Salam kepada semua
pembaca…apa khabar anda semua ya?harap2 semua pun sihat walafiat…

Kepada orang lama di alam
maya ni,kami mohon laluan untuk sama2 berjuang seperti kalian. Kami
sedar kami di sini adalah orang muda,jadi kalau ada silap dan
salah,silalah maafkan dan bantu kami untuk bangun seperti kalian
juga. Pucuk yang lama selalunya akan membantu dan melindungi pucuk
muda,supaya pohon yang ada tetap terus subur. Begitulah adat resam
kehidupan.
Kepada pembaca baru
blog ini,salam perkenalan dari kami…:),sila
baca artikel2 kami yang lepas supaya kita semua jelas tentang apa
yang cuba kita perjuangkan. Dan sebenarnya perjuangan banyak bermula
dari diri sendiri. Jangan kisah kata2 orang luar,mereka tidak tahu
tentang diri anda,anda sendiri tahu di tahap apa anda sekarang,bahkan
anda sendiri sedar di mana tahap hijrah anda.Maka,berusahalah,Allah
dan RasulNya melihat usaha anda.
Manusia suka melihat
hasil kerana mereka tidak mampu memberi ganjaran untuk setiap usaha
anda,tetapi Tuhan itu melihat usaha anda kerana hanya Dialah yang
Berkuasa memberi balasan terhadap segala perbuatan anda.
"Menanti satu panggilan...
Diri celaru begitu juga dengan fikiran...
Mencari cara menjawab seruan...
Sebagai satu kepastian...
bahawa diri tetap di dalam barisan...
yang paling terkehadapan,
dalam satu perjuangan..
memperjuangkan sebuah kalimah warisan..."
Maaf jika penulisan saya
agak formal,kerana saya ada mendapat kritikan pedas dari adik saya
sendiri,katanya penulisan saya terlalu santai padahal perkara yang
saya ketengahkan adalah sesuatu yang besar dan serius. Kata beliau
lagi (wahai adikku jangan marah yee...),blog saya diibaratkan buku
Addmath yang berkulitkan gambar tulisan arnab,kucing,dan tak
menyelerakan ,aduhai…sedih rasa dikutuk beliau. Jadi saya cuba
untuk post kali ini bersikap lebih formal dalam mengeluarkan artikel.
Ok,kali ini saya tiada
membawakan apa2 sambungan kepada siri2 yang lepas.Saya masih sedang
mencari rasa untuk itu,tapi masih belum tergerak,jadi saya cuba tulis
sesuatu yang lain. Kerana bagi saya, gerak tanpa rasa, itu pura2.
Kata2 yang terhasil adalah kosong dan tak bermakna,bahkan tak mampu
menggerakkan. Jadi untuk post kali ini,inilah yang akan kita
bincangkan. Tentang GETARAN.sila rujuk sini Saya bukan pakar sangat pun dalam hal
ini,tetapi saya cuba memberi pendapat saya tentang apa yang
dimaksudkan tentang getaran dari sudut yang mudah difahami. Tidak
terlalu saintifik,tetapi lebih kepada pemahaman bertunjangkan
pemerhatian seorang manusia biasa.InsyaAllah.
Sebenarnya,saya mula
terdetik untuk menulis tentang getaran semasa saya sedang bekerja.
Banyak persoalan2 pelik yang mengganggu pemikiran saya ketika saya sedang bekerja. Adoi,adik
saya pasang lagu “Anok Udang”,terus hilang mood saya nak menulis.Tadi
mood sentimental,sekarang da jadi mood irama Malaysia bercampur
kelakar.Biar saya habis gelak dulu,baru saya sambung semula penulisan
saya. Semoga saya diberi kesabaran yang cukup tinggi kerana kurniaan
adik sebegini. Doakanla saya.Kadang2 saya terfikir,saya atau dia yang
tercabut skru?Ok,lagu background da
sentimental,saya rasa boleh menulis dengan baik semula. Saya harap
cerita Incredible Hulk yang sedang ditayangkan di televisyen cukup
menarik perhatian beliau daripada terus mengganggu gugat penulisan
saya.
Saya buka perbincangan dengan satu tajuk...
Getaran.Semua benda
bergetar dengan getarannya yang tersendiri. Setiap satu berbeza rupa
zahirnya kerana getaran. Setiap benda boleh duduk dalam kalangan yang
sama apabila getarannya adalah serupa. Saya beri anda beberapa
persoalan di sini untuk difikirkan buat sementara waktu:
- Kenapa kita boleh merasa perasaan seseorang walaupun hanya melalui tulisan?atau mendengar suara?melihat riak muka?Mengapa perasaan itu seolah2 berjangkit?
- Mengapa terkadang kita membaca penulisan seseorang,ia langsung tidak terkesan ke dalam diri kita?kita baca cerita sedih,tapi kenapa kita tak mampu merasakan kesedihan itu?tapi kenapa ada manusia lainnya yang benar2 sedih sehingga menangis tatkala membaca cerita yang sama?
- Mengapa jika ada rakan yang tertidur di dalam kelas,kita lihat,secara tak langsung kita seolah menjangkit untuk mengantuk sama?
- Penulisan yang mengajak manusia kearah kebaikan itu banyak,tetapi kenapa kejahatan seolah semakin berluasa? Tindakan untuk menghalang juga bersepah,tetapi mengapa kejahatan seolah makin galak pula merebak? apa yang kurang di dalam tindakan2 kita sehingga ia tidak membuahkan perubahan?
- Mengapa kita punya teman yang “sekepala”? apa yang dimaksudkan dengan “sekepala” itu?
- Kenapa teguran yang hanya dilakukan dengan senyuman lebih terkesan daripada teguran yang dilakukan dengan cara menjerit2 dan memaki2?
- Kenapa bila kita memegang pensil,kita sentuhkan ia dengan sesuatu,kita dapat merasa sifat benda yang disentuh itu?padahal yang bersentuhan bukanlah tangan kita secara langsung?
- Dan mengapa bila kita teringatkan seseorang,dalam masa lainnya,orang itu akan teringat semula pada kita?apakah yang disampaikan?dan apa yang menyampaikan ingatan itu?
- Mengapa penulis perlu mood untuk menulis?dan mengapa penulisan yang dilakukan tanpa perasaan yang mendalam tidak mampu menyentuh perasaan pembaca?
- Mengapa penjajah sedaya upaya menghilangkan segala macam warisan nenek moyang kita?adakah mereka takut getaran rasa dan ingatan itu akan bersambung dan bangkit semula menentang mereka?
- Hanya jauhari mengenal manikam,apa kaitannya dengan semua persoalan di atas?
Sebelum saya sambung
penulisan saya di siri akan datang,saya buka persoalan ini kepada
anda semua untuk diteliti dan dibincangkan. Kepada sesiapa yang
merasa tahu apa jawapannya,silalah berkongsi disini. Saya akan
sangat2 berbesar hati jika anda beri pendapat anda di sini. Saya tak
kisah anda mahu beri pendapat dari sudut apapun,asalkan ia bersangkut
paut dengan tajuk kita iaitu GETARAN.
Dan jika perlu saya akan
tambahkan persoalan2 di atas untuk difikirkan bersama. Jika anda
terasa hidup begitu kosong,mungkin persoalan2 di atas mampu mengisi
hidup anda?siapa tahu? Berfikirlah,kerana berfikir itu bagus untuk
minda terus awet muda.
Jangan jadikan zon selesa satu penghalang untuk
anda berfikir. Jika ia masih satu penghalang,berkalihlah kepada hidup
yang menjauhi zon selesa itu. Cabaran mampu mengejutkan jiwa2 yang
tidur. Jadi carilah cabaran untuk diri anda sendiri. Kalau anda
setiap hari melakukan rutin yang sama,saya bimbang anda akan tertidur
dengan lena di dunia yang bakal hancur ini.
Saya kunci getaran rasa saya di dalam post kali ini,siapa di kalangan anda yang mampu membukanya?
Wallahualam.berjumpa lagi di siri yang lain!
sekadar ole2 buat anda semua...:) .
apapun,layannn...