hud-seroja-esa-budi bahasa-akhlak-ikhlas-raja segala unsur-imam mahdi-panji hitam-bani tamim-sirah

puzzles

hud-seroja-esa-budi bahasa-akhlak-ikhlas-raja segala unsur-imam mahdi-panji hitam-bani tamim-sirah nabi saw dan pengulangannya di akhir zaman-rahsia no 1 dan 9-kaitan imam mahdi dan helang-misteri tabut dan persoalan2 berkaitannya-melayu dan kekuatannya-nabi Nuh as-Raja Ahmad-teori relatif-penciptaan manusia-rahsia bismillah-philosophy of lotus in buddhism-mawar sbg lambang kesufian-matrix dari kacamata sufi-nursyahadah-teknologi pembangkitan memori dari al Quran-Rasulullah saw sbg manusia fitrah-nurunnur-formula sabar-formula ikhlas-makna,puji dan taat-lirik2 best-riba' dan kaitannya dgn dajjal-riba' sebagai penghapus ikhlas-titik kebangkitan akhir zaman,strategi kebangkitan~~~~~~

Thursday 24 May 2012

Aduhai dunia...makin hari makin gila aku jadinya!


"aku cuma manusia biasa,aku lahir dalam fitrah cahaya,menaik tinggi ke tingkat usia,aku cuma mahu gembira,tapi lama nanti hidup aku jalani aku sedar rupanya itu cuma ilusi saja,fikiran budak yang suci dari kotoran dunia,maka aku lalui hidup seadanya mengikut arus masyarakat yang biasa,aku lihat hidup dewasa penuh kotoran yang dibungkus senyuman keji dan nista,aku lalu duduk terfikir inikah dunia,kenapa terasa asing sekali dari jiwa yang aku jaga dari kecil usia,tidakku faham kenapa dewasa suka berdengki dan musnahkan sesama mereka,apa maunya,tegakkan kebenaran katanya,aku jadi pening sendiri fikirkan kisah fana,kenapa fitrah suci cahaya manusia jadi terusik dengan ini semua,jika sudah terusik kenapa tidak dibersihkan saja,kenapa lalu jalan yang tinggi padahal semua hanya di depan mata menunggu setiap masa?mencari tuhan untuk disembah dalam liuk lentok harian dunia,padahal semuanya cuma permainan si dia,mencari pemilik kunci kuning debu yang berkilau memukau dalam gelap cincin suria,untuk dianugerah hidup abadi kerana dia,aduhai manusia,kenapa ditutup pintu yang luas dan sibuk lalu dipintu sempit yang penuh tipu daya,aduhai...mengeluh aku lagi rupanya setelah berletihan melalui dunia dan kesibukannya,melalui dunia dan putaran gilanya...aduhai dunia... "

dunia dan lakonannya...
dunia dan tipu dayanya...
dunia dan permainannya...
dunia dan arus gilanya...
dunia dan kebodohannya...
dunia dan penghuni sesatnya...
aduhai dunia...

tetapi...................

permainan mesti diteruskan demi mencari yang sejati...mencari jiwa yang abadi...dan menyeksa jiwa si keji...

sekali lagi gambar itu mengeluh...riang dalam duka,lawak dalam kata,sembunyi perasaan dalam ketawa...

aduhai dunia....

mari semua,aku beri kamu satu permainan mudah...

ingat!hanya 1...nescaya kamu selamat... 


lama dahulu....
disatu sudut dunia ini,
berkata-kata seorang manusia ilusi...
yang mengajak kamu ke alam fantasinya...
dengarkan suara hatinya...



kamu serius aku takut,aku serius kamu takut...hahaha...bila si gila berbicara,semua lari jerit2...katanya cari yang itu,bila aku beri kamu lari sana sini...manusia2...kamu sedih setiap hari...aku tunjukkan jalan mudah untuk gembira begini,kamu masih pening2 mencari...aku beri kamu sejuta lakonan,kerana aku suka lihat kamu dalam kebodohan mencari aku digunung misteri yang tinggi...takkan aku biarkan si bodoh keji menghidu nikmat wangianku ini...kerana aku ini rahsia...bukan kamu tak tahu...takkan kamu jumpa kalau mata kamu melilau kesana kemari...si bodoh yang namanya manusia...ah ha...


"aku mencari teman yang bisa menghiburku digunung yang tinggi,disana sejuk dan dingin adalah selimut tebal diriku yang panas sehari-hari..."


"hai manusia,kamu semua ingat 1 perkara...
kalau tidak kerana kasihan,takkan aku turun kesini...
kamu selalu melihat...kamu lihat aku atau kamu lihat bayangku?


aku lihat kamu,kamu lihat aku,samakah kita?


jangan kamu terpedaya dengan rupaku kerana aku boleh menjelma kepada apapun demi menguji kamu...


ketahuilah...


aku sayangkan kamu...jangan kamu tanya kenapa...percayalah...sesungguhnya inilah ayat yang selalu terucap dari hatiku pabila aku ingatkan kamu...simpan segala kataku ini bila rindu datang menemui kamu,wahai manusia...benar aku sayangkan semua,tapi aku paling sayangkan kamu wahai manusia...kamu selalu ada bersamaku..."



 



         "telah aku taburkan sejuta pecahan kata misteri,cantumkan jika kamu manusia bererti..."                  

632 comments:

«Oldest   ‹Older   201 – 400 of 632   Newer›   Newest»
Anonymous said...

suami ikot cakap bini..... fuhhhh untongnyeeeeee

Anonymous said...

salam..
annur... bagaimana keadaan dhada? sihatkah beliau? harap2 sihat hendaknya.... kami mendoakan yg terbaik utk kakakmu... sabarlah menempuh ujian ini....

Anonymous said...

Assalamulaikum w.b.t,

Bile aku tgk bende isu ni semue dengan blog annur la blog jayanegara la kes mengamuk la, aku rase xyah cite banyak. Bawak je org2 yang terlibat kes ni gi balai. Pandai la sesape nak guna ayat puitis ke pantun ke menjawab.
Sebab kalau cite banyak pun x gune sebab masing2 otak dah tepu dan ingat diri sendiri je betul.
Bukan apa, masalahnya si arwah jayanegara ngan dhada tu dah buat jenayah, gi mengamok tak tentu pasal, rosakkan harta orang. Nasib bek xde orang awam kene tikam ngan samurai tu, ape ke gila. Cube bayangkan kalau keluarga kite ade kat tempat tu time mengamuk, perh x pasal2 btul x.
Annur and kengkawan yg lain, ni kes jenayah dan jgn gunakan agama untuk buat jenayah.
Kalau korang nak taubat ke tak tu korang punya pasal tapi kalau dah buat jenayah elok ditangkap je, negara ade undang2. Kalau x makin banyak mengikut.

Wassalam.

-marhain-

sue said...

annur ni lelaki ke..??

SHAH ALAM – Adik lelaki kepada Muhdalina Ahmad
dirakamkan percakapan bagi membantu siasatan
berhubung kejadian amuk di Kompleks B, Jabatan
Perdana Menteri, Isnin lalu. Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul
Razak Abdul Majid berkata, keterangan lelaki itu diambil
kelmarin.

Muhammad said...

Salamun 'alaikum

R1, kamu benar, apa yang aku sebut adalah kiasan yang mana selagi aku tidak tahu seluruh isi Al-Quran, setiap lafaz, setiap huruf, setiap barisnya, setiap panjang madnya, selagi itu aku enggan menghukum sesiapa pun di dalam perkara-perkara yang samar yang tidak disebutkan oleh Allahu di dalam Al-Quran secara jelas dan terang.

Kebanyakan orang sekarang termasuk ulama-ulama yang jahil billah senang sahaja menghukum sesuatu perkara. Menghukum mengalahkan Nabi, berfatwa mengalahkan Rasul. Hukum Tuhan dah jadi serupa biskut Chipsmore sahaja, sekejap ada sekejap tak ada, sekejap Halal, sekejap Haram. Bagi kamu agama kamu bagi aku agama aku.

Buat anon yang meminta makna Alif Laaaaam Mim, aku tidak mahu terangkan disini, bukan kerana kedekut ilmu tetapi aku rasa ia akan menimbulkan masalah lain pula. apa jaminan kamu tidak akan menjadi seperti Bani Israel yang telah datang kepada mereka bukti keterangan tetapi mereka menolaknya? Lagi pula, aku hanya satu selapis sahaja maknanya berbanding orang lain yang tahu berlapis-lapis. Juga aku malu dengan mereka-mereka yang diluar sana yang lebih arif dan sedang tersenyum memandang tulisan aku yang penuh dengan kekurangan ini.

Allahu Pemilik semua rahsia, Dia Pemilik semua ilmu, Dia Tahu semuanya dan ikut Suka Dia lah nak ajar sesiapapun. Kalau nak dapat ilmu dan nak tahu rahsia minta lah kepada Nya. Jika aku yang memberitahu kamu, kamu tidak akan puas tetapi sekiranya Dia Yang Memberi, kamu akan puas.

Nampaknya aku telah memanjangkan tulisan melebihi yang sepatutnya. Aku cuma mahu mengucapkan salam kepada pemilik blog ini dan saling berpesan dalam kebenaran dan berpesan dalam kesabaran. Semoga kamu dan kamu semua sentiasa dalam rahmat Allah dan sebagai sesama Islam, aku sayangkan kamu semua.

feez said...

http://ahmadzikron-zikron.blogspot.com/

Adik lelaki kepada Muhdalina Ahmad dirakamkan percakapan bagi membantu siasatan berhubung kejadian amuk di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri, Isnin lalu.Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, keterangan lelaki itu diambil kelmarin.“Siasatan kes itu masih dijalankan. Kita akan panggil sesiapa sahaja yang boleh membantu siasatan,” katanya kepada Sinar Harian.Abdul Razak berkata, kertas siasatan itu akan siap sepenuhnya dalam tempoh terdekat.Sebelum ini, lima individu dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kejadian amuk terbabit.Individu itu antaranya, suami Muhdalina, isteri Khalil Afandi Abd Hamid dan seorang pemblog .Dalam kejadian itu, polis terpaksa melepaskan tembakan setelah Khalil Afandi dan Muhdalina mengamuk dengan bersenjatakan pedang samurai.Tembakan itu menyebabkan Khalil Afandi Abd Hamid maut ketika dirawat di Hospital Putrajaya, manakala Muhdalina cedera di paha kanan.-sinar

Anonymous said...

Kamu orang yang mencintai ilmu
mungkin orang diluar sana menganggap kamu gila,aku juga menyangka yang mengamuk itu org gila..tetapi melihat kepada tulisan, kamu bukanlah orang gila dan sakit jiwa.Allah s.w.t yang berhak menentukan.

yang mencintai sejarah.

Anonymous said...

annur.. bile lak time annur nak kene soal siasat ek???ke adikk lelaki yg dah kene soal siasat tu kamu??? cepat2 la polis amik kenyataan annur yg neutral ni......

Anonymous said...

sy setuju ngn marhain... ni soal jenayah... taubat ke tak..sesat ke tak.. tu diorng nye pasal.. dah nasihat buat mcm ilmu dah penuh sgt... so skang ni soal jenayah.... korang nak lg ke ade 10org jayanegara n muhdalena dlm malaysia ni??? nak ke lg 10highlander kat malaysia ni?? nak lg ke manusia yg menggunakan agama kucar kacirkan negara... dah cukup ngn mcm2 bencana yg ada... nak tambah lg ke?? pikir-pikir kanlah ye kwn2 yg ade kat bumi malaysia ni.....

Anonymous said...

ye... cinta ilmu... ye cinta agama... ye.. cinta bangsa..... kamu cinta negara x???? wat kacau bilau tu cinta ke namanya?? ape yg kamu nak tegakkan???? yg salah ttp salah... xyah la nak kate imu sihir laaaa... kene pukau laa... ilmu itam laaa.... berani buat berani tanggung....

Anonymous said...

brani buat brani tanggung la.... leh plak xngaku kesalahan yg dah sah2 ko buat muhdalena oiiiiiiiii.... ni ke ygg ko blajar tinggi2... blajar ilmu yg konon hebat dr org lain?? annur.. mane kamu???? ni ke semua mainan korang??? mengaku je la dah wat salah....konon kene pukau! pengecut...bawak pedang brani plak

Anonymous said...

Walau shapapun kamu..ketahuila aku tetap menyayangimu dhada.kau sahabatku sampai ujung waktu.
Annur jaga diri..kuatkan segala kelemahan..percayalah disaat kamu jatuh pasti ada yg menyambut dgn cahaya..

-dande-

Anonymous said...

yg salah ttp salah... trima la kenyataan.... dlm agama mane ade ajar ckp bohong... menafikan benda yg ade bukti tu bkn bohong ke?? kalo ko nafikan ko bwk pedang tu.... yg aritu kat jpm pompuan ninja pegang pedang tu sape?????? bkn ko ke dhada????

Anonymous said...

jika lihat pada muhammad, tindakannya jauh berbeza sifat muhammad itu tiada sedangkan setinggi mana kembalilah kepada manusia biasa, makan, minum,

Anonymous said...

gud luck guys.. kalo terlepas kat dunia blm tentu terlepas kat "sana" nanti...

Anonymous said...

kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.. kerana perbuatan jayanegara dan muhdalEna, rezeki peniaga2 kecil tersekat......demi keselamatan pm dan org awam serta kakitangan kerajaan memo sudah dikeluarkn...tiada peniaga dibenarkan menjalankan perniagaan seperti thn2 lps.....smlm peniaga2 dtg utk brniaga pulang dgn hampa tdk dibenarkn brniaga...

dhada lihatlah apa yg kau lakukan.....

Anonymous said...

Kalau jayanegara pandai pukau, knapa time ngamuk tu tak pukau polis2 dan smua org kat situ sampai tpaksa bawak samurai. Nampak bnar yg suami dhada pun penipu, cuba nak lepaskan diri dan isteri dgn meletakkan kesalahan pada jayanegara sorg. Org dah jd arwah sbab tu brani buat statement tipu. Pandai pulak c dhada ni takut undang2 ye. Waktu mengamok ikut suami org sambil bwak samurai tu brani pulak.

*bencikeganasan*

Anonymous said...

Tinggalkn dunia sblm meninggalknnya.

Anonymous said...

Salam,

Ucapan selamat berpuasa dan Ramadhan Kariim untuk semua.

Buat Dhada dan Annur sekeluarga, semoga didalam ketabahan. Salam juga kepada ayah dan bonda kalian. Moga-moga sabar menghiasi akhlaq kalian. Dan moga-moga jalan kebenaran mnjadi tujuan>

Berpesan-pesan kepada kesabaran dan berpesan-pesan pada kebenaran..

HambaAllah

Anonymous said...

kenangan...apa yg ada di dalam blog ini semuanya hanya tinggal kenangan...gelak tawa,tangisan,kemarahan semuanya tinggal kenangan...dan yg tinggal hanyalah teratak yang sepi...

Anonymous said...

salam annur...lame menyepi.. ape citer skang?

mukhaz90 said...

annur... aku fahami jiwa yang kamu miliki.. sangat cantik untuk disemaikan dlm jiwa masyarakat... lengkapkan dengan Aqidah Islamiyyah yang kukuh,moga lebih dekat dirimu dengan ALLAH... aku tidak merasakan aqidahmu jauh terpesong,malahan lebih dekat dengan yang ESA... mereka mengatakan kamu tidak bersyukur,tp bagiku,mereka lebih tidak bersyukur..lihat shj keburukan yang mereka lakukan pada nikmat tuhan..lihat shj perlakuan mereka yang tidak mengerti mengapa RASULULLAH masih melawat orang sakit yang 3kali melempar najis pada baginda..mereka fikir hinaan mereka mampu membawa annur mengikut cara mereka.. sangat istimewa memiliki jiwa spt annur.. dalami agama lebih dalam,annur akan jumpe bahagia yang orang lain buta hati untuk memilikinya... senyum thadap teguran org lain disalah erti sebagai tidak mempedulikan.. sedangkan kbnyakan diluar sana pantang ditegur! =) sama-sama mencari NUURULLAH... ada landasan untuk bahagia ANNUR..Dunia bukanlah permainan TUHAN tp untuk menguji KEMANUSIAAN manusia yang sepatutnya berjalan dalam fitrahnya... be a Solehah Girl.. :)

p/s to (-)person: siapa yang gila? siapa yang sesat? adakah yang benar itu saling menghina dan caci maki? adakah yang waras itu yang tidak dapat menerima pendapat orang lain? adakah yang kebanyakannya MUSLIM itu sentiasa mengenangkan penciptanya??

Anonymous said...

Sesat bila berguru dgn diri sendiri tau tak...

=) said...

persoalan:penghinaan MUSLIMIN terhadap seorang yang hatinya suci untuk mencari Ilahi dan mem(+)kan masyarakat 'ISLAM'.

jawab soalanku tanpa quran dan hadith,tp dari sifat kemanusiaan dan kehambaan dirimu.. dari mana kamu mengenal Islam? bagaimana kamu tahu alquran dan hadith itu benar? adakah kamu hanya beragama dengan agama warisan? tahukah kamu mengenali diri sendiri membawa kita kepada tuhan? tahukah kamu tauhid itu dalam diri sendiri,bukan milik ibu bapamu? jika aku seorang kristian,aku tidak akan persoalkan mengenai agama kamu tapi apa yang kamu tunaikan untuk tuhan kamu. kamu hamba agama atau hamba Allah? jujur pada dirimu, ikhlaskan dirimu untuk mengenal tuhan,mentaatiNya dan menyayangiNya,bukan hanya mengenal agama dan mentaati ISLAM.. kamu percaya Allah itu ada? ya..tapi kamu yakin? Yakin adalah 100%,percaya <100%..mana2 yang kurang dalam hati seseorang(zhon) tentang ALLAH,dia belum mengenal Allah sekalipun dia ALIM tentang ISLAM..mahukah kamu,aku ajarkan beza PERCAYA dan YAKIN? mengatakan SESAT,tahukah kamu IMAM AL-GHAZALI berbeza amalannya dengan muslim lain?tahukah kamu makna SUFI? adakah sesat apabila mengamalkan lain daripada yang kamu amalkan? tahukah kamu,kamu telah mewakili ALLAH dalam mengadili manusia? hebatnya kamu... sesama manusia,yang ikhlas ingin mengenal tuhannya,dan bukan setakat agama tuhannya shj,kamu memandang enteng...? perhalusi sirah nabi sudah cukup untuk membentuk sahsiah dirimu... hanya kerana terlupa mengucapkan Insyaallah ketika diminta wahyu dari seorang kafir,Allah lantas menghukum nabi dengan tidak menurunkan wahyu pada baginda..inikan kalian untuk mengadili hati manusia.. =)

an-nur dan k. dhada: tinggalkan matrix sementara,dalami ISLAM SUFi,anda akan jumpa apa yang anda cari,membawa anda jauh dari lorong gelap. Insyaallah.. jangan ambil hati dengan hinaan MUSLIMIN pada kalian..kerana persimpangan mereka masih jauh..semoga menemui jalan Ilahi..jalan yang selari dengan al-Quran dan Hadith...

Anonymous said...

salam sejahtera pada semua,

terima kasih byk2 pada yg sudi memberi salam pada kami disini,semoganya hari2 anda semua baik2 saja...

sdr hamba Allah,
salam diterima,salam perkenalan dari kami...:)

sdr yg mencintai sejarah,
terima kasih atas komen yg membina...salam perkenalan:)

sdr dande,harap2 dhada cepat pulih...amin...:)

sdr mukhaz90,
terima kasih annur ucapkan buat pengertiannya...kami tiada apa,cuma niat dihati mencari teman bicara diteratak sepi ini...salam perkenalan..:)

sdr =),
terima kasih lagi skali,bagusla bersuara sekali sekala...tak perlu sorok2,hehe...ttg hinaan semua,kami tak amek hati...kami faham kemarahan rakyat msia...

kepada anon2 sekalian,
salam perkenalan dari annur...terima kasih atas pujian atau cacian,kami cuba pandang dari sudut yg positif...:)

maaf setelah sekian lama baru bersuara..:)

-Annur-

Anonymous said...

ye lah tu annur.... ske ati korang lah ye.... janji lps ni xmo dah pedang2 highlander tu ye...... bwk masalah je !

Anonymous said...

annur.. bile kes nak sambung? xsabar nak tgu keputusan mahkamah... harap2 adil lah keputusannye ngn ape yg diorng dah buat tu ye....

Anonymous said...

Annur dan dhada, fahami betul-betul kataku ini, sesungguhnya aku meninggalkan pesanan ini dari dalam kubur, sementara bulan ramadhan ini, aku punya azaab direhatkan sementara. rupa2nya BOSS yang aku maksudkan itu tidak pernah menganggap aku sbg imam mahadi. aku amat menyesali setiap perbuatan ku kerana menyusahkan kalian berdua. ali osman dan hambali, terima kasih kerana pernah membeli dan makan MAGGI bersamaku, jasa kalian tidak dapat ku balas, janganlan kalian juga terjerumus ke dalam perjuangan kta yg dulunya kerana ia sia2 belaka. Kepada semua yang pernah aku bantai terutama nik aziz, dr harun din, dan harussani, maafkan aku,tolonglah kirimkan doa bg meringankan siksaan azab aku di alam ini. sungguh menyakitkan jiwa ruh dan jasadku ini.... tolongggg!!!



-jayanegara-

Anonymous said...

Anon 28 july 2012 23:59 a.k.a -jayanegara- yg menyamar..

Apa yg ko merepek d sini? Dengar baik2 apa yg aku katakan. Daripada ko mintak tlg org2 yg masih hidup kat sini, lebih baik ko mintak tlg dan ampun dari Tuhan. Jika ko disiksa, moga Dia membebaskan ko. Jika ko menderita, moga Dia lepaskan. Ko tak tahu ka Dia tu Maha Pengampun, Maha Penyayang dan Maha Mengasihani?

=) said...

WAALAIKUMUSSALAM... ya, positif adalah jalan yang JAUH persimpangannya dari negatif tapi untuk menujunya,denai berduri mesti dilalui..seperti biasa, sekeras-keras hati penawarnya adalah senyum.. =) jika terlampau berat, =') pun boleh.. aliran ketenangan dalam salur sarafmu bila degupan hati itu tiada kocaknya...
'aku teman terbaikmu,takkan pernah meninggalkanmu walaupun jijik rupaku,dan aku selalu merebahkanmu ke dalam lumpur hitam, agar engkau tahu betapa sucinya dirimu. Dan aku akan sentiasa mengingatkanmu dalam jasad Khaliq mana yang kamu berdiri bila kamu jatuh.'
Annur, teman terbaik itu sebenarnya 'hitam' yang annur hadapi.. =) apa khabar kakanda dhada? syafaahallah... banyakkan motivasi untuk beliau. biarlah kita tiada seribu bala tentera,tiada petah untuk berbicara, namun masih ada tangan untuk kita berpesan2 sekalipun maya yang pertemukan kita. wassalam..

Anonymous said...

salam sejahtera sdr =)

dhada alhamdulillah beransur pulih...cuma masih gagal berjalan dgn sempurna...benarlah hitam itu banyak mengajar saya erti hidup...terima kasih banyak atas keprihatinan sdr...

ps:dhada ada kirim gula2 utk awk,mahu?ke masih tolak dan memilih chewing gum?hehe...saja gurau...:)

-Annur-

Anonymous said...

selamat berpuasa dari xie buat anda semua

Anonymous said...

selamat berpose xie dan semua...hehe

-Annur-

Anonymous said...

kembali ceria annur.
da lama tiada entry terbaru dari kamu

-xie-

Anonymous said...

hai xie...

entry baru?hehe...:)

-Annur-

Anonymous said...

dhada katne skang?? ape kes?

=) a.k.a mukhaz90 said...

Gula2 dn chewing gum..nak dua2 bleh? hehe..kalau ade aiskrim lagi sedap...tapi sape nak makan aiskrim mase sahur...haaa... nnti bg time berbuka k.. =) kirim salam =) kat dhada... please rock again and please =)!

p/s: lpas gurau kita gaduh pulak yee..tanpa hempedu, manisnya madu tidak kita tahu.. peace..gurau2 je bulan puasa ni..=)

Anonymous said...

salam sdr =) aka mukhaz90,

hehe,nak 22 amekla,tp tidak aiskrim,itu anak2 dhada da book...=p

heheh

okey,salammu disimpan dan akan dikirim nnt...peace...

ps:dhada iye rock,sy sopan santun berbudi bahasa je,haha

-Annur-

=) said...

owh..takpelah...kena mengalah ngan budak2 la ni..hehe... annur bila nak berkarya lagi? selalunya yang kasar memang sesuai dengan yang lembut,kalau sama2 kasar,sakit..sama2 lembut,layu... elok la tu dhada ngan annur... goodluck in your journey... =)

Anonymous said...

salam sdr senyum,heheh...

berkarya?mungkin belum tiba masa lg...kalau sy tulis skrang,nnt alih2 dicop gila dan sesat...haha

post kali ni terlalu berat,lgpun sy teringin kiranya ada yang sudi dan berani singkap setiap kata2 sy utk post kali ni,jika anda perasan kbykan post saya slalu ditinggalkan misteri,da mcm misteri nusantara daaa...jadi kali ni sy teringin tgok para pembaca blog comot hud2 ni cergas sikit...hehe

mcmana sdr senyum sokmo...nak mulakan langkah???hehe,jgn mare...=p

ps:xbestla misteri sgt,nnt orang kata kita gila...hehe

-Annur-

syamsul hakim said...

hai annur..
smoga bsabar..

-SM-

Anonymous said...

hai SM,terima kasih...:)

salam perkenalan...

-Annur-

Anonymous said...

selamat menunaikan ibadah puasa.. kenali diri yg sebenarnya..
diam lbh baik dr berkata2 yg x membawa faedah... jgn ikutkan nafsu dlm setiap perkara melainkan nafsu utk kebaikan.. sy lah org yg menyorok tu, bkn =)akamukhaz90 tu...
=)

Anonymous said...

selamat berpuasa....haha,yeke gitu?gaya mcm sama,cara cakap lebih kurang,hehe...ooo tidak2,sy rasa saya da tau,awak lagi garang dpd mukhaz tu...haha...pape jela,janji korang bahagia...mintak maaf kalau tersilap identiti...jgn mare...

awkla yg penah tanya soalan syahadah kat dhada kan?ke salah lagi tekaan sy?hahahahahahahahaha

ps:pening2...

-Annur-

Anonymous said...

ye annur... sy la yg bg soalan tu..
nape mcm ni annur? nape mcm nih dhada? nape jd mcm nih? aduhai dunia... makin hr makin gila aku jadinya...
terkejot, terkentot, terpele'ot...
yg lpas biar lpas.. mulakan idop br..
bkn begini... bkn begini...

=)

Anonymous said...

ye annur... sy la yg bg soalan tu..
nape mcm ni annur? nape mcm nih dhada? nape jd mcm nih? aduhai dunia... makin hr makin gila aku jadinya...
terkejot, terkentot, terpele'ot...
yg lpas biar lpas.. mulakan idop br..
bkn begini... bkn begini...

org yg menyorok
=)

Anonymous said...

salam sdr main sorok2,

kenapa begini???

jalan hidup manusia kita xtau kan?kita tak berhak letak hukuman...syurga neraka bukan barang milik kita kan?sdgkan pelacur bg minum anjing pun masuk syurga,siapa kita utk menghakimi manusia,tak gitu saudara?aib orang biarla kita tutup,toksah bukak2...

yg penting skrang,mulakan hidup baru...peace...:)

-Annur-

Anonymous said...

ya annur... ya... semuanya hak mutlak Allah kan... x fhm ke apa yg sy smpaikan? sy x bukak aib org pn.. sy ada bukak aib awk ke? maaf la... kalau awk rasa mcm tu.. hmm.. dr dulu lg, lain org ckap/smpaikan, lain yg awk maksudkan/ rasakan... jgn terlalu memendam rasa.. jgn terlalu meluahkan rasa..jgn merasa2 kan apa yg awk rasa2 tu.. rasa serba salah sy dibuatnya... he2.. ya... kdg2 perlu meluahkan.. melepaskan... tp perlu dgn cara yg btol & diredhoi Allah.. mudah2an insyaAllah... no body perfect kan? sume sama je, beza amalan & taqwa..
jgn mrh2.. kita bincang... luahkan pendapat.. berkongsi2 maklumat & sbgnya... bergurulah lbh dr 1..jgn taksub..jgn terlampau "merasa".. insyaAllah, mudah2an kte suma dipimpin Allah dgn taufiq & hidayahnya.. kte org beriman.. kena cari.. bkn menunggu... maaf kalau terkasar bhsa.. xde niat pape pn.. sy pn terkontang kanting gak.. insyaAllah lpas raya nih.. insyaAllah... hmm... sensitif btol pompuan kan? lg2 akak dhada.. he2.. touching jer... kata bincang..kata bertukar2 pendapat..kata berkongsi ilmu... haaiii... kata pegang nur muhammad.. kata percaya kpd Allah, rasul... kena la terima pendapat org lain... jgn tros tetiba2 je melenting, xbley terima apa2 pandangan.. relax... he2... mulakan idop br... mudah2an insyaAllah...

org yg menyorok
=)

Anonymous said...

haaa...gitula bagus...baru nmpk mesra ayam sikit...sori2,mesra alam...heheh...pompuan mmg sensitif...fitrah...camana rational pun seorang lelaki,tp slalunya ego sikit,fitrah...kan?hehe,jgn mare...saja gurau...sy berguru dgn semua orang,setiap orang ada hak ajar saya...awk pun guru sy,byk benda sy blaja dr awk ni...lg2 bila kita berpegang dgn nurmuhammad,dgn Allah,dgn rasul,kita takleh touching sgt...hehe...jgn mare,kata berpegang dgn Allah dan Rasul..."kita berbincang"...peace...;)

-Annur-

Anonymous said...

he2.. bgs la kalau mcm tu..

=)

Anonymous said...

walau cmne pn kena cr guru yg arif..

Anonymous said...

saya anak murid yg degil,tak dgr cakap,ada tak mana2 tok guru kat sini nak ajar saya?sudi amek sy jadi anak murid?tapi awal2 sy bgtau,sy susah sgt nak taat...;)

peace...

ps:susah2 sgt,awkla jadi guru saya,boleh?bolelaaaaa....

-Annur-

Anonymous said...

sy bkn guru annur... cr guru yg lbh arif... insyaAllah...

Anonymous said...

brp umur awk annur?

Anonymous said...

hehe,jgnla malu tuan guru anon...sy sudi blaja dgn sesapa je,cuma sy takut sesapa je tak sudi amek sy jadi anak murid,hehe...umur sy da tua da...jalan pun bongkok2 pakai tongkat...hehe,jgn mare...gurau...kalau betul sudi jadi guru sy,baru sy kasi tau umur...serius...:)

-Annur-

Anonymous said...

umur awk dlm lingkungan 22-25 kan?
btol ke?

=)

Anonymous said...

jika tuan anon sudi,dengarkan puisi ini...khas untuk awak...

wahai tuan guru,
teringin benar hamba berguru,
dengan tuan yang serba tahu,
dalam banyak2 ilmu,
hamba pilih ilmu mengawal sifat tahu,
bagaimana layaknya perlu hamba tiru,
untuk menjadi seperti yang ditiru,
kerana yang ditiru serba tahu,
akan selok belok ilmu segala ilmu,
tapi terlebih dahulu silakan jawab dahulu,
bagaimana hamba perlu mengawal rasa tahu?
maafkan hamba,tiada niat mencari seteru,
cuma berguru hajat dituju...:)

-Annur-

Anonymous said...

indah sungguh kiasan kata,
tp aku bknlah penyair pujangga,
ilmu ku ini tidak seberapa,
bergurulah berhadapan bkn di alam maya.

berguru bkn hanya di buku,
apatah lagi di zaman maju,
klik sana sini di hjg jarimu,
tp sebenar2 guru dapat membimbingmu.

guru yg arif pegilah tuju,
bkn diriku yg layak digelar guru,
aku ini insan tidak tahu,
apatah lagi ilmu rasa tahu.

setiap muslim wajib menuntut ilmu,
carilah engkau sebenar2 guru,
bkn hanya mengikut sesuka hatimu,
takut menyimpang arah dituju.

berguru biarlah lbh dr satu,
tidak mengapa berpuluh,ratus atau beribu,
adat menuntut mmglah begitu,
barulah kau jmp jalan yg dituju.

=)

Anonymous said...

wow...bagus benar puisinya...izinkan saya meluah rasa...

maafkan hamba yang tiada apa,
tetamu singgah pun cuma puisi hamba sua,
sengaja niat ingin berbicara,
pada manusia misteri nama pun tak punya,
yang selalu menyorok sembunyi apa entahnya,
tak mengapala jika begitu kata tuan hamba,
hamba terima jua sedar diri bukan siapa2,
niat dihati ingin berguru dengan tuan hamba,
ditolak juga hamba akhirnya,
tidak mengapala,
ada rezeki nanti bergurulah hamba hendaknya,
akan tetapi tuhan itu selalu ada,
melihat dan mendengar doa hambanya,
segala sekeliling adalah guru bagi hamba,
tiada langsung niat memilih sesiapa,
sekadar berbahasa di alam maya...:)

-Annur-

Anonymous said...

bermadah pujangga meluah rasa,
berpantun,syair,sajak pn ada,
memendam rasa meluahkan rasa,
sekali skala seronok juga ya.

indah sungguh puitis melayu,
berkias2 seperti org dahulu,
yg memahami akan tahu,
yg tak mengerti jd buntu.

=)

Anonymous said...

beginilah kiranya adat melayu dahulukala,
jika kena pada tempatnya,
adat ini dapat dihidupkan semula,
bukan hajat ketinggalan masa,
cuma mendidik jiwa2 kembali keakarnya,
indah bangsa kerana bahasanya,
pelambang kita bukan sebarangan saja,
bahasa disusun penuh kiasan saja,
supaya tak meluka hati sesiapa,
hamba bukan manusia sesiapa,
cuma suka adat berbudi bahasa,
kerana itulah peninggalan melayu kita,
apa lagi yang dibangga jika tidak budi bahasanya...

malam sudah menganjak ke pagi,
izinkan hamba mengundur diri,
ada masa kita bertemu lagi,
sekadar berpuisi penyeri pagi...:)

-Annur-

wangsa said...

welcome back annur!

hmm..indahnya bahasa ibunda
taklah macam saya
cakap melayu dah ikut slang cina
bertambah maa, meh, lor setiap masa
bila bercakap di telefon, customer ingat saya ni orang cina
dibantainya customer speaking cina, terpaksalah mengaku tak faham bahasa cina

teruskan berseloka annur dan orang menyorok
moga ada manfaat dan ilmu yg boleh diambil iktibar

Anonymous said...

hehe sdr wangsa,itu puisi bantai namanya,asal terlintas terus ditaip mengolah kata,saya suka kiasan bersahahaja,adat lama berbahasa pujangga,kita semua punya rasa,ada eloknya diluah berkias saja,supaya makna dan tujuan tercapai jua,tanpa menyakiti hati sesiapa...:)

-Annur-

Anonymous said...

bagi saya bole je kita bercakap dgn bahasa melayu biasa dgn dorang...tak perlu letak meh,lo,atau papapun...kalau bole kita nak dorang ikut kita,bukan kita ikut dorang,xgitu?dulu saya pun mcm tu jugak,tapi saya tegaskan diri jgn guna lagi perkataan2 mcm tu...lama2 jd biasa da...

kalau bole biar kita jadi trend,bukan kita ikut trend...nak corakkan masyarakat jatidiri perlu kuat...mana tau kalau kita mula skrang,lama2 bangsa kita jadi gemilang seperti dahulu semula?bukankah bahasa itu jiwa bangsa?

-Annur-

wangsa said...

hi annur,

terima kasih di atas peringatan
akan hamba jadikan tauladan

hhmm..best rupa2nya bila kita berbicara berkias rupa
otak pun jadi ringan, hati pun jadi lega
kalau salah, bila ditegur taklah terasa sangat

anyway....semalam jumaat, entah apa yang tak kena....pagi-pagi manager dah menghambur dengan kata2..."pergi mampos la kat customer tu...selalu je menyusahkan orang..."

aduhai....kesiannya dia..pagi2 jumaat yg sepatutnya begitu berkat dah dimulakan dgn 'doa' yg 'sgt baik'

betul tu....bahasa jiwa bangsa, bahasa pakaian diri

Anonymous said...

salam sdr wangsa,

sdr jgn risau jangan pula susah hati,setiap kata2 dan setiap caci maki,adalah juga makhluk ciptaan ilahi,bila ia dikeluarkan atau dihamburkan pada dunia,yang berhak pasti akan mendapat haknya...jika yang dihamburkan tak mengena,pasti ia akan kembali pada yang menghambur...sebarang kata2 akan tercatit,bukan terhapus begitu saja...jika benar yang dihambur tak patut dapat kutukan itu,pasti ia tidak akan terkena padanya,sebaliknya yang mengutuk itulah yang perlu berwaspada kerana kata2nya bakal datang kembali padanya...satu pegangan yg mudah kan?

apakata kalau jadi mcm tu lagi,lepas je kejadian tu saudara senyum pada customer tu,mesti hati dia lega...:)

mai sini sy hadiahkan satu puisi...

wahai sdr wangsa...

jangan bermuram jgn pula bersedih hati,
setiap yang akan terjadi pasti terjadi,
kerana ia tertulis dari azali,
jika dari sana sudah ditetapi,
pastilah segalanya punya hikmat suci,
tiada kebetulan dalam dunia ini,
segala berlaku pasti punya sebab tersendiri,
legakan diri senyumlah dari hati,
pasti dunia kamu akan berseri-seri...:)

-Annur-

feez said...

Salam annur,

Ramadhan sudah pun berlalu seminggu..jadi harap kamu juga semakin pulih dan jgn misteri2 sgt...
Ambillah berkat ramadhan ini utk memulakan lgkah baru, begitu juga kakak kamu dhada.

Buang yg keruh, ambillah yg jernih...segala yg telah berlaku jadikan teladan dan iktibar ya. Jgn lah terlalu taksub dgn seseorang/sesuatu sehingga menjejaskan akidah.

Kepada dhada sy doakan agar dia cepat sembuh dan kembali bersama pangkuan keluarga.

Kepada kamu annur, teruskan berkarya, tp tak mau lagi misteri2 tau...poning kepalo den...den suka yg puitis2 tp xnak yg pelik2..

Jika sebelum ini mungkin komen2 sy ada yg marah,menghentam kamu dan dhada sy mohon kemaafan.

Salam ramadhan buat kamu dan dhada.

Anonymous said...

salam sdr feez,gitula bagus...jom kita bermaaf2an...saya terima maaf kamu,dan saya pun mintak maaf kalau terkasar bahasa...0-0 k?hehe...saya jarangla misteri2 ni...cuma kadang2 je mengayat...terus terang sy cakap,sy ni mmg admin yg gila...tak caya leh tgok semua komen2 dalam post2 sebelum ni...mmg komen2 sewel je annur kasi...hehe...post ni saje je annur tulis kasi suspen sikit...tapi xda apapun...gempak je lebih...sesapa pembaca lama blog ni mesti tau perangai annur sewel ni...suka bergurau2 mengarut...haha...tapi feez,bukan semua kata2 kamu sy tolak,banyak jugak yg saya terima dan cuba teliti diri sy balik...:)

ps:kita kawan,k feez? selamat berpose!

peace...

-Annur-

Anonymous said...

kepada semua pembaca blog comot hud2 ni,annur tujukan khas lagu salam dunia dari M.Nasir utk korang semua...kepada yg terguris,annur mintak maaf,harap korang dapat maafkan ketelanjuran annur berkata2...peace...:)


"Kita pohon kemenangan
Meroboh kota keakuan
Ini saatnya
Yang kunanti-nanti

Mereka yang dilanda derita
Redhalah harimu kan tiba
Cahaya kekasih yang benar
Menghapus segala api kemarahan"

ps:duit raya jgn lupa bagi...;)

-Annur-

feez said...

Terima ksh annur kerana menilai kata2 sy dan nasihat kwn2 yg lain dgn baik..

Harapan sy agar kamu telah menjadikan hitam itu sebagai teladan dan pedoman utk kamu, begitu juga diharapkan kpd dhada.

Ok peace, kita kawan :)

Tak sabar mahu membaca entry kamu seterusnya...
Adakah setelah badai melanda kapal kamu karam dilautan hitam atau masih belayar kukuh walaupun direjam kilat yang kejam.

Sy percaya hikmahnya selepas hitam itu blog comot kamu ini menjadi hot dan ramai yg sukakan bahasa puitis kamu seperti saya. Tak sangka disebalik semua kecomotan ini rupanya penulisnya mempunyai gaya bahasa yg baik dan puitis sekali.
Jujur sy memang mengagumi karya puitis tulisan a.samad said (tp sekarang tak berapa gemar dgn sikapnya sejak beliau join bersih 3.0 huh), sy suka m.nasir, loloque, malique yg selalu menulis karya dgn puitis.

Cadangan saya,

1. Kamu tukar semua background, warna dan headline blog kamu ini supaya hilang unsur 'misterinya' .. Rumah usang itu tak elok duduk byk momok, duduk dirumah baru...annur, teruskan berkarya.

P/s: duit raya menanti kamu... ;p

Anonymous said...

ramadhan berlalu begitu saja,
menghitung detik setiap masa,
hai cepat benar berlalunya,
adakah segala ibadahku diterima?

puasa sudah dipertengahannya,
menahan lapar dan juga dahaga,
anggota tubuh juga dijaga,
takot2 nanti cacat ibadahnya.

makan sahur makan berbuka,
semoga beroleh rahmat dan berkatnya,
hai ramadhan kau kan pegi jua,
adakah ketemu di lain masa?

bermujahadah bermuhasabah diri,
duduk memikirkan nasib diri,
setiap amalan diteliti rapi,
adakah lailatul qadar dapatku perolehi?

hbs puasa kita beraya,
semua org sibuk berbelanja,
bila dah raya semuanya lupa,
adakah ibadahku istiqamah juga?

org yg menyorok

=)

La Reine said...

Sepatutnye nasihat je la Dhada dan Annur dan tak patut le menyokong perbuatan yg salah. Knpe ade yg komen ermmm...entah la. Sedarlah, dia kan da kahwin dan ade anak lg tu. Ade ke komen terbaru penulis blog ni? Sesiapa pun boleh menyamar. Smue org tak suka hipokrit, jadi mcm mne nk tahu mne satu Annur yg sebenar?

feez said...

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Atur sepuluh daktil batal yg batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil

Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni

Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
gagal dikesan

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu cukup kau tahu
Yang aku maafkan kamu
Tolong teruskan hidup jangan sebut namaku

Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Ku dihukum tanpa neraca diawal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu

Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa

Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

Atas kepala murai sekawan
Baling ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam diangan
Sampai terkacip mulut mahirnya

Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda

Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz, tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi mari tafsir alif ba ta

(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
sembunyi bawahnya katak melalak

Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan

Anonymous said...

salam semua,

aik feez?siap headline kena tukar jugak?hehe...kamu ni penakut hantu yeee...sbnarnya blog ni da xbole diaccess seperti biasa,da lama da...start dari yg dhada tulis tu...bukan sengaja kitorang xmau guna admin punya...da try byk kali pun xleh gak...gnila,apa kata sy bukak blog lain?hehe...

kepada la reine,ini mmg annurla,admin blog comot ni...nak bukti?sat....nnt sy hurai sikit puisi saya...

"pada sunnah cahaya terangkan siang,pada firman cahaya itu benderang,pada manusia cahaya itu berselang,pada sang dewi cahaya itu kasih dan sayang..."

ini part yg sy suka...hehe...
cahaya,inilah apa yg menerangi semua,akar kehidupan manusia,pada mereka yang berpegang teguh dgn firman dan hadis,itu jalan yang benar...sebab itu saya kata sunnah dan hadis cahaya yang terang benderang malah mampu menerangi siang,pada manusia cahaya itu berselang...siapa saja manusia yg tak pernah buat silap...kadang hidup kita putih,kadang hitam,semua berlaku berselang seli,pada sang dewi cahaya itu kasih dan sayang...sang dewi tu ayat puitis,hehe...si annur mmg orgnya perasan sikit,haha...ok,dalam firman dan hadis,ikut petunjuknya satu demi satu...bukankah penyerapan kepada semua nasihat dan panduan keduanya memerlukan kasih sayang???kasih sayang inti kemanusiaan...dengan kasih sayang anda mampu tundukkan penjahat paling bahaya dalam dunia...kerana apa?kerana kasih sayang sentuh hati...hatilah yg memimpin segalanya...pernah tgok seorang manusia yg ganas menangis???itulah penangan kasih sayang...tanpa kasih sayang tuhan,siapala kita...tak gitu?

ok,skrang percaya saya ni annur?hehe...ke tak cukup lagi....toksahla prasangka byk sgt...nnt makan dalam...jom kita berkawan?

kepada orang main sorok2,terkedu sy baca puisi kamu,xmampu nak menjawab...hehe...takpe2,ada mood nnt siap...mesti sy balas dgn puisi jugak...haha

-Annur-

wangsa said...

hi annur!
selamat kembali wahai karya diri...

wahai annur yang cantik rupawan
sungguh benar setiap kata itu adalah makhluk Tuhan
kasihan terutamanya kepada yang menyatakannya
terlupa ia bahawa kata2 itu merupakan satu doa yang cukup power

wahai adik feez yang budiman
sungguh benar bagai dikata olehmu tuan
blog annur kini dah jadi waqaf musafir jalanan
tumpang berteduh utk melegakan fikiran
semoga waqaf ini akan menjadi lebih ceria dan penuh dgn rasa kecintaan insan
harga perubahan itu pula tersangatlah mahal bukan mainan
nyawa dan darah sudah ditumpahkan
semoga pengorbanan itu mendapat nilaian

wahai orang menyorok yang sopan
betapa maha baiknya Tuhan
menghadiahkan bulan ramadhan yang sungguh aman
pesanan mu tuan akan ku jadikan ingatan

sudah jauh aku merantau dunia
ke benua omputih, ke benua keling dan ke benua cina
sudah ku tempoh pelbagai adat dan budaya
rupa2nya kawan2ku, adik2ku dan saudara2ku ada disini kesemuanya

wahai annur yang ceria
ha..ha...kau kini menjadi milik kami semua :)
blog mu ini juga kami yang punya..he..he :)
teruskan berkarya dan kami akan baca, dengar dan komen kesemunya

teruskan annur dengan seloka, gurindam dan puisi
kami tak akan biarkan annur sendirian lagi
maafkan kami selama ini sering menyepi
semoga bait-bait indah ini dapat menjadi penguat jati diri

Anonymous said...

wahai sdr Wangsa,

melangit sungguh pujian disua,
sehingga lebar senyuman hamba,
masakan tidak hamba dikata empunya semua,
jangan begitu wahai saudara,
hamba ini tiada apa,
cuma berpuisi bersuka suka,
hajat menjunjung bahasa ibunda,
yang ditinggal sekian lama,
apa kiranya pujian kawan semua,
jika pemiliknya tetap yang maha esa,
kita disini bergurau senda,
kerana cinta tuhan kan milik semua...?

peace...:)

-Annur-

wangsa said...

#aku lalu duduk terfikir inikah dunia,kenapa terasa asing sekali dari jiwa yang aku jaga dari kecil usia,

**sabarlah annur
**sedetik kita tersedar bahawa inilah rupa dunia di kemuncak zaman fitnah ini
**sudah cukup utk kita mula berfikir apakah penyebab utama kepada ini semua

#tidakku faham kenapa dewasa suka berdengki dan musnahkan sesama mereka,apa maunya,tegakkan kebenaran katanya,

**annur, sesungguhnya hijab material itu sungguh hebat dan dasyat
**siapa berani menyangkal bahawa dia boleh lepas bebas dari hijab material
**sikaya terpisah dari simiskin
**hidup sudah berlapis kasta tanpa kita mahu mengakui kebenarannya
**aku ada degree, ko diploma je, ko sijil ke, ko spm je...
**aku ada camry, ko myvi ke, ko pulak saga je..
**aku ada kwsp penyelamat masa tuaku, ko keja sendiri je, ko peniaga tepi jalanan je

#aku jadi pening sendiri fikirkan kisah fana,kenapa fitrah suci cahaya manusia jadi terusik dengan ini semua,

**penangan material yang sebenarnya tak real itu amat menyilaukan mata hati

#jika sudah terusik kenapa tidak dibersihkan saja,kenapa lalu jalan yang tinggi padahal semua hanya di depan mata menunggu setiap masa?

**penangan sistem hidup dizaman kemuncak fitnah ini sangat dasyat
**pengaruh 'sekecil2' wayang porno hanya satu klik jauhnya saja berada didalam h/p kita
**jalan2 menuju Tuhan itu menjadi keutamaan no. 17 sahaja
**seumpama seorang bekas penagih yg baru keluar dari pusat serenti
**setapak melangkah keluar dari pintu utama dengan azam menggunung utk berubah, sudah ada manusia2 perosak yg menunggu ditepi pagar menyuakan semula candu2 dunia
**"bro...jgnlah poyo.aku tau kau mesti dah rindu sangat dgn mende ni kan selama ko tinggal kat dlm tu kan..."
**betapa dgn satu azam utk berubah, maka beribu2 ajakan dan asakan sedia menanti disekeliling kita

#mencari tuhan untuk disembah dalam liuk lentok harian dunia,padahal semuanya cuma permainan si dia

**Tuhan tiada pun dalam apa2 definisi teori2 dan ilmu2 masa kini
**Tuhan hanya sampingan sahaja dan wujud dlm adat istiadat

~mulakan dengan sedetik dan selangkah utk mengurangkan kegilaan dunia dikemuncak zaman fitnah ini
~tolonglah kami wahai Tuhan!
~tolong jadikan dunia dan segala isinya ini menjadi lebih baik utk kami

feez said...

Ya annur,

Baik juga cadanganmu utk buka blog baru
Hijrah itu satu perjuangan dan pengorbanan kan
Tutup segala kecomotan, darah dan sawang-sawang disini
Semoga rumah baru itu lebih berseri dan bercahaya
Bersama karya segar sang pujangga muda
Jika benar peminat karyamu pasti akan berkunjung ke sana
Dari terus lewat ke laman sepi ini
Melihat sisa darah pekat yg telah hitam
Bersama kenangan yang memualkan
Teringatkan al gojo tak berbaju bersama pedang highlandernya
Serta teringatkan ayat2 gahnya 'akulah yg diturunkan', 'akulah penyelamat akhir zaman' dan cita2 gilanya ah!
Kami tak mahu itu...
Kami mahu annur yg sekarang
Berpuitis sambil beramal menuju jln Allah dgn lebih terang tanpa byk misteri dan berperang dgn perasaan sendiri
Kamu punya bakat besar dan bahasa kamu indah sekali

P/s: dulu skolah blajar sastera ke..hehe
Nanti x mau lg ada misteri2 tu yg hud,seroja,raja segala unsur bla bla....
Tak mau ada teori2 iluminati, matrix, mistisfiles dll
Pastu annur jgn la letak gambar yg seram dan suram lagi
Joker si sadis, serigala, kegelapan, suram, warna hitam putih dan segala bentuk gambar mcm di cover album kumpulan black metal layaknya seram, suram dan darkness benar sedangkan kamu comel dan mempunyai bakat yg besar dlm berkarya

Berhijrahlah, buatlah perubahan
Kami sambut dgn doa dan harapan

wangsa said...

wahai adik feez yang budiman
bakat anda juga tak kurang hebatnya
katak melalak (berdiri dan menyanyi sambil pegang mikrofon...hehe) menjadi kiasan
dua tiga kali baca baru kufaham akan maksudnya

bagus benar cadangan mu tuan
berpantun seloka itu sepatutnya menjadi pakaian
omputih tu kalau study kursus apapun, pasti sastera shakepeare segala tak akan ditinggalkan
diguna untuk menjana fikiran kreatif buat diri insan

kita semua memang berbakat
kembangkan ia dari sekarang
supaya pelbagai ilmu itu saling bermuafakat
agar jalan penyelesaian hidup bertambah terang

feez said...

Wahai enche wangsa yg bijaksana,

Puisi yang pjg lebar tu lirik lagu 'aku maafkan kamu'-jamal abdillah dan malique, bukan karya saya ya hehe.

Enche wangsa,
Saya suka frasa 'wangsamaju' hehe
Tp tak berapa gemar frasa 'jayanegara'

Seni itu indah dan wangi...
Lembut sopan tutur bahasa walau berpencak umpama laksamana

Laksa mana? Ala gerai yang tengah-tengah tu laksa utara yg sedap tu...

Alahai kecur liur teringin pula nk mkn laksa berbuka kang...hehe

Selamat berkarya, selamat meluah bicara.

wangsa said...

wahai adik feez yang sungguh jujur
terima kasih diatas infonya
now ni banyak sangat lagu bersimpang-siur
tak perasan pula lagu hybrid rap itu penuh puitis serta dalam maknanya

wahai adik yang muda belia
jadikan yang lepas itu sebagai pedoman
moga pengajaran lalu menjadi penyelia
untuk kita mara ke depan merentas zaman

**semoga direzekikan oleh Tuhan laksa utara kegemaran sebagai juadah buka puasa pada hari ini...:)

Anonymous said...

wow...skali kutinggal,banyak benar jalinan persahabatan disini ya?hehe...bagusla gni,amannnn dunia...
saya baru lepas mengirimkan semua salam2 anda kepada kakanda tercinta...alhamdulillah beliau makin pulih...sama2 kita doakan yg terbaik utk beliau...peace...:)

kepada sahabat2 puisiku,mari sini dengarkan satu puisi khas utk kawan2 semua...:)

hari demi hari kita lalui,
pelbagai liku hidup kita hadapi,
demi meneguhkan cinta pada ilahi,
memperkuat jalinan teman2 disisi,
duhai kawan2 yang aku kasihi,
demi sebuah kasih sayang sejati,
yang mengikat hati setiap diri,
memberi senyuman setiap hari,
mari sama2 kita hubungkan tali suci,
ikatan persahabatan yg abadi,
yang disimpul guna puisi hati,
semoga makin indah dunia ini jadinya,
makin gembira semua jiwa2 sepi,
dan makin bahagialah hendaknya alam langit sana dan dunia sini...

hehe,peace...:)

-Annur-

Anonymous said...

pembetulan2...haha...

*semakin indah dunia ini...

bengong si annur ni,bajet hebat sgtle tuuu buat puisi...haha

-Annur-

Anonymous said...

untuk cover malu,saya nak bagi lagi satu puisi,haha

wahai dunia semesta dan alam2 ciptaan ilahi,
wahai seluruh penduduk bumi,
saksikanlah pada hari ini,
pelbagai lawan menjadi kawan kami,
mulanya selisih akhirnya bersatu hati,
demi sebuah cinta sejati...

peace...

ps:rasa2 da ok da tuuuu...ada silap lagi ka???haha

La Reine said...

Dhada kan da buat masalah besar. Biasanye kalau ahli keluarga sorg buat masalah, jadi semua ahli keluarga turut susah dan terlibat. Knpe Annur masih boleh duduk santai, gembira dan komen lg kt sini? Betul ke ni Annur??

Anonymous said...

annur boleh kembali, tulis, komen dan 'nampak' ceria disini sebab kami , kawan2 annur mahu annur kembali seperti biasa walaupun dugaan besar melanda diri dan keluarganya

kami tak nak kehilangan annur
cukuplah peristiwa dhada menjadi pengajaran kepada semua

atau le reinie nak annur bagaimana sebenarnya??

bagi kami, kami tak nak kehilangan annur yang sangat berbakat besar berpuisi mengalunkan ayat-ayat indah

La Reine said...

Kepada sesiapa yg gilakan Dhada, isteri org dan Annur. Aq rasa tak payah eh syok sendiri. Dhada da buat masalah terlalu besar, jadi blog ni takkan dikemaskini dan akan terkubur selamanye..

La Reine said...

Aq sbenarnye tak suka dgn komen yg merepek dan mengada2 dan aq tak suka org yg berpura2 dan mengaku dirinya org lain. Tolonglah, aq bukan mcm kau tergila2kan manusia. Sy sbnarnye tak tahu mne satu Annur yg sebenar. Ouh!! nk popular la tu menyamar jd org lain.

La Reine said...

Sebenarnye org yg berada dlm dunia sendiri mne ade kwn. Bila Dhada da buat masalah, smue org tahu dan ramai le org cari mereka ni. Sebab tu ke kau nk mengaku mereka ni ramai kwn?

Anonymous said...

wahai La Reine wanita bistari,
menerka-neka siapa diri ini,
letih benar rupanya tuan hamba kini,
asyik memikir masalah zaman kini,
jangan begitu duhai La reine wanita misteri,
hamba tak minta diri dihakimi,
apatah lagi dicari-cari seperti ini,
mereka teman dikata tergila-gila diri ini,
teman tetap teman manakan berubah hati...

aduhai La Reine...

-Annur-

La Reine said...

Entah2 kau sorg je kot yg tergila2kan Annur dan Dhada malu nk mngaku lepas tu tuduh org lain?

La Reine said...

Ade yg menyamar jd Annur?

La Reine said...

Kepada klon2 Annur. Setakat berpantun, puisi, sajak dan mengaku Annur, ala smue org boleh buat. Komen le guna akaun blog. Yakinkan aq dan tunjukkan bukti kau tu adalah Annur.

La Reine said...

Apa yg berlaku pd Dhada, smue ahli keluarga dia termasuk Annur tiada masa untuk komen kt sini. Kalau macam tu, siapa yg menyamar jadi Annur?

La Reine said...

Aq pun pelik dgn smue org mudah sgt percaya dgn org yg mengaku Annur. Dia bukannye Annur.

Anonymous said...

ya,ya betul,aku sokong,kita kena cari siapa sebenarnya annur...aku sokong ko La Reine...

-Annur-

La Reine said...

Aq ingatkan Dhada je mcm tu. Org yg menyamar jadi Annur dan Anon 2:16 sama juga ke dlm dunia sndiri?

Anonymous said...

La Reine,ko jgn risau,aku sentiasa berada di pihak ko,aku akan bantu ko cari siapa sebenarnya annur...

-Annur-

Anonymous said...

La Reine,ini aku copy paste dari apa yg si annur ori tu tulis,ce ko tgok...mana tau ada klue,kita sama2 cari eh?kt geng k?peace...

"aku beri kamu sejuta lakonan,kerana aku suka lihat kamu dalam kebodohan mencari aku digunung misteri yang tinggi...takkan aku biarkan si bodoh keji menghidu nikmat wangianku ini...kerana aku ini rahsia...bukan kamu tak tahu...takkan kamu jumpa kalau mata kamu melilau kesana kemari...si bodoh yang namanya manusia...ah ha..."

-Annur-

La Reine said...

Hentikan la sandiwara wahai klon Annur. Jgn sampai aq pergi rumah Dhada. Kalau kau Annur guna la akaun blog.

La Reine said...

Aq sbenarnye takde masa nk lyn klon Annur dan org yg tergila2kan Dhada dan Annur. Aq komen sbb tak suka tengok lakonan klon Annur dan komen2 yg merepek semakin teruk.

La Reine said...

Kalau engkau Annur, ape yg kau tunggu? Knpe tak nk kemaskini blog ni? Sebab kau bukan Annur kan?

La Reine said...

Hey, blog ini akan terkubur dan takkan dikemaskini dan diteruskan lg. Harap kpd yg menghadap blog ni 24JAM dan syok sendiri tu, sedarlah!

La Reine said...

Org yg buta memang la percaya kau Annur. Annur sentiasa ada dan komen kt sini? Tolonglah tak pyh eh nk tipu. Annur, Dhada dan keluarga dia sibuk dgn masalah mereka.

La Reine said...

Hebat sungguh taktik org yg menyamar jadi Annur ni. Syabas!!

Anonymous said...

wei La Reine,ko lupa ke,kita geng,ko bukan keseorangan,aku ada disisi ko selalu...aku pun kadang2 bengang gak dgn org yg suka2 menyamar annur ni...dia ingat annur tu sapa...wei,jgnla lari,nnt aku sorang2la kat sini selesaikan misi kita mencari siapa annur yg sebenarnya..aku pun tgh marah ni!

-Annur-

La Reine said...

Aq tengok pun tahu, kau bukan Annur.

La Reine said...

Bosan le, nanti aku komen byk2 ade la yg kecoh kata aq suka mereka yg tak betul ni. Teruskan menyamar jadi Annur. Sebenarnye aku tak heran pun. Aq menyampah tengok komen2 yg entah ape2 ntah.

Anonymous said...

Annur orangnya mesti mcmana?

-Annur-

La Reine said...

Kau tak guna akaun blog ni dan komen tak pyh la nk menyamar jd Annur. Lawak ler. Bukti takde tapi kecoh nk mmengaku Annur. Nmpak sgt tipu.

feez said...

Salam buat annur dan la reine,

1. Sy suka berpuisi dan annur serta beberapa rakan komentar disini juga begitu (tidak termasuk arwah jayanegara dan kegilaannya).

2. Sy suka bab puitis annur tp tidak dengan misteri, mistisfiles, iluminati, matrix dan bermacam teori dunia yg menjadi minat jayanegara, annur dan dhada dulu malah sy antara yg membangkang annur selepas kes highlander itu.

3. Sy berharap serta ada memberi pandangan kpd annur utk menutup saja blog hitam ini, dan membuka blog baru kerana karya puitisnya indah, bakatnya besar dan ramai juga berminat dgn penulisannya (tidak termasuk tulisan misteri dan teori segala itu).

4. Pendapat la reine juga ada betulnya, jika dlm kesusahan dan masalah mana ada masa annur disini memberi komen. Masalah besar yg kecoh satu malaysia dan menyebabkan kematian serta kecederaan kpd kakaknya.

5. Jika benar, annur akn sahut kata2 la reine dan saranan sy utk membuka blog baru...tiada lagi misteri, teori, matrix segala...dan tiada lagi annur sebenar yg kita tidak pasti atau annur palsu yg menyamar diri. (menariknya lg jayanegara pun blh bg komen dari dalam kubur :) ).

6. Hati sy mengatakan annur ada dan berharap teruskanlah menulis..dia muda dan berbakat besar. Hal yg lalu lupakanlah. Jaya telah berkubur bersama perjuangan serongnya, diharapkan dhada telah sedar dari mimpi. Pintu taubat terbuka luas dan Allah kasihkan orang yang sedar akan kesalahan dan memohon keampunan dariNya.

Jika annur membaca coretan ini, ramai rakan2 yang menyokong jiwa puitis kamu. Bukan senang anak muda sekarang mahu berpuitis seperti kamu. Bahasa jiwa bangsa. Bakat kamu besar. Tampillah dgn diri kamu yg sebenar walaupun suara hati kami yakin kamu ada. Bukalah blog baru atau apa2 untuk menamatkan permainan ini dan memanjangkan lagi ruangan komen ini.

Bahasa kamu, jiwa kamu, kami rasa.

Anonymous said...

kepada semua kawan2.jgn risau,blog baru masih dalam pembikinan...

feez,tq utk semua nasihat,nnt sy buka blog baru,dtg tau...peace...:)

kepada La Reine,sori k?saja gurau2...jgnla mare...

-Annur-

La Reine said...

Blog baru nk wat? Hey, buat blog bukan memakan masa 100 tahun. Betul ke kau ni Annur?


-Annur-

La Reine said...

Kalau kau Annur yg sebenar, guna akaun blog ni dan kemaskini. Knpe nk buat blog baru? Ini bukan Annur kan? Jgn berpura2 ok?

Anonymous said...

blog ni da lama tak dapat kami access,jauh sebelum kejadian itu berlaku...sebelum ramai yang mengenali blog ini lagi...bukan sengaja...kepada semua pembaca yg budiman...terpulang kamu semua mahu mempercayai atau tidak siapa annur...ramai yang melihat sy ketawa,bergelak tawa seolah2 tiada rasa sedih...teliti post kali ini dengan sebenar2 teliti,anda akan faham keadaan sebenar...takkanla sy nak menangis dan meminta simpati dpd seluruh rakyat msia kan?itu cuma luaran,dalaman biarla tuhan yg mengetahui...cuma satu sy minta,jauhilah dari prasangka...ia tak memberi kesan pada orang lain,tetapi pada diri anda sendiri...

-Annur-

Anonymous said...

kepada semua pembaca yang annur kasihi,dengarkan lagu hijab kekasih dari M.Nasir...rasakan iramanya...itulah perasaan sy...

sy tujukan khas untuk semua kawan2...:)

"segala kalimahku ini,siapa yang mengerti..."

-Annur-

La Reine said...

Feez dan org yg menyamar jadi Annur ni org yg sama ke?

La Reine said...

Eleh pandai nk berlakon. Kau tiru ayat Annur yg sebenar boleh la. Ape yg kau ckp smue Annur yg sebenar da ckp dah.


-Annur-

Anonymous said...

alahai wanita anggun namanya La Reine,kasihan kamu...jgnla begitu,sudah2la tu...annur tak semisteri yg kamu sangka...mai sini kita berkawan wahai cik adik cantik manis...?

-Annur-

feez said...

La reine,

Sy yg kuat membangkang annur dulu, bacalah komen lama sy selepas kes itu.

Takkan lah sy ni annur pulak hehe lucu..

Marilah kita berkawan dan berdamai di bulan ramadhan yg mulia ini.
La reine tentunya peminat jiwa puitis kan, kalau tak masakan asyik menjenguk ke laman ini.
Marilah kita bersahabat, berkarya bersama.

La Reine said...

Aq pun tak tahu le ape yg seronok sgt dgn blog ni. Aq tak faham knpe ade yg tergila2kan Dhada dan Annur. Aq suka komen berpantun, puisi dan sajak. Masalahnye ade yg komen mengada2 dan bukan2. Dhada kan ade suami dan anak. Teruskanlah mimpi, angan2 dan syok sendirimu.

Anonymous said...

aduhai reine,ini bukan soal tergila2kan atau apa..kami semua kawan...perempuan atau lelaki,pada Dia semua pun sama je kan?marilah sesama Melayu kita bergabung...jangan lagi berpecah belah,inilah masanya...apapun latar belakang anda,kita sesama Melayu...jangan berpecah,terlalu ramai mata memandang menanti perpecahan Melayu...bangkitlah...

-Annur-

Anonymous said...

kepada semua bangsaku,dengarkan lagu Mantera Beradu,Malique feat M.Nasir...

hayatilah setiap irama dan liriknya...mari sama2 kita bangkit...yang lepas biarkan lepas...

"risaukan perkara temeh,kita takkan maju"

-Annur-

wangsa said...

Welcome to the gang of pantun, puisi & sajak Le Reine...

kongsikan bakat anda dengan kami...
kami amat menghargainya

OK, mulakan dengan seloka pertama anda wahai Le Reini (cantik nama...)

adik feez, saya suka kata-kata puitis anda:

"Seni itu indah dan wangi...
Lembut sopan tutur bahasa walau berpencak umpama laksamana"

yang ini memang adik yang gubah kan?

feez said...

Enche wangsa,

"seni itu indah dan wangi...
Lembut sopan tutur bahasa walu berpencak umpama laksamana"

Ya itu memang nukilan sy enche wangsa.

Melayu itu memang kuat adatnya
Lalu di belakang yang tua, beradab membongkok tidak menerpa
Indah tutur lembut bicara
Walau marah beralas jua

Salam dihulur sebelum berjuang
Keris dihulur tari hulubalang
" Tiada apa nak kita balas pemberian pak awang"
" Hantarkan saja gula sebalang"

Indah sungguh adat melayu
Pesan ayah bonda orang dahulu
Jauh kita melangkah maju
Adat dan budaya kekal di kalbu.

Anonymous said...

aduhai...izinkan hamba berkata-kata..

seni itu luas tiada bertepi,
duduk letaknya bukan saja pada lukisan jari jemari,
tetapi ia penuh mencakupi gerak dan tari,
juga penuh dengan hiasan kata2 sang pari,
yang digubah dengan halusnya budi,
bahasa itu bukan sebarang jika diteliti,
mampu ia mengubah seluruh dunia ini,
jika digunakan bertatahkan sejati,
kerana melayu itu sifatnya hakiki,
bukan mengikut membuta tuli,
tapi penuh dengan kefahaman ttg diri,
mengenali diri asal semua yg terjadi,
baru gerak kepada yang lebih tinggi,
bukan berkata begini hamba ini suci,
tapi sekadar berkongsi bersama kawan disini,
yang indah dalam kata suci dalam hati...:)

-Annur-

feez said...

"Malar segar jiwa bebas bila karya jiwa dilepas..."

:)

Anonymous said...

jiwa ini sepatutnya sehebat teratai bunga suci,
hidupnya ia seindah embun pagi,
yang menyejukkan mata menenangkan hati,
sucinya teratai bukan mudah didapati,
perlunya pengorbanan setiap hari,
demi kembali pada yang yang abadi,
tingginya sifat teratai ini,
sungguh jarang kita semua selidiki,
kerana ia bunga sepi,
tiada minta dimegah-megahi,
cuma berdiri di tasik sunyi,
tanpa teman2 dikanan kiri,
aduhai teratai bunga suci...

-Annur-

feez said...

Sweet charity, bersama serak basah suara vokalisnya ramli sarip

" ku tak menyangka wahai terataiku sayang, badai taufan datang menghembus dirimu kau pun terkulai dan menunduklah layu, tak berseri lagi

Sungguh cantik paras wajahmu, sinar matamu bagaikan suria pagi, kuiinginkan terataiku sayang berseri seperti semula"

Anonymous said...

sifatnya teratai bunga,
sedih didalam indah diluar muka,
kerana kesedihan bukan untuk semua,
hanya dikongsi pada yang dekat saja,
pada dunia ia curahkan senyuman tanda cinta,
airmata biar sembunyi saja,
aduhai teratai bunga,
kau itu indah tapi tak siapa sapa,
dikau tenang dikolam istana,
jadi permainan puteri raja,
jadi tatapan mata2,
jadi idaman manusia semua...
aduhai teratai bunga...
wujudkanlah rupa,
hadirkanlah seri mereka,
supaya tak mudah lagi dibudakkan musuh durjana,
bangkitlah semangatmu teratai bunga,
hamba bermohon pada yang esa,
semoga kami semua sejahtera hendaknya,
dengan seri wajah teratai bunga...

-Annur-

Anonymous said...

kepada La Reine,sy mintak maaf...k?
walaupun sy mungkin bukan annur yg awak mahukan,tapi kita tetap bole kawan kan?jgnla marah...sy mmg gni,suka bergurau,adakala terlebih,sy minta maaf...peace...sy da buat blog baru,da lama da sbnrnya,tp belum rasa nak bgtau alamat pada semua lagi...feel belum smpai mungkin..buat blog mmg senang,tapi nak tetapkan setting yg baik,tema blog yg baik,penulisan awal yg baik,bukan semudah yg disangka...jgn marah k?

ps: kita semua ibarat sebuah keluarga besar disini...tiada puak2 mahupun kasta2,kita semua sama...:)

-Annur-

Anonymous said...

untuk pengetahuan awak reine,untuk buka blog ini saja sy da try banyak hari,ada saja yg tak kena,umur tak cukupla,ini xcukupla,itu xcukupla,mcm2...ini cerita benar...akhirnya pada satu tarikh,saya berjaya buat blog ni tanpa sebarang masalah,dan ia adalah pada hari 1 malaysia...16.9.2011,apa hikmah disebaliknya tuhan lebih mengetahui...

blog ini saja sy da upgrade byk kali...letak berbagai setting yg mudah bg pembaca...nak dapatkan satu laman yg simple tapi berkualiti bukan mudah,saya perlu blogwalking selalu dan lihat rupa setiap blog2 yg ada...dan yg paling susah adalah menyesuaikan diri dgn setiap penulisan...apa jenis penulisan yg sy mahu lakukan,santai sajakah?misterikah?atau mungkin berbicara ttg ilmu tanpa gelak tawa yg mengiringi?serius sepanjang masa,serta menetapkan jenis ilmu apa yg hendak dikongsikan dgn pembaca...untuk blog ini,setiap siri penulisan banyak menggambarkan perkembangan jiwa penulisnya sendiri...jadi anda semua dapat lihat bagaimana cara penulisan kami berubah dari semasa ke semasa...mengapa admin blog ni pulak byk komen?sbb selain post,ruang komenla tempat kami berkongsi apa2 saja dgn pembaca...kami tak mahu keluarkan post berkali2 dalam sehari...dan jika semua teliti,setiap komen2 byk berdasarkan post yg sedang dikeluarkan...ini post ttg kesedihan annur menghadap dunia...jadi setiap komen yg annur keluarkan pasti ada hubungkait dgn kesedihan,permainan dunia,gelak tawa manusia sbg penyembunyi terbaik sebuah kesedihan...

membuka blog mmg senang,tapi membuka blog yg berkualiti bukan semudah yang dikata...terlalu byk benda yg perlu diteliti,difikirkan...setiap pembaca lama pasti nampak perubahan demi perubahan pada blog ini...terutama pada background blog...

harap saudari reine maklum...:)

-Annur-

feez said...

Annur,

Kalau rumah baru dah ready umumkanlah..kami kawan2 mu menyokong. Teruskan bakat karyamu.

Anonymous said...

okey...no problem...takkanla sy sampai hati nak bagi rumah saja pada anda semua kan?pasti ia perlukan hiasan2 yang indah berseri...tapi nak dapatkan feel seni tu bukan senang...haha...apapun doakan sy k?

-Annur-

feez said...

Annur,
Sebenarnya bila membaca blog kamu ini tiada masalah besar, mudah dan friendly...

Cuma pd pdgn sy bab topic yg awk suka spt mistisfiles, matrix, iluminati, teori segala tu agak berat dan misteri. Mana satu arah kamu cuba sasarkan. Nk berpuitis puisi sambil berdakwah, more to budaya melayu atau campur aduk sekali dgn teori segala..sy khuatir kekadang ilmu tggi keagamaan sambil berpuitis campur teori segala ini dengan tapisan pemahaman sendiri spt jayanegara akan buat ada yg tergelincir/terpesong jika ada follower annur diluar sana yg tidak bijak membuat pengasingan semua itu. Semua dirojakkan rosaklah diri.

Ngeri tau bila baca komen2 jaya tu. Ada ketika dia mcm wali yg diturunkan tuhan, ada ketika dia berontak, ada ketika spt dialah imam mahadi. Nauzubillah...komen annur biasa saja dgn puitis ringan tetapi dhada towards dia sy tgk dah ada unsur berontak dan menyokong benar apa rancangan jaya. Setiap kata dia disanjung malah dhada seperti mengagumi dia, admire dia dlm diam padahal kekadang jelas dia berdelusi dgn dirinya sendiri malah merepek butir cakapnya. Do you really understand what im trying to say ya annur? It is so dangerous annur.

Misteri ringan itu boleh dlm berkarya. M.nasir dan kenanyakan penulis kreatif juga misteri caranya. Tp kamu kena jelas, m. Nasir more to budaya melayu dlm siri tour albumnya. Album ketuhanan mcm phoenix bangkit dan andalusia jelas berkisarkan kisah sejarah perjuangan nabi dan rasul serta kegemilangan tamadun islam shj.

Hope blog baru kamu jgn ada pautan link2 blog teori2 segala itu lagi. Kerana apa yg kamu senaraikan itu jelas menunjukkan arah kamu, kecenderungan kamu.

Asal nampak segitiga shj itu iluminati, dajjal, teori konspieasi zionis segala...haha lucu kan? Alter terahsia bangsa melayu pulak lg best....waaah mcm bangsa melayu lah yg hebat dan semua sejarah dikaitkan dgn bangsa melayu. Fuh hebat. Jadi elakkan kekaburan, arah kamu kena jelas.

Just my 2 cent kata omputeh. (sekadar pendapat bernilai 2 sen dari saya).

Anonymous said...

betul apa yg kamu perkatakan tu feez,sebab itu sy perlukan masa untuk setting arah perjalanan penulisan di dalam blog baru itu nanti...membina sebuah blog mmg mudah,tak sampai pun beberapa minit,tapi membina sabuah blog nyg berarah tujuan yg jelas,apa jenis penulisan yg ingin dibawakan,topik2 apa yg ingin diutarakan,semua itu perlu difikirkan...saya suka begini,anda semua sbg kawan2,beri pendapat ttg bagaimana arah tujuan blog baru itu nanti...banyak pendapat lagi bagus,kerana muafakat itukan yg lebih baik...sedaya upaya saya akan cuba cantumkan semua pendapat yg ada...

-Annur-

La Reine said...

Blog ni da tak brnyawa dan tak patut dihidupkan kembali sebab org yg tk betul mencari dan menghadap blog ini, berkongsi pendapat dan bercerita kt sini takut nnti terikut2 apa yg Dhada lakukan je.

La Reine said...

Kau nk menyamar jd Annur ke atau tidak.. Aq dah tak kisah. Ape2 je la. Bosann!!!

La Reine said...

Setelah aq baca dan teliti komen2 kt sini lebih gila dan mengada2 mengalahkan Dhada, Annur dan jy. Kecuali org yg menasihati, bersajak, berpantun dan berpuisi. Komen yg lain tu smue mengarut dan syok sendiri je.

Anonymous said...

kesian...orang sudah kebulan,dia masih dibumi...ternyata ego itulah pengikat manusia daripada bersatu...sungguh kesian...

-Annur-

Anonymous said...

sedih dipagi begini,
teringat pada kisah-kisah manusia duniawi,
yang bertegang urat marah sana marah sini,
baginya manusia semua pesalah abadi,
tak layak dimaafi apatah lagi disayangi,
jika begini sifatnya bangsa yg kusayangi,
kelak nanti semua duduk sendiri2,
tiada sapa tiada senyuman budi,
yang menghiasi hari-hari,
pesalah dunia selalu dibuang ketepi,
kerana pada manusia mereka itu jijik dan harus dijauhi,
hanya layak memakan maki dan caci setiap hari,
aduhai manusia algojo yang mengganti tuhan sehari2,
jika berterusan engkau begini,
yang jahat makin jahat akan jadi,
yang baik bertukar jahat juga jika kau tak sudi memaafi,
siapa saja manusia pasti silap setiap hari,
kerana itu sifat seorang insani,
cumalah kasih sayang yang mampu mengubah semua ini,
dan egolah penghalang cinta sejati...

aduhai dunia,makin hari makin gila aku jadinya...

-Annur-

feez said...

Sabar lah annur...

wangsa said...

as salam

annur dan feez, adik berdua memang berbakat besar dlm menulis puisi

annur ada genre tersendiri

saya nampak feez pasti akan menyelitkan watak2 pahlawan melayu di dalam nukilannya...lebih maskulin gitu...

di mana orang menyorok?
dia berbakat menukilkan pantun

le reini, sila kongsikan bakat anda...

kami pun nak tahu apa yang adik le reini boleh sumbangkan dalam waqaf puisi-senda-loka annur ni

annur boleh baiki konsep blog yg tu nanti
jadikan ia sebagai waqaf puisi
macam taman, floral concept ke, air terjun ke, hutan ke, laut ke
ceria, terang....

annur google je blogspot template, contoh:
http://www.hongkiat.com/blog/50-most-beautiful-blogger-templates/

saya setuju dgn feez, tak nak dah momok2 dan warna suram dalam waqaf puisi tu nanti ye.....

saya pun sebenarnya tak lah tengok sangat gambar2 dlm blog annur ni..takut.....

lepas tu format tulisan kena seragam - font size, warna dll

secara ringkasnya - jadikan blog "neat and tidy"

konsep waqaf puisi - tempat lepak yang santai utk penggemar pantun & seloka - ok tak?

Anonymous said...

salam semua,

hehe,bagus gak cadangan sdr wangsa tu...setiap dari kita sebenarnya ada bakat tersendiri mengolah kata2 utk dijadikan puisi indah,cuma perlu diasah sahaja...takpe2,nnt sy da open blog baru,korang bole bantai berpuisi dalam tu k?sama2 kita gemilangkan bahasa ibunda kita semula...mesti best...saya suka kata2 seorang kawan yg saya kasihi,katanya..."pertama yg perlu kita belajar,adalah kalam kita sendiri...",mungkin sebab itu nenek moyang kita sangat suka berpuisi dalam menghurai setiap apa yg mereka ingin sampaikan...kiasan mampu memujuk hati2,mampu meredakan amarah,menegur dalam kesopanan tanpa menyakiti hati sesiapa...bahasa jiwa bangsa...maka jika puisi2 sudah menjadi bahasa bagi kita,bayangkan jugalah bagaimana jiwa2 yg sudah dibentuk...pasti halus dan penuh seni...:)


-Annur-

feez said...

Dalam kasar, gusar
Ada satu ruang dalam diri setiap manusia bilik kosong yang mungkin berseni, mungkin penuh kasih sayang dan puitis..

Fakta sejarah: Hitler yang terkenal kejam, kuku besi dan penglipur perang terkenal dengan ideologi nazi itu sangat kasih dan sayangkan ibunya sehingga akhir hayatnya. Unik kan?

Tak kurang juga orang yang baik tapi ruang kosong itu diisi dengan berontak, amarah dan tidak dapat menerima bahawa dalam dirinya ada sekelumit kasih sayang dalam ruang kosong itu..

Mana ada tempat untuk kita beri peluang kepada ruang kosong itu untuk melimpahkan karya,
Mahu bercakap dengan kawan, berpuisi sajak seloka mahu saja jadi bahan ketawa

Kita hanya mampu menulis, orang yang membaca akan menilainya
Marilah kita bersama menulis apa yang kita suka disulam dengan adat budaya
Manis kiasan kata beralas santun karut kita

Bila bilik-bilik kita dicantum
Kita akan dirikan sebuah banglo karya

Anonymous said...

ya,benar feez...aduhai tinggi benar kiasan kata...mari hamba tambah dengan puisi seorang wanita...

kita disini berseloka tanda ceria,
luaran kita bahagia,
dalaman biarkan saja,
itu rahsia kita dan dia,
tak perlu dibongkar beritahu semua,
kecuali pada mereka yg tertentu saja,
indahnya kata disulami jenaka,
berkasih sayang pengubat duka,
dihiasi cinta sesama manusia,
meluah rasa jiwa seorang melayu muda,
bersama membina karya2 segar dan penuh makna,
penyambung puisi lama milik moyang kita,
rasa yang ada kita tukar menjadi puisi cinta,
untuk dinikmati oleh semua teman yang setia,
pada mereka yang berdiam senyum saja,
mari bersama kita meriahkan teratak senja,
yang bakal diubah duduk letaknya,
pada sebuah rumah yang baru dan ceria,
moga ikatan yang ada diberkati yang esa,
kerana kita manusia semua sama saja,
tak perlu bergaduh sepanjang masa,
berkawan begini kan manis rupanya,
inilah bukti kita melayu bangsa tinggi tamadunnya,
bila berkata bukan menghambur saja,
tetapi penuh dengan tatasusila,
senyum ketawa kita,
adalah pengikat cinta sesama manusia,
yang bakal dicontohi seluruh semesta,
bukan impian daku curah pada semua,
tapi ini satu doa hamba dibulan puasa,
semoga kelak bangsaku penuh dengan budi bahasa...
kabulkanlah wahai pemilik kuasa,
hamba bermohon dengan seluruh jiwa dan raga...

-Annur-

Anonymous said...

hai saudara wangsa?asik2 saya dan feez bermadah kata,bila tuan hamba mahu tambah apa yang ada?mana adil untuk semua,kami mahu juga dengarkan nukilan tuan hamba,apalagi sahutlah cabaran yang hamba sua,takkan takut dengan seorang wanita?haha....

kepada yang lain,jomla join kami semua...berpantun sajak puisi apa saja,asalkan penuh dengan kiasan dan budi bahasa...hehe...peace...

-Annur-

feez said...

Duduk berdiri bangun...terlena yang seketika
Basah bibir jadi kering, melupakanmu tidak pernah

Indahnya cinta si majnun dan laila..terawang diangkasa
Ombak gemuruh berdentum di hati yang pasrah

" bisakah aku bertanya padamu dari mana datang sayang ini... Dari redup matamu atau bisikan mesra
Atau kerna sentuhan listrikmu " - m.nasir, sentuhan listrikmu.

Coklat sedap..menenangkan. Annur mahu?
Pagi ni kubersahur dengan coklat sahaja haha.

Anonymous said...

iye menenangkan,tapi tidak mengenyangkan...coklat sekeping masakan mahu dikongsi bersama teman2,haha...ya..cinta pada yang esa,itulah asbabnya perasaan datang bertukar-tukar...

ps:cinta pada yg esa itu indah...:)

-Annur-

Anonymous said...

feez,lagu sentuhan listrik ni indah ya...baru perasan ini lagu m nasir,penah dgr tapi baru tahu lagunya mcamana...lagu m nasir mmg banyak yg memberi erti...pun baru tahu wujud perkataan listrik ini..katanya getaran tanpa kabel...kira seolah getaran rasa...unik...

kepada kawan2 semua,jika ada lagu2 yg indah untuk dikongsikan,sama2la kita hulur2kan...bila cinta pada esa datang,semua jadi indah dipandangan..:)

"rasa jentik hati,ilmu jentik akal"

-Annur-

feez said...

Cuba dengar album canggung mendonan. Album ni keluar thn 1993, yakni aku form 1 hehe..

Album ni terbaik coz lagu2 m.nasir byk yg hit dlm album ni..dan aku mula mengenal m.nasir yang gemar bermain bahasa puitis. Pesanannya, sindirannya beralas umpama menjolok sarang tebuan tapi tebuan tidak bangun dari tidur..aman. Album ni more to adat budaya dan feel melayu. kalau nak yang berbau timur tengah dan ketuhanan kena dengar album phoenix bangkit, itupun buah tangan terbaik m.nasir nanti ada masa kuulas pula album itu.

Album canggung mendonan:

1. Tanya sama itu hud-hud
- annur serba maklum sudah. Kamu pun pernah komen dan review lagu ini. Nama blog kamu.

2. Bonda
- mengapa sinar neon dan gedung indah
Kotaraya yang menjanjikan sejuta rasa sejuta haruman kini menjadi penjara jiwa ku yang merindukan ketenangan. Duhai bonda hari-hariku kini berlabuh bagaikan bahtera tanpa layar dan kemudi. (Emm boleh menitis air mata teringat bonda di kampung.)

3. Anak-anak kita.
- Anak-anak kitakah yg tak tahu nak pulang bila petang kerna terlalu mabuk, main lastik dan berpistolan, pistol-pistolan..
Anak-anak kitakah yang memikul beban kesilapan kita..Hingga dia tak kenal budaya canggung bangsa sendiri. (Dengarkan sendiri dan blh faham maksudnya, lagu ni pun catchy mcm tanya sama itu hud2)

4. Mentera semerah padi.
- semua serba maklum, menyentuh tentang ketuanan melayu.

5. Secangkir kopi semanis puan.
- best lagu ni...mendamaikan..rasa ingin bercinta dan sukakan seseorang jika mendengar lagu ini hehe.

6. Ada.
- dalam hutan ada taman dan dalam taman ada puterinya dalam dia ada cinta dan dalam cinta ada segala-galanya. Dalam awan ada hujan dan dalam hujan ada lautan bla bla... (catchy, meaningful dan best lagu ni)

7. Bukalah hatimu.
- salahkan zionis atau freemason
Salahkan nazi dan klu klux klan
Salahkan orang tua
Salahkan sejarah
Salahkan semuanya
Tapi dirimu (dalam penuh makna tersirat..m.nasir ada rapping wooo dlm lagu ni haha).

8. Sentuhan listrikmu.
- Bisakah aku bertanya padamu
Dari mana sayang ini
Dari redup matamu atau bisikan mesra
Atau kerna sentuhan listrikmu
Hati ini hanya milikmu saja
Sentuhanmu bukan datang dari dunia materi
Terasa ini pernah mengusikmu
Bagai dejavu. (electric touch without cable, teringat juga lagu shes electric dendangan band oasis hehe).

Lagu dalam album ni semua best melodi dan liriknya
dan yang penting puitisnya ada disitu.

Anonymous said...

fuhhh!!!.ini mmg peminat fanatik...haha

bagus2..cmnila best..kongsi2kan apa yg kalian semua tahu...baru bermakna sikit kita jalani hidup...hehe..peace..:)

ps:selain M.Nasir,sy suka band Sheila on 7...cuba dengarkan lagu sebuah kisah klasik dari mereka...khas utk kawan2...:)

-Annur-

wangsa said...

as salam adik annur, feez, orang menyorok (masih lagi menyorok ke..??)

"subhanallah"
"alhamdulillah"
"laillahaillah"
"allahhuakbar"


saya sebenarnya tak pandai berpantun seloka

bagi komen nukilan orang....boleh lah..

waahh....feez....awak punya genre ni 'tinggi' jugak lah
bak kata annur - lebih kepada kiasan
'ruang kosong' ??

annur...nampak lebih 'straight forward', bakatnya terserlah dalam menganyam kata-kata
nukilan annur ni boleh je 'berjalan' sampai ke negeri cina jauhnya..kalau kita biarkan dia berkarya tanpa henti

harap pembinaan teratak puisi baru annur berjalan dengan lancar

membaca nukilan anda berdua meningatkan saya kepada nukilan Tun M dan usman awang

Sajak Melayu Mudah Lupa - Tun M
Sajak Melayu - Usman Awang

Anonymous said...

aduhai dunia...

aku terduduk tersenyum gembira,
menghadap matahari yang menari ceria,
seolah dunia ini milik kita semua,
tanpa sesiapa pun cuba berbuat tamak haloba,
kasih yang maha esa,
dibahagi sama rata pada semua kita,
alam jagat semua sentiasa hidup bahagia,
kerana mereka hidup berkasih dan cinta,
setiap kaum punya cara mereka,
dan kita melayu juga sama,
aku melayu dan aku bangga dengan dengannya,
berseloka bermadah pujangga,
membuat semua cinta pada bahasa ibunda,
semoga nanti tiada lagi menganggap ini impian lapuk saja,
apabila pujangga jadi bualan biasa,
semua manusia berkasih dan cinta sesama...
aduhai dunia...
indahnya...

setiap hari adalah hari raya buat dunia...salamku buat dunia...:)

-Annur-

Anonymous said...

wahai saudara wangsa,

siapa cakap anda tak pandai?tuuu yg kat atas tuuu,sapa pulak yg karang...hehe...

ps:jangan merendah diri sangat...buat semua segan je nanti...sdr wangsa,bebaskan jiwa,luahkan semua...pasti anda rasa lebih lega...:)

-Annur-

feez said...

" Coba kau tunjuk satu bintang...sebagai pedoman langkah kita " - sheila on tujuh.

Ruang kosong itu bukanlah lambang jiwa yang kosong...maksudnya dalam banyak-banyak ruang bilik dalam hati manusia ada ruang dalam diri manusia yang padat dengan segalanya itu, secebis ruang untuk dia berkarya seni...
Sejahat mana orang, mungkin dia suka menyanyi (contohnya eee mona fandey yg suka menyanyi tu yg keray orang 18 dulu)
Sesumbang mana suara orang, mungkin dia gemar melukis, berpuisi
Menulis, berkarya, sajak, seloka pantun gurindam segala....seni itu tetap ada dalam diri manusia, pandai atau tidak diolah sahaja.
Fitrah manusia.

Anda sudah bayar zakat fitrah tahun ni atau belum? Saya sudah baru saja semalam :)

Anonymous said...

fitrah manusia itu banyak bendanya,
perasaan itu fitrah seorang manusia,
rasa sentiasa berubah mengikut tuannya,
rasa kawal kita,
atau kita kawal rasa,
bila rasa itu baik rupanya,
kita biarkan saja dikawal setiap masa,
itu tanda nikmat pemberian yang esa,
bila rasa itu jelek wajahnya,
kita jarang perasan kehadirannya,
kerana tatkala itu kita dikawal rasa,
marah itu contohnya,
tetapi adakala ia juga memberi jasa,
supaya kita tak mudah dipijak sesuka,
susah benarnya bercerita soal rasa,
terlampau banyak selok beloknya,
tapi asal saja kita bahagia,
itulah penyelesaian semua rasa,
sekadar perkongsian buat teman semua,
hamba bukan sesiapa,
sangat jahil juga kiranya,
tapi apa yang ada kita berkongsi sama,
itu lebih membuat kita semua gembira...

-Annur-

Anonymous said...

bulan mulia bulan ramadhan,
bulan mulia wahyu diturunkan,
wahyu datang dari Tuhan,
utk rasul kekasih Tuhan.

wahyu diturun melalui perantaraan,
perantaraan melalui malaikat jibril,
utk nabi kekasih Tuhan,
masih juga ada yg musykil.

alquran dibaca setiap hari,
dibaca sendiri2 atau dibaca berkumpulan,
sampai khatam diakhir nanti,
masihkah dibaca selepas ramadhan?

hebat sungguh penangan ramadhan,
perkuatkan amalan tambahkan ketaqwaan,
hbs ramadhan semua ditinggalkan,
sbb kalah pujukan iblis setan.

alquran dijunjung jadi panduan,
hadis sunnah jadi ikutan,
kuatkan amalan dan juga ikatan persaudaraan,
insyaAllah berjaya umat akhir zaman.

org yg menyorok

=)

Anonymous said...

aduhai orang yg menyorok...

sekali lagi hamba kalah bermain kata dengan tuan hamba...

bijaksana tuan hamba menyulam kata,
sehingga terkedu hamba jadinya,
tak tahu mana nak mula,
tak tahu juga bagaimana nak mula,
lalu jadilah puisi hamba begini saja,
pusing sana pusing sini tetap tiada kata,
cuma mampu membalas tanda setia,
tanda kita semua kawan sejiwa,
hamba ini sangat takut orangnya,
pabila disebut Dia segala,
hamba lari2 sini sana,
kerana yang disebut itu bukan sebarangan saja,
salah sebut takut petir pula pengganti Dia,
maafkan hamba wahai saudara,
beginilah hamba orangnya,
tak mampu sudah menyebut ini semua,
tak berani jua mempertahan pada semua,
kerana diri sungguh hina,
tak layak kelangit sana,
memijak dibumi pun segan rasanya...

aduhai saudara menyorok,terus sebarkan ilmu pada kami semua,kami rindukan pujukan lembut begini menghala ke Dia,cerita sebeginilah yg mampu buat kami terduduk dan bersedih insafi diri jua...terima kasih semoga harimu baik2 saja dilindungi yang maha kuasa...amin...:)

ps:gitula...toksahla sorok2,sorok2 dalam alam maya,kira sorok dalam sorok...haha

-Annur-

Anonymous said...

salam sayang kepada semua,
salam kasih turut serta,
sekarang salam 1malaysia,
apa2 je la janji sejahtera.

kenang kalian dalam doaku,
kenang daku dalam doamu,
senjata utama diriku & dirimu,
semoga kuat berdiri bersatu.

redha ikhlas istiqamah taqwa,
setiap ibadah perlu dijaga,
nasihat & jaga sesama kita,
insyaAllah gunung yg besar diredah jua.

kita merancang DIA pun merancang,
sebaik2 perancang tentulah DIA,
duduk menyorok bersuara lantang,
bawah tempurung memerhati saja.

jgn bergaduh sesama kita,
buang keruh ambil jernih saja,
pintu taubat sentiasa terbuka,
betapa sayangNYA DIA kepada hamba.

10 terakhir di bulan ramadhan,
teguhkan ibadah tambahkan amalan,
alahai ramadhan akan ditinggalkan,
adakah segala dosa diampunkan?

10 terakhir di bulan ramadhan,
tambah tambah banyakkan amalan,
lailatul qadar lbh baik dr seribu bulan,
malam yg penuh dgn keberkatan.

tambah tambah banyakkan amalan,
sisa2 ramadhan akan ditinggalkan,
malam lailatul qadar bukan sembarangan,
hanya hambaNYA yg terpilh akan diberikan.

org yg menyorok

=)

Anonymous said...

walau tanpa wajah...hati rasa berdetik..

Anonymous said...

hehe...siapa ni ya...menyapa tanpa nama...

-Annur-

Anonymous said...

saja...suka mengintai awak..:P

Anonymous said...

tak perlu mengintai sini sana,
aku sentiasa ada disisi kamu semua,
tinggal kamu itu sedar saja,
akan kehadiran aku dimana kamu ada,
aku ada jika kamu percaya,
aku menyorok pada yang tak percaya,
dimana ada kamu aku sentiasa mengekori setiap masa,
jangan kamu pelik jika aku berkata,
aku itu kamu tapi dari sisi yang berbeda...

peace...;)

-Annur-

Anonymous said...

kamu lihat aku,
kamu suka padaku,
tapi tidakkah kamu tahu,
aku itu kamu?
sebab itu aku selalu berkata pada kamu,
aku ini sisi kamu,
yang tidak kamu tahu,
akan kehadiran aku.

aku lihat kamu,kamu lihat aku,
samakah kita?

percayalah...

aku itu kamu,
kamu itu aku,

tiada siapa melainkan kita saja,
di dunia ini hanya kita,
itulah yang kamu selalu ucap setiap masa,
tiada sesiapa melainkan kita...
lupakah kamu akan kata2mu sendiri ketika jarimu terangkat menyaksikan cinta kita?

jangan cari aku,
kerana aku itu kamu...

cari dirimu saja...
itulah bukti cinta kita...

hehe...

-Annur-

Anonymous said...

Nota ini untuk Kamu;

Kerana kamu kuintai kamu, kerana kamu aku tersenyum, kerana kamu, nafas gembira ku dan kerana itu kamu ingin kujadikan kawan terbaik buatku. Mampukah kamu menjadi seperti kamu yang dulu yang ada ketika aku ada.


:P

Anonymous said...

"Mampukah kamu menjadi seperti kamu yang dulu yang ada ketika aku ada"

nota utk kamu jua,hehe

jangan bertanya tentang kemampuanku,kerana kemampuanku terletak pada kepercayaanmu...

aku akan menjadi seperti yang kamu inginkan pabila kamu yang terdahulunya ada kini seolah tiada kembali menjadi ada semula...aku mahu kamu sedar yang kamu dan aku itu ada,disini...aku bukan sekadar khayalanmu,aku adalah nyatamu...jangan uji kemampuanku jika kemampuanmu belum saja kau selidiki...ketahuilah bahawa kemampuanku adalah kemampuanmu...

kamu selalu mencari aku,sedangkan aku selalu berada ditepimu memandang kamu yg sedang memandang aku...

mari kita berkenalan semula,disini...:)

-Annur-

Anonymous said...

apa mengarut daaa si annur sewel ni...haha.

apapun salam perkenalan saya hulurkan...peace...:)

-Annur-

Anonymous said...

kepada semua,jgn salah faham ye...kelihatan seolah2 satu perbualan yg pelik...tapi cukupla kesimpulannya adalah kalimat suci yg kita semua pegang...peace..:)


"lupakah kamu akan kata2mu sendiri ketika jarimu terangkat menyaksikan cinta kita?"

"cari dirimu saja...
itulah bukti cinta kita.."

ps:sebelum ada yg salah faham karang,lebih baik sy terangkan dulu makna perbualan sebentar tadi...peace...:)

-Annur-

Anonymous said...

haha...rasanya dah ada hati yang terpaut di ruang maya ini. apa-apa pun harap semua masih waras dan tidak terbuai-buai dengan mainan kata-kata manis penuh puitis....kenali mana kata-kata kebenaran, mana kata-kata perangkap. semoga Allah memberi keimanan yang kuat kepada kita...semoga kita tidak terpesong dari landasan yang sebenar.

-kepompong-

Anonymous said...

wahai en kepompong...jangan engkau sebarang menuduh,nnt dhada da kembali,siap kau...haha

ini bukan ruang cintan cinton,haha,itule namanya gurauan senda sesama kita...mana ada terpaut itu sume...annur da jadi loneranger,sume pakat dok buli ye...haha

dhada,bila kau da kembali,kau lihatlah semua kat sini suka2 membuli adik ksyangan mu ini,korang xtau,kakak i garang tau..haha

ps:hmmm..rindu kat dhada,dulu kitorang je 2 org yg slalu merepek kat blog comot ni...hmmmm...

-Annur-

Anonymous said...

"lupakah kamu akan kata2mu sendiri ketika jarimu terangkat menyaksikan cinta kita?"

itulah ucapan syahadah ketika tahiyat akhir,ucapan penyaksian cinta pada yg esa....

jika tersilap dan terlebih dalam berkata2,annur minta maaf pada kalian...

-Annur-

Anonymous said...

dulu,lama sebelum korang kenal blog ni,hanya annur dan dhada yg byk mengarut kat dalam blog ni...blog ni tmpat kitorang bertukar khabar,bergelak tawa menghilangkan duka lara,bertukar2 pendapat,bercerita benda2 ngarut...blog ni jugak tmpat kitorang beradik bertekak,dhada lepas geram kat annur,annur lepas geram kat dhada,haha...tmpat kitorang cite kisah kecik2...tmpat kitorang eratkan hubungan walaupun jarak memisahkan kitorang beradik...tmpat kitorang tembak menembak dgn kata2 yg pedas,hanya kitorang beradik yg faham kemesraan sesama kami,rindukan dhada...skrang ni jadila annur si gila sorang2 yg gelak mcm org sewel kat blog ni...haha...

kepada dhada,bila kamu da kembali nnt,kita sambung balik gaduh2 ek my dear sis...love u...

kami semua disini sayangkan kamu,dhada...keluarga besar disini sentiasa mendoakan yg terbaik utk kamu...kami menanti kepulangan dhada yg baru...love u my dear sis...

-dari Annur dan family-
-untuk DH-

Anonymous said...

aku bersaksi tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah,
dan aku bersaksi muhammad itu pesuruh Allah,

kalimah tauhid kalimah suci,
dari mulut turun ke hati,
disebut2 setiap hari,
pegang erat sampai ke mati,

wajib dipegang setiap islam,
berbeza dgn si penyembah berhala,
kalimah tauhid erat digenggam,
takkan goyang pada sesiapa.

terima Tuhan menolak muhammad,
terima alquran menolak hadis sunnah,
adakah kau rasa kau kan selamat,
padahal jiwa resah gelisah.

rahmat Tuhan sekelian alam,
kehendakNYA saja takdir ditentukan,
nur muhammad menerangi alam,
dijadikan dia oleh Tuhan.

kalimah agung bkn sembarangan,
kalimah tauhid penuh berisi,
kalimah ini kalimah persaksian,
bilakah kita semua bersaksi?

kalimah agung kalimah suci,
kalimah ini bkn sebarangan,
kalimah agung dipegang rapi,
utk ketemu dihujung jalan,

ramai yg duduk dalam syariat,
tak kurang juga dalam tarekat,
fahami mengerti apa itu hakikat,
bknnya senang menyampai ma'rifat.

kononnya diri sudah 'mengenal',
kononnya diri sudah 'menyampai',
dh rasa hebat malas beramal,
padahal diri sedang 'dibuai'.

kalimah tauhid kalimah suci,
kalimah agung membeza diri,
kalimah keramat digenggam rapi,
moga ia menjadi 'kunci'.


org yg menyorok

=)

Anonymous said...

aku beramal kerana Kamu,
tapi rupanya aku mengeluh bila tiba waktu,

aku beramal kerana Kamu,
tapi rupanya takbur selalu menyelubungiku,

aku beramal kerana Kamu,
tanpa kusangka itu semua pura-pura bagiMu,

aku beramal kerana Kamu,
kerana kusangka amal itu penemu cintaku,

aku beramal kerana Kamu,
rupanya aku masih tetap persekutukanMu,

aku beramal kerana Kamu,
rupanya itu kata-kata dusta dariku,

aku beramal kerana Kamu,
rupanya itu permainan bodoh dariku,

aku beramal kerana Kamu,
rupanya aku sendiri kelihatan bodoh dihadapanMu,

aku beramal kerana Kamu,
padahal si miskin lalu aku buat tak tahu,

aku beramal kerana Kamu,
tapi saudara sepeganganku aku kutuk bertalu-talu,

aku beramal kerana Kamu,
tapi belum habis solat hatiku sudah bosan berteleku,

aku beramal kerana Kamu,
padahal aku malu jika tak berbuat begitu dihadapan kawan-kawanku,

aku beramal kerana Kamu,
padahal syurga itu tidak layak untukku,

aku beramal kerana Kamu,
sedangkan neraka menantiku kerana amal dustaku,

aku beramal kerana Kamu,
rupanya akulah perosak dunia tanpa aku tahu,

aku beramal kerana Kamu,
aku menipu...ya...aku menipu pabila aku katakan aku beramal untuk Kamu...

buang semua amal2ku dulu,kerana ia sememangnya tidak layak menemui kesucianMu...

-Annur-

Anonymous said...

feez,apalagi...tebarkan puisi indahmu ...saja2 hilangkan jemu...hehe

kepada kawan2 yg lain,moh ramai2 kita hilangkan duka guna puisi saja...peace..:)

-Annur-

Anonymous said...

aku mengucap padaMu,
tapi hatiku kosong tanpa erti yang menjadikan aku terharu menghadapMu,

aku solat untukMu,
tapi perbuatanku menggambarkan tiada ketenangan dalam diriku,

aku berpuasa demiMu,
tapi itu cuma penipuan aku untuk Kamu,

aku berzakat dibulan keredhaanMu,
tapi tangan dan hatiku ku ikat daripada memberi sesama umatMu,

aku menunaikan haji ditanah suciMu,
tapi bila pulang dari sana jiwaku makin bongkak kerana semua itu,

aku berpegang teguh pada semua rukun islamku,
tapi jiwaku berontak marah pada semua makhlukMu,
kerana bagiku mereka semua pesalahMu,
pesalah yang aku harus hukum kerana mereka tidak sepertiku,
biarlah aku menggantiMu menghukum semua manusia dan elak berkasih sayang dengan mereka kerana mereka semua itu layaknya keneraka saja,tidak sepertiku yang aku yakin dengan segala amal suciku aku layak untuk syurgaMu,
aku perlu menegakkan kebenaran pada mereka semua demiMu,
mereka perlu tunduk padaku kerana ditanganku ada firman dan hadisMu,
kasih sayang?ah persetan semua itu!
yang penting aku adalah pejuang unggulMu,
aku bangga dengan diriku,
kerana aku berjuang untuk Kamu...
hahahaha...dunia ini akan aku lawan semuanya demi Kamu...

hahahahaha...
syurgaMu hanya untuk aku dan pengikutku...

sehingga ke satu masa,aku tenggelam dalam khayalanku...dunia tetap seperti selalu malah kezaliman makin menyelubungi duniaMu,
kenapa wahai tuhan,apa salahku lagi...

terduduk aku terkenang semua kisah itu,

datang seseorang menyapaku dengan penuh kasih sayang...dimatanya kulihat kasih sayang,pada setiap kata2nya kulihat kasih sayang,di setiap gerak lakunya terlihat kasih sayang...katanya padaku..."bersabarlah,insafi dirimu,takkan berguna semua firman dan hadismu tanpa kasih sayang dihatimu...jangan membenci mereka,dekati mereka,sayangi mereka,dengan itu barulah dunia akan aman seperti dahulu...

benar...kasih sayangla pengikat cinta ilahi,kasih sayangla akan menjadikan semua firman hadisMu sesuatu yg mereka cintai...benarlah,segalanya bermula dari kasih sayang...baru kutahu kenapa perlunya aku berbasmalah dipermulaan langkahku...baru kutahu kini...

itulah secebis kisah dongeng dipagi hari untuk kawan2 semua...hehe..peace..:)

senyum selalu!

-Annur-

Anonymous said...

salam..

kata orang - seseorang itu mudah melenting kalau dia terasa.

kata saya - annur mungkin tidak kerana dia hanya melenting manja.

kata-kata kadang-kadang melambangkan hati & perasaan...

mungkin ada yang tersenyum malu tapi bukanlah annur...orang lain kot.

dan bagitau dhada...jgn terlalu garang. wajah redupnya tak sesuai utk perwatakan yang begitu.

dan buat annur...kita manusia...tak lari dari melakukan salah & silap...maaf dipinta jika ada kata yang mengguris.

salam ramadhan & selamat menyambut hari raya.

salam sayang,

-kepompong nak jadi rama2-

Anonymous said...

haha,apa mengarut daaa...

no hal la...mana ada amek hati pun...saja gurau2...

okeyyy,selamat menyambut 10 ramadhan terakhir,dan selamat hari raye...duit raya jgn lupe bg...haha

ps:kepompong pun bule bersuara ke?ini magic punya kepompong daaaa...

-rama2 annur- =p

feez said...

Derap derap langkah seringkali buatku risau
Terpijak, tersepak
Aku terlalu kerdil
Untuk menongkah titik air hujan apatah lagi tapak kaki manusia...nescaya aku terpenyek dilenyek

Semut kecil sepertiku hanya tahu berbaris mengikut aturan
Bukan ikut langkah sendiri yang tak keruan, tak tahu kemana haluan, sesat balik ke pangkal jalan

Kurayap kuhidu dan kurasa gula itu
Emmm manis namun untuk memikul seketul gula itu berat tak tertanggung ku seorang
Lalu kukumpulkan rakan dan taulan bersama membawa beban agar gula itu busa dijadikan makanan seharian, atau mungkin berbulan
Berat sama kita ringankan

Bila seorang ku tak upaya bila beribu yang besar pun ditumbangjan diratah menjadu debu
Awas manusia dengan penyapunya atau mungkin lebih kejam dihujankan dengan sianida berjenama shieldtox, ridsect segala..oh sengsara!

Semut halus mulus tulus
Terus berjalan dan berjalan bukan beremba, berlumba tapi berbaris melata di bumi tuhan yang penuh panca dan gelora
Yang penuh hiba dan duka

Yang pastinya

Senyum tawa dan bahagia tetap ada.

Anonymous said...

wow! serius wow!

terlampau banyak bakat yg kalian semua pendamkan,

dalam diam ubi berisi juga rupanya...hehe

-Annur-

feez said...

Maafkanku ya annur

Bukan menyepikan diri tapi lelah dengan diriku
Bermain jerami dan menampi padi
Gigih tak terperi mencari sesuap nasi
Maaf memuji diri sendiri jika tidak siapa lagi

Hihihihihihi

:)

wangsa said...

oh..aku terkedu...
itu saja yang aku tahu....


p/s -
sape pandai cipta lagu?
lirik lagu dah banyak dah - pantun ada, puisi spontan ada, puisi kiasan ada, puisi intai pun ada juga, puisi rama2 pun ada
sape pandai main gitar?
boleh kembangkan puisi2 indah ini menjadi alunan merdu mendayu menjadi halwa telinga
sape pandai nyanyi?
boleh lah jadi artis youtube segera, dendangkan irama nusantara penuh dengan kasih sayang insan

Anonymous said...

hehe,bagusla gitu,berdikari itukan mulia...apatah lagi raya da dekat ni...xgitu?hehe...

ps:kan best gni,berkawan aman damai,berpuisi hilangkan lelah diri mencari rezeki...inikan satu terapi...senyum selalu!

-Annur-

Anonymous said...

sy pandai!

err...pandai berpuisi jer...leh join ker...hehe

aahla,best gak ek idea tu...sape nak buat...annur tukang sorak!haha

ps:itupun puisi bantai je...hehe

-Annur-

Anonymous said...

baguslah..untung2 boleh masuk AJL..hadiah share ramai-ramai yer..

feez said...

Hikayat kumbang dan kuntum*

Kumbang: kumahu madumu

Kuntum: masakan begitu, langkah mayatku dulu

Kumbang: manusia yang mahu bukan aku

Kuntum: persetankan manusia itu, aku ini penyimpan madu bukan dadu untuk dicampak kesini kesitu

Kumbang: tapi mereka perlu madu buat penawar sakit sendu

Kuntum: kenapa cari aku, kan banyak lagu bunga beribu

Kumbang: kau yang selalu, dekat dihatiku yang lain jauh berbatu-batu. Masakan boleh kesana terbangku bukannya laju

Kuntum: adakah aku nombor satu

Kumbang: ya kau pendahulu

Kuntum: *diam tersipu malu*

Kumbang: bagaimana, setuju?

Kuntum: ah! kau pandai saja mencairkan hatiku

Kumbang: sungguh, ini ikhlas dari hatiku

Kuntum: kalau begitu nyanyikan aku sebuah lagu

Kumbang: tanya sama pokok apa sebab goyang nanti jawab pokok orang nak tebanggg :)

Kuntum: haah gila apa kau ini kenapa sumbanggg
aku mau lagu yang akhirnya uuuu bukannya angggg

Kumbang: huhuhuhuhuhuhu

Kuntum: hahaha aku malas banyak bicara lagi nah! Ambillah maduku kerana aku sayangkan kamu

Kumbang: terkedu, membisu...mengapa pula begitu

Kuntum: kerana aku sebenarnya sayangkanmu. Kau tetap ada dari dulu menemaniku saban waktu tak jemu-jemu menjengukku,membelaiku,menyisir rambutku dengan jemarimu, disaat yang lain hanya berlalu meninggalkanku lesu setelah maduku dicatu sehingga kulayu

Kumbang: *senyum* dalam hatiku selalu ada kamu

Kuntum: dalam hatiku juga selalu ada dirimu

Maka dengan itu

Sehingga hari ini kumbang dan kuntum sering saja bertemu tanpa kenal erti jemu. Harapan mereka agar bisa bersatu dan cereka cinta mereka dijual mulut ke mulut dari zaman tok nadok sehingga ke anak cucu. Dari zaman kayu sehingga zaman batu dan dari tumbuh gusi sehingga tumbuh bulu (ooops censored).

P/s: kali ini kucuba bermain dengan hidupan lain selain manusia sebagai kiasan kata moga jadi bahan jenaka dek kerna asyik tersuap cereka yang tegang gila moga kendur sendi segala asalkan semua ceria bahagia.

Anonymous said...

begitulah ceriteranya dunia,
berkasih sayang sesama kita,
berkongsi kasih tuhan yang esa,
kerana kita masing2 bukan sesiapa,
cuma penumpang teduh dibumi Dia,
pengemis cinta sesama manusia,
yang ditagih kerana masih ada yang haloba,
sungguh kasih tak kurang jika dikongsi bersama,
malah ia makin berkembang mesra di hati semua,
buat kawan2 yang masih tersenyum ceria,
mari kita meriahkan teratak puisi senja,
lelaki mahupun wanita semua hamba sila,
mari kita mencurah rasa pengubat duka dan lara...

-Annur-

Anonymous said...

kepada anon,aik?belum masuk da kira bahagi2 hadiah?haha...lawakla korang ni...syok ek berangan...wuuu...kalau dhada ada ni,mesti dia pun tumpang gelak skali,mesti best!

dhada,miss u!

-Annur-

Anonymous said...

feez,bakat anda mmg diluar jangkaan!teruskan...peace...:)

kepada semua,jomla berpuisi...kita ubah dunia maya yg tegang dgn sengketa ni kepada satu dunia maya yg lebih aman dan damai...:)

ps:merepek papa je...topik bebas...hehe...

-Annur-

feez said...

Nyamuk seberang sungai ternampak itu kan bohong dan merepek

Hati gajah sama dilapah logik
Hati nyamuk sama dicicah itu aku jadi panik :)
Masakan boleh ditadah 7 tempayan air mata si dara, 7 dulang hati nyamuk buat persembahan itu lagi tahyulistik
kisah hebat umpama neil armstrong cecah kaki ke bulan
Sains fiksyen cereka melayu zaman berzaman

Tuahkah benar, jebatkah benar
Persoalan buat kepala otakku pijar
Tuah minat awek cun bernama teja, raja nak sambar lalu tuah dihukum bunuh
Jebat pertahan persahabatan sanggah raja yang zalim lalu dianggap derhaka
Tuah tak mati lagi masih lagi taat setia semberono pada raja
Jebat akhirnya mati jua
Konsep cerita hindustan beginilah adanya

2 buah kapal perang hebat tentera laut kita tak boleh diberi nama KD tuah dan KD jebat. Ini fakta.
Sehingga kini badi tulah itu melekat.
pelabuhan bergelora, badai taufan melanda jika dua kapal itu merapat. KD tuah ditukar kepada KD lekiu barulah aman sentosa.

padang jarak padang tekukur sumpah mahsuri 7 keturunan
Dihukum bunuh mengalir darah putih itu kisah hebat orang utara
Sains fiksyen dilanda geroda

Ibu kecewa sumpah anak jadi batu kenapa tak jadi banglo 4 tingkat kan dah kaya raya
Ibu kecewa kempunan telur tembakul serah diri batu belah bertangkup ngap
Sampai sekarang tak pernah ku kenal rupa telur tembakul apatah lagi rasanya
Sains fiksyen purbakala cereka kecewa

Kisah orang belah tengah pula
Biar mati anak jangan mati adat
Wow itu hebat
Nonsense kata orang kampungku yang gemar makan keju dan kentang

Melayu itu kaya budaya
Melayu itu tak lokek cerita
Cereka fiksyen tahyul segala, tetap kubangga

Itulah suapan ibuku waktu kecil dahulu
Halwa telinga sebelum beradu

Hening pagi ini bersahur sendiri teringat ibu
Itu kisah dodoian ibu waktu ku kecil dahulu
Perit rotanmu hinggap di betisku kerana nakalku
Minyak disapu sayu mata ibu memandangku

Ibu...kudoakan kau sejahtera selalu
Menempuh ramadhan ini
Kedut dimukamu, uban putihmu semakin bertambah setiap kali kepulanganku
Tua sudah ibuku, banyak benar jasamu

Ibu...aku rindu kamu
Tawamu, senyummu, tangismu masih jelas dibenakku
Kuatlah ibu di kampung
Rindu aku menjamah lazatnya masakan air tanganmu
Ada masa lanjur kuziarahimu pasti


Ibu...doaku sentiasa buatmu.


P/s: setelah entry haiwan bungaan segala jenakaku sebelum ini, kali ini entry rojak buah tapi masih ada bau budaya. Sedikit bermosi sedih mungkin kerana subjek yang kugariskan adalah ibu. Dedikasi buat ibuku.

Selamat bersahur.

Anonymous said...

wahai feez,

itulah ceritanya melayu kita ini,
penuh dengan kiasan yang tak pasti pada realiti,
tapi setiap yang terjadi pasti punya sebab tersendiri,
sebagai tanda tuhan itu bijaksana menyusun takdir semua kita ini,
tak mengapala wahai feez kawan yang dikasihi,
cerita itukan dodoian tidurmu dulu istimewa dari ibu yang engkau sayangi,
benar atau tidak cerita zaman yang engkau gusari,
kan cuma meletih diri setiap hari,
padahal banyak lagi yang boleh engkau boleh kaji dan fikiri,
jangan marah ya wahai teman yang dikasihi,
sekadar berbasa basi dipagi ini,
kerana niat menyambung tali silaturrahmi,
supaya ikatan tercipta sentiasa abadi,
izinkan hamba berhenti disini,
banyak pula rasanya sudah hamba bicara pagi sebegini,
takut pula ada yang benci dan panas hati nanti,
pada semua persahabatan yang terjalin disini...

hehe,peace...:)

-Annur-

wangsa said...

wahai adik feez,
engkau makin "menjadi-jadi"

kalau tak dipecahkan ruyung
mana kan dapat sagunya

belakang parang
kalau diasah lagikan tajam

Anonymous said...

feez,bila dok cite soal ibu ni kbykan org sensitif sikit,hehe...

takpela,semoga semua ibu2 kita semua dirahmati olehNya...:)

saudara wangsa ni xabis2 puji memuja ni,ada papa ke...feez,hati2,hahahaha!


-rama2 annur-

en kepompong jgn jeles...=p

feez said...

Bukan cerita zaman yang kugusari
Jauh sekali meletih diri malah mengajarku mengenal identiti
Budaya bangsa yang sudah sebati
Yang segar tidak langsung terbasi

Ku hanya suka bermain bermain bahasa
Biar fancy kata orang kampungku yang gemar makan steak
Biar digaul dirojak segala
Budaya bangsa tetap cantik

Kucuba buat pautan pada berbagai
Walau subjek ku adalah ibu
Nak menuju ke tempat yang itu tapi pusingnya jauh berbatu-batu
Mujur ku kenal semua itu
Daripada anak muda yang tidak tahu
Budaya bangsa lain pula jadi arah tuju

Mari bermain bahasa
Kata-kata nahu simpul jadi satu

P/s: kenapa annur kata ada orang sensitif bila bercakap soal ibu? Itu ada sesuatu. Adakah annur punya masalah dengan ibu atau ada ayat saya yang menyinggung saudari. Pegi pekan naik lori, im sorry.

Anonymous said...

bukan begitu wahai feez yg bistari,
setiap dari kita punya memori,
apatah lagi ttg ibunda yg dicintai.
kita semua manusia yg punya silap sehari-hari,
dari kecil dijaga rapi,
oleh ibunda yg berhati murni,
walaupun sebat cubitan semua dirasai,
tapi itu asam garam budak nakal seperti ini,
saya bukan anak yang baik hati,
degil terutama pabila disuruh itu dan ini,
walau perempuan tapi perangai serupa lelaki,
walaupun manis berbahasa begini,
pada realiti saya bukanlah seperti ini...haha

-Annur-

feez said...

Oh begitu.. Fahamlah maksudmu.

Anonymous said...

bagusla kalau faham...

kepada semua,jgn aspect papa dpd sy bila sy berbicara begini semua,sy ni orgnya jahat lebih,baik kurang,mungkin juga takda tersisa pun yg baik tu...cuma menulis adalah minat sy...itu saja...peace...:)

ps:feez,jgn tanya lagi ya...minta maaf berkata begini...peribadi tetap peribadi...:)

-rama2 Annur-

sekali lg,kepompong jgn jeles,haha =p

Anonymous said...

kepada feez dan semua,jom berpuisi lagi!

feez,ok kali ni ceritakan ttg siang dan malam...dari sudut apapun,sy akan sambung,amacam?...hehe...peace...:)

-Annur-

Anonymous said...

Ooo Annur curi rama2 saya ya... patut la kepompongku ku lihat kosong sahaja.... hehe. Buat Annur dan Feez teruskan berkarya. Terbuai seketika dengan gurindam kalian semua. Semoga bakat yang ada tidak di sia-siakan.

Dan jgn lupa untuk terus beribadah. Ramadhan yang ada semakin ke penghujungnya. Adakah kita kan ketemu Ramadhan yang datang?

Salam ukhuwah..

-kepompong yang rama2nya telah tiada-

«Oldest ‹Older   201 – 400 of 632   Newer› Newest»