hud-seroja-esa-budi bahasa-akhlak-ikhlas-raja segala unsur-imam mahdi-panji hitam-bani tamim-sirah

puzzles

hud-seroja-esa-budi bahasa-akhlak-ikhlas-raja segala unsur-imam mahdi-panji hitam-bani tamim-sirah nabi saw dan pengulangannya di akhir zaman-rahsia no 1 dan 9-kaitan imam mahdi dan helang-misteri tabut dan persoalan2 berkaitannya-melayu dan kekuatannya-nabi Nuh as-Raja Ahmad-teori relatif-penciptaan manusia-rahsia bismillah-philosophy of lotus in buddhism-mawar sbg lambang kesufian-matrix dari kacamata sufi-nursyahadah-teknologi pembangkitan memori dari al Quran-Rasulullah saw sbg manusia fitrah-nurunnur-formula sabar-formula ikhlas-makna,puji dan taat-lirik2 best-riba' dan kaitannya dgn dajjal-riba' sebagai penghapus ikhlas-titik kebangkitan akhir zaman,strategi kebangkitan~~~~~~

Friday, 20 January 2012

Prolegomena buat Pencinta...

Dedikasi buat…

…mereka yang tenggelam dalam cinta Ilahi..
...mereka yang kerap menangis kerana berasa rindu padaNya…
...mereka yang pasrah terhadap Taqdir yang menelan hari-harinya lalu di kala diri melayang jatuh dari tempat yang tinggi, hati kecilnya menyerahkan diri terhadap Penciptanya..
...mereka yang penat melayan karenah situasi yang membalut tebal jiwanya dan terasa tiada jalan keluar, dan hanya berteman Teman yang selalu menemani...
...mereka yang dikatakan gila...

Adakah anda pernah berbaring di padang rumput melihat langit yang dipenuhi bintang-bintang pada waktu malam...?
Pernahkah anda merasa tidak ada perasaan untuk melaksanakan rutin harian yang mengikat anda lalu anda langkahkan kaki dan berjalan keluar tanpa halatuju?




Pernahkah anda merasa keseorangan di tengah-tengah keramaian manusia?
Pernahkah anda menangis semahu-mahunya di dalam diri di kala semua tertawa?
Pernahkah anda terasa ingin diri dibawa pergi dan dituntun ke sebuah destinasi yang penuh cinta, udara yang nyaman, air yang mengalir, senyuman yang menyambut?

Pernahkah anda merasa duduk di dalam sebuah bilik dan melihat keluar, tangan tak dirasa sebagai tangan, ia digerakkan, badan tak dirasa sebagai badan, lalu anda bertanya, siapakah aku yang sebenarnya?

Tahukah anda siapa diri anda yang sebenarnya?

........................


.............................


Inginkah anda diberitahu jawapan kepada semua persoalan yang bermain di fikiran?

1 comment:

wangsa said...

as salam Nurun Nur,

teruskan dendangan gurindam seloka untuk:
- membangkitkan naga yg sedang lena tidur ditasik
- meyembuhkan harimau yg cedera di hutan
- menyegarkan jentayu yg letih berjuang di perbatasan

semoga seruan kesedaran berterusan yg sayup-sayup kedengaran, menjadi penguat semangat bg satu kebangkitan

siapakah lagi yg akan menjadi benteng terakhir utk sebuah permulaan yg gemilang?