hud-seroja-esa-budi bahasa-akhlak-ikhlas-raja segala unsur-imam mahdi-panji hitam-bani tamim-sirah

puzzles

hud-seroja-esa-budi bahasa-akhlak-ikhlas-raja segala unsur-imam mahdi-panji hitam-bani tamim-sirah nabi saw dan pengulangannya di akhir zaman-rahsia no 1 dan 9-kaitan imam mahdi dan helang-misteri tabut dan persoalan2 berkaitannya-melayu dan kekuatannya-nabi Nuh as-Raja Ahmad-teori relatif-penciptaan manusia-rahsia bismillah-philosophy of lotus in buddhism-mawar sbg lambang kesufian-matrix dari kacamata sufi-nursyahadah-teknologi pembangkitan memori dari al Quran-Rasulullah saw sbg manusia fitrah-nurunnur-formula sabar-formula ikhlas-makna,puji dan taat-lirik2 best-riba' dan kaitannya dgn dajjal-riba' sebagai penghapus ikhlas-titik kebangkitan akhir zaman,strategi kebangkitan~~~~~~

Monday 23 January 2012

Ulang kaji siri 2 Matrix dari kacamata sufi???apa lagi yang bakal muncul di dalam siri ini?

salam sayang dari saya kepada semua pembaca,

dan juga

sama2 kita sampaikan salam sejahtera buat Nabi saw,para ahlul bait dan sahabat serta mereka yang sejalan dengan mereka sehingga hari kiamat...

perhatian: sila rujuk matrix dari kacamata sufi siri 1 dan siri 2 untuk mendapat kefahaman yang lebih sempurna jika anda adalah pembaca baru blog ini,terima kasih...

ok,mari kita ulang apa yang telah kita pelajari setakat ni...

takdir adalah satu proses muat turun data = proses di mana Tuhan telah menurunkan dan memahatkan kepercayaan tentang keesaanNya ke dalam hati anda.

dan inilah yang disebut Matrix reloaded

sebesar mana telah anda cipta ruang matrix anda,ruang kepercayaan anda,sebesar itu jugalah kod2 Tuhan akan mampu dimasukkan melalui satu proses dinamakan takdir.

hanya mereka yang kuat struktur matrixnya,mampu untuk muat turun data dengan sempurna tanpa ada apa2 masalah pada struktur matrixnya sendiri.

apa yang menyebabkan struktur matrix itu teguh ketika proses muat turun berlaku?

ia adalah ingatan yang terus menerus terhadap Tuhannya...itulah solat yang sebenarnya...dan solat adalah tiang agama...tiang kepada struktur kepercayaan...tiang kepada matrix...satu binaan asas untuk matrix itu teguh dan kukuh...

dan kita manusia adalah satu-satunya makhluk yang mampu menanggung beban proses muat turun itu...dan diantara kesemua manusia yang mampu menanggung beban itu,Nabi Muhammad saw adalah manusia yang paling mampu muat turun data yang paling hebat,paling canggih,dengan sempurna tanpa sekatan...itulah dia,Al Quran dan sunnahnya...ia adalah hasil dari takdir yang cukup hebat (sila rujuk sini)..hasil dari proses muat turun yang paling berjaya...

"Orang yang paling berat cubaannya adalah para Nabi,kemudian orang2 yang terbaik selepas mereka...seseorang diuji sesuai dengan kadar keagamaannya..Sesiapa yang kuat keyakinan agamanya,maka cubaan yang ia terima semakin berat dan sesiapa yang mempunyai kualiti keagamaan yang ringan akan diuji sesuai degan kadar keagamaannya...cubaan itu sentiasa diturunkan kepada hamba sehingga ia dibiar berjalan di atas bumi tanpa memikul satu kesalahan pun..."

dan kita,seharusnya bangga menjadi pengikut kepada manusia kuat itu...kuatnya Nabi saw adalah datang dari kekuatan Allah.. kuatnya Nabi saw kerana dia percaya segala geraknya adalah datang sepenuhnya dari Tuhan...dia tunduk,dia tabah,dia sabar,dan dia ikhlas di dalam ketundukannya,di dalam ketabahannya,di dalam kesabarannya...maka pertolongan dan bimbingan Tuhan selalu disisinya...

kita kuat bila kita dekat dengan Allah,dengan cara apa kita dekat?dengan cara sujud...dengan cara kita menunduk hina,menunduk malu sampai tahap menghamparkan diri ke tanah,tempat yang selalunya kita pijak...diri kita tunduk,jiwa kita tunduk...malu kerana sedar diri tak punya kuasa...malu kerana tahu diri hanya makhluk...malu kerana sedar tempat duduk letak diri yang sebenar adalah di bawah...tempat yang dipijak,itulah rupa-rupanya tempat kehebatan seorang manusia...

dan itulah makna tersirat syahadah,pergandingan makhluk dan Tuhan...satu pergandingan yang menunjukkan manusia itu seharusnya sedar dirinya itu bukan siapa2,bukan apa2 untuk dibanggakan...melainkan segala puji hanya untukNya...dan kenapa nama Nabi Muhammad saw yang terpilih untuk bergandingan dengan namaNya?kerana Nabi saw adalah makhluk yang paling sedar diri...paling tahu diri itu siapa...paling malu pada Tuhannya...dan bila manusia tahu diri itu siapa,kedudukannya lebih tinggi daripada malaikat...walaupun kita punya nafsu,kita punya syaitan yakni unsur jahat yang mendampingi...


wallahualam...

ps:semoga kefahaman kita lebih mendalam tentang apa yang dimaksudkan dengan matrix...jika ada di antara anda yang tidak setuju dengan apa yang telah saya utarakan,atau mempunyai pertanyaan,atau mahukan perbincangan yang mendalam,saya buka ruang perbincangan di ruang komen...jangan lupa mengomen ye...jadi dapatlah saya tahu,siapa pembaca saya dan bagaimana pemikiran pembaca saya...apapun selamat membaca...!

apa yang bakal muncul di dalam siri ini:

persoalan lain yang mampu dijawab berdasarkan konsep matrix:

-apa akan terjadi pada matrix jika kepercayaan bertukar menjadi keyakinan?
-tingkat2 kesufian dan kaitan dengan matrix?
-di mana titik pertemuan antara matrix dan takdir?
-benarkah doa mampu merubah takdir?apakah penerangan berdasarkan konsep matrix?
-konsep matrix dan kebangkitan akhir zaman?berkaitkah?
-jawapan kepada bagaimana Rasul punya mukjizat,wali punya keramat berdasarkan konsep matrix.
-zikrullah sebagai pelincir proses muat turun kod2 Tuhan
-benarkah semakin kita percaya,semakin tinggi peluang ia menjadi kenyataan?apa logiknya berdasarkan konsep matrix?
-dan banyak lagi penerangan matrix dari kacamata sufi...nantikan...insyaAllah...



26 comments:

"Orang Jelai" said...

salam...saudara@saudari?

biasanya ulama dulu2 ada membawa jalan tarikat masing2...tetapi menurut guru saya...ada juga yg terus mendapat "buah" tanpa perlu menyusuri akar,batang,dahan, ranting...tetapi sedikit saja org yg begini...mungkin org yg terpilih...kebanyakkan kena melalui jalan tarikat....wallahualam..

Nurun Nur 9111 said...

hmm...mungkin saudara pernah terdengar "tarikat ujian bala"???

itulah yang terjadi pada saya jika saudara ingin tahu...

"Orang Jelai" said...

ohh....insyallah sy memahaminya...perkara ini juga terjadi pada keluarga saya..

Anonymous said...

Sejahtera..syok gak blog ni bg pencari mcm sy ni..maxtrix n sufi eh? Peh masyuk...! Salam pegenalan tuan tanah..~PURBA

Anonymous said...

Best giler citer matrik..tanya ckit ngn tuan punya blog..bleh kah manusia ketahap gitu? Apa amalan ek? Peh klu dh jasad bleh trpisah dr roh..mmg dasat to? Tp stu musykil kpala batu sy..dlm filem to ada alat yg memisahkn antara realiti n alam fantasi akal kan? Ni soalan yg sy xphm..jika roh tu keluar..siapa pula yg tgl? Dan dpt merasa kesakitan tu? Apa sebenarnya yg keluar? N apa pula yg tertinggal? Konpius..konpius..tq tuan rmh.~PURBA

Nurun Nur 9111 said...

salam saudara Purba...

terima kasih sudi ziarah sebelah sini...

saya akui kelemahan pemahaman saya tentang apa yang saudara utarakan...

apatah lagi saya bukanlah termasuk di kalangan mereka yang mengikuti jalan tarikat dengan tertib,hanya dicampak ke dalam jalan ini dengan cara yang tanpa saya sangka...

maka,banyak di antara ilmu2 halus yang sudah tentu jauh dari pemahaman saya...saya akui kejahilan diri saya...

soalan2 sebegini mungkin saudara perlu utarakan pada guru2 mursyid atau yang para pemikir mistisfiles yang sudah tentu lebih arif tentang ini...

saya akui kefahaman saudara tinggi berdasarkan persoalan2 yang saudara utarakan...

tidaklah saya mampu menerangkan sesuatu di luar pemahaman saya...dan saya takut untuk memandai2 di dalam sesuatu yang saya bukan ahli...

apa yang saya tahu hanyalah matrix dari sudut kacamata seorang pencari Tuhan,seorang pencari kebenaran,dan juga segala macam bentuk amal yang membawa kepada kekeramatan bukanlah juga saya ahlinya...

saya rasa adalah baik kita sama2 mohon pencerahan dari sahabat lain yang lebih arif dan lebih tahu soal jasad dan roh...pembahagiannya,dan sebagainya yang berkaitan...


mohon sahabat2 lain bantu dan beri pencerahan tentang soalan yang diutarakan saudara Purba...

saya akui kelemahan saya...:)

wallahualam...

Nurun Nur 9111 said...

salam saudara Purba...

terima kasih sudi ziarah sebelah sini...

saya akui kelemahan pemahaman saya tentang apa yang saudara utarakan...

apatah lagi saya bukanlah termasuk di kalangan mereka yang mengikuti jalan tarikat dengan tertib,hanya dicampak ke dalam jalan ini dengan cara yang tanpa saya sangka...

maka,banyak di antara ilmu2 halus yang sudah tentu jauh dari pemahaman saya...saya akui kejahilan diri saya...

soalan2 sebegini mungkin saudara perlu utarakan pada guru2 mursyid atau yang para pemikir mistisfiles yang sudah tentu lebih arif tentang ini...

saya akui kefahaman saudara tinggi berdasarkan persoalan2 yang saudara utarakan...

tidaklah saya mampu menerangkan sesuatu di luar pemahaman saya...dan saya takut untuk memandai2 di dalam sesuatu yang saya bukan ahli...

apa yang saya tahu hanyalah matrix dari sudut kacamata seorang pencari Tuhan,seorang pencari kebenaran,dan juga segala macam bentuk amal yang membawa kepada kekeramatan bukanlah juga saya ahlinya...

saya rasa adalah baik kita sama2 mohon pencerahan dari sahabat lain yang lebih arif dan lebih tahu soal jasad dan roh...pembahagiannya,dan sebagainya yang berkaitan...


mohon sahabat2 lain bantu dan beri pencerahan tentang soalan yang diutarakan saudara Purba...

saya akui kelemahan saya...:)

wallahualam...

Anonymous said...

q bebyk pd saudara nurun..itu pun dh cukp bg sy..sy respek cara bro merendah diri..tu tanda seorg insan sejati..teruskn usaha murni anda..krn kebenaran pasti terbukti jika ikhlas mencari..setinggi mana pun imginasi pasti dan gerenti tak mencapai hakiki..krn yg sejati bermula di hati..megenal ilusi atau fantasi sedangkn bermain dlm realiti..tnpa kita sedari bgai lembu di cucuk tali..tnpa ikhsan 'tuan' sendiri melepaskn ternakkan tnpa merosak diri..citt skali syair daaa..sory smua..ini bkn apa2 pun just luahan hati jer.._PURBA

Nurun Nur 9111 said...

salam saudara Purba,

hanya bahasakan saya saudari,

saya hulur salam perkenalan buat saudara...silakan membaca blog kami dan silakan beri komen yang membina supaya kita semua sama2 dapat manfaat...

saya kagum dengan cara saudara menguji dan bersyukur kerana saudara sudi memaafkan ketelanjuran kata2 saya di dalam blog nusanaga...

salam persaudaraan dari saya...semoga rahmat Tuhan sentiasa bersama saudara hendaknya...mudah2an...:)

Anonymous said...

Maaf sy ingt anda seorg lelaki..jarang perempuan berpegetahuan begini..saluttt... Sy ada cadangan..citer matrik ni ok tp pemahaman nya sgt berat..cuba saudari cari cerita phenomenon lakunan john travolta..sempoi dan mudah nk difahami megenai hakikat ttg diri..sy sory ayat2 n tatabahasa sy kekadang sush nk difahami..krn sy melalui flow yg dr dlm yg sgt rumit..maaf skali.~purba.

Nurun Nur 9111 said...

salam saudara,

tak mengapa,silap saya kerana tidak menjelaskan status diri di dalam blog...kerana bagi saya tidak perlu,apa yang penting isi blog,tapi bila ia sudah merumitkan komunikasi,saya terpaksa beritahu...
buat pengetahuan saudara juga,ini adalah blog kerjasama antara beradik...saya dan kakak saya...oleh sebab itu kadangkala kata nama kami,saya gunakan...

hmm...tentang movie yang saudara cadangkan tu,saya akan cuba cari dan kaji tentang isinya...terima kasih banyak atas cadangan yang baik...saya hargainya...

sila sudi2kan lagi untuk beri sebarang komen atau cadangan membina...inilah yang saya harapkan,supaya ilmu yang ada dapat berkembang,dan yang paling penting,persaudaraan makin terjalin...

tntg tatabahasa yang saudara risaukan,tak mengapa,saya tak rasa ia satu masalah,malahan itulah keunikan saudara dalam berbicara...:)

wallahualam...

Anonymous said...

Ok sy phm maksud anda..tp skali lg sy mohon maaf..sy sebnarnya mmg tidak komen penulisan sesiapa..bg sy komen memuji timbulkn riak..klu komen brcanggah timbul pula kemarahan,.tp untk cadangan sy cuba beri yg trbaik..sy jenis seorg yg neutral dr apajua pun..budaya,ugama,politik dan ideologi..kehadira sy disini hanya menumpang teman2 menyusun puzzle..krn sudut pndangan sy sgt berbeza dr org lain..hidup sy berpandukn hnya falsafah dan amali..pecaya atau tidak terlalu byk teori dominate ttg sang pencipta ni.sy rasa mgkn ada jln ringkas dan pantas untk kita menuju pd sang pencipta..tanpa perlu melalui simbol dan kepercayaan sahaja..adoi dh setat laa merepek ni..~purba

Anonymous said...

Ok sy phm maksud anda..tp skali lg sy mohon maaf..sy sebnarnya mmg tidak komen penulisan sesiapa..bg sy komen memuji timbulkn riak..klu komen brcanggah timbul pula kemarahan,.tp untk cadangan sy cuba beri yg trbaik..sy jenis seorg yg neutral dr apajua pun..budaya,ugama,politik dan ideologi..kehadira sy disini hanya menumpang teman2 menyusun puzzle..krn sudut pndangan sy sgt berbeza dr org lain..hidup sy berpandukn hnya falsafah dan amali..pecaya atau tidak terlalu byk teori dominate ttg sang pencipta ni.sy rasa mgkn ada jln ringkas dan pantas untk kita menuju pd sang pencipta..tanpa perlu melalui simbol dan kepercayaan sahaja..adoi dh setat laa merepek ni..~purba

OrgOrg said...

salam

oh patutlah ada lain cara penulisan akak n adik rupanya ^_^ sy ngoratlah hehe gurau je tau ;)

persoalan siapa yang tinggal dalam jasad adalah roh itu sendiri,tido ialah waktu hibernate mode.

kalau keluar pun ia masih lagi ada wireless signal antara roh n jasad
dan dalam ingatan kita telah diset tentang sesuatu pekara spt bunyi jam lonceng, sakit n sebagainya

PURBA
pernah tgk avatar kan? serta source code? kalau dah abaikan saja
kalau kita level biase2 ni kadang setan kuat kacau jadi hati hati

tq

Anonymous said...

Tq orgorg..btul gak ek? Hibernate.. Pastu ada alarm bunyi kn untk sadar? Brkenaan soul tu td..mcm mana kita bgun tp tak ingt apa2..sbg org biasa tak perlu ke kita tau dimana kita masa itu..setau sy yg berehat tu tubuh..tp roh pasti brjaga kn? Satu soalan jgn marah ar...klu kita duk tempat glap boleh tak kita brjalan? Cuba pejam mata..kan smua anggota tubuh hibernate..bezanya pejam mata dan tido..cuba brjln tutup mata..tub. H aware cuma glap jer..tp tido tubuh berehat..tp soul tak bro..apa sebab tubuh xtau apa yg brlaku selepas tu? Ni menunjukkn xda give n take antara kEduanya dlm tempoh 24jam..maksudnya keperluan satu sama lain dlm harian..saling megenali..dan pabila saling mengenali...yg berehat tu sampah jer..krn akal jiwa n hati tetap brsama..lg satu ttg setan ni..anda rasa syaitan ni mahluk yg jahat sgt ke? Apahal yg kita risaukn sgt psl mahluk ni? Maaf ye ini pandangan bkn jwpn untk smua..~purba

Nurun Nur 9111 said...

salam saudara Purba dan Orgorg,maaf menyampuk perbualan anda berdua,hehe...

sebenarnya tentang setan2 ni,yang dirisaukan kebanyakan orang kita ialah "hantu"...kena rasuk "hantu"...itu yang orang risau tu...dan skrang banyak pulak ditayangkan cerita "hantu"...

secara tak langsung saya pun ikut sama merisaukan tentang h_ _ t _ ni...sampai terbawak2 dalam mimpi,apadaaaa...;)

inilah yang merisaukan saya...hmmm...;)

Anonymous said...

Gud morning..bgun tdo trdgr lgu stacy pulak..kisah dongeng..adoi sedih nk mampus rasa..terasa diri ni punya la bahalol..tnpa harga tnpa jawapan..yg ada persoalan..siapa aku ni? Dr mana aku dtg? Dan kemana ku harus pergi? Adoi..! Nymuk gigit..dei..trsadar dr khayal..baru perasan yg aku manusia biasa penuh dgn kesilapan..tp pduli la silap aku ni pun bkn kemahuan aku..ada ke org nk sengaja menempah kesilapan? Bkn kah itu stu skrip untk ku? Mudah2an xdpt pelakun lelaki trbaik dpt jd pembantu pelakun trbaik jd laa...auw! Kucing plak gesel kaki aku..baik g mandi~purba

Anonymous said...

tekanan minda anda ni..xpela

"apabila terlalu obeses ia akan menjadi virus"

tq

orgorg

Nurun Nur 9111 said...

salam saudara Orang Jelai,

cuma ujian yang Tuhan beri dan membukakan mata saya,itu sahaja wahai saudara...

saya sekarang agak terbatas connection internet ni,tak macam dulu...jadi ada masa,saya akan bercerita pada saudara...insyaAllah..

tapi benar,tak ada apa2 yang menarik pun...hidup dalm kebencian orang,apa yang menarik?:)

itulah saya...hidup dalam kebencian dan caci maki orang saja bebrapa tahun ni...tapi tak mengapala...Tuhan Maha Mengetahui...dan mungkin jika saudara kenal saya pun,saya adalah termasuk list2 orang yang menjadi kebencian saudara...siapa tahu?


tapi saya tak kisahla,sebab
hanya Allah dan Nabi saw saja pengubat hati saya...

wangsa said...

as salam Nurun Nur,

kami semua rakan2 maya anda amat mengasihi dan sentiasa mendoakan takdir2 terbaik untuk saudari.

coretan Nurun Nur amat bermakna buat kami, melihat hidup dari sisi matrik yg berlainan.

teruskan berkarya!

Nurun Nur 9111 said...

salam semua...

wahai saudara Wangsa,terima kasih buat sokongannya..:)

Anonymous said...

Assalamualaikum Nur...

Salam kenal dari Wonder.
Suka baca komen-komen Nur Di Blog-blog sahabat lain.

Moga terus melangkah

Nurun Nur 9111 said...

w'salam saudara/i WOnder...

agaknya inilah wonderpets aritu kan?

klakar saya baca komen awak,sebab kebanyakan komen saya di blog sahabat lain cumalah "salam ziarah"...

tak ada apapun yang menarik,hehe...

apapun salam perkenalan dari kami...jangan salah orang ye,kami di sini ada 2 beradik,Annur dan D.Hada...bak kata dato seri tembakul,kami ni makcik2 jer...

al fatihah buat saudara kita Abu Bakar yang telah kembali kerahmatullah...

ps:kami kat sini semua macam satu keluarga,dan anda pun dikira sudah ahli keluarga kami ...wahai wonderpets yang comel...:D

-Annur-

Anonymous said...

Wonderpets... Suka nama ni tapi atuk nasihatkan agar jadi katwomen bukannya wonderpet..

ada yang menarik dan ada yang tersirat...

terima kasih Annur & D.Hada terima wonder sebagai famili.. :)

Anonymous said...

Helo..

saad said...

Assalam Nurun Nur

Saya mohon pencerahan tentang kenapa anda katakan yang anda sering dibenci?

Saya punyai masalah yang sama.. kerap menjadi sasaran kebencian manusia. walaupun di tempat yang baru dan dengan orang yang baru kenal...

Mohon kongsi pemngalaman dan langkah langlah menghadapi..