum dengan semua post2 saya sebelum ni?teruskan membaca...



Senyum. Senyum bagi saya adalah satu seni. Seni berbudi,seni berbahasa...

“Dalam seni,kunikmati bahagia Malaysia”

Kadang kata tiada makna,senyum saja sudah memadai untuk memuaskan keadaan. juga memuaskan pencipta takdir itu sendiri. Senyum tanda gembira,senyum tanda bahagia,senyum juga tanda tabah,senyum juga tanda redha. Senyum adalah satu seni yang sungguh indah jika kita kreatif menggunakannya. Senyum itu mampu menjadi penghias diri seseorang tatkala dia diuji dengan kegembiraan dan kesedihan. Senyum itu mampu menjadi penyembunyi terbaik rasa hati seseorang. Walaupun adakalanya senyum juga tidak mampu menjadi perahsia rasa hati,tetapi memadailah jika ia mampu menjadi pengubat jiwa ketika lara menjelang. Senyum bukan saja mampu menceriakan suasana dan orang sekelilingnya,bahkan ia mampu menceriakan pemilik senyum itu sendiri. Itulah keajaiban satu makhluk tuhan yang bernama senyum. 

Bagi sesiapa yang tercari2 petua awet muda,inilah petua terbaik dari saya...senyummmmm..:) 

“ Senyum seindah suria yang membawa cahaya
Senyumlah dari hati, duniamu berseri ”

Dikala anda diuji kanan dan kiri,senyumlah. Itu tanda anda manusia hebat. Dikala anda dihimpit seribu satu masalah hidup,manusia mendatangi anda,senyumlah. Itu sebagai tanda anda manusia yang tinggi budi bahasanya. Dikala anda dimarahi dengan teruknya oleh bos anda,senyumlah. Itu tanda anda manusia tenang. Dikala anda tiada pilihan di dalam kehidupan,senyumlah. Itu tanda anda manusia tabah. Dikala anda tertekan dek kerana masalah yang datang bertimpa-timpa,senyumlah. Itu tanda anda manusia gagah. Dikala anda diserang konflik diri yang tiada penghujung,senyumlah. Itu tanda anda manusia indah ciptaan tuhan. Senyumlah wahai kawanku semua...senyumlah,supaya saya disini juga tersenyum seperti kalian semua...:)

Rahsia hati akan menjadi rahsia terindah jika kita sulamkan ia dengan benang2 emas yang bernama senyum. Kita tiada rugi jika senyuman tiada berbalas kerana itu bukan masalah kita. Merekalah yang bermasalah kerana tidak membalas senyuman kita. Senyuman yang datang dari hati mampu menyenangkan hati manusia sekelilingnya. Senyuman adalah satu budi. Senyuman juga bisa menjadi satu bahasa yang paling indah dan unik buat pelbagai bentuk situasi hidup. Maka dengan itu,senyumlah...

Senyuman itu ibarat seorang puteri,puteri pengubat jiwa...

Jangan lupa untuk senyum ya...sampaikan senyuman anda pada kami disini juga,semoga senyuman yang terlahir bisa menjangkit kepada seluruh semesta...semoga dunia dan seisinya turut tersenyum bersama-sama kita...semoga damailah seluruh alam jagat ini hendaknya...

Sekian dari saya buat masa ini.


ps: apapun layankan je lagu ulek mayang ni k...tarian2 puteri pengubat jiwa...peace...jgn prasangka tau,ada sesuatu yang tersirat disebalik semua kata-kata saya...hanya jauhari mengenal manikam...

-Annur-



Sunday 15 April 2012

They are innocent...


Mari kita serang bilik Annur... ga....

"dhada dan semua,layankan je cerita shin chan k...khas untuk anak dhada khawarizm dan untuk semua pembaca blog comot ni...peace...-Annur-"

Thursday 12 April 2012

Walaupun kasih balas tidak berbalas,tidak kukesal itu jadinya...



Salam sejahtera buat semua pembaca…semoga semuanya sihat2 belaka…

Post kali ni satu post yang ringan saja dari saya…sekadar luahan rasa…di dalam kehidupan seharian yang kita alami,kita akan berdepan dengan berbagai situasi. Adakala ianya biasa2 saja,dan adakala tak dinafikan ia sememangnya mencabar diri kita. Apatah lagi bilamana ia sangat bertentangan dengan pegangan kita. Telah saya katakan di dalam post sebelum ini tentang konsep resonans dari sudut hubungan manusia. Satu konsep yang sangat universal dan berkait rapat dengan seharian kita. Contohnya bilamana kita berkomunikasi dengan manusia. Setiap manusia punya ego  dan harga diri masing2. Yang menariknya,bagaimana manusia mampu berkomunikasi antara satu sama lain dengan baik?di mana letaknya ego dan harga diri masing2 pabila jiwa mereka bertembung?pasti kedua unit yang berkomunikasi itu perlu ada tolak ansur dan hormat menghormati. Tunduk pada fitrah kasih sayang sesama manusia. Ini suatu benda yang sangat asas tetapi sebenarnya senjata yang sangat hebat jika kita pandai menggunakannya. Melayu mampu menjajah dunia dahulunya berbekalkan senjata ini. Apa senjata yang saya maksudkan disini?
Ya,budi bahasa…budi bahasa mampu menundukkan segalanya. Budi bahasa mampu buat kita jadi raja dalam dunia. Seluruh manusia dapat ditundukkan hanya dengan senjata ampuh ini. Apa itu budi bahasa? Mari kita asingkan,budi dan bahasa. Budi itu jasa,pertolongan,sedekah atau apa saja yang berkaitan dengan pemberian. Kita manusia punya macam2 nikmat pemberian tuhan, dan apa yang kita ada kita serahkan,ia adalah budi. Dan sebaik2 budi adalah budi yang ikhlas.

Bahasa. Ini sangat universal. Saya cuma cuit sedikit tentang apa yang berkaitan dengan post saya kali ini. Bahasa yang ingin saya maksudkan disini ialah cara penyampaian. Apa juga mesej yang ingin disampaikan perlu ada perantaraan. Dan perantaraan ini dipanggil bahasa. Dan bahasa tidak semestinya dengan percakapan dan tulisan sahaja. Malah ia membawa kepada satu pengertian yang lebih misteri dan rahsia. Iaitu bahasa rasa. Ini adalah bahasa yang berada diluar pemahaman tulisan dan kata2 manusia. Bahasa ini tiada suara mahupun bunyi. Tetapi ia dapat dirasa. Walaupun ia tiada suara mahupun bunyi sebagai tanda nyata,ia tetap wujud di hati mereka yang terpilih. Mereka yang dipilih selalunya akan sangat sukar mengolah dan mendefinasikan makna-makna di dalam hati mereka. Walaupun mereka meluahkan, rahsia bahasa ini tetap tidak terusik kerana makna yang terluah hanya sebagai satu pemandangan luaran sahaja.
Jadi apa kaitan budi dan bahasa ini?

Budi-pemberian
Bahasa-cara penyampaian

Jadi, budi bahasa adalah satu seni pemberian. Atau dengan bahasa kasarnya,bagaimana caranya untuk memberi.  Budi bahasa yang baik adalah seni pemberian yang indah. Saya ambil contoh,kita punya kasih. Bagaimana memberi kasih dengan cara yang terbaik. Apa makna terbaik disini? Terbaik disini bermaksud kita memberi dengan tangan yang terbuka dan pemberian itu juga diterima dengan hati yang terbuka. Ini suatu seni yang sangat halus untuk dipelajari. Jika salah penggunaannya,kita sendiri yang akan merana. Tetapi jika seni pemberian ini disulami dengan ego, selalunya ia jarang menjadi. Tetapi jika seni ini suci,walaupun tiada balasan,percayalah ia tidak pernah merugikan anda. Tiada benda yang sempurna di dalam  dunia ini. Dan sungguh, seni pemberian yang terbaik,sangat2 susah untuk kita fahami mahupun miliki, kerana ia senjata paling hebat yang pernah tercipta. Bukan calang2 manusia yang mampu memilikinya…dan seni adalah sesuatu yang indah untuk dipelajari...

“Ku sulam kasih emas berbenang emas,
Orang bertaruh baiknya rupa,
Walaupun kasih balas tidak berbalas,
Tidak kukesal itu jadinya...”
-lirik lagu joget kasih tak sudah,Siti Nurhaliza-

Itu saja dari saya buat masa ini…sekadar luahan rasa…maaf saya pohonkan kepada sesiapapun yang terguris dengan kata-kata saya….saya budak baru belajar,jika salah mohon ditunjukkan…J


Sunday 8 April 2012

Kehidupan hanyalah satu senda gurauan dari Yang Esa...


Salam sejahtera kepada semua pembaca...
Apa khabar anda semua ya,harap2 bahagia hendaknya...

Post kali ni saya akan ceritakan serba sedikit tentang kehidupan,menurut sudut pandangan saya sendiri...
Kehidupan,suatu pemberian yang Maha Kuasa. Dalam kehidupan kita akan melalui berbagai fasa rasa,fasa ilmu dan fasa umur...bagi saya,yang paling penting adalah fasa rasa...yang mana kita diberi hati untuk dibebankan dengan semua rasa pada waktu dan saat yang ditakdirkan. Rasa sedih dan gembira silih berganti memenuhi kehidupan kita...silih dan bergantinya kedua rasa ini seolah membuktikan ia tiada apa...ia akan datang dan pergi begitu saja sambil meninggalkan parut sebagai tanda ia pernah berlaku. Selebihnya kehidupan akan terus berlalu dan berjalan seperti biasanya. Jika kita sedang bersedih, kita akan bergelak tawa kemudiannya...jadi apalah makna sedih jika tawa yang akan menyusul juga nanti...apalah makna tawa jika yang menyusul kemudiannya nanti adalah kesedihan...apalah makna keduanya jika yang menyusul nanti adalah parut di dalam hati...semuanya seolah tiada makna jika masa berjalan dan terus berjalan. 

Ada yang pernah bertanya pada saya, apa makna kehidupan...saya malas nak jawab sebenarnya...sebab bagi saya hidup ini sebenarnya  tiada makna...kita cuma melaluinya dengan hati yang sebal dan redha. Saya bukan seorang yang mengejar masa,kerana masa yang selalu menarik saya untuk ikut melihat dunia. Ramai yang mengejar dunia,katanya untuk mengejar kebahagiaan. Saya tergelak...apalah erti kebahagiaan yang dikejar jika kesedihan juga yang menjadi pengikut setia buat gembira? Dunia bukan tempat berbahagia tanpa sedih. Itu semua khayalan. Dunia tempat bercampurnya baik dan buruk. Positif dan negatif. Kita cuma mengejar bahagia yang sementara. Selebihnya kesedihan yang akan menjadi tetamu berikutnya. Dan yang tertinggal hanyalah parut di hati. Kita sebagai makhluk yang bernama manusia, harus menerima hakikat kehidupan yang satu ini. Supaya kita tak bangga dengan apa yang kita ada,dan tak kecewa jika tak punya...
Inilah makna kehidupan buat saya,bagaimana dengan anda?

-Annur-