pada waktu ni saya rasa tergerak untuk bercerita tentang rahsia no 1 dan 9...yang juga sebagai nick name kami nurunnur 9111...
sekadar penerangan ringkas,nurunnur bermaksud cahaya di atas cahaya...dan no 9111 membawa tulisan Allah jika diteliti...alif lam lam ha...
maknanya cahaya di atas cahaya itulah cahayaNya yang diberikan buat mereka yang dikehendakiNya...kalau kita rasa cahaya yang dengannya kita melihat sekarang adalah terang,yakinlah ada cahaya yang lebih terang daripada itu...maka,kita harus hormatkan hakikat itu...
ok,cukup dengan itu...
mari kita mulakan perbincangan tentang rahsia no 1 dan 9...apa yang bakal saya tuliskan bukanlah bermaksud mengajak anda semua jadi gila nombor...tapi sekadar mencari segala macam petunjuk yang ada di sekeliling...
segala sesuatu itu positif,yang menjadikan ia negatif adalah ketidaksederhanaan...ketidakseimbangan...sesuatu yang lari daripada keseimbangan akan kalah...
mari kita kaji nombor 1 dahulu...
no 1...satu adalah permulaan wujudnya sesuatu yang real...boleh dinampak,dipegang,dirasa kehadirannya...kerana 0,iaitu nombor sebelum 1 adalah kosong...tiada...jadi nombor 1 permulaan kepada ada...dengannya wujud siri nombor berikutnya iaitu 2 3 dan seterusnya...maka,nombor 1 adalah pembukaan...
Allah telah beri petunjukNya di dalam surah al-ikhlas...katakanlah bahawa Allah itu esa...maka,inilah hujjah kita...jika 1 adalah pembukaan,maka ia adalah peluang...peluang untuk apa?peluang untuk kafiruun mengatakan Tuhan itu berbilangan...jadi bila kata esa...tiada peluang untuk mereka berkata2 dusta...fullstop...segala hujjah mereka selepas kata2 ini dilafazkan adalah tertolak dan tidak perlu diendahkan...kerana ia satu perbincangan sia2...itulah akidah kita...pegang baik2...sepertimana tegaknya nombor 1 itu,tegakkan juga akidah kita...bahawa Allah itu esa...
9...nombor terakhir dalam siri nombor asas yang wujud...selepas nombor 9 adalah pengulangan siri2 nombor asas...contoh 10,11 12 dan sebagainya... maka boleh juga saya katakan ia adalah penutup nombor...penutup perlu ada kesimpulan...barulah lengkap...cuba lihat nombor 9 ini...seolah2 pemusingan,pengikatan barisan...yang mana akhirnya membentuk 0...kalau anda tak percaya,sila lukiskan nombor ini di kertas anda...
adik beradik nombor 9 adalah 6...cuma terbalik dari segi penulisan...jika tiada arah,maksud saya jika anda bukan memandang dengan pandangan berarah,maka kedua2 nombor ini boleh dikatakan sebagai sama tapi tak serupa...
Tuhan itu Maha Sempurna...dan setiap makhluk adalah terikat dengan kekurangan...percubaan untuk bersatu adalah percubaan untuk mencapai hakikat esa itu sendiri...kekurangan ditambah dengan kelebihan adalah kesempurnaan...dan hakikat kesempurnaan ada dalam esa...walaupun telah ditemukan hakikat kesempurnaan itu,makhluk adalah makhluk...bukan Tuhan...tiada kompromi dalam hal ini...kerana telah dikatakan bahawa dalam penutup surah al ikhlas itu sendiri...Tiada apa yang sebanding denganNya...
kita bersyahadah,bermakna kita setuju bahawa Tiada illah selain Allah dan Nabi Muhammad saw pesuruh atau penyampai kebenaran itu...kebenaran apa?kebenaran bahawa tiada illah selain Allah...Allah itu esa...
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan dari sulbi (tulang belakang) anak cucu Adam keturunan mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap ruh mereka (dengan berfirman kepada mereka): ‘Bukankah Aku ini Tuhanmu?.Mereka menjawab: ‘Betul, (Engkaulah Tuhan kami), kami bersaksi.(Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan;"Sesungguhnya Kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini”. (al-A’raf: 172)
oleh kerana komputer ni jem...maka cukup setakat ini dulu...
bersambung...insyaAllah...
No comments:
Post a Comment