Kita sudah kesuntukan masa...hanya 3 hari...???
selama beberapa hari ni banyak yang berlaku dalam hidup saya,adakala saya duduk diam berfikir,untuk apa semua tu terjadi,terutama kenapa semua cerita itu sampai ke telinga saya...atas sebab apa Tuhan takdirkan itu semua untuk saya tahu...dan juga saya kaitkan dengan apa yang saya tengah dok fikir beberapa bulan kebelakangan ni...dan saya simpulkan ia dengan satu perkataan..."penyatuan"...hakikat esa untuk manusia itu tahu ialah penyatuan...segala yang bersatu akan menang digelanggang kehidupan...contohnya?anda boleh nampak sendiri...
maaf kalau anda yang membaca cukup2 bosan mendengar cerita penyatuan ni...kerana kerap kali ia diketengahkan oleh kebanyakan bloggers...dan saya di sini juga cuba membawakan satu cerita yang sama,cuma mungkin dari sudut yang lain pula...kerana hidup di akhir zaman,mahu ataupun tidak isu penyatuan ummah harus,perlu,dan wajib untuk kita ambil tahu kerana ia ada kaitan dengan kita...penyatuan melibatkan semua unit yang ada...semua...anda yang membaca,mereka di luar sana,saya dan juga sesiapa saja yang setuju dengan syahadah harus menyatu sebelum kita dikunyah2,dimamah-mamah oleh para musuh diluar sana...
yang sememangnya ingin melihat kita semua jatuh dan terus jatuh dek kerana perangkap mereka...tapi kita yang dianugerahi rasa dan kekuatan,perlu menentang perpecahan ini...kerana ia membelakangi esa...padahal kita percaya Tuhan itu esa...
surah Al-Baqarah 213:
Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut agama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan syurga), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab neraka) dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu kitab-kitab suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan. Dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka kitab-kitab suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, - mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan pertunjuk kepada orang-orang y ang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinNya. Dan Allah sentiasa memberi pertunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang di kehendakiNya ke jalan yang betul-lurus (menurut undang-undang peraturanNya).
maka benarlah jika saya katakan hasad dengki sememangnya satu penyakit yang membawa perpecahan,dan ubatnya ialah bersatu,menyatu dengan apa sahaja yang anda dengkikan,saya faham,ia memang satu rasa yang sakit kerana anda akan rasa anda benar,dan dia salah,mengapa mesti anda yang kembali menyambung tali sitarurrahim itu,padahal dialah yang seharusnya tunduk pada anda...betulkan wujud rasa ini dalam diri anda???
tetapi...
wahai saudaraku yang tersepit dengan penyakit ini,satu sahaja jalan untuk anda keluar dari kesempitan hati dek kerana penyakit hasad dengki ini,iaitu bersilaturrahimlah,maafkanlah mereka sekalipun anda berhak untuk tidak memberi maaf...disaat mereka bersalah dengan anda,mungkin kerana mengguris hati anda,Allah telah letakkan kuasa di tangan anda...kerana anda seorang yang telah dizalimi...tetapi anda adalah seorang yang hebat jika memaafkan dan melupakan perselisihan itu dan terus menyatu dengan mereka...kembali bersilaturrahim...
Asy-Syura : 40
"...sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah(atas
tanggungan Allah dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya).
Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim"
ingat satu,sesiapa yang tunduk dahulu,pasti dia akan menerima tunduk daripada mereka semula...sekalipun bukan tunduk pada zahir,tetapi percayalah hati mereka cukup tunduk dengan anda...tunduk hormat walaupun mereka malu untuk mengakuinya...
maafkan mereka sebelum segala api hasad dengki membakar hangus amal2 anda....
anda tiada masa...hanya tiga hari diberi...ya,tiga hari untuk anda melayan ego anda,tiga hari untuk anda menstabilkan perasaan anda...tiga hari untuk anda bertafakur tentang kesilapan anda sendiri...
Tidak halal bagi seorang Islam itu tidak menegur sapa saudaranya lebih daripada tiga hari, berjumpa keduanya maka berpaling seorang ke tempat lain dan seorang lagi ketempat lain. Yang lebih baik daripada dua orang ini ialah siapa yang memulakan salam.
di
dunia ini,saya,anda,dan juga mereka...serta seluruh manusia di alam ini
punya salah masing2...punya silap masing2...punya kelemahan
masing2....kerana apa?kerana kita manusia...ya,kerana kita semua adalah
manusia...semua manusia adalah manusia biasa...pangkat,harta,kedudukan
yang memisahkan dan membeza2kan kita adalah satu fatamorgana kehidupan
sahaja...hakikatnya kita semua sama...seorang nabi adalah manusia
biasa...seorang pemimpin negara pun adalah manusia biasa...seorang
penyapu sampah dijalanan adalah juga manusia biasa...berbezakah darah
mereka?semuanya merah juga...jika dipukul pun sama2 akan rasa
sakit...jika jatuh tersadung pun semuanya akan mengaduh...maka anda
semua beritahu saya,berbezakah mereka?
jika mereka bersalah pada anda,anda beritahu saya...adakah anda pernah terlepas dari berbuat salah dengan manusia lain???sehingga kemaafan itu begitu susah untuk anda berikan???mahalnya harga diri anda adalah pada kemaafan yang anda berikan...ingat,
"yang lebih baik daripada dua orang ini ialah siapa yang memulakan salam"
jika
anda begitu susah memaafkan orang lain,dan mengomel akan kesalahan2
orang itu,anda tunggulah sehingga ke satu masa,Tuhan takdirkan anda
melakukan satu kesalahan berat pada orang lain...dan di masa itu,anda
akan rasakan apa yang mereka rasa....jangan pernah menyalahkan Tuhan di
atas takdir anda,kerana takdir anda sebenarnya adalah disebabkan tangan2
anda sendiri....
memang
saya sudah bercerita melalut tentang ini...tetapi perjalanan takdir
yang melibatkan penyakit hasad dengki ini adalah lebih mengarut dan
lebih panjang daripada apa yang saya ceritakan...masakan tidak,semua
yang anda lihat sekarang adalah akibat hasad dengki iblis
lakanatullah...dan permulaan ceritanya adalah disyurga dahulu...
dan
saya cukup panas jika mereka yang melaungkan islam sana,islam
sini,tetapi dalam masa yang sama menggalakkan perpecahan,menanam rasa
benci terhadap manusia lain,memisahkan manusia2...tahukah mereka akan
makna syahadah mereka?fahamkah mereka akan makna Tuhan itu esa?esa itu
maknanya tidak berbilangan...satu2nya...
jangan mudah menjual nama Islam...nama Melayu...jika belum faham makna syahadah sebenarnya...
besederhanalah
hatta dalam berdakwah...kerana kebenaran itu untuk mereka yang
ber"haq"...dan jika mereka itu ber"haq",mereka tetap akan mendapatkan
kebenaran itu walaupun mereka di dalam kegelapan...kerana Cahaya Tuhan
itu terang benderang...cahaya kebenaran itu pun satu rezeki...jika anda
ditakdirkan dapat,anda tetap akan dapat sekalipun seluruh manusia
bergabung untuk menghalang....
Nabi
Muhammad saw hanyalah penyampai,dan kebenaran itu hak milik mutlak
Tuhan...kita manusia,bukan Tuhan...kita ini lemah,dan Tuhan itu Maha
Kuat...kita ini banyak kelemahan,dan Tuhan itu Maha Sempurna...kita ini
hina dan Tuhan itu Maha mulia...kita ini jahil dan Tuhan itu Maha
Tahu...
syahadah
itu bukan kata2 biasa untuk kita pandang enteng...tetapi di dalamnya
terkandung kod2 penyatuan..kod2 perbezaan Tuhan dan Makhluk...kod2
kehidupan...
jadi
sekarang,saya dan anda fikir2kan...renung2kan...dengan siapa sekarang
ini anda bermusuh...anda berdengki...anda benci...siapapun dia...apapun
salah dia...nikmat apapun Tuhan berikan pada dia sehingga anda rasa
geram...menyampah...letak semua rasa tu satu tempat di sudut hati
anda...dan BUANG...lupuskan di tempat pelupusan sampah dalam diri
anda...itu semua virus pemakan amal...
dan
langkah seterusnya...maafkan mereka...kembali kasihkan mereka sebagai
saudara sesyahadah anda...dan bertegur sapa dengan mereka...terutama
yang ada di depan mata...kerana itu peluang anda...
saya cukup tertarik dengan kata2 rakan saya..."maaf tak semestinya perlu disebut dengan lidah,adakala melalui perbuatan juga,maaf itu terlafaz..."
wallahualam...semoga ada manfaatnya buat anda semua di luar sana,dan tentu2 semoga lebih bermanfaat buat diri saya sendiri...
saya minta maaf kalau artikel ini ada salah silapnya...saya sayangkan anda semua...
berjumpa lagi di artikel yang seterusnya...
9 comments:
Annur...kakanda minta maaf..
Tembakul, kita kan kwn..nape merajuk..=o sy sakit sampai dah nak elok sbb amalkan ilmu nafas yang awk ajr tu. Kami nak ilmu lagi! Kami laparkan ilmu! Nak ilmu! Nak ilmu! skrg awk dah tak nak kwn dgn kami ke? Kami tahu awk ada curi2 tgk blog ni lagi walaupun marah..
Abu Bakar, kamu pun baru datang, makanan pun tak habis dijamah..nape dah nak pulang? Bila nak kenalkan dengan Osman Ali? Bila nak bercerita ttg pengalaman hidup kamu yang panjang ceritanya tu..?
D.Hada
salam semua,
saudara kita semua,si merah silu bakal menimang cahaya mata baru,sama2 kita doakan isteri beliau selamat melahirkan anak kedua,insyaAllah...:)
-Annur-
Annur..
Kanda nak tukar kerja la..
Rasa nak menghala ke Gombak hari ni..
Indeed...people grow in pain...
Differences are complementing though its hard to accept...
Even the speaker cannot really swallow his/her own words.
Apapun, selamat berhujung minggu..
Layan...
Bila hati dah sembuh, datang jenguk kami lagi di sini ya kwn2...
D.Hada
Pagi ini hujan hingga ke tengah hari..
D.Hada
salam semua,
ini alamat email Purba@tembakul,
razin_riz@yahoo.com
kepada org kg,minta maaf,saya tersalah delete msg anda,tapi saya da simpan dalam minda apa yang awak pesan tu,insyaAllah...kami tak lupa pesan si tembakul tu...
bagitau Purba,jgn merajuk lama2,nanti kerepot...
hmm..Annur pun nak menyepi buat masa ni...
-Annur-
'razin_riz@yahoo.com' utk penjelasan ini bkn email purba@tembakul..ini adalh email sy..org kg..purba@tembakul xda email or apa2 utk d hubungi..jika ada sbrang ptanyaan or pjelasan bleh la mghubungi sy..tq..
salam,, cam best je ilmu nafas,ley ajar X,,
i really interested any kind of knowledge about breathing
=)
>sd<
salam sejahtera saudara/i sd...
nak tau pasal ilmu nafas,sila contact org kg aka razin riz...diatas tu ada email dia...
kami pun blaja dari dorang je...xpandai pun sbnrnya...
-Annur-
Post a Comment