hud-seroja-esa-budi bahasa-akhlak-ikhlas-raja segala unsur-imam mahdi-panji hitam-bani tamim-sirah

puzzles

hud-seroja-esa-budi bahasa-akhlak-ikhlas-raja segala unsur-imam mahdi-panji hitam-bani tamim-sirah nabi saw dan pengulangannya di akhir zaman-rahsia no 1 dan 9-kaitan imam mahdi dan helang-misteri tabut dan persoalan2 berkaitannya-melayu dan kekuatannya-nabi Nuh as-Raja Ahmad-teori relatif-penciptaan manusia-rahsia bismillah-philosophy of lotus in buddhism-mawar sbg lambang kesufian-matrix dari kacamata sufi-nursyahadah-teknologi pembangkitan memori dari al Quran-Rasulullah saw sbg manusia fitrah-nurunnur-formula sabar-formula ikhlas-makna,puji dan taat-lirik2 best-riba' dan kaitannya dgn dajjal-riba' sebagai penghapus ikhlas-titik kebangkitan akhir zaman,strategi kebangkitan~~~~~~

Thursday, 8 December 2011

Penguat langkah...

Salam sejahtera buat semua pembaca,apa khabar anda semua agak2nya ya...lama rasanya tak update blog...



sebab saya rasa lebih baik saya diam jika saya tiada apa2 yang baik untuk diperkatakan apatah lagi untuk disebarkan...

banyak yang berlaku setiap hari samada dalam hidup saya mahupun anda semua..itu pasti...macam2 yang Tuhan sediakan untuk kita fikir2kan setiap hari...sama ada kita sendiri mahu atau tidak mengambil pelajaran...

seorang mukmin itu sentiasa hidup dalam kebaikan...segala baginya adalah kebaikan...buruk atau baik yang Tuhan takdirkan untuknya adalah merupakan satu kebaikan baginya...kerana sang mukmin adalah sejenis manusia yang paling mampu menyerap setiap jenis kebaikan disekelilingnya...walaupun kebaikan itu Tuhan letakkan di tengah2 kejahatan...ibarat lambang yin dan yang...

"berlumpur intan seri masih bertandang,bagai bulan dipagar bintang" -lirik lagu Nian di Hati nyanyian Siti Nurhaliza-

dalam baik ada buruk,dalam buruk ada baik...mereka yang dapat mencari kebaikan di sebalik kejahatan adalah ibarat seorang penyelam yang menyelam untuk mencari sebuah mutiara berharga...sanggup meredah kesusahan demi untuk mendapatkan yang sesuatu yang berharga...ketika dalam perjalanan dia tidak hiraukan pandangan orang terhadapnya...buruk baik kata orang dia telan...tapi bila masanya dia telah mendapatkan mutiara itu,dialah orang2 yang beruntung...

di dunia ini ada 2 jenis orang...ibarat lambang yin dan yang...ada yang sentiasa berpada2 dalam kehidupan demi untuk menjaga nama baik di hadapan manusia2 lain...tapi jauh di sudut hati mereka ada satu penyakit...mereka lebih tahu tentang ini...sila rujuk artikel saya tentang penyakit ini(hasad dengki)
ada sejenis lagi manusia lainnya...yang sanggup dikatakan buruk demi kebenaran...dia adalah jenis pencari2 mutiara...sanggup mengambil risiko demi untuk sesuatu yang berharga...dalam masa pemergiannya ramai orang yang berkata...biasala manusia...dia sanggup memperjudikan hidupnya,nyawanya,masanya demi untuk mendapatkan yang berharga itu...apa yang dia tahu,dia hanyalah menurut kata hatinya....


"Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi (hukum dan ketetapan) Allah, ialah orang-orang yang pekak lagi bisu, yang tidak mahu memahami sesuatupun (dengan akal fikirannya)" -Surah an-Anfaal : 22-


"sang pencinta,hanya dia merasa semangat sebuah pengorbanan..."
-lirik lagu Sang Pencinta nyanyian M.Nasir-

fahamilah segala di sekeliling anda,kerana setiap petunjuk Tuhan ada di situ...kerana Tuhan itu Maha Kalam...setiap satu yang terjadi itulah pena2 KalamNya..untuk memberitahu anda apa yang perlu anda lakukan seterusnya...terutama dalam meniti kehidupan...ikutlah petunjuk yang ada di waktu itu,dan nantinya Dia akan beritahu anda petunjuk yang lain pula...biarkan kata orang2 sekeliling...setiap satu yang terjadi adalah satu pengajaran daripada Tuhan...dan jika difikir2kan,sebenarnya Dialah yang menggerakkan mereka semua sebagai satu ujian buat anda...tunduklah padaNya...dan belajarlah...nescaya akan Dia bimbing langkah anda...untuk melihat Dia,anda perlu tunduk...itulah adabnya...

wallahualam...

sekadar perkongsian rasa dari saya buat masa ini...semoga apa yang saya luahkan adalah satu penguat langkah untuk saya dan juga anda semua di luar sana... 

papapun layannn...






No comments: