post kali ni bukan satu pengisian,melainkan satu pertanyaan kepada sesiapa yang tahu...
puas sudah saya berfikir dan mencari tapi masih belum ketemu jawapan...
saya amat berharap ada yang sudi berkongsi pendapat di sini...
ada seseorang telah berkata sesuatu pada saya,katanya...
"kebaikan itu banyak tapi satu...kejahatan itu satu tapi banyak..."
oleh sebab itu hanya dikira dosa bila kita berbuat,dan tetap dikira pahala walaupun hanya berniat...
mula2 saya rasa nak tergelak juga mendengar kata2 ini,masakan tidak,kan kedua2 nya sama?apa pendapat anda?
"satu tapi banyak,banyak tapi satu",kan sama tu?
tuan punya ayat ni kata pada saya,nampak memang sama...tapi tak serupa...saya lihat dia serius...katanya orang2 yang tahu tentang ilmu ni pasti ada jawapannya...itu pesannya...
sampai sekarang saya masih pening2 lalat bila berfikir tentang ni...hmmm...
sedikit ole-ole buat anda...
jika segala kekaburan ditemukan membentuk satu kesimpulan,
itulah hakikat esa makna...
temukan semua pertanyaan dalam diri dan bentuklah satu kesimpulan...raja segala kesimpulan adalah syahadahmu wahai saudaraku...
semua makna bertemu di dalamnya dan semua makna bermula darinya...
carilah yang seribu hanya untuk yakinkan yang satu itu,tetapi jangan cepat latah untuk mencari jalan kepada yang satu itu semula jika sudah bertemukan yang seribu..yang satu itulah syahadahmu...
kita datang dari yang Esa dan ditakdirkan turun kebumi yang penuh dengan seribu satu macam kejadian...dan kini,di bumi ini kita dibiarkan melata sehingga ke satu masa yang telah ditentukan untuk mencari yang seribu satu itu..
supaya akhirnya kita benar2 yakin betapa esaNya Dia...di waktu itu barulah kita benar2 layak untuk menemuiNya...
benar2 layak menemui Yang Maha Esa...
8 comments:
Assalamualaikum Warahmatullah..
Dengan nama Allah, tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah.
"kebaikan itu banyak tapi satu...
menghilangkan dahaga pada anjing itu adalah kebaikan, dosa yang diberi pengampunan itu juga adalah kebaikan.. dan ini semua disebabkan oleh satu perbuatan.. bermurah hati dan bersedekah yang dilakukan oleh seorang pelacur kepada seekor anjing.. Dua kebaikan yang diperoleh dari satu kebaikan yang dilakukan
...kejahatan itu satu tapi banyak..."
Meminum arak itu adalah satu kejahatan, kerana darinya orang menjadi tidak waras, boleh berzina, membunuh dan boleh menceraikan isteri. Ia adalah satu kejahatan yang boleh menyebabkan berlakunya kejahatan yang lain.
tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah.
Solawat.
salam buat saudara Fenomena Zaman,
mohon beri penjelasan selanjutnya...
maaf...sungguh saya masih lagi blurrr....
bukankah keduanya sama?
kebaikan membawa kepada kebaikan,kejahatan membawa kepada kejahatan?
mungkin boleh saudara utarakan contoh yang lebih mudah untuk saya faham...
maaf andai menyusahkan...
wallahualam...
Bersangka baiklah, kerana segala kebaikan datangnya dari yang satu.
Jauhilah syirik kerana syirik datang dalam berbagai bentuk.
Nabi berpesan di dalam khutbah yang terakhir : "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Sungguh, tipu daya syaitan itu amat halus.
Lihatlah sekelilingmu, apakah hari ini terjadi banyak kebaikan atau keburukkan? Sungguh syaitan itu telah berjaya dalam perkara yang kecil pada hari ini.
Namun bersabarlah, pertolongan Allah itu pasti datang.
Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah.
wallahualam...
salam buat saudara,
jika begitu,adakah bermakna kejahatan dapat ditutup dengan menutup hanya satu pintu,dan kebaikan dapat dibuka dengan membuka satu pintu?
jika ditutup pintu syirik,maka pintu2 kejahatan yang lain dapat ditutup jugakah?
jika dibuka pintu kebaikan iaitu ikhlas,maka segala yang dibuat merupakan kebaikan?
adakah benar telahan saya?
setakat yang dapat saya faham,
riba' adalah penghapus ikhlas...yang mana ikhlas itu sendiri adalah pembuka pintu kebaikan...
maka jika bermulanya riba',akan terhapuslah sedikit demi sedikit yang dinamakan ikhlas itu...
dan riba' juga jika diteliti secara sudut pandang jauh akan membuahkan syirik...
akan tetapi keadaan jadi sebaliknya jika ada yang membuka pintu ikhlas...kebaikan akan tersebar dengan meluas...segala yang terwujud merupakan kebaikan dalam wilayah ikhlas...
wallahualam...
mohon pencerahan lagi bagi sesiapa yang tahu dan punya pendapat...
terima kasih buat saudara fenomena zaman...
salam,
jika kita teliti,sebenarnya kejahatan bermula dari satu,iaitu sifat sombong,megah,ego si iblis laknatullah..
bila wujud rasa tu,
ia akan membakar amal iblis dahulu yang dikatakan pernah menjadi ketua malaikat...
pernahkah terdengar hadis yang mengatakan hasad dengki tu akan membakar amal2 sepertimana api membakar daun2 kering...semuanya hangus...
jadi saya rasa tak salah jika dikatakan segala kejahatan yang lahir bertitik tolak dari hasad dengki dan ego iblis dahulu...
mula2 enggan sujud,terus lagi ke menggoda hawa,dan seterusnya kita semua di sini...
jadi benarlah,kejahatan itu satu,tapi banyak...
selamat sejahera untuk semua,
benar, hati selalu bertanya, selalu inginkan jawapan pasti...
kemudian ada 2 perkara yang menjadikan diriku tenang, iaitu..
1. memahami contoh nabi-nabi,
2. petikan kata-kata ini,
"...Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam ugama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya..."
kemudian, walau apapun yang bermain di dalam jiwa, akhirnya akan jadikan ucapan terakhir itu sebagai sebab untuk aku berserah kepada yang esa. ia menjadikan aku bertambah bergantung harap kepada tuhan penguasa sekalian alam.
ia menjadikan aku sentiasa sedar betapa rendahnya diriku berbending dengan tuhan yang maha tinggi.
ia menjadikan diriku sebagai hamba yang sepatutnya taat dan sentiasa sedar setiap perbuatan adalah beribadah dan patuh kepada Tuhan yang maha pemurah lagi maha pengasih.
Hanya Allah yang mengetahui apa yang diluahkan dan apa yang tersembunyi.
kebaikan dari Allah
kejahatan dari nafsu
Post a Comment