.saya buka post kali ni dengan sebuah hadis dan sebuah puisi...
saya akan mulakan dengan penerangan tentang "makna"...
silakan membaca..
“Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika tidak mampu, hendaklah dengan lisannya (mulutnya). Jika tidak mampu, hendaklah dengan hatinya (iaitu membenci kemungkaran yang berlaku) dan itulah selemah-lemah iman” (Hadis riwayat Muslim).
"Makna"
Hidup apabila hanya mencari makna
jadi kabur dan sunyi
Kerana setiap kejadian punya sejuta satu makna
yang mana jadi pilihan adalah terpulang
Hidup apabila hanya mencari makna
Dunia jadi tempat kejahatan bermaharajalela
Hidup apabila hanya mencari makna
Jadilah seorang sufi yang sepi
darjatnya tak setinggi manusia agung itu
dan sungguh,
pada diri manusia agung itu terdapat suri tauladan yang mulia
begitu sempurna untuk diikuti
Seimbang,sederhana itulah sunnahnya
seorang sufi yang paling berjaya mendekati Tuhan
dengan cara yang paling mudah dan fitrah
iaitu besederhana
Bersahabat,bekeluarga,bersilaturrahim,bermasyarakat,
berkerajaan,beribadat,berkahwin,berhibur...
cukup...lengkap...sempurna...
begitulah jalan selamat ini(Islam)
baginya jalan selamat itu mudah,maka mudahkanlah ia...
nescaya bahagia...
Makna
tempatnya di hati...
tempat seorang manusia itu berbicara...bermonolog...kita selalu ber"makna" di dalam hati,segala sesuatu yang dapat dikesan oleh pancaindera,akan di "makna" kan di dalam hati...juga sebagai tempat syaitan berbisikkan kejahatan...
tempat sebuah pertimbangan dibuat...tempat pengumpulan baik dan buruk,proses penapisan berlaku di sini...jika dilihat dari sudut sains,ia tempat penapisan toksik...ya benar juga,bagi sudut pemahaman sufi,ia tempat berkumpulnya yang baik dan jahat...
setiap saat Tuhan berikan kejadian2 untuk kita tafsir,untuk kita "makna" kan ia...apa benda itu,bergantung kepada hati kita di saat itu...bunga itu indah jika hati kita sedang berbunga-bunga...tapi bunga yang indah adalah buruk pada kita jika hati kita sedang remuk redam...
dan menurut teori relatif,sifat sesuatu benda bergantung kepada si pemerhati...jadi segalanya bergantung pada hati kita disaat itu...hati juga adalah tempat dimana diilhamkan kefasikan dan ketaqwaan...betapa penting tempat penapisan dan tempat pengumpulan ini bersih dan tersusun...kerana jika sebaliknya dunia ini akan jadi sebuah tempat kejahatan bermaharajalela...
kerana manusia yang hidup di dalamnya punya hati yang kotor...bayangkan sebuah penapis air,jika ia bersih,maka segala kekotoran akan dapat ditapis dengan baik,jika ia kotor,segala kekotoran dengan mudah bergerak masuk ke dalam air minuman kita...
itulah hati...tempat sebuah "makna"...
bersambung...insyaAllah...
di siri yang lain akan saya terangkan tentang puji dan taat...apa kaitan sebenar ia dengan hadis di atas...siri ini juga akan menjawab kenapa bila kita berniat jahat,ia tidak dikira sebagai kejahatan,tetapi tetap dikira kebajikan walaupun dengan hanya berniat baik...
1 comment:
atau boleh juga (mungkin) ia dimaknakan sebagai...
jika anda memegang kuasa pemerintahan, jalankan tugas dengan adik dan benar,
jika anda seorang ngo atau penulis, tulislah dengan adil dan betul,
jika anda seorang rakyat, jadilah rakyat yang taat kepada pemerintah dan memberi sumbangan sekadar yang termampu untuk hidup bersama di atas bumi sementari menunggu hari pengadilan...
hanya allah yang maha mengetahui
Post a Comment