hud-seroja-esa-budi bahasa-akhlak-ikhlas-raja segala unsur-imam mahdi-panji hitam-bani tamim-sirah

puzzles

hud-seroja-esa-budi bahasa-akhlak-ikhlas-raja segala unsur-imam mahdi-panji hitam-bani tamim-sirah nabi saw dan pengulangannya di akhir zaman-rahsia no 1 dan 9-kaitan imam mahdi dan helang-misteri tabut dan persoalan2 berkaitannya-melayu dan kekuatannya-nabi Nuh as-Raja Ahmad-teori relatif-penciptaan manusia-rahsia bismillah-philosophy of lotus in buddhism-mawar sbg lambang kesufian-matrix dari kacamata sufi-nursyahadah-teknologi pembangkitan memori dari al Quran-Rasulullah saw sbg manusia fitrah-nurunnur-formula sabar-formula ikhlas-makna,puji dan taat-lirik2 best-riba' dan kaitannya dgn dajjal-riba' sebagai penghapus ikhlas-titik kebangkitan akhir zaman,strategi kebangkitan~~~~~~

Monday 21 November 2011

"berikan apa yang anda ada pada saya....itu sebenarnya hak saya..."

salam buat semua pembaca...


kali ini saya ingin berkongsi rasa..tentang hasad dengki... yang mana saya telah diresapi oleh penyakit hati ini sekian lama...terus terang ianya sangat sakit...dan kini saya hampir sembuh bila saya berjumpa dengan ubatnya...Alhamdulillah,saya sekarang masih dalam proses penyembuhan...dan kini saya ingin berkongsi dengan anda semua...

penyakit ini sesuatu yang sangat merbahaya...kerana ia bakal membusukkan hati...mereputkan hati...jika diibaratkan pada tumbuhan,ia seolah satu penyakit reput akar...lama2 akar akan reput dan membusuk...

penyakit hati ini merupakan nenek moyang yang pertama sekali buat makhluk yang bernama kejahatan...dari ia lahirlah berbagai kejahatan lain...penyakit inilah yang membakar hangus segala amal ibadat iblis dahulunya ketika menjadi ketua para malaikat...lihat,betapa bahayanya penyakit ini...

Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :
"Awas diri kamu dari sifat dengki, kerna sesungguhnya dengki itu memakan kebajikan, sebagaimana api membakar kayu api.


berdasarkan hadis di atas,hasad dengki merupakan unsur api...ianya satu kepanasan...sifatnya membakar segala sesuatu yang berdekatan dengannya...api...tak pernah kenal siapa kawannya...semuanya bakal dibakar jika berani cuba dekat...sebegitulah sifat api...



selalunya penyakit hasad dengki bermula dari rasa tak bersyukur....bila kita lihat orang lain punya nikmat,kita mula rasa teringin...nikmat apa?macam2...

nikmat gembira...kita berduka,orang lain gembira..kita mula rasa benci...kita tiada...orang lain ada...kita mula rasa cemburu...kita keseorangan,orang lain berkawan,bersilaturrahim,kita mula jadi tak sedap duduk...menyampah...orang lain punya perhatian,tapi kita tiada...pun jeles jugak...macam2...setiap manusia biasa,nak atau pun taknak pasti pernah merasa penyakit ni...jangan pernah merasa bebas dari penyakit ini...

ia ada pada kita...tapi yang penting kita perlu menghapuskannya...sehingga ke akar...dan jangan biarkan ia membiak semula...
ia ada pada kita,tersembunyi di satu sudut hati yang sangat2 dalam...menanti untuk berkembang biak...jika dilayan kehadirannya,ia bakal menghancur lebur segala kebaikan yang pernah tercipta...

hasad dengki ini bakal menghancurkan amal2 yang ada bila ia mulai membiak kepada tindakan...kita mencuba untuk memusnahkan orang yang kita dengki...dari sini akan wujudnya segala macam bentuk kejahatan lain...

seperti kisahnya iblis dahulu...pada mulanya tak bersyukur,ujub...rasa diri itu tinggi...rasa dirinya itu suci...dan bila diciptakan nabi Adam as,iblis mula berhasad...dan bila diumumkan sebagai makhluk terlaknat...ia pun menjalankan rencana dengkinya...sehingga Nabi Adam as diturunkan ke bumi...dan berkembang biak sehingga kita pun wujud di dunia ini...begitu panjang sejarah hasad dengki ini...dan sehingga sekarang projek dengki sang iblis masih lagi berlangsung melalui bonekanya sang dajal...

anda pandanglah dunia sekeliling anda sekarang...inilah akibatnya hasad dengki iblis laknatullah...huru hara...bala bencana...kacau bilau...serabut...segalanya menyerabutkan...

dan kini,saya akan bentangkan satu ubat mujarab untuk hasad dengki ini...iaitu esa...maaf ya,ini bukan ajaran sesat...

esa dalam cerita ini ialah berkaitan dengan kesatuan...satu2nya...pengumpulan segala unsur membentuk satu sebatian kukuh...

contoh mudah...perhatian ya,contoh ini bukan mendustai Qada' dan Qadar...tetapi kita cuba berfikir mencari sebab dan jadikan ia satu ilmu pengetahuan...

bayangkan jika dahulu...semasa diciptakan Nabi Adam as, iblis turut berasa gembira dan bersujud tanda penerimaan khalifah di bumi,bersatu bersama khalifah dalam memakmurkan bumi Allah ini...tentu ia masih boleh bergembira di syurga di waktu ini...hatinya pun lapang mengingati Tuhan Seluruh Alam...saya pasti adakala iblis akan duduk dan teringat kisah lama ini...tapi pabila ia melayan egonya,ia tetap akan kalah seperti dahulu...

nampak tak apa ubatnya penyakit hasad dengki ini?

esa...kita perlu bersatu,cuba menyatu dengan siapa jua yang kita dengkikan...ataupun penyakit hasad dengki ini bakal membakar amal anda nanti..hati2,penyakit ini PANAS...unsurnya api...membakar...hati anda akan terasa seperti dibakar2...siramkan api ini dengan air silaturrahim...bersilaturrahimlah dengan mereka yang anda dengki itu...kesanlah penyakit ini pada peringkat awal pabila api hasad dengki mula dinyalakan...jika anda terasa "panas" jika melihat nikmat Tuhan pada orang lain,awas,ia adalah tanda2 awal penyakit hasad dengki...jika dilayan,ia bakal membakar hangus segala amal baik anda terdahulu...

tundukkan ego anda dan bersilaturrahimlah...


jangan ulangi lagi silap sang iblis dulu...lihat,kini dia masih di dalam penjara hasad dengkinya itu...maka,jadilah ia makhluk terlaknat sehingga kiamat...

Kita adalah umat yang satu...perpecahan adalah lawan kesatuan...kesatuan itu tandanya esa...segala yang membawa perpecahan,bererti membelakangi esa...

ubatnya,bersilaturrahimlah...jauhilah hasad dengki itu,kerana ia bukan diri anda yang sebenarnya...orang yang anda dengkikan itu,bukanlah musuh anda...dia adalah saudara anda sendiri...

wallahualam...sekadar perkongsian rasa...

4 comments:

Fenomena Zaman said...

Assalamualaikum Warahmatullah

Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah.

Tahukah kamu punca hasad dengki itu?

Ia berpunca daripada perasaan ingin memiliki sesuatu.

Perasaan ingin memiliki kepada sesuatu yang tidak kekal. Dan manusia kerana terlalu ingin memiliki di dunia ini akan sesuatu yang tidak kekal, maka itulah puncanya datang sifat dengki dan iri hati.

Begitulah Iblis dengki kepada Adam. Kerana ingin memiliki kemuliaan, maka itulah dia enggan tunduk kepada Adam. Dia merasakan kerana dia telah kuat beribadat ribuan tahun kepada Allah, maka mana mungkin tiba-tiba mahu tunduk kepada Adam yang baru sahaja diciptakan!

Hakikatnya tunduk kepada Adam itu sebenarnya tunduk kepada Allah! Kerana hanya Manusia yang sanggup berakhlak dengan Akhlak Allah.

Siapakah Nabi Muhammad? Dialah kekasih Allah. Mengapa dia menjadi kekasih Allah? Kerana dialah yang paling hampir dengan Allah! Dan Rasullulah itu adalah sepertinya Al-Quran yang berjalan!

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Siapakah manusia yang paling pemurah dan paling penyayang?

Siapakah manusia yang mendoakan agar dirinya dan ahli keluarganya dijadikan dikalangan orang-orang miskin? Miskin Bagaimana?

Ianya bukan miskin kerana malas, tetapi miskin kerana banyak MEMBERI SEHINGGA SANGGUP KELAPARAN

Hari ini Umat Muhammad sedang diuji dengan harta kekayaan. Kerana hari ini mereka bekerja untuk memenuhi kehendak nafsu semata-mata

Dan kita akan saksikan tidak lama lagi bahawa keturunan 'Al-Quran yang berjalan" itu akan muncul sekali lagi. Dan dia bukan membawa kepada untuk menjadi miskin dan berlapar. Tetapi dia akan memakmurkan bumi ini dengan banyaknya dengan Ilmu yang dimiliki!

Dan Ahlul Bait yang suci itulah Al-Quran yang berjalan!

Solawat!

Anony3.28am said...

Salam,

Berhijrahlah dari
1. sistem kewangan fractional banking kuffar yang berasaskan matawang fiat riba yang bernilai hanya tisu tandas dan beralih kepada emas/perak
2. sistem perundangan sekular kuffar yang tidak berasaskan kepada tauhid/ehsan/rahmatNya dan beralih kepada dalil-dalil kitabNya dan sunnah kekasihNya
3. sistem pemerintahan demokrasi kuffar yang sangat bersangkutan dengan dua elemen kuffar di atas yang seterusnya bersangkutan dengan bank dunia dan pertubuhan bangsa bersatu sebagai khalifah ciptaan/toghut/dajjal beralih kepada Khalifah pilihanNya.

Anony 3.28am

Nurun Nur 9111 said...

salam perkenalan saudara Anony3.28am,

terima kasih atas kunjungan...

salam maal hijrah dari kami...:)

salam buat saudara fenomena zaman,
apa yang saudara utarakan itu betul...kita nantikan saja para pemimpin2 akhir zaman...mudah2han ia hadir di zaman kita...

hanya yang haq mendapatkan yang haq pula...

wallahualam...

blog juga said...

kadang-kadang tanpa disedari, menjadi orang yang hampir kepada penguasa, membuat kita jadi sombong kerana merasakan kita lebih baik dari yang lain...

contoh kekasih allah yang aku suka ketengahkan ialah nabi ibrahim a.s. dialah khalil allah.

Penguasa sekalian alam memilihnya kerana dia makhluk yang melakukan apa sahaja suruhan dari khalik nya. disuruh sembelih anak, disembelinya. disuruh meninggalkan isteri di tengah-tengah padang pasir, ditinggalkannya....

dia juga mencari tuhan, tetapi bukan untuk dihampiri atau untuk dijadikan kawan... melainkan semata-mata untuk mengabdi kepada tuan yang maha esa.

sungguh aku merasa hairan jika masih ada rasa dengki sesama manusia bila menyedari diri begitu rendah berbanding dengan tuhan yang maha tinggi.

rupa-rupanya, semakin jauh jurang kita dan tuhan, semakin tinggi nilainya, semakin manusia merasa dirinya dekat dan mengenali tuhan, mereka akan bertambah ego dan berlumba-lumba untuk menjadi siapa yang paling dekat dengan khaliknya... sungguh manusia tak sedar diri. sori..

hanya allah yang maha mengetahui.