kali ini saya ingin berkongsi rasa dengan anda semua...harap dapat membantu kepada yang memerlukan...
Setiap orang akan melalui tingkat2 dalam kehidupannya...sepertimana bulan yang berubah2 bentuknya di setiap perkiraan masa dalam sepurnama...
Setiap tingkatan seharusnya menggambarkan tingkatan pengenalan hakikat kehidupan...sesuai dengan kemampuannya...dan Tuhan empunya seribu satu cara mendidik hambaNya melalui takdir ciptaanNya...
siapa agaknya pada agakan anda yang paling memahami diri anda sendiri?ibu anda?ayah anda?ahli keluarga anda?atau diri anda sendiri?
biar saya beritahu...sesungguhnya yang paling memahami diri anda sendiri bukanlah sesiapa...hatta tuan punya badan...itulah Dia...Yang Maha Halus...Ya Latiff...
Dialah yang paling mengenali diri anda...dari azali lagi...Dia cukup2 kenal anda...apa benda yang anda suka,yang anda benci...yang anda perlukan...apa keinginan anda di setiap saat...Dia Tahu...Dia Yang Maha Tahu juga adalah Yang Maha Mendengar,Maha Melihat,Maha Kaya,Maha Pengasih dan Penyayang...
Sayangnya Dia pada anda melebihi sayangnya ibu anda...ayah anda...juga melebihi dari anda sayangkan diri anda... rasa sayang yang anda takkan dapat gambarkan bagaimana rupa dan keadaannya...
dan bilamana anda diserang perasaan sedih...Dia tahu...Dia Melihat anda tatkala airmata anda menitik kesedihan...Dia dapat rasakan betapa sedihnya anda di waktu itu... bukankah Dia itu Yang Maha Halus?
Bilamana anda kesusahan tiada tempat mengadu...Dia ada untuk mendengar segala keluhan anda...Dia Tahu...Dia Dengarkan segala yang anda ngomelkan di dalam hati...Tangisan anda di dalam hati pun Dia Tahu...Dia rasakan...anda bayangkan anda kelaparan,dan ibu anda tahu keadaan tu lantas terus menitis air mata kerana terlalu sayangkan anda...dapatkah anda bayangkan bagaimana Dia pula???
Sungguh,Tuhan itulah yang paling memahami anda...luar dan dalam...dulu dan sekarang...dan sampai bila2 pun yakinlah Dia yang paling memahami anda...tiada siapapun yang benar2 rapat dengan anda selain Dia...Lailahaillallah...
Allah SWT berfirman : “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran”. (Al Baqarah : 186)
berhenti sebentar cerita tentang ini...
sekarang katakan apakah perkara yang anda paling sayang dalam dunia ni?
keluarga anda?rumah anda?kerja anda?diri anda?atau apa saja...
tingkah anda cukup menunjukkan jawapannya...Dia Tahu...Dia Maha Melihat tingkah anda...Dia Tahu kesayangan anda...
sayang...satu perasaan suci anugerah dariNya...bila wujud rasa sayang,manusia akan jadi seorang yang sungguh kuat...bila ada rasa sayang,manusia boleh berubah...bisa bertukar kearah yang disayanginya itu...
tetapi bila ia menjauhi kesederhanaan,sayang yang ada sudah tidak suci...
Segala yang tidak suci tidak sesuai berdekatan dengan Yang Maha Suci...
samada kurang mahupun terlebih sayang...mengapa saya berkata demikian?
mari kita lihat logiknya...
contoh mudah...
anda sayangkan ibu anda...terlalu sayang...kerana dialah satu2nya yang mendidik anda semenjak ayah sudah tiada...
benar atau tidak bila saya katakan,anda benci jika kehilangan ibu anda...kerana anda terlalu sayang ibu anda itu...
pada suatu hari,Tuhan ambil semula ibu anda...ibu anda meninggal dunia...
anda jadi benar2 sedih...dengan kesedihan yang tiada pernah anda rasakan sebelum ini... anda rasa benar2 jatuh...kenapa Tuhan berbuat begini?anda mula mempersoalkan...
anda sedang bahagia bersama ibu anda,kenapa Tuhan buat begini?takdirkan begini?anda jadi hilang arah...hilang kepercayaan padaNya...
saya ulang balik apa yang saya katakan di atas...
"benar atau tidak bila saya katakan,anda benci jika kehilangan ibu anda...kerana anda terlalu sayang ibu anda itu..."
tetapi bila ia menjauhi kesederhanaan,sayang yang ada sudah tidak suci...
Segala yang tidak suci tidak sesuai berdekatan dengan Yang Maha Suci...
samada kurang mahupun terlebih sayang...mengapa saya berkata demikian?
dalam sedar mahupun tidak,hari semakin hari anda semakin sayangkan ibu anda...melebihi dari tahap yang sepatutnya...sesuatu yang melebihi kesederhanaan adalah kotor,tidak suci...kerana bila keadaan ini wujud,satu rasa benci telahpun membiak di dalam hati anda...rasa benci apa?
"anda benci jika kehilangan ibu anda."
rasa benci inilah yang telah mengotorkan rasa sayang anda itu...rasa benci ini perlu dibuang...Tuhan Maha Mengetahui tentang ini...Dia Tahu perkara ini...
satu hari nanti anda perlu menghadapNya dengan suci...dan rasa benci ini kotor...tak suci..ia perlu dibuang...ia tak boleh dibawa tika menghadapNya...
oleh sebab itu,dalam situasi di atas,Tuhan tarik kembali ibu anda dari genggaman anda...jangan melawan dengan rasa tak puas hati anda itu,tetapi relakanlah ia pergi...ia bukan milik anda...biarkan ia pergi bersama rasa benci anda itu...
bila Tuhan beri kita satu2 nikmat...kita akan rasa memiliki...
kembali kita fikirkan...sucikah rasa memiliki ini?
tidakkah kita sedar kita tiada apa2 di dunia ini,semua hanya kurniaan dan pinjaman semata?lupakah kita akan hakikat itu?
hargailah setiap yang Dia kurniakan seadanya...besederhanalah dalam setiap sesuatu...jika berdegil,jangan pernah persoalkan bila sesuatu itu dirampas dari anda suatu hari nanti...
itulah di antara sunnah terbesar yang Baginda saw wariskan kepada umat kesayangannya...besederhana...
inilah jalan ahli sunnah wal jamaah jika anda mahu tahu...
Wallahualam...
1 comment:
salam.. hai Nur, nak tnye ni.. kenapa penulisan2 yg lama2 disebelah kanan tu tak dapat dibaca..dah didelete ka?
Post a Comment