hud-seroja-esa-budi bahasa-akhlak-ikhlas-raja segala unsur-imam mahdi-panji hitam-bani tamim-sirah

puzzles

hud-seroja-esa-budi bahasa-akhlak-ikhlas-raja segala unsur-imam mahdi-panji hitam-bani tamim-sirah nabi saw dan pengulangannya di akhir zaman-rahsia no 1 dan 9-kaitan imam mahdi dan helang-misteri tabut dan persoalan2 berkaitannya-melayu dan kekuatannya-nabi Nuh as-Raja Ahmad-teori relatif-penciptaan manusia-rahsia bismillah-philosophy of lotus in buddhism-mawar sbg lambang kesufian-matrix dari kacamata sufi-nursyahadah-teknologi pembangkitan memori dari al Quran-Rasulullah saw sbg manusia fitrah-nurunnur-formula sabar-formula ikhlas-makna,puji dan taat-lirik2 best-riba' dan kaitannya dgn dajjal-riba' sebagai penghapus ikhlas-titik kebangkitan akhir zaman,strategi kebangkitan~~~~~~

Thursday, 24 May 2012

Aduhai dunia...makin hari makin gila aku jadinya!


"aku cuma manusia biasa,aku lahir dalam fitrah cahaya,menaik tinggi ke tingkat usia,aku cuma mahu gembira,tapi lama nanti hidup aku jalani aku sedar rupanya itu cuma ilusi saja,fikiran budak yang suci dari kotoran dunia,maka aku lalui hidup seadanya mengikut arus masyarakat yang biasa,aku lihat hidup dewasa penuh kotoran yang dibungkus senyuman keji dan nista,aku lalu duduk terfikir inikah dunia,kenapa terasa asing sekali dari jiwa yang aku jaga dari kecil usia,tidakku faham kenapa dewasa suka berdengki dan musnahkan sesama mereka,apa maunya,tegakkan kebenaran katanya,aku jadi pening sendiri fikirkan kisah fana,kenapa fitrah suci cahaya manusia jadi terusik dengan ini semua,jika sudah terusik kenapa tidak dibersihkan saja,kenapa lalu jalan yang tinggi padahal semua hanya di depan mata menunggu setiap masa?mencari tuhan untuk disembah dalam liuk lentok harian dunia,padahal semuanya cuma permainan si dia,mencari pemilik kunci kuning debu yang berkilau memukau dalam gelap cincin suria,untuk dianugerah hidup abadi kerana dia,aduhai manusia,kenapa ditutup pintu yang luas dan sibuk lalu dipintu sempit yang penuh tipu daya,aduhai...mengeluh aku lagi rupanya setelah berletihan melalui dunia dan kesibukannya,melalui dunia dan putaran gilanya...aduhai dunia... "

dunia dan lakonannya...
dunia dan tipu dayanya...
dunia dan permainannya...
dunia dan arus gilanya...
dunia dan kebodohannya...
dunia dan penghuni sesatnya...
aduhai dunia...

tetapi...................

permainan mesti diteruskan demi mencari yang sejati...mencari jiwa yang abadi...dan menyeksa jiwa si keji...

sekali lagi gambar itu mengeluh...riang dalam duka,lawak dalam kata,sembunyi perasaan dalam ketawa...

aduhai dunia....

mari semua,aku beri kamu satu permainan mudah...

ingat!hanya 1...nescaya kamu selamat... 


lama dahulu....
disatu sudut dunia ini,
berkata-kata seorang manusia ilusi...
yang mengajak kamu ke alam fantasinya...
dengarkan suara hatinya...



kamu serius aku takut,aku serius kamu takut...hahaha...bila si gila berbicara,semua lari jerit2...katanya cari yang itu,bila aku beri kamu lari sana sini...manusia2...kamu sedih setiap hari...aku tunjukkan jalan mudah untuk gembira begini,kamu masih pening2 mencari...aku beri kamu sejuta lakonan,kerana aku suka lihat kamu dalam kebodohan mencari aku digunung misteri yang tinggi...takkan aku biarkan si bodoh keji menghidu nikmat wangianku ini...kerana aku ini rahsia...bukan kamu tak tahu...takkan kamu jumpa kalau mata kamu melilau kesana kemari...si bodoh yang namanya manusia...ah ha...


"aku mencari teman yang bisa menghiburku digunung yang tinggi,disana sejuk dan dingin adalah selimut tebal diriku yang panas sehari-hari..."


"hai manusia,kamu semua ingat 1 perkara...
kalau tidak kerana kasihan,takkan aku turun kesini...
kamu selalu melihat...kamu lihat aku atau kamu lihat bayangku?


aku lihat kamu,kamu lihat aku,samakah kita?


jangan kamu terpedaya dengan rupaku kerana aku boleh menjelma kepada apapun demi menguji kamu...


ketahuilah...


aku sayangkan kamu...jangan kamu tanya kenapa...percayalah...sesungguhnya inilah ayat yang selalu terucap dari hatiku pabila aku ingatkan kamu...simpan segala kataku ini bila rindu datang menemui kamu,wahai manusia...benar aku sayangkan semua,tapi aku paling sayangkan kamu wahai manusia...kamu selalu ada bersamaku..."



 



         "telah aku taburkan sejuta pecahan kata misteri,cantumkan jika kamu manusia bererti..."                  

Friday, 11 May 2012

Misteri firasat~~~semangat yang hilang...






Salam sejahtera buat semua pembaca,semoga semuanya gembira dan ceria2 belaka...post kali ni kita akan bincangkan tentang firasat, mata ketiga, deria keenam, ilmu ladunni,atau sebutan mudahnya mata hati...kita cuba bincangkan dengan lebih dalam tentang ini dan sama2 kita kongsikan pengetahuan dan pengalaman buat tatapan dan rujukan para pencari diluar sana...ok?

Seperti biasa,saya akan berikan anda beberapa persoalan yang berkaitan sebagai satu panduan dan permulaan kepada perbincangan kita...
  •  Mengapa bila kita bakal menerima berita buruk,hati kita seolah berdebar2,semacamnya kita tahu apa yang bakal terjadi nanti?atau orang tua2 kata ‘tak sedap hati’...apa penerangannya?
  • Kenapa kita mampu mengenal tingkah manusia hanya dengan melihat wajahnya?penilaian apakah yang kita sedang gunakan?adakah ini boleh dikira sebagai pandangan mata hati?
  •  Sejauh manakah kebenaran ilmu firasat ini?siapakah yang layak dan berhak keatas ilmu ini?ya,ini adalah pemberian tuhan,tetapi bukankah tindakan bersebab itu tanda bijaksana?maka,apakah ciri2 manusia yang memiliki ilmu sebegini?
  •  Adakah ilmu ini dapat dipelajari atau ia sememangnya bakat terpendam yang ada di dalam diri kita dan menunggu untuk kita gilapkan?
  • Dengar kata orang melayu hebat berfirasat...apakah buktinya?masih wujudkah ilmu itu pada generasi sekarang?
  •  Ilmu ini ada diterangkan di dalam al Quran,iaitu kisah diantara Nabi Musa as dan Khidir,apakah yang tersirat didalam kisah ini?
  • Kenapa terlalu banyak ayat di dalam Quran yang menggesa kita mengingat peristiwa lama?apa makna tersirat?
  • Adakah ilmu ini sekadar pemberian dari tuhan,atau ia boleh diterangkan mengikut logik akal? Jika ia boleh difikirkan dengan akal,mungkinkah ilmu ini boleh menjadi satu teknologi yang bisa dikomersialkan?Jika boleh dikomersialkan dan disebarkan pada semua orang melayu, mungkinkah ini diantara pemangkin kegemilangan orang melayu semula?
  • Orang melayu dulu penuh dengan sakti,adakah sakti ini suatu ujian buat nenek moyang kita,atau mungkin ada sebab kenapa sakti ini diberikan pada kita?
  •  Daulat,apa yang dimaksudkan dengan daulat?apa kaitannya dengan perbincangan kita kali ini?
  • Apakah kaitan ilmu ladunni dengan abracadabra?bole sesiapa cuba rungkaikan misterinya?
  •  Ada yang berkata ilmu ini bisa membawa kita menerokai masa lepas,masa sekarang dan masa hadapan...persoalannya,bagaimanakah rupa bentuk masa jika ia mampu diterokai?adakah masa akan sentiasa bergerak kehadapan,atau masa adalah abadi dan kita mampu bergerak kehadapan atau kebelakang jika kena pada caranya,atau mungkin saja kita dan mereka dimasa lepas wujud di dalam bumi yang sama,masa yang sama  tetapi pada dimensi yang berbeza? Pernyataan yang manakah benar?atau ketiga2 benar,atau ketiga2 salah dan ada penjelasan yang lebih jelas tentang ini?ada sesiapa mampu terangkan?


Mungkin ada diantara anda yang tergelak membaca semua persoalan yang telah saya kemukakan,dan mungkin ada saja yang berkata ini semua mengarut...


tetapi salahkah kita berfikir sejenak dan cuba keluar dari kotak pemikiran manusia biasa?dan...siapa tahu,mungkin persoalan2 ini bakal membuka satu lagi alter terahsia anda???

Berfikirlah...kerana dengan berfikir kita mampu menghilangkan kebosanan hidup...itu sahaja dari saya buat masa ini...berjumpa diruangan komen!


kepada semua pembaca,saya link kan lagu malam dan suatu masa dari M.Nasir...keduanya membawa makna yang sangat mendalam...apapun layannnn...


"bagaimanakan kumula...
dan apakah kata2 yang indah untuk diabadikan...
tiap wajah berkisah...
tiap madah bererti manakah ilhamku..."-Suatu Masa,M.Nasir-





ps: 
bagi sesiapa yang masih berminat meneruskan perbincangan tentang kepercayaan dan menjawab soalan2 orang lama di dalam blog ini,silakan...perbincangan masih dibuka...