Salam kepada semua
pembaca…apa khabar anda semua ya?harap2 semua pun sihat walafiat…
Tiada orang lama,maka
tiada jugala orang baru,jadi sama2 kita semua sampaikan salam
sejahtera dan salam rindu pada nabi kesayangan kita,Nabi Muhammad
saw,pada ahlul bait iaitu penyambung darah warisan baginda saw di
dunia ni,pada para sahabat yang sanggup mengorbankan segala,serta
kepada sesiapa saja yang sejalan dengan mereka semua,mudah2an kita
termasuk dikalangan mereka,amin.
Kepada orang lama di alam
maya ni,kami mohon laluan untuk sama2 berjuang seperti kalian. Kami
sedar kami di sini adalah orang muda,jadi kalau ada silap dan
salah,silalah maafkan dan bantu kami untuk bangun seperti kalian
juga. Pucuk yang lama selalunya akan membantu dan melindungi pucuk
muda,supaya pohon yang ada tetap terus subur. Begitulah adat resam
kehidupan.
Kepada pembaca baru
blog ini,salam perkenalan dari kami…:),sila
baca artikel2 kami yang lepas supaya kita semua jelas tentang apa
yang cuba kita perjuangkan. Dan sebenarnya perjuangan banyak bermula
dari diri sendiri. Jangan kisah kata2 orang luar,mereka tidak tahu
tentang diri anda,anda sendiri tahu di tahap apa anda sekarang,bahkan
anda sendiri sedar di mana tahap hijrah anda.Maka,berusahalah,Allah
dan RasulNya melihat usaha anda.
Manusia suka melihat
hasil kerana mereka tidak mampu memberi ganjaran untuk setiap usaha
anda,tetapi Tuhan itu melihat usaha anda kerana hanya Dialah yang
Berkuasa memberi balasan terhadap segala perbuatan anda.
"Menanti satu panggilan...
Diri celaru begitu juga dengan fikiran...
Mencari cara menjawab seruan...
Sebagai satu kepastian...
bahawa diri tetap di dalam barisan...
yang paling terkehadapan,
dalam satu perjuangan..
memperjuangkan sebuah kalimah warisan..."
Maaf jika penulisan saya
agak formal,kerana saya ada mendapat kritikan pedas dari adik saya
sendiri,katanya penulisan saya terlalu santai padahal perkara yang
saya ketengahkan adalah sesuatu yang besar dan serius. Kata beliau
lagi (wahai adikku jangan marah yee...),blog saya diibaratkan buku
Addmath yang berkulitkan gambar tulisan arnab,kucing,dan tak
menyelerakan ,aduhai…sedih rasa dikutuk beliau. Jadi saya cuba
untuk post kali ini bersikap lebih formal dalam mengeluarkan artikel.
Ok,kali ini saya tiada
membawakan apa2 sambungan kepada siri2 yang lepas.Saya masih sedang
mencari rasa untuk itu,tapi masih belum tergerak,jadi saya cuba tulis
sesuatu yang lain. Kerana bagi saya, gerak tanpa rasa, itu pura2.
Kata2 yang terhasil adalah kosong dan tak bermakna,bahkan tak mampu
menggerakkan. Jadi untuk post kali ini,inilah yang akan kita
bincangkan. Tentang GETARAN.sila rujuk sini Saya bukan pakar sangat pun dalam hal
ini,tetapi saya cuba memberi pendapat saya tentang apa yang
dimaksudkan tentang getaran dari sudut yang mudah difahami. Tidak
terlalu saintifik,tetapi lebih kepada pemahaman bertunjangkan
pemerhatian seorang manusia biasa.InsyaAllah.
Sebenarnya,saya mula
terdetik untuk menulis tentang getaran semasa saya sedang bekerja.
Banyak persoalan2 pelik yang mengganggu pemikiran saya ketika saya sedang bekerja. Adoi,adik
saya pasang lagu “Anok Udang”,terus hilang mood saya nak menulis.Tadi
mood sentimental,sekarang da jadi mood irama Malaysia bercampur
kelakar.Biar saya habis gelak dulu,baru saya sambung semula penulisan
saya. Semoga saya diberi kesabaran yang cukup tinggi kerana kurniaan
adik sebegini. Doakanla saya.Kadang2 saya terfikir,saya atau dia yang
tercabut skru?Ok,lagu background da
sentimental,saya rasa boleh menulis dengan baik semula. Saya harap
cerita Incredible Hulk yang sedang ditayangkan di televisyen cukup
menarik perhatian beliau daripada terus mengganggu gugat penulisan
saya.
Saya buka perbincangan dengan satu tajuk...
Getaran.Semua benda
bergetar dengan getarannya yang tersendiri. Setiap satu berbeza rupa
zahirnya kerana getaran. Setiap benda boleh duduk dalam kalangan yang
sama apabila getarannya adalah serupa. Saya beri anda beberapa
persoalan di sini untuk difikirkan buat sementara waktu:
- Kenapa kita boleh merasa perasaan seseorang walaupun hanya melalui tulisan?atau mendengar suara?melihat riak muka?Mengapa perasaan itu seolah2 berjangkit?
- Mengapa terkadang kita membaca penulisan seseorang,ia langsung tidak terkesan ke dalam diri kita?kita baca cerita sedih,tapi kenapa kita tak mampu merasakan kesedihan itu?tapi kenapa ada manusia lainnya yang benar2 sedih sehingga menangis tatkala membaca cerita yang sama?
- Mengapa jika ada rakan yang tertidur di dalam kelas,kita lihat,secara tak langsung kita seolah menjangkit untuk mengantuk sama?
- Penulisan yang mengajak manusia kearah kebaikan itu banyak,tetapi kenapa kejahatan seolah semakin berluasa? Tindakan untuk menghalang juga bersepah,tetapi mengapa kejahatan seolah makin galak pula merebak? apa yang kurang di dalam tindakan2 kita sehingga ia tidak membuahkan perubahan?
- Mengapa kita punya teman yang “sekepala”? apa yang dimaksudkan dengan “sekepala” itu?
- Kenapa teguran yang hanya dilakukan dengan senyuman lebih terkesan daripada teguran yang dilakukan dengan cara menjerit2 dan memaki2?
- Kenapa bila kita memegang pensil,kita sentuhkan ia dengan sesuatu,kita dapat merasa sifat benda yang disentuh itu?padahal yang bersentuhan bukanlah tangan kita secara langsung?
- Dan mengapa bila kita teringatkan seseorang,dalam masa lainnya,orang itu akan teringat semula pada kita?apakah yang disampaikan?dan apa yang menyampaikan ingatan itu?
- Mengapa penulis perlu mood untuk menulis?dan mengapa penulisan yang dilakukan tanpa perasaan yang mendalam tidak mampu menyentuh perasaan pembaca?
- Mengapa penjajah sedaya upaya menghilangkan segala macam warisan nenek moyang kita?adakah mereka takut getaran rasa dan ingatan itu akan bersambung dan bangkit semula menentang mereka?
- Hanya jauhari mengenal manikam,apa kaitannya dengan semua persoalan di atas?
Sebelum saya sambung
penulisan saya di siri akan datang,saya buka persoalan ini kepada
anda semua untuk diteliti dan dibincangkan. Kepada sesiapa yang
merasa tahu apa jawapannya,silalah berkongsi disini. Saya akan
sangat2 berbesar hati jika anda beri pendapat anda di sini. Saya tak
kisah anda mahu beri pendapat dari sudut apapun,asalkan ia bersangkut
paut dengan tajuk kita iaitu GETARAN.
Dan jika perlu saya akan
tambahkan persoalan2 di atas untuk difikirkan bersama. Jika anda
terasa hidup begitu kosong,mungkin persoalan2 di atas mampu mengisi
hidup anda?siapa tahu? Berfikirlah,kerana berfikir itu bagus untuk
minda terus awet muda.
Jangan jadikan zon selesa satu penghalang untuk
anda berfikir. Jika ia masih satu penghalang,berkalihlah kepada hidup
yang menjauhi zon selesa itu. Cabaran mampu mengejutkan jiwa2 yang
tidur. Jadi carilah cabaran untuk diri anda sendiri. Kalau anda
setiap hari melakukan rutin yang sama,saya bimbang anda akan tertidur
dengan lena di dunia yang bakal hancur ini.
Saya kunci getaran rasa saya di dalam post kali ini,siapa di kalangan anda yang mampu membukanya?
Wallahualam.berjumpa lagi di siri yang lain!
sekadar ole2 buat anda semua...:) .
apapun,layannn...
34 comments:
Sejahtera tuan rmh..har ar getaran ni pelikkan? Dr mana source ini dtg? Yg sy tau vibrate ni ada brmcm2,marah benci,suka dll..mcm mana nk kenal getaran ni? Sumbernya dr makanan ke? Minuman..atau pandangan trhasilnya letusan getaran ni..mgkn kah getaran adalah penyuluh jiwa dikala manusia memerlukn petunjuk ttg sesuatu dr yg esa..atau mgkn kah ianya sejenis arus electrik yg kita kongsi brsama? Dimana ianya akan tertarik seperti mganet jika ianya mempunyai kesamaan didlm jiwa seseorg..?atau getaran itu tidak trtarik pd arus letrik yg brlainan,mgkn trlalu kuat kot dc nya? Mgkn ego? Dimana letrik yg trlalu kuuat boleh merenjat pd penhtrnya..adoi maaf tuan rmh.makin pikir makin kecik jdinya kita ni ek? ~purba
salam sejahtera Purba,
saya baru dapat jejak kembali artikel mistisfiles tentang getaran,mari kita sama2 baca semula dan ulangkaji...
http://www.zawiyahsam.com/?p=2113
mudah2an terbuka hijabnya buat kita...
saya pun masih belajar...apa yang sedang ada di fikiran saya,semuanya masih di tahap persoalan...
semoga Tuhan menjawabnya kerana Dia Maha Tahu...amin...
saudara Purba,anda tahu tak,betapa bila tiap kali saya menulis post,saya dapat rasakan betapa jahilnya diri saya berbanding anda semua...
apa yang saya rasa,saya mahu berkongsi dan belajar dari anda semua,untuk mengajar,masih jauh lagi saya rasakan...
saya memang jahil...apa yang ada,hanya rasa mahu berkongsi dan belajar...
kadang2 saya mungkin tahu,tapi saya tak tahu apa yang saya tahu...oleh sebab itu,saya timbulkan persoalan dalam diri saya semoga ianya bertemu jawapan...
dan kadang2 saya tak tahu,dan saya pun mungkin tak tahu yang sebenarnya saya ini tak tahu...
dan bila kt berkongsi pendapat,barulah saya tahu,yang saya sebenarnya tak tahu...di situ,saya tahu,saya harus tunduk dan belajar dari anda semua yang tahu....
kita sama sahaja,adakala anda belajar dari saya,dan ada masa saya belajar dari anda...
bukan bermakna bila saya menulis,sayalah manusia serba tahu tentang apa yang saya tuliskan...
dan mungkin juga,budi bahasa saya sangat rendah tatkala mengeluarkan post sehingga yang tertampil pada anda semua,adalah saya yang serba tahu...
saya betul2 rasa "dipukul" oleh Pencipta saya tatkala komen2 anda semua saya terima...
dan sungguh,tetaplah segala Puji hanya untuk Tuhan Yang Esa...
wallahualam...
Salam empunya blog...
artikel minda yg amat baik... boleh dapat calon untuk saya gunakan dalam lecture bebas nie... boleh?
getaran.. tak tahu sgt, tapi ada beberapa getaran untuk tambahan... sentuhan antara bukan muhrim yg menghasilkan "karen".. dan...
sesiapa yang pernah lihat getaran fizikal pada tubuh ketika sakaratul maut?
ya, ketika roh keluar dari badan, akan berlaku getaran pada tubuh di titik terakhir roh... pengalaman saya, melihat getaran pada kulit bermula dari kaki sehingga ubun2...
namun saya masih tidak tahu code getaran... semoga saya dapat ulangkaji....
terima kasih... :)
-abuhakeem-
Tiba-tiba rasa nak nangis pulak..
getaran sakaratul...grr...
D.Hada
Sejahtera saudari..dan teman2.. Nk rasa getaran pilu? Cuba dgr lgu katalis dr spider...aduuu..bg sang perindu...sakit bg sang pencinta..sedih yg dasat bg sang pencari..tq.~purba.
salam sejahtera semua,
terima kasih kerana mengomen...
saya minta maaf kerana masih gagal menyalurkan getaran saya melalui bicara.
saya tengok apa yang anda semua katakan tentang getaran,tapi apa yang terjadi adalah mulut saya yang terkunci.
apa yang termampu untuk saya sampaikan sekarang hanyalah getaran rasa tatkala menulis post ini...
semoga anda semua dapat merasakannya...
mungkin video2 yang saya link kan dapat membantu anda merasakannya...
mungkin anda semua tiada mendapat sebarang penambahan ilmu di blog ini,kerana ia ditulis oleh manusia2 jahil...
tapi kami suka kiranya getaran rasa yang telah kami simpan di blog ini tersampai pada anda semua...
apa agaknya pun nama getaran itu,saya berharap ia sampai kepada yang membaca...
wallahualam...
Salam nur...semcm terasa suatu perasaan getaran...mgkn kah anda megirim getaran kasih syg? Anda cuba bluetooth pd smua? Dan sedari td getaran ini semakin kuat... Jgn marah har..sy tembak je jwpan ni..hehe~purba.
Getaran jiwa...
En.Purba,apa kata kita semua belajar ilmu mengawal aura.
Dulu saya pernah pergi kem, dan ada seorang ahli Tariqat.
Dia tau ttg ilmu ni. Leh kita jadi mcm avatar.
En. Wangsa come and join us in this comment forum...wkwkwkw
D.Hada
Sang Sapurba, jangan kau apa-apakan adikku Nurun Nur 9 3 kali satu itu...huhuhu
Atau kau akan ku tembak dengan jurus angin...suuuuuu...
Kami berdua mmg ada arus elektrik. (selalu kena shot..zzz....)
Tanyalah sama itu hud hud...
Daleane Hada
Dan ilmu menyampaikan getaran ini mmg wujud. Kami sedang menyebarkannya melalui minda. Mungkin anda terkesan. Umpan kail kami telah anda makan. Dan anda berada di dalam bakul.
D.Hada
Adoi..conpiusnya..! Nk blajar ilmu aura..nk..nk..tkut ditembak jurus angin kang..klu yg mehantar isyarat jika disini tak punya line bar pnuh mana bisa sy terimanya dong..! Peh jd indon pulak dah..sy sebenarnya lebih brminat neutral dlm smua hal..tak byk conflict dlm diri..thank hada n nurun..,,mgknkah anda pemangkin kebangkitan paradigm shif yg sgt org2 barat gentar? Teruskn..~purba.
salam semua,
wahai en.Purba...
jangan main2 ek,tengok,kakak saya da marah...:)serius sikit...getaran apa yang anda maksudkan?
kepada Saudara Abu Hakeem,terima kasih atas kunjungan,
maaf jika saya bertanya,apa maksud anda..."boleh dapat calon untuk saya gunakan dalam lecture bebas nie... boleh?"
saya budak baru blaja,kalau salah silalah tunjukkan...:)
kepada saudari D.Hada,apa ni...lari plan daaa...orang kata Nurunnur tu nama kita berdua,ini da jadi saya sorang pulak...tak adilll...baling batu sembunyi tangan punya oranggg...siap anda nantiiii....!
Purba,
kalau anda da rasa getaran tu...
peace...!
anda da berjaya kami tembak dari jauh...;)
D.Hada,
ada satu mangsa da masuk dalam bakul...;)
D.Hada,
ikat dia jangan bagi lari...dia da parah kena tembak tuuu...
kepada sahabat lain,tolong kami ikat si Purba ni...dia ni degil sikit...;)
saudara Purba,
jangan cuba2 nak lari.anda kami da ikat.
duduk sini diam2.
lari jugak,kami kejar!
kepada semua,
bakul kami masih kosong.
sapa nak jadi mangsa seterusnya?
D.Hada,
siapa target seterusnya?(jangan pecahkan rahsia kat sini,nanti kt mesej)
ini mission possible!
Mari2 ramei2 msuk bkul... Ikat la klu bole...m.cik hada jgn mrah har..sy pun ngah loading data warna skg ni..lalalala...~purba
Opps lupa...untk m.cik hada sy dh penat dn letih jd avatar...tp ada suatu tmpt kami brjmp dn brbincang... Sy antara avatar yg glamer menurut salah sorang geng9...cr sy disuatu tmpt brnama 'shangri la'...~purba.
as salam kepada Daleane Hada dan Nurun Nur berdua...
tajuk artikel ini memberi jawapan kenapa selama ini sejarah kita digelapkkan hingga sebegitu rupa - hilang segala harga diri dan sifat baik dlm diri orang melayu. betul2 dah jadi layu - malas, jahil dan diselubungi dengan 1001 satu persoalan.
ttg jurus-menjurus - ok tak jika kita jurus lady boss yg moody tu dgn jirusan hujan lebat sampai banjir ke atas dirinya? lady boss tu sgt tidak stabil emosinya, selalu short circuit disana sini sampai org lain terkena karan darinya, jadi bila kita hantar hujan lebat, nanti dia akan sejuk & dingin dgn harapan emosinya akan stabil semula...
selamat berkarya!
As-Salam,
Siapa Lady Boss tu ya?
Kalau saya, mcm tepat. Aliran arus dalam diri ni mmg sangat tak stabil. Baru mimpi tembak syaitan malam tadi. Real wooo....
Cuma kuasa tak kuat dan tak stabil, mungkin kerana pengurusan diri dan aura masih level rendah. Kuasa zikir dan bacaan ayat Al-Quran menghasilkan tembakan.
Tak pernah praktis dan on the spot guna, mungkin tu yang menyebabkan tembakan tak power.
Apa pun, doakan kami dapat menstabilkan kuasa terpendam ni dan Dengan Nama Allah kami mulakan niat menggunakan kuasa ini kerana menegakkan agama Allah.
D. Hada
Salam saudara Wangsa,
apa kata awak g carikan jodoh yang sesuai buat lady boss tu supaya emosi dia stabil.kesian dia.
takpun,awak jela jadi calonnya.haha.
Ps:jgn marah ye...gurau jer...anti betul ye awak dgn Lady Boss tu...
-Annur-
opps....salah org.
D.Hada
Salam,
Untuk beberapa bulan yang lepas ini, saya mencari cari tentang getaran yang terkuat yang pernah saya rasai, seperti disampar magnet ketika mendengar azan subuh. Tercari cari saya juga dari arah masjid mana suara itu datang. Insyaallah, satu hari saya akan round satu taman ni untuk melihat empunya suara...heh..heh... (dari jauh saja lah)
salam anon 0047,selamat berkenalan...
sy penah dgr katanya dalam badan kita ada getaran eletrik...cewah...lepas ni annur nak smpaikan kat semua orang,biar dorang sume shot...hahahaha
Salam Nurun Nur,
Saya tak pasti sama ada itu elektrik.. tapi dari apa yang pernah disampaikan kepada saya,ia adalah suatu yang sepatutnya boleh di rasai.... (insyaallah)
Cuba tanya yang lebih arif, mereka pasti lebih banyak ilmu di dada, bagi saya ia seolah pengalaman yang terpijak.. bagaimana pun.. saya bersyukur di beri peringatan akan keagungan Allah. Salam.
salam saudara,pasti pengalaman itu sgt berharga,dapatlah kiranya saudara sudi becerita di blog yg tidak seberapa ini...mungkin ada sesuatu yg dapat kita pelajari ttg getaran melalui pglaman saudara itu,siapa tahu?silakan berkongsi...
-Annur-
Salam Annur,
Sebenarnya, saya yang belajar dari tulisan Annur yang terdahulu. Penulisan-penulisan Annur yang terdahulu ada memberi penjelasan bagaimana getaran itu boleh tercetus. Saya sungguh kagum akan isu dan kupasan halus yang dibuat bagi berbagai aspek kerohanian.
Di mana Annur belajar ya?
Sekian.
Salam
salam,
adoi...annur ni tak byk menulis...banyak mengarut je dalam blog ni...yg banyak ilmu tu d hada...penulisan yg mana tu ya...cube bg detail...kalau ada penulisan yg annur tulis tu pun hasil dari kemengarutan otak annur ni ha...hehe...pgmlamn,tanya orang,pembacaan mungkin...ntahla...semua tu hasil mengarut jer...jika saudara mahu berbincang,annur ok...cuma terus terang cakap annur ni jahil sgt...dalam blog ni annur amik tmpat jadi tukang karut jer...yg terer tu d hada...
utk pgtahuan,admin blog ni ada 2 beradik,kakak saya d hada,dan sy sendiri sbg adik...kami selalu berkongsi penulisan,jadi jika ada yg mahu dibincangkan,kena detailkan post yg mana,dan berkaitan apa...:)
-Annur-
jika saudara maksudkan tarekat atau sesuatu yang berkaitan,
terus terang saya katakan,saya dan kakak tidak membawa apa2 tarekat mahupun datang dari mana2 tarekat...kami kosong...sedangkan saya sebenarnya ada beberapa orang penunjuk jalan,tetapi mereka tidak mahu nama mereka disebut...mereka juga hanya manusia biasa seperti kita semua...penulisan saya banyak bertulang belakangkan idea dan pemahaman mereka juga...masakan saya tahu sedangkan kejahilan saja yang selalu mendampingi...
-Annur-
Getaran datang dari jiwa...
Hm.. apa beza jiwa dan hati? Hati yang mempunyai getaran lalu menyebarkan getaran. Susunan cas-cas.
Annur.. mana buku saya kata nak pulangkan? Marah ni.. Yang ada gambar kaabah tu... geramnya.. dahla limited.. Sains dan Sufi..
Ps.. saya selalu kena gencatan elektrik.. pelik...?
DH
Macamana nak menyembuhkan jiwa..?
Saya tahu zikir mempunyai kesan, namun kena berulang kali. Namun, jiwa hati itu sakit, makan masa nak sembuh.
Macam mana nak punya hati yang baik... susahnya..
Punca getaran tu mesti Allah. Yang menerbitkan rasa. Rasa boleh disampaikan melalui medium yang mengalirkan getaran itu.
Heh... makin tak paham aku jadinya..
DH
Tapi memiliki perasaan ini sungguh indah... mungkin ia juga adalah nikmat dari Allah. Walaupun perasaan sedih.
btw, bila masa pulak ku ada banyak ilmu.. ko nu annur.. tembak aku pulak.. ko yang tulis... bertanggungjawablah sikit..
aku ni tukang baca je...
anonimus DH
hahaha,buku kamu...hmm,kejap cari kat kepala,mane ye...takpe2,nnt jumpala tu...
haha,kamu kan terer d hada,saya ni suka bercakap tanpa bukti firman hadis bagai...mana org nak pecaya...semua guna fikiran logik je...kihkihkih...otak berkarat mcm ni hanya menghasilkan ilmu2 berkarat je...ilmu2 yg hebat itu yg esa punya,saya tukang menyebut je...sbb tu kalu orang tanya,sy xtau jwb,memandai taule...hehe,sorila anon,kami adik beradik mmg keje bergaduh je...gaduh2 sayang gitu,kahkahkah...
-Annur-
Post a Comment