hud-seroja-esa-budi bahasa-akhlak-ikhlas-raja segala unsur-imam mahdi-panji hitam-bani tamim-sirah

puzzles

hud-seroja-esa-budi bahasa-akhlak-ikhlas-raja segala unsur-imam mahdi-panji hitam-bani tamim-sirah nabi saw dan pengulangannya di akhir zaman-rahsia no 1 dan 9-kaitan imam mahdi dan helang-misteri tabut dan persoalan2 berkaitannya-melayu dan kekuatannya-nabi Nuh as-Raja Ahmad-teori relatif-penciptaan manusia-rahsia bismillah-philosophy of lotus in buddhism-mawar sbg lambang kesufian-matrix dari kacamata sufi-nursyahadah-teknologi pembangkitan memori dari al Quran-Rasulullah saw sbg manusia fitrah-nurunnur-formula sabar-formula ikhlas-makna,puji dan taat-lirik2 best-riba' dan kaitannya dgn dajjal-riba' sebagai penghapus ikhlas-titik kebangkitan akhir zaman,strategi kebangkitan~~~~~~

Friday 27 January 2012

Adakah mereka takut getaran rasa dan ingatan itu akan bersambung dan bangkit semula menentang mereka???



Salam kepada semua pembaca…apa khabar anda semua ya?harap2 semua pun sihat walafiat…
Tiada orang lama,maka tiada jugala orang baru,jadi sama2 kita semua sampaikan salam sejahtera dan salam rindu pada nabi kesayangan kita,Nabi Muhammad saw,pada ahlul bait iaitu penyambung darah warisan baginda saw di dunia ni,pada para sahabat yang sanggup mengorbankan segala,serta kepada sesiapa saja yang sejalan dengan mereka semua,mudah2an kita termasuk dikalangan mereka,amin.

Kepada orang lama di alam maya ni,kami mohon laluan untuk sama2 berjuang seperti kalian. Kami sedar kami di sini adalah orang muda,jadi kalau ada silap dan salah,silalah maafkan dan bantu kami untuk bangun seperti kalian juga. Pucuk yang lama selalunya akan  membantu dan melindungi pucuk muda,supaya pohon yang ada tetap terus subur. Begitulah adat resam kehidupan.

Kepada pembaca baru blog ini,salam perkenalan dari kami…:),sila baca artikel2 kami yang lepas supaya kita semua jelas tentang apa yang cuba kita perjuangkan. Dan sebenarnya perjuangan banyak bermula dari diri sendiri. Jangan kisah kata2 orang luar,mereka tidak tahu tentang diri anda,anda sendiri tahu di tahap apa anda sekarang,bahkan anda sendiri sedar di mana tahap hijrah anda.Maka,berusahalah,Allah dan RasulNya melihat usaha anda.
Manusia suka melihat hasil kerana mereka tidak mampu memberi ganjaran untuk setiap usaha anda,tetapi Tuhan itu melihat usaha anda kerana hanya Dialah yang Berkuasa memberi balasan terhadap segala perbuatan anda.

"Menanti satu panggilan...
Diri celaru begitu juga dengan fikiran...
Mencari cara menjawab seruan...
Sebagai satu kepastian...
bahawa diri tetap di dalam barisan...
yang paling terkehadapan,
dalam satu perjuangan..
memperjuangkan sebuah kalimah warisan..."

Maaf jika penulisan saya agak formal,kerana saya ada mendapat kritikan pedas dari adik saya sendiri,katanya penulisan saya terlalu santai padahal perkara yang saya ketengahkan adalah sesuatu yang besar dan serius. Kata beliau lagi (wahai adikku jangan marah yee...),blog saya diibaratkan buku Addmath yang berkulitkan gambar tulisan arnab,kucing,dan tak menyelerakan ,aduhai…sedih rasa dikutuk beliau. Jadi saya cuba untuk post kali ini bersikap lebih formal dalam mengeluarkan artikel.

Ok,kali ini saya tiada membawakan apa2 sambungan kepada siri2 yang lepas.Saya masih sedang mencari rasa untuk itu,tapi masih belum tergerak,jadi saya cuba tulis sesuatu yang lain. Kerana bagi saya, gerak tanpa rasa, itu pura2. Kata2 yang terhasil adalah kosong dan tak bermakna,bahkan tak mampu menggerakkan. Jadi untuk post kali ini,inilah yang akan kita bincangkan. Tentang GETARAN.sila rujuk sini  Saya bukan pakar sangat pun dalam hal ini,tetapi saya cuba memberi pendapat saya tentang apa yang dimaksudkan tentang getaran dari sudut yang mudah difahami. Tidak terlalu saintifik,tetapi lebih kepada pemahaman bertunjangkan pemerhatian seorang manusia biasa.InsyaAllah.

Sebenarnya,saya mula terdetik untuk menulis tentang getaran semasa saya sedang bekerja. Banyak persoalan2 pelik yang mengganggu pemikiran saya ketika saya sedang bekerja. Adoi,adik saya pasang lagu “Anok Udang”,terus hilang mood saya nak menulis.Tadi mood sentimental,sekarang da jadi mood irama Malaysia bercampur kelakar.Biar saya habis gelak dulu,baru saya sambung semula penulisan saya. Semoga saya diberi kesabaran yang cukup tinggi kerana kurniaan adik sebegini. Doakanla saya.Kadang2 saya terfikir,saya atau dia yang tercabut skru?Ok,lagu background da sentimental,saya rasa boleh menulis dengan baik semula. Saya harap cerita Incredible Hulk yang sedang ditayangkan di televisyen cukup menarik perhatian beliau daripada terus mengganggu gugat penulisan saya.

Saya buka perbincangan dengan satu tajuk...
Getaran.Semua benda bergetar dengan getarannya yang tersendiri. Setiap satu berbeza rupa zahirnya kerana getaran. Setiap benda boleh duduk dalam kalangan yang sama apabila getarannya adalah serupa. Saya beri anda beberapa persoalan di sini untuk difikirkan buat sementara waktu:

  • Kenapa kita boleh merasa perasaan seseorang walaupun hanya melalui tulisan?atau mendengar suara?melihat riak muka?Mengapa perasaan itu seolah2 berjangkit?
  • Mengapa terkadang kita membaca penulisan seseorang,ia langsung tidak terkesan ke dalam diri kita?kita baca cerita sedih,tapi kenapa kita tak mampu merasakan kesedihan itu?tapi kenapa ada manusia lainnya yang benar2 sedih sehingga menangis tatkala membaca cerita yang sama?
  • Mengapa jika ada rakan yang tertidur di dalam kelas,kita lihat,secara tak langsung kita seolah menjangkit untuk mengantuk sama?
  • Penulisan yang mengajak manusia kearah kebaikan itu banyak,tetapi kenapa kejahatan seolah semakin berluasa? Tindakan untuk menghalang juga bersepah,tetapi mengapa kejahatan seolah makin galak pula merebak? apa yang kurang di dalam tindakan2 kita sehingga ia tidak membuahkan perubahan?
  • Mengapa kita punya teman yang “sekepala”? apa yang dimaksudkan dengan “sekepala” itu?
  • Kenapa teguran yang hanya dilakukan dengan senyuman lebih terkesan daripada teguran yang dilakukan dengan cara menjerit2 dan memaki2?
  • Kenapa bila kita memegang pensil,kita sentuhkan ia dengan sesuatu,kita dapat merasa sifat benda yang disentuh itu?padahal yang bersentuhan bukanlah tangan kita secara langsung?
  • Dan mengapa bila kita teringatkan seseorang,dalam masa lainnya,orang itu akan teringat semula pada kita?apakah yang disampaikan?dan apa yang menyampaikan ingatan itu?
  • Mengapa penulis perlu mood untuk menulis?dan mengapa penulisan yang dilakukan tanpa perasaan yang mendalam tidak mampu menyentuh perasaan pembaca?
  • Mengapa penjajah sedaya upaya menghilangkan segala macam warisan nenek moyang kita?adakah mereka takut getaran rasa dan ingatan  itu akan bersambung dan bangkit semula menentang mereka?  
  • Hanya jauhari mengenal manikam,apa kaitannya dengan semua persoalan di atas?

Sebelum saya sambung penulisan saya di siri akan datang,saya buka persoalan ini kepada anda semua untuk diteliti dan dibincangkan. Kepada sesiapa yang merasa tahu apa jawapannya,silalah berkongsi disini. Saya akan sangat2 berbesar hati jika anda beri pendapat anda di sini. Saya tak kisah anda mahu beri pendapat dari sudut apapun,asalkan ia bersangkut paut dengan tajuk kita iaitu GETARAN.

Dan jika perlu saya akan tambahkan persoalan2 di atas untuk difikirkan bersama. Jika anda terasa hidup begitu kosong,mungkin persoalan2 di atas mampu mengisi hidup anda?siapa tahu? Berfikirlah,kerana berfikir itu bagus untuk minda terus awet muda. 

Jangan jadikan zon selesa satu penghalang untuk anda berfikir. Jika ia masih satu penghalang,berkalihlah kepada hidup yang menjauhi zon selesa itu. Cabaran mampu mengejutkan jiwa2 yang tidur. Jadi carilah cabaran untuk diri anda sendiri. Kalau anda setiap hari melakukan rutin yang sama,saya bimbang anda akan tertidur dengan lena di dunia yang bakal hancur ini. 

Saya kunci getaran rasa saya di dalam post kali ini,siapa di kalangan anda yang mampu membukanya?

Wallahualam.berjumpa lagi di siri yang lain!

sekadar ole2 buat anda semua...:) .
apapun,layannn...








Monday 23 January 2012

Ulang kaji siri 2 Matrix dari kacamata sufi???apa lagi yang bakal muncul di dalam siri ini?

salam sayang dari saya kepada semua pembaca,

dan juga

sama2 kita sampaikan salam sejahtera buat Nabi saw,para ahlul bait dan sahabat serta mereka yang sejalan dengan mereka sehingga hari kiamat...

perhatian: sila rujuk matrix dari kacamata sufi siri 1 dan siri 2 untuk mendapat kefahaman yang lebih sempurna jika anda adalah pembaca baru blog ini,terima kasih...

ok,mari kita ulang apa yang telah kita pelajari setakat ni...

takdir adalah satu proses muat turun data = proses di mana Tuhan telah menurunkan dan memahatkan kepercayaan tentang keesaanNya ke dalam hati anda.

dan inilah yang disebut Matrix reloaded

sebesar mana telah anda cipta ruang matrix anda,ruang kepercayaan anda,sebesar itu jugalah kod2 Tuhan akan mampu dimasukkan melalui satu proses dinamakan takdir.

hanya mereka yang kuat struktur matrixnya,mampu untuk muat turun data dengan sempurna tanpa ada apa2 masalah pada struktur matrixnya sendiri.

apa yang menyebabkan struktur matrix itu teguh ketika proses muat turun berlaku?

ia adalah ingatan yang terus menerus terhadap Tuhannya...itulah solat yang sebenarnya...dan solat adalah tiang agama...tiang kepada struktur kepercayaan...tiang kepada matrix...satu binaan asas untuk matrix itu teguh dan kukuh...

dan kita manusia adalah satu-satunya makhluk yang mampu menanggung beban proses muat turun itu...dan diantara kesemua manusia yang mampu menanggung beban itu,Nabi Muhammad saw adalah manusia yang paling mampu muat turun data yang paling hebat,paling canggih,dengan sempurna tanpa sekatan...itulah dia,Al Quran dan sunnahnya...ia adalah hasil dari takdir yang cukup hebat (sila rujuk sini)..hasil dari proses muat turun yang paling berjaya...

"Orang yang paling berat cubaannya adalah para Nabi,kemudian orang2 yang terbaik selepas mereka...seseorang diuji sesuai dengan kadar keagamaannya..Sesiapa yang kuat keyakinan agamanya,maka cubaan yang ia terima semakin berat dan sesiapa yang mempunyai kualiti keagamaan yang ringan akan diuji sesuai degan kadar keagamaannya...cubaan itu sentiasa diturunkan kepada hamba sehingga ia dibiar berjalan di atas bumi tanpa memikul satu kesalahan pun..."

dan kita,seharusnya bangga menjadi pengikut kepada manusia kuat itu...kuatnya Nabi saw adalah datang dari kekuatan Allah.. kuatnya Nabi saw kerana dia percaya segala geraknya adalah datang sepenuhnya dari Tuhan...dia tunduk,dia tabah,dia sabar,dan dia ikhlas di dalam ketundukannya,di dalam ketabahannya,di dalam kesabarannya...maka pertolongan dan bimbingan Tuhan selalu disisinya...

kita kuat bila kita dekat dengan Allah,dengan cara apa kita dekat?dengan cara sujud...dengan cara kita menunduk hina,menunduk malu sampai tahap menghamparkan diri ke tanah,tempat yang selalunya kita pijak...diri kita tunduk,jiwa kita tunduk...malu kerana sedar diri tak punya kuasa...malu kerana tahu diri hanya makhluk...malu kerana sedar tempat duduk letak diri yang sebenar adalah di bawah...tempat yang dipijak,itulah rupa-rupanya tempat kehebatan seorang manusia...

dan itulah makna tersirat syahadah,pergandingan makhluk dan Tuhan...satu pergandingan yang menunjukkan manusia itu seharusnya sedar dirinya itu bukan siapa2,bukan apa2 untuk dibanggakan...melainkan segala puji hanya untukNya...dan kenapa nama Nabi Muhammad saw yang terpilih untuk bergandingan dengan namaNya?kerana Nabi saw adalah makhluk yang paling sedar diri...paling tahu diri itu siapa...paling malu pada Tuhannya...dan bila manusia tahu diri itu siapa,kedudukannya lebih tinggi daripada malaikat...walaupun kita punya nafsu,kita punya syaitan yakni unsur jahat yang mendampingi...


wallahualam...

ps:semoga kefahaman kita lebih mendalam tentang apa yang dimaksudkan dengan matrix...jika ada di antara anda yang tidak setuju dengan apa yang telah saya utarakan,atau mempunyai pertanyaan,atau mahukan perbincangan yang mendalam,saya buka ruang perbincangan di ruang komen...jangan lupa mengomen ye...jadi dapatlah saya tahu,siapa pembaca saya dan bagaimana pemikiran pembaca saya...apapun selamat membaca...!

apa yang bakal muncul di dalam siri ini:

persoalan lain yang mampu dijawab berdasarkan konsep matrix:

-apa akan terjadi pada matrix jika kepercayaan bertukar menjadi keyakinan?
-tingkat2 kesufian dan kaitan dengan matrix?
-di mana titik pertemuan antara matrix dan takdir?
-benarkah doa mampu merubah takdir?apakah penerangan berdasarkan konsep matrix?
-konsep matrix dan kebangkitan akhir zaman?berkaitkah?
-jawapan kepada bagaimana Rasul punya mukjizat,wali punya keramat berdasarkan konsep matrix.
-zikrullah sebagai pelincir proses muat turun kod2 Tuhan
-benarkah semakin kita percaya,semakin tinggi peluang ia menjadi kenyataan?apa logiknya berdasarkan konsep matrix?
-dan banyak lagi penerangan matrix dari kacamata sufi...nantikan...insyaAllah...



Saturday 21 January 2012

Testing,testing 123...promotion siri Matrix reloaded...???

salam kepada semua pembaca,

posting ni sengaja saya buat untuk test kenapa saya gagal publish dengan baik post yang terbaru tentang Matrix dari kacamata sufi???siri 2~matrix reloaded...sila rujuk post sebelum ni... 


ps: saya cuma rasa ada yang tidak kena dengan setting blog saya,saya da cuba trace,tapi macam ada yang pelik berlaku...tapi tak mengapala,nasib baik,post ni dapat dipublish dengan baik...jadi dapat juga saya beritahu tentang post matrix yang terbaru...selamat membaca!

Matrix dari kacamata sufi??? siri 2...~matrix reloaded

Salam sejahtera buat semua pembaca...apa khabar ya anda semua agaknya...
salam bahagia sama2 kita sampaikan buat baginda saw, para ahlulbait yang tercinta yang mengalirkan darah2 baginda saw, salam sejahtera juga buat para arwah sahabat,dan juga mereka yang sejalan dengan mereka semua...

Perhatian : sila rujuk Matrix dari kacamata sufi???siri 1 jika anda adalah pembaca baru blog ini,terima kasih...

menjadi atau tak strategi kebangkitan akhir zaman yang telah saya bentangkan sebelum ini?dan ada apa2 perubahan tak dalam kehidupan anda semua?dari senang terus menjadi susah tiba2...atau mungkin dari punya semua bertukar 360 darjah menjadi tiada punya apa2?kehidupan anda adalah apa yang anda percaya...takdir anda sentiasa dekat dengan kepercayaan anda...besar kepercayaan anda,besar jugalah takdir yang anda terima...ini kuncinya bagi post kali ni...

TAKDIR ADALAH PROSES MUAT TURUN DATA(KOD2 KEESAAN TUHAN) 



dan di alam maya ini,kami bersama2 dengan sahabat yang lain berusaha memperbesarkan dan meluaskan kepercayaan anda...supaya takdir2 besar juga yang akan anda terima nanti...insyaAllah...dan selalunya takdir besar itulah yang mengubah anda kepada seorang manusia yang ber"makna" dan ber"puji"...mudah2an sampai kepada taat yang sebenar2nya...sila rujuk post saya tentang makna,puji dan taat?siri 1...

post kali ni saya cuba dengan izin dariNya jua untuk memperbesarkan matrix anda...supaya anda terlerai dari segala lara batin,lara zahir itu perlu,hehe...kadang2 ada yang ejek saya kerana terlalu berpuitis,geram jugak bila difikir2,tapi biarkanla,saya selesa macam ni... kerana inilah saya..:)saya suka berpuitis kerana saya tak perlu berkata banyak untuk menerangkan sesuatu...kata2 puitis sudah cukup menyimpan makna yang ingin saya sampaikan...supaya post yang terhasil ringkas tapi padat...lagipun puitis banyak kebaikannya...kerana mengurangkan kebarangkalian kita untuk mendapat dosa lisan...puitis adalah bicara sejuta makna...


 "apa yang membunuh anda,bakal membuatkan anda menjadi seorang yang sangat kuat..."

apa jenis hati yang anda ada?adakah hati yang berupa pada zahir sahaja?sejenis daging yang bakal mereput tatkala anda mati nanti?atau sejenis daging pada luaran,cahaya pada batinnya?apa yang hati anda pandang,apa yang hati anda inginkan,apa yang hati anda khusyukkan, itulah gambaran hati anda...saya ambil contoh mudah,saya beri satu pen...ada yang memandang pen adalah pen sahaja...maka hati2 sebegini memandang kepada material...luaran,zahir...ada yang memandang pen sebagai sesuatu yang lebih bermakna daripada sebatang pen semata2...mungkin ia memandang pen adalah sebagai satu madah menerangkan kebenaran...hati2 sebegini,adalah hati2 yang 2 dimensi,zahir dan batin...dan ada juga yang memandang pen sebagai sesuatu makhluk Tuhan,dia dapat rasakan getaran pen itu,rohnya serasi dengannya,mereka dapat bekerjasama dengan baik...kod2 Tuhan berputar2 di kalangan mereka...dan hati ini 3 dimensi,ada zahir,ada batin,dan ada sirr....

mari kita ulang,



1-hati yang sekadar daging semata
2-hati daging dan batin yang bercahaya
3-hati daging,batin yang bercahaya dan sirr yang berputar2 diantara keduanya...ibarat hujan yang melimpahkan rahmatNya...





hidup anda sentiasa berputar2 mengikut kepercayaan anda...anda perlu benar dalam membaca takdir anda...mari saya beri anda satu formula...anda jalani takdir anda seadanya...tetapkan satu kepercayaan,Tuhan itu tiada pernah salah dalam menentukan takdir manusia...yang salah adalah anda...Dia tak pernah salah,tapi andalah yang sebenarnya banyak bersalah dalam sedar mahupun luar sedar...dan sungguh,Tuhan itulah yang banyak memaafkan sebahagian besar kesalahan2 anda...jika anda tetapkan kepercayaan begini,anda akan menyesal,dan rasa menyesal itu bagus...anda akan jauh dari rasa putus asa,kerana Tuhan tidak pernah salah dalam menetapkan takdir manusia...anda akan terus berharap belas kasihNya untuk terus membimbing jalan anda...dan anda juga akan rasa redha...kerana yakinkan Tuhan itu Maha Kuasa...

Dialah yang menggerakkan takdir untuk menghimpit jiwa anda,untuk membakar segala sifat mazmumah anda,untuk menyedarkan anda bahawa anda bukan apa2 pun...bukan ada apa2 pun...lahir pun dari setitis mani,berani pula yakinkan diri itu punya kuasa...betapa angkuhnya kita manusia...merasa diri itu kuat padahal telah ditetapkan bahawa La hawla wala Quwwata illa billah...hatta Nabi saw pun tiada kuasa walaupun kita selalu sebut Allah Muhammad...inikan kita pula,yang hina dina,budi bahasa macam tayar lori je,yang namanya pun tak mampu digandingkan dengan nama Tuhan,berani pula mengaku punya kuasa sendiri untuk bergerak di dalam takdir Tuhan...berani bertanya sesuka hati,"kenapa dia tak buat macam tu,kenapa dia tak buat macam ni...",bila Tuhan letakkan takdir mereka yang pernah dicemuh itu pada diri sendiri,baru tahu duduk terdiam...baru tahu duduk berfikir...baru tahu duduk bersimpuh...baru tahu senyap bila melihat perkara yang sama...baru tahu cari jalan penyelesaian tanpa sebarang cemuhan angkuh...tapi tak mengapala....walaupun manusia selalu benci.....Tuhan itu selaluuuuuu sayang...Nabi itu selaluuuuu kasih pada mereka yang memperbaiki amalan...


walaupun bila saya lihat anda buat macam tu,saya benci melihat anda,tapi Tuhan sayanggg pada anda...Nabi saw kasihhh pada anda ,anda peduli apa pada saya kannn???hehe,maafla,saja gurau...jangan marah,nanti kena jual...

dan sebenarnya bagi mereka yang sabar,ada hikmah besar menanti anda....jangan gopoh nak tahu apa hikmah tu cepat2,nanti pembentukan jiwa besi anda tak stabil...takut jadi kuih bantat pulak...huhu...



biarkan dan relakan je Tuhan bentuk jiwa anda,kalau sakit sikit tahanla...sakit banyak pun tahanlah...sendiri yang minta buat2 lupa pula...kalau anda minta diberikan hati yang baru,hati yang lama mestilah dihancurkan dulu...dengan cara apa?Tuhan lebih tahu dengan cara apa yang sesuai untuk hancurkan hati anda...dengan cara putus cinta?dengan cara keretakan rumah tangga?dengan cara kematian orang tersayang?dengan cara muflis tiba2?bergantunglah pada apa yang mengikat hati anda sebelum itu....kalau yang mengikat hati anda itu mak ayah anda,itulah yang akan ditarik...kalau yang mengikat tu,kebahagian rumah tangga anda,itulah yang akan ditarik...kalau yang mengikat hati anda itu harta benda emas berlian,itulah yang akan ditarik...kalau yang mengikat adalah kekasih hati intan payung,itulah yang paling ampuh jika ditarik...hehe...jangan marah...nanti kena jual...

janganlah sedih...Tuhan sebenarnya sangat cemburu kalau anda mengingat kepada selain dari Dia...padahal Dialah yang sebenarnya pemilik segala puji...tapi anda puji damba pada yang lain,pastilah Dia marah...pastilah Dia cemburu...jadi Dia pun tarik2 sayang la dengan anda...tarik kesayangan anda...janganlah sedih...janganlah marah...dan yang paling penting,jangan salahkan Dia...bukankah anda sudah berjanji bahawa solat anda,ibadat anda, hidup dan mati anda...semua untuk Dia?Dia hanya ingin menjadikan anda benar dalam kata2 anda...itu saja...jadi janganlah jadi macam cacing kepanasan di dalam takdir Dia...terima dan redhalah...kenapa mesti lawan? 

"katakanlah : Allah sudah mentakdirkan dan apa yang Dia kehendaki pasti akan Dia lakukan..."

yakinlah...

"Allah tidak akan mentakdirkan satu qada' bagi hamba kecuali qada' itu baik baginya..."


ps: hanya mereka yang kuat mampu menerima takdir yang hebat...luaskan ruang kepercayaan anda,nantinya akan Tuhan lakukan proses muat turun yang hebat untuk anda...insyaAllah..



dan proses muat turun yang hebat ini perlu untuk kebangkitan akhir zaman yang cepat kerana ia berkaitan dengan perkembangan jiwa2 para pendukung kebangkitan itu nanti...insyaAllah...sama2 kita doakan kebaikan mereka dimana sahaja mereka berada di dunia ini...

wallahualam...mudah2an sama2 kita dapat manfaat daripada post kali ni,yang baik datang daripada Allah,dan yang buruk daripada kesalahan diri saya sendiri,sila ambil yang apa2 baik daripada ini dan tinggalkan apa2 yang buruk...

hmmm...itu saja rasanya buat masa ni,maaf jika saya berikan penerangan bersahaja tentang matrix...kadang2 kalau terlalu formal pun akan memenatkan jiwa...bersahaja adakalanya bagus juga saya rasa...


jumpa lagi di post seterusnya!banyak lagi yang bakal menanti anda... nantikan...insyaAllah...