Salam sejahtera buat semua pembaca...
apa khabar anda semua?...tak sangka da masuk tahun baru... tahun kontroversi...inilah tahunnya...2012...apa yang bakal terjadi?Tuhan lebih tahu...ya,Allah itu Yang lebih tahu...
suasana kebangkitan da ada...tapi masih belum cukup bersatu...masih berkelompok2...irama masih belum benar2 senada...
izinkan jika saya bertanya...
di manakah pelakon2 di tahun 2012 untuk melakonkan watak2 kebangkitan Islam?di mana kalian bersembunyi... ???sudahkah kalian membaca skrip sirah yang ada,dan sudah bersediakah kalian melakonkannya???apa khabar kalian semua agaknya...di manalah agaknya Tuhan letakkan kalian ya?
sejahteralah mudah2an buat kalian...wahai para pendukung kebangkitan Islam akhir zaman...kami di sini sentiasa mendoakan dan sangat2 berharap kebangkitan jiwa kalian berlaku dengan sangat pantas...
kerana...
kami semua...
dan dunia ini sangat2 memerlukan kalian...sangat parah keadaan kami...kami bergaduh sesama sendiri,salah menyalahkan saudara sepegangan kami...kami benci membenci...saling mencari kesalahan sesama sendiri...di sistem yang zalim ini,adakala kami menindas dan kami juga tertindas...sungguh serabut keadaan kami...sudikah kalian mengorbankan masa,jiwa,tenaga dan segala yang kalian anda demi kemaslahatan kami?di manakah kalian????
bangunlah wahai semangat yang benar...kami seru kebangkitan anda di manapun anda berada...kami seru...bangunlah wahai yang berselimut...buku sedang menanti ruas...selagi anda bersembunyi,selagi anda belum bersedia,dunia akan berterusan begini dan hancur bersama kami...selagi anda belum bersedia,cerita takkan dapat dimulakan...
di mana pelakon hebat watak Muhammad???yang heboh menjadi bualan ramai,malah menjadi buruan para musuh Tuhan itu?
siapa pula yang berupaya menjadi Khadijah alaf baru?sudi mengorbankan segala demi membantu Muhammad?
dimanakah hero dan heroin akhir zaman ini?mudah2an Tuhan mudahkan segala urusan kalian berdua...
dan...siapakah
yang mampu berlakon dan menjiwai watak seorang sahabat yang siddiq seperti Abu Bakar?
dan adakah pelakon watak al-Farouq sudah sedia dengan pedangnya untuk melibas musuh2 Tuhan?
dimana pula si kaya Usman yang dermawan dan sanggup berhabisan demi ummah???
siapa pula yang bakal menjadi sebijak dan secerdik Ali demi membantu Muhammad???
"umpama permata bersinar semula,selindung kian lama,kembali menjulang cita..."
-Tinting nyanyian Noraniza Idris-
-Tinting nyanyian Noraniza Idris-
Tiada lain tujuanku
Hati emas yang ku cari
Kisahnya di hujung dunia
Mengapa tak ku temui
- Hati Emas nyanyian Kembara- Hati emas yang ku cari
Kisahnya di hujung dunia
Mengapa tak ku temui
masih banyak watak2 kebangkitan Islam,pilihlah dan jiwailah yang mana sesuai buat anda...jangan risau dengan kesusahan dan kepedihan di jalan ini kerana janji Tuhan itu benar...Islam pasti menang...kita pasti menang wahai saudaraku...kita satu dan kita pasti menang...asalkan kita benar2 bersatu,kita pasti menang...dan kita juga punya strategi,lupakah kalian?...
jauhilah zon selesa jika itu yang melembapkan jiwa anda...berpindahlah kepada kesusahan zahir jika itu jalan yang terbaik untuk jiwa anda sedar dan bangun bergerak pantas...berjalanlah jika anda belum mampu berlari seperti yang lain...merangkaklah jika tak mampu berjalan...asalkan anda bangun dan sedar...janganla bersedih...bagaimanapun keadaan anda sekarang,Tuhan ada disisi anda untuk membimbing anda...asalkan anda ikhlas mencari kebenaran...ikhlas memperjuangkan kebenaran yang telah anda cari itu...jangan risau,Allah pasti akan bantu...pasti...Dia pasti akan membantu siapapun yang membantu agamaNya...percayalah,kerana janji Tuhan itu benar...percayalah...kuatkan diri anda...
Islam sedang mencari para pendukungnya untuk ia berpijak dan naik tinggi...siapakah yang sanggup menjadi batu pemijak untuk agama Tuhan ini megah gemilang?siapa yang sanggup menahan kesakitan demi mengibarkan panji2 syahadah diserata dunia?siapapun anda,dimanapun anda...kami di sini menyeru kebangkitan semangat anda semua untuk bersama2 dengan kami...untuk berjuang bersama2 kami...bangun dan membangunkan yang lain...insyaAllah...
ps: sila jangan biarkan saya bertanya tanpa jawapan...
ps: sila jangan biarkan saya bertanya tanpa jawapan...
"Mungkinkah dikau miliki
Hati emas murni suci
Inginku menjadi sahabatmu
Hingga akhir hayat nanti"
Hati emas murni suci
Inginku menjadi sahabatmu
Hingga akhir hayat nanti"
-Hati Emas nyanyian Kembara-
No comments:
Post a Comment