hud-seroja-esa-budi bahasa-akhlak-ikhlas-raja segala unsur-imam mahdi-panji hitam-bani tamim-sirah

puzzles

hud-seroja-esa-budi bahasa-akhlak-ikhlas-raja segala unsur-imam mahdi-panji hitam-bani tamim-sirah nabi saw dan pengulangannya di akhir zaman-rahsia no 1 dan 9-kaitan imam mahdi dan helang-misteri tabut dan persoalan2 berkaitannya-melayu dan kekuatannya-nabi Nuh as-Raja Ahmad-teori relatif-penciptaan manusia-rahsia bismillah-philosophy of lotus in buddhism-mawar sbg lambang kesufian-matrix dari kacamata sufi-nursyahadah-teknologi pembangkitan memori dari al Quran-Rasulullah saw sbg manusia fitrah-nurunnur-formula sabar-formula ikhlas-makna,puji dan taat-lirik2 best-riba' dan kaitannya dgn dajjal-riba' sebagai penghapus ikhlas-titik kebangkitan akhir zaman,strategi kebangkitan~~~~~~

Wednesday, 28 December 2011

Kita sebenarnya manusia,robot atau manusia robot???

salam sejahtera buat semua pembaca...



lama rasanya tak mengeluarkan post baru...tiada rasa untuk gerak...dan kali ni rasa itu naik kembali...untuk membakar semangat diri dan kepada sesiapa yang ditakdirkan baca post ini...panas rasanya bila lihat post terbaru dari blog sahabat "Insan-Insan pendakwah",sila lihat Cita2 DAP dan orang kafir Malaysia, panas kepala naik sampai sakit kepala...

...bila kita hidup seperti biasa...pergi kerja...membangunkan perniagaan mereka...dengan sedaya upaya kita...dan berletihan memikirkan kejayaan perniagaan mereka...kadang rasa selesa...kerja seperti biasa...hidup seperti biasa...ya,macam orang lain...yang mana bila sampai masa taraf hidup naik...apa nak?semua beli...tapi bila fikir diperbodoh,semangat bekerja luntur semula...rasa bengang mula naik...untuk apa semua ni???

terus2an menjadi makhluk perosak yang terus merosakkan dunia dengan menjadi tenaga kerja demi sebuah sistem yang zalim???


langkah ada peraturan,
peraturan cipta kekalutan,
di mana pula kau berdiri,
di sini...

haha...memangla kita sedang diperbodoh...kepada sesiapa yang serasa dengan saya,sila berkongsi rasa di sini...kita sama2 bangunkan semangat melayu2 robot diluar sana...yang mana minda mereka telah diset untuk melakukan rutin hidup seorang banduan penjara dunia dajjal...rutin apa??

KERJA2,MAKAN,TIDUR...ESOK MULA LAGI RUTIN YANG SAMA...

bangun pagi sarapan...terus bekerja...tengahari keluar beli makanan...petang dalam pkul 5 baru balik..itu ok lagi...tapi kadang2 kita OT untuk membangunkan perniagaan mereka...memastikan keuntungan mereka ditahap yang maksimum...balik bergelak2 dengan kawan2 pergi makan malam...dan adakala pergi berhibur...mana taknya?tension kerja...tension bila kena jadi transformer...kita hanya menjadi manusia biasa bila kita di dalam waktu sedar...dan bila kita kerja,kita seolah menjadi satu transformer...dari manusia kepada robot...robot sekarang canggih,boleh bercakap,boleh bergerak macammana manusia...tapi bezanya dengan manusia ialah,robot boleh diset pemikirannya...dan itulah kita...


lihat dunia dari mata burung atau lihat dari dalam tempurung...
yang mana satu engkau pilih...
             -lirik lagu Tanya sama itu Hud-Hud,nyanyian M.Nasir-


bila balik,tidur...dan esok???ya terus lagi bertukar menjadi robot...kitalah transformer kepunyaan tokey2 di luar sana...dengan menggunakan konsep transformer ini,taraf manusia dibeza2...bermula dari apa?ya...bermula dari zaman persekolahan...di alam persekolahan,wujud perbezaan2 kelas...manusia2 robot ini,diasingkan berdasarkan minda mereka...mereka diasingkan dengan keupayaan minda mereka menerima sistem dajjal...sejauh mana keupayaan mereka untuk menjadi transformer yang berjaya...yang mana nanti akan dibeli oleh tokey kaya diluar sana...mereka sedaya upaya belajar sistem dajjal ini...


siapa yang melawan???pasti akan punya masa depan yang gelap...bak kata orang tua...KONPEM ROSAK...majoriti diajar supaya jangan lawan...terus belajar dan diam...jangan banyak mulut...jangan bertanya kenapa,betulkah,mengapa...itu soalan yang tiada jawapan...kerana kita semua telah disetkan bahawa mengikut...kita di peringkat bawah sistem dajjal ini...tugas kita adalah PATUH  tanpa banyak soal...

lepas habis belajar...kepada sesiapa yang berkeupayaan menerima sistem ini,mereka akan ditawarkan memilih bidang yang elegan,bidang yang gah...tetapi tetap berada di dalam sistem dajjal...itu sudah mesti...
asalkan kita terus menggerakkan sistem dajjal ini dengan sepenuh hati,ada ganjaran lumayan menanti...bekerjalah tanpa banyak soal,tanpa banyak cerita,pasti taraf hidup anda meningkat...


kepada yang melawan,undang2 menanti...pandangan hina manusia menanti anda...kebencian manusia menanti anda...berani masuk neraka dunia ciptaan dajjal?silakan...seluruh manusia robot akan menjadi musuh anda...


di dalam sistem dajjal,
syurga itu neraka,neraka itu syurga.

barangsiapa yang mati selain di bawah sistem khalifah,ia mati dalam keadaan jahiliyyah...selagi kita semua bekerja untuk menggerakkan sistem yang zalim ini,kita adalah makhluk perosak dunia...sekeras mana usaha kita untuk menaiktarafkan kehidupan keluarga kita,asalkan kita masih lagi penggerak sistem riba' kebanggaan dajjal,kita masih hidup dalam jahiliyyah,tidak mengetahui makna hidup yang sebenar...

dan apa itu makna hidup yang sebenar?ia ada ditayangkan 1400++ tahun yang lepas...dan kini masih wujud cerita2 itu...cuma kita yang perlu mencari dan menghayatinya...dan semoga makin ramai yang sedar untuk menghidupkan semula cerita 1400++ yang lepas...

semoga makin ramai pelakon2 yang mula mengambil tempat menjiwai watak2 1400++ tahun yang lepas...semoga makin ramai yang terjaga dari tidur yang selesa di dalam penjara riba' ini...semoga makin ramai yang bangun,jatuh,dan terus lagi bangun sampai benar2 terjaga dan bergerak...semoga makin ramai yang bergerak memacakkan panji syahadah di mana2 di seluruh pelusuk dunia...semoga makin ramai yang sedar akan peranan diri sendiri dan mengembangkan ia untuk manfaat ummah...semoga makin cepat pembangunan jiwa2 pencetus2 akhir zaman...semoga makin cepat pembangun2 Islam akhir zaman yang sedar dan terus bangkit membangkitkan yang lain...

Ya Allah ya Tuhan kami,Wahai Tuhan Yang Maha Kuasa,Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,
kami mohon ya Allah...
keluarkanlah kami semua dari sistem dajjal yang zalim ini dengan cara lembut mahupun paksa,agar kami bukan dari golongan mereka yang  merosakkan dunia dan seisinya tanpa sedar..walhal khalifah inilah yang dulunya dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan mentadbir bumi ini dengan sejahtera... 
kabulkanlah doa kami ini Wahai Tuhan yang Maha mengabulkan...
kabulkanlah...

semoganya...
semoga....
sila aminkan doa ini jika anda benar2 bersetuju dengan isinya dan benar2 berharap kebangkitan Islam akhir zaman berlaku secepat mungkin...

...aminnn....











5 comments:

pisau said...

Penulis blog ini sangat misteri dgn kate2 seribu maknanye.. utk memahaminye perlu pemahaman kpd setiap patah kate2 tersebut..

"jangan kau salahkan seorang perindu dengan rindunya sehingga kau dapat menyelami jiwanya..."

-haffiz-

Nurun Nur 9111 said...

salam saudara haffiz...

alhamdulillah,ada juga yang faham apa yang saya cuba sampaikan dalam komen tersebut...
sebenarnya itu ayat dalam buku la tahzan,tapi ia sangat dalam maknanya...

pisau said...

salam saudari,

kata2 hikmah mempunyai seribu makna. tafsiran nya juga berbeza mengikut pemahaman masing-masing.

satu kata2 himah sama seperti maksud, "a picture tell a thousand word".

Apa yang saya faham mungkin berbeza dengan apa y saudari ingin sampaikan.

"jangan salahkan seseorang kerana masalahnya sehingga kita memahami masalah yg dihadapinya"

Perindu - merujuk kepada manusia atau seseorang
Rindu - merujuk kepada masalah manusia, kerana rindu@cinta adalah masalah manusia normal.
Menyelami jiwanya - memahami tuannya y menghadapi masalah tersebut.

Ini adalah dari sudut pemahaman atau tafsiran saya, mungkin berbeza dengan saudari.

Betulkan jika salah.

terima kasih.

-Haffiz-

Nurun Nur 9111 said...

salam saudara Haffiz...

terima kasih kerana cuba menerangkan apa yang saya cuba sampaikan...

pemahaman kita hampir senada...betapa Tuhan itu Maha menguji hamba2nya...dan betapa Tuhan itu juga Maha Memahami...

hidup di dalam dunia sistem dajjal memaksa kita memandang seperti dia juga...memandang dengan satu pandangan yang entah betul entahkan tidak...sudut pandangan teka teki...

kita tak tahu apa yang beliau alami...kita tak tahu...dan bila kita tahu,itulah ilmu ainul yaqqin...kita takkan tahu makna kesakitan sebelum kesakitan itu kita alami sendiri...kita takkan tahu kesakitan seksaan kubur sebelum kita alami ia sendiri...

dalam urusan lisan,Nabi saw hanya beri kita dua pilihan...diam ataupun berkata baik...

"jangan kau salahkan seorang perindu dengan rindunya sehingga kau dapat menyelami jiwanya..."

bila ianya berkaitan dengan takdir manusia dan kisah hidupnya,sebenarnya kita tak tahu walaupun kita menyatakan kita tahu,kerana kita wahai saudara,kita ini manusia...

betapa Tuhan itu memberi petunjuk bahawa manusia itu Maha Jahil bilamana Nabi saw sendiri pun tidak tahu tarikh kematiannya...satu2nya makhluk yang paling dekat dengan Tuhan...

betapa syahadah itulah penyelesaian ummat zaman sekarang...

syahadah,satu kata2 yang cukup2 menunjukkan bahawa manusia itu hanya makhluk penyampai...hatta Nabi saw...satu kata2 amaran buat kita supaya kenal diri dan tunduk...kerana kita cuma manusia...kita tak tahu,dan kita buatlah cara orang tak tahu...cara orang yang tak tahu sepatutnya bagaimana ya...

apa arahan Nabi Khidir kepada Nabi Musa as untuk berguru???

sudah tentulah diam...dalam urusan ghaib,kita harus diam...sebab apa?sebab kita tahu...Nabi Musa as tak tahu,maka sepatutnya dia diam...dan selalunya orang yang tahu pun diam juga...ada sebabnya...

kerana diam itu indah bila kena pada tempatnya...berkata itu juga indah bila kena pada tempatnya...

berkata kias itulah adat budaya bangsa Melayu...dan bila kiasan itu diselak,tak manis kata orang2 tua...

biarlah kiasan itu hidup sepertimana ia adanya...kerana kiasan itu penyembunyi terbaik buat satu makhluk Tuhan yang dinamakan keindahan...

wallahualam...maaf kalau ada salah dalam berbicara...

blog juga said...

salam untukmu,

saat ini saya berada di pihak musa a.s.
jika didapati ia bercanggah dengan hukum yang kita pelajari, jangan peduli syarat-syarat mereka. minta penjelasan mengapa mereka melakukannya. nabi musa a.s membuat pilihan yang tepat untuknya dan saya berpihak kepadanya kerana bukan saya yang mempunyai ilmu ganjil begitu.

soalnya sekarang, siapa yang diberikan ilmu seperti orang tersebut, macamana untuk membezakan ia dari tuhan atau tipu daya syaitan.

hanya allah yang maha mendalam ilmu pengetahuan.