hud-seroja-esa-budi bahasa-akhlak-ikhlas-raja segala unsur-imam mahdi-panji hitam-bani tamim-sirah

Thursday, 20 October 2011

budi bahasa,apa rahsia disebaliknya?~~~siri 1


salam buat semua...
kali ini saya akan bawakan anda semua tentang rahsia di sebalik budi dan bahasa...yang mana adakalanya ia jarang ditekankan oleh sesetengah pengkaji warisan melayu...dan nantinya juga,insyaAllah akan saya kaitkan ia dengan kajian saya yang lain...






Melayu itu tinggi ladunninya
firasatnya tiada siapa mampu percaya
kerana jauh melangkaui masa
gerak hatinya sukar diterjemah
hanya yang ahli dapat membaca

Melayu itu misteri untuk difahami
kerana mulanya bukan baru
hadirnya saja membawa persoalan

perjalanan yang jauh dahulukala
terlalu mematangkan jiwa Melayu itu
yang kemudiannya diwariskan dan dihias 
zaman berzaman

sehinggalah ke satu masa
warisnya kabur melihat diri sendiri
harta kekayaan yang diwarisi telah disembunyikan
telah dikaburkan kewujudannya
ada yang sangka ianya tanah pusaka
ada yang sangka ianya emas berharga
ada yang sangka ianya perhiasan segala

tetapi yang sebenarnya
ia adalah budi dan bahasa

andai Melayu hilang emasnya
andai Melayu hilang tanahnya
andai Melayu hilang kaya buminya
Melayu itu tetap hidup...


kerana adanya budi dan bahasa
harta pusaka tinggalan ayahanda Ibrahim dan bonda Keturah









Allah berfirman: "Sesungguhnya Ibrahim itu benar-benar seorang yang penyantun lagi penghiba dan suka kembali kepada Allah" (Huud: 75)







sebelum saya pergi lebih jauh tentang rahsia dan keajaiban budi dan bahasa,

ada baiknya kita layan 2 videoklip ni...

ada kata kunci di sebalik 2 lagu ni yang berkait dengan budi dan bahasa...serta kaitannya dengan orang Melayu...apapun,layannn....



No comments:

Post a Comment

sila senyum dulu sebelum komen ye...jgn masam2..peace..:)