hud-seroja-esa-budi bahasa-akhlak-ikhlas-raja segala unsur-imam mahdi-panji hitam-bani tamim-sirah

Tuesday, 17 April 2012

Dalam seni,kunikmati bahagia Malaysia...


Assalamualaikum buat semua pembaca,semoga semuanya gembira belaka...

Post kali ni saya akan bercerita tentang senyum...perkara kecil yang selalu dipandang enteng oleh kita. Apa kaitan senyum dengan semua post2 saya sebelum ni?teruskan membaca...



Senyum. Senyum bagi saya adalah satu seni. Seni berbudi,seni berbahasa...

“Dalam seni,kunikmati bahagia Malaysia”

Kadang kata tiada makna,senyum saja sudah memadai untuk memuaskan keadaan. juga memuaskan pencipta takdir itu sendiri. Senyum tanda gembira,senyum tanda bahagia,senyum juga tanda tabah,senyum juga tanda redha. Senyum adalah satu seni yang sungguh indah jika kita kreatif menggunakannya. Senyum itu mampu menjadi penghias diri seseorang tatkala dia diuji dengan kegembiraan dan kesedihan. Senyum itu mampu menjadi penyembunyi terbaik rasa hati seseorang. Walaupun adakalanya senyum juga tidak mampu menjadi perahsia rasa hati,tetapi memadailah jika ia mampu menjadi pengubat jiwa ketika lara menjelang. Senyum bukan saja mampu menceriakan suasana dan orang sekelilingnya,bahkan ia mampu menceriakan pemilik senyum itu sendiri. Itulah keajaiban satu makhluk tuhan yang bernama senyum. 

Bagi sesiapa yang tercari2 petua awet muda,inilah petua terbaik dari saya...senyummmmm..:) 

“ Senyum seindah suria yang membawa cahaya
Senyumlah dari hati, duniamu berseri ”

Dikala anda diuji kanan dan kiri,senyumlah. Itu tanda anda manusia hebat. Dikala anda dihimpit seribu satu masalah hidup,manusia mendatangi anda,senyumlah. Itu sebagai tanda anda manusia yang tinggi budi bahasanya. Dikala anda dimarahi dengan teruknya oleh bos anda,senyumlah. Itu tanda anda manusia tenang. Dikala anda tiada pilihan di dalam kehidupan,senyumlah. Itu tanda anda manusia tabah. Dikala anda tertekan dek kerana masalah yang datang bertimpa-timpa,senyumlah. Itu tanda anda manusia gagah. Dikala anda diserang konflik diri yang tiada penghujung,senyumlah. Itu tanda anda manusia indah ciptaan tuhan. Senyumlah wahai kawanku semua...senyumlah,supaya saya disini juga tersenyum seperti kalian semua...:)

Rahsia hati akan menjadi rahsia terindah jika kita sulamkan ia dengan benang2 emas yang bernama senyum. Kita tiada rugi jika senyuman tiada berbalas kerana itu bukan masalah kita. Merekalah yang bermasalah kerana tidak membalas senyuman kita. Senyuman yang datang dari hati mampu menyenangkan hati manusia sekelilingnya. Senyuman adalah satu budi. Senyuman juga bisa menjadi satu bahasa yang paling indah dan unik buat pelbagai bentuk situasi hidup. Maka dengan itu,senyumlah...

Senyuman itu ibarat seorang puteri,puteri pengubat jiwa...

Jangan lupa untuk senyum ya...sampaikan senyuman anda pada kami disini juga,semoga senyuman yang terlahir bisa menjangkit kepada seluruh semesta...semoga dunia dan seisinya turut tersenyum bersama-sama kita...semoga damailah seluruh alam jagat ini hendaknya...

Sekian dari saya buat masa ini.


ps: apapun layankan je lagu ulek mayang ni k...tarian2 puteri pengubat jiwa...peace...jgn prasangka tau,ada sesuatu yang tersirat disebalik semua kata-kata saya...hanya jauhari mengenal manikam...

-Annur-



14 comments:

  1. aku bukan pemegang suci kebenaran
    aku juga bukan pembela setia kebenaran
    tidak juga pejuang megah kebenaran
    aku cuma peminat setia kebenaran
    indahnya aku puja
    manisnya aku rindu
    pahitnya aku telan
    kerana aku sedar
    aku bukan sesiapa berbanding kalian
    kerana aku disini
    hanyalah seorang pemuja sedih
    apa yang kamu semua namakan sebagai kebenaran...

    apa itu kebenaran?boleh sesiapa terangkan pada annur...kebenaran apa yang kamu semua sering perkatakan...kerana annur kini sesat mencari makna kebenaran...

    -Annur-

    ReplyDelete
  2. Tiada definisi tepat untuk seni, tiada yg salah dalam hasil seni ;)

    ReplyDelete
  3. alam dicipta penuh dgn seni,seni ciptaan jauh melangkaui awan serta jagat sini,aku dicipta dalam seni,aku pasti kau juga dicipta bertatahkan berlian seni,kita sedang berada didunia penuh dengan nukilan tangan2 seni,dikiri kita seni,dikanan kita seni,itu bukti tuhan itu indah dalam seni...

    ps:dalam seni,kunikmati bahagia malaysia...:)

    -Annur-

    ReplyDelete
  4. Kita hanya akan mamahami kebenaran hanya setelah kita mengenali keikhlasan. Kebenaran kadang pahit dan ada kalanya manis, hanya hati yg ikhlas akan merasa kemanisannya. saya hanya anak dangau tak pandai berkias kias ;p

    ReplyDelete
  5. salam sdr anon,
    sapa kata tak pandai?tuu kan pandai?hehe...belum cuba belum tahu...da cuba kan da tau awk tu berseni orangnya...=p,peace...

    lebih baik anak dangau,jgn jd anak langau...haha

    ps:dangau tu apa???

    -Annur-

    ReplyDelete
  6. Dangau, pondok daif selalu dikaitkan dgn masyarakat primitif, contohnya suku dayak di kalimantan.

    ReplyDelete
  7. Sory lah terpost kt blog ni, saya sebenarnya tgh cari chord lagu m.nasir tanya sama itu hud2, jumpa blog ni, ingatkan blog mnasir sbb byk sgt bait2 masnawi.he he

    ReplyDelete
  8. ooo,takpela dangau pun ok je...lagi best n tenang dpd duduk kat bandar mcm saya ni ha...ooo,ini bukan blog m nasir...tapi blog peminat m nasir je...hehe...saya mmg minat berpuisi,saja2 isi masa lapang...nak sory2 watpe,komen jela,kan da dapat kawan baru...hehe

    saya annur,admin blog ni...tapi tpksa guna anon sbb blog ni ada problem sikit,xleh akses mcm slalu,huhu...

    -Annur-

    ReplyDelete
  9. Macam tu ceritanya, hmmm sabar lah, orang seni kan penyabar he he.

    ReplyDelete
  10. hehe.mana ada orang seni.cuma orang minat seni je...tak layak pun bergelar orang seni...suka2 je...:)

    -Annur-

    ReplyDelete
  11. http://m.youtube.com/watch?v=bIDZ3hUirZU
    keroncong untuk annur ecececeh!! Baru dah baca entry2 yg lain dlm blog ni, taknak komen pape sbb taktau ujung pangkal he he he.

    ReplyDelete
  12. haha,join je...kitorang okeyyyy...sapa sekali,terus join je buat mcm rumah sendiri...hehe..peace...:)

    -Annur-

    ReplyDelete

sila senyum dulu sebelum komen ye...jgn masam2..peace..:)