hud-seroja-esa-budi bahasa-akhlak-ikhlas-raja segala unsur-imam mahdi-panji hitam-bani tamim-sirah

puzzles

hud-seroja-esa-budi bahasa-akhlak-ikhlas-raja segala unsur-imam mahdi-panji hitam-bani tamim-sirah nabi saw dan pengulangannya di akhir zaman-rahsia no 1 dan 9-kaitan imam mahdi dan helang-misteri tabut dan persoalan2 berkaitannya-melayu dan kekuatannya-nabi Nuh as-Raja Ahmad-teori relatif-penciptaan manusia-rahsia bismillah-philosophy of lotus in buddhism-mawar sbg lambang kesufian-matrix dari kacamata sufi-nursyahadah-teknologi pembangkitan memori dari al Quran-Rasulullah saw sbg manusia fitrah-nurunnur-formula sabar-formula ikhlas-makna,puji dan taat-lirik2 best-riba' dan kaitannya dgn dajjal-riba' sebagai penghapus ikhlas-titik kebangkitan akhir zaman,strategi kebangkitan~~~~~~

Friday, 11 November 2011

Matrix dari kacamata sufi??? siri 1...

salam buat semua pembaca...




ok,post kali ini terus terang saya katakan ia banyak bertitik tolak dari apa yang telah dibentangkan di blog mistisfiles...saya belajar apa yang mereka bentangkan,dan saya cuba memberi nafas baru ke arah kesufian...menggunakan teori matrix yang ada sebagai salah satu madah baru menerangkan tentang keesaan Tuhan...satu percubaan untuk menggandingkan ilmu matrix dengan al-Quran dan sunnah...dengan penerangan yang realistik...

diharap ia menjadi satu penerusan kepada apa yang diperjuangkan para pemikir mistisfiles...insyaAllah..

ok,cukup dengan mukaddimahnya...mari kita teruskan ke tajuk utama...

setelah apa yang saya baca di blog sahabat2 mistisfiles,saya telah mendapat satu kesimpulan yang saya rasa cukup dengan itu saya mulakan kajian saya...kesimpulan yang saya dapat ialah...

Matrix adalah apa yang kita percaya...

matrix is what you believe...
jika dalam terma yang lebih islamik..matrix ialah iman kita...ruang matrix ialah ruang kepercayaan kita yang mana kita hidup di dalamnya...

ia adalah satu ruangan yang bergetah...boleh mengecut dan membesar....ibarat belon...bergantung apa isi di dalamnya...

atau dalam erti kata lain iman kita boleh bertambah atau berkurang,bergantung kepada kita sendiri...

"Orang yang paling berat cubaannya adalah para Nabi,kemudian orang2 yang terbaik selepas mereka...seseorang diuji sesuai dengan kadar keagamaannya..Sesiapa yang kuat keyakinan agamanya,maka cubaan yang ia terima semakin berat dan sesiapa yang mempunyai kualiti keagamaan yang ringan akan diuji sesuai dengan kadar keagamaannya...cubaan itu sentiasa diturunkan kepada hamba sehingga ia dibiar berjalan di atas bumi tanpa memikul satu kesalahan pun..."


point penting: setiap orang diuji sesuai dengan kadar keagamaannya

maka,boleh juga dikatakan : kadar keagamaan = iman

iman = kepercayaan = matrix


naik turun iman = pertukaran keluasan ruang kepercayaan = pertukaran keluasan ruang matrix


iman bertambah = pertambahan keluasan ruang matrix

pertambahan ruang matrix bermakna banyak kod2 Tuhan mampu diisi...

apa itu kod2 Tuhan? ia adalah kod2 keesaan Tuhan...setiap satu kod menunjukkan betapa Tuhan itu Maha esa... dan inilah tujuan utama kita hidup di dunia ni...untuk mengenaliNya,semua benda di sekeliling kita sedang berkata2 dengan zikirnya yang tersendiri,bahawa Tuhan itu esa...sunyikan hati anda,dan anda akan dapat mendengar zikir2 mereka semua...


ini memberi jawapan bahawa,setiap orang diuji berdasarkan kemampuannya,tidak lebih dari itu...

besar mana ruang,besar itu jugalah kod2 Tuhan dapat dimuat turunkan...

jika kita kata tak mampu,maknanya kita berdusta...kerana ruang matrix yang ada seharusnya cukup untuk muat turun kod2 Tuhan...tak mampunya kita mungkin kerana ruang matrix yang ada telah dikecilkan oleh kita sendiri...jika mampu dibesarkan kenapa harus dikecilkan?itu persoalannya disini...

ini juga menunjukkan bahawa : kita mengawal ruang matrix kita sendiri

disebabkan kuasa yang diamanahkan inilah,kita sememangnya layak dihukum jika kita bersalah...kerana kita mengawal ruang matrix kita sendiri...segala apa yang datang pada kita,kitalah yang menapisnya untuk masuk ke minda kita...biarkan semua di bawah kawalan anda...anda perlu pastikan anda adalah raja kepada diri anda sendiri...bukannya entiti lain...

"ya benar,tiada paksaan dalam beragama(dalam berpegangan)...kerana telah jelas jalan yang benar dan yang batil..."

saya menulis,mereka menulis,yang menapisnya adalah anda sendiri...percaya atau tidak,terpulang pada anda...

jadi buatlah keputusan yang bijak...


INGAT: jika mampu dibesarkan kenapa harus dikecilkan ruang matrix yang ada???


ini juga dapat menjawab persoalan bahawa orang yang tinggi imannya,akan semakin lapanglah hatinya...
kerana ruang matrix tempat dia berhidup telah diluaskan...maka dia cukup lapang dan tenang berada di dalamnya...

"lihat dunia dari mata burung atau lihat dari dalam tempurung,yang mana satu engkau pilih..."

-petikan lirik lagu Tanya sama itu hud-hud-




Alhamdulillah...

tamat siri 1...

akan bersambung...insyaAllah...

apa yang bakal muncul di dalam siri ini:

persoalan lain yang mampu dijawab berdasarkan konsep matrix:

-apa akan terjadi pada matrix jika kepercayaan bertukar menjadi keyakinan?
-tingkat2 kesufian dan kaitan dengan matrix?
-di mana titik pertemuan antara matrix dan takdir?
-benarkah doa mampu merubah takdir?apakah penerangan berdasarkan konsep matrix?
-konsep matrix dan kebangkitan akhir zaman?berkaitkah?
-jawapan kepada bagaimana Rasul punya mukjizat,wali punya keramat berdasarkan konsep matrix.
-zikrullah sebagai pelincir proses muat turun kod2 Tuhan
-benarkah semakin kita percaya,semakin tinggi peluang ia menjadi kenyataan?apa logiknya berdasarkan konsep matrix?
-dan banyak lagi penerangan matrix dari kacamata sufi...nantikan...insyaAllah...


rumusan siri 1-
  1. matrix adalah apa yang kita percaya
  2. matrix adalah iman kita
  3. naik turun iman bermakna pertukaran keluasan ruang matrix
  4. kita mengawal ruang matrix kita sendiri


mohon pendapat dan perbincangan dari anda semua supaya ilmu yang ada dapat dikembangkan...insyaAllah...














5 comments:

Fenomena Zaman said...

Assalamualaikum Warahmatullah

Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah

Setuju!

naik turun iman = pertukaran keluasan ruang kepercayaan = pertukaran keluasan ruang matrix

Namun,
Berapa luaskah ruang kepercayaan @ Matrix kita? Bolehkah kita ukur dan sukat? Tepuk dada tanya iman.

"Manusia itu menjadi musuh kepada apa yang ia tidak ketahui" - Saidina Ali,

73 jalan, 73 pintu, yang sampai hanya satu jalan!

Teruskan mencari, nasihat saya kepada diri saya sendiri dan kamu serta saudara yang lain, ayuh jangan hanya duduk dan berpuas hati dengan apa yang kita ada dan faham.

Kita sudah tiada masa lagi.

Nurun Nur 9111 said...

Wa'alaikumsalam saudara Fenomena Zaman,

terima kasih di atas komen saudara...benar,kita memang sedang di ambang kesuntukan masa...jika muslim yang ada tidak bergerak pantas,masa akan meninggalkan kita...kita sepatutnya menyanyikan lagu kemenangan,kerana

Al-Isra' : 81
"dan katakanlah,"kebenaran telah datang dan yang batil telah lenyap,"sungguh,yang batil itu pasti lenyap.."

mereka bersukaria sambil menyanyikan lagu kekalahan,itu pasti...

percayakan cahaya di atas cahaya,insyaAllah banyak ilmu akan terbuka hijabnya untuk kita...luaskan ruang matrix kita,dan dengan izinNya,kita akan cepat bergerak ke destinasi damai...di sana tiada duka...

kukuhkan kepercayaan kita dengan sebuah pencarian dan tafakur,dan dengan izinNya,kepercayaan bertukar kepada keyakinan...iman bertukar kepada taqwa...

Wallahualam...

Mohar Yahya said...

Salam ziarah dan baca tulisan ahli sufi...syukran.

Nurun Nur 9111 said...

salam cikgu pj....saya pun ada kenal dengan sorang bekas cikgu pj jugak,hehe...

ahli sufi?beratnya gelaran tuuuu...

apa yang penting kita adalah pencari2 Tuhan...itu saja...:)

terima kasih sudi jenguk kami di sini...
tapi maafla takda makanan buat hidangan,artikel adala,banyakkk...hehe...silakan membaca...

salam perkenalan...:)

wallahualam...

blog juga said...

apabila diperhatikan, dari dulu hinggan sekarang, manusia selalu inginkan hanya kehidupan di dunia sahaja tanpa disedari.

kelahiran semula...
matrik...
penghapusan dosa...
2012...
hakikat kehidupan...
dan banyak lagi, semuanya mereka mengaitkan dengan kehidupan di dunia sahaja...

apa yang telah saya fahami sekarang ialah... kelahiran semula berlaku apabila berlaku hari pengadilan...

matrik berlaku semasa di padang perhimpunan...

penghapusan dosa berlaku semasa hari kitab-kitab amalan dibentangkan... samada dihapuskan atau dihumbangkan ke dalam neraka...

2012 : hanya allah yang mengetahui bila berlakunya hari kiamat... pada hari itu semuanya langit dan bumi hancur menjadi debu-debu berterbangan kehidupan yang tertinggal melainkan kehendaknya sahaja....

hakikat ... bila manusia mati, pada hari itulah berlakunya hakikat kehidupan, barulah manusia tahu hakikat sebenarnya dan bila dibangkitkan hidup semula, barulah menusia sedar apa yang telah berlaku sebelum ini semasa di dunia....

saya percaya, manusia suka berangan-angan supaya semuanya berlaku di dunia.... terlalu sayangnya kepada dunia yang membentuk jiwa dan raga...

marilah berserah diri kepada yang esa dan beribadah hanya keadanya dengan menurut perintah-perintahnya yang sahih dan menegah berlaku apa yang dilarangnya...

hanya allah yang maha mengetahui