Assalamualaikum
buat semua pembaca,semoga semuanya gembira belaka...
Post kali ni saya
akan bercerita tentang senyum...perkara kecil yang selalu dipandang enteng oleh
kita. Apa kaitan senyum dengan semua post2 saya sebelum ni?teruskan membaca...
Senyum. Senyum bagi saya adalah satu seni. Seni berbudi,seni berbahasa...
“Dalam seni,kunikmati bahagia Malaysia”
Kadang kata tiada makna,senyum saja sudah memadai untuk memuaskan keadaan. juga memuaskan pencipta
takdir itu sendiri. Senyum tanda gembira,senyum tanda bahagia,senyum juga tanda
tabah,senyum juga tanda redha. Senyum adalah satu seni yang sungguh indah jika
kita kreatif menggunakannya. Senyum itu mampu menjadi penghias diri seseorang
tatkala dia diuji dengan kegembiraan dan kesedihan. Senyum itu mampu menjadi
penyembunyi terbaik rasa hati seseorang. Walaupun adakalanya senyum juga tidak
mampu menjadi perahsia rasa hati,tetapi memadailah jika ia mampu menjadi
pengubat jiwa ketika lara menjelang. Senyum bukan saja mampu menceriakan
suasana dan orang sekelilingnya,bahkan ia mampu menceriakan pemilik senyum itu
sendiri. Itulah keajaiban satu makhluk tuhan yang bernama senyum.
Bagi sesiapa yang
tercari2 petua awet muda,inilah petua terbaik dari saya...senyummmmm..:)
“ Senyum seindah
suria yang membawa cahaya
Senyumlah dari
hati, duniamu berseri ”
Dikala anda diuji
kanan dan kiri,senyumlah. Itu tanda anda manusia hebat. Dikala anda dihimpit
seribu satu masalah hidup,manusia mendatangi anda,senyumlah. Itu sebagai tanda
anda manusia yang tinggi budi bahasanya. Dikala anda dimarahi dengan teruknya
oleh bos anda,senyumlah. Itu tanda anda manusia tenang. Dikala anda tiada pilihan di dalam kehidupan,senyumlah. Itu tanda
anda manusia tabah. Dikala anda tertekan dek kerana masalah yang datang
bertimpa-timpa,senyumlah. Itu tanda anda manusia gagah. Dikala anda diserang konflik diri yang tiada penghujung,senyumlah. Itu
tanda anda manusia indah ciptaan tuhan. Senyumlah wahai kawanku
semua...senyumlah,supaya saya disini juga tersenyum seperti kalian semua...:)
Rahsia hati akan menjadi rahsia terindah jika kita sulamkan
ia dengan benang2 emas yang bernama senyum. Kita tiada rugi jika senyuman tiada
berbalas kerana itu bukan masalah kita. Merekalah yang bermasalah kerana tidak
membalas senyuman kita. Senyuman yang datang dari hati mampu menyenangkan hati
manusia sekelilingnya. Senyuman adalah satu budi. Senyuman juga bisa menjadi
satu bahasa yang paling indah dan unik buat pelbagai bentuk situasi hidup. Maka
dengan itu,senyumlah...
Senyuman itu ibarat
seorang puteri,puteri pengubat jiwa...
Jangan lupa untuk
senyum ya...sampaikan senyuman anda pada kami disini juga,semoga senyuman yang
terlahir bisa menjangkit kepada seluruh semesta...semoga dunia dan seisinya
turut tersenyum bersama-sama kita...semoga damailah seluruh alam jagat ini
hendaknya...
Sekian dari saya
buat masa ini.
ps: apapun layankan je lagu ulek mayang ni k...tarian2 puteri pengubat jiwa...peace...jgn prasangka tau,ada sesuatu yang tersirat disebalik semua kata-kata saya...hanya jauhari mengenal manikam...
-Annur-
14 comments:
aku bukan pemegang suci kebenaran
aku juga bukan pembela setia kebenaran
tidak juga pejuang megah kebenaran
aku cuma peminat setia kebenaran
indahnya aku puja
manisnya aku rindu
pahitnya aku telan
kerana aku sedar
aku bukan sesiapa berbanding kalian
kerana aku disini
hanyalah seorang pemuja sedih
apa yang kamu semua namakan sebagai kebenaran...
apa itu kebenaran?boleh sesiapa terangkan pada annur...kebenaran apa yang kamu semua sering perkatakan...kerana annur kini sesat mencari makna kebenaran...
-Annur-
“Opportunity is missed by most people because it is dressed in overalls and looks like work.” – Thomas Edison
Tiada definisi tepat untuk seni, tiada yg salah dalam hasil seni ;)
alam dicipta penuh dgn seni,seni ciptaan jauh melangkaui awan serta jagat sini,aku dicipta dalam seni,aku pasti kau juga dicipta bertatahkan berlian seni,kita sedang berada didunia penuh dengan nukilan tangan2 seni,dikiri kita seni,dikanan kita seni,itu bukti tuhan itu indah dalam seni...
ps:dalam seni,kunikmati bahagia malaysia...:)
-Annur-
=p
-Annur-
Kita hanya akan mamahami kebenaran hanya setelah kita mengenali keikhlasan. Kebenaran kadang pahit dan ada kalanya manis, hanya hati yg ikhlas akan merasa kemanisannya. saya hanya anak dangau tak pandai berkias kias ;p
salam sdr anon,
sapa kata tak pandai?tuu kan pandai?hehe...belum cuba belum tahu...da cuba kan da tau awk tu berseni orangnya...=p,peace...
lebih baik anak dangau,jgn jd anak langau...haha
ps:dangau tu apa???
-Annur-
Dangau, pondok daif selalu dikaitkan dgn masyarakat primitif, contohnya suku dayak di kalimantan.
Sory lah terpost kt blog ni, saya sebenarnya tgh cari chord lagu m.nasir tanya sama itu hud2, jumpa blog ni, ingatkan blog mnasir sbb byk sgt bait2 masnawi.he he
ooo,takpela dangau pun ok je...lagi best n tenang dpd duduk kat bandar mcm saya ni ha...ooo,ini bukan blog m nasir...tapi blog peminat m nasir je...hehe...saya mmg minat berpuisi,saja2 isi masa lapang...nak sory2 watpe,komen jela,kan da dapat kawan baru...hehe
saya annur,admin blog ni...tapi tpksa guna anon sbb blog ni ada problem sikit,xleh akses mcm slalu,huhu...
-Annur-
Macam tu ceritanya, hmmm sabar lah, orang seni kan penyabar he he.
hehe.mana ada orang seni.cuma orang minat seni je...tak layak pun bergelar orang seni...suka2 je...:)
-Annur-
http://m.youtube.com/watch?v=bIDZ3hUirZU
keroncong untuk annur ecececeh!! Baru dah baca entry2 yg lain dlm blog ni, taknak komen pape sbb taktau ujung pangkal he he he.
haha,join je...kitorang okeyyyy...sapa sekali,terus join je buat mcm rumah sendiri...hehe..peace...:)
-Annur-
Post a Comment