sama2 kita semua sampaikan salam rindu pada Nabi saw, para ahlulbait yang telah pergi ataupun yang masih wujud entah dimana dibumi Tuhan ini,kepada para sahabat yang mengorbankan diri mereka demi mengikuti Nabi saw malah meneruskan perjuangan baginda serta kepada sesiapa jua yang mengikuti jalan2 mereka...
post kali ni adalah satu sambungan kepada post sebelum ini, tentang pertanyaan saudara kita tentang realiti dakwah masa kini...sila rujuk http://9111tanyasamaituhudhud.blogspot.com/2012/01/salam-kepada-semua-pembaca.html
mari kita lihat apa kunci2 yang ada di dalam lagu ini...maaf jika ada yang tak berapa senang jika saya banyak merujuk kepada lirik2...kerana bagi saya,di mana jua ada permata ilmu...cuma bergantung pada kita untuk menggilapnya serta mengambil pengajaran daripadanya...bukanlah bermakna jika saya memetik lirik2 lagu saya membelakangkan Quran dan Hadis...sebenarnya di sebalik lirik2 lagu,pantun2,seloka2 lama banyak sangat pengajaran dan ilmu2 ketuhanan yang terlalu dalam untuk kita kaji...kita seharusnya bangga kerana bangsa kita,bangsa menunduk mengikut resamnya padi...bangsa yang tidak mengejar nama...tahu tapi tidak megah dengan pengetahuan yang ada...kebanyakan daripada pengajaran2 di dalam Quran dan hadis telah mereka serapkan di dalam budaya2 dan petua2 yang indah untuk kita kaji dan ikuti...mereka tidak menyebutkan secara terus terang,apatah lagi sifatnya Melayu itu suka akan kiasan...setiap ayat Quran dan hadis telah mereka 'decode' kan dan terus serap sebagai satu budaya...sehinggakan setelah jauh masa berlalu,warisnya memperlekeh pantun2 mereka,memandang remeh seloka2 mereka,dendangan2 mereka...katanya itu semua ketinggalan zaman...padahal jikalah mereka kaji,sungguh banyak ilmu2 ketuhanan dan ilmu2 dunia...sungguh dalam pengetahuan dan kefahaman mereka...salam sejahtera buat nenek moyang kita...semoga ditempatkan di tempat mereka2 yang beriman lagi beramal soleh...amin...
terlalu banyak pula saya berceloteh...maaf ya...
terus ke tajuk utama...
rujukan: http://topliriklagu.blogspot.com/2008/07/lirik-lagu-hati-kama-penyanyi-siti.html
Penyanyi / Artist : Siti Nurhaliza & Noraniza Idris
Hati Kama
Siti Nurhaliza & Noraniza Idris
Siti Nurhaliza & Noraniza Idris
Mengindang-ngindang padi huma
Mengindang dalam tampian
Memandang-mandang hati kama
Memandang dalam renungan
Bisik-berbisik pada pekerti mulia
Risik-merisik mana lahir asal usulnya
Mengindang dalam tampian
Memandang-mandang hati kama
Memandang dalam renungan
Bisik-berbisik pada pekerti mulia
Risik-merisik mana lahir asal usulnya
Mendengar suara lela lebur
Bertentangan mata panah arjuna
Terbayang senyuman bunga gugur
Siapa gerangan bagaikan betara
Bertentangan mata panah arjuna
Terbayang senyuman bunga gugur
Siapa gerangan bagaikan betara
Adakah dia hamba sahaya
Ataupun bijak mentafsir mimpi
Mungkinkah jua benar diduga
Hingga terusik hati nurani
Tawanlah jiwa ku
Bebaskan sayap juwita
Turutlah janji ku
Tinggalkan segenap lara
Burung yang terbang
Salam utuskan salam
Pada renungan pandang
Selayang pandang
Bukan gahara
Atau pesona
Insan biasa...
mari kita lihat perenggan pertama...
apa kunci2 yang ada...
Mengindang-ngindang padi huma
Mengindang dalam tampian
Memandang-mandang hati kama
Memandang dalam renungan
Bisik-berbisik pada pekerti mulia
Risik-merisik mana lahir asal usulnya
apa agaknya yang dimaksudkan dengan hati kama?setakat yang boleh saya tafsir,ia bermaksud hati yang teringin...hati yang betul2 berkehendak...hati yang mengidam...hati yang mahu...sila rujuk internet untuk pengetahuan yang lebih dalam...
Mengindang-ngindang padi huma
Mengindang dalam tampian
Mengindang dalam tampian
ini sudah tentu pembayangnya yang menjadikan bukti bangsa Melayu adalah bangsa alam...bangsa yang mencari kawan bukan lawan...bangsa yang hanya berkehendakkan kedamaian untuk seluruh semesta...sambil2 mencari rezeki,pun tetap dalam hiburan,satu bangsa yang hidup dengan gembira dan aman dahulunya...sesama sendiri tidak berkira,bila melayan tetamu tiada tanding...perlakuannya menunduk sopan...ilmu makrifahnya tinggi,tetapi tetap besederhana pilihan hatinya...
Memandang-mandang hati kama
Memandang dalam renungan
kita Melayu,sifatnya mudah...sangat2 cair hatinya dengan budi bahasa...lihatlah,segala macam bangsa yang datang menghuni tanah Melayu ini,jika kena budi bahasanya,bahagialah hidup mereka...Jepun kalah di Tanah Melayu kerana kekurang ajarannya...orang kulit putih menang kerana cuba belajar berbudi bahasa dengan Melayu...maka cairlah Melayu ditangan mereka...mereka pernah kurang ajar,dan akibatnya mati di tangan Melayu perak...sejarah yang popular di dalam buku2 teks sejarah...dan macam2 lagi sejarahnya yang membawa maksud tersirat..."padah jika kurang ajar dengan bangsa ini"...kita tunduk,tunduk hormat,bukan tunduk minta dipijak...
Bisik-berbisik pada pekerti mulia
Risik-merisik mana lahir asal usulnya
Risik-merisik mana lahir asal usulnya
lihatlah betapa kiasnya lirik ini...bisik berbisik pada pekerti mulia...kenapa mesti digunakan ayat bisik berbisik?maknanya,jika kita berkehendakkan melakukan kebaikan,lakukan dengan senyap...biar diri dan Tuhan sahaja yang tahu...bila kita hendak menegur mereka2 yang kurang berpekerti mulia,lakukan dengan berbisik,kerana setiap manusia punya maruah,punya air muka,punya harga diri...jangan berikan kebenaran dengan cara membaling...serah elok2,pasti kena pada sasarannya...ada mereka yang melakukan teguran dengan kebencian,ada juga yang melakukan dengan kasih sayang,dan saya pasti yang kedua lah yang akan menang...kita sayang,sebab itu kita tegur...tegur kita bukan menghina,tegur kita tegur dalam bisikan...penuh dengan kehalusan...zaman dahulu,orang tua2 menegur anak2 mereka cukup dengan senyuman...aura senyuman mak ayah,hanya anak2 mereka yang faham :)...teguran dilakukan dengan cara jelingan,senyuman,dan jika perlu kata2...itupun penuh dengan kiasan demi menjaga air muka anak2 yang ditegur...betapa indah budi bahasanya Melayu itu...dan jika kita lihat pada mereka2 yang tinggi budi bahasanya,selalunya pasti kita tertarik...apatah lagi jika mereka berupa sederhana...jika hensem dan cantik,tentulah itu aset...hehe...tapi tak mengapa pun jika tiada,janji manis tu ada...hehe...;)
dan bila sudah berkenan budi bahasanya,tentu kita mencari di mana asal usulnya?apa pegangannya?di sinilah Islam mudah tersebar...orang mula tertarik dengan pegangan si pemilik budi bahasa yang indah itu...orang2 sebeginilah pemilik2 kunci pintu syahadah...syahadah adalah kunci kepada tempat yang selamat,tempat yang sejahtera...
Mendengar suara lela lebur
Bertentangan mata panah arjuna
Terbayang senyuman bunga gugur
Siapa gerangan bagaikan betara
orang2 sebegini,selalunya ramai yang tertarik...di mana saja mereka berada,menjadi satu kehairanan kerana tingginya budi bahasa yang dimiliki...hati2 yang melihat selalunya tertanya2,siapa agaknya orang itu...akhlak indah,muka pun bercahaya...senyumnya manis...betapa ramai yang layu melihat budi bahasa Nabi saw?...anda jawablah sendiri...kalau tak ramai,takkanlah anda sekarang beragama Islam...padahal yang menyampaikannya sudahpun dijemput kerahmatullah 1400++ tahun yang lalu...
Adakah dia hamba sahaya
Ataupun bijak mentafsir mimpi
Mungkinkah jua benar diduga
Hingga terusik hati nurani
ini cerita berkaitan dengan Nabi Yusuf as...nak memberi satu simbolik kepada pemilik raja segala unsur...yang mana Zulaikha telah tertarik dan berhati kama dengan Nabi Yusuf as...apa yang diduga?selalunya kita bila melihat orang2 yang tinggi budi bahasanya,kita akan berbisik,dia bukan sebarangan orang...tetapi mengapa penampilannya dan tingkah lakunya cukup indah dalam kesederhanaan?Tuhan selalunya berikan persoalan2 sebegini di hati2 mereka yang masih punya cahaya...bukan mudah mengusik hati nurani manusia...dan jika sudah terusik,pasti ada sesuatu di situ...terpulang kepada mereka samaada mahu mengikut cahaya itu atau meninggalkannya pergi jauh dan terus malap...
Tawanlah jiwa ku
Bebaskan sayap juwita
Turutlah janji ku
Tinggalkan segenap lara
dan inilah bisikan kata2 mereka yang layu di dalam budi bahasa Nabi saw...kata2 penyerahan...rela dipimpin ke arah yang mana Rasulullah saw pergi...ke jurang Nabi saw pergi pun,sahabat sanggup ikut...asalkan lepaskan mereka daripada segenap lara...mereka mempersilakan Nabi saw membuka sayap2 rohaniah mereka agar mereka dapat pergi jauh menemui Tuhan mereka....
Burung yang terbang
Salam utuskan salam
Pada renungan pandang
Selayang pandang
dan bila sahabat2 sudah punya sayap kerohanian mereka tersendiri,mereka mampu memberi salam kepada sesiapa jua di seluruh dunia...dimana sahaja Tuhan gerakkan mereka untuk pergi,mereka sampaikan salam sejahtera dengan menyebarkan jalan selamat ini...Islam...kepada sesiapa sahaja yang mengerling mereka,mereka beri salam gembira dengan budi bahasa mereka...mereka jemput dengan penuh sopan santun kepada jalan selamat ini...tiada benci,tiada hasad mahupun dengki...bagi mereka,Tuhan itu adalah milik semua manusia...keindahan keesaan Tuhan adalah untuk diperkenalkan,bukan untuk disembunyikan mahupun dijual ...
dan mereka...
Bukan gahara
Atau pesona
Insan biasa...Insan biasa....
mereka adalah insan biasa...apapun keturunan mereka,apapun pangkat mereka,indah bagaimanapun rupa mereka,mereka bangga menjadi insan biasa....mereka bangga jika me"layu"...tunduk mereka tunduk hormat,bukan tunduk minta dipijak...
Alhamdulillah...
wallahualam...mudah2an ada manfaatnya...
sebagai selingan,saya link kan video ini untuk rujukan anda semua...
6 comments:
salam ziarah...
hmmm...hanya jauhari yg mengenal manikam...ternyata saudara@saudari berada dijalan mereka2 yg tidak terhijab...gembira bertemu dgn mereka2 yg mencari rahsia "diri"....boleh sy bertanya adakah saudara@saudari membawa apa2 tarikat?...sahaja ingin mengetahui..
Assalamualaikum Warahmatullah
Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah
Benarlah bagai dikata. "Mereka tidak pernah berjumpa denganku namun mereka amat mencintaiku dan berusaha mengikut jejak langkahku"
Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.
"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," Ucap rasullulah dalam nada sayu.
as salam Nurun Nur,
terima kasih di atas perkongsian.
hhmmm....topik budi bahasa ini 'ngam' dgn pencarian saya ttg cara2 orang melayu mengawal selia tenaga dalaman mereka supaya sentiasa murni, tidak tercemar dgn apa2 unsur luaran negatif yg mendatang, malahan dapat pula menyampaikan mesej baik dgn kadar yg paling minima ttp amat berkesan walau hanya dgn satu jelingan bersulam senyuman - utk mengelakkan sebarang sengketa dan pergaduhan.
sebut saja apa permasalahan, pasti ada saja pepatah bersesuaian yg dpt dijadikan nasihat dan panduan.
cth:
~tak tumbuh, tak melata, tak sungguh, orang tak kata
~siapa makan cili, dia terasa pedasnya
dan banyak lagi gurindam, seloka, pantun dll
teruskan berkarya.....!
Salam saudara "Orang Jelai",
terima kasih sudi melawat blog kami...tentang tarikat,saya pun tak tahu nak jawab apa...sebab kami adalah kosong,tidak datang dari mana2 tarikat,mahupun membawa apa2 tarikat...
kami datang dengan 'rasa untuk gerak' daripada Dia...dan sudah pasti banyak juga bertitik tolak daripada apa yang dibincangkan di blog2 mistisfiles dan yang sekutu dengannya...
dan kebanyakan apa yang kami tulis datang dari pengalaman sendiri...kami sama seperti anda di luar sana,tiada beza...
kami cuma terlalu ingin kita semua kembali kepada akar hidup yang sebenar iaitu kalimah warisan syahadah...kami sedang cuba menggabungkan semua pemahaman di dalam satu kotak syahadah...kerana itulah kami hadir di alam maya ini...
terima kasih sekali lagi sudi ziarah kami di sini,silakan membaca...ambil apa2 yang baik dari sini,moga ada manfaat...insyaAllah...
salam saudara/i Wangsa...
terima kasih sudi ziarah kami di sini...
buat pengetahuan saudara/i,semua siri kami adalah berkait antara satu sama lain...dan di akhirnya nanti akan kami simpulkan di dalam syahadah...insyaAllah,doakan kami...
"keindahan keesaan Tuhan adalah untuk diperkenalkan,bukan untuk disembunyikan mahupun dijual..."
sama2lah kita sampaikan salam rindu pada Nabi saw...manusia yang telah banyak menggadaikan jiwa raga untuk kita semua...
salam saudara F.Z,
semoga kita semua adalah mereka yang dimaksudkan Nabi saw...mudah2an...
Post a Comment