hud-seroja-esa-budi bahasa-akhlak-ikhlas-raja segala unsur-imam mahdi-panji hitam-bani tamim-sirah

puzzles

hud-seroja-esa-budi bahasa-akhlak-ikhlas-raja segala unsur-imam mahdi-panji hitam-bani tamim-sirah nabi saw dan pengulangannya di akhir zaman-rahsia no 1 dan 9-kaitan imam mahdi dan helang-misteri tabut dan persoalan2 berkaitannya-melayu dan kekuatannya-nabi Nuh as-Raja Ahmad-teori relatif-penciptaan manusia-rahsia bismillah-philosophy of lotus in buddhism-mawar sbg lambang kesufian-matrix dari kacamata sufi-nursyahadah-teknologi pembangkitan memori dari al Quran-Rasulullah saw sbg manusia fitrah-nurunnur-formula sabar-formula ikhlas-makna,puji dan taat-lirik2 best-riba' dan kaitannya dgn dajjal-riba' sebagai penghapus ikhlas-titik kebangkitan akhir zaman,strategi kebangkitan~~~~~~

Saturday 31 March 2012

ku pandang kiri,kanan jua dekat dihati...


Cintaku pada diri
Cintaku pada sendiri
Ku kalam kata dalam kiri
Kanan jua pujaan hati
Kusayang diri
Kusayang sendiri
Kutoleh kiri sepenuh hati
Rupanya kanan cerminan diri
Kukasih diri
Kukasih sendiri
Puas ku korban kejalan kiri
Tiada kusangka kanan jualah yang sejati
Kupandang diri
Kupandang sendiri
Kupetik bintang barat nan kiri
Rupanya timur jualah penunjuk diri
Aku termenung mencari diri
Mencari diri dalam sendiri
Niat dihati kekiri mencurah bakti
Rupanya kanan jua selalu dihati
Aku dustakan diri
Dusta dalam gelapnya sendiri
Kusangka kiri jalan sejati
Rupanya kanan lebih hakiki
Jauh kesana kubawa diri
Jauh mencari diri sendiri
Aku berjalan di lembah kiri
Rupanya kanan asal diberi




3 comments:

Nurun Nur 9111 said...

Semua benda diciptakan berpasangan,buat manusia mengerti erti kasih dan sayang lalu menyalurkan rasa itu pada yang haq. Buat sang pencinta diri,sesungguhnya mereka tidak mampu mendalami hakikat diri tanpa pasangan disisi kerana pasangan itula cerminan diri sendiri. Sepertimana wujudnya kanan harus juga dilengkapi dengan kiri,begitulah perumpamaanya bagi diri sendiri. Kanan yang diikuti dengan kiri adalah pelengkap diri. Perkara ini tidak boleh didustai pada mereka yang mencari hakikat diri malah rahsia diri. Segala puji buat tuhan yang telah memfitrahkan rasa kasih dan cinta pada insan. Berjalan di lorong pencarian diri dengan fitrah yang terikuti adalah sesuatu yang menyenangkan jiwa sang pencinta itu sendiri. Mereka yang mendustai akan terseksa malah merana sepanjang pencarian,ditakuti juga ia malah tidak ketemu dengan apa yang dicari...kanan dan kiri yang dimaksudkan pasti lebih dari sekadar yang tertulis...hanya yang mengalami mampu mengerti...hakikat diri hakikat suci...pengenalan diri dalam sendiri...asal usul diri yang diberi,selalu jarang diperhati,kerana menyangka dalam prasangka...hmm...

-Annur-

purba said...

Seni tu abstrak..menyuluh jiwa manusia..dlm tone yg brbeza...tafsiran mengikut suasana penerima...penulis hnya lontarkan sahaja apa yg terkandung didalam jiwa yg penuh kehalusan jika diamati...trbentuk suatu dimensi diri yg sukar difahami hatta diri sendiri..khayalan mgkn bg sang retorik..tp bg sang pencinta ianya suatu permulaan dr journey yg jauh dan panjang..puisi mgkn simbol bg seni kehalusan ciptaan...sepi,takut,gembira dan hampa menjadi lontaran perasaan tanpa bercerita tentang perasaan itu sendiri...menarik dan sgt meluas..tq penulis puisi ini...

Nurun Nur 9111 said...

ya,semoga penulis ni hidup dalam bahagia di alam sana,
tiada siapa dapat faham makna yang paling dalam di dalam puisi ini,
saya sendiri gagal mencari makna yg beliau cuba maksudkan,
puisi ni saya copy paste dari buku jiwa yang beliau tulis setiap hari,
semoga tersampai pada yang berhaq...

-Annur-