salam kepada semua pembaca,
apa yang bakal saya post ini adalah satu kata2 bagi mereka yang sedang sedih,sedang takut,sedang resah kerana kepercayaan mereka diuji...apatah lagi dalam dunia yang begini...zaman dimana umat islam diserang dari semua arah...berpegang kepada yang benar ibarat menggenggam bara api,dan sudah tentu ia amat sukar untuk dilakukan...kecuali dengan niat yang ikhlas,kerana Tuhan pasti akan membantu sesiapa yang ikhlas...benarlah penyucian hati bermula dari air mata dan jerih payah...
ketika anda diuji dengan dugaan yang maha hebat,ingatlah satu perkara...iaitu syahadah...ingat Allah,ingat Nabi...itulah yang sangat2 penting...jalani dugaan itu dengan kekuatan ingatan kepada syahadah...pegang erat2 dan berjalanlah dengan tenang di dalam kegelapan takdir tuhan itu...kerana di dalam pembangunan jiwa,anda ibarat terbang ke langit tinggi,dengan kelajuan yang anda takkan pernah sangkakan,jadi bersedialah untuk kehilangan segalanya...lepaskan semua dengan rela,bekalan anda di masa itu,cukuplah dengan syahadah...kosongkanlah hati anda,dan isilah dengan syahadah...anda jangan risau,selagi anda ikhlas,di dalam kegelapan,at taariq pasti muncul dan membimbing jalan anda...ya,at taariq,itulah tetamu malam...gunakanlah mata hati anda untuk menilai sesuatu...di dalam kegelapan,pasti ada cahaya...tuhan itu maha wujud,segelap manapun sesuatu jalan itu,tuhan itu wujud dan memandang,maka bertenanglah wahai semua saudaraku...bertenanglah...hadapi semuanya dengan ketenangan...insyaAllah...
ingat syahadah banyak2 dalam hati...buangkan segala macam ilmu yang menyerabutkan kepala,dan mulakan balik segalanya dengan syahadah...
kita mungkin tak banyak ilmu seperti mereka...
kita mungkin tak mengembara seluruh dunia seperti mereka untuk melihat realiti...
kita mungkin tak berpengaruh seperti mereka...
kita mungkin tak berada seperti mereka...
dan kita mungkin tak sepetah mereka dalam berhujjah...
mereka mampu putar belit segalanya pasal amal2 agama kita...sampai kita pun tak mampu nak jawab...
tapi kita ada syahadah...
orang tanya kita macam2 pasal amalan islam,pun kita tak tahu jawab,tapi kita ada syahadah...
kita ada syahadah...
orang nak murtadkan kita dengan hujjah yang pelik2,tapi kita takkan terpesong dengan izinNya kerana kita masih punya syahadah...
sekalipun musuh buang dan tebang pokok agama kita...kutip biji benihnya dan tanamlah di tempat yang lebih baik...
sekalipun pokoknya runtuh ditelan ribut...cari biji benihnya dan simpan baik2,wariskan pada generasi kemudian...
sebab biji benih tu lah pemegang segala macam gen2 pokok...pemegang segala rahsia pertumbuhan pokok....
tak mampu selamatkan pokok,selamatkanlah biji benihnya...nescaya...pokok tu takkan pupus....
wariskan pada anak2 kita biji benih yang berkualiti...insyaAllah,selamatlah mereka nanti...
syahadahla benteng terakhir kita,benteng kita yang paling kukuh...yakinlah...
syahadahla benteng terakhir kita,benteng kita yang paling kukuh...yakinlah...
wallahualam...
17 comments:
Sejahtera semua...ini suatu doctrine yg menarik..shahadah kunci kepada kehidupan.. Apa pergertian? Apa jua Penjelasan shahadah? Kenapa pula Shahadah ada kaitan dlm harian manusia? Kenapa ianya begitu signifikan dlm islam? Merupakan tunjang bg rukun islam..diajar dan difahami dlm erti menyaksikan nabi muhamad sbg pesuruh allah sbg asas dlm kehidupan...mgkn ada hikmah yg tersirat...atau sekadar suatu yg diajar supaya kita mempunyai sesuatu untk dipercaya atau diyakini? Bagaimana seorg bkn islam brtanya pd sy...kenapa harus diangkat muhamad sbg pesuruh pd allah? Kenapa dia? Anda kenal muhamad? Apa yg menyakinkan anda? Sy mohon blogger2 yg bijak bistari lg mahir dlm hal2 islam sila bantu sy mencari makna sebenar...beri lah pencerahan pd sy yg bru blajar ttg kehidupan...hrap tiada yg salaherti dgn pertanyaan sy..maaf semua.
salam dari yang empunya salam..
syahadah digenggam usah dipisah..
genggam percaya dengan lidah,halkum dan nafas..
jangan pisahkan nafi dan isbat...
salam semua,lama rasanya tak jenguk blog...
hmm..berat soalan sipurbakala ni...tak mampu den nak menjawab...
sesiapa yang tahu,berkongsilah...annur pun nak tahu gak...selama ni asik berpegang,skrang ni nak tahu jugak apa maksud disebaliknya...
d hada?mana anda?senyap jer....
-Annur-
Iman dan Ilmu...mana yang mendahului?
Jika sahabat Nabi s.a.w dulu, banyak Iman yang mengatasi ilmu, mungkin akhir zaman, ilmu banyak pun masih lagi nak berbahas, persoal ini itu.
Namun, ternyata akhir zaman golongan berilmu boleh jadi lagi kejam dari yang jahil. Dan Imam Mahadi juga berhadapan dengan orang berilmu tapi jahat.
D.H
D.H
salam d hada,saya rasa yang mendahului bukan kedua2 tu...1st skali kita mesti cari diri sendiri,itula sumber ilmu yang paling dekat dgn kita...kita blaja kenal diri sendiri...diri kita ibarat buku yang terbentang luas,lepas master tntg diri sendiri,ilmu dan iman akan datang sendiri...buat apa nak risau,segala macam ilmu tuhan punya,kita bersihkan hati,nanti tuhan curahkanla ilmu yang sesuai utk kita...bukan semua ilmu masuk dgn kita,jd tuhan tu lebih tahu...saya da letih nak membaca,saya nak cari ilmu saya sendiri...pandang,lihat dan sentuh...sebab semuanya nanti,saya yang akan ditanya...saya nak jadi raja kepada diri sendiri,takda orang boleh paksa saya dalam berkepercayaan...
-Annur-
Nak jadikan first rujukan apa? Maksudmu ini?
Okay adikku, kita di sini ada beberapa untuk dijadikan punca ilmu.
1- tekaan
2- pengalaman @ pemerhatian
3- ilmu wahyu
4- pemikiran
Kukira yang kau maksudkan ialah pemerhatianmu sebagai punca ilmu pertamamu bukan?
Disini ada kiraan matematiknya.
1-ilmu wahyu + pengalaman @ pemerhatian + pemikiran = ilmu > sains
2- tekaan + pemikiran = ilmu tak pasti
3- tekaan + pemerhatian + pengalaman + pemikiran = ilmu > sains (kombinasi ilmu dari fakta dan tekaan(teori) tak pasti)
Ingatkah olehmu supaya jangan berpegang yang tak pasti. Ilmu mengenal diri dari mana? Perlu ada panduan kan?
Ku tak suruh percaya buta, namun jangan terlalu berani terbang tanpa tahu ilmu terbang. takut jatuh tak terkawal. melakukan sesuatu tanpa fikir akibat adalah menyakitkan diri dan berkecenderungan salah.
D.H
salam sejahtera semua,
d hada,anda ingat lagi tak tentang orang sufi yang nak try baca hati kita dulu?ingat tak apa yang kita niatkan?"aku tak benarkan orang masuk dan baca hati aku,itu rahsia aku dan tuhan,nak masuk gak mesti mintak kebenaran...aku ada hak keatas hati aku sendiri..."
begitulah sepatutnya kita berdiri,kita adalah raja kepada diri kita sendiri,tiada apa yang dapat masuk dalam hati tanpa kebenaran kita,inilah kuasa veto kita...solat takkan dapat dimulakan tanpa kita berdiri dengan betul dan selesa...
katakan: "selain tuhan,tiada makhluk yang dapat pengaruhi hati aku...aku percaya apa yang aku percaya,dan aku takkan percaya apa yang aku taknak percaya...mereka cuma boleh tunjukkan jalan,yang pilih dan jalan itu,aku...mudah2an tuhanku yang maha penyayang tunjukkan dan bimbing aku ke jalan2 yang benar"
contoh yang paling besar tuhan tunjuk ialah,kita berdiri menggunakan kaki kita sendiri,kita berjalan menggunakan kaki kita sendiri,bukan kaki manusia lain...
hati yang sucilah penawar segala...
kuat hati,kuatlah tindakan...
suci hati,sucilah tindakan...
wallahualam...
-Annur-
maaf bercakap, mungkin kau ingin berbahas, namun percayalah kataku benar, bercakap perlukan alas. Macam anda sendiri cakap suruh berpegang pada syahadah. orang bertanya, syahadah tu apa? maka, cukupkah kita menjawab aku percaya pada Allah dan Rasul? Ingatkah sahabat Nabi Bilal bin Rabah? Ahad...Ahad... ada ke nabi berhujah panjang-panjang di awal penerimaan wahyu? Mereka dengar dan mereka taat tidak seperti kaum Yahudi, asyik berbahas. Setelah kita meng'akadkan dalam hati bahawasanya kita percaya pada Allah dan Nabi pesuruhnya maka segala apa darinya kita terima tanpa banyak soal bukan?
Ku mengerti dunia zaman kini seperti memilih batu permata ditimbunan sampah-sarap. Sukar sekali mencari kebenaran. sehingga kita merasa tak nak baca buku, tak nak tengok TV, tak nak baca surat khabar. Kan Rasulullah pernah berpesan gigitlah Al-Qur'an dan Sunnahnya maka nescaya sampai bila pun kita tak akan sesat kerana itulah tali yang sebenar-benar teguh.
Kita banyak berbahas, namun jangan kita lupa, mengamalkan apa yang Nabi amalkan. Kerana Allah mengatakan jika kita mencintaiNya, maka ikutlah Nabi. Ikut semua..cara hidup, cara tidur, cara jalan. Di situ ada ketenangan.
D.H
pelik kan,kenapa sekarang Quran dan hadis belambak,tapi manusia makin pelik2 jadinya,nak beli Quran,tu g kedai buku,nak dapat hadis,g klik kat tenet,takpun buku hadis dijual belambak...tapi kenapa dunia jadi camni?kenapa...semuanya hanya tinggal kenangan,hanya tinggal tulisan...aku cari ilmu sehingga kepuncak menara gading,tapi apa yang aku dapat?aku dapat bosan...aku dapat benci...kenapa sebegini rapuh aku jadinya...aku lagi suka tengok orang yang bersusah seharian,berpeluh2 dahinya,gembira wajahnya,gelak tawa yang meriangkan...aku rindukan itu semua...aku rindukan fitrah diriku sendiri...
-Annur-
ku cari muhammad dalam buku...ku cari muhammad dalam bicara manusia...ku cari muhammad dalam kitab suciku...ku cari dia merata...sehingga aku terduduk dan menangis...dimana dia...di mana...aku tak nampak dia dalam tulisan manusia...aku tak rasa dia dalam bacaan2 suci...akhirnya aku jumpa dia di dalam hatiku...aku ketemu dia tatkala aku mencari menggunakan mata hatiku...dan aku tenang begini...
-Annur-
wahai d hada,takkan aku mampu menerangkan syahadahku dalam kata-kata kecuali dengan keizinan tuhanku...
wahai purba,syahadah terlalu berat bagiku...tanyakanla pada mereka yang ringan...sungguh aku tak mampu menerangkan benda sesuci itu...
-Annur-
cukupla sampai sini d hada,bukan aku mahu berbalah melainkan cuma meluahkan sesuatu yang sebenarnya tak mampu aku luahkan...kalaulah kamu tahu betapa aku tak mampu da nak menahan rasa2 itu lagi...aku menulis bukan untu k mencurahkan ilmu,tapi aku mahu curahkan rasa...kerana aku yakin getaran itu boleh mengalir,biarkanlah ia mengalir mencari yang berhak...aku tiada ilmu sebanyak kamu semua,aku cuma punya rasa untuk aku sampaikan...kepada yang berilmu,ajarilah aku...aku mahu tahu apa itu ilmu,kerana aku tiada ilmu,aku cuma ada rasa...
-Annur-
Itu maksudku...
Sesungguhnya cinta itu buta.
Ku mencintai Allah dan Muhammad. Ku tak peduli apa kau kata. Ku juga tak dapat menggambarkan cintaku kepada Allah dan Muhammad. Jangan kau kata aku menurut hati yang gila, mempercayai dengan buta.
Dahku cinta tak boleh cakap apa.
Cuma saranku, bacalah Al-Quran dengan nama Allah, bongkarlah sunnah juga dengan nama Allah. Kau cari sendiri, inshaallah kau akan ketemu, dengan dirimu sendiri.
Aku memang tak pernah bertemu Muhammad, namun ketahuilah semua, aku mencintai dia. Moga Allah menguatkan cintaku, dan akan aku ikut tanpa banyak bicara. Kerana ku pasti, diperjalanan akan kutemui jawapan yang kutanya sebelum ini.
D.HADA
Pernahkah dek kerana cinta dan rindu kau menangis tanpa punca?
Dan jika ditanya kenapa, hati yang sebak tiada kata.
Sahabat di luar sana, benar kata adikku, kami cuma meluahkan rasa.
Kau carilah Allah dan Muhammad sendiri. Kami di sini cuma bicara gila. Yang menjadi buta kerana cinta.
Semoga Allah membuka hati kita menerima CintaNya dan mengakui keberadaanNya..
D.Hada
Purba- syahadah itu ialah kunci kehidupan kerana dengan mengucapkan syahadah dengan tulus ikhlas kita mengakui kebenaran bahawa Allah s.w.t itu tuhan kita dan Muhammad itu pesuruh Allah s.w.t .Dengan mengakui dan memahami ajaran islam yg dibawa oleh rasullulah s.a.w,kita akan menemukan kehidupan yg lebih baik yg berasaskan ajaran islam(mahupun kehidupan didunia ataupun akhirat ). . .syahadah penting bg kehidupan sehari-hari kerana dengan mengucapkan syahadah kita akan dapat mengingati Allah s.w.t dan rasullulah s.a.w dan dengan ini secara logiknya kita akan merasa teringat akan suruhan Allah s.w.t dan laranganya,begitu juga sunah rasullulah yg banyak memberikan manfaat,dan mungkin kita akan terfikir berbuat amal dan semakin takut membuat dosa.(mengucapkan syahadah juga dapat memperbaharui iman). . .syahadah juga rukun iman yg pertama,yg wajib ada pada setiap muslim,syahadah diucapkan untuk mengakui kebenaran Allah s.w.t dan rasullulah s.a w dan ajaran yg dibawanya(islam),kenapa kita wajib mengakui ajaran rassullulah s.a.w? Di dalam al-quran terdapat bukti dan fakta yg benar,janji yg dijanjikan Allah s.w.t itu sedang terjadi pada masa ani,penjelasan tentang alam semesta dan kehidupan dijelaskan dalam al-quran,yg mana penjelasan itu baru ditemukan sesudah lamanya wujud al-quran oleh para cendiakawan,budi pekerti rasullulah s.a.w yg sangat baik,dan banyak lg dalil yg membenarkan ajaran rasullulah. . Wajib percaya akan rasullulah kerana dalam kitab selain al-quran,menyatakan ada satu nur yg telah diciptakan Allah s.w.t sebelum tercipta adam a.s,ajaran rasullulah hampir sama dengan apa yg tertulis pada kitab injil,zabur, taurat,namun apa yg ada pad al-quran adalah pembetulan bg kitab kitab yg sebelumnya yg telah diubahsuai kandunganya oleh manusia sendiri,dan lebih lengkap dan baik,jd apakah menjadi keraguan lg?
beratnya syahadah,...
dilafaz bersaksikan hati,...
insyallah, akan bermula kisah baru,...
salam saudara DXman,doakan kami admin blog hud2 ini...
untuk pengetahuan anda,teratak ini telah berubah letaknya ke selendangkuning,jemput singgah...:)
Post a Comment