Bagi saya, penulisan sangat2 susah untuk dilakukan tanpa rasa yang mendalam terhadap sesuatu yang dibincangkan. Malah saya benci untuk menulis atas sebab jadual dan rutin penulisan yang sudah semestinya jauh dari diri saya yang sebenar yang sukakan kebebasan diatas apa jua. Termasuk cara berfikir,cara menulis dan apa saja. Jika ada dikalangan anda yang tidak berapa senang dengan cara penulisan saya serta pemikiran saya,maaf saya pinta,tetapi inilah saya. Saya berharap ada yang sudi menerima penulisan saya seadanya. Jika anda berkehendakkan ilmu dari penulisan saya,terus terang saya katakan,tiada ilmu yang saya suakan,melainkan semuanya cuma rasa kerana saya sungguh jahil dan tiada berilmu seperti kalian semua yang tentu lebih gah dalam pengetahuan. Saya di dalam blog ini hanya mengambil watak sebagai penyampai rasa. Setiap penulisan saya banyak menggunakan rasa berbanding ilmu :)
Jadinya, untuk post kali ini saya akan buka satu perbincangan tentang kepercayaan. Bila kita sebut tentang kepercayaan,ini adalah benda yang sangat peribadi dan sulit untuk diluahkan apatah lagi dibawa sebagai satu tajuk perbincangan. Ia mungkin membawa kepada perselisihan faham,sikap prejudis terhadap penentang kepercayaan, prasangka sesama sendiri, malah yang lebih mengharukan rasa benci antara satu sama lain. Oleh kerana kesan perbincangan ini terlalu besar,maka tidak ramai yang sanggup membuka perbincangan tentang kepercayaan. Tapi tidak bagi saya, perkara ini perlu diluahkan supaya pembaca dapat mencari kebenaran yang sebenar tanpa sedikitpun disekat pemikiran yang ada. Setiap manusia berhak untuk bertanya tentang kepercayaan yang dia sedang anuti. Kebenaran tetap kebenaran dan ia takkan pernah tergugah dihadapan kebatilan. Kebenaran bukan sesuatu yang lemah untuk ia takut dan bersembunyi dari perbincangan. Maka,saya dengan ini memberi anda semua satu ruang untuk kita semua berbincang dengan sopan dan penuh adab,tanpa kata2 menyakitkan hati.
Tiada
cemuhan atau kata2 maki jika benar anda seorang pemegang teguh dengan
kepercayaan anda. Saya berharap semua blogger cukup profesional tentang
ini,ok?
Disini saya akan
berikan sedikit panduan tentang skop perbincangan kita:
- Apa itu kepercayaan bagi anda?
- Kenapa anda berpegang dengan kepercayaan anda sekarang?
- Jika kepercayaan anda itu anda rasakan benar,sila berikan contoh yang nyata,supaya kita semua dapat bertukar2 pemikiran dan pendapat.
- Dimana batas kepercayaan anda?
- Adakah batas kepercayaan anda itu cukup kukuh untuk menangkis setiap anasir luar dari mempengaruhi anda?
- Perlukah wujud tuduhan sesat dalam berkepercayaan?
- Apa itu sesat dari sudut pemikiran anda?
- Adakah setiap mereka yang berlainan kepercayaan dengan anda layak dituduh sesat?
- Dimana letaknya sikap hormat menghormati dalam kepercayaan?
- Jika hujah yang dikemukakan gagal mendapat tempat dihati manusia,adakah kepercayaan itu dikira salah?
- Dan jika ia menjadi satu kepercayaan yang popular,adakah itu boleh dikira sebagai benar?
- Adakah hujah mampu menjadi neraca terhebat untuk kebenaran?
Hmm...rasanya itu sahaja dari saya buat masa ini, saya berharap ada para bijaksana diluar sana yang dapat menjawab dengan baik segala persoalan yang saya telah kemukakan...tiada pergaduhan ok? berbincanglah dengan beradab jika benar anda seorang pemegang teguh dengan kepercayaan anda sekarang...
jadikan kepercayaan anda seperti bunga di atas yang berkembang setiap kali mata anda dikelipkan...dan bebas dengan gembira ibarat burung berterbangan lalu menjadi idaman si anak kecil yang suci jiwanya...
jadikan kepercayaan anda seperti bunga di atas yang berkembang setiap kali mata anda dikelipkan...dan bebas dengan gembira ibarat burung berterbangan lalu menjadi idaman si anak kecil yang suci jiwanya...