selawat dan salam sayang buat Rasulullah saw,para ahlul bait,para sahabat,dan mereka yang sejalan dengan mereka sehingga hari kiamat...
rindu rasanya pada baginda saw...tak tahu nak cakap macammana...sebenarnya post kali ni saya berhajat menarik rasa anda semua untuk turut sama merindukan baginda saw...mengenangkan baginda...jerih payah baginda kerana telah menyampaikan kebenaran kepada kita semua...
sebenarnya wahai semua sahabat saya sekalian...bukanlah mudah menjadi penyampai...berat...apatah lagi penyampai wahyu Tuhan seperti Nabi Muhammad saw yang kita sayangi...kerana setiap kata yang terlafaz,setiap sumpah yang terukir...ada harganya yang perlu dibayar oleh sang penyampainya...setiap satunya yang tersampai akan dipertanggungjawabkan pertama-tama sekali kepada yang menyampainya...benarkah apa yang dilafazkan...sungguhkah apa yang dikatakan...atau sekadar mainan bibir sahaja...dan jika penyampai itu ikhlas,nescaya Tuhan akan bantu dalam pelaksanaan ikrar sang penyampai tadi...tetapi sebelum bantuan Allah itu sampai,kulit yang ada pasti terluka,hati yang ada pasti terguris,jiwa yang ada pasti akan merintih...selepas semua itu ada,barulah bantuan Allah itu sampai...jadi,dapatkah kita semua bayangkan betapa beratnya dugaan nabi saw kesayangan kita?hanyalah Tuhan dapat membalasnya...
jika kita yang hanya menyampai sekerat2 dari segala sabda baginda saw,dari segala firmannya Tuhan itu,merasa sakit jika diuji...bayangkanlah bagaimana pula rasa yang ditanggung oleh baginda saw...yang sudah tentunya penyampai Al-Quran kepada kita semua...pasti baginda saw lebih sakit dari kita...pasti lebih perih menanggung pedih daripada kita...Ya Allah,sekalipun semua peristiwa ujian yang baginda saw terima telah 1400++ berlalu,masih terasa aura kesedihan,kepedihannya pada kita di akhir zaman ini...kita masih dapat berasa betapa sakitnya nabi saw kesayangan kita dibaling batu oleh penduduk Thaif...aduhai...bagaimanalah rasanya wahai saudaraku sekalian...letakkan rasa itu pada kita...dan seharusnya kita berasa malu untuk mengaduh sakit jika hanya diuji perasaan ketika menyebarkan kebenaranNya...cukuplah airmata sebagai tanda sakit berada dalam takdirNya...
makanya wahai semua saudaraku sekalian...kepada mereka yang sedang menyampaikan kebenaran...kepada semua yang sedang diuji...bersabarlah,kerana Tuhan itu ada,Maha Melihat keadaan anda semua...teruslah sampaikan kebenaran sekalipun bertimpa2 kesusahan Tuhan berikan pada anda...teruskan melangkah wahai saudaraku sekalian...sekalipun terjatuh,panji yang ada jangan terus dihamparkan ke tanah...angkatlah ia setinggi mana yang anda mampu...Sungguh wahai sahabatku sekalian,Allah berhajat memenangkan kebenaran sekalipun semua kafiruun membencinya...
jika anda sakit,teruskan melangkah..teruskan dengan penyampaian kebenaran...jangan pernah berhenti...sakit itu akan pergi sepertimana ia datang pada mulanya...biarkan rasa sakit itu menghadap Tuhan,dan menjadi saksi bahawa segala yang anda ikrarkan itu benar...bukan mainan kata atau pura-pura...biarkan rasa sakit itu menjadi saksi bahawa anda telah menegakkan kebenaran walaupun hanya pada diri anda sendiri...
sekali lagi selawat dan salam rindu buatmu Rasulullah saw...dari kami ummatmu akhir zaman...semoga kami terpilih menjadi diantara ikhwanmu...amin....
No comments:
Post a Comment