hud-seroja-esa-budi bahasa-akhlak-ikhlas-raja segala unsur-imam mahdi-panji hitam-bani tamim-sirah

puzzles

hud-seroja-esa-budi bahasa-akhlak-ikhlas-raja segala unsur-imam mahdi-panji hitam-bani tamim-sirah nabi saw dan pengulangannya di akhir zaman-rahsia no 1 dan 9-kaitan imam mahdi dan helang-misteri tabut dan persoalan2 berkaitannya-melayu dan kekuatannya-nabi Nuh as-Raja Ahmad-teori relatif-penciptaan manusia-rahsia bismillah-philosophy of lotus in buddhism-mawar sbg lambang kesufian-matrix dari kacamata sufi-nursyahadah-teknologi pembangkitan memori dari al Quran-Rasulullah saw sbg manusia fitrah-nurunnur-formula sabar-formula ikhlas-makna,puji dan taat-lirik2 best-riba' dan kaitannya dgn dajjal-riba' sebagai penghapus ikhlas-titik kebangkitan akhir zaman,strategi kebangkitan~~~~~~

Thursday, 17 November 2011

Pengulangan kepada satu penegasan.

Salam buat semua pembaca,



maaf jika terlalu laju memberi post,tapi apa yang bakal kami katakan ini adalah satu penegasan...dan kami berharap anda juga seperti kami,kita perlu sama2 terang dan jelas tentang ini...betapa dunia bergerak laju,begitu juga dengan kejahatan,semakin hari semakin bermaharajalela...dan kebaikan perlu begitu juga...bahkan perlu bergerak lebih laju daripada masa yang ada dan kejahatan yang ada...

ok,cukup dengan itu...

apa yang bakal kami utarakan adalah satu perkara serius...ia tentang penjelasan akidah kita...apa yang kita pegang selama ini...yang mana ia sudah menjadi satu permainan sang kuffar,dan muslim adalah buah caturnya...

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dun seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-­orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya  "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kanu pada hart itu banyak sekali, tetapi kanu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'.
S
eorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita nenjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".

bila kita sebut tentang akidah...ingat 1,Tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad saw itu pesuruh Allah...

biarkan mereka merepek dengan khayalan mereka tentang Tuhan jika kita tak mampu melawannya...jika tak mampu melawan,anda perlu pandai bertahan...biarkan yang mampu mengambil alih tugas itu...apa yang penting,akidah wajib dipertahankan...Mereka tidak lain dan tidak bukan hanya menipu diri sendiri bila menyebut tentang ketuhanan...berhajat menipu mereka yang lemah,sedangkan merekalah yang sebenarnya tertipu...mudahan2 Allah masih punya belas buat mereka...

di dalam dunia maya yang begitu mencabar,dan saban hari begitu mendidihkan darah kita terutama apabila mereka mempermain2kan tentang ketuhanan...mereka berusaha sedaya mungkin untuk memurtadkan saudara2 kita...ini adalah hal serius...

Kata2 penegasan ini kami tujukan buat para penentang kalimah syahadah dan sekutunya...

"Jika anda mempersoalkan ilmu cabang kami,kami sedia buka ia kepada perbincangan...kerana kami yakin akan cahaya Tuhan itu adalah cahaya di atas cahaya...Akan tetapi,jika anda mempersoalkan akidah kami(syahadah kami),kami tutup perbincangan,kerana perbincangan itu sama sekali tidak berguna bagi kami,anda akan kami tentang sehingga anda tunduk dan mengaku bahawa Tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad saw pesuruh Allah...dengan izinNya,kami akan tentang sesiapa pun yang mendustai keesaan Tuhan...inilah pegangan kami..."

wahai saudara sesyahadahku sekalian,kita mungkin tak tahu sebanyak yang mereka si kuffar itu tahu,kita mungkin tak sebijak mereka dalam memutar belit fakta,kita juga mungkin tak sefasih mereka dalam mempertahankan apa yang kita percaya...

tapi yakinlah bahawa Islam itu benar...Allah itu Esa,dan Nabi Muhammad saw adalah penyampaiNya...biar seluruh manusia yang ada gagal pertahankan kebenaran ini,hatta kita sendiri,tetapkan keyakinan kita...jangan pernah ragu2...Allah berhajat memenangkan kebenaran sekalipun semua kafiruun membencinya...

Langkah ada peraturan
peraturan cipta kekalutan
di mana pula kau berdiri
di sini
-petikan lagu M.Nasir Tanya sama itu hud-hud-



Ya benar,anda berdiri di sini,di dunia akhir zaman,zaman penuh dengan fitnah dajjal,tapi di sini juga anda perlu berdiri di sini...iaitu pada diri anda sendiri,seperti yang dinukilkan dalam surah Al-Maidah:105...

Al-Maidah : 105

"Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kamu! Mereka yang sesat tidak akan mendatangkan mudharat selagi kamu mendapat hidayah. Kepada Allah tempat kamu semua kembali,kemudian Dia akan menerangkan kepada kamu apa yang kamu kerjakan.."


Allah lah pengganti Rasulullah saw untuk kita wahai saudara sekalian...yang ditakdirkan hidup di akhir zaman,selawat dan salam buat baginda saw,seluruh ahlul baitnya dan pengikut sunnahnya hingga hari kiamat...

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.


wallahualam...

No comments: