hud-seroja-esa-budi bahasa-akhlak-ikhlas-raja segala unsur-imam mahdi-panji hitam-bani tamim-sirah

puzzles

hud-seroja-esa-budi bahasa-akhlak-ikhlas-raja segala unsur-imam mahdi-panji hitam-bani tamim-sirah nabi saw dan pengulangannya di akhir zaman-rahsia no 1 dan 9-kaitan imam mahdi dan helang-misteri tabut dan persoalan2 berkaitannya-melayu dan kekuatannya-nabi Nuh as-Raja Ahmad-teori relatif-penciptaan manusia-rahsia bismillah-philosophy of lotus in buddhism-mawar sbg lambang kesufian-matrix dari kacamata sufi-nursyahadah-teknologi pembangkitan memori dari al Quran-Rasulullah saw sbg manusia fitrah-nurunnur-formula sabar-formula ikhlas-makna,puji dan taat-lirik2 best-riba' dan kaitannya dgn dajjal-riba' sebagai penghapus ikhlas-titik kebangkitan akhir zaman,strategi kebangkitan~~~~~~

Wednesday, 11 January 2012

Bukan gahara,atau pesona,insan biasa,insan biasa...

salam kepada semua pembaca...


selawat dan salam sama2 kita sampaikan buat Rasulullah saw...para ahlul bait,para sahabat yang tinggi imannya,dan juga mereka yang sejalan dengan mereka semua...mudah2an sentiasa dalam kebaikan...dan post kali ni adalah satu ulang tayang kepada komen yang telah saya deletekan sebelum ini...pada masa itu,hati saya masih belum kuat untuk menanggung beratnya komen itu,dan kini bila hati saya tergerak,saya cuba postkan untuk bacaan umum...semoga ia dapat memberi satu pengisian hati buat sesiapa yang Allah telah gerakkan untuk membaca post kali ni...sila lihat sini untuk penceritaan asal...http://9111tanyasamaituhudhud.blogspot.com/2011/12/katakan-wahai-setiap-hati-yang.html

ada yang saya deletekan kerana saya telah menarik kata2 tersebut....kepada saudara Nuruddin Azri,ada kata2 yang saya telah tarik kerana kesilapan saya sendiri dalam berkata2...harap maklum..


" salam saudara,
terima kasih sudi melawat blog kami...

saya minta maaf kerana baru saja hari ini buka blog dan baru juga terbaca tntg permintaan saudara... maaf saya tak tahu bagaimana cara yang terbaik untuk menghubungi saudara dan memberikan pendapat saya.dan akhirnya saya rasa mungkin email adalah yang terbaik...

mula2 saya pening juga bila diminta pendapat sebegitu...mungkin sebab baru letih bekerja dan belum sempat pun duduk berehat...tapi saya cuba beri pendapat saya...dan terus terang saya katakan,saya bukan pakar tentang hal ini,cuma memberi pendapat sahaja...harap saudara mengerti tentang ini...saya bukan siapa2 untuk bercakap tentang ini...tapi jika diminta,saya akan cuba untuk memberi...insyaAllah...

ok,tentang persoalan saudara,
konsep dakwah islamiyah dalam realiti masa kini...taip je pun saya da berdebar...rasa macam lagi susah dari soalan spm...

hmm...saya rasa dakwah masa kini banyak bermain dengan nama...istilah...seolah mempermodenkan 'kerja lama' ni...bila ia diberi nama...maka ramai juga terperangkap dengan nama...membuat kebaikan untuk mengejar nama..makanya,mereka yang tersangkut dalam istilah ini,beranggapan selain daripada kelompok mereka,adalah orang2 yang patut didakwahkan...di sini mereka sudah terperangkap...dalam realiti sebenar,setiap daripada kita adalah orang yang mengajar dan belajar...dakwah bukan suatu kerja melainkan suatu fitrah bagi mereka yang tahu...bagi mereka yang 'digerakkan'...jika kita bekerja di atas nama,makanya nanti akan timbul pelbagai fitnah...mereka berjalan dengan nama...dan bila mereka tersalah,automatik fitnah akan turun kepada nama...dan nama ini,gelaran ini, bukan seorang pemegangnya,tapi ramai...maka secara tak langsung,semua pun turut terfitnah...dan ini saya berpendapat adalah satu jalan yang bahaya...tak fitrah...terlalu menekan jiwa2 di dalamnya,memenjara diri untuk berjalan dengan seimbang kerana semuanya seolah2 diaturkan...bila berjalan,menegur manusia dengan rasa 'mereka patut didakwahkan,hanya kerana mereka tidak seperti kita,tidak berpakaian seperti kita,tidak berkata2 dengan lenggok bahasa seorang pendakwah,dan yang paling penting,mereka bukan dari golongan kita... '

"jangan biarkan hidup anda diselubungi nama..."

besederhanalah...kita tak perlu berharap dengan nama,mereka akan mendengar suara kita...dan jika mereka hanya mendengar suara kita,hanya apabila kita ber'nama'...ada sesuatu di situ...hati2...mari kita lihat,di zaman Nabi saw...sebelum nabi bergelar nabi..diangkat menjadi nabi,berapa ramai yang mendekati baginda saw dan sanggup berjuang mempertahankan baginda?sedikit bukan?dan di bahu mereka yang sedikit inilah Islam terbangun...Islam tertegak...kita mencari mereka yang sebegini...yang dapat mengenal permata yang diseluputi lumpur...mereka inilah yang mampu membangunkan dan mendirikan agama...mereka memandang kebenaran sebagai sesuatu yang fitrah,bukan sesuatu yang gah untuk didekati...sejarah sudah memahatkan nama2 10 ahli syurga...kenapa walaupun mereka masih hidup,keputusan telah dibuat di sisi Allah tentang takdir mereka nanti?iaitu mereka akan ke syurga?kerana Allah sudah tahu,mereka2 ini tidak kisah tentang ganjaran syurga itu...mereka berbuat kebaikan bukan untuk pahala..bukan juga mengejar syurga...mereka tahu syurga itu adalah janji Allah kepada mereka yang berbuat baik,jika Allah berikan mereka bersyukur,dan jika Allah tak beri pun mereka tiada kisah,kerana bukan syurga yang mereka kejar...dan Allah itu berhak memberi dan sekelip mata juga berhak menarik...kita tak berhak mempersoal tindakan Allah...maka mereka tinggalkan pakaian 'nama' dan memakai pakaian 'hamba'...kerana ia lebih selesa dan lebih fleksibel untuk bergerak...besederhana memang sesuatu yang selesa...kita pun selamat jika besederhana...selamat jiwa dari riak dan ujub...jauh juga dari mereka yang pura2...yang hanya mendekati kebenaran jika ada 'nama' disamping penyampainya...

kita semua sama...ada masa saya mengajar...dan ada masa saya pula diajar...ada masa anda belajar...dan ada masa mengajar...saya sama dengan anda...anda juga sama dengan saya...ada benda yang saya lebih,ada benda yang saya kurang...anda juga begitu...jadi kita semua perlu bergabung...ibarat puzzle...saya mungkin puzzle yang ke 9,dan anda mungkin yang ke 8...apa kelemahan saya anda tutup dengan kelebihan anda...begitu juga sebaliknya...apa beza anda dengan saya?tiada...kita semua sama...yang membezakan adalah ketaqwaan kita pada Yang Esa...dan ketaqwaan adakah sesuatu yang dapat diukur oleh manusia?tidak bukan?maka,di sini Tuhan beri kita petunjuk bahawa semua manusia itu sama...membeza2kan bukan tugas kita...memberi gelaran2 bukan juga kerja kita...setiap manusia yang beriman bertugas melakukan kebaikan,menyebarkannya...dan jika mampu mencegah kejahatan yang ada...jika tak mampu cegah pada orang lain,cegah pada diri sendiri pun da kira ok...bayangkan jika setiap orang cegah kejahatan pada diri sendiri,bukankah kejahatan akan tercegah dalam skop yang besar?

kita semua sama...siapa pun anda,dari puak manapun anda...siapa pun saya,dari puak manapun saya...kita sama...jika anda percayakan Allah adalah Tuhan yang Esa dan Nabi Muhammad saw adalah pesuruhNya...maka kita adalah saudara...tak kisahlah dari puak manapun anda dan saya berada,hakikatnya kita sama...kadang2 saya belajar dari anda,dan kadang2 anda belajar dari saya...maka dalam situasi ini,siapakah pendakwah?semua orang pun boleh jadi pendakwah,ia tidak tertakluk kepada siapa pun...dan jika kita semua faham hakikat ini,secara tak langsung kita telahpun memadamkan nama2 dan gelaran2 yang memisahkan kita...inilah yang memisahkan kita...jangan letak gelaran2 yang mendebarkan untuk orang2 mendekati anda...besederhanalah..hatta nabi saw pun bila dia berjalan berseorangan,orang pun hampir tidak tahu bahawa dia adalah nabi saw...mereka sangkakan manusia ini adalah manusia biasa...tapi yang lainnya cuma akhlaknya sangat indah...mereka terpukau dengan nabi saw walaupun nabi berjalan tanpa nama...dengan cara inilah sebenarnya kebenaran menjadi sesuatu yang indah untuk dipelajari,diteliti,diikuti...dengan cara inilah kebenaran itu lebih bergemilauan di mata manusia...

wallahualam...sekadar pandangan...jika terlebih atau terkasar bahasa,maaf saya pinta...jika ada yang perlu ditegur,silakan,saya budak baru belajar,kalau salah mohon ditunjukkan...:)"

itu sahaja dari saya setakat ni...semoga ada manfaatnya bagi yang membaca...
di dalam lagu Hati Kama di bawah, ada kunci2 kepada apa yang disebutkan sebagai dakwah...selamat mencari...

No comments: