hud-seroja-esa-budi bahasa-akhlak-ikhlas-raja segala unsur-imam mahdi-panji hitam-bani tamim-sirah

puzzles

hud-seroja-esa-budi bahasa-akhlak-ikhlas-raja segala unsur-imam mahdi-panji hitam-bani tamim-sirah nabi saw dan pengulangannya di akhir zaman-rahsia no 1 dan 9-kaitan imam mahdi dan helang-misteri tabut dan persoalan2 berkaitannya-melayu dan kekuatannya-nabi Nuh as-Raja Ahmad-teori relatif-penciptaan manusia-rahsia bismillah-philosophy of lotus in buddhism-mawar sbg lambang kesufian-matrix dari kacamata sufi-nursyahadah-teknologi pembangkitan memori dari al Quran-Rasulullah saw sbg manusia fitrah-nurunnur-formula sabar-formula ikhlas-makna,puji dan taat-lirik2 best-riba' dan kaitannya dgn dajjal-riba' sebagai penghapus ikhlas-titik kebangkitan akhir zaman,strategi kebangkitan~~~~~~

Sunday 5 February 2012

Berpura-purakah kita?

Salam sejahtera buat semua pembaca.Apa khabar anda semua ya?
selawat dan salam sejahtera Buat Rasulullah saw,serta pengikut baginda sehingga hari kiamat.

Selamat menyambut Maulidur rasul.Sempena hari yang diraikan,saya ada sebuah puisi khas.Ringkas.Tapi mudah2an maknanya dalam.Semoga ada yang memahami maksud saya.InsyaAllah.Jika kurang faham pun,mudah-mudahan janganlah sampai salah faham hendaknya.


Muhammad.
Muhammad ada di dalam diri Nabi Muhammad saw.
Ia adalah diri seorang manusia biasa yang dipandang hina kerana tak punya apa.
Muhammad adalah seorang manusia biasa yang rindukan kebenaran dan bencikan kezaliman.
Apabila jiwanya benar-benar terlorong dan suci untuk sebuah tugas,
maka,
menjadilah Muhammad itu Nabi Muhammad saw.
dan itulah yang kita kenali sekarang,yang sebegitu masyhur di dalam dada manusia beriman.
tetapi,siapakah yang ambil peduli tentang Muhammad?
hanyalah Jauhari mengenal Manikam...

Ps: Jika kita hidup di zaman itu,adakah kita hanya mendekati baginda saw hanya apabila baginda disahkan menjadi Rasul?Sama-sama kita renung dan tanya diri kita semula.Berpura-purakah kita dalam mencintai Baginda saw?

AL-ISRA : 93 "kATAKANLAH (wahai Muhammad),"Mahasuci Tuhanku,bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi rasul?"


Wallahualam.


8 comments:

Anonymous said...

'Aku nyata bukan khayalan... 'Aku brselindung dlm kenyataan..'. Dalam nafasmu ku berlari dlm nadi mu ku berdiri... 'Aku nyata bukan khayalan... 'Aku berselindung dlm keraguan... Dalam jaga mu ku menguasai dlm lena mu ku memerhati.. Jangan kau bersusah hati kerana ku pasti mengerti... Jangan kau memencil diri kerana ku sentiasa menguji.. Pandanglah kekasih ku yang abadi.. Pasti kau akan mengerti... Untk mengenali diri ini... Pak mat jua pujaan hati... Kelak engkau tawa sendiri... Pak mat jua hubungan ini... Antara kasih dan jua budi... Hijab akan terbuka sendiri... Dengan pelukan shahdu ku menanti...~PUISI KU UNTK PAK MAT.. SANG SAPURBA.

Nurun Nur 9111 said...

Mintak maaf.

Adakah awk memanggil Nabi kesayangan Kami Pak Mat?

Ada yang kena tembak ni.
Terbakar dalam ni....


rrrrrrrrr Hada yang ada Had

Anonymous said...

Tnpa pergertian yg mutlak..sy dh dihakimi...apakah ini penghinaan? Pegenalan anda ttg muhammad kekasih allah masih jauh lg..xperlu kekerasan untk bukti kebenaran..sy akan undur diri..thanks.. ~purba.

Nurun Nur 9111 said...

salam,

wahai en.Purba,
saya faham maksud anda.jangan risau.kerana saya juga suka berpuisi.

setiap yang mencintai pasti punya panggilan tersendiri buat kekasihnya...jika itu panggilan anda buat kekasih anda,silakan...

itu adalah antara anda dan dia.cinta anda dan dia.

saya bagi pihak blog meminta maaf jika terkasar bahasa.:)

tapi En.Purba,tak semua yang memahami anda,maka saya seru mari sama-sama kita perindahkan bahasa tatkala berkata tentang baginda saw supaya tiada timbul salah faham yang memudaratkan kedua2 pihak.

jangan kerana hal yang kecil silaturrahim tercalar.;)

-Annur-

Nurun Nur 9111 said...

nabi kita tak kejar nama.nabi kita tak kejar pangkat.orangnya sangat penyantun.jika disakiti,masih boleh tersenyum.senyum bukan memerli tapi kerana faham situasi.orang sekeliling tak faham,maka mereka marah melihat situasi.

kenangkanlah peristiwa oren dan seorang perempuan Yahudi.nabi kita memang bijak membaca situasi.nabi kita bijaksana orangnya.

Abu bakar,Umar,Usman,Ali bukan tandingan baginda saw dalam berakhlak. tetapi kehadiran mereka perlu dalam satu penceritaan.

-Annur-

Nurun Nur 9111 said...

Wahai purba,jangan marah...

wahai D.Hada,jangan marah...

jangan marah wahai kedua-dua saudaraku...jangan marah...redakan marah kalian dengan berselawat...

-Annur-

Nurun Nur 9111 said...

me'layu' lah kalian dalam persaudaraan...

me'layu' lah...itu lebih baik...
musuh sedang memandang,menanti kita berpecah...

maka,me'layu' lah...

-Annur-

Yus said...

Izin copy puisi nya tuan