hud-seroja-esa-budi bahasa-akhlak-ikhlas-raja segala unsur-imam mahdi-panji hitam-bani tamim-sirah

puzzles

hud-seroja-esa-budi bahasa-akhlak-ikhlas-raja segala unsur-imam mahdi-panji hitam-bani tamim-sirah nabi saw dan pengulangannya di akhir zaman-rahsia no 1 dan 9-kaitan imam mahdi dan helang-misteri tabut dan persoalan2 berkaitannya-melayu dan kekuatannya-nabi Nuh as-Raja Ahmad-teori relatif-penciptaan manusia-rahsia bismillah-philosophy of lotus in buddhism-mawar sbg lambang kesufian-matrix dari kacamata sufi-nursyahadah-teknologi pembangkitan memori dari al Quran-Rasulullah saw sbg manusia fitrah-nurunnur-formula sabar-formula ikhlas-makna,puji dan taat-lirik2 best-riba' dan kaitannya dgn dajjal-riba' sebagai penghapus ikhlas-titik kebangkitan akhir zaman,strategi kebangkitan~~~~~~

Thursday 19 January 2012

Lailaha illAllah = Ikhlas = Tauhid = Sedekah yang Ikhlas

Kebangkitan akhir zaman adalah di mana manusia akan menegakkan kalimah Lailaha illAllah. Dan ikhlas itu adalah terjemahan kepada kalimah Lailaha illAllah.

Manusia umumnya mungkin ternampak bahawa dia penganut agama apa-apa pun sama ada Islam atau pun tidak pada zahirnya. Dan sesetengah umat Islam mengira jika seorang itu tidak menyembah Allah pada zahirnya maka pasti dia masuk neraka. Namun, keikhlasan itu (unsur Tauhid) terletak pada niat seseorang tersorok jauh di dalam satu ruang di kalangan bilik-bilik yang ada dalam ruangan hatinya (yang juga di katakan sebagai alam). Niat itu tersembunyi dan Allah melihatnya.

Dan apabila seorang manusia bersedekah (apa pun) dengan IKHLAS makanya terdapat unsur Tauhid di mana jika kuat unsur KEIKHLASAN pada sedekahnya itu, maka amalan yang ajaib itu yang menjadi satu amalan besar pada pandangan Allah lalu menyelamatkan dirinya, walaupun dia pada zahirnya sebagai penganut agama lain. (rujuk kes perempuan Yahudi pelacur yang memberi anjing minum dan masuk syurga kerana amalannya itu) walaupun sesungguhnya dosa syirik itu tidak akan diampunkan, ia akan diseimbangkan dengan unsur Tauhid amalannya itu. Kerana tidak akan selamanya seseorang itu berdiam di neraka jika terdapat iman walau sebesar zarah.

Maka di sini, ajakan manusia terhadap iman pada Allah perlu melepaskan segala nama dan istilah yang mengelaskan 'pakaian' manusia itu. Islam, Pendakwah atau apa sahaja. Buang nama dan ajak manusia beriman pada Pencipta mereka. Allah itu Pencipta semua, bukan hanya umat Islam. Lupakan permusuhan, perkauman, politik, atas nama agama.

Inilah dia semangat kebangkitan akhir zaman yang sebenar, di mana inilah yang yang diperjuangkan di setiap rantaian utusan para Anbiya'...

Semangat Kalimah La ilaha illa Allah...

Yang akan kembali menawan manusia...bersatu di bawah satu Kalimah...
Sebelum angin yang lembut menarik nyawa mereka yang punya iman terhadap hakikat Kalimah ini...

...................

1 comment:

Anonymous said...

salam,

minta penulis ulas lebih lanjut...point da ada,tapi terlalu padat dengan fakta...peace...:)