hud-seroja-esa-budi bahasa-akhlak-ikhlas-raja segala unsur-imam mahdi-panji hitam-bani tamim-sirah

puzzles

hud-seroja-esa-budi bahasa-akhlak-ikhlas-raja segala unsur-imam mahdi-panji hitam-bani tamim-sirah nabi saw dan pengulangannya di akhir zaman-rahsia no 1 dan 9-kaitan imam mahdi dan helang-misteri tabut dan persoalan2 berkaitannya-melayu dan kekuatannya-nabi Nuh as-Raja Ahmad-teori relatif-penciptaan manusia-rahsia bismillah-philosophy of lotus in buddhism-mawar sbg lambang kesufian-matrix dari kacamata sufi-nursyahadah-teknologi pembangkitan memori dari al Quran-Rasulullah saw sbg manusia fitrah-nurunnur-formula sabar-formula ikhlas-makna,puji dan taat-lirik2 best-riba' dan kaitannya dgn dajjal-riba' sebagai penghapus ikhlas-titik kebangkitan akhir zaman,strategi kebangkitan~~~~~~

Sunday 4 March 2012

misteri sutera bidadari...


Salam kepada semua pembaca,
Selawat dan salam buat Nabi saw serta mereka yang sejalan dengan baginda Rasul...

Kali ini saya bawakan anda satu sedutan dari novel  yang sangat menarik dan penuh unsur2 kemelayuan...apa yang bakal anda baca sebentar nanti adalah satu perjumpaan antara Sang Dewi dan Saifuddin di alam mimpi atau alam khayalan. Pelik tapi benar,bagaimana manusia mampu menjemput dan menyeru semangat manusia lainnya dan jemput mereka ke alam mimpi untuk berbicara...adakah ini boleh dikira sebagai telepati? Satu panggilan jauh...tanpa bantuan sebarang alat komunikasi moden. Mampukah kita melakukan sebegitu? atau ada komunikasi yang lebih hebat dari telepati?mungkin ada diantara anda tahu tentang ini...hmm...Adakah kekuatan perasaan manusia zaman kini telah hilang dek kerana fitnah dajjal?di mana kekuatan minda manusia yang dulunya punya macam keramat?sama2la kita fikirkan...bestnya lah kalau anda semua dapat baca novel ni,tapi jangan lupa baca novel2 sebelum ni,baru tahu jalan ceritanya...

“Kamu seringkali menjemput kita mampir ke alam tidak berdinding yang tiada bermata ini. Sekadar jemputan yang tidak berbahasa. Kita datang...kamu menjauh. Kita hadir...kamu menghilang. Maka...apakah maknanya semua ini ,wahai Sang Dewi?” Saifuddin sekadar berbahasa meskipun tidak disambut dengan kata.
“Enam purnama,Sang Dewi. Telah enam purnama...Kita datang dan pergi dan kamu tidak pernah menampilkan diri. Kita tidak pernah bersengketa. Maka lepaskanlah kita daripada jemputan yang tidak berbahasa ini.” teguran Saifuddin sangat tajam bak sembilu.
“ Kenapa kamu menangis wahai Sang Dewi?” tanya Saifuddin penuh berhemah.
Aku tidak beragama. Aku tidak tahu siapa yang harus dipercayai.”keluhan beserta tangisan Sang Dewi berlanjutan. Kedengaran ibarat lolongan seekor serigala.
“Subhanallah,” lafaz Saifuddin. Ucapan itu terluah secara spontan.
Aku tidak berupaya membendung kejahatan dalam diriku. Aku membunuh manusia yang memasuki di dalam belantara ini. Walhal telah diperingatkan kepada mereka menerusi prasasti.” Lama kelamaan Sang Dewi membongkar rahsia dirinya sedikit demi sedikit.
“Subhanallah.”
“Apakah kau marah, Saifuddin?” Sang Dewi mengendurkan suara tangisannya.
“Tidak...”
“Ya,...itulah persyaratannya...jangan marah.” Saifuddin mengerutkan wajahnya yang jernih. Jantungnya berdegupan agak kencang. Suara beserta ayat-ayat bicara Sang Dewi menyerupai seseorang yang dirinduinya selama ini. Mustahil! Saifuddin meningkah di dalam hati. 
-sedutan Novel Sutera Bidadari karya Ramlee Awang Murshid-

28 comments:

Anonymous said...

Cinta pertama hanya dirimu,cinta pertama mengajar aku,cinta pertama sekadar waktu,sedangkan aku mencintaimu,maafkan aku,maafkan aku
Meluka hatimu...terernya aku dgr lagu ni sorang2 kannn,cuma...berdebar...xtahu kenapa...aku nak tanya Dia kenapa macam ni...liriknya,ya cinta pertama adalah diri sendiri,kerana disitu ada segalanya...aku berduka tuhan yang tahu,aku melara menentang waktu...mesti orang ingat
aku gila kan cakap sorang2?gila pun gilala...janji aku bahagia...
mata zahir melihat realiti,tapi,mata hati melihat hati...hati yang sucilah penawar segala...

purba said...

Lgu apa tu? Ingt mat tahir eh? Ke lgu ketuhanan...confius laa..tp part 'maafkan aku'..menyentuh juga..kenapa ye puan hada..cik annur..? Kekadang ilusi ni tak setanding mimpi kan? Realitinya begini tp fantasinya begitu..dimana kita harus berdiri? Aku kah atau kao yg mencipta impian itu? Adoi merepek dah..ampun...

Nurun Nur 9111 said...

Tula pasalnye...macam lagu cinta kat Tahir je..huhehuhe...

D.H

Nurun Nur 9111 said...

salam semua,

aahla...macam lagu ingat mat tahir jee...hehe..jgn marah,saja gurau...;)

pelik2 je anon kat dalam blog ni kannn...

-Annur-

Nurun Nur 9111 said...

hailaaa purba,jgn diusik anon tu,marah dia kang...

kepada anon,maaf yer...si purba ni memang senget sikit...

-Annur-

Nurun Nur 9111 said...

manusia suka mencipta fantasi untuk keluar dari sengsara realiti...selagi nyawa masih dikandung badan,layannn...jika niat betul,tuhan pasti akan bantu betulkan jalan...tak gitu purba?

-Annur-

Nurun Nur 9111 said...

tapi kalau anda semua baca novel ni,anda akan tahu bagaimana Saifuddin cuba menolak lambaian sukma Sang Dewi melalui zikir yang berterusan terhadap tuhannya...dan akhirnya,Sang Dewi jatuh terjelepuk di pasir pantai kerana aura tolakan itu...tapi bila kebenaran terbukti,dan tugas Saifuddin sudah selesai,ternyata Saifuddin dan Sang Dewi punya hubungan suci...bestnyelah baca novel ni...layannn...

-Annur-

Nurun Nur 9111 said...

soalan cepumas buat saudara purba dan d hada,apa beza ilusi,mimpi,khayalan,dan fantasi?
samakah keempat2 itu?

dimana tahap kebenaran keempat2 benda tu?jika ia ditolak,langsungkah tiada peratus kebenarannya?jika diterima,sesatkah manusia itu?

-Annur-

Nurun Nur 9111 said...

saya tak harap soalan dibalas dgn soalan yer...harap anda berdua faham...heheh..

-Annur-

Anonymous said...

Sama jer..cuma penilaian individu tu sendiri...biasa ilusi dr mimpi...khayal cetuskan fantasi...hanya diri anda yg mengerti dimana hakiki dimana realiti..krn soal hati yg xnmpk soal hidup melambak2...penat mencari tnpa sedari dia disini..di mana? Oh dlm hati..apa yg pasti? Kejujuran dgn diri..getaran terserlah kini..bukti kewujudan menanti kini...jgn kita bersusah hati mikirkan siapa aku kini...kemana ku harus pergi..siapa jua memahami diri ku ini..tanyalah pada hati yg suci..akal yg berani naluri yg pasti jwpn dicari oleh diri...eh! Apa aku merepek ni? Alah ngigau lg rupanya ttg ilusi diri...ampun.

purba said...

Siapa anon htr lgu cinta pertama tu? Bleh sy kenal? Jiwa dia dlm kerinduan..aduu jiwang laa pulak aku nie...xpa biar lara biar jd loser..asalkan tak menyakiti sesiapa..biarlah ku tumpang dunia gila yg penuh janjikan fantasi..merempat pd dunia realiti..ku jadi ilusi pendinding diri ku jd kan mimpi benda yg pasti..biar tenang jiwa rapuh ini..walaupun kuat mcm besi...ya maha bijaksana diatas segalanya..berilah petunjuk dan hidayah mu..kepada kami yg lemah dgn sifat yg baru...

Nurun Nur 9111 said...

salam,mana anda d hada,masih semput lagi ker...tulaaa,kan mak da cakap jgn makan bukan2...degilll...

haha,im back,aku adalah hero dalam dunia khayalanku.dugaan boleh kalahkan kewarasanku,tapi tidak kegilaan aku,haha...pegilah kau masalah,annur tak kisah da...bye2..

semalam makan rangka ayam,arini minum air kelapa...bestnyerla hidup ni...hihi

annur

Nurun Nur 9111 said...

Yang penting...realiti.
Lakukan Syariat, maka akan bertemu Hakikat.

Terlalu berfalsafah juga tak berapa elok. Biar jelas dan terang.

Banyak berkhayal Rasulullah s.a.w kata tak elok. Jangan panjang angan-angan. Dan jangan panjangkan cerita tentang angan-angan yang tak berkesudahan. Lakukan amalan baru masuk akaun, kalau tak masa terbuang dengan berangan-angan. Jika berfikir tentang Keagungan dan memujiNya tak mengapa. Takut angan-angan berselit cerita bukan-bukan dari Syaitan.

D.Hada

Nurun Nur 9111 said...

kebenaran fantasi tiada jawapan buat masa itu,ia akan terlihat kebenarannya nanti,tatkala tuhan tunjukkan...samaada benar ataupun tidak...sanggup atau tidak manusia itu menunggu,atau perlu berhenti pada mulanya semata2 kerana takut berisiko.

haiilaa dunia,anda dan seisinya semuanya terkutuk,kecuali kerana Tuhan...

jika aku jauhi aku digelakkan mereka,jika aku dekati aku sakit,mereka tidak beri aku pilihan,tanganku diikat dilangit,kakiku ditanam di bumi,aku berduka tuhan yang tahu,aku melara menentang waktu.

tak gitu anon?jangan amik hati dgn si purba tu,dia memang suka mengarut...purba,jgn dikacau si anon tu,biar dia dan dunianya,kacau jugak,saya suruh d hada settlekan anda,nak ke?

annur

Nurun Nur 9111 said...

Hai Adikku,

Janganlah terlalu banyak bermadah tapi selesaikan urusanmu.

Engkau terlalu banyak berkhayal. Jika tak mahu jadi anak derhaka, maka pendekkan angan-anganmu dan khayalanmu, lakukan syariat.

D.H

Nurun Nur 9111 said...

da buatla tadi d hada oiii...
baru lepas settle la ni,nak relax jap layan blog,layan lagu,salah ker d hada oiii...kelas kejap je arini,tgok muka lect rasa nak makan jer...geram betoi aku..

tadi g putrajaya jd posmen jap,panas betul,terbakar kulit i...

annur

Anonymous said...

Bunga bukan sekuntum
Lagi pun tidak lama harum
Bukan hendak cakap sombong
Cuma tak sanggup diri dibohong

Berkasih di tengah sempadan
Sumpah dan janji kau jadikan mainan
Berdendang di dalam tangisan
Cari jawapan yang benar atau bukan
Menaruh harapan
Biar ramai datang
Kau seorang tetap kusayang.anon 21:55

Nurun Nur 9111 said...

salam,
alahai anon...nape ek...jgnla sedih2,kami kat sini kan ada...kami ni mmg gila2 sikit,tapi stakat nak bantu,kami no hal...nak merepek ttng cinta kat sini pun kami tak kisah,kami layann jer...kalu sesapa marah,meh sini annur ada...annur sudi dgr hai sahabat...takpun tu haaa,purba ada,dia memang ada sikit shot,tapi hati dia baik...tak gitu purba?

-Annur-

Nurun Nur 9111 said...

salam,
wahai anon,jgnla sedih,tgok komen awak mcm putus asa jer,dgn sapa,mat tahir ek...biasala tu,hakikat manusia biasa,rasa sedih mesti akan ada...

purba,da ada pun nak cari lain ek...jgnla camtu,setia lebih baik...haha,jgn marah har...gurau jer ni...

wahai anon,jgnla sedih2,purba mmg camtu sifatnya,dia suka berkias,tak suka terang2 ni,kdg2 letih nak faham bahasa dia,saya pulak suka jugak berkias,tapi asik berkias,tak fahamla...huhu,d hada pulak memang suka terang2,dia agak tegas sikit bab2 ni...tapi hati dia baik...dia ok...

-Annur-

Nurun Nur 9111 said...

salam semua,
annur baru lepas kena marah,rupanya saya da banyak lari dari fokus sebenar blog ni,iaitu kebangkitan akhir zaman,penulisan pun lama2 jadi mengarut habuk...hmm,okla teman2 semua,kita kena fokus sekarang,masa da hampir...tak gitu d hada?

ps:kepada anon tu,emailla saya ek,nanti kita borak2...kesian awak yer..takda orang faham awak,aku berduka siapa yang tahu,aku melara menentang waktu...hehe,tak gitu?

-Annur-

Nurun Nur 9111 said...

tapi kan d hada,sila jawab soalan saya yer...kenapa jika syariat sepenuhnya diamalkan pun,masih tidak berupaya menemui hakikat?buktinya?lihatlah semua insan2 yang zahirnya nampak hebat dan gah dalam keimanan...kenapa tidak mampu mereka semua menyentuh hati2 manusia,jika mampu,kenapa sampai sekarang manusia masih lagi ditindas dalam kezaliman?

sila jawab wahai kakakku,annur nak tahu...

-Annur-

tembakul said...

Ni sape pulak melalak lgu jamal ni? Wei tuan2 ni blog ttg keugamaan marilah kita bincang bab solat pulak..kenapa dlm solat ada 13rukun? Mana 7lg bg melengkapkan sifat doploh? Bru semangat...ni khayal je loser la purba n annur tu...makcik annur anda msih mimpi sila bangun..asingkan realiti dan alam fantasi anda..org2 yg solat disayangi allah...hari kebangkitan dah hmpir tiba..dan purba tolng ckp jgn belit2 trus terang..tak tau duduk diam2..ampun semua.

Nurun Nur 9111 said...

Aku tak layak menjawab soalanmu seolah aku menghukum orang lain sedangkan aku juga terhukum. Bolehkah kita berhenti merungut hal yang lalu dan mencorakkan masa hadapan? kusuruhmu laksanakan urusan dan tanggungjawabmu janganlah kau menuding pada yang lain pula. Adakah kita di sini untuk menyalahkan? Anggap sahajalah mereka sudah mencuba sehabis baik. Bersungguhkah kita?

D.Hada

Nurun Nur 9111 said...

salam semua,
ehem2,annur disini,sape yer sedap2 mulut panggil aku ni loser...sabar jela...nasib baik kakak ku da tegur,kalu tak siap kau tembakul...geram betul aku...

kepada semua,kita da kembali kepada fokus utama kita...:)

-Annur-

Nurun Nur 9111 said...

salam semua,
d hada,saya bukan apa,cuma kesal dan tersangat kesal kenapa manusia sekarang jadi goyang dgn kepercayaan pada yang esa,ingat saya tak sedih ker dgr kes2 murtad,dgr gejala2 sosial?ni ha,sakit mata tgok orang dok kutuk2 dorang tanpa sikit pun nak memahami perasaan gol2 camni.korang kat satu tempat dok cerita2 solat,zakat bla bla bla...tapi dorang kat satu tempat lain,terus2an rosak...takda gol yang nak memahami jiwa dorang.hanya yang pernah alami mampu memahami,dan saya pernah rasa,jadi saya faham,adakah itu juga satu kesalahan pada orang macam kami ni?jawab d hada,annur nak tahu...

jika kita tak turun padang memahami jiwa dorang,sejauh mana anda pasti gol2 camni akan masuk neraka,dan gol2 yang beriman ni akan masuk syurga?

anda cuba pegi cakap kat budak2 muda,solatla,solatla...saya rasa sekejap jer lagi,tayar kereta anda mesti pancit punyer...takpun anda jadi badut kat situ,dan anda pulak dok fikir dorang sume sesat,dorang pulak dok fikir anda semua mengarut,hahaha...dunia2,aku tak fahamla...sampai bila jadi camni pun aku tak tahu...semua nak jadikan quran dan hadis backup paling besar akan tindakan korang...sesiapa yang berbuat dan tak disertakan tu semua,merekalah gol yang tersesat,tak dapat hidayah...

kamu semua yang solat,zikir,zakat,puasa,da konfem dapat pahala,bila mati,pahala da banyak,masukla syurga dgn tenangnya...hahaha

betapa bodohnya kita manusia...betulla kata si abu tu,gila apa manusia...bab ini aku sokong dia...

maaf semua,terkasar bahasa,annur nak lepas geram kali ni...

-Annur-

Nurun Nur 9111 said...

hMPhh...bangun pun adik aku ni. Kalau tak melalut je citer perkara merapu. Cuba serius sikit.

Ok..topik dah ok...keluarkan postla apa lagi.wkwkwkwk

D.H

Nurun Nur 9111 said...

Sekarang ni macam ni, untuk kita secara peribadi, kita kena tingkatkan amalan diri, dalam masa yang sama kita kena ajak yang lain.

Kita kena ingat semua ni adalah pembinaan sebuah bangunan.Dan perubahan perlu dari diri dan disebarkan kepada yang lain. Kerana sesungguhnya Kebangkitan Akhir Zaman yang sebenar adalah KEbangkitan akhlak manusia yang ditunjangi Akidah yang mantap. So nak tackle issue, kita berdua setuju bahawa masalah dalaman yang perlu perhatian ialah iman terhadap Pencipta baru ia akan tersebar ke ruang diri yang seterusnya. Baru Ibadah ada ruh. Kakandamu ini faham maksudmu, cuma kakanda tak suka kita mengarut membuang masa. Faham?

D.Hada

Nurun Nur 9111 said...

Move to the new post!
To all bloggers and readers...

D.Hada