salam kepada semua pembaca...
selawat dan salam rindu buat Rasulullah saw,para ahlul bait,para sahabat dan semua yang sejalan dengan mereka sehingga hari kiamat...
sekali lagi saya cuba mengajak anda supaya turut sama merindukan nabi saw...kerana baginda saw memang layak untuk dirindui,meskipun kita semua tak pernah bersua muka dengan baginda saw...
di saat ruang maya sedang panas dengan berita2 terhangat negara masa kini,saya sering tergerak untuk menulis post yang berkaitan dengan nabi saw...pun saya tak tahu kenapa...cuma ikut gerak hati...dan rasa hati...
lama sudah baginda saw meninggalkan kita...dan selama itu,banyak peristiwa2 besar berlaku...dan semuanya hampir membawa irama yang sama...irama melupakan baginda saw...ya,mereka cuba membuatkan kita lupa siapa nabi kita...bagaimana indahnya nabi saw...mereka cuba sedaya upaya...atas sebab apa...saya pun tak tahu...serangan yang dilakukan samaada dari pihak kafiruun mahupun pihak kita sendiri...apa yang mereka dapat dengan melakukan ini semua,saya pun tak pasti...memisahkan kita dengan fitrah kita sendiri,puaskah hati mereka bila berbuat begitu...mereka ada jawapan...tanyalah mereka...
apa fitrah kita?
fitrah mencintai kebaikan...setiap orang sukakan kebaikan,hatta orang paling jahat dalam dunia...dan nabi saw adalah himpunan semua kebaikan yang ada...bukti keesaan Tuhan...dan bila mereka berusaha sedaya upaya membuatkan kita lupakan nabi saw,bermakna mereka telah menjauhkan kita dari fitrah diri kita sendiri...setiap yang lari dari fitrah,pasti sakit...setiap yang lari dari fitrah,pasti derita...setiap yang lari dari fitrah,pasti kecewa...
mereka cuba membina suasana melupakan nabi saw...mereka melakukan segala yang mungkin,dengan syarat,kita mesti jauh daripada mengingati nabi saw...
mereka melakukan dengan sistemnya,mereka melakukan dengan undang2nya...mereka melakukan dengan kawalan medianya...mereka melakukan dengan fitnah yang berterusan...mereka melakukan dengan tulisan2 menghina...mereka melakukan dengan halusnya melalui segala yang dapat dicerap oleh pancaindera kita...
dan kini,mereka seolah hampir berjaya...ummat2 nabi saw,tidak kenal nabinya sendiri...tidak kenal penyelamatnya sendiri...mereka tidak kenal dengan satu2nya manusia yang paling sayangkan diri mereka sendiri...setiap sunnah baginda saw,hanya dikenali secara tersurat,jarang benar dikaji secara tersirat...mereka tidak minat dengan ini semua...benarlah kata2 "tak kenal,maka tak cinta"...
saya menyeru semua bloggers,mari kita bergabung untuk wujudkan suasana mencintai Rasulullah saw...suasana rindukan nabi saw...suasana yang mana,selawat yang diucapkan,benar2 bererti...bukan satu kata pura2...selawat pura2...kita semua,wahai para blogger,perlu membina satu jalan supaya mereka semua dan kita juga benar2 dekat dengan nabi saw...benar2 rindu2,benar2 cinta,benar2 sayang....sepertimana baginda saw pernah rindukan kita 1400++ tahun yang lepas...
biar sayang yang ada,rindu yang ada,cinta yang ada,mampu menggetarkan seluruh jiwa kita tatkala nama baginda saw disebut...biar kasih yang ada mampu memanaskan darah kita tatkala maruah baginda dicarik2 oleh mereka2 yang dengki...biar cinta yang ada,mampu menggerakkan seluruh urat tubuh kita untuk bergerak meneruskan perjuangan baginda saw...
biarkan...biarkan rasa itu wujud,bercambah menjadi satu kekuatan yang tak terkalahkan...
saya seru...benar2 seru...maka jawablah seruan saya dengan mewujudkan suasana mencintai nabi saw di dalam blog2 kalian...
rinduilah baginda saw,sebagaimana baginda saw merindui kita,ummatnya...
sekali lagi selawat dan salam cinta buat baginda saw dan pengikut2nya sehingga hari kiamat...
katakan wahai setiap hati yang membaca..."wahai Nabi saw,kami rindu padamu..."
wallahualam...
hud-seroja-esa-budi bahasa-akhlak-ikhlas-raja segala unsur-imam mahdi-panji hitam-bani tamim-sirah
puzzles
hud-seroja-esa-budi bahasa-akhlak-ikhlas-raja segala unsur-imam mahdi-panji hitam-bani tamim-sirah nabi saw dan pengulangannya di akhir zaman-rahsia no 1 dan 9-kaitan imam mahdi dan helang-misteri tabut dan persoalan2 berkaitannya-melayu dan kekuatannya-nabi Nuh as-Raja Ahmad-teori relatif-penciptaan manusia-rahsia bismillah-philosophy of lotus in buddhism-mawar sbg lambang kesufian-matrix dari kacamata sufi-nursyahadah-teknologi pembangkitan memori dari al Quran-Rasulullah saw sbg manusia fitrah-nurunnur-formula sabar-formula ikhlas-makna,puji dan taat-lirik2 best-riba' dan kaitannya dgn dajjal-riba' sebagai penghapus ikhlas-titik kebangkitan akhir zaman,strategi kebangkitan~~~~~~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
menarik...
urm,
saya ada satu permintaan, boleh tak sahabat hasilkan satu artikel berkenaan :
"konsep dakwah islamiyah dalam realiti masa kini"
saya dah cuba brainstorm, tapi xberapa banyak idea yang mampu saya create.
kalau ada link2 video dan artikel berkaitannya boleh kongsikan sekali.saya ada tugasan untuk dilunaskan.tugasan pelajar 19 tahun~
kalau boleh kongsikannya sebelum 28 haribulan disember ini.lagi cepat lagi bagus.tugasan itu saya kena laksanakan pada 30 ini.
harap dapat bantu saya dalam perkongsian ilmiah.harap xkeberatan untuk menulisnya dan jangan lupa tujukan link ke blog saya:
http://nuruddinazrizulkifli.blogspot.com/
takut terlupa nak menjenguk ke sini...syukran...=)
Post a Comment