Salam buat semua pembaca...
Selawat dan salam buat Rasul
junjungan,mudah2an sentiasa dalam rahmat Tuhan,tak dilupakan pada mereka yang
sejalan dengan baginda saw.
Post kali ini sekadar renungan
buat diri saya dan anda semua. Apa yang bakal saya tuliskan adalah satu
pengakuan dari seorang manusia biasa.
Di dalam kehidupan kita seharian,kita
akan selalu mengeluh,kerana kita benci dengan apa yang sedang berlaku. Bagi kita,ia
tak sepatutnya berlaku di waktu dan ketika ini. Bila kita mengeluh,dan tak
mampu berbuat apa-apa,kita akan terdiam,duduk termenung mengenang nasib diri. Soalan
kenapa kerap kali menujah fikiran yang buntu mencari jawapan. Dan bila
kebuntuan menyesakkan hati,segala yang terwujud di waktu itu,adalah sesuatu
yang salah di mata kita.
Contoh: Bila seorang ayah letih
bekerja,anak yang datang duduk ditepi dan bertanya bakal dilayan seperti
seorang musuh. Padahal si anak hanya bertanya,dan mungkin dia bertanya kerana
dia mahu dibimbing dan disayangi oleh ayah kesayangannya itu.
Betapa pentingnya kita
sentiasa bersikap tenang di dalam apa jua keadaan. Jika tidak,akan
datanglah banyak masalah pada kemudian hari. Dan sungguh,kitaran hidup adalah
balasan awal bagi seorang manusia,ia dipanggil hukum karma. Kesalahan anda pada
hari ini,bakal dibalas di dalam hidup anda kemudiannya. Samada esok,lusa atau
kelak. Tapi tetap akan punya balasan. Itu pasti.
Dan balasan awal hanyalah sebagai alat
penyedar bagi mereka yang baik,dan alat penghukum bagi mereka yang jahat. Jika orang
jahat masih terus-terusan diberi nikmat kurniaanNya,itu dipanggil istidraj. Yang
bertujuan menambah kesesatan pelakunya. Dan anda tahu apa hukuman yang paling
berat buat seorang pendosa?jawapannya ialah,rasa untuk mengulang kesilapan yang
sama berulang-ulang kali. Rasa yang
wujud itulah hukuman paling berat buat pendosa. Dan benarlah kata bidalan,
buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali. Kerana sekali buat,akan rasa
nak buat lagi dan lagi. Jika tiada kesedaran yang membawa kepada hidayah
Tuhan,si pendosa akan berada di dalam neraka awal ciptaannya sendiri.
Rasa resah,sedih,takut,iri hati,dengki,tamak
dan banyak lagi makhluk Tuhan yang bernama mazmumah akan hinggap dan memakan
diri tuannya sedikit demi sedikit. Dan jika sistem kepercayaan manusia itu
rapuh,dia akan mula membenci dirinya sendiri,membenci persekitarannya,membenci
segala apa yang datang padanya. Dan yang paling menyedihkan,dia mula membenci
Tuhannya,yang sememangnya tidak layak untuk sebarang kebencian. Maha suci Allah
dari semua yang kita sangkakan.
Apa yang wujud di dalam diri
pendosa,adalah kebencian. Ubat kepada kebencian adalah penerimaan hakikat. Dalam bahasa yang kasar,terimalah hakikat. Terimalah hakikat
bahawa anda seorang manusia,bukan malaikat yang tiada dosa. Seorang manusia
pasti bersalah. Terimalah hakikat kesayangan anda itu sudah tiada,sudah pergi. Dia
sudah pergi dari hidup anda. Terimalah hakikat itu. Anda tiada pilihan.
“ Barangsiapa yang tidak mahu
menerima takdir Tuhan dengan rela,silalah dengan hormatnya keluar dari alam
ciptaan Tuhan dan binalah alam anda sendiri jika anda mampu”
Jika tidak mampu,dan tentunya
tidak. Maka terimalah hakikat...tunduklah
pada Dia,dan terimalah hakikat itu...
Segala perasaan negatif yang melampau,adalah
datang dari sifat manusia yang tidak mahu menerima hakikat bahawa dia adalah
seorang manusia biasa. Seorang manusia biasa,pasti melakukan kesilapan,pasti
bersedih,pasti kecewa,pasti marah,itu semua pasti bagi seorang manusia biasa. Kenapa
masih berdegil menerima hakikat itu?
Kenapa masih mahu berlagak menjadi Tuhan yang berkuasa, masih
mahu berlagak menjadi malaikat yang tiada dosa?
Terimalah hakikat kita ini
manusia,bukannya Tuhan,malaikat mahupun Nabi. Bahkan Nabi juga manusia
biasa,perbezaannya ialah Nabi itu maksum. Itu saja. Selebihnya baginda adalah
manusia biasa. Punya rasa marah,punya rasa benci,punya rasa letih,punya rasa
hampa jika ditolak.
Segala rasa pasti
pernah hinggap di hati seorang manusia biasa.
“Allah mengilhamkan sukma
kefasikan dan ketaqwaan,beruntung bagi yang mensucikannya,merugi bagi yang mengotorinya”
Dan perkataan yang paling mujarab
buat manusia yang sudah hilang pedoman ialah...
“Terimalah hakikat...”
Apa jua hakikat seorang manusia
biasa,terimalah dengan hati yang terbuka.
“Barangsiapa redha akan takdir
Tuhan padanya,maka Tuhan juga redha padanya,dan begitu jugalah sebaliknya”
Terimalah dan ucapkanlah Tiada
Tuhan selain Allah,dan Nabi Muhammad saw adalah pesuruh Allah.
Wahai Tuhan kami,bantulah kami untuk belajar menerima hakikat,kerana selama ini kami banyak menidakkan hakikat-hakikat kehidupan. Kami sangka kami hebat,kami sangka kami kuat,dan bila Kau tunjukkan kuasaMu, ternyata hakikatnya bahawa kami ini lemah,kami ini si hina yang tidak sedarkan diri,malah tak tahu dek untung...terimalah kami ya Allah...ajari dan bimbinglah kami menjadi manusia yang rela menerima hakikatMu...amin ya rabbal alamin...
manusia memarahi dan membenci manusia lainnya kerana mereka sesama sendiri enggan untuk memahami...kenapa mesti membuatkan manusia yang ditegur langsung berjauh hati?itukah yang Nabi saw anjurkan?sama-samala kita fikirkan...
Sekadar renungan buat diri
saya...kerana apa yang saya tuliskan sebenarnya adalah untuk diri saya
sendiri,dan bonus bagi saya jika ia mengena pada yang membaca...
Wallahualam.
7 comments:
'aku adalah insan yg xpunya..cma rsa cinta mbara..lalu tcipta rindu ku pd nya krana cinta bhagia..pujanga myatakn o cinta bharga dr emas dn pmata..lalu ku bwa cinta d psada jiwa..sinar myuluh gelita'...peh..rsa mcm nk mleleh air mata da..hakikat sbuah cinta by iklim..
aku bukanlah superman,aku juga bisa nangis...haha
semua orang adalah manusia biasa...dan aku adalah yang paling biasa diantara semua manusia biasa...adoi.
ps:maaf semua...
-Annur-
ya Illahi mohon padaMu
penuh harapan petunjuk Mu
aku tersesat di jalan ini
tak tahu lagi jalan kembali
tuntunlah aku kemana pergi...
-Annur-
Ya Allah ya tuhanku,mereka menjual semua nikmatMu dgn duit...ya Allah...ya Allah...ya Allah...
Tajuk/Lirik Lagu: Cinta Melankolia
Penyanyi: Ann
Tiada terfikir
Terlintas
Engkau akan tiba
Membawa perangsang
Tiada terfikir
Terlintas
Engkaukan membuka
Sempadan perasaan
Bunga kembang bertali hati
Bunga kembang di puncak akli
Duri
Penjajahan cinta mu
Di atas bumi raga ku
Duri
Penjajahan cinta mu
Di bawah awan setuju
Adalah suatu pengalaman
Tiada terfikir
Terlintas
Engkau akan tiba
Membawa harapan
Tiada terfikir
Terlintas
Engkaukan membuka
Sempadan perasaan
Engkaulah yang kini mekar
Dalam diri ku yang melankolia
Akulah simpang tersasar
Karam janji ku yang melankolia
-Annur-
saya adalah pemerhati yg memerhati..jauh di lubuk hati saya ingin melihat kalian bersatu..kamu semua mempunyai satu keistimewaan..jika kamu semua bersatu,nescaya rahsia demi rahsia akan mejadi satu kunci kejayaan islam di malaysia di masa akan datang..kelembutan hati,penerimaan,kaikhlasan akan menjamin sesuatu yg dgt berat untuk dipayungi..sy mengharapkan sentuhan2 anda sbg satu cabang ilmu sy,dy betul2 mengharap..sekian
salam anon,terima kasih..tapi jgn lihat jer kami menyatu,kami juga perlukan anda2 semua diluar sana untuk menyatu dgn kami...tiada ilmu yang kami kongsikan pun,cuma yang ada rasa dan cetusan hati yang telah lama dipendam dan kerana sesuatu takdir saya dan kakak membuka blog ini...lama kami menjadi pembaca blog yang setia...melihat,menimba ilmu,menimba rasa..tapi bila ada kaum sendiri yang mula mempersendakan junjungan,kami mula tergerak untuk bergerak di alam maya ini...berbekalkan petunjuk dariNya jua blog ini terbentuk.mimpi kepada mimpi,tafsiran kepada tafsiran...tarikh kepada tarikh...
dgn berbekalkan petunjuk Tuhan dan doa dari anda semua,mudah2an berjayalah misi kami ini...satu percubaan membentuk gelombang kebangkitan kali kedua.
mungkin tak banyak ilmu yang anda semua dapat dari blog ini,apatah lagi hanya si jahil yang menulis...tapi yang paling penting,kami cuba sampaikan getaran rasa kami kepada mereka yang berhak...
selawat dan salam mudah2an terlimpah buat junjungan Nabi saw serta semua yang sejalan dgn baginda...
sila sampaikan getaran2 yang baik serta membina pada kami,supaya kita semua akan terus bergerak dan bergerak sehingga kalimah Tuhan lebih tinggi dari yang lain walaupun ia hanya tertegak di dalam diri kita masing2...
insyaAllah...
-Annur-
:)...selawat dan salam atas junjungan pada Nabi Muhammad S.A.W serta semua yg sejalan diatas jalan yg lurus..semoga penulisan saudari akan mendapat kebrkatan hendaknya..dan dapt menimbulkan getaran pada hati manusia sama sprti getaran2 yg saudari lalui..terus membentuk gelombang2 islam di akhir zaman ini...
ayuh teruskan penulisan anda
semoga kita semua terhindar dari fitnah2 yg melampau..amin amin amin
\
penchinta
Post a Comment