hud-seroja-esa-budi bahasa-akhlak-ikhlas-raja segala unsur-imam mahdi-panji hitam-bani tamim-sirah

puzzles

hud-seroja-esa-budi bahasa-akhlak-ikhlas-raja segala unsur-imam mahdi-panji hitam-bani tamim-sirah nabi saw dan pengulangannya di akhir zaman-rahsia no 1 dan 9-kaitan imam mahdi dan helang-misteri tabut dan persoalan2 berkaitannya-melayu dan kekuatannya-nabi Nuh as-Raja Ahmad-teori relatif-penciptaan manusia-rahsia bismillah-philosophy of lotus in buddhism-mawar sbg lambang kesufian-matrix dari kacamata sufi-nursyahadah-teknologi pembangkitan memori dari al Quran-Rasulullah saw sbg manusia fitrah-nurunnur-formula sabar-formula ikhlas-makna,puji dan taat-lirik2 best-riba' dan kaitannya dgn dajjal-riba' sebagai penghapus ikhlas-titik kebangkitan akhir zaman,strategi kebangkitan~~~~~~

Monday 28 November 2011

Bila sebut tentang hijrah,teringatkan baginda saw...

salam buat semua pembaca...
salam maal hijrah juga...ingat tentang hijrah,teringatkan nabi saw...manusia kesayangan...



selawat dan salam semoga tercurah kepada baginda saw,para ahlul bait,para sahabat,dan orang2 yang mengikuti jalan baginda saw sehingga hari kiamat...

rindu rasanya...teringatkan kerendahan hati baginda benar2 menyejukkan hati...apatah lagi jika terkenangkan kemuliaan yang dihiasi dengan kerendahan hati,keramahan dalam pergaulan...siapalah yang dapat menandingi baginda saw...tiada... bulan dan bintang ada di genggaman,tapi hatinya penuh dengan zuhudkan dunia...Subhanallah...benar2 menawan akhlak baginda saw...hati yang penuh dengan kasih dan sayang pada umat2nya...

raja segala manusia biasa...itulah nabi kesayangan kita...kedudukan tertinggi di sisi Tuhan,tapi bersikap dengan sikap manusia biasa...indah sungguh tingkahlakunya...mengajak kita semua kearah fitrah seorang manusia...akhlaknya itu Al-Quran...boleh dibaca,boleh dikaji,boleh diselidiki...seolah Al-Quran bergerak...di zaman kini,di manakah kita dapat melihat al-Quran bergerak seperti ini,hanyalah jauhari mengenal manikam...



keramahan dalam bergaul,meletakkan semua orang sebagai satu "customer" yang harus dilayan...tiada pernah mengabaikan permintaan manusia lain...semuanya akan diusahakan walaupun terpaksa bergolok gadai...oh saudaraku sekalian,dia adalah nabi yang mulia disisi Tuhan,tapi mengapa masih mahu menundukkan diri dihadapan manusia yang terlalu banyak dosa?sungguh indah akhlak baginda saw...di hatinya terlalu suci,seolah semua rasa benci,buruk sangka,semua tiada...sanggup duduk di tepi jalan sambil menyuap si yahudi tua setiap hari...akhlak apakah itu!

hormatnya baginda saw kepada semua orang,menjadikan semuanya pun tunduk pada baginda semula...bila berjalan seolah satu manusia biasa...sehinggakan manusia sezaman dengan baginda saw sukar mengenal inikah pemimpin negara?para sahabat semua memiliki kehebatan masing2...ada yang kaya,benar2 kaya...ada yang handal dalam berperang,benar2 hebat...ada yang bijak tentang macam2 hal,senang cerita semua sahabat baginda penuh dengan kepakaran masing2...tapi mengapakah semuanya tunduk pada baginda saw...?


tak lain tak bukan adalah kerana akhlak baginda saw...benar2 mampu menawan setiap hati...yang lembut,mahupun keras seperti batu...baginda saw adalah bukti keesaan Tuhan...

oleh sebab itulah namanya mampu bergandingan dengan nama Tuhan,dan dijadikan satu kalimah...kenapa baginda saw adalah bukti keesaan Tuhan?kerana setiap satu sikap,telah diadun sebati dalam diri baginda...sifatnya abu bakar,sifatnya umar,sifatnya usman,sifatnya ali...semuanya tersusun sebati dalam susunan yang indah dalam diri baginda saw...itulah esa...kesatuan segala membentuk satu sebatian kukuh...nak kata lembut sangat seperti usman pun tidak...terkadang ada marahnya juga seperti umar...tapi marahnya tidaklah semarah umar...nak kata seperti abu bakar pun susah juga...kerana sifatnya adakala berlainan...kerana telah dihiasi dengan bijaknya ali...semua sifat baik sahabat ada dalam adunan sebati akhlak nabi saw...subhanallah...

sungguhlah layak nama ini bergandingan dengan nama Tuhan...


sebagai penyampai keesaan Tuhan yang terbaik sepanjang sejarah hidup manusia...yang terbaik dikalangan manusia biasa...dikalangan nabi2...dikalangan rasul2...dikalangan ulul2 azmi...

manusia terbaik yang mana akhlaknya itu ajaib!kenapa saya kata ajaib?

baginda saw adalah manusia mulia di sisi Tuhan,tapi kenapa masih mahu beribadat sehingga bengkak2 kaki?

baginda saw adalah pemimpin,tapi kenapa masih mahu menyuap makanan kepada pengemis di tepi jalan?

baginda saw adalah kesayangan Tuhan,tapi kenapa masih mampu menundukkan ego malah memaafkan kepada kaum yang melempar batu ketika diberi dakwah?

akhlak apakah ini wahai saudara semua...kenapalah masih ada yang menghina baginda saw yang kita sayangi...kenapalah dengan manusia mulia sebegini mereka masih mahu berhasad dengki...tidaklah layak semua itu untuk baginda saw...

kepada sesiapa yang berhajat menghina baginda,silalah fahami dengan sebenarnya siapakah pemilik akhlak agung ini...janganlah dengan mudah memperlekeh dan mempersoal tindak tanduknya...bukan sengaja kami mengagungkan baginda saw,tapi kerana baginda saw berhak mendapat itu...berhak mendapat pujian dari semua makhluk...jangan kalian hina baginda saw kerana membawa islam pada kami...sungguh baginda saw tidak layak untuk sebarang hinaan dan cacian...fahamilah baginda saw...kenalilah dirinya...akan kalian nantinya tunduk mengaku,baginda saw memang terbaik...

sekali lagi,selawat dan salam buat baginda saw...kami semua rindukan padamu wahai Nabi saw...kami rindukan akhlakmu...rindukan peribadimu...rindukan senyuman seikhlas senyumanmu...rindukan keramahanmu,rindukan kerendahan hatimu...rindukan semangatmu...

sekali lagi selawat dan salam dari kami semua...semoga sentiasa berbahagia di alam sana...doakan kami,umatmu akhir zaman...doakan kami...





salam maal hijrah sekali lagi dari kami...

2 comments:

Unknown said...

salam buat tuan empunye blog.... terima kaseh d atas jemputan ke blog ini....

secebis komen dr sy mengenai ape yg d bincangkan d sini adelah mengenai 'Hijrah'.

Jikalau kita perhatikan semula, detik2 penghijrahan d zaman Rasulullah saw, kita dapati para sahabat yg d ajak berhijrah oleh Rasulullah saw, mereka sanggup meninggalkan apa saja kepnyaan mereka dari segi bab keduniaan.

Jadi apakah kita sudah bersedia berbuat begitu? Apakah resipi yg telah d gunakan oleh Rasulullah saw kepada mereka sehinggakan mereka sanggup melakukan apasaja pengorbanan demi Allah dan Rasul tercinta?

Jadi inilah perkara yg kita hari ini tidak dapat menghayati sepenuhnya dan inilah perkara di mana cuba di gagalkan oleh pihak yg anti-Islam iaitu "MENGENAL TUHAN".

Rasulullah saw telah mengajarkan kpd sahat utk mengenal Tuhan, apabila kita melalui perjalanan utk mengenal Tuhan dan sedikit sebanyak mendapat hawa2 kewujudan Tuhan maka kita sudah tidak nampak nilainya dunia di sisi kita dan tidak ada maknanya kita menghargai dunia sedangkan cinta kpd Allah swt telah melebihi segalanya di dalam kehidupan kita.

Dan inilah yg di panggil "IMAN" yakni keyakinan. Matrix merupakan program yg di susun jadi lihatlah dari kacamata yg satu lagi maka kita akan perolehi bahawa dunia telah di programkan.

Kunci kepada program inilah yang di panggil 'Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim. Pokok pangkalnya program adalah kaseh dan sayang.

Nurun Nur 9111 said...

salam buat saudara Zaim Zaiman,

terima kasih di atas kunjungan...

silakan membaca...moga bertemu manfaatnya...

saya punya pendapat sendiri tentang apa yang menjadi persoalan buat saudara...(mungkin saudara juga punya jawapannya...silakan berkongsi bersama kami semua...)

apakah yang menjadi sebab semua sahabat tunduk hormatkan nabi malah sanggup tinggalkan segala demi mengikuti baginda saw...?

tak lain tak bukan kerana akhlak yang indah...yang mampu mencairkan setiap jenis hati yang memandang...

akhlak yang indah adalah satu sedekah yang ikhlas...yang mana ianya juga adalah raja segala unsur...

makanya setiap jenis unsur yang di bawah pasti akan layu di bawah raja segala unsur ini...

silakan baca post saya tentang raja segala unsur...

wallahualam...

terima kasih di atas komen dan kunjungan...

-admin-